Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 29 Oktober 2011

IMPIAN DAN HOPE

MY DREAM GOVERNMENT..

MENGHURAIKAN KONSPIRASI MENERUSI ARTIKEL UMMAT TERAKHIR..MINTA IZIN..

SEJARAH penglibatan perang yang pernah disertai Amerika, negara-negara Eropah dan Israel dalam siri-siri peperangan dalam sejarah moden menunjukkan penglibatan nilai kos yang tinggi. Ia melibatkan kos ketenteraan, jentera peperangan, senjata, peluru, perubatan dan bermacam lagi sehingga mencecah billion dollar.

Kos penglibatan Amerika dalam siri peperangan di Afghanistan dan Iraq sedekad lalu telah membawa kesan kejatuhan ekonomi Amerika. Walaupun Amerika mengalami masalah dalam pengurusan dana ekonomi semasa era G.W Bush, negara itu tetap mempunyai rizab untuk tabung perang meskipun mengaku ekonomi mereka agak tenat.

Mata wang Pound Sterling juga terjejas sejak Britain di bawah pentadbiran Tony Blair pada ketika itu menyertai Amerika dalam Perang Teluk 2 di Iraq. Israel juga mengalami masalah ekonomi sejak bersama Amerika meniup trompet perang di negara-negara Islam di wilayah Asia Barat. Perang memberi kesan kejatuhan ekonomi terhadap negara-negara terbabit seperti yang dilaporkan dalam media-media Barat.

Akibat kejatuhan ekonomi, kos sara hidup di Amerika, Eropah dan Israel telah meningkat sehingga lapan kali ganda. Ia lantas membawa kepada rungutan penduduk di negara-negara terbabit akibat peningkatan kos hidup dan aset-aset terutama perumahan.


Perkembangan itu memaksa kerajaan negara-negara berkenaan memikirkan sesuatu untuk terus menjayakan ‘design’ perang dan pada masa yang sama berusaha mengurangkan kos perang untuk memulihkan ekonomi masing-masing bagi meredakan kemarahan rakyat mereka.

Silla fahami perenggan ini. Amerika, Israel dan Eropah serta sekutu-sekutu mereka (Gog & Magog) nampaknya berjaya belajar sesuatu daripada keadaan yang menghimpit itu iaitu kemarahan rakyat mereka sendiri. Mereka berusaha meredakan kemarahan rakyat bagi membolehkan mereka kekal berkuasa dalam politik masing-masing untuk meneruskan agenda tradisi yang dikongsi.

Mereka harus berusaha memulihkan ekonomi supaya memuaskan hati rakyat dan meneruskan kekuasaan dalam politik negara masing-masing. Ia harus dilakukan dengan meminimakan kos perang selepas belajar daripada keadaan yang menghimpit itu.

Bagi negara-negara itu, perang harus diteruskan tetapi dengan cara yang baru. Cara yang baru itu pula diperolehi selepas mereka belajar daripada keadaan yang menghimpit mereka selama terlibat dalam PERANG AKIDAH BERWAJAH BARU sejak permulaan abad ke-21.

Rancangan baru kemudian digembleng melibatkan beberapa badan perisik negara-negara terlibat. Ia disuntik pula dengan modal daripada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berstatus NGO sedunia. Rancangan itu sedang berjalan kini, kemarahan rakyat adalah ramuan paling penting untuk menjatuhkan negara-negara musuh selepas mereka belajar sesuatu daripada keadaan itu. Dalam menjayakan rancangan itu, proksi-proksi (proksi sesuai dinamakan sebagai tali barut dalam konteks ini) mereka di negara-negara musuh digerakkan mengikut plan yang telah diarcakan.

Terdapat beberapa elemen penting dalam menjayakan rancangan itu, ia berupa cocktail yang mempunyai campuran racun-racun berbisa seperti POLITIK MAZHAB DEMOKRASI, KEMARAHAN RAKYAT, PARTI POLITIK LIBERAL, PEMIKIRAN LIBERALISME, SENTIMEN KAUM, SENTIMEN AGAMA, PEMIKIRAN TAKSUB dan paling penting iaitu PROKSI yang bijak berperanan sebagai bartender yang membancuh ramuan cocktail itu untuk diminum oleh rakyat-rakyat yang sedang dahaga sesuatu yang mereka katakan sebagai pembaharuan mengikut definisi yang hanya mereka fahami mengikut istilah new politics of the new world.

Bukan kita yang memberi istilah new politics itu, tetapi mereka sendiri yang memperkenalkan istilah itu kepada kita sejak semua itu bermula dalam rentak yang sangat terang. Pada masa yang sama, istilah itu sedang bergerak ke arah New World Order (NWO) jika diamati mengikut kaedah follow the evidence (mencari jawapan berpandukan petunjuk melalui bukti-bukti berketerangan yang ditinggalkan suspek dalam kes-kes jenayah).

-----

Amerika dan sekutu terutama Britain sudah banyak berhabis wang semasa menyerang Afghanistan dan Iraq selain terpaksa membayar 'ufti' kepada Israel pada setiap tahun. Israel juga sudah banyak berhabis wang semasa menyerang Palestin, Lubnan dan beberapa wilayah Arab di rantau sebelah sana.

Kini, mereka sudah tiada banyak wang dan pada masa yang sama ekonomi mereka juga terumbang-ambing sebagaimana dilaporkan beberapa wartawan media antarabangsa yang kredibel bersungguh-sungguh mengkaji gerak-geri keputusan WEP (warfare-economy-politics) Amerika dan Israel serta sekutu-sekutu mereka dalam pentas dunia.

Mengikut kepada perancangan mereka berdasarkan sebahagian dokumen-dokumen perang yang terlepas ke tangan pihak luar, terdapat lebih 10 buah negara Islam (kebanyakan melibatkan negara Arab) yang dimasukkan ke dalam senarai yang senasib dengan Afghanistan dan Iraq. Ia termasuklah Lubnan, Syria, Jordan dan beberapa negara Arab yang sedang dan akan bergolak selepas ini.

Negara-negara Islam di benua Afrika pula melibatkan Mesir dan Libya yang telah dihancurkan oleh kemarahan rakyat negara itu sendiri walaupun wujud perbezaan senario ‘trigger’ bagi kes bagi kedua-kedua negara itu.

Kes di Mesir dan Libya dijayakan atas motif yang sama iaitu mengheret negara Islam ke kancah huru-hara yang tiada jaminan untuk pulih semula dalam tempoh singkat, namun terdapat perbezaan dari segi punca ia tercetus.

Isu ini harus direnung tajam ke arah motif, bukan punca ia tercetus. Jika merenung ke arah punca yang dijadikan asas kepada keseluruhan penilaian terhadap peristiwa, maka seseorang pemerhati itu sudah melakukan kesilapan dalam memahami persoalan mengapa peristiwa itu tercetus. Memang punca adalah penyebab, tetapi motif adalah lebih besar daripada penyebab.

