Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 5 Januari 2013

ULANG SIAR : REMIND CALL OF DUTY


DAKWAH YANG SEMPURNA AKAN MEMECAHKAN MANUSIA ….


GOLONGAN YANG BENAR (AHLULLAH)


GOLONGAN YANG BATHIL (AHLUL SYAITAN )


DAKWAH ..MENUNJUKKAN MANUSIA KE JALAN YAKNI PETUNJUK YANG BENAR DI SISI ALLAH TAALA.( GOD THE ALMIGHTY )

INTIPATI DAKWAH..

BIL HIKMAH..BIL MAUIZZATIL  HASANAH..
DENGAN TINGKAH LAKU ,LISAN,PENGUCAPAN,PENGHAYATAN DAN FIKIRAN.

MAUIZZATIL HASANAH..TAFSIRAN SECARA INTEGRASI(HARFI DAN ASBABUN NUZUL )-BENTUK,FORM,INTIPATI-OBJEKTIF

LANDASAN YAKNI OBJEKTIF ATAU SASARAN DAKWAH..

SETIAP SASARAN ,KELOMPOK,INDIVIDU,ORGANISASI,PEJABAT,DAERAH BAHKAN NEGARA..


KESEMUANYA DIRANGKUM SEBAGAI OBJEKTIF DAKWAH..

DEFINISI DAKWAH PALING BAIK..

“MEMPERTONTON”,”MEMPERTONJOLKAN”,”MEMPERSEMBAHKAN” ,"MEMBERI MAKNA TERHADAP SESUATU”..

SETIAP PARA NABI DIPERTURUNKAN DENGAN SYARIAT DAN SEMPADAN-SEMPADAN MASING-MASING..

MEMBAWA WAHYU MASING-MASING..

HANYA KEPADA PENUTUP SEGALA NABI INI SAHAJA YAKNI BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W SAHAJA MEMILIKI GARIS PANDUAN PALING LENGKAP DAN SEMPURNA..


JIKA TIDAK KERANA SEMPURNANYA SYARIATNYA YANG DIBAWAH BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W MAKA NESCAYA ….


ISLAM,KRISTIAN,YAHUDI,BUDHA DAN AGAMA MONOTEISME,BAHKAN AJARAN POLITEISME  YANG LAIN TIADA PERBEZAAN SAMA SEKALI..
HANYA SYARIAT YANG MEMBEZAKANNYA..


KERANA SYARIAT YANG DIBAWA NABI MUHAMMAD PALING SEMPURNA..
KERANA IA MEMILIKI INTIPATI PEMBENTUKAN KETAMADUNAN MANUSIA YANG LENGKAP DAN BEBAS DARIPADA SEBARANG KETAKUTAN TERHADAP KEMATIAN  DAN SERTA PENDUSTAAN HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIAWI.


IA MEMBAWA ERTI KEHIDUPAN YANG LEBIH LUAS DAN SERBA TERBUKA..
LARI DARIPADA KETAKUTAN TERHADAP KEPALSUAN  DUNIA YANG SEBENARNYA SIA-SIA ATAU KOSONG(HOLLOWFORM).


SYARIAT INI BOLEH DIPELAJARI LEBIH MUDAH,RINGKAS DAN PADAT MENERUSI SIRAH DAN SEJARAH BAGINDA BERMULA DARIPADA KEHIDUPAN BAGINDA KECIL SEHINGGALAH BAGINDA MENINGGAL DUNIA..


SYARIAT ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SUNNAH BAGINDA..
SUNNAH BUKAN SEMATA-MATA HADITH

SUNNAH ITU GAYA HIDUP BAGINDA .

