Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Isnin, 30 Mac 2009

Perlukah aku khabarkan ...




Perlukah aku khabarkan ...
di hujung sana ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
di lubuk sana ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dia pinggir sana ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
di balik kecewamu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dia tirai sepimu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
disebalik hampamu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
di jendela tangismu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dibalik lukamu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
ditengah kusutmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dikalis gurismu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
di celah gelapmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
di ruang cerahmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
di dalam sakitmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
tika marahmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
tika sedihmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dihampar taubatmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dibalik tangismu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
selepas gagalmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dalam diammu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dalam lelahmu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...
dalam buntumu ada dia,

Perlukah aku khabarkan ...

perlukah?






Selasa, 24 Mac 2009

Selamatkan Kami


ya allah,

seandainya diberi pilihan

diri ini tidak sanggup untuk berada disini

tidak sanggup untuk berhadapan dengan hari ini

diri ini lebih merindui rasulMU dan para sahabat

bahana apakah lagi yang tidak menimpa kami

fitnah akhir zaman yang berhamparan kesesatan

kami tersirna akan harta takhta wanita dan segala

manusia dunia terus bertuhankan dunia

nafsu menjadi raja

malamnya berintikan iman siangnya berisikan kemungkaran

itulah iman kami

tidak tertahan rasanya

syaitan bertopeng manusia lebih kami takuti dari

manusia bertopeng syaitan

terlalu lama rasanya berada di dalam penjara dunia ini

jiwa ini berat untuk menyatakan beriman

namun kami berkehendak akannya

pandanglah kami dengan belas kasihanmu

jiwa kami seakan meronta dalam ujian fitnah ini

biar tidak seberat badar dan uhud

iman menipis ini sering tengadah tanpa endah

apa yang kami takutkan sedang berlaku

kami merindui hari pertemuan itu

hari yang selayaknya untuk hambamu bergembira

bergembira menerima habuan janjianmu

redha dari redhamu ya tuhan

sungguh terlalu tersiksa

kami takut dan terlalu takut

melihat yang diberi hidayah kembali sesat

melihat jahil terus sesat

apakah kami pula akan seperti itu

angkatlah kami sebelum kami kembali

bukan takut untuk ujianmu

cuma takut akan azabmu

ujilah semahumu tuhan

namun selamatkanlah kami

sungguh getus hati kecil berbicara

kami mahu beriman!





Menuju Illahi



Allah swt. berfirman :

" Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya)."

(QS Al-Hujurat ayat 15 )

Ayat-ayat tersebut menghuraikan cirri-ciri Mukmin sejati , iaitu :
  1. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
    • Ciri pertama ialah : Orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya,
    • Adapun iman yang hakiki itu mestilah mengandungi tiga unsure, iaitu :
    • a)- diikrarkan dengan lisan ;
    • b)- dipaterikan di dalam hati ; dan
    • c)- dilaksanakan dengan anggota badan . Kalau hanya sekadar pengakuan dengan lisan sahaja, meski lisan kita terus-menerus mengucap dua Kalimah Syahadah, tetapi tidak dihayati sampai ke dalam hati nurani dan dibukti dalam amal perbuatan sehari-hari, maka yang demikian itu tidaklah masuk dalam pengertian iman yang sempurna.
  2. Tidak ragu-ragu
      • Ciri kedua Mukmin yang sejati ialah : " Mereka tidak ragu-ragu".
      • Kepercayaan yang utuh dan iman yang hakiki itu menjana sikap jiwa manusia menjadi mantap, cekal dan mampu menghadapi pasang surutnya kehidupan ini , sebab ia berpijak di atas satu landasan yang kukuh dan kuat laksana landasan batu kongkrit bagi satu bangunan .
  3. Berjuang di jalan Allah dengan harta dan diri
      • Ciri ketiga Mukmin sejati ialah : " Berjuang dengan hartabenda dan diri di jalan Allah ".
      • Unsur terakhir yang menunjukkan kesempurnaan iman ialah kesediaan untuk berjuang ( berjihad ) di jalan Allah ( jalan yang diridai oleh Allah swt.) dengan hartabenda dan diri ( fizikal ).
Pada akhir ayat tersebut ditutup dengan janji Allah swt. :
" Mereka itu adalah orang-orang yang lurus dan jujur ".
Wallahu A'lam.

Selasa, 17 Mac 2009

Hei pemakan riba!




275. Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

276. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.

277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

278. Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba jika kamu benar-benar beriman, jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya

279. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.





^ c A r i L a H T u H a n M u ^



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

[3: 190-191]









Tips Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a





Assalamualaikum,

Hari ini sedikit perkongsian saya tentang strategi dan kebijakan Abdul Rahman Bin Auf dalam perniagaan , mungkin muhasabah dan panduan kita dalam muamalat dan bisnes insyaallah. Semoga bermanfaat! (saya sari dari pelbagai sumber di internet )



Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.



Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
3. Cash transaction only


Mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w.di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan kapitalis atau orang bukan Islam Madinah? Rahsianya ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana diketuai oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf r.a. memanggil Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka. Mereka sembahyang hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, baca Quran, selawat dan lain-lain demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah s.a.w. mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Tuhan atau cara berniaga yang disuruh Tuhan. Iaitu dengan menawan hati orang. Para penyokong dari alam ghaib berdatangan selepas mendapat 'call' dari orang lahir. Hati penduduk Madinah ditawan. Datang ke Pasar Ansar orang dapat Tuhan, dapat pemimpin, dapat ibu ayah, dapat kasih sayang, dapat kebahagiaan. Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Mahal pun tak apa demi cinta. Lalu sunyilah gelanggang perniagaan kapitalis bukan Islam hingga membawa mereka gulung tilam bantal meninggalkan Madinah.
Hebat!



Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab “aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yg sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”..


Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".

(Riwayat Ahmad)







Sabtu, 14 Mac 2009

Pemuda Bergunalah!


Dalam setiap peradaban dan tamadun didunia ini tidak dapat tidak terpaksa diakui bahawa ada satu golongan yang tidak kurang peri penting peranan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan tamadun tersebut, sebutlah apa saja zaman tamadun maka generasi ini, golongan inilah yang menjadi nadi dan tulang belakangnya, tanpa keterlibatan generasi ini maka lumpuhlah seluruh organisasi ketamadunan tersebut, generasi ini iaitulah generasi pemuda. Generasi pemudalah yang hakikatnya yang menggerakkan sesuatu tamadun tersebut walaupun ia dipimpin oleh generasi tua dalam pada waktu yang sama.

Hal ini tidak terlepas juga dalam ketamadunan islam , jika kita berbicara tentang kemunculan islam, pembangunan islam, dan seterusnya ketamadunan islam maka pastilah terngiang-ngiang di telinga kita nama seperti umar al-khattab, ali k.w, bilal bin rabah, khalid al-walid, salman al-farisi dan nama lainnya, maka semua ini simbol kepada pemuda islam yang muncul pada zaman ketamadunan islam dahulu, hal ini sesuai dengan sabda baginda s.a.w :

Aku pesankan kepada kalian agar memperlakukan kaum muda dengan
baik. Sebab, hati mereka lebih lembut. Ketahuilah, sesungguhnya Allah
mengutusku sebagai saksi, pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan.
Ternyata orang-orang mudalah yang menyambutku dan orang-orang tualah yang
menentangku.”

Lalu orang-orang mengatakan masalah ini dalam sebuah syair.

Sesungguhnya ranting-ranting muda

bila kauluruskan dengan Lembut, luruslah ia

Tetapi tidak demikian halnya

bila kayu yang kauluruskan


Sesungguhnya mereka adalah Pemuda-pemuda
yang beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.
(QS. aI-Kahfi,18:13)


Adalah jelas kepada kita akan hal ini bahawa pemudalah yang berperanan dalam membangunkan sesebuah ummah tersebut, makanya islam juga justeru seharusnya begitu malahan lebih lagi kerana ia membekalkan pemuda-pemuda yang beriman dan yang mempunyai jiwa yang kental kerana akidah yang kukuh kepada Allah s.w.t. Pemuda mempunyai suatu tenaga yang sangat tinggi yang perlu digali untuk pembangunan ummah ini, jadinya sesuatu perlu dilakukan agar mereka lebih berdaya guna untuk ummah ini dan bukannya untuk diri sendiri sahaja. Pemuda yang benar-benar mempunyai akidah yang kukuh, jiwa yang kental, iman yang terjaga sahajalah yang dapat melakukan segala hal yang diimpikan ini, selain dari itu adalah susah walaupun tidak mustahil sama sekali.



PERSEPSI PEMUDA ZAMAN INI.



Jika membandingkan antara tamadun yang terdahulu maka jauhlah sangkaan kita kepada nilai pemuda di zaman kini, baik yang berpelajaran atau sebaliknya, kerana hampir semuanya terlarut dengan kerosakan yang telah me"wabak" (lihat artikel lepas), pemuda yang ada hari ini adalah pemuda yang letih, lesu, songsang, naif, daif, jahil, kosong, lompong dan keliru. Hakikatnya masing - masing antara mereka sedang mencari sesuatu untuk diisi, bukan sahaja mengisi keperluan perut malah lebih dari itu mengisi jiwa mereka yang kekosongan, dan ada pula yang mengisi dengan tuntutan hawa nafsu yang melampau dan natijahnya sebuah peradaban itu juga turut lesu, lemah, longlai dan sakit hingga membawa kepada tenat.

