Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Rabu, 18 November 2009

MUNGKINKAH KEBANGKITAN INI BERMULA???



Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”Al-Insan,ayat 2.

ANCAMAN vs PELUANG



Tempat akhir bagi manusia adalah kematian. Hujung hayat manusia adalah mati. Mati adalah sunnatullah. Suatu ancaman atau peluangkah ia ? Bagi yang kufur dan ingkar maka pastinya kematian adalah ancaman baginya. Bagi mukmin dan muttaqin maka mati adalah peluang. Peluang buat mereka menghisab diri,bermuhasabah, menginsafi kesalahan dan menjaga amal agar senantiasa mengikut acuan dan ketetapan ilahi yakni Allah sebagai sembahan dan tujuan kehidupan.

Orang yang bjak adalah mereka yang sedar akan peluang kemudian memanfaat dan menggunakan peluang tersebut sebaiknya demi kebaikan diri,keluarga,masyarakat ,negara dan Islam. Dan sifat mereka adalah apabila peluang itu tidak wujud maka mereka sendiri menghadirkan peluang tersebut. Mereka meninjau keadaan,memerhatikan segala sarana yang ada,kemudahan,keperluan dan lantas digunakan unutk mencipta peluang.


Berbeza dengan orang yang melihat sesuatu sebagai ancaman bagi mereka ,mereka akan berusaha untuk mengelakkan diri atas alasan mengelakkan risiko,menjauhkan serta menghalang daripada ancaman itu menyerang ,menjatuhkan dan seterusnya menguasai mereka. Ini merupakan hakikat bagi mereka yang melihat sesuatu sebagai ancaman.
Banyak perkara yang berlaku di atas muka bumi hari ini telah dijadikan ancaman sebagai peluang dan peluang sebagai ancaman. Fungsi sonsangan. Sekiranya dikaitkan dengan matematik tambahan maka fungsi songsangan adalah salah satu subtopik yang terkandung di dalam subjek tersebut. Salah satu subjek yang sangat ditakuti oleh calon SPM.(termasuk saya).




“Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”al-Hijr ayat 39.


Contohnya masyarakat ibu bapa melihat nikah merupakan suatu ancaman yang akan menghalang karier,kerjaya dan masa depan anak muda belia mereka. Terutama bagi mereka yang sedang melanjutkan pelajaran. Turut sama gerun dan runsing terhadap nikah adalah golongan wanita berkerjaya dan elit profesional. Nikah telah dijadikan fitnah dan dosa yang perlu dijauhkan. Tetapi hakikat atau kebenaran lebih besar dan teguh daripada realiti semasa. Nikah adalah perintah Allah. Perintah adalah suatu yang indah dan mudah buat hamba-Nya. Tetapi perhatikan kepada dalil di atas . Segala larangan dan perintah telah diubah posisi dari segi peranan dan fungsinya. Satu tindakan dan usaha berkesan daripada PERSATUAN SYAITAN-SYAITAN SEDUNIA. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas mereka yang sangat bijak dan teliti dalam mengubah perintah Allah.



Antara kesilapan ketara manusia hari ini adalah kerana mereka telah menyalahgunakan fungsi akal. Disebabkan sifat manusia yang tergesa-gesa ,bertindak melulu,tidak sabar,mahu ganjaran atau balasan segera dan mudah lupa, menyebabkan manusia tersilap membuat pertimbangan dan keputusan lantaran kejahilan,sombong,ego ,merasa diri benar sentiasa dan tidak mahu bertanya.

Musuh dan ancaman manusia adalah syaitan. Di lauh Mahfuz,telah tercatat sedemikian. Sifat syaitan yang perlu diketahui adalah sombong ,ego,takbur,ingkar,khianat,zalim,kedekut,prasangka,suka permusuhan dan segala macam gejala –gejala mazmumah yang lain. Mereka yang sombong dan takbur adalah syirik. SYIRIk terhadap diri sendiri. Inilah dosa syaitan yang paling besar di sisi Allah. Segala sifat yang diterangkan adalah larangan Allah dan ancaman buat manusia. (boleh rujuk artikel PERMAINAN TERHEBAT ABAD INI.) Sifat merupakan(rujuk artikel FITRAH vs FIKRAH,BANGUNAN FITRAH,JALAN-JALAN SYAITAN) interprestasi terhadap personaliti,pemaparan watak(image display) atau dalam bahasa mudahnya-cara berjalan,cara bercakap,cara melihat,cara bertegur sapa,cara bersosial,cara berfikir dan cara bertindak . Anda tidak boleh mengatakan “Saya tak menunjuk-nunjuk” dalam masa anda bertempik dan menjerit tak tentu arah tanpa mempedulikan orang di sekeliiling. Pemaparan watak tersebut dinamakan menunjuk-nunjuk atau berlagak. Ia merupakan ekspresi fizikal,imej dan personaliti manusia.




Ummat atau jemaah. Saya cuba mengupas isu ini dalam konteks permasalahan ancaman dan peluang. Perintah Allah diletakkan ke atas UMMAT ISLAM. ( Untuk realiti sebuah ummat,sila rujuk SEBUAH BANGUNAN IDAMAN),UMMAT BEERTI SEKELOMPOK MANUSIA YANG BERPEGANG KEPADA AJARAN RASULULLAH S.A.W. DAN SUNNNAH BAGINDA. Di dalam satu ummat akan wujud kesamaan dan keserataan. Di posisi ini wujudlah ikatan atau kontrak kepercayaan ,keyakinan,janji,kejujuran dan kasih-sayang. Selain daripada kesatuan, kontrak tersebut tidak wujud. Keadaaan ini seumpama campuran bangsa MELAYU,INDIA DAN CHINA yang hidup di dalam SATU NEGARA yang dinamakan MALAYSIA. Atas semangat satu negara maka masing-masing sedar akan kedudukan dan tahap maka dengan kesedaran itu, wujudlah ikatan harmonis dan damai sebagai mana yang disaksikan hari ini. Akibat daripada proses-proses semula jadi contohnya krisis sosial ,jenayah,ekonomi , isu –isu politik serta peristiwa-peristiwa sejarah , secara beransur-ansur ia telah menipiskan sempadan atau ‘dinding’ antara ketiga-tiga bangsa terbesar ini dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan . Walau tanpa slogan Islam Hadhari,Satu Malaysia ,2 malaysia,3 malaysia ,Islam untuk semua,harapan baru untuk Malaysia sekalipun,keadaan ini tidak akan mengubah fakta yang wujud disekeliling kita hari ini. Di mana-mana tempat sekalipun,hubungan pelbagai bangsa dan agama tidak akan terganggu dengan isu-isu remeh seperti ekonomi,sosial dan kemasyarakatan. Ia bertambah parah apabila isu tesebut dijadikan isu politik ubi kayu,bagi meraih simpati dan pengundi semata-mata. Ahli –ahli politik hanya mengambil kesempatan di atas keharmonian ini dengan mencari sokongan dan tempat untuk bertapak.



Politik adalah medan yang sangat berkesan di dalam memutar arah pusingan peranan perintah dan larangan Allah s.w.t. Ahli politik sedar betapa medan ini sangat terbuka dan tidak konsisten. Pada beberapa ketika anda boleh menjadi sahabat dengan bukan Islam dan dalam masa yang sama menjadikan bangsa seagama sebagai musuh anda.( Berdasarkan maklum balas Zulkifli Nordin dan Tuan Guru Nik Aziz terhadap Dr. Asri yang ingin menyertai politik. Sumber rujukan Sinar Harian.)





Sebab itulah saya berani mengatakan bahawa ahli politik amat hipokrit dan pembohong. Dalam kempen ceramah mereka mengutuk lawan mereka habis-habisan sehingga pihak lawan tidak mampu bernafas akibat tidak cukup oksigen. Tetapi di balik itu mereka masih sempat makan bersama di kafeteria dewan parlimen sambil berbual mesra. Di waktu mesra mereka menjelaskan sifat mereka hanyalah di atas semangat setiakawan,persaudaraan dan entah apa lagi alasan mereka. Bertentangan dengan keadaan masyarakat bawahan , krisis permusuhan ahli peringkat cawangan setiap parti dan ahli sangat ketara dan parah. Sesama jiran dan ahli keluarga bahkan tidak bertegur sapa gara-gara syak wasangka,benci dan dendam yang telah disemai di pentas-pentas kempen pilihan raya. Perlu ditegaskan dan dijelaskan di sini bahawa politik adalah medan pendapat semata. Anda boleh menggunakan apa jua istilah demi menjadikan politik ini bersih ,tenang,aman, melalui kata –kata indah seperti politik kawan,politik budiman politik harmoni ,kematangan politik,dinamika politik atau apa jua tetapi faktanya adalah mustahil sama sekali. Pendapat mustahil untuk bersatu dan disatukan. Ianya sesat ,karut dan bida’ah kerana batas dan keupayaan manusia yang tidak sama dan berbeza antara satu sama lain. Keupayaan dalam bentuk cara atau aliran pemikiran,kecerdasan dan intelektual,sudut pandang,perspektif dari pelbagai bidang dan sebagainya. Melaksanakan sesuatu berdasarkan pendapat masing-masing adalah bertentangan dengan semangat ukhuwah imaniah yang diterapkan oleh oleh Islam. Politik ini adalah medan ancaman buat manusia seluruhnya. Ia perlu dijauhi dan dihapuskan tetapi sekali lagi bukanlah tindakan bijak dengan meninggalkan medan tersebut tanpa mewujudkan sebarang alternatif atau mewujudkan sebarang perubahan drastik yang mendatangkan sebarang kesan secara tiba-tiba atau mendadak.