Hari ini, negara-negara Islam menghadapi ancaman bentuk baru yang mana Barat menjadikan rakyat-rakyat di negara Arab sebagai alat untuk mencapai niat jahat mereka. Syria menjadi huru-hara, sebelum itu Libya sehingga Muammar Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri, Mesir pula masih belum reda walaupun Hosni Mubarak sudah tertangkap oleh rakyatnya, begitu juga dengan negara-negara Arab yang lain kini menghadapi ancaman gelombang baru.

Negara-negara Arab yang terlibat masih belum reda kekecohannya meskipun puak revolusi telah berjaya menggulingkan dan membunuh pemimpin-pemimpin mereka yang mereka anggap sebagai jahat. Bagi kes Mesir, Hosni Mubarak yang dikenali sebagai proksi Israel juga telah dijatuhkan oleh perancangan Israel sendiri apabila mereka sedar ‘aura’ pemerintahan Mubarak sudah tidak gah lagi di kalangan rakyat Mesir sendiri.

Kegoyahan kedudukan Mubarak di mata rakyat Mesir menjadi liabiliti kepada Israel dan liabiliti itu harus disingkirkan bagi menyelamatkan Israel sendiri. Demi mengukuhkan kedudukan, Israel sanggup berbuat apa sahaja termasuk menghukum proksi sendiri yang sekian lama memainkan peranan penting kepada perluasan wilayah haram Israel sejak 30 tahun lalu.

Dalam kes Muammar Gaddafi di Libya, Barat dan sekutu mereka terbukti sudah lama menyimpan dendam terhadap Gaddafi. Ketegasan setiap kenyataan pedih yang dilontarkan Gaddafi terhadap Amerika dan sekutu di pentas-pentas ucapan dunia menjadikan Barat menyimpan dendam untuk membunuh Gaddafi.

Nama Gaddafi yang terkandung dalam senarai wajib dibunuh oleh Barat dilaksanakan juga walaupun Barat mengalami masalah ekonomi dan kewangan dalam melancarkan perang. Kos perang harus dikurangkan dengan menjadikan rakyat negara-negara Islam sebagai senjata untuk menggulingkan pemimpin mereka sendiri.

Segala jasa Gaddafi dalam memakmurkan pertanian di kawasan-kawasan tandus dengan memajukan pengairan menggunakan wang hasil petroleum negara itu dilupakan bulat-bulat oleh rakyatnya sendiri hanya kerana sudah termakan hasutan Barat untuk menegakkan demokrasi di Libya. Begitu juga dengan jasa-jasa lain yang turut dilupakan hanya kerana sentimen kemarahan di kalangan rakyat Libya yang disemai oleh Barat. Segalanya atas nama racun demokrasi.

Gaddafi bukan sejahat seperti yang ditulis oleh media propaganda Barat, namun Gaddafi berjaya dibunuh oleh kumpulan minoriti yang sudah termakan hasutan Barat dan kumpulan minoriti yang tidak menyukainya (rujuk Majority Wipe Out).

Sejak tahun 2009, Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) masing-masing bergerak dalam satu projek besar untuk melemahkan negara Islam menggunakan modus operandi (MO) gelombang baru. Ia bukan satu projek baru, tetapi satu projek yang diperkemaskan dengan taktik-taktik terbaru setelah mereka belajar daripada keadaan kemarahan rakyat mereka sendiri di Amerika dan negara-negara sekutu mereka.

Gelombang baru itu menggariskan beberapa elemen penting dalam menentukan keberhasilannya. Elemen paling utama ialah mengaktifkan proksi di negara-negara Islam untuk mencipta huru-hara bagi menggulingkan kerajaan yang memerintah dengan harapan proksi itu akan dinaikkan menjadi boneka di negara terbabit.

Ia diteruskan dengan peranan proksi menyemai kemarahan rakyat dengan suntikan pemikiran paranoia terhadap kerajaan yang sedang memerintah. Suntikan-suntikan pemikiran itu berlegar dalam ruang lingkup sentimen agama (seperti di Mesir), sentimen perkauman (seperti di beberapa negara di benua Afrika), fahaman liberal dalam segenap hal termasuk agama dan perkauman yang diperkemaskan melalui pertubuhan-pertubuhan bersifat atau bermotif politik pembaharuan, kononnya dikatakan sebagai pembaharuan.

--

Sila fahami baik-baik

MELALUI SUMBER-SUMBER DI PERINGKAT ANTARABANGSA YANG TELAH SAMPAI KE MEJA UMAT TERAKHIR SEJAK DISEMBER 2009, KETUA INSTITUT LATIHAN FBI YANG DIKENALI DENGAN CODENAME THORPE DILAPORKAN TELAH MENGADAKAN BEBERAPA KALI SIRI LATIHAN DAN CERAMAH TERHADAP EJEN-EJEN PERISIK FBI DI BEBERAPA LOKASI SEKITAR WASHINGTON, HAWAII, AFRIKA SELATAN DAN AUSTRALIA SEJAK FEBRUARI 2009 SEHINGGA 2011 KINI.

DALAM SESI LATIHAN ITU, THORPE MENEGASKAN SATU MO PENTING DALAM MELEMAHKAN POLITIK DI NEGARA-NEGARA ISLAM. THORPE DALAM CERAMAHNYA JUGA MENGUMUMKAN FBI AKAN MULA MENGHANTAR EJEN-EJEN KE BEBERAPA BUAH NEGARA ISLAM UNTUK MENCIPTA HURU-HARA. IA DILAKUKAN BAGI MENJIMATKAN KOS KETENTERAAN YANG TINGGI SEKIRANYA AMERIKA TERLIBAT SECARA TERUS DALAM PEPERANGAN TERHADAP NEGARA-NEGARA ISLAM SEBAGAIMANA DI AFGHANISTAN DAN IRAQ SEBELUM ITU.

EJEN-EJEN DITUGASKAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM DENGAN MEMANTAU PERGERAKAN PROKSI MASING-MASING DAN CUBA ‘MEMERANGKAP’ PROKSI SUPAYA TUNDUK AKUR KEPADA MOTIF FBI UNTUK MENCIPTA HURU-HARA. PROKSI SEDAYA UPAYA DIPERANGKAP DENGAN PELBAGAI BUKTI KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH SANG-SANG PROKSI. APABILA PROKSI ITU ENGGAN PATUH, MAKA BUKTI ITU AKAN DISEBARKAN BAGI MENJATUHKAN PROKSI ITU DALAM SITUASI POLITIK NEGARA ITU SEBAGAIMANA YANG TERJADI KE ATAS HOSNI MUBARAK.