Pemuda hakikatnya harus mengetahui dan mengenalpasti wabak yang sedang melanda mereka sekarang dengan meng"scan" iman mereka dan seterusnya di"heal" dengan amal islami yang sepatutnya dan selengkapnya. Jika sesuatu tidak dilakukan makanya kesan yang sangat besar kepada generasi akan datang yang tidak pernah diimpikan kita kedasyatan kehancurannya, pemuda-pemuda lelaki dan perempuan harus disedarkan akan perkara yang benar dan perkara yang tidak benar yang mereka lakukan, kalau dalam sebuah ungkapan dari seorang ustaz ia menyebut

" kenalkan mereka dengan maksiat "

yang bermaksud supaya setiap pemuda itu kenal akan sesuatu maksiat yang mereka tidak sedari itu adalah maksiat.

Keadaan sudah cukup membimbangkan dan tenat yang mana hal-hal yang melibatkan keruntuhan moral pemuda sedang rakcak berlangsung dan terus berlangsung, pemikiran ananiyyah yang dikenali sebagai sifat keakuan haruslah dibuang sepenuhnya dari kita semua, bagi mereka yang belajar dan akan menamatkan pelajaran dengan segulung sijil pengiktirafan dari manusia, sifat aku akan kerja besar, bergaji besar,berumah besar, berkereta besar dan beristeri besar tanpa memikirkan keadaan ummat dan terus membiarkan ummat berada dalam kehancuran sangatlah dikesalkan dan wajib dibuang jauh-jauh. Selain itu sikap aku "enjoy" sepuas-suasnya dengan duniaku juga perlu dibuang jauh-jauh. Persoalannya sampai bila? ya sampai bila saudara-saudaraku lelaki dan perempuan, adakah tujuan hidup ini untuk semua untuk dihabiskan dengan kepentingan diri sendiri? adakah kita diajar untuk mengabdikan diri kepada dunia ini seluruhnya hingga pengabduan kita kepada allah bagai "hidup segan mati tak mahu" bukanlah islam menyuruh meninggalkan dunia ini dan kemudiannya mengambikan seluruh kepada akhirah , akan tetapi " ambillah seluruh hidup dunia ini untuk dibawa keakhirat kelak " ia ibarat kita membawa perbekalan ke suatu tempat lain, jika kita dari malaysia contohnya dan kita ke amerika , tidakkah ringgit kita tidak laku untuk dinilaikan disana dan dollar juga pilihan kita namun kita perlu ada ringgit yang cukup banyak untuk dolar tersebut, ya! begitulah juga akhirat, ambillah seluruh kekayaan dan apa sahaja yang ada dibumi ini lalu kita berikan seluruhnya kepada islam, kita sumbangkan kepada islam, baik harta, tenaga , buah fikiran malahan jiwa kita kitaberi pada islam, kalau sebuah kata-kata yang sesuai untuk renungan kita ,

" Letakkanlah islam dihatimu dan dunia di tanganmu, kelak jika diminta duniamu rela kau beri dengan mudahnya untuk akhiratmu, dan jika diminta akhiratmu sanggup kau bermatian kerananya"

ya, sudah pasti kita seharusnya kena kembali kepada islam , kita sumbangkan seluruhnya hidup kita ini untuk islam, di mana pun ada yang bermanfaat untuk islam kita pasti akan berada disitu untuk menyumbangnya, malah jiwa kita kita sanggup berikan apabila kita diminta untuknya. Saudaraku, seorang yang bermanfaat adalah seseorang yang dapat memberikan sesuatu untuk keperluan uummatnya , itulah yang dicontohkan oleh para rasul dan sahabat r.a, setiap detik masa mereka memikirkan untuk kepentingan ummat, setiap denyutan nadi mereka adalah untuk ummat, setiap hela hafas mereka untuk ummat, maka seluruh hartanya apatah lagi untuk ummat, kerana bagi mereka kenikmatan sebenar ialah apabila bertemu tuhannya iaitu tuhan yang esa, tuhan yang menjadikan yang hidup dan tuhan yang mematikan yang hidup, tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Saudaraku, justeru itu kusarankan kembalilah, kembali lah dari duniamu yang dikau fikirkan bermanfaat itu namun hakikatnya mengkhayalkanmu dari jalan tuhanmu, buangkanlah karat-karat jahiliyyahmu, jauhkanlah karat-karat maksiatmu yang hakikat hati kecilmu mengakuinya dan mengiyakannya, saudaraku, bergabunglah dan sertailah siapa sahaja golongan mereka yang bersama-sama untuk menegakkan islam dimuka bumi ini. Saudaraku belum terlambat untukmu menggunakan seluruh kekuatanmu untuk bersatu untuk islam, kerana dikau pemuda, tenagamu masih membenarkanmu, jiwamu masih membara, fikiranmu masih tajam, saudaraku belum terlambat lagi, ayuh gapailah tangan-tangan mereka yang terhampir untuk diselamatkan dari kelelahan dunia ini. BERDAYALAH!




Followers