Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Isnin, 30 Ogos 2010

ARTIKEL TERBAIK RAMADHAN

RASAILAH NILAI DAN HAYATI ERTI SEBUAH HIDAYAH..satu kisah yang sangat melucukan,semoga mendapat manfaat...

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis




Salam, Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


p/s : terima kasih kepada yang Menulis cerita ini.sama ada ia kisah benar atau tidak ternyata ia mnghasilkan seribu keinsafan. jazakallah kerana ia memberikan kita MAKNA SEBENAR DI SEBALIK HIDAYAH ALLAH....

Ahad, 29 Ogos 2010

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ROH II






TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ROH II

KEMUNCAK HIDUP MANUSIA YANG TERULUNG……..

BEBAS






DI SINI KAMI AKAN PERINCIKAN MAKSUD BEBAS.

INGIN ,MAMPU dan BOLEH melakukan apa APA SAHAJA. Tidak berada di dalam mana-mana pengaruh/kuasa/pihak/undang-undang. TIADA LAGI RASA TAKUT,RISAU ,SYAK WASANGKA ,BIMBANG,SEDIH,KECEWA,GEMENTAR,RAGU-RAGU,GUNDAH GULANA,MERACAU,PITAM,LEMAH,TIADA KEYAKINAN,HILANG RASA MALU. TIADA APA LAGI YANG BOLEH MENGHALANG SEGALA TINDAKAN DAN CITA-CITA .

THIS IS THE TRUTH ABOUT WHAT WE CALLED A FREEDOM….

INILAH KUASA TERTINGGI YANG MAMPU DICAPAI OLEH MAKHLUK YANG BERNAMA MANUSIA.

MEREKA BEBAS ,SEBEBAS-BEBASNYA.

Pernahkah kita semua merasai erti sebenar kebebasan. Pastinya tidak kerana SELAMA MANUSIA HIDUP MEREKA SENTIASA BERADA DI BAWAH SUATU LINGKUNGAN YANG BERNAMA PENGARUH ATAU PERINTAH. PERINTAH HANYA WUJUD APABILA ADANYA UNDANG-UNDANG . JIKA KITA MERUJUK KEPADA FALSAFAH YANG DIKETENGAHKAN OLEH LAO TZE IAITU PENGASAS AGAMA TAOISME. SUATU FALSAFAH YANG MENEKANKAN PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI MEKANISME UTAMA DI DALAM MENGAWAL PERILAKU MANUSIA.

Jika kita menggunakan konteks ini sebagai asas penggunaan UNDANA-UNDANG ALLAH MAKA KITA AKAN MENDAPATI IDEA YANGDIKETENGAHKAN INI TIDAK TEPAT. UNDANG-UNDANG BUKAN UNTUK MENGAWAL MANUSIA.

IANYA DIWUJUDKAN UNTUK MEMBENTUK MANUSIA .MEMBENTUK MANUSIA. KAMI ULANGI SEKALI LAGI IAITU MEMBENTUK MANUSIA.

Kembali kepada topik kita iaitu BEBAS.

Bebas adalah suatu intipati kehidupan yang sangat ingin dikejar oleh mana-mana manusia. Bak seorang anak yang mahu bebas daripada belenggu ibu bapa dengan mengikuti teman lelaki ke Lambok. Seorang professor yang mahu memastikan kajiannnya berkenaan politik bebas daripada sebarang pengaruh atau memihak kepada sebarang partisan. Bebas juga adalah ruang yang diinginkan oleh sang merpati yang mahukan dirinya bebas terbang bersama dengan teman pilihannya sendiri. Mereka bebas berpelukan dan berkasih-kasihan. Bebas meluahkan perasaan cinta dan sayang mereka selama perhubungan mereka. Bebas jugalah yang mendesak banyaknya komuniti-komuniti kecil mula bangkit dan bangun demi melihat bangsa mereka boleh bebas dan lari dari penjajahan. Membebaskan Negara dan puak mereka dari sebarang penghakisan identiti dan jati diri mereka. Bebas juga membawa kita kepada dimensi YANG TERHEBAT iaitu BEBAS UNTUK MEMILIH DAN BEBAS UNTUK BERUBAH .BEBAS UNTUK PERCAYA. BEBAS UNTUK BERKUASA.

Begitulah sedikit sebanyak kita melihat erti sebuah KEBEBASAN. Kebebasan yang cuba dan ingin dikejar oleh semua manusia.