Kita tengok kesan terhadap wujudnya kepelbagaian dan keragaman yang banyak. Ia membawa hasil atau impak yang pelbagai. Ibarat seperti interferens gelombang lautan di pesisir pantai. Apabila badai ombak melanda batu atau sebarang objek yang berada di laluan ombak tersebut ,ia akan menghasilkan nod atau pertindihan-pertindihan gelombang. Semakin banyak objek yang dilanggar,semakin banyak nod yang terbentuk. KEWUJUDAN OBJEK SAHAJA AKAN MENDATANGKAN KESAN. Situasi ini melibatkan banyak keadaan. Lebih fokus di sini adalah seumpama wujud banyaknya jemaah Islam dan parti politik apatah lagi. Meskipun tujuan penubuhan parti dan gerakan anda adalah untuk membawa harapan baru untuk Malaysia,menubuhkan Negara Islam dan pelbagai lagi impian-impian indah,ia hanyalah akan mendatangkan impak-impak pertembungan dan pertindihan yang berlanjutan. Sebab itulah secara logiknya,pelbagai jemaah ini akan mendatangkan kekeliruan,dan timbul pula persoalan,”Siapakah yang paling terbaik di antara jemaah ini,yang manakah perlu ana ikut dan taat ?” Dalam situasi ini,tiada siapa pun yang mampu bertahan untuk meneruskan sikap dan prinsip menghormati , menghargai dan menjunjung prinsip hak kebebasan bersuara di atas landasan perbezaan pendapat sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan, “melainkan beberapa kerat makhluk istimewa yang memiliki kasyaf dan mukjizat para wali mungkin “.





Untuk penggerak jemaah sekalian,anda berhak untuk bebas bersuara tetapi anda tidak berhak untuk mengelirukan pandangan orang sekelliling dan lebih lagi untuk menonjolkan diri andalah yang terbaik di kalangan terbaik. Berhak untuk bebas mengeluarkan pendapat tetapi tidak berhak mendabik dada sambil memberitahu di kalangan pendokong-pendokong anda betapa kepelbagaian jemaah ini adalah lumrah alam semula jadi,persaingan yang sihat atau apa jua hujah yang sangat cetek dan rapuh,kerana ia jelas menimbulkan sangat banyak keraguan dan syak wasangka. Keraguan dan syak wasangka inilah yang dikatakan sebagai interferens. Ia bukanlah suatu dosa atau kesalahan kerana sifat semula jadi manusia,syak wsangka ini akan terhasil. Sifat semula jadi manusia yang melihat sesuatu perbezaan dengan apa yang dipegang oleh mereka sama ada pendapat,parti,aliran,gerak kerja,sistem,pengurusan mahupun manhaj. Ia merupakan fitrah sunnatullah yang tidak boleh dibendung dan diubah.




Jika untuk mengatakan kepelbagaian ini suatu persaingan bagi meningkatkan produktiviti masing-masing. Saya ingin bertanya sesuatu kepada anda. Adakah anda sedang menjalankan bisnes tempoyak atau ikan patin sangkar Sungai Pahang ? Atau menjual kain sari dan baju bundle RM 5 sekilo ?”Guys,you are working for God ”. Not looking your own profit !!” Anda bekerja untuk Allah maka bergeraklah mengikut kata dan firman Allah. Menjalankan kerja dakwah tidak sama dengan bisnes buah anggur,pisang meskipun durian D-24(baka baik punyer,isi dia cantik )Adakah anda maksudkan bersaing bagi mendapat tempat di syurga? Bersaing untuk mendapat pahala atau bersaing untuk merebut redha Allah?




Allah tidak pernah memerintahkan hamba-Nya untuk bersaing bagi merebut syurga,pahala mahupun sebarang ganjaran. Itu bukanlah metodologi Allah dalam mentarbiyyah manusia. METODOLOGI ALLAH ADALAH MENTARBIYYAH MANUSIA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA PERINTAH DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN-NYA. (Rujuk TEKNOLOGI TARBIYYAH TUHAN,SISTEM TARBIYYAH MAHA TERHEBAT) TARBIYYAH ITU DILAKSANAKAN DENGAN BERTERUSAN SEMENJAK PENCIPTAAN MAKHLUK CIPTAAN-NYA YANG PERTAMA SEHINGGALAH MAKHLUK CIPTAAN-NYA YANG TERAKHIR DIMATIKAN MELALUI PARA RASUL DAN WAHYU-NYA. SISTEM TARBIYYAH ALLAH INILAH YANG DINAMAKAN ISLAM.




Tambahan :


ISLAM BUKANLAH AGAMA SEBAGAIMANA AGAMA LAIN YANG ADA DI ATAS MUKA BUMI INI,MAKA DENGAN SEBAB ITULAH ISLAM TIDAK BOLEH DIMILIKNEGARAKAN,DIMILIKJEMAAHKAN,DIMILIKSEKOLAHKAN,DIMILIKUNIVERSITIKAN ATAU SEBARANG PEMILIKAN ANASIR TUNGGAL YANG BOLEH MENYEBABKAN ISLAM INI KELIHATAN TERBELENGGU DI BAWAH HAK MILIK TERTENTU SAHAJA.MAKSUDNYA IA MENJADI HAK MILIK PIHAK-JEMAAH,SEKOLAH,UNIVERSITI,TERTENTUK DAN BUKAN HAK MILIK SEMUA –ATAS NAMA JEMAAH ISLAM,SEKOLAH ISLAM,UNIVERSITI ISLAM ATAU APA JUA.



ALASANNYA ADALAH SEANDAINYA PADA SATU KETIKA SEMUA AGAMA AKAN MEMUJUDKAN UNIVERSITI,SEKOLAH DAN JEMAAH AGAMA MASING-MASING ATAS SEBAB MENANDINGI HAK DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM ,ADAKAH SENARIO TERSEBUT MERUPAKAN SESUATU YANG SIHAT ATAU BOLEH JADI MASALAH PADA MASA DEPAN ?(MUNGKIN PADA MASA INI IA TIDAK WUJUD,TETAPI JIKA KEADAAN SEKARANG TIDAK DIUBAH,TERDAPAT RISIKO SITUASI SEPERTI INI AKAN WUJUD PADA MASA DEPAN)


Minta maaf jika saya tersilap. Baginda nabi s.a.w. tidak pernah mengisytiharkan Negara Madinah sebagai sebuah Negara Islam. Madinah bukan Negara Islam. Ia merupakan Negara hak milik Allah. Negara Allah. Dan sebab itulah semua agama,bangsa,makhluk diiktiraf dan dijamin keselamatan di bawah SISTEM TARBIYYAH ALLAH YANG DINAMAKAN ISLAM.


Kembali kepada topik asal iaitu kepelbagaian yang akan membawa akan membawa kepada syak wasangka dan kekeliruan. Sebenarnya punca kepada persaingan,pertembungan,pertandingan dan perlawanan adalah daripada syak wasangka,keraguan,keliru,ingin menonjolkan diri dan yang sewaktu dengannya. Terbukti gejala ini berpunca daripada SATU JALAN SAHAJA IAITU PERBEZAAN.



Kesimpulan secara ringkas adalah kepelbagaian jemaah,puak,parti ini merupakan ancaman yang sangat jelas dan ketara buat manusia seluruhnya. Ia merupakan sunnatullah yang harus diperbetulkan posisi dan peranannya . Perbezaan ini tiada manfaat melainkan kecil dan mudharat yang sangat besar. Tidak perlu berfikir terlalu banyak sambil fakta dan realiti telah jelas terpampang di depan mata.