PROKSI ITU PULA TIDAK SEMESTINYA PEMIMPIN TERTINGGI SESEBUAH NEGARA ISLAM, IA JUGA MELIBATKAN PARA PEMIMPIN PARTI-PARTI POLITIK DEMOKRASI BERHALUAN KIRI DI NEGARA-NEGARA BERKENAAN...KAMI TAMBAH SEDIKIT..

TIDAK KIRA TERMASUK PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAN JUGA INDIVIDU PERSEORANGAN.. Oleh yang demikian, proksi-proksi ini akan diberi arahan supaya mencipta huru-hara dalam negara terbabit. Sekiranya gagal mengikut arahan FBI, proksi itu akan dipadamkan karier politiknya (-TERMASUK DIHAPUSKAN SEGALA BENTUK KEPENTINGAN –SEPERTI KELUARGA DAN ASET PERIBADI,ATAU DICIPTA SKANDAL KHAS UNTUK MEREKA SECARA SPESIFIK )dan pemadaman karier itu juga memberi kesan yang sama iaitu huru-hara apabila pengikut taksub sang proksi itu melakukan perbuatan ekstrem dan ganas untuk mempertahankan pemimpin mereka itu (pemimpin politik yang menjadi proksi Amerika). Walaupun apa yang terjadi iaitu sama ada proksi itu akur atau patuh, ia memberi kesan yang sama iaitu huru-hara dalam sesebuah negara. Bezanya cuma proksi lain akan dilantik menerajui sesebuah negara selepas huru-hara sekiranya proksi sebelum itu enggan patuh. Janji untuk memulihkan keadaan selepas huru-hara juga kebanyakan dusta semata sebagaimana di Mesir, Iraq dan Afghanistan yang masih kacau bilau sehingga hari ini.-

FOKUS PENTING ARTIKEL..

STANDARD OPERASI...

FAHAMI PERENGGAN DI ATAS BAIK-BAIK.BACA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN LAPANG,BEBAS DARIPADA SEBARANG PREJUDIS SERTA KEPENTINGAN PARTI ATAU PENGARUH KUASA BESAR..SERTA ,TERHINDAR DARIPADA SEBARANG AKAR-AKAR KEBENCIAN DAN DENDAM...

ULANG SIAR ..

SKOP PENTING..

Oleh yang demikian, PROKSI-PROKSI ini akan DIBERI ARAHAN SUPAYA MENCIPTA HURU-HARA DALAM NEGARA TERBABIT. SEKIRANYA GAGAL MENGIKUT ARAHAN FBI, PROKSI ITU AKAN DIPADAMKAN KARIER POLITIKNYA DAN PEMADAMAN KARIER ITU JUGA MEMBERI KESAN YANG SAMA IAITU HURU-HARA APABILA PENGIKUT TAKSUB SANG PROKSI ITU MELAKUKAN PERBUATAN EKSTREM DAN GANAS UNTUK MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN MEREKA ITU (PEMIMPIN POLITIK YANG MENJADI PROKSI AMERIKA). WALAUPUN APA YANG TERJADI IAITU SAMA ADA PROKSI ITU AKUR ATAU PATUH, IA MEMBERI KESAN YANG SAMA IAITU HURU-HARA DALAM SESEBUAH NEGARA..

JIKA DIAMATI SEMULA PERJALANAN KARIER TIDAK KIRA WALAU SIAPA JUA SKOP POLITIKNYA(TERMASUK IDEALISME DAN FALSAFAH ) ,KITA PERLU FAHAM DENGAN PENGETAHUAN MENERUSI MAKLUMAT BERKREDIBILITI DAN TELUS ,INTERGRASI DAN SIGNIFIKAN,BERILMU YANG MEMBAWA KEMANFAATAN PENUH...

SESUNGGUHNYA RENCAH POLITIK DAN DEMOKRASI ADALAH PERMAINAN YANG SANGAT LICIK..JANGAN TERLALU TERDESAK DALAM MENANGANI SEBARANG ISU DAN KRISIS...

KAMI JUGA TIDAK SANGGUP MATI UNTUK ANWAR IBRAHIM..DAN DEMI PAKATAN RAKYAT..

SEGALANYA PERLU DAN MESTI DILAKSANAKAN DENGAN PENUH EFISYEN DAN HOLISTIK..

SEKALI LAGI ..KITA SEMUA PATUT MENILAI DENGAN BIJAK DALAM MEMBUAT ANALISA KONTEKS KAREKTER EVALUASI.

PASTI RAMAI PENGANALISA KONSPIRATOR YANG GAGAL MEMBACA TELAHAN DAN ANALISA PERJALANAN KONSPIRASI DENGAN PENUH TELITI DAN CERMAT..

PASTI DAN SANGAT PASTI BAHAWA ANWAR IBRAHIM ADALAH SALAH SEORANG INDIVIDU POLITIK YANG DIJAGA DAN DIBIAYA OLEH AMERIKA.DAN ADAKAH BELIAU SEORANG..FAHAM BAHAWA DOKTRIN AMERIKA ADALAH MEMASTIKAN DEMOKRASI AKAN DITEGAKKAN WALAU APA JUA CARA SEKALIPUN..BUKAN ANWAR IBRAHIM SAHAJA BAHKAN AUNG SAN SUK YI,PEMIMPIN DEMOKRASI MYANMAR YANG TURUT BERGELUT DALAM MENGANGKAT DEMOKRASI DI MYANMAR ,TURUT DIPELIHARA OLEH AMERIKA..

MENDANAI DAN MENJAGA KEPENTINGAN MANA-MANA INDIVIDU YANG BERPENGARUH DAN BERPOTENSI BESAR DALAM SETIAP ARENA DAN SEKTOR SAMA ADA DALAM BENTUK ORGANISASI ,KELAB,PERSATUAN,PARTI,JEMAAH,SYARIKAT,SEKOLAH,INSTITUSI, INDUSTRI ATAU NEGARA SERTA MEMASTIKAN INDIVIDU BERKENAAN SENTIASA MEMILIKI IMEJ DAN KAREKTER YANG BERSIH , SUCI DAN MEMILIKI KREDIBLITI JITU DI SETIAP PERINGKAT..

AGAR INDIVUDU BERKENAAN BERPERANAN SEBAGAI GEN PEMANGKIN ATAU SUNTIKAN TENAGA DALAM MENCIPTA DAN MENCETUSKAN SUASANA..(SAMA ADA MENCIPTA PENYOKONG DAN PENENTANG-INI FASA PERTENGAHAN)

INDIVIDU ITU AKAN DIJADIKAN SAMA ADA KAMBING HITAM ATAU PLAYMAKER DALAM SESUATU SENARIO YANG MELANDA SESEBUAH PENTAS ATAU GELANGGANG( SAMA ADA PENTAS SUKAN,HIBURAN,POLITIK,KUASA,EKONOMI,BUDAYA ,KEILMUAN DSB)......