SUBSTANCE OF FREEDOM

Tetapi di sebalik kebebasan yang kita kejar itu terdapat intipati kebebasan. SUBSTANCE OF FREEDOM. Inti kepada sebuah kebebasan. Huraian di atas menceritakan tentang bentuk atau FORM OF FREEDOM. BENTUK SEBUAH KEBEBASAN. Kami akan ketengahkan pula hal berkaitan intipati sebuah kebebasan. Inilah tahap tertinggi yang akan dicapai oleh manusia apabila mereka merasai ERTI SEBUAH KEBEBASAN. Orang yang merasai erti sebuah kebebasan hanyalah mereka yang TAHU,KENAL DAN FAHAM AKAN KEBEBASAN.

Berdasarkan kenyataan di atas ADAKAH KITA YAKIN DAN PERCAYA YANG KITA BENAR-BENAR BEBAS.???

Jika anda tidak mempercayai dan meyakini bahawa anda sedang bebas maka anda hanyalah seorang robot. ROBOT KEPADA DUNIA. BANGUN PAGI CUCI MUKA,GOSOK GIGI,SIAPKAN PAKAIAN,SARAPAN PAGI,SOLAT,PERGI KERJA,SEDEKAH DI MASJID,PUASA,PERGI HAJI,MELANCONG,BERMAIN DENGAN ANAK ISTERI,TIDUR DAN MENGULANGI PERKARA-PERKARA INI SECARA TETAP DAN MENCANTIKKANNYA PERBUATAN DI ATAS DENGAN MENGGUNAKAN NAMA’ AKU HIDUP KERANA ALLAH.’

KAMI INGIN BERITAHU BAHAWA ALLAH TIDAK PERNAH MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG TIDAK TAHU TENTANG BEBAS. DIA TIDAK MENCIPTAKAN KEBEBASAN JIKA MANUSIA TIDAK MENGETAHUI ERTI SEBUAH KEBEBASAN. AYAT DI ATAS KELIHATAN KABUR DAN MENGELIRUKAN. BAGAIMANA JIKA KAMI MENGATAKAN -BUKANLAH SEORANG MANUSIA JIKA ANDA MENGULANGI PERBUATAN DI ATAS DI DALAM SKALA YANG SAMA. Mungkin kita semua pernah mendengar kata-kata Saidina Ali R.a iaitu manusia yang baik adalah hari ini adalah lebih baik dari hari sebelumnya. Manusia yang buruk adalah manusia yang hari esok adalah lebih teruk dari hari sebelumnya. MENARIK DAN SANGAT MENDALAM MAKSUD YANG DISAMPAIKAN OLEH SALAH SEORANG MANUSIA YANG TERCERDIK INI PADA ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM.

Untuk mengukur sejauh mana anda bebas maka anda HENDAKLAH PERHATIKAN DAN ANALISA SEJAUH PENCAPAIAN ANDA DI DALAM KEHIDUPAN ANDA SELURUHNYA.

CAUTION : JIKA ANDA MELIHAT PENCAPAIAN HIDUP ANDA ADALAH BERDASARKAN BERAPA HARTA YANG ANDA MILIKI,PENDAPATAN ANDA UNTUK SEBULAN,ISTERI BERAPA ORANG,ANAK YANG TELAH BERJAYA MASUK KE UNIVERSITI DAN BERAPA BIJIK KERTA YANG ANDA MILIKI MAKA ANDA BUKANLAH SEORANG YANG BEBAS.BEGITU JUGA JIKA ANDA MENGIRA BERAPA RAMAI PENGIKUT ANDA,BERAPA BANYAK KAWASAN PARLIMEN YANG ANDA PEGANG ,BERAPA TAHUN ANDA TELAH MEMERINTAH MAKA ANDA JUGA HAMBA DUNIA. HAMBA DUNIA YANG AKAN MATI KERANA DUNIA. WALAUPUN ANDA BERKERJA SEBAGAI MUFTI MAHUPUN MB SEKALIPUN MAKA ANDA TETAP AKAN MATI SEBAGAI HAMBA DUNIA. NOKTAH. HAMBA DUNIA HANYA LAYAK UNTUK HIDUP KERANA DUNIA. DI AKHIRAT MEREKA AKAN RUGI SELAMANYA.

BAIKLAH UNTUK MEMBERIKAN INDIKATOR YANG MUDAH DALAM MENGUKUR SEJAUH MANA PENCAPAIAN KEBEBASAN UMMAT ISLAM MAKA KITA HARUS REALISTIK DAN OBJEKTIF.