Setelah melihat hujah berkenaan dengan ancaman kepelbagaian,apa kata ancaman tersebut diubah menjadi peluang. Manfaatkan kepelbagaian ini dengan mewujudkan pelbagai rangkaian atau jaringan kerjasama yang mapan ,teguh dan utuh. Atas alasan apa kita ingin bentukkan rangkaian ini ? Contoh yang mudah telah diusulkan di dalam artikel SOLUSI KE ARAH KONFLIK JEMAAH dan CLASSIFIED OPERATION : MENCEGAH GEJALA SEKS BEBAS

Kita memiliki populasi ummat Islam di Malaysia sehingga hampir 50 % daripada jumlah keseluruhan penduduk (maaf jika tersalah fakta) . Sekurangnya-kurangnya dengan adanya kerjasama dan rangkaian antara jemaah,persatuan Islam,NGO, jabatan Agama Islam,kita mampu menghasilkan gelombang tranformasi bi’ah solehah seperti menambah dan memperkasakan pasaraya-pasaraya Islam bagi menandingi pasar raya gempak dan hebat seperti TESCO,GIANT,THE STORE dan lain-lain,menjadikan pusat pendidikan sama ada sekolah dan institusi pengajian lebih berakhlak, dan komuniti masyarakat muslim yang lebih bertanggungjawab serta memiliki ikatan semangat kejiranan yang lebih teguh. Rasionalnya perkara-perkara di atas adalah untuk melihat industri makanan halal lebih kemas dan terjaga dari segi mutu ,pembentukan suasana pengajian yang lebih terdidik terhadap bahaya gejala hedonism yang melampau dan terbuka serta komuniti muslim yang lebih harmoni dan aman damai. Cukup buat masa ini. Tidak perlulah bertempik dan terpekik untuk melaksanakan hukum hudud walhal keluarga sendiri tak terurus,solat masih ketinggalan 18 tiang tidak termasuk subuh hanya sekali seumur hidup ,anak-anak masih tidak menutup aurat dengan kemas dan berhutang keliling pinggang hanya sekadar untuk memuaskan nafsu kemewahan semata-mata. Pelaksananaan hukum hudud hanya berkesan dan produktif apabila 90% daripada komuniti Islam dan bukan Islam telah faham dan tahu tentang alasan,sebab,hujah,logik dan pelbagai lagi inti pati hukum Allah ini. Ianya tidak boleh dijadikan bahan kempen pilihanraya sesuka hati. Kesannya anda telah lihat PAS Terengganu jatuh gara-gara ketidak fahaman masyarakat Islam yang membarah dan kritikal terhadap isu berat seperti ini. Jangankan hendak menegakkan hukum hudud,kitab Allah pun mereka pijak,solat ditinggalkan,zina dijadikan aktiviti riadah di tepi pantai dan pusat beli-belah,riba menjadi asas perniagaan dan banyak lagi perkara-perkara asas yang perlu diperbetulkan.




Sudah sampai masa banyaknya jemaah,NGO dan Jabatan Agama ini dilihat, dijadikan manfaat dan peluang bagi ummat ini kembali bangkit. Tidak perlu mencari hujah atau pendapat untuk dijadikan asas kesatuan dan rangkaian sepertimana yang telah dicadangkan. Saya pohon agar cadangan ini dapat dimanfaatkan seluruhnya. Tidak perlu mencari siapa dan latarbelakang penulis kerana diri ini bukanlah bercakap dari sudut agama. Jurusan latar belakang pendidikan pula sangat bertentangan dengan hujah yang dikemukakan. Bidang kejuruteraan mekanikal sangat jauh dan tersasar dari bidang syariah dan usuludin. Tapi inilah hakikatnya yang terpaksa ditelan. Sepanjang hidup ,otak ini terpaksa digunakan untuk memikirkan kemaslahatan ummat Islam seluruhnya. Perkara yang telah diusulkan daripada artikel pertama ditulis sehinggalah artikel sekarang hanyalah 5 % daripada apa yang berlegar di kepala saat ini. Akibat terlalu banyak memikirkan masalah ummat Islam seluruh dunia,diri sendiri pun tak terurus,akademik pula hancur tapi nasib baik boleh grade ikut tempoh ,masa depan gelap sehinggalah sekarang masih lagi tak jelas apa yang ingin dibuat. TAPI ……..




HANYA 1 SUMPAH DAN JANJI DIPEGANG,SEANDAINYA DIRI INI DIPILIH UNTUK MEMIKUL 6 BILION MANUSIA DI DUNIA UNTUK TUNDUK DAN PATUH DAN SEMULA KEPADA ENGKAU ,TUHAN YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA AGUNG MAKA DENGAN SENANG HATI DAN SUKACITA, AKAN DIAMBIL AMANAH TERSEBUT ,TANPA BERUNDUR KE BELAKANG


DENGAN IZIN ENGKAU…




INI BUKANLAH DOA MAHUPUN CITA-CITA TAPI SEKADAR HARAPAN YANG MAHU MELIHAT MANUSIA KEMBALI KEPADA ASAL FITRAH MEREKA IAITU “DARIPADA ENGKAU KAMI DATANG DAN KEPADA ENGKAULAH KAMI KEMBALI.TELAH SEKIAN LAMA SYAITAN (KONSPIRASI TERBESAR),IBLIS ,AZAZIL DAN DAJJAL BERLELUASA LANTAS BERMAHRAJALELA .MAKA SUDAH SAMPAINYA MASANYA PEDANG DAN TOMBAK ENGKAU MEMANCUNG KEPALA MEREKA .MANUSIA SEBAGAI CIPTAAN ENGKAU YANG TERBAIK TELAH DIUBAH SEHINGGALAH MEREKA MENJADIKAN MANUSIA SEBAGAI SEJAHAT -JAHAT MAKHLUK DI DUNIA INI. SELURUH DUNIA MENJADI BENCI AKAN MANUSIA GARA-GARA ANGKARA SYAITAN DAN BALA TENTERA BODOH LAKNATULLAH INI.


PENGIBAR-PENGIBAR BENDERA UMMAT MUHAMMAD MEMOHON AGAR KEKUATAN DAN KETEGUHAN SEBAGAIMANA YANG TELAH DIANUGERAHKAN KEPADA AHLI BADAR DAN TENTERA JALUT. KAMI TELAH BERSIAP SEDIA UNTUK MEMANCUNG KEPALA MEREKA SEMUA MESKIPUN KAMI TERPAKSA BERJUANG SEORANG DIRI,TANPA SESIAPA PUN DI SISI.KAMI TIDAK PERLUKAN PENGIKUT-PENGIKUT BODOH YANG TAKSUB , BERTAKLID DAN TUNDUK MEMBABI BUTA. PENGIKUT YANG RAMAI TETAPI BERHATI KOTOR,AKALNYA SINGKAT DAN NEGATIF,HANYA PANDAI BERBICARA TANPA MAKSUD DAN TIADA ARAH,TAHAJUDNYA LEMAH,QURAN HANYA SEKADAR HAFALAN DAN BACAAN MESKIPUN 15 JUZ SEHARI DAN SOLATNYA LALAI TANPA ROH .ITU SEMUA TIDAK BEERTI. BIARPUN SEORANG TETAPI TAHAJUDNYA TEGUH,SOLATNYA KHUSYUK DAN HAKIKAT QURAN PENUH DI DI DADA,ITU LEBIH BERNILAI DARI 1 BILION TENTERA YANG KOSONG DAN HINA.SEKIAN LAMA KAMI MEMERHATIKAN GERAK GERI UMMAT INI YANG SEMAKIN TUMPUL DAN HANYUT DITELAN GELOMBANG RAKUS DAJJAL LAKNATULLAH. GERAKAN YANG MENDAKWA DIRI SEBAGAI PEMEGANG PANJI-PANJI MAHDI DAN PENEGAK-PENEGAK DAKWAH ,SANGAT LEMAH DAN LESU, TIDAK BERTENAGA. MEREKA SIBUK DENGAN URUSAN MEREKA SENDIRI SEHINGGA LUPA DAN TIDAK MEMPEDULIKAN SAUDARA-SAUDARA SEANGKATAN DENGAN MEREKA. MEREKA TIDAK TAHU BAGAIMANA INGIN MEMANFAATKAN KEKUATAN GERAKAN YANG ADA SELURUHNYA DEMI KEMASLAHATAN UMMAT. PARA ULAMA DAN UMARA LEBIH LAGI MENGECEWAKAN. TIADA APA YANG MEREKA BICARAKAN MELAINKAN ISU-ISU SAMPAH SARAP YANG MENJADI SANTAPAN PARA MUSUH.USAHKAN HENDAK MENJATUHKAN DAN BERPERANG DENGAN MUSUH,MUSUH PUN MEREKA TIDAK KENAL. APA LAGI YANG HENDAK DIHARAPKAN UMMAT INI JIKA 2 FAKTOR BESAR KEBANGKITAN INI HILANG ARAH DAN PANDUAN.

