Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 21 April 2012

MAAF TERBUKA


SURAH TERBUKA FOR NON MUSLIM...
A VERY BIG APOLIGIZES...
A THOUSAND FORGIVING..
MASALAH AKHLAK DAN ADAB YANG SERIUS DALAM  KALANGAN PARA PEMBESAR MUSLIM YANG GEMAR BERTELAGAH SESAMA BANGSA DAN AGAMA DALAM  URUSAN-URUSAN YANG TERPENCIL DAN KUSUT..
MASALAH KEPIMPINAN BERTUKAR ARAH  MENJADI BERKECAMUK DAN PENUH DENGAN KEBENCIAN..
JUSTERU KAMI SELAKU WAKIL KESATUAN-KESATUAN MUSLIM SEBENAR...YANG TIDAK DILANTIK PASTINYA..
THE TRUE ORIGINAL OF MUSLIM..A MALA TRIBE ..
WE ARE RELYING TO OPEN A VERY BIG HANDSHAKE FOR THAT SUCH OF MISUNDERSTANDING WHICH IT COMES FROM THE CONTEMPORARY HABIT  ,THAT ALWAYS BEEN  DISPLAYED BY MOST OF THE MUSLIM LEADERSHIP...
EXACTLY..
THE RIGHT THING THAT NEED TO BE PROVE..
IS THE ATTITUDE AND THE RIGHT CHARACTER..A VERY GREAT MUSLIM PERSONALITY INDEED..
BECAUSE THE REAL MEANS TO BE MUSLIM..
IS TO BE A REAL HUMANKIND..
 A HUMAN THAT IS GUIDE BY THE RIGHT PATH..
SEBELUM BERMULA..LEBIH BAIK KAMI MEMBUKA LEMBARAN INI DENGAN BEBERAPA  ABSTRAK..RANTAIAN  REALITI YANG SEDANG MENCENGKAM MASYARAKAT DI JEPUN DAN EROPAH..SAAT INI..
KEDENGARAN SUARA JIWA  MEREKA MENJERIT..
JIWA MEREKA MEMBERONTAK..
ISTILAH INI BUKANLAH SEKADAR ISTILAH YANG DIULANG DAN DITAYANG SIAR BERULANG KALI ..
NAMUN
BEBERAPA  ANEKDOT TIPIKAL YANG PATUT DIANGKAT DAN DINILAI DENGAN PANDANGAN..DENGAN ANALISIS..BESERTA DIAGNASIS TERPERINCI..