DALAM EKONOMI APAKAH PENCAPAIAN UMMAT ISLAM. TIADA KERANA KITA JUGA MENGGUNAKAN MATA WANG RINGGIT YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA NILAI DOLAR US. JIKA ANDA YAKIN KEPADA SISTEM DUIT KERTAS INI MAKA SILA KOYAKKAN DUIT KERTAS RM 50 YANG ADA DI DALAM DOMPET ANDA SEKARANG JUGA. JANGAN KATA KEPERLUAN KERANA ADA SEBAB DI SEBALIK SISTEM DUIT KERTAS INI DIBINA.MEROSAKKAN SISTEM NILAI KITA SECARA HALUS TANPA KITA SEDAR.

PENCAPAIAN DALAM PENDIDIKAN. TIADA YANG MEMBANGGAKAN.

PENCAPAIAN DALAM TEKNOLOGI . TIADA

PENCAPAIAN DALAM SUKAN. TIADA.

PENCAPAIAN DALAM KENEGARAAN. TIADA.

PENCAPAIAN DALAM MEMPERJUANGKAN HAK DAN KEBEBASAN BERSUARA.TIADA

PENCAPAIAN DALAM MEMBELA RAKYAT PALESTIN . HAMPIR. YANG ADA CUMA 1.3 %. ITUPUN DALAM MASA-MASA TERTENTU SAHAJA.

PENCAPAIAN DARI SEDI MORAL DAN AKHLAK. RUNTUH DAN ROSAK.HAMPIR MENCECAH KE PARAS NEGATIF TERUTAMA DALAM SEKTOR MELAHIRKAN ANAK HARAM. TAHNIAH . CEMERLANG GEMILANG TERBILANG KERANA BILANGAN ANAK HARAM TERUS MENINGKAT. SUATU PENCAPAIAN MENGKAGUMKAN

: )

PENCAPAIAN DALAM BIDANG MAKANAN. 15 % SAHAJA TETAPI BAHAN-BAHAN YANG DIBUAT MASIH LAGI BERGANTUNG BEKALAN BARANGAN IMPORT. MAKSUDNYA BAHAN MENTAH. BUKAN PRODUK.

DALAM BIDANG KETENTERAAN. LAGI JAUH DAN TIADA LANGSUNG KERANA KE SEMUA PEJUANG ISLAM MENDAPATKAN BEKALAN SENJATA DARI GENG KONGSI GELAP . KECUALI HAMAS.

PENCAPAIAN DARI KESATUAN UMMAT. PALING TERUK. LEBIH TERUK DARI PERSEMBAHAN PASUKAN ENGLAND SEMASA PIALA DUNIA.

PENCAPAIAN DARI SEGI ILMU PENGETAHUAN. TIADA KERANA KEBANYAKANNYA PAK TURUT. JIKA ANDA BANGGA DENGAN IJAZAH YANG BERJELA-JELA MAKA ITU BUKAN UKURAN BAHKAN KERTAS IJAZAH ITU HANYALAH BERNILAI SEMASA ANDA MENCARI KERJA SAHAJA. BUKAN MEMBANTU ANDA SEMASA MENJAWAB SOALAN DI DALAM KUBUR NANTI. TIDAK KIRA WALAUPUN 20 IJAZAH DOKTOR FALSAFAH SEKALIPUN.(YUSUF QARADAWI HANYA 13 SAHAJA ITUPUN MASTER DALAM 13 BIDANG BERBEZA.(-ayat ini nampak mempertikaikan kredibliti Yusuf Qaradawi-MEMANG PUN !!!!)

ASAS DI DALAM KITA MENILAI PENCAPAIAN UMMAT MESTILAH DIBUAT SECARA KESELURUHAN.TIDAK DIBUAT SECARA TERPISAH. CONTOHNYA PIHAK JIM MENGANALISA DATA ATAU STATISTIK KES ANAK LUAR NIKAH.DATA YANG DIBUAT MESTILAH MESTILAH BERDASARKAN GERAK KERJA PIHAK JIM SEMATA. JADI DATA MEREKA PASTI BERBEZA DENGAN PIHAK ABIM ATAU MUSLIMAT PAS. KERANA GERAK KERJA BERBEZA-BEZA. Boleh Nampak. PERKARA INI ADALAH ASAS. TANPA MENGAMBIL FAKTOR TENTANG ORGANISASI MAHUPUN PERATURAN JEMAAH MASING-MASING.