IJTIHAD KAMI..MESKIPUN HUJAH INI KETARA MAKSUDNYA NAMUN AMAT PENTING AGAR KITA SEMUA MENILAI PANDANGAN DARIPADA SEMUA PERINGKAT..

JANGAN TERLALU CEPAT MENGHUKUM DAN MEMBUAT KEPUTUSAN..

KEDAPATAN DAN TERDAPAT RAMAI INDIVIDU YANG TURUT SAMA MENGESAN AKAN GERAKAN-GERAKAN HITAM YANG MERBAHAYA DI SEKITAR MEREKA DAN MEREKA-MEREKA INI ADALAH INDIVIDU YANG SANGAT TERHAD KEUPAYAANNYA DALAM MENGGERAKAN AGENDA BAGI MENDEDAHKAN GERAKAN-GERAKAN SULIT SEPERTI INI..

SEBAGAI CONTOH..ENCIK MODERATOR MISTISFILES...

NAMUN AKIBAT DARIPADA KETERHADAN KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN MEREKA DALAM BERTINDAK ,MAKA WUJUD SATU SENARIO DI MANA MEREKA INI MENDEDAHKAN PERGERAKAN INI KEPADA UMUM AGAR IANYA MENJADI FOKUS PENTING KEPADA INDIVIDU –INDIVIDU YANG BERKEMAMPUAN BAGI MENDEDAHKAN PERGERAKAN SULIT INI DARIPADA LUAR..

TUJUAN DAN MOTIFNYA..

AGAR SATU TINDAKAN BALAS COUNTER ATTACK MAMPU DILAKSANAKAN BAGI MEMUTAR SEMULA OBJEKTIF UTAMA PERGERAKAN SULIT BERKENAAN...

DAN PERGERAKAN INI DIGERAKKAN DENGAN SANGAT BIJAKSANA..

ANDA TAHU SIAPA YANG MENGGERAKKAN PERANCANGAN..

THE KING ..

MAHARAJA YANG TERAGUNG...

HE JUST BEGIN TO GET AWAKE..

THE AWAKENING OF THE KING....

KITA MEMILIKI INDIVIDU YANG BERPENGARUH BESAR DALAM DUNIA PERBANKAN , BUDAYA, PENTAS POLITIK, PENTAS AKADEMIK BAHKAN DALAM SEKTOR KERAJAAN SEKALIPUN..

DAN MEREKA TIDAK PERLU MENGGERAKAN AGENDA UNTUK MENENTANG GERAKAN ILUMINATI SECARA TERANG TETAPI BERMAIN SECARA SEMBUNYI SEBAGAIMANA RENTAK YANG AMAT DIGEMARI OLEH PARA KONPIRATOR..

YANG SEMEMANGNYA SUDAH LUMRAH ALAM TROPIKA MEREKA TIDAK AKAN MENJELMAKAN DIRI MEREKA DI KHALAYAK UMUM MELAINKAN DENGAN ARAHAN DARIPADA PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH..MAAF..PIHAK DEWAN TERTINGGI PERGERAKAN SULIT ILUMINATI SEMESTINYA..

DALAM MELAKSAKAN APA JUA AGENDA DAN PELAN TINDAKAN...

THE HIDDEN HAND...TANGAN YANG TERSEMBUNYI..

MEREKA INI JAUH LEBIH LICIK DARIPADA SPECIAL BRANCH MANA-MANA PIHAK KESELAMATAN..

DAN MEREKA INI LENGKAP DENGAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI..PERMAINAN MEMERANGKAP FIKIRAN MANUSIA..

MEREKA INI TIDAK BERMAIN DENGAN PERMAINAN EMOSI...

KERANA MEREKA TELAH DILATIH UNTUK DIHAPUSKAN EMOSI MEREKA..

MEREKA MAMPU BERTINDAK BERDASARKAN APA YANG ANDA FIKIRKAN DAN APA YANG ANDA PERCAYAI..

THEY CAN CONTROL YOURSELF..

SEBAHAGIAN YANG DIDEDAHKAN DI TELEVISYEN –MENERUSI FILEM ADALAH RANTAIAN KECIL BAGI MODUS OPERANDI MEREKA ...YANG MANA SEBENAR-BENARNYA,MEREKA MEMILIKI SKALA KEKUATAN MATERIAL YANG JAUH LEBIH BESAR...

TETAPI DAN NAMUN DEMIKIAN..PENGETAHUAN TENTANG KONSPIRASI HANYALAH BAGI YANG BERHAK SEMATA-MATA..IA TIDAK BERNILAI BAGI POLITIKUS DAN GURU SEJARAH YANG MASIH MENCARI PLATFORM OBJEKTIFNYA SENDIRI...

SEDIA MAKLUM.

MOTIF MEREKA ADALAH ..

MENGHANCURKAN ISLAM WALAU APA JUA CARA SEKALIPUN..

MENIMBULKAN DAN MENCETUSKAN HURU-HARA...

MENANAMKAN KEBENCIAN DAN PERMUSUHAN..

MELUPAKAN MANUSIA KEPADA ALLAH...

KETIGA-TIGANYA ADALAH OBJEKTIF TETAP YANG AKAN BERJALAN SEPANJANG MASA...

TELAH DISEBUT DI DALAM SURAH AL-FURQAN JIKA TIDAK SILAP KAMI..

JADI SEANDAINYA ANWAR IBRAHIM ADALAH SALAH SEORANG CATUR MEREKA..MENGAPA PERLU SOKONG BELIAU..BUKAN NAJIB..

SEKADAR IJTIHADIAH..

KAREKTER SEPERTI NAJIB ...IAITU MUDAH DAN SENANG UNTUK DIPENGARUHI..TIADA KONSISTENSI DALAM PENDIRIAN DAN MUDAH MENGGELABAH..

KAREKTER SEPERTI INI ADALAH YANG PALING MUDAH DIPERGUNAKAN..

TETAPI INDIVIDU SEPERTI ANWAR AGAK SEDIKIT SUKAR DAN SUSAH..

BERPENDIRIAN DAN BERPRINSIP..TEGAS DAN TEGUH..BERWAWASAN DAN OBJEKTIF...

SUKAR UNTUK DIPERMAINKAN INDIVIDU YANG SEMACAM INI..

AMBIL ALIH SENJATA YANG MEREKA GUNAKAN UNTUK MEMBINA KEMBALI KEKUATAN KITA..

MENGGUNAKAN PELURU YANG MEREKA GUNAKAN ...UNTUK MENGHAPUSKAN MEREKA KEMBALI...

TEKNIK SWING..

KAD ‘JOKER’ YANG PERTAMA..JIKA TERSILAP KITA AKAN GUNAKAN KAD QUEEN..SEBELUM KAD KING DIKELUARKAN NANTI....

MAAF KAMI TIDAK BERMINAT DENGAN IDEA KUMPULAN PENDESAK..