.GAYA HIDUP SIHAT NABI MUHAMMAD S.A.W..DARIPADA BAGINDA  MULA BERNAFAS SEHINGGA BAGINDA AKHIRNYA MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR DI SISI ISTERINYA YANG DIKASIHI SAIDATINA AISYAH R.A…

BERMAKSUD SYARIAT ITU ADALAH GAYA PERTUTURAN BAGINDA,PEMAKAIAN,DERAPAN LANGKAH BAGINDA,HUBUNGAN TERHADAP KELUARGA,SENI PERSAHABATAN BAGINDA BERSAMA PARA SAHABAT,HUBUNGAN DIPLOMASI BAGINDA DENGAN NEGARA BUKAN ISLAM,TINGKAH LAKU DALAM PEPERANGAN,ADAB DAN ETIKA DI DALAM PEMBELAJARAN DAN 
PELAJARAN,PERATURAN  DALAM MEMBINA MASYARAKAT  BERADAB DAN BERTATASUSILA,SENI POLITIK BAGINDA DALAM PEMERINTAHAN,CORAK PENERAPAN DAN  PENTADBIRAN TERSUSUN,KEMAS DAN SISTEMATIK BESERTA  SEGALA-GALANYA YANG BERKAITAN…


SETIAP PARA NABI DAN RASUL MEMBAWA INTI PEMIKIRAN,PERLAKUAN DAN KEPERCAYAAN(FAITH)  YANG SAMA..

TUNJANG  ATAU TIANG SERI UTAMA ,


TO BRING PEOPLE TO THE RIGHT PATH THROUGH IN HEAVEN..


SETIAP PERLAKSANAAN DAN PENGAMALAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. ADALAH DAKWAH DAN TARBIYYAH..

BAGINDA TIDAK MELAFAZKAN..


INILAH DAKWAH DAN DAKWAH INI SEPATUTNYA BEGINI DAN BEGITU..


DAKWAH TIDAK TIMBUL UNTUK TEMAN,RAKAN DAN SAHABAT ‘SEAGAMA’..


TIDAK TIMBUL DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM MESTI BEGINI, DAN DAKWAH UNTUK ORANG ISLAM PULA ADALAH BEGITU ..


DAKWAH INI ADALAH BAGAIMANA SETIAP PERLAKUAN DAN PENGAMALAN YANG ANDA PERTONTONKAN KEPADA MANUSIA DI SEKELILING ANDA ..
DAN SETIAP IMEJ,TANGGAPAN,PEMIKIRAN YANG HADIR DI DALAM PEMIKIRAN MEREKA MELALUI PERSAKSIAN MEREKA TERHADAP TINDAKAN KITA MAKA ITULAH SYARIAT YANG TELAH KITA TAMPILKAN TERHADAP MEREKA..

JIKA BAIK MAKA MEREKA AKAN LIHAT INDAHNYA ISLAM..


JIKA BURUK MAKA  ALANGKAH HODOHNYA ISLAM..

JUSTERU SETIAP ORANG AKAN DITANYAKAN AMALAN MASING-MASING..
KITA BUKAN PEMBUAT PENILAIAN ATAU PENGADIL  BAGI SETIAP AMALAN..
JATUHNYA KAFIR ,MUNAFIK,MUSYRIKIN HANYASANYA SETELAH DAKWAH YANG SEMPURNA TELAH TERLAKSANA..

SELAGI TUNTUTAN DAKWAH INI GAGAL DILAKUKAN SELAGI ITULAH..


TANGGUNGAN DOSA AKAN DILETAKKAN DI ATAS BAHU SETIAP MUSLIM..(SETIAP YANG BERSYAHADAH)


(ANGGAPKAN MUSLIM DI NEGARA BERGOLAK, MEREKA TERLEPAS DARIPADA TUNTUTAN INI(SEMENTARA)   ..)

IA TIDAK LANGSUNG MEMERLUKAN IJAZAH..


CUKUPLAH..


“INILAH ISLAM YANG KAMI CUBA TEGAKKAN SEBENARNYA..”
“A GREATEST SOLUTION TO EVERY  HUMAN ‘S LONELINESS,HATEFUL, DESPAIR AND SADNESS…”

 FAIL 2 …SIRI KEBENARAN DIGELAPKAN..MOHON IZIN DARI PENULIS..





The Secret Doctrine, the Synthesis of Science, Religion and Philosophy atau dikenali sebagai The Secret Doctrine ialah sebuah karya semi-akademik yang menghuraikan pandangan kerohanian Eropah dan falsafah mereka.Huraian ini merangkumi bidang sains,sejarah,antropologi dan falsafah,merupakan hasil tulisan Helena P. Blavatsky (1831-1891),pengasas Pertubuhan Theosophy;sebuah pertubuhan kerohanian Eropah.