APABILA DATA DISUSUN SECARA BERBEZA-BEZA MAKA HASIL DAPATANNYA TURUT BERBEZA.

JADI HASIL ITU TIDAK DIBUAT SECARA KOLEKTIF ATAU BERSAMA. KESANNYA TIADA IMPAK KERANA GERAK KERJA TIDAK DILAKSANAKAN SECARA BERSEPADU. KITA BOLEH MENGGUNAKAN HUJAH INI DALAM ISU GEJALA SOSIAL YANG SANGAT SIAL DALAM KALANGAN PEMUDA-PEMUDI KITA. SANGAT TERUK DAN MEMERITKAN KEPALA JIKA KITA MAHU MENGUKUR JUMLAH ANAK LUAR NIKAH DAN KES SUMBANG MAHRAM YANG BERLAKU. SANGAT SIAL DAN SIALAN SELURUHNYA. JIKA MAHU BERTINDAK,BERTINDAKLAH DENGAN MENGGUNAKAN KAPASITI KEMAMPUAN DIRI ANDA SELURUHNYA. JANGAN HANYA MENGGUNAKAN AIR LIUR SEMATA. Contoh jika anda pelajar IPT .Gunakan saluran diri anda sebagai pelajar IPT. Manfaatkan persatuan mahasiwa yang ada. Taja dan laksanakan program yang boleh menjurus ke arah pencegahan gejala ini. Laksanakan secara kolektif. TOLONG LUPAKAN SEMENTARA ISU POLITIK KANGKUNG YANG SEDANG BERLAKU DAN FOKUSKAN KEPADA ISU SOSIAL.SELURUH JEMAAH MAHASISWA DUDUK SEMEJA DAN BERTINDAK.INI BUKAN MASA BUAT RESOLUSI/KONKLUSI/DEKLARASI/ DAN REJUVENASI. KEMUDIAN SURUH KERAJAAN BERTINDAK. JANGAN HARAPKAN APA-APA LAGI PADA KERAJAAN. DIORANG PUN DAH NAK TUMBANG. NASI DAH JADI BUBUR!!!BUATLAH SESUATU. (nasib baiklah aku dah habis belajar kat u.klu x lagi pening)

Sepatutnya isu ini diambil berat oleh kelompok MAHASISWA. BUKAN SIBUK BERTEMPIK UNTUK HAPUSKAN AUKU DAN ISA.!! INGAT .YANG MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH DARI KALANGAN MUSLIMAT MAHASISWI JUGA RAMAI. JANGAN BERSELINDUNG DENGAN TUDUNG LABUH ANDA DEMI MENUTUP DOSA DI SEBALIK JUBAH PUTIH ANDA. SILA SEMAK DAN TELITI KEADAAN INI WAHAI PEJUANG-PEJUANG NAJIS DEMOKRASI ,WAHAI PEJUANG ISLAM YANG KUAT BERTAKBIR TETAPI SOLAT SUBUHNYA PUKUL 7.30 pg.

INIPUN NAK KENA AJAR KE ???

SO WE DOES NOT FREE YET. JADI KITA TIDAK MENCAPAI KEBEBASAN LAGI KAN.

KITA LIHAT APAKAH INTIPATI SEBUAH KEMERDEKAAN. TIADA KEMERDEAAN ATAU KEMERDEKAN MUTLAK. HANYA MERDEKA.TIDAK PERLU BERTARUNG SIAPA YANG MERDEKA. MERDEKA HAKIKI ATAU MERDEKA SECARA MUTLAK. ITU HANYALAH ISTILAH WAHAI MANUSIA.!!!

Perhati,teliti dan cermati baik-baik maksud atau intipati sebuah kemerdekaan.

MAMPU MERASAI JIWA,EMOSI,SEMANGAT,AKAL DAN SEGALA DIRINYA. MERASAI KEPERITAN,KESAKITAN,KESEDIHAN,KEKECEWAAN,KEBAHAGIAAN,KESERONOKAN, ORANG LAIN ATAU MANUSIA DI SEKELILINGNYA. SENARIO INI SEOLAH-OLAHNYA ANDA MAMPU MEMBACA HATI DAN PERASAAN MANUSIA.

Mampu mendengar tangisan dan setiap esakan anak-anak serta ibu-ibu yang kehilangan permata hidup mereka. Tiada harapan dan gelak tawa dari insan yang tersayang. Segala kenangan dan memori terpadam sekelip mata. Hanya satu bedilan bom serta mortar,hilang segala nyawa dan maruah ,harapan untuk hidup bahagia.