KEHANCURAN  FALSAFAH HUMANISME DAN ATEISME..KAMI BERANI MELETAKKAN PERTARUHAN BAHAWASANYA IDEA TUHAN  DELUSI..ADALAH SATU FALSAFAH YANG TELAH DITERIMA PAKAI SECARA BESAR-BESARAN TERHADAP MASYARAKAT BEBAS DAN TERBUKA DI EROPAH..
MASYARAKAT SIVIL EROPAH SENTIASA BERPEGANG KEPADA SIFAT KETERBUKAAN.UNIVERSAL DAN KESAKSAMAAN GENDER ,BUDAYA,AGAMA,PEMIKIRAN BAHKAN ..
TERAS KETERBUKAAN INI ADALAH..
WE ARE JUST HUMAN..
WE ARE A NATION..
WE ARE TRULLY SIMILAR INI EACH OF US..
IDEA INI SEAKAN BAIK DAN CUKUP MENGAGUMKAN NAMUN..
ADA PELBAGAI SISI KESONGSANGAN YANG BERLAKU DAN LAHIR..
MENERUSI SUDUT  INDIKATOR KEADILAN TULEN DAN NILAI KEMANUSIAAN BERASASKAN ATURAN ALAM YANG SEMPURNA..
KEADILAN DI EROPAH ADALAH KEADILAN KOMERSIL,TIDAK MAMPAN,TIDAK BERETIKA...
NILAI KEADILAN SECARA LITERAL..KEADILAN LEMAH YANG NAIF..KEADILAN PALSU DAN DHOIF...
IA DIBUAT BERSANDARKAN KEPADA ..
SIAPA PENCIPTA KEADILAN ITU SENDIRI.
 ..BERERTI RANGKA DAN BENTUK KEADILAN ITU  ADALAH BERSANDAR DAN BERUKUNKAN ..SI PENCIPTA KEADILAN..
MAKA DISEBABKAN HAL INILAH ..
KEADILAN DINIKMATI DI EROPAH DAN NEGARA-NEGARA BARAT LAINNYA..
IA SEMEMANGNYA TIDAK SEKATA...DAN SENGAJA DIBENTUK TIDAK SEKATA..KERANA  KEADILAN  DILAUNGKAN DI SANA ADALAH KEADILAN BERSANDARKAN KEPADA ..
SIAPA BERKUASA MAKA DIALAH PENENTU BAGI KEADILAN....
DIA BERHAK UNTUK MENENTUKAN.KEADILAN PATUT DITUJUKAN KEPADA SIAPA ..
DAN KEPADA SIAPA KETIDAKADILAN PATUT DIGUNAPAKAI..
MUDAH KATA..
KEADILAN BERSANDARKAN LOGIK DAN RASIONAL..
SAYOGIA KEADILAN DIBUAT BERSANDARKAN LOGIK DAN RASIONAL MAKA..
UNDANG-UNDANG  YANG HENDAK DAN PATUT DIGUBAL..MESTILAH BERSANDARKAN LOGIK DAN RASIONAL..
LOGIK ADALAH HUKUM PEMUTUS..BETUL DAN SALAH..
RASIONAL SERING KALI  BERALASKAN CITARASA DAN ANDAIAN-ANDAIAN SONGSANG..
MAKA APABILA KEDUA-DUA UNSUR DIGUNAPAKAI ,DIGABUNGKAN DAN MENJADI TERAS UNTUK MELAHIRKAN UNDANG-UNDANG..
MAKA TERBITLAH UNDANG-UNDANG DANGKAL DAN PELIK..UNDANG-UNDANG  BERINTIKAN HAK ASASI DAN NILAI KEMANUSIAAN SEJAGAT..
 