MUNGKIN SUDAH SAMPAINYA KAMI YANG AKAN MENGGALAS TUGAS BERAT INI. JIKA PUN ENGKAU TIDAK BERKEHENDAK UNTUK KAMI MEMUNCULKAN DIRI TETAPI SEKURANG-KURANGNYA IZINKANLAH IDEA,CADANGAN DAN BUAH FIKIRAN YANG TELAH KAMI LONTARKAN INI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN DAN BERJAYA,MUDAH-MUDAHAN. SEANDAINYA PARA PENGGERAK ISLAM YANG ADA MASIH LAGI RAGU-RAGU BERKERAS DAN INGIN MEMPERTAHANKAN SIKAP DAN FIKIRAN MEREKA,MAKA IZINKAN KAMI LETAKKAN MEREKA INI BERSAMA-SAMA DI DALAM DAFTAR SENARAI MUSUH-MUSUH UTAMA YANG BERHAK DAN PERLU DIHAPUSKAN TERLEBIH DAHULU,MENDAHULUI SENARAI ZIONISME,FREEMASON DAN ILUMINATI. KAMI TIDAK AKAN ANGGAP MEREKA INI PEJUANG AGAMA DAN PENEGAK SUNNAH MELAINKAN PENCACAI DAN PENABUR FITNAH BUAT DAKWAH DAN TARBIYYAH ISLAMIAH. KAMI MOHON PADA ENGKAU TUHAN YANG TERAMAT MULIA LAGI BIJAKSANA . YANG SANGAT KASIH BUAT HAMBA-HAMBANYA MESKIPUN SIANG MALAM SI HAMBA BERMAKSIAT KEPADA-NYA,TETAPI DIA TETAP TEGUH MEMBERI PELUANG DEMI PELUANG UNTUK MEREKA MENGINSAFI KELEMAHAN DIRI SENDIRI. SEMOGA ENGKAU PERMUDAHKAN JALAN DAN REZEKI UNTUK KAMI. MESKIPUN KAMI TERPAKSA BERJUANG DALAM KEADAAN TIADA HARTA,PANGKAT DAN KUASA TAPI BAGI KAMI,REDHA DAN KASIH ENGKAU SUDAH CUKUP UNTUK MEMBERIKAN KEKUATAN YANG MAMPU MENGHANCURKAN SELAUTAN BALA TENTERA MUSUH. SETIAP SATU LANGKAH KAMI,AKAN MENGGAGALKAN 100 PERANCANGAN DAJJAL,1 JERITAN KAMI,AKAN MEMBUATKAN 10 000 TENTERA DAJJAL BERUNDUR DAN 1 HAYUNAN PEDANG KAMI,SEPARUH DARIPADA KEKUATAN MEREKA AKAN HANCUR. MAAFKAN KAMI JIKA KAMI BERLEBIH-LEBIHAN TETAPI KAMI HANYA INGIN MENYAMPAIKAN AMARAN BUAT MEREKA YANG BODOH,TULI DAN TIDAK TAHU BERFIKIR. KAMI BERSAKSI SESUNGGUHNYA BUMI SEMENANJUNG EMAS INI AKAN MENJADI SAKSI BETAPA KEBANGKITAN UMMAT KEDUA AKAN BERMULA. HANYA KEPADA ENGKAU KAMI BERSERAH DAN KEPADA ENGKAU KAMI BERMOHON.


SESUNGGUHNYA KAMI BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ENGKAU DAN SESUNGGUHNYA KAMI BERSAKSI,MUHAMMAD,ISA DA MUSA ADALAH PESURUH ENGKAU




DENGAN SUKA CITA DAN BANGGANYA…...KAMI MELEPASKAN PELURU BERPANDU NUKLEAR TARBIYYAH KE MEDAN TEMPUR DAN SATELIT DAKWAH TERUNGGUL MUHAMAD THE SECOND MN10-FUTX 2013 KE RUANG ANGKASA”


WAHAI AZAZIL, IBLIS,DAN DAJJAL ,KAMI SEDANG MERINTIS


DALAM PERJALANAN………………………..


SEKIAN DARI PENGABDI TUHAN…….

DAKWAH + TARBIYYAH = REVERSE FUNCTION

DAKWAH & TARBIYYAH VERSI MILLENIUM


Nampaknya banyak pihak yang keliru tentang status ,gaya dan inti pati dakwah. Ada sebahagian yang memahami dakwah seperti tabligh,”azam tuan tuan yang mulia,kita keluar untuk buat kerja agama,fikir iman dan amal.”ada pula yang memahami dakwah ini memerlukan tauliah daripada JAIS,JAIP,PAIP,MAIS,MUIS ,KUIS,KUIH-MUIH dan lain-lain jabatan agama.” Dakwah kat blog dah ok rasenye”.Tak kurang juga yang mengatakan dakwah mesti berserban,berjubah,berjanggut,memakai kopiah,memegang buku islamik,sijil dari Al-Azhar .Persepsi dakwah telah menjadi pelbagai akibat globalisasi yang tidak terkawal. Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana kuasa dakwah dan tarbiyyah boleh membina daulah khilafah. In’allah saya akan cuba menerangkan kepada anda.( Mungkin anda sudah membaca artikel SEBUAH BANGUNAN IDAMAN)Tetapi jangan terkejut setelah membaca isi kandungan yang berikutnya tentang definisi Dakwah dan Tarbiyyah.(kalau terkejut pun ,sikit-sikit je,jangan teruk-teruk sangat) Sebelum ini di dalam artikel PRINSIP ASAS TARBIYYAH,saya Cuma menjelaskan tentang konsep penting tarbiyyah.
Sila perhatikan segala apa yang dituliskan di sini dengan teliti dan buat penilaian dengan jujur.




DAKWAH & TARBIYYAH ' THE MILLENIUM STYLE '





Definisi DAKWAH




-Dakwah pada asasnya bermaksud menyeru manusia daripada kegelapan Jahiliyyah kepada Nur Islam. perhatikan perkataan MENYERU. Misi dan visi utama dakwah adalah mengeluarkan manusia daripada Kegelapan Jahiliyyah kepada Nur Islam. “Dakwah lah macam mane sekalipun ,asalkan orang boleh terima Islam”,bahasa pasarnya. Dakwah ini mengambil istilah daripada bahasa Arab ud’u-iaitu seru. Dalilnya berdasarkan ayat ..


“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” An-Nahl ayat 125.


“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" Al-Fussilat ayat 33.


-Menyeru boleh dikaitkan atau disamaertikan dengan menyampai,memberitahu,memesan,memperingat dan mengajak.
-konsep asas yang ingin diterangkan di sini adalah MENYERU atau MENYAMPAIKAN. Pada waktu anda sedang membaca artikel,ini saya sedang menyampaikan dakwah kepada anda tetapi menggunakan medium internet. Begitu juga pada masa anda sedang membaca blog-blog lain seperti awaken,mistisfile,,rise of Islam dan lain-lain,anda sedang didakwahi penulis-penulis blog,dalam kata berbeza.

Izinkan saya merumuskan satu model dakwah yang baru.


Penyampaian (ucapan/ bahasa/penulisan/imej/gambar/isyarat/symbol/tanda) + mesej (dihantar + diterima )= dakwah


Apabila anda mengatakan sesuatu,suatu mesej akan dihantar ke arah objek,seseorang atau sesuatu. Tetapi mesej bukan sahaja boleh dihantar melalui bahasa tetapi juga melalui imej,penulisan,gambar,simbol,tanda dan sebagainya.Berdasarkan teori asas dakwah ini,beberapa bahagian dakwah akan dipecahkan. (Contoh-contoh yang diberikan adalah dalam

bentuk perbualan sahaja agar lebih mudah difahami.)

Dakwah khusus :

Dakwah khusus menyeru manusia kepada Islam. Mengajak orang bersolat,tinggalkan maksiat,jauhi rokok,jangan menipu dan sebagainya. Misinya khusus atau fokus iaitu untuk mengajak manusia mengikut kata-kata Tuhan,dengan mengamalkan Islam secara zahir dan batin.

Contoh :

“Geng ,moh gi sembahyang.”

“Man,engko xnak mengaji ke?”

“Bad bin bud,udah-udah layan blue nye,esok sakit mate,baru tau”.

Dakwah umum :

Dakwah umum tidak melibatkan mesej-mesej Islam yang fckus dan spesifik. Ia lebih berbentuk perbualan umum. Ala-ala sembang kedai kopi .

“Man ,beli kan mak ais kerim.?”

“Adik,tolong ambikkan baju kat luar.”

“Bang,adakah abang mahukan penerajang daripada saya.”

“Udin ,kau nie xnak sekolah ke?”

“Engko x tgk motor ct 110,gempak jugak design die. Kaler pun bleh tahan..”

Dakwah sesat :

“Woi,engko xnak solat ke? Ngko tau x engko dah konform masuk neraka ..Ee.. reti-reti nak berubah. Kecik-kecik xnak mampus,dah besar pun xnak mampus jugak.”

“Jahanam UMNO,parti sesat dulu kini dan selamanya.”

“Mampus ler Tok Guru ,menyibuk je .Ade ke patut bagi ceramah tiap-tiap hari.”

“Bangang betul le kelantanese nie! Dah le kalah piala Malaysia ,boleh pulak buat kecoh lagi.”