LEBIH BAIK DIPERKASAKAN JARINGAN MAKLUMAT SETIAP PERGERAKAN BEBAS SAMA ADA NGO ,PARTI,JEMAAH DAN INSTITUSI SUPAYA ADANYA KEMUDAHAN CAPAIAN AKSES MAKLUMAT BOLEH DISEPADUKAN DAN DISELENGGARAKAN DENGAN KEMAS,BERSTRATEGIK DAN TERSUSUN...

BERSATU ATAS NAMA GERAK KERJA...

SUDAH LAMA KAMI LAUNGKAN ....BUKAN BERSATU ATAS BANGSA...

KERANGKA KESATUAN ISLAM ITU JAUH LEBIH MENGGERUNKAN DAN MENGAGUMKAN..BUKAN DI ATAS KERANGKA BANGSA...

APA MAKSUD DAN ASAS BAGI KERANGKA KESATUAN ISLAM..

BEERTI KESATUAN YANG PUNYA HALA TUJU..

PUNYA PENDIRIAN DAN MATLAMAT ..

PUNYAI VISI DAN MISI YANG SELARI DAN SISTEMATIK..

PERLU KEPADA BENTUK STRUKTUR ORGANISASI DAN ASAS IMEJ PLATFORM YANG BENAR-BENAR NYATA.

PERLU LANDSKAP,PERSONAFIKASI DAN ORIENTASI MODUS SISTEM OPERANDI YANG BENAR-BENAR MENCAKUPI SELURUH SEKTOR KEHIDUPAN MANUSIA...

PERLU MEMILIKI INFRASTRUKTUR DAN ELEMEN-ELEMEN SUMBER BUMI YANG KUKUH DAN TEGUH....

KESATUAN DALAM LABEL ISLAM..JENAMA ISLAM....

BUKAN DI ATAS JENAMA DAN LABEL BANGSA...

ISLAM DAN MELAYU ITU DUA ENTITI BERBEDA...

ISLAM ITU PUNYA RUKUN DAN ASAS..

MELAYU ITU TENTANG BANGSA, GENETIK,DARAH DAN KETURUNAN.....

MELAYU BUKAN DARI KETURUNAN NABI DAN AHLI BAIT..ITU PASTI....(KHILAF)

JANGAN AMBIL TAFSIRAN DARIPADA PERLEMBAGAAN NEGARA...KENYATAAN PERLEMBAGAAN TENTANG DEFINISI ISLAM DAN MELAYU SANGAT LEMAH ..TERSANGAT LEMAH..

LEMAH BAGAIMANA..ANDA KAJILAH SENDIRI...ITU PERSOALAN ANDA...

JANGAN MENJERIT LAGI KESATUAN BANGSA...

KESATUAN BANGSA HANYA MENCETUSKAN SENTIMEN DAN AKHIRNYA API PERKAUMAN KEMBALI DIBAKAR ,MENYAKSIKAN PERTIKAIAN DEMI PERTIKAIAN MULA TIMBUL,KEMUDIAN WUJUD KELOMPOK YANG MEMPROVOKASI DAN KEMUDIAN..

WALLLAHHHHH...(BUNYI IBU JARI DIPETIK)

HURU-HURU..

SIAPA YANG UNTUNG..MEREKA DAN ILUMINATI JUGA YANG UNTUNG...

BUKAN MEREKA DAN KELUARGA MEREKA..

SELESAI...SEKADAR GAMBARAN ASAS...

UNTUK MASA KE HADAPAN... PASTIKAN TIADA LAGI PERHIMPUNAN DEMOSTRASI MASSA..KEPADA PARTI POLITIK...TERUSKAN KEPADA GERAK KERJA KOMITMEN PADA SKALA BIASA SEHINGGA TARIKH PILIHAN RAYA..BUKAN MATI UNTUK PILIHAN RAYA...SEKADAR BEKERJA MENGIKUT BATAS KEMAMPUAN ANDA SENDIRI....SEDIKIT SARANAN..

SEDIKIT TIPS..MENGAPAKAH KAUM CINA (REALITI EKONOMI MALAYSIA )DILIHAT BEGITU BERJAYA DALAM MENDOMINASI KUASA EKONOMI MALAYSIA..ADAKAH MEREKA ULTRA-KIASA ATAU MEREKA JUGA SUDAH MULA MENGGUNAKAN BOMOH..MENGGUNAKAN TANGKAL...PERCAYA KEPADA KHURAFAT..

SALAH...

MEREKA MEMILIKI JARINGAN KEKELUARGAAN UKHUWAH FILLAH YANG SANGAT UTUH DAN KUAT..FAKTOR MINOR..MEREKA BANGSA YANG BERSATU DALAM SEBAHAGIAN PERKARA...INI CONTOH YANG BAIK..

MEREKA MENGUASAI SUMBER(BEKALAN) DAN JARINGAN PASARAN...FAKTOR MAJORITI

MEREKA TIDAK BERGANTUNG KEPADA SKIM PECAH RUMAH ATAU APA JUA SKIM FAEDAH TAWARAN KERAJAAN...FAKTOR PERTENGAHAN

ALIRAN TUNAI KEWANGAN MEREKA SANGAT STABIL DAN KONSISTEN AKIBAT DARIPADA JARINGAN PASARAN EKONOMI MEREKA YANG BERKESAN DAN PRODUKTIF..MEREKA TIDAK PERLU GUSAR UNTUK MEMBERI KERANA PASTINYA MEREKA AKAN MEMPEROLEH KEMBALI HASIL PEMBERIAN ITU..BAHKAN BERLIPAT-LIPAT KALI GANDA..AKIBAT DARIPADA KEBERKESANAN KONSEP JARINGAN PASARAN EKONOMI KEKELUARGAAN KAUM CINA...

TEKNIK ASAS EKOKOMI ISLAM..AJARAN BAGINDA ....TETAPI BUKAN ISLAM YANG MEMPRAKTIKKAN IA...ANEH DAN UNIK...

SEKADAR TIPS MUDAH...

UNTUK MENJADI JUTAWAN SEGERA..

Namun, ada satu elemen berbahaya yang diserapkan Thorpe melalui ceramahnya terhadap ejen-ejen FBI. Elemen yang sangat berbahaya terhadap akidah umat Islam di negara-negara sasaran.

Thorpe menegaskan, Islam menjadi agama yang sangat pantas berkembang di Amerika dan Eropah sejak tahun 2001. Menurut Thorpe, ia berlaku disebabkan umat Islam berjaya mempengaruhi kepercayaan rakyat Amerika dan Eropah melalui keterangan al-Quran dan Hadis berhubung jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi manusia sejagat.