Karya ini terbahagi kepada dua jilid;jilid pertama menghuraikan asal-usul alam dan penciptaannya.Jilid kedua pula menceritakan sejarah kemanusiaan sehingga menjangkau berjuta tahun ke belakang.Karya ini dikatakan di dalam nota pembukaan adalah berdasarkan apa yang dipanggil sebagai Stanzas of Dzyan,sekumpulan prosa/kisah yang berisikan falsafah kerohanian dan alam semestaBlavatsky.Karya ini mempunyai bahagian-bahagian yang menceritakan asal-usul makhluk dan alam,termasuk kewujudan apa yang digembar-gemburkan sebagai Atlantis dan Lemuria.Falsafah di dalam The Secret Doctrine banyak dipengaruhi oleh falsafah Hindu dan Tibetan-Buddha sejak kita maklum bahawa ajaran Theosofi dan New Age mengambil model dari India dan Tibet dalam asas falsafah mereka.


Petikan dari Stanza II:

THE WHEEL WHIRLED FOR THIRTY CRORES (of years, or 300,000,000*). IT CONSTRUCTED RUPAS (forms). SOFT STONES, THAT HARDENED (minerals); HARD PLANTS, THAT SOFTENED (vegetation). VISIBLE FROM INVISIBLE, INSECTS AND SMALL LIVES (sarisripa, swapada). SHE (the Earth) SHOOK THEM OFF HER BACK, WHENEVER THEY OVERRAN THE MOTHER (a). AFTER THIRTY CRORES OF YEARS, SHE TURNED ROUND. SHE LAID ON HER BACK; ON HER SIDE. . . . . SHE WOULD CALL NO SONS OF HEAVEN, SHE WOULD ASK NO SONS OF WISDOM. SHE CREATED FROM HER OWN BOSOM. SHE EVOLVED WATER-MEN TERRIBLE AND BAD.

dari Stanza VII:

FIRST, THE DIVINE (vehicle) (b), THE ONE FROM THE MOTHER-SPIRIT (Atman); THEN THE SPIRITUAL -- (Atma-Buddhi, Spirit-soul)* (c); (again) THE THREE FROM THE ONE (d), THE FOUR FROM THE ONE (e), AND THE FIVE (f), FROM WHICH THE THREE, THE FIVE AND THE SEVEN (g) -- THESE ARE THE THREE-FOLD AND THE FOUR-FOLD DOWNWARD; THE "MIND-BORN SONS OF THE FIRST LORD (Avalokiteswara) THE SHINING SEVEN (the "Builders").** IT IS THEY WHO ARE THOU, ME, HIM, O LANOO; THEY WHO WATCH OVER THEE AND THY MOTHER, BHUMI (the Earth).



*H.P Blavatsky


The Secret Doctrine mengandungi rahsia-rahsia yang jarang diketahui oleh manusia dan menjadi antara 'kitab suci' para pengikut kultus-kultus kerohanian Barat dan para Elit Freemason Moden (mewakili 'front organization' yang membayangi beratus lagi '2nd & 3rd layer hidden organization').Antaranya kehidupan makhluk pada selang masa sebelum Adam turun ke bumi dan rahsia jarak dan masa yang dihuraikan sebagai ilusi (Sila rujuk Harun Yahya).Bagaimanakah H.P Blavatsky tahu sejauh ini?Dari manakah dia mendapat sumber-sumber untuk mengarang The Secret Doctrine?

Sebenarnya Blavatsky mendapat ilham mengarang The Secret Doctrine setelah mendapat kunjungan satu entiti apa yang dinamakan sebagai Master Djwal Khul (atau DK).DK dikatakan telah menjelma dihadapannya dan mengajarkan tentang falsafah kehidupan dan ajaran-ajaran 'suci' yang dikatakan datang dari 'The Truth'.Dari sinilah Blavatsky mengarang karya-karya tentang kerohanian sesat seperti ISIS Unveiled dan The Key to Theosophy.DK bukanlah satu-satunya entiti yang ada,malahan banyak lagi entiti yang menjelma pada ahli-ahli kultus sesat Eropah seperti yang terjadi pada Aleister Crowley dengan entiti yang dinamakan sebagai Aiwass yang mendorong dia menulis karyanya yang terkenal di dalam dunia kultus sesat;The Book of The Law.