"Giler,awek ngko cun siot,kalah awek aku 2 tahun lepas,tpi skg dah ade yg baru,lawak sikit dari ngko..ahaks,

"Malam tadi,ngko tgk chelsea lawan arsenal , chelsea kena belasah...5-1,padan muka carlo ancelotti.."

Dakwah sesat bermaksud menghantar mesej-mesej yang teruk , jahat dan lalai. Cara penyampaiannya keras dan kasar. Apabila penyampaiannya keras,ia tidak boleh disebut mengajak atau menyeru melainkan menghina dan merendah-rendahkan orang lain.

Kesimpulannya,dakwah adalah perkara yang normal dan ia merupakan perkara yang diamalkan setiap hari. Cuma perbezaannya,jenis mesej-mesej yang dihantar dan kaedah penyampaiannya.


Kembali kepada KONSEP ASAS DAKWAH. Lihat formula dan fahamkan dengan baik.


Penyampaian (ucapan/ bahasa/penulisan/imej/gambar/symbol/tanda/isyarat) + mesej (dihantar + diterima )= dakwah

Mungkin hujah yang akan disampaikan di bawah,lebih mengejutkan lagi. Tapi moga anda bersabar sebelum sempat menghembuskan nafas terakhir. Banyak lagi perkara-perkara besar akan dibongkar selepas ini.



DAKWAH + TARBIYYAH = REVERSE FUNCTION


Tahukah anda mengenai sektor yang menerima pelaburan terbesar saban tahun daripada setiap kerajaan dunia. Sektor yang merangkumi hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia. Sektor ini mengalami pengembangan dan peningkatan setiap masa. Teknologinya menjadi asas atau penyumbang utama kepada globalisasi. Apakah sektor yang dimaksudkan?

Sektor komunikasi =perhubungan =interaksi =penyampaian
= DAKWAH


Beberapa hujah dikemukakan untuk menguatkan teori berkenaan............




Hujah 1


Sektor komunikasi mengalami pengembangan yang paling besar. Daripada perhubungan,lahir bidang penulisan,kewartawanan,media,media elektronik dan cetak,hiburan,pengiklanan dan yang terbaru ,sektor jaringan komunikasi mudah alih atau tanpa wayar.

Hujah 2


Perkembangan teknologi hari ini banyak dipelopori oleh teknologi komunikasi. Komputer adalah asas kepada pengembangan teknologi yang kian pesat. Penciptaan komputer telah membuka kepada era baru dunia teknologi. Hasilnya perkembangan setiap bidang menjadi sangat pantas,cepat dan semakin luas.

Jangan memandang komunikasi hanya sekadar medium untuk berhubung semata. Terdapat misi yang lebih besar ingin disampaikan. Pelancaran satelit ke angkasa ,tujuan utamanya adalah untuk komunikasi. Penerokaan angkasa lepas dan ketenteraan hanyalah tujuan sampingan.Setuju? Saya tahu anda akan mengatakan saya betul..terima kasih.

Minda hanya berfungsi apabila wujudnya mesej-mesej yang dihantar. Konteksnya sama dengan kereta ‘hanya bergerak apabila minyak diisi’. Di sinilah teori “kawalan Minda” bermula. Mengawal proses keluar masuk ‘ mesej’ ke dalam minda manusia. Kekerapan keluar masuk mesej ini turut dikatakan sebagai TARBIYYAH kerana sifatnya yang berterusan. Pada zaman dahulu,’mesej-mesej’ ini perlu dicari. Tetapi pada masa kini,tidak lagi. Anda hanya perlu menilai dan memilih berdasarkan keupayaan yang dimiliki akal.


Apakah maksud ‘mesej-mesej’ ?


Cuba bayangkan imej seorang gadis berkebaya merah dan cantik di depan mata anda. Apakah mesej-mesej yang wujud di kepala anda. Cantik,menghairahkan,seksi,hot dan SEKS. Bagaimana pula bila anda terpaksa beratur di kaunter bank selama 4 jam. Mesej yang wujud di benak fikiran,” bengang,pegawai bank bodoh,lembap,jiwa tertekan dan macam-macam lagi.

Sifir mudah. Mesej adalah fikiran,idea atau data-data perasaan ,persepsi,tanggapan yang wujud di minda.

Antara kaedah mudah untuk mengawal mesej yang wujud ke dalam minda manusia adalah dengan mengawal ‘ proses keluar masuk’ mesej dan menghantarnya secara berterusan.

Kita boleh membuat sedikit analisis secara bersama-sama. Saya berbesar hati jika para pengunjung ingin turut serta.

Aktiviti harian.

-Perhatikan pada waktu pagi, berita yang ditonton adalah perkara sama diulang-ulang. Berita rogol,jenayah,isu politik dan lain-lain.”anda akan berasa bengang,sakit,dan bosan.
-Makan tengah hari pulak lauk sardine. Hari pertama sehinggalah hari ke tujuh setiap minggu. “Fobia aku dengan sardine”.
-Malam pulak lepak dengan geng-geng jamming. “Barulah seronok sikit,happy “.kemudian anda akan mengulangi perbuatan tersebut sehinggalah anda akan tetap bosan.


Senario di atas hanyalah satu bentuk konteks kehidupan yang normal. Dan saya berani mengatakan hampir keseluruhan hidup kita dipenuhi dengan mesej-mesej negatif. Akibatnya ia akan mempengaruhi kepada tindakan dan perilaku yang negatif. Salah satu sifat manusia yang wajib diketahui adalah manusia ‘ dipengaruhi dan mempengaruhi’. Sebagai contoh suasana kota yang sibuk akan membuatkan jiwa anda bosan ,tertekan,bengang,malas dan sebagainya. (sebab itulah ramai orang tinggal di bandar otak 3 suku). Mesej-mesej negatif seperti jiwa kacau,tertekan dan bengang akan memaksa anda untuk ponteng kerja,asyik naik angin,panas baran yang tidak terkawal,rotan anak bini dan tindakan-tindakan yang seerti.


Kita pergi kepada konteks yang lebih besar iaitu sistem yang beredar di dalam Negara dan Dunia seluruhnya. Sistem politik yang haru-biru seperti di Malaysia,demokrasi yang tidak telus,undang-undang korupsi,ekonomi riba dan menindas golongan bawahan, hiburan melampau,media tidak bebas dan tidak menyediakan alternatif manfaat buat masyarakat,idealism dalam penulisan yang kacau-bilau dan terlalu karut , juga pemerintahan yang diktator. Sistem yang berlegar seperti ini akan melahirkan masyarakat sepertimana yang anda lihat sekarang. Pentingkan diri sendiri,tidak pedulikan orang sekeliling,malas cari kerja,nak kaya cepat,sumbang mahram sesama ahli keluarga,tipu untuk dapat harta,zina sana sini,taksub pada parti dan pemimpin,mudah terikut-ikut dengan budaya sekeliling ,jabatan agama dan gerakan Islam tunggang-langgang dan beratus-ratus lagi gejala yang terlalu panjang untuk dihurai. Sistem yang berlegar seperti inilah yang disebut sebagai TARBIYYAH SYAITANNIAH.


Apabila anda berjaya mengawal ‘ proses keluar masuk’ mesej ke dalam minda manusia dan menggerakkannya secara berterusan maka anda akan menguasai pemikiran manusia secara mutlak. Inilah strategi utama ‘TEKNOLOGI KAWALAN MINDA’.

Anda digesa untuk membuat pemerhatian terhadap mesej –mesej yang wujud di seluruh sektor kehidupan manusia dan dunia umumnya. Daripada sektor hiburan,sukan ,media,internet,ekonomi,politik,demokrasi,undang-undang. Sebanyak manakah mesej-mesej yang menyeru kepada kebaikan,kemanusiaan,keamanan,kedamaian,keadilan,kejujuran,tanggungjawab dan dan mesej yang paling besar iaitu MESEJ KETUHANAN sampai kepada manusia. Saya berani bertaruh dengan jari kelingking (sumpah orang dulu-dulu) daripada 100 % mesej yang beredar di dalam kehidupan dan dunia seluruhnya,hanya 5 % sahaja yang memenuhi kriteria positif atau kebaikan manakala mesej yang mengajak manusia kepada Tuhan hanyalah sekadar 0.0031 % sahaja. Itupun nasib baik terlintas di kepala untuk beberapa saat. Jika tidak seluruh kepala otak dan minda kita hanya dipenuhi dengan mesej-mesej nafsu,jahat,negatif,prasangka,zalim dan bodoh. Waktu solat pun masih memikirkan hutang dari hujung kaki ke hujung rambut,makanan habis,isteri minta cerai,kawan tipu dan macam-macam lagi. Bagaimana anda boleh bertahan di dalam dunia yang nazak seperti ini ?