SIAPA YANG MAMPU MERASAI KEPERITAN DAN KESENGSARAAN MEREKA YANG KEHILANGAN ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENEMANI HIDUP MEREKA DI KALA MEREKA KESUSAHAN DAN KESEPIAN ??


SIAPA YANG MAHU MENGESAT AIR MATA YANG MENGALIR DARI MATA IBU MALANG INI. ??



SIAPA YANG MAHU MEMBERIKAN SEMULA SEMANGAT UNTUKNYA AGAR TERUSKAN HIDUP DENGAN TABAH ?






Bolehkan kita semua MERASAI KEPERITAN DAN KESAKITAN MEREKA YANG BERADA DI DALAM GAMBAR INI ?

Tidak. Kerana kita hidup dengan selesa dan aman damai. Habis daya pun hanya sekadar mengutuk dengan celaka Israel! Pergi jahanam Israel !! kita memandang perjuangan dalam konteks yang sangat sempit dan jumud.

Perjuangan kita penuh dengan ragu-ragu. Perlukah kita bermusuhan sesama bangsa dan agama? Mengapa mesti aku benci adik aku sendiri hanya kerana berbeza fahaman politik. Adakah mereka musuh aku selama ini ? SILA PANDANG DENGAN MATA HATI DAN FITRAH SENDIRI WAHAI MANUSIA !!!!!!! TINGGALKAN SEGALA PERKARA YANG TIADA KAITAN DENGAN PERMAINAN DAJJAL INI. KITA SEDANG BERADA DI DALAM FASA TERAKHIR PERMAINAN DAJJAL. SEKARANG SEDANG GIAT BERLAKUNYA PEMINDAHAN TAKHTA PADERI TERTINGGI POPE DI VATICAN CITY KE BANDAR JERUSALAM . BAHAGIAN BAWAH MASJIDIL AQSA SEMAKIN KOSONG,LOMPONG, LEMAH. RAPUH DARI SEGI STRUKTUR TANAHNYA. BILA-BILA MASA SAHAJA IA AKAN RUNTUH.!!!

Inilah realiti yang kita sedang alami sendiri. Inilah perangkap yang disediakan terhadap seluruh manusia. Bukan ummat Islam sahaja. PERANGKAP TERBELENGGU DENGAN KERAGUAN DAN SYAK WASANGKA. KITA BERADA DI DALAM PENJARA SYAK WASANGKA dan KERAGUAN. PENJARA YANG AKAN DIPERSIAPKAN UNTUK BANDUAN-BANDUAN YANG AKAN DISEMBELIH APABILA DATANGNYA DAJJAL KELAK.

Sambungan untuk intipati kebebasan ini adalah …..

TERHINDAR DIRI DARI RASA TERBELEGGU,TERPERAP,TERPERANGKAP,JEMU,BOSAN,SAKIT JIWA,MERASAKAN DIRI SENTIASA DIPERHATI,DIPANTAU,DISEKAT,DIPENJARA. SENTIASA KENA BERHATI-HATI DALAM APA JUA TINDAKAN,SENTIASA MERASAKAN ADA SAHAJA PERKARA YANG TIDAK KENA.

BERADA PADA TAHAP TERTINGGI DALAM DIRINYA KERANA PADA TAHAP BEBAS, DIA SEDANG MENGGERAKKAN DIRINYA SENDIRI.

DIA MENGAWAL DIRINYA.

MENGATUR DIRINYA SENDIRI.

MENGAWAL PERASAAN,SEMANGAT,JIWA DAN ROHNYA.

SIFAT BEBAS INI ADALAH TAHAP TERTINGGI BAGI SEORANG MANUSIA. BERADA DI ATAS SEGALANYA-GALANYA. TIADA HALANGAN DAN BATASAN. TAHAP BEBAS ADALAH KEMUNCAK KEHIDUPAN MANUSIA. HILANG DARI TEKANAN,MASALAH,KEROSAKAN…

BAGAIMANA ANDA MAHU BEBAS ?

SEBELUM ANDA MENJAWAB SOALAN TERSEBUT,KAMI INGIN TANYAKAN ADAKAH ANDA BERSEDIA MENGAWAL DIRI ANDA ?

BERSEDIAKAH ANDA MENGAWAL ROH ANDA SENDIRI ?

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENGAWAL JIWA DAN PERASAAN ANDA?

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENGAWAL MINDA ANDA ?


BERSEDIAKAH ANDA UNTUK BEBAS ????




Followers