Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 13 Oktober 2009

POHON KRISIS (1)





-Pastinya gambarajah dia atas adalah sesuatu yang baru. Jjka selama ini kita akan melihat bagaimana krisis diselesaikan dengan menggunakan kaedah konvensional, iaitu kaedah penyelesaian mengikut kesesuaian atau keadaan.

-Contoh apabila seorang pesakit disyaki mengalami sakit atau virus yang tidak diketahui,dia akan dirawat mengikut simpton atau tanda yang dialami ,jika dia demam maka diberikan paanadol,kurang darah maka akan diberi darah.dan begitulah seterusnya.

-Jadi secara kasarnya,krisis di dunia telah diselesaikan dengan menggunakan kaedah tersebut.

Untuk lebih terperinci,mungkin lebih mudah jika dilihat di dalam kotak di bawah :


KRISIS

PUNCA DIKETAHUI

PENYELESAIAN

Sidang Dun Perak

-Adun lompat parti

-PR hilang majoriti

-Adun dikaitkan dengan rasuah

-perebutan di dalam Dewan Undangan negeri rakyat

-secara adilnya adalah dengan pilhanraya semula

-bubar Dun Perak

Krisis ekonomi Dunia dan minyak seratau.

-Kejatuhan ekonomi US

-nilai Dolar yang semakin lemah

-manipulasi spekulator matawang

-kos operasi serta lain-lain kos yng meningkat mendadak

-pecahkan dominasi Dolar

US

-mansuhkan dasar kapitalisme

-memperluaskan ekonomi syariah

-dll(x pandai nak ulas)

Gejala zina berlelulasa

-Hiburan yang melampau

Tiada kawalan hubungan lelaki dan wanita

-kurang didikan agama

-menjalankan kempen Jauhi Zina

-mengadakan Enakmen hiburan yang terkawal

Rasuah dan penyelewangan

Kronisme

-nepotisme

-ketagihan kuasa

-Mewujudakan SPRM

-mewujudkan dan meminta akta yang berkaitan

Skandal

-Seronok yang tiada batasan

- mencari publisiti murahan

Menjalankan kaunseling bagi yag terlibat

-

Perang

-Meluaskan imperialisme

-Mencari pengaruh dan kuasa

-Mewujudkan perjanjian gencatan senjata

-Mengadakan sekatan ekonomi/ketenteraan ke atas pihak yang bertangungjawab




-Jika hendak dituliskan di sini nesscaya kita akan melihat lebih banyak lagi masalah dan isu yang berbangkit namun pastinya kita akan berpuas hati dengan satu perkara iaitu punca segala masalah adalah MANUSIA.,sebagaimana gambarajah di atas.

-Mungkin agak rumit untuk dinukilkan di sini tetapi lebih baik bertanyakan kepada yang lebih afdhal dan arif tentang manusia. Sebelum itu cuba kita rujuk suatu sumber yang tiada keraguan padanya iaitu AL-QURAN .

1.“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah”. Surah An-Nisa’

2. “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Surah Ar-Rum

3.” Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, “

Surah Al Ahzab.


KESIMPULAN



MANUSIA ITU SANGAT,ZALIM BODOH,HINA LEMAH,INGKAR,PENAKUT,SOMBONG, MAKHLUK PEROSAK ALAM



-Oleh itu apabila Allah telah memberitahu berkenaan tentang perihal manusia maka tidak perlulah kita ingin mencari kesalahan manusia lagi.

-Tugas kita adalah mencari penyelesaian. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.,sila kenali dengan teliti makhluk atau ciptaan Allah yang paling hebat ini dan bagaimana Allah telah menghasilkan hamba-nya yang terbaik iaitu MUHAMMAD B. ABDULLAH ,THE LAST PROPHET.

-Artikel berikutnya akan menjawab,APA ITU MANUSIA dan SISTEM TARBIYYAH MAHA TERHEBAT.


Followers