Crowley juga dikunjungi oleh entiti yang lain seperti Lam,yang digambarkan sama seperti wajah Grey,'alien' yang terkenal dengan misteri UFO (memang ada kaitan-penulis) dan Lam inilah yang mendorong Crowley menulis The Amalantrah Working,satu ajaran kultus yang mengajar upacara seks sebagai satu cara menarik keberkatan syaitan.

Ajaran ini diwarisi pula oleh The Church of Satan yang didirikan Anton Szandor La Vey serta kultus Temple of Set oleh Michael A. Aquino,seorang bekas intellijen Amerika.



Kesemua entiti ini dinamakan sebagai 'Ascended Master' merupakan 'roh' istimewa yang berdialog dengan subjek mereka secara ilham atau bayangan fizikal yang muncul seketika.Seorang murid Blavatsky yang bernama Alice Ann Bailey pula didatangi oleh Master Koothumi,satu lagi 'Ascended Master' yang menjelma dihadapannya.Benjamin Creme,seorang pengkaji karya Blavatsky dan Alice Bailey pula mendakwa didatangi oleh 'The Master' (nama penuh entiti tidak diberitahu) dan menyuruh dia mempersiapkan diri menyambut kedatangan 'Maitreya' atau '2nd Coming of Messiah'.




H.P Blavasky,Alice Bailey dan Benjamin Creme adalah tokoh-tokoh ajaran sesat New Age yang berpegangkan motto:

"THERE IS NO RELIGION HIGHER THAN TRUTH."

Alice Bailey pula telah menubuhkan pertubuhan Lucifer Trust,iaitu satu kultus penyembahan Iblis menurut kaedah moden dan kontemporari.Atas sebab-sebab tertentu,nama 'Lucifer' ditukar kepada 'Lucis' dan pertubuhan ini menjadi naungan United Nation,malah ibu pejabat Lucis Trust juga ada di bangunan United Nation.

Inti kepada ajaran 'The Ascended Masters' ini adalah berpaksikan kepada sifat keAkuan kepada diri sendiri.Ajaran ini percaya kepada falsafah "Mighty I AM Presence" yang ada pada setiap manusia.Manusia adalah Tuhan kepada diri masing-masing dan ini menuju kepada falsafah seterusnya iaitu:


"Do what thou wilt shall be the whole of the Law" dan "There is no law beyond Do what thou wilt"

(TIADA UNDANG-UNDANG YANG MENGATASI KEAGUNGAN NAFSU SENDIRI)

iaitu inti kepada falsafah yang diambil dari The Book of The Law oleh Aleister Crowley.

dan ajaran para 'Ascended Masters' ini sebenarnya mewarisi kata-kata Firaun:

"...Akulah tuhanmu yang paling tinggi."

(An-Naazi'aat ayat 24)




Ajaran New Age juga menyembah nafsu sendiri (menurut falsafah Aleister Crowley di atas) yang dipanggil sebagai 'Thelema' oleh Crowley.Thelema adalah satu spiritual di dalam diri sendiri yang dianggap Tuhan dan wajib disembah oleh para pengikut kultus-kultus Theosofi.Thelema adalah kehendak di dalam diri;NAFSU yang menggoda dan meminta-minta.Apa jua cara sesat dihalalkan asalkan memenuhi kehendak nafsu masing-masing.Sebab itu pada altar penyembahan New Age Religion terdapat pelbagai patung;Jesus,Mary,Krishna,Buddha,Siva dan sebagainya.Ajaran ini juga mengganggap seks bebas sebagai cara 'ibadat' kepada Tuhan di dalam diri masing-masing.

Perhatikan bait-bait dalam petikan dari The Secret Book of Dzyan:

In primeval times,
a maiden,Beauteous Daughter of the Ether,
Passed for ages her existence
In the great expanse of Heaven,
. . . . . . . . . . .
Seven hundred years she wandered,
Seven hundred years she laboured,
Ere her first-born was delivered.
. . . . . . . . . . .
Ere a beauteous duck descending,
Hastens toward the water-mother.
. . . . . . . . . . .
Lightly on the knee she settles,
Finds a nesting-place befitting,
Where to lay her eggs in safety,
Lays her eggs within, at pleasure,
Six, the golden eggs she lays them,

Then a Seventh, an egg of iron . . . . ."