Perkembangan itu membimbangkan Amerika dan Eropah disebabkan sindrom Islamophobia mengikut istilah yang mereka cipta sendiri. Ia pada asalnya untuk menyekat perkembangan Islam di Barat dengan meranapkan negara-negara Islam tempat asal imigran Muslim yang berhijrah ke Eropah dan Amerika. Ia seperti menghapuskan anai-anai bermula daripada menghapuskan sarangnya. Ia hanya kerana mereka takut Islam merampas negara mereka apabila semakin ramai memeluk Islam di sana.

Lalu melalui rekod rakaman suara yang sampai ke meja Umat Terakhir, Thorpe berkata: “The Qoran dan Hadeeth must be stopped and destroyed from every Muslim’s mindset. You as federal agents, must use your taskmen (proksi-proksi) to terminate these two things (Quran dan Hadis) form their own people (orang Islam).”

Terjemahan: “al-Quran dan Hadis harus dihentikan dan dimusnahkan daripada pemikiran orang Islam. Kamu semua sebagai ejen persekutuan harus memperguna proksi-proksi untuk memusnahkan dua perkara ini (Quran dan Hadis) daripada orang-orang (pengikut) mereka sendiri.”

Dalam salinan rakaman yang lain pula, Thorpe berkata (selepas diterjemah): “Pastikan pendukung demokrasi di negara-negara itu mengangkat demokrasi menjadi lebih tinggi daripada Islam kerana itu menjamin berlakunya huru-hara. Gunakan segala kemudahan teknikal (?) untuk mengelirukan pemikiran mereka terhadap agama mereka sendiri (Islam). Seboleh-bolehnya cuba masukkan kekeliruan (?) dalam parti demokrasi yang Islamik supaya kucar-kacir dan mengikut syarat kita kalau mereka mahu pulih (daripada kucar-kacir politik).”

Itu yang sedang dilakukan FBI, bagaimana pula dengan CIA. Melalui maklumat yang diterima, ejen-ejen CIA juga giat menyusup masuk ke negara-negara Islam untuk mencipta huru-hara. Kedua-dua CIA dan FBI berlumba-lumba sesama mereka untuk menjayakan misi tersebut. Malah, kedua-dua agensi itu juga sering bersaing dalam apa juga misi yang ditugaskan kepada mereka. Kedua-dua egensi itu sangat gigih menjayakan misi mereka untuk meranapkan negara-negara Islam pada ketika umat Islam sedang gigih bersengketa dan berpecah hanya kerana umpan kuasa demokrasi.

Racun prasangka terhadap pemerintah menjadi inti utama yang dibawa masuk oleh ejen-ejen CIA ke dalam pemikiran rakyat di negara-negara Islam. Prasangka itu kemudian disemai melalui peranan yang dimainkan oleh parti-parti politik demokrasi. Plan-plan ekstrem direncanakan untuk menimbulkan huru-hara bagi mengguling kerajaan dan pemerintah sedia ada. CIA lebih banyak bermain dalam konteks demokrasi manakala FBI pula lebih cenderung kepada misi menjadikan demokrasi jauh lebih penting daripada Islam dalam benak pemikiran hamba-hamba demokrasi yang bebal.

Usaha menjadi demokrasi menjadi lebih tinggi daripada Islam tampak berjaya selepas kita melihat situasi di beberapa buah negara Islam yang bergolak. Kitab suci al-Quran yang memerintahkan umat Islam patuh kepada pemimpin selagi pemimpin itu beragama Islam juga semakin ditolak oleh umat Islam sendiri hanya kerana lebih mementingkan demokrasi melebihi kepatuhan terhadap perintah Allah dalam al-Quran.

Demokrasi menjadi senjata paling teguh pada ketika Amerika dan sekutu sudah ketiadaan banyak wang untuk membiayai kos peperangan. Demokrasi menjadi racun paling berbisa pada ketika rakyat di negara-negara Islam sudah termakan propaganda New Politics yang menghampiri motif NWO.

Huru-hara di Mesir belum nampak tanda-tanda reda, Libya juga sedang memasuki fasa yang sama, Afghanistan dan Iraq sudah lama dibiarkan tidak stabil sejak Amerika dan sekutu menceroboh masuk secara langsung, semua negara Islam yang berjaya diranapkan masih belum stabil dan itulah motif mereka. Motifnya adalah untuk memastikan negara-negara Islam berada dalam keadaan tidak stabil tanpa pemerintahan yang sempurna untuk jangka masa yang lama.

Dikhuatiri, Amerika akan menawarkan ubat ‘sintetik’ berbahaya kepada negara-negara Islam yang menjadi tidak stabil selepas revolusi itu iaitu menawarkan supaya memilih untuk menjadi stabil di bawah pentadbiran seorang ketua tunggal. Ia menghampiri maksud NWO. Siapakah ketua tunggal itu? Atau adakah negara-negara Islam yang diruntuhkan oleh rakyat mereka sendiri itu akan dikumpulkan menjadi satu kesatuan negara yang berada di bawah panji Amerika? Maka, tercetuslah sesuatu yang Allah murka iaitu umat Islam diperintah oleh kaum kafir di negara sendiri.

---

Bahana meminimakan kos perang itu sedang berjangkit ke beberapa buah negara Islam di rantau Arab dan tidak mustahil akan menjangkiti Asia Tenggara di sebelah sini. Bibit-bibit huru-hara sudah kelihatan apabila wujud beberapa individu yang cuba mengheret rakyat ke kancah rusuhan. Adakah mereka itu proksi? Seseorang yang waras dan sihat akalnya harus berfikir sendiri untuk melihat dengan mata hati yang ada sisa-sisa kesucian.

Petanda untuk melihat dengan mata hati juga mudah. Lihat kedudukan Islam yang diperjuangkan oleh mana-mana pihak yang mengaku memperjuangkan Islam dan lihat sejauh manakah Islam diperjuangkan melalui setiap tindak-tanduk mereka itu. Adakah tindak-tanduk itu selari dengan perintah Allah atau selari dengan kehendak FBI dan CIA untuk menimbulkan huru-hara.

Kita tahu siapakah orang yang bekerja untuk FBI dan CIA. Kita tahu siapakah orang yang pernah bertemu dengan pihak CIA di Amerika untuk mendapatkan dana politik. Kita tahu siapakah orang-orang yang CIA berjumpa di sini pada ketika kita memasuki ruang gendang perang politik dunia baru. Kita juga tahu siapakah yang menjahanamkan perjuangan Islam di negara ini dengan menggunakan racun demokrasi terhadap pemimpin-pemimpinnya. Wajarkah disebut nama-nama itu sedangkan banyak maklumat kredibel yang bersepah di atas meja Umat Terakhir ini sejak beberapa tahun lalu?

---

Kunci untuk menggagalkan usaha jahat itu ialah dengan bersatu padu sebagai umat Islam, meletakkan Islam lebih tinggi daripada demokrasi yang banyak bermain twist, bijak memahami setiap perintah Allah serta taat kepada setiap perintah-Nya.