KETARA KELEMAHAN BAGI UNDANG-UNDANG SEMASA ADALAH..
SELAGI MANA PEGUAM DAN HAKIM BERUPAYA MELETAKKAN SENDIRI UKURAN DAN HUKUM BERASASKAN KEPUTUSAN BUDI BICARA MENGIKUT KAPASITI NILAIAN  MANUSIA , MAKA SELAGI ITULAH ..
KEADILAN MUTLAK..KEADILAN ASLI..KEADILAN TULEN..KEADILAN ..
KEADILAN BERASASKAN..
KEBENARAN..
IA TIDAK AKAN WUJUD SELAGI ITU..
TELITI DAN CERMATI HUJAH KAMI DENGAN BAIK..AMATI IA DENGAN HALUS..
TIDAK PERLU TERPEKIK DAN TUDING-MENUDING SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH..
YANG PASTI..
KEBENARAN HANYA SATU..
IANYA DARIPADA  TUHAN KAMU..
DENGAN BERSANDARKAN HUJAH INI..KAMI SELAKU DI MEREKA YANG SANGAT MENCINTAI KEBENARAN ITU SENDIRI..SANGAT MENGINSAFI APA YANG TELAH DILAKUKAN KEBANYAKAN MEREKA YANG MENGAKU MUSLIM NAMUN MENCERCA DAN MENCELA MARUAH DAN NILAI HARGA SESEORANG ITU ..TANPA NAS DAN DALIL YANG PASTI (PEMBUKTIAN MUTLAK)
AMAT KAMI TERKHILAF APABILA KEDAPATAN SEGELINTIR BESAR DARIPADA KALANGAN UMMAT INI YANG MEMPROMOSI KEBENARAN NAMUN TERPEROSOK JAUH KE DALAM SANGKAR KEPALSUAN..
GARA-GARA TIDAK BERFIKIR PANJANG..
TIDAK BERHEMAH DAN BERHIKMAH..
TIDAK MEMILIKI  KESABARAN YANG KUAT..
TIDAK MEMILIK KEAZAMAN YANG BENAR-BENAR TEGUH..
TIDAK BERSIFAT  TEGUH DAN TEGAR..
TIDAK MEMILIKI PENDIRIAN DAN  SEMANGAT JUANG YANG TUNTAS..
DAN TOTAL,IA  MELAHIRKAN.
AKHLAK DAN ADAB PEJUANG YANG SANGAT TIDAK BERETIKA..
HILANG IZZAH TERHADAP  SESEORANG PEJUANG ITU SENDIRI...
KAMI BERLEPAS DIRI DARIPADA MELETAKKAN KENYATAAN INI SEBAGAI PERTUDUHAN KEPADA MANA-MANA KELOMPOK..
LEBIH KEPADA MUHASABAH DAN PERINGATAN BAGI MEREKA KHUSUSNYA. DAN KAMI TERLEBIH LAGI..
MENGGELARKAN DIRI SELAKU PEJUANG KEBENARAN..
PENEGAK KEADILAN SEJATI..
IBDAP BINAFSI..
KAMI  TIDAK PERNAH SEKALI –KALI MENIDAKKAN MANA-MANA USAHA MEREKA YANG SABAN MASA BERJUANG UNTUK  MENGANGKAT MARTABAT UMMAT ,AGAMA DAN BANGSA SABAN MASA..
DI SINI KAMI MENYERTAKAN BEBERAPA ARTIKEL YANG PADA KAMI ...
MEREKA LAYAK DILETAKKAN TOKOH –TOKOH TULEN YANG TIDAK DIKENALI DI BUMI NAMUN CUKUP POPULAR DI LANGIT...
BUKAN AYAH PIN..
BUKAN RASUL KAHA..
BUKAN MAHADAYA..
BUKAN AJARAN 100 HARI..
BUKAN DAN BUKAN..
NAMUN MEREKA YANG CUKUP TEGUH DAN  PUNYA PENDIRIAN TERSENDIRI..
DR ASRI..
PENA MAYA..
GENG UMMAT TERAKHIR..
SAIFULISLAM..
BEBERAPA ARTIKEL MEREKA..
DIPERSILAKAN DAN TELITI DENGAN BAIK..
MAAF KERANA BLOG MUSLIMDAIRYZ ADALAH BLOG YANG PALING SELEKEH DI DIMENSI VIRTUAL..
MOHON MAAF.
SEGALA KEKURANGAN DARI KAMI..
KEKUATAN DAN KEKUASAAAN HANYA MILIK TUHAN PENCIPTA ALAM SEMESTA..

TERIMALAH PENA MAYA..MINTA IZIN..
Prenote : Berperibadi mulia itu adalah salah satu cara 'menyentuh hati' yang terbaik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.
"...dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan." [16:93]

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta.Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." [Hadis Riwayat Muslim,ad-Darimi dan Ahmad]

*** *** ***



Nenek Dan Pusat Membeli-Belah

Lebih kurang Tiga minggu lepas,saya mempunyai kelas sehingga petang.Oleh kerana hari sudah agak lewat,saya berkeputusan untuk pergi makan di sebuah Pusat Membeli-Belah yang terletak berdekatan dengan Stesyen Metro menuju Asrama saya.

Dipendekkan cerita,semasa makan di dalam Food Court Pusat Membeli-Belah serba moden itu,yang mana rata-rata Pengunjungnya memakai Peragaan Butik Terkenal Dunia etc - kelihatan tidak jauh dari Meja tempat saya makan - seorang Nenek Tua.

Adalah menjadi sesuatu yang luar biasa bagi seorang Nenek Tua untuk berada di situ - memandangkan Tempat itu adalah 'Kawasan Orang Konon Elit' menghabiskan harta mereka.