(Kalevala, Rune I.)

Dzyan adalah koleksi ilham dari entiti-entiti yang mengunjungi Blavastsky,merupakan ajaran-ajaran Iblis,di mana Iblis atau sebelum itu bergelar Izzazil amat mengetahui keadaan bumi sebelum disiapkan untuk Adam.Iblis juga mengetahui kehidupan makhluk sebelum manusia,jenis-jenis bangsa dalam makhluk Jin,tamadun dan teknologi mereka.Anda boleh membayangkan suasana tamadun para Jin ini dengan menonton siri filem Starwars di mana jika anda perasan selain apa yang dinamakan 'manusia' terdapat pelbagai makhluk yang mempunyai wajah pelik dan hodoh di dalam Galactic Federation dan dunia Starwars itu.Mereka mempunyai teknologi yang canggih,manipulasi graviti dan cahaya serta tenaga atom yang tinggi kemahirannya.Anda juga perlu perhatikan tentang 'The Force' yang dikuasai oleh Jedi dan mereka mempunyai pedang yang terbuat dari cahaya.Perhatikan pakaian mereka dengan teliti,fesyen mereka.MEREKA BERPAKAIAN SEPERTI ZAMAN PURBA NAMUN MEMPUNYAI TEKNOLOGI YANG CANGGIH.

Siapakah dia Master Yoda?


Di dalam Starwars juga ada kisah tentang legenda Darth Vader,iaitu seorang Jedi yang dahulunya merupakan seorang yang budiman dan baik akhirnya tidak dapat mengawal 'The Force' (nafsu sendiri?) dan bertukar menjadi jahat.Teliti kisah Anakin Skywalker dari kecil sehingga dia diambil menjadi skuad Jedi.Cuba kaji dari mana Lucas mengambil ilham suasana,teknologi dan kisah Darth Vader.JIka anda perasan,sebenarnya siri Starwars itu dikarang untuk menceritakan sejarah Darth Vader!90% watak sama ada yang memainkan peranan ataupun yang subliminal adalah membayangi subjek Darth Vader.Anda akan mudah memahami jika anda mengambil jurusan Kajian Filem.Dan jika anda mengkaji lebih jauh,kesemua nama watak dan tempat dalam filem ini ada maksud dalam bahasa Yahudi!Anda tahu maksud Jar Jar Bin dan Obi Wan Kenobi dalam bahasa Ibrani?

Siapakah SEBENARNYA Darth Vader??


Jika anda mengkaji lebih jauh,anda akan dapati Hitler juga mempunyai kultusnya sendiri iaitu The Black Sun.Lambang Swastika pada ajaran Veda dan Buddha melambang maksud-maksud positif namun Nazi telah menggunakannya dengan kedudukan terbalik,melambangkan 'The Dark Force'.Dan laporan pengkaji kultus The Black Sun mengatakan 'The Ascended Masters' ini juga ada mengunjungi para rahib kultus tersebut.SEBENARNYA PARTI NAZI DIASASKAN DI ATAS KULTUS SESAT DAN PENYEMBAHAN IBLIS.Cuba kaji kultus The Black Sun dan kerohanian sesat Parti Nazi.Parti Nazi dibiayai oleh pertubuhan mistik Thule Society dan ini ada kaitan dengan Rothschid sejak Hitler dikesan mempunyai hubungan darah dengan keluarga Rothschild.'Nazi Salute' diambil dari gaya dewa Rom dan lambang petir adalah lambang khas 'The Elite'.

SEBENARNYA JIKA KITA INGIN TAHU STRATEGI IBLIS UNTUK MENYESATKAN ANAK-ANAK ADAM,KITA KENA TAHU PERJALANAN SEJARAH 'THE ELITE'.SIAPA GURU-GURU MEREKA DAN BAGAIMANA MEREKA BERHUBUNG DENGAN 'GURU-GURU' INI.

SEBENARNYA KETIKA IBLIS BERJANJI:

"Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Shaad ayat 82)

Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus," (Al-A'raaf ayat 16)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (AlHijr ayat 39)

Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."