Mungkin sedikit penjelasan di sini. Saya tidak bermaksud mengenepikan politik dan demokrasi kerana kedua-duanya adalah asas pemerintahan seluruh kerajaan dunia.( Memang lawak jika anda mahu berkuasa tetapi sekadar menjadi penonton kepada sistem. )Mungkin anda pernah mendengar MARATIB AMAL,satu kajian khusus dalam membentuk sistem atau Daulah Islamiah. Ia telah diasaskan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna. (maaf jika silap). Pembentukan daulah Islam secara beransur-ansur dan bertahap daripada individu muslim,baitul muslim,masyarakat Islam,daulah,khilafah sehinggalah alam cakerawala.

Secara jujur dan ikhlas,berapa banyaKkah individu,keluarga dan masyarakat yang betul-betul beramal dengan Islam di Malaysia. Mungkin daripada jumlah 100%, tidak sampai 8% yang benar-benar beramal dan mempraktikan Islam secara berkesan di dalam kehidupan. Anda boleh menilai keadaan ini berdasarkan rekod jenayah seksual,kadar jenayah yang berterusan meningkat,aktiviti seks yang meningkat setiap hari,budaya-budaya punk dan shuffle yag terus berkembang dan pelbagai indikator yang berkaitan. Masih adakah individu muslim yang mampu bertahan ? Hal ini tidak termasuk tanggungjawab yang gagal dilaksanakan oleh sekian banyak jemaah Islam ,NGO Islam,jabatan agama,dan ulama-ulama yang berdiam diri. Mereka masih ingin ‘hidup sendiri-sendiri dan masing-masing tidak mempedulikan antara satu sama lain’.


UMMAT ISLAM MEMILIKI SARANA YANG CUKUP KUAT DAN TEGUH JIKA KELOMPOK-KELOMPOK INI REALISTIK DALAM MENANGANI PERMASALAHAN YANG WUJUD. PADA KONDISI SEMASA,KITA TIDAK TAHU APAKAH ISU YANG PERLU DIBASMI DAN DISELESAIKAN TERLEBIH DAHULU MENGIKUT TAHAP,KEADAAN DAN KESESUAIAN.ADAKAH ISU POLITIK,MASYARAKAT,DEMOKRASI ATAU ISU SAMPAH DI TEPI LONGKANG. TIDAK FOKUS DAN TELITI AKAN PERMASALAHAN YANG WUJUD TELAH MENYEBABKAN KEKUATAN MEREKA SEMAKIN TERHAKIS TERHADAP KEPANTASAN GERAK KERJA TARBIYYAH SYAITAN YANG MELAMPAUI ARUS DAN MASA. TEKNOLOGI TARBIYYAH SYAITAN SUDAH MERANGKUMI TEKNOLOGI 4 G TETAPI UMMAT ISLAM MASIH LAGI DI TAHAP 1 Kbps. TERLALU JAUH, LEMAH DAN LEMBAB.



Dalam konteks dan suasana sekarang tidak ada ruang untuk menyalahkan kerajaan yang rata-ratanya terdiri daripada kelompok yang jahil akan Islam. Kewujudan negara Madinah disusuli dengan kefahaman dan kecintaan hampir keseluruhannya Ummat Madinah terhadap Islam. Dalam kata lain,hampir 100% masyarakat madinah telah faham akan Islam. Disebabkan itulah sistem Islam dapat berjalan dengan lancar. Perhatikan angka masyarakat yang faham Islam di sekeliling anda sekarang. Berapa peratuskah anggaran yang boleh diletakkan bagi mewakili komuniti Islam yang benar-benar faham akan Islam? 80%,70%,50%,40% atau 10%. Mungkin paling kritikal kita boleh meletakkan sekurang-kurangnya 10 % daripada jumlah komuniti Islam sedia ada. Setuju? Jalan demokrasi dan politik adalah pendekatan terakhir setelah hampir keseluruhan ummat benar-benar faham akan Islam. Bermula daripada situ,pendekatan dakwah perlu diperluaskan sehinggalah masyarakat bukan Islam boleh menerima Islam sebagai cara hidup atau sekurang-kurangnya mereka boleh berkomporomi dengan sistem Islam. Mudah dan ringkas pendekatan yang digunapakai oleh Nabi Muhammad S.A.W. di dalam membina Negara Madinah.



Kembali kepada senario semasa. Ia tidak menggambarkan realiti sedemikian. Sebahagian ummat islam tidak mahu berpolitik,sebahagian taksubkan politik,sebahagian mengambil jalan tengah,ada yang sekadar menjadi penonton,ada yang buat-buat buta dengan keadaan. Terlalu banyak situasi yang timbul gara-gara tidak ada keselarasan dalam pergerakan dan sistem. Dakwah dan Tarbiyyah Islam perlu dijadikan institusi yang benar-benar berjalan,berkesan dan selaras oleh semua pendokong gerakan-gerakan Islam. Jika situasi ini tidak ditangani dan dibiarkan berterusan, jangan terkejut mungkin ada di kalangan saudara-saudara sekeluarga dengan kita akan menjadi korban Tarbiyyah Syaitan selepas ini. Tunggu dan lihat jika anda semua masih berdegil dan tidak mahu membina permuafakatan bermula dari sekarang. Selesaikan isu zina,masalah rumah tangga,isu masyarakat Islam. Bina kekuatan ekonomi melalui jaringan komuniti-komuniti muslim yang semakin baik. Wujudkan gedung-gedung beli- belah Islam,hub makanan halal dan terjaga,sistem perniagaan yang lebih terurus dan sebagainya. Sekali lagi,pembinaannya dibuat secara bertahap.


Wujudkan time frame untuk proses pembaikan masyarakat melalui kerjasama organisasi-organisasi muslim dan jabatan agama. Contoh :

Tahun

1---------------2--------------3--------------4---------------5--------------6


-Tempoh untuk pembaikan masyarakat islam ,gejala sosial,menghidupkan masjid,memperkukuh institsi keluarga dll(masa jangkaan pembaikan : 2 tahun)


-tempoh berikutnya membina jaringan ekonomi muslim,menjaga produk dan pasaraya islam(masa jangkaan pembaikan : 2 tahun)


-melalui pengukuhan ekonomi maka ,komuniti muslim akan memiliki dana kewangan yang cukup untuk membuat pelaburan dalam sektor media,hiburan dan internet.(merujuk kepada hak milik tunggal komunti islam)(masa jangkaan pembaikan : 2 ½ tahun )
(kenapa 2 1/2 tahun,2 tahun,kenapa tidak 3 tahun 2 hari atau lain-lain,soalan itu jangan dibangkitkan,suka hati lah nak letak berapa,lu apa tau !!!!!)


Setelah masalah masyarakat dan ekonomi Islam selesai ,ambil pendekatan untuk menyertai sistem demokrasi dan politik dengan tujuan untuk merubah sistem politik supaya lebih terbuka dan telus. Tujuan kekuasaan hanyalah sampingan semata-mata. Pada masa tersebut,seharusnya komuniti muslim telah hampir pulih sepenuhnya. Beerti hampir 99 % masyarakat islam dan bukan Islam telah faham dengan sebenar-benar kefahaman. Seluruh parti dan gerakan Islam sepakat untuk menyertai politik. Tidak ada lagi pertembungan gerakan mahupun parti Islam di medan politik sepertimana yang berlaku di Indonesia sekarang.

Tarbiyyah yang saya maksudkan adalah untuk MEMPERKEMAS,MENYUSUN,MEMANTAU,MENGAWAL, DAN MEMASTIKAN IA BERJALAN BERTERUSAN melalui unit-unit kecil seperti unit pengarahan,program,pemantauan,pembangunan dan ekonomi ,kawalan kualiti dan juga unit penggerak. Unit-unit ini bertindak sebagaimana organisasi rahsia (Secret Society )yang yang sedang menjalankan Sistem Tarbiyyah syaitan pada masa kini. Inilah yang saya maksudkan dengan Institusi Tarbiyyah dan Dakwah.--- (Idea yang diutarakan lebih menyerupai idea 'HIDDEN GOVERNMENT' yang berlandaskan DAKWAH DAN TARBIYYAH. (Menurut pengiraan yang mudah,pihak SYAITAN-SYAITAN BERSEKUTU turut menggunakan kaedah yang sama tetapi diterbalikkan fungsinya. Dan mereka telah pergi jauh apabila berjaya menguasai rangkaian kekuasaan pemrintahan dan membentuk idealogi-idealogi karut lalu membentuk sistem yang berjalan sepertimana yang kita lihat sekarang.) TARBIYYAH MENUNTUT PENGURUSAN TERHADAP MESEJ-MESEJ DAKWAH YANG LEBIH TERATUR DAN TERURUS. BUKAN SEKADAR MELEPAS BATUK DI TEPI TANDAS AWAM STESEN BAS KUALA TERENGGANU. GERAK KERJA TABLIGH DAN JEMAAH-JEMAAH SEDIA ADA TIDAK FOKUS,TIDAK TERATUR DAN TERANCANG GARA-GARA MASIH INGIN ‘HIDUP SENDIRI-SENDIRI'. MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWA MEREKA SEDANG MENGABAIKAN AKTIVITI MAHUPUN SISTEM DAKWAH YANG DIGUNA PAKAI GERAKAN LAIN.