Saya memilih Tempat itu hanya kerana di situ ada Kedai Makan Halal.Jujur cakap,saya tidak begitu selesa berada di dalam Pusat Membeli-Belah itu,memandangkan begitu banyak 'Kelucahan' berlaku di dalamnya.Hakikatnya,ianya agak 'menyeksakan' bagi seorang Anak Muda Muslim Bujang untuk hidup di Negara Barat ini.

Sambil makan,saya perhatikan Gelagat Nenek ini.Bajunya kusam.Mukanya - melambangkan kesedihan.

Saya fikir,"Mungkin Nenek ini lapar.Hendak try makan mewah sikit kot".

Selepas saya makan,Nenek itu masih berada di situ.Saya menghampirinya.

Barulah jelas pada penglihatan mata saya,yang Nenek itu bukan sedang makan.Sebaliknya,Nenek itu sedang duduk sambil tangannya menadah 'seolah meminta bantuan'.

Cuaca di luar ketika itu masih lagi Sejuk.Fikir saya,mungkin Nenek ini terlampau lapar dan Sejuk,dan dalam keadaan terdesak,Beliau terpaksa membuang rasa malu - lantas duduk dalam Food Court Pusat Membeli-Belah itu.

Saya kemudian datang menghampiri Nenek ini,dan menghulurkan sedikit Wang kepada Beliau.

Melihatkan 'Wang' yang diberi,Nenek itu terus menangis dan mengambilnya.Tangisan Beliau itu - bukanlah dibuat-buat.Tapi,tangisan yang lahir dari kesedihan mendalam.

Nenek itu mengucapkan Terima Kasih kepada saya.Saya hanya tesenyum,lalu membuka langkah untuk beredar pergi.

Kemudian,Nenek itu membuat 'tanda isyarat cross' yang bermaksud 'semoga saya dirahmati'.

Melihatkan perkara ini terjadi,saya berpatah balik,dan berkata perlahan kepada Nenek ini,"Saya seorang Muslim.Ini bantuan dari Tuhan.Saya hanya berikan sahaja.Tapi sebenarnya,Tuhan yang bantu Nenek".

Nenek itu hanya terangguk-angguk sambil tersedu menangis.

Saya berlalu pergi.

Tentu ada di antara anda yang tertanya,kenapa saya menyatakan kepada Nenek itu,"Saya seorang Muslim"?

Niat saya hanya untuk 'menunjukkan Pintu kepada Nenek ini'.Mana tahu,apabila tiba di Rumah nanti (jika Beliau ada Rumah),Nenek ini teringat perbuatan saya,dan mengaitkan dengan pernyataan saya itu,Nenek ini berminat untuk memahami Islam.

Siapa tahu?Kita manusia hanya berusaha.Itulah sebabnya adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk menyebarkan jalan ini bila mana kesempatan mendatang.Jangan pernah segan.

Apa-apapun,kita kena ingat,hidayah itu milik Allah SWT.Kita hanya berusaha untuk menyampaikan.Tentang hati,kita serahkan kepada-Nya sahaja.

Dan mungkin juga ada yang bertanya,"Perlu ke cerita benda ni,nak riak ke hape?".

Tujuan saya menceritakan perkara ini,supaya anda - membuka mata anda terhadap keadaan di sekeliling anda.

Bantu mereka yang memerlukan!

Bukannya saya hendak riak ke apa.Tiada faedah jika saya mahu riak.Malah merugikan saya.Bukankah riak itu penghapus amal?

*** *** ***

Kesedihan

Dari kisah di atas,ada satu perkara yang membuatkan saya sedih.

Apa yang membuatkan hati saya 'patah lagi heartbreak' itu adalah apabila melihatkan Para Gadis dan Jejaka yang lalu-lalang di sekeliling Nenek itu - tidak sedikit pun menegur Beliau - atau bertanya samada Beliau perlukan bantuan etc etc.

Kenapa ini berlaku?Itulah Tamadun Barat.Tamadun yang dibangga-banggakan sangat oleh sesetengah Pihak dalam Masyarakat kita.

Hakikatnya Tamadun Moden Barat ini adalah Tamadun Material yang 'Tidak Berjiwa'.

Itulah kesimpulan yang saya dapat lihat sepanjang berada di Negara Barat ini.