(Al-Israa' ayat 62)

...,IBLIS TIDAK BERMAIN-MAIN DENGAN SUMPAHNYA.



Dari sini kita tahu modus operandi Iblis dan Syaitan yang jarang kita dengar-dengar.Bahawa Iblis telah menjelma dihadapan orang-orang yang dipilihnya kemudian mengajarkan sesuatu.Lihat,Iblis tidak muncul di depan orang-orang miskin di ghetto-ghetto sesak di Switzerland atau Mak Bedah di pekan Parit,Perak misalnya tetapi para penulis,cendekiawan dan orang-orang berpengaruh.Mereka dipilih kerana mampu mempengaruhi manusia dan menjalankan agenda 'The Dark Force'.Setiap orang-orang kaya The Elite menganut fahaman agama Iblis ini.Lucis Trust dibiayai oleh Rockefeller,dan memang Rockefeller yang mengawal Lucis Trust dan ajaran Theosofi ini.Dan Lucist Trust adalah organisasi di bawah UN atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Apa MAKSUD SEMUA INI?

Iblis mampu menjelma menjadi manusia,kerana dia mempunyai tenaga dalaman dan kemahiran yang handal.Maklumlah bekas Ketua Para Malaikat (The Ex-Chief of Archangels).Kita mungkin tidak menyangka strategi Iblis sejauh itu,muncul di depan orang yang ingin dipengaruhi,orang itu pula mempengaruhi orang lain sehingga kepada The Elite,dan The Elite ini pula malangnya terdiri dari bijakpandai sehingga sistem politik,sistem ekonomi,pendidikan,industri barangan dan makanan dunia dipelopori oleh proksi-proksi The Elite.Tiada satu pun rumah orang-orang Islam di dunia kecuali segelintir yang tidak menyimpan atau menggunakan barangan buatan The Elite.

Namun sekuat mana pun usaha The Elite dan Iblis,Allah Yang Maha Perkasa tetap mampu mengalahkan makhluk-makhluk lemah ciptaan-Nya ini.The Secret Doctrine tidak akan mampu melawan doktrin Allah Yang Maha Sempurna.Malah setiap hari Allah s.w.t akan menambah-nambah atau melemparkan pelbagai kekayaan dunia ke tubuh badan The Elite.Semakin hari semakin kaya.Sehingga mangkuk tandas pun diperbuat dari emas.Mereka telah diistidraj oleh Pencipta mereka sendiri.Setiap perancangan mereka dibuat seolah-olah mereka asyik berjaya sahaja dan berjalan lancar.Mereka diperdaya sehingga menjadi semakin sombong dan megah.Mereka berkata seolah-olah mereka Tuhan yang mampu mengawal manusia dan seluruh isi alam.Namun mereka tidak menyedari bahawa akhirnya 'guru-guru kerohanian' mereka itu akan berlepas diri dari mereka dan bersikap cuci tangan.Di akhir cerita,para The Elite yang bijakpandai ini akhirnya akan rasa tertipu,melebihi Tipah Tertipu dan mengalami sindrom kekecewaan yang teramat sangat kerana ditipu hidup-hidup oleh syaitan dan Iblis yang hodoh lagi bertaraf rendah berbanding manusia,sebaik-baik ciptaan.



“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)

And (remember) when Shaitân (Satan) made their (evil) deeds seem fair to them and said, "No one of mankind can overcome you this Day (of the battle of Badr) and verily, I am your neighbour (for each and every help)." But when the two forces came in sight of each other, he ran away and said "Verily, I have nothing to do with you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh for Allâh is Severe in punishment."
(Surah al-Anfal, 8:48)







-------------------------------------

Bibliografi:

The Secret Doctrine by H. P. Blavatsky

X-material under codename 'rainbowstar'

The Secret Book of Dzyan

MF Archive Royal Library

Al-Quran translated (rough translation) by Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali, Ph.D.
and Dr. Muhammad Muhsin Khan











"Verily, I have nothing to do with you. Verily! I “SEE” WHAT YOU “SEE NOT”. VERILY! I FEAR ALLÂH FOR ALLÂH IS SEVERE IN PUNISHMENT."

-AZAZEL 'THE LUCIFER'.





Followers