IBARAT BERTEMPUR DI MEDAN PERANG,ANDA TIDAK MEMPEDULIKAN ANGGOTA PLATON DARI BARISAN HADAPAN DAN BELAKANG. TIDAK MEMERHATIKAN TAHAP PERSEDIAAN RAKAN-RAKAN DARI BATALION YANG SAMA DAN TIDAK TAHU AKAN KELENGKAPAN-KELENGKAPAN SEDIA ADA. AKHIRNYA AKIBAT ALPA DAN INGINKAN SYAHID SEORANG DIRI, ANDA PERGI KE TENGAH –TENGAH KUBU LAWAN TANPA PENGARAHAN SESIAPA. PASTI ANDA MATI SEPERTI KERA DI BAWAH TEMPURUNG. SYAHID TETAP SYAHID TETAPI KEMATIAN ANDA SEKADAR MERUGIKAN KEKUATAN ANGGOTA SEDIA ADA.


SETAKAT ARTIKEL INI DITULIS HANYA 1 GERAKAN SAHAJA YANG MEMENUHI KRITERIA TARBIYYAH ABAD MILLENIUM IAITU TARBIYYAH YANG TERURUS,CANTIK,KEMAS, TERANCANG DAN SISTEM DAKWAH YANG TERATUR. (SAYA TIDAK INGIN MENAMAKAN JEMAAH TERSEBUT. SEBENARNYA MEREKA JUGA TIDAK SEDAR APA YANG MEREKA TELAH BUAT). SAYA HANYA MEMBUAT PEMERHATIAN MELALUI PERNYERTAAN DI DALAM USRAH-USRAH MINGGUAN DAN JUGA AKTIVITI YANG MEREKA JALANKAN SETIAP BULAN. UNTUK PERTAMA KALI SAYA BERTEMU DENGAN GERAKAN YANG SANGAT SISTEMATIK. SEMEMANGNYA SAYA TERUJA DENGAN PERKEMBANGAN INI TETAPI MALANGNYA IDEALISME “KAMI MENGHORMATI PERBEZAAN PENDAPAT SETIAP GERAKAN” TELAH SEKALI LAGI MENGHALANG PENSTRUKTURAN JEMAAH ISLAM. SEDIH DAN KECEWA. AKIBAT TIDAK MAMPU MENANGGUNG GELODAK NAFSU YANG INGINKAN JEMAAH ISLAM INI KEMBALI BERMUAFAKAT DALAM URUSAN UMMAT,MAKA SAYA MENGAMBIL LANGKAH BERUNDUR SEKETIKA BAGI MENYUSUN STRATEGI BARU. MELANCARKAN PROPAGANDA PENYATUAN JEMAAH-JEMAAH ISLAM MELALUI BLOG. MOGA-MOGA SELEPAS INI SEMAKIN RAMAI PIHAK AKAN DAPAT MENILAI DAN MENELITI BETAPA PENTINGNYA JEMAAH ISLAM SEDIA ADA MENYUSUN SEMULA SISTEM DAN GERAK KERJA BAGI MENANGANI TARBIYYAH DAJJAL @ SYAITAN. SEKIRANYA IDEA INI DAPAT DILAKSANAKAN,SEKURANG-KURANGNYA KITA MEMERLUKAN 4-6 TAHUN UNTUK MENYUSUN SEMULA KEKUATAN 1.9 BILLLION UMMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. DAN SEANDAINYA ALLAH MEMPERMUDAHKAN LAGI URUSAN ,USAHA UNTUK MERAMPAS BAITUL MUQADDIS AKAN DIBANTU KAUM KRISTIAN DAN YAHUDI YANG SEDAR TENTANG PERMAINAN DAJJAL DI SEKELILNG IN’ALLAH. SEKALI LAGI SAYA MERAYU AGAR IDEA INI DITELITI SEPENUHNYA.

KHUSUS BUAT UMMAT ……………………………….


KAMI MEMOHON AGAR KALIAN TIDAK PERLULAH SIBUK MENCARI DAN MENGKAJI SIAPAKAH PENYELAMAT ( IMAM MAHDI) KERANA JIKA SAMPAI MASA DAN KEHENDAK TUHAN MAKA IMAM MAHDI AKAN HADIR ,IN’ALLAH.YANG PENTING PENUHILAH HAK-HAK DIRI KALIAN(SELAMAT DATANG ALAM MANUSIA, ,KEBENARAN PASTI DATANG,LOGARITMA NILAI,SISTEM TARBIYYAH MAHA TERHEBAT),LIHAT APA YANG TELAH BERLAKU DI SEKELILING ANDA.JUJUR DAN PEKALAH TERHADAP REALITI. APA YANG KAMI KEMUKAKAN DI DALAM TEORI SISI GELAP : KONSPIRASI TERBESAR TERBONGKAR,KAMI HANYA INGIN ANDA SEMUA MELIHAT DUNIA INI DARI LUAR DAN LEBIH LUAS PEMANDANGANNYA,SEBAGAIMANA KAMI LAKUKAN. PENUHILAH HAK-HAK WANITA ,ISTERI,ANAK-ANAK PEREMPUAN ANDA, (PERMATA BERNAMA WANITA,PERSAMAAN GENDER : MENYAMATARAFKAN BULAN DAN MATAHARI) JIRAN-JIRAN TETANGGA,SAUDARA-SAUDARA SEIMAN DAN SEISLAM,HAK-HAK DAKWAH DAN TARBIYYAH(SURAT YANG TIDAK SAMPAI,PRINSIP ASAS TARBIYYAH),FAHAMI FENOMENA PERUBAHAN PEMIKIRAN YANG BERLAKU DI SEKELILING KALIAN(SURAT LAYANG-LAYANG),BERBANGGALAH DENGAN LABEL ISLAM YANG ADA DIRI ANDA. SOMBONG DAN TAKBURLAH PADA KERENDAHAN DIRI DAN TAWADHUKNYA HATI,IKHLAS DALAM AMAL DAN MANFAATKAN AKAL YANG TELAH DIANUGERAHKAN DENGAN SEBAIKNYA. KAMI MERAYU AGAR SEGALA CADANGAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN DAPAT DILAKSANAKAN(OPERASI MENCEGAH ZINA,SOLUSI KE ARAH KONFLIK JEMAAH)”. URUSAN –URUSAN UNTUK MEMBINA DAULAH DAN NEGARA ISLAM BIARLAH MEREKA YANG TELAH DITAKDIRKAN UNTUK MENGURUSKANNYA KERANA TAKDIR DI LAUH MAHFUZ TELAH MELETAKKAN MEREKA UNTUK BERADA DI SANA. ITULAH AMANAH DAN TANGGUGJAWAB YANG TERPAKSA MEREKA GALAS,BUKAN KALIAN. UNTUK KALIAN MEREKA HANYA MENGHARAPKAN PENUHILAH HAK-HAK YANG TELAH DISAMPAIKAN DIRI KALIAN SENDIRI,HAK IBU BAPA,HAK ANAK-ANAK,HAK TETANGGA,HAK-HAK SAUDARA DAN HAK SELURUH UMMAT INI.SAMPAIKAN DAKWAH DAN TARBIYYAH INI DENGAN BERKESAN(PRINSIP ASAS TARBIYYAH,LOGARITMA NILAI,SISTEM TARBIYYAH MAHA TERHEBAT DAN TEKNOLOGI TARBIYYAH TUHAN). MASA UNTUK ISLAM MENTADBIR KIAN HAMPIR.
MEREKA TIDAK AKAN MUNCUL JIKA RUMAH TANGGA KALIAN HANCUR GARA-GARA PIHAK KETIGA,BERTELAGAH KERANA BEREBUTKAN NEGERI,SALING TUDUH-MENUDUH SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH. BAGAIMANA KITA HENDAK MENDIRIKAN DAULAH KHILAFAH DAN MEMBEBASKAN PALESTIN JIKA MASALAH YANG SANGAT REMEH SEPERTI INI MASIH LAGI TIDAK DAPAT DIBERESKAN. TIDAK TERMASUK KEKURANGAN MAKANAN HALAL DI PASARAYA-PASARAYA TERBUKA,EKONOMI UMMAT ISLAM YANG SANGAT LEMAH,KEBODOHAN PIHAK OH I SEE(OIC),MASALAH ZINA DAN PELBAGAI LAGI…PERCAYA DAN YAKINLAH BETAPA BESARNYA KUASA DAKWAH DAN TARBIYYAH.INILAH JALAN YANG DIPILIH OLEH PARA NABI DAN RASUL.MEREKA MENGHARAPKAN BANTUAN ANDA SEMUA. DOAKAN SEGALA APA YANG CUBA LAKSANAKAN AKAN DIPERKENAN DAN DIPERMUDAHKAN ALLAH AZZA WAJALLA. MEREKA JUGA MENDOAKAN GERAK KERJA USAHA KALIAN AKAN MENCAPAI HASILNYA.IN’ALLAH……

APA YANG DISAMPAIKAN BUKAN ISLAH,BUKAN TAJDID TAPI

MEMULIHKAN SEMULA AGAMA ALLAH INI..MUDAH-MUDAHAN DENGAN IZIN-NYA.