Kamu semua hidup dalam suasana demokrasi tetapi jangan pula jadi hamba demokrasi. Jangan pula jadi ‘wang perang’ untuk keuntungan Amerika dan sekutu pada ketika mereka kehabisan banyak wang dalam membiayai kos perang sebelum ini.

Allah telah turunkan banyak petunjuk, maka lihatlah petunjuk-petunjuk itu dengan hati yang tenang dan fikiran yang waras terhadap setiap kebenaran yang ditunjukkan-Nya. Jangan mengharapkan kesempurnaan daripada sesama manusia, sebaliknya berusahalah bantu-membantu sesama manusia yang sama agama dengan kamu untuk mencapai apa yang kamu semua impikan tanpa perlu bermusuh-musuhan.

Janganlah menjadi seperti anai-anai, jangan pula menjadi seperti kuman parasit yang memusnahkan sang perumah sehingga perumah itu mati, dan parasit itu juga akhirnya mati selepas perumah itu mati.

Jangan jadi ‘wang perang’ untuk keuntungan Yakjuj dan Makjuj.

SEDIKIT SAGU HATI....IDEAS..

BENTUK KESATUAN BARISAN DAN PAKATAN....

SEKADAR BENTUK KABINET KERAJAAN IMPIAN KAMI SENDIRI..

PERDANA MENTERI..ENCIK AHMAD BIN BUSU

TIMBALAN.. ENCIK BUSU BIN AHMAD

MENTERI KEWANGAN ..ANWAR IBRAHIM

MENTERI HAL EHWAL PERDAGANGAN DAN INDUSTRI (SEGALA BENTUK INDUSTRI TERMASUK PERTANIAN)..LIM GUAN ENG...

MENTERI KOMUNIKASI DAN MEDIA..DR ABU HASSAN ABDULLAH

MENTERI SENI,SUKAN ,HIBURAN DAN BUDAYA...DATO NG. YEN YEN

MENTERI SOSIAL,KEMASYARAKATAN DAN HAL EHWAL KELUARGA (HAL EHWAL DAKWAH DAN KEBAJIKAN)...DR HARLINA HAJI SIRAJ

MENTERI KESELAMATAN DAN PERTAHANAN..TUN HISAN HAMZAH (KETUA POLIS SELANGOR)

MENTERI PENDIDIKAN (SELURUH SEKTOR PENDIDIKAN)..DATO SAIFUDDIN ABDULLAH

MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR PERBANDARAN..DATO SHAZIMAN ABU MANSUR

MENTERI SUMBER ASLI ,TENAGA DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR... ( MENTERI SUMBER MANUSIA SEKARANG)

BADAN SYURA TERTINGGI DAN PEMANTAU OPERASI KERAJAAN...

KUASA SETARAF DENGAN KABINET KERAJAAN..

DATO HAJI HADI AWANG..TUAN GURU NIK AZIZ..(JIKA MASIH HIDUP)

MUFTI KEDAH..MUFTI PERAK..MUFTI SABAH...DR. ASRI..MUFTI SARAWAK..

BAGI SETIAP PORTFOLIO KEMENTERIAN ..AKAN ADA BADAN SYURA MASING-MASING..

SEBAGAI CONTOH KEMENTERIAN KEWANGAN..BADAN SYURA AKAN DITERAJUI DR. ZAHARUDDIN..MEMANTAU KESELURUHAN OPERASI DAN POLISI YANG DIJALANKAN PIHAK KEMENTERIAN..SEKADAR MEMANTAU DAN BUKAN MEMBUAT KEPUTUSAN..MEREKA AKAN MEMBENTANGKAN LAPORAN KEPADA BADAN SYURA TERTINGGI DAN KEPUTUSAN AKAN DIKELUARKAN SYURA TERTINGGI..DENGAN PERKENAN KUASA VETO DARIPADA TUAN YANG DIPERTUAN AGONG...

IDEA INI HANYALAH RETORIK KOSONG DAN ANGAN-ANGAN SEMATA-MATA..

HANYALAH FILEM...MY DREAM GOVERMENT....AKAN DITAYANGKAN PADA 2012 KELAK..

TIADA KAITAN SAMA ADA YANG HIDUP, XNAK HIDUP,BOSAN HIDUP,X BERAPA NAK HIDUP..ATAU YANG BERPURA-PURA MATI..

SEKIAN..

BEBERAPA ARTIKEL GEMPAK DAN TERBAIK....MISTISFILES,FENOMENA ZAMAN DAN DR.ASRI..

‘Harapan’ Dan Kebangkitan Arab

Disiarkan pada Oct 27, 2011 dalam kategori Dakwah

‘HARAPAN’ DAN KEBANGKITAN ARAB
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.

Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya. Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan.

Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan ‘tidak setia’. Pada tahun 1973, Gaddafi mengisytiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya. Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar.

Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli. Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli.

Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia. Kesemuanya atas ‘jenayah’ dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi.

Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.

Mana Kemuliaan

Mungkin kita juga tidak suka cara rakyatnya membunuh beliau. Mereka pun barangkali sudah terikut-ikut dengan perangai bekas pemimpin mereka itu, lalu mereka menyeksa dan membunuhnya serta disebarkan untuk menjadi tontonan ramai. Alangkah baik, jika dia ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan, kemudian dihukum. Dalam usaha mereka hendak menegakkan negara yang adil, mereka sepatutnya melakar sikap baru yang berperaturan dan meninggalkan budaya lama yang merosakkan.

Namun, Gaddafi mengingatkan kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki. Pernahkah Gaddafi, bahkan rakyat Libya sendiri bayangkan pada suatu hari pemimpin mereka yang begitu berkuasa dan megah akan dibunuh demikian rupa. Bukan di istananya, tetapi dalam lubang kotoran yang terpencil dalam negaranya yang porak peranda atas kekejamannya. Dia memanggil rakyatnya ‘tikus’ yang cuba menentangnya, akhirnya dialah yang bersembunyi dalam lubang tikus sebelum dibunuh oleh rakyatnya.


Akhbar UK melaporkan kematian Gaddafi dengan begitu hina.

Perasaan saya bercampur baur apabila membaca akhbar-akhbar di UK mengenai pembunuhan Gaddafi. Mereka bagaikan meraikan kematian Gaddafi, bahkan meraikan cara dia dibunuh. Sentiment Lockerbie mungkin menguasai mereka. Akhbar-akhbar menggelar Gaddafi sebagai ‘dead dog’, ‘mad dog’, ‘the rat’ dan pelbagai lagi.

Satu perasaan aneh menjelma apabila melihat seorang wartawan akhbar The Sun UK, yang berada di tepi mayat Gaddafi dengan penuh bangganya. Alangkah hinanya dunia Islam ini. Kita menjadi bahan sendaan orang lain. Di manakah ayat Allah (maksudnya):

“Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasata (adil dan contoh), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang kebenaran) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu”. (Surah al-Baqarah: 143).