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
dan masuklah ke dalam surga-Ku.
al-Fajr 29-30

CLASSIFIED OPERATION 002 : MENCEGAH GEJALA SEKS BEBAS





KEMPEN JOM SELAMATKAN WANITA






Kali ini kita akan menggerakkan operasi ke-2 iaitu KEMPEN SELAMATKAN WANITA. Dalam artikel PERMATA BERNAMA WANITA dan PERSAMAAN YANG TETAP TIDAK SAMA,menceritakan tentang hakikat penciptaan wanita. Semoga ia dapat diadaptasi dengan baik dan berkesan. Kali ini pihak kami memohon bantuan kaum mujahadah agar gerak kerja kali ini dapat dilaksanakan. (kempen ini sekadar meneruskan agenda WANITA JIM berdasarkan kempen ANDA BIJAK JAUHI ZINA)



Sebelum itu,saya ingin memberi beberapa masukan,tips atau petua agar perhatian para mad’u wanita diperoleh. Kenyataan ini dibuat khas agar anda lebih mengetahui di mana titik-titik kelemahan mereka. Moga-moga dengan ini,ia dapat menarik mereka ke jalan hidayah. Namun kebanyakan tips ini diperalatkan oleh kaum lelaki yang sekadar ingin memuaskan hawa nafsu jantan mereka. Semoga ia bermanfaat.



Makhluk emosi.



Perilaku wanita kebanyakan dipengaruhi oleh perasaan atau emosi. Tindakan mereka kerap kali mengabaikan fungsi akal sepenuhnya. Gejala lari ikut kekasih,mengandungkan janin yang tak tau hak pemilik,selalu bergosip,membawa khabar fitnah dan cerita-cerita karut antara faktor yang telah dikenalpasti sebagai dorongan akibat tidak menggunakan akal dengan baik. Namun begitu sifat ini memiliki kelebihan yang baik iaitu :




1.Mudah didekati



Cari perbualan yang melibatkan masalah peribadi seperti masalah cinta,keluarga,hal peribadi yang lain agar anda menemui titik kelemahan dan serang dengan kalimah-kalimah nasihat yang baik dan lemah lembut agar jiwanya mula tersentuh. Bermula dari sinilah persaudaraan atau tautan hati akan mula membekas.


2. Bahagia apabila dihargai




Ayat di atas mungkin akan dikaitkan dengan pemberian terhadap sesuatu. Sememangnya wanita amat bahagia apabila diberikan hadiah,cenderamata,atau apa jua. Mereka merasai betapa diri mereka dipandang oleh orang sekeliling. Dan sebenarnya sebab utama mereka berhias adalah untuk mendapatkan perhatian. Mudah-mudahan dengan perhatian ,diri mereka akan disayangi. Sangat mudah cara pembacaan terhadap gerak geri wanita.




3. Gembira dipujuk apabila bermasalah




Sering kali ditayangka di dalam filem bollywood,babak yang meibatkan kekasih ditimpa masalah ,maka si pakwe akan memujuk si awek. Sila ambil perhatian buat mereka yang ingin melaksanakan dakwah fardiyyah. Situasi ini merupakan titik penting yang perlu diambil berat terutama bagi mad’u yang mengalami masalah putus cinta atau keluarga yang berantakan.



Nota tambahan :


Meskipun kita melihat kebanyakan wanita menunjukkan sifat yang sebaliknya –agresif,gelak kuat-kut,suka bergosip,berfesyen yang pelik-pelik tetapi yakin dan percayalah bahawa mereka hanyalah tin-tin kosong yang tiada isi. Mulut mereka pedas tetapi mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka ucapkan melainkan sekadar ikut sedap hati je. Jika anda ragu-ragu dengan kaedah yang saya sampaikan kepada anda maka,boleh laksanakan keedah dibawah unutk menguji sejauh mana kebenarannya.


1.Asak mereka dengan masalah –masalah keluaga dan diri,lihat respon pada wajah dan nada suara mereka.


2. Tanya tentang bagaimana personaliti diri mereka. Sejauh mana mereka mengenali diri mereka sendiri.


3. Yang paling penting,terjah mereka dengan akhlak –akhlak islamik anda yang luar biasa. Strategi ini kebiasaannya lebih berkesan.


Sebelum itu jika anda tidak merasai kekosongan emosi dan perasaan sebagaimana yang saya sampaikan. Fakta menunjukkan diri anda bermasalah. Mungkin anda masih-masih ragu-ragu dengan dakwah yang ingin dibuat,personaliti anda lemah dan anda mengalami krisis kepercayaan dan keyakinan diri yang kritikal. Sila perbaikinya dengan membiasakan diri anda untuk hidup bersama masyarakat sekeliling. Cuba pelajari setiap watak-watak yang ada di sekeliling dan ambil ibrahnya daripadanya. Sebenarnya kaedah yang diterangkan di atas boleh juga diaplikasi untuk sesiapa jua. Biarpun lelaki.



Modus Operandi


Operasi ini terarah kepada institusi pengajian tinggi seperti IPT,POLI,KOLEJ dan sebagainya. Kaedah ini masih sama iaitu membolehkan gerak kerja pemantauan, dan tindakan-tindakan follow up boleh dilaksanakan. Gerak kerja bantuan sesame jemaah mahupun persatuan islam sekali lagi diutamakan. Kebiasaannya,masalah jemaah tidak terlalu kompleks bagi kaum wanita(pasal diorang nie main bedal je,xyah banyak fikir)

1.Usrah/halaqah


Usrah sangat berkesan di dalam membina watak dan personaliti. Melalui pengisian,penyampaian,tadabur Quran,musykilah oleh setiap ahli secara tidak langsung telah membentuk diri ahli tanpa disedari.(saya juga merasai perubahan setelah mengikuti usrah/halaqah). Apabila setiap ahli berinteraksi , ia akan mewujudkan interaksi langsung atau komunikasi dua hala yang mana akan menjadikan diri kita lebih peka dengan sekeliling.

Nota :


Halaqah tidak perlu diperketatkan sehingga 4-5 jam. Cukup sekadar pengisian dan bahan-bahan yang penting agar mesej-mesej pembinaan sampai. Kadar masa boleh disesuaikan mengikut tahap anggota. Pengisian bahan-bahan umum boleh diringkaskan. Pengisian boleh dibuat bergilir-gilir agar masing-masing boleh mempelajari kaedah penyampaian yang berkesan. Murabbiah perlu memainkan peranan dalam hal ini.


2.Membina Ikatan hati melalui ziarah fardhiyyah




Cari ruang untuk berinteraksi dari hati ke hati. Selalunya proses ini akna berjalan lancar pada waktu-waktu lapang,tenag atau mad’u anda kelihatan bingung sambil memikirkan sesuatu. Bawa mad’u anda ke tempat-tempat yang lapang agar emosi lebih tenang dan mudah untuk berbicara.

Untuk tindakan seterusnya,anda boleh merencananya sebagaimana bersesuaian.
Sebagai contoh buat program-program ukhuwah seperti riadah,mabit (kat bilik je,xyah kat surau),puasa,baca quran,lepak kat library,jaulah dll.



-kebanyakan isi kandungan tulisan ini diilhamkan melalui buku karangan FATIMAH SYARHA BT.NORDIN,TAUTAN HATI.(bukan peminat Fatimah Syarha,setakat bace je,jangan salah faham,ORANG TU DAH KAHWIN)


Misi utama



-melabuhkan tudung yang kurang labuh,memperbetulkan kaedah pemakaian yang islamik bagi wanita.
-menghantar isyarat kepada mereka tentang adanya peranan anda sebagai salah satu entiti yang menyeru kepada kebaikan ,setidak-tidaknya mereka sedar ada insan yang baik di sekeliling mereka.
-membantu dan membela kaum wanita agar tidak terlalu mudah terikut-ikut dengan janji manis lelaki. Di sini anda perlu bertindak sebagai agen penasihat atau sahabat kaunseling.




Untuk modus operandi ke-3 iaitu poligami,saya menyarankan kertas kerja tersebut boleh disemak berdasarkan kenyataan KELAB POLIGAMI IKHWAN dalam akhbar Metro. Mereka memiliki sistem Tarbiyyah yang berkesan dalam hal ini.

Followers