Apakah keindahan politik di dunia umat Islam yang dapat dicontohi oleh orang lain?! Di manakah kita sebagai saksi kebenaran?!

Gaddafi ketika membunuh rakyatnya menggunakan nama Islam sebagai tiket yang menghalalkan tindakannya. Anaknya pun bernama Saif al-Islam (Pedang Islam). Mereka yang membunuhnya juga menggunakan nama Islam. Laungan takbir ‘Allahu Akbar’ dilaporkan oleh media Barat dan Timur mengiringi pembunuhan ke atas Gaddafi. Di manakah Islam yang sebenar? Orang Barat mungkin bertambah keliru. Tuduhan Islam agama darah bertambah kukuh dalam benak mereka yang gagal memahami hakikat agama ini.

Benaissa

Dalam dua minggu di sini, saya bersahabat baik dengan seorang yang berpengalaman. Mohammed Benaissa. Beliau bekas menteri luar, Morocco (1999-2007). Pernah berkhidmat dengan PBB selama 11 tahun. Mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Aga Khan Award pada tahun 1989. Beliau turut menjadi fellow di OCIS, Oxford. Saya simpulkan beliau memang seorang yang ‘terbuka’ atau liberal.

Saya ramai kenalan arab, tetapi ramai yang stereotype saja. Beliau agak lain. Mungkin pengalamannya yang panjang menjadikan beliau mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang menarik. Beliau ke sini untuk membahaskan tentang ‘Arab Spring’ ataupun kebangkitan Arab yang sedang berlaku. Sudah ada beberapa pembentang yang lain.


Penulis dan bekas Menteri Luar Morocco makan tengahari di sebuah restauran di Oxford.

Hari pertama saya jumpa beliau ketika sessi minum kopi di OCIS. Dalam diskusi tidak formal itu, beliau menegaskan kepada fellow yang lain tentang kepentingan memisahkan agama daripada politik. Baginya, agama telah mengelirukan keadaan politik. Sering dijadikan alat untuk menghalalkan pelbagai kehendak dan kerakusan. Ya, kerangka fikir ini, biasanya akan dicop oleh sesetengah sebagai sekularisma. Namun, saya cuba memahaminya dengan lebih mendalam. Saya anggap itu sebagai keluhan kecewa seorang insan arab yang gagal melihat peranan hakiki agama dalam penegakan keadilan dan kemajuan umat dalam politik.

Entah bagaimana, beliau kemudian, begitu baik dengan saya. Setiap kali waktu minum dan makan, beliau akan menelefon saya. Saya ambil peluang itu untuk berdiskusi dengan beliau. Banyak manfaat dari pengalamannya yang saya kutip. Beliau sekali menyatakan kepada saya bahawa ulama telah banyak mengelirukan rakyat Arab. Pelbagai fatwa untuk pelbagai kepentingan dikeluarkan.

Rakyat Arab dikhayalkan dengan pelbagai pandangan jumud agama yang gagal membawa mereka ke hadapan. Di kala rakyat susah dan miskin, golongan agama ada yang sibuk mengajak supaya orang Islam kembali memakai pakaian zaman Nabi s.a.w, menyingsing singkat kain dan menutup wajah. Kemiskinan dan kelaparan dihalalkan dengan nas-nas yang mengkhayalkan. Beliau seakan bersetuju dengan Karl Marx: “Religion is the sigh of oppressed creature…it is the opium of the people”.

Saya kata kepada beliau: “Itu agama palsu, atau yang disalahgunakan oleh golongan yang berkepentingan. Adapun Islam yang sebenar, yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk untuk manusia, ia merentasi batasan kepentingan individu dan parti politik tertentu. Malangnya, Islam seperti itu jarang dizahirkan kerana manusia ramai yang berkepentingan”. Beliau jawab: “Ya, itu maksud saya”.

Dalam tempoh dua minggu bersahabat dengannya, ada perkara saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Namun saya hormati hak beliau dalam memberikan pandangan. Rabu baru ini beliau membentangkan kertasnya dalam seminar yang berkaitan dengan Arab Spring. Tajuk beliau The Economic and Political Causes of Change.

Ada beberapa perkara yang saya suka petik dari pembentangan itu. Antaranya beliau menyatakan bahawa Arab sedang menuju ke arah perubahan, namun memerlukan masa. Demokrasi dan kedamaian yang dinikmati oleh Eropah tidak datang dalam satu malam, sebaliknya setelah 200 tahun berperang antara satu sama lain, terhasillah keadaan sekarang. Arab juga barangkali memerlukan keadaan yang sama untuk menghasilkan kesimpulan yang terbaik.

Beliau menyentuh tentang kepentingan ‘hope’ atau harapan dalam jiwa rakyat tentang politik. Apabila hilangnya harapan atau impian rakyat maka segalanya mungkin berlaku. Perkara penting bagi sesebuah pemerintahan adalah menempatkan harapan dalam jiwa rakyat.

Harapan

Saya ingin mengembangkan nota ini. Ya, insan hidup dengan harapan atau cita-cita. Kecil atau besar tidak penting. Selagi ada harapan, insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup. Jika putus asa mengambil tempat harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan. Putus asa boleh membawa insan membunuh diri dan mengganas. Sanggup memusnahkan apa sahaja kerana segalanya sudah tidak bernilai lagi. Justeru, akidah Islam melarang putus asa terhadap Tuhan. Pintu harapan terhadap Tuhan sentiasa dibuka. Firman Allah (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar:53).

Dalam politik, sesebuah kerajaan yang gagal memberikan harapan dan menimbulkan putus asa dalam jiwa rakyat -seperti di beberapa negara Arab sekarang- akan menyebabkan rakyatnya bangkit mengorbankan apa saja. Apabila harapan sudah tiada, kekecewaan menyelubungi hidup maka manusia akan bertindak dengan cara yang tidak dijangka. Mati dan hidup sudah tiada bezanya. Tiada siapa hendak mengadu, maka tindakan atas apa saja harga akan dilakukan. Inilah yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini.

Kembalinya sebahagian rakyat kepada agama dalam tempoh kekecewaan politik juga hendaklah dinilai dengen teliti; apakah kerana mereka benar-benar memahami ajaran agama, atau kerana mereka sudah hilang harapan melainkan mengadu kepada Tuhan. Apabila mereka kembali mempunyai harapan, jika mereka kekal atas agama, itu pengembalian yang tulen. Jika tidak, itu sebaliknya.

Dalam negara kita, bagi saya mana-mana parti politik yang paling boleh memberikan harapan impian dalam kerangka hari ini, akan mendapat tempat dalam jiwa rakyat terutama golongan muda yang mempunyai banyak harapan dan cita ..JAZAKALLAH..

ISLAM DULU...KINI DAN SELAMANYA....

ALLAH YANG MAHA BENAR..

Followers