Anak Murid bersikap biadab dengan Guru etc etc - bukanlah Pemandangan yang asing di sini.

Amat malang apabila ada dalam kalangan kita yang begitu Taksub dengan Tamadun ini.

Saya tidak mengatakan semua yang datang dari Barat itu salah.

Tidak.

Malah,banyak juga perkara yang boleh dimanfaatkan kita.

Cuma,apa yang saya ingin sentuh adalah mengenai Perihal 'Kerosakan Cara Hidup Seharian' Rakyat Kebanyakan mereka - yang semestinya tidak dipaparkan di dalam Televisyen.

Saya mahu menarik perhatian anda mengenai kesan yang bakal melanda Masyarakat kita - jika kita hidup semata-mata untuk mengejar 'Keuntungan Material' sahaja.

Dan,amatlah menyedihkan apabila melihat perkara kerosakan ini sudah ada,malah mulai merebak di Tanah Air kita.

*** *** ***

Turki

Ketika di Istanbul,setiap hari kami mendapat 'Sarapan' Percuma yang disediakan 'Pihak Hotel'.

Dan semasa kami bersarapan,Pihak Katering Hotel kebiasaannya memasang TV untuk ditonton Tetamu Hotel.

Mengikut Pemerhatian saya,TV di Turki - amatlah 'liberal dan terbuka' kandungan Tayangannya.

'Bergelek sana,bergelek sini'.

Sedih.

Saya sedih melihat keadaan ini.

Bertambah sedih apabila mengingatkan ketika pulang ke Malaysia pada Musim Panas yang lepas,kandungan TV Malaysia juga memaparkan perkara yang lebih kurang sama.

'Gadis Melayu' sudah berani melakonkan 'Adegan Ranjang' secara terbuka bersama 'Hero Melayu'.

Apakah ini kemodenan yang kita mahukan?

Tidak dinafikan,memang ada TV Al-Hijrah etc.

Tapi,kandungan Islamik di Kaca Televisyen kita hanya berapa Percent kecil sahaja berbanding Rancangan-Rancangan 'Tidak Bermutu yang dipenuhi Maksiat' lain yang ditayangkan.

*** *** ***

Usaha

Orang Islam itu - jika mereka benar-benar memahami Agamanya - adalah orang yang berjaya di Dunia dan juga di Akhirat.

Mengeluh panjang - bukanlah ciri orang yang berjaya.

Jadi,kita sebagai seorang Muslim,tidak boleh berputus asa dan sekadar berlepas tangan melihatkan keadaan Maksiat yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

Sebaliknya,usaha perlu dipertingkat untuk menyebar Risalah Kebenaran ini.

Idea perlu dicari untuk mendekati Golongan Muda.

Tapi ingat.Matlamat tidak menghalalkan cara.Dakwah itu mestilah mengikuti apa yang diajarkan Rasulullah SAW.

Saya suka untuk menarik perhatian anda untuk menonton sebuah Video tentang Usaha Dakwah yang sedang dilakukan oleh Muslim di Negara Barat pada ketika ini.

Harapan saya,semoga anda mengambil Pengajaran (Ibrah) dari Video di atas.

*** *** ***

Hadiah

Oleh kerana saya tahu bukan ramai orang yang membaca Penulisan ini,jadi untuk menghargai usaha anda membaca Penulisan ini,saya sukacita untuk menghadiahkan salah seorang daripada anda Para Pembaca dengan buku Penulisan Ustaz Zaharuddin di bawah ini.

Buku ini pada fikir saya bagus,mempunyai koleksi Soal Jawab Islamik yang boleh dimanfaatkan anda.

Tapi,harap maklum - hanya sebuah buku sahaja yang diedar.Jadi,jika anda berminat,sila nyatakan di bahagian komen.

Pengkomen Pertama yang menulis komen tentang Artikel ini dengan 'proper',akan mendapat Buku ini.

Kepada Bakal Penerima,sila nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda.Jika tidak faham,sila lihat contoh komen yang perlu anda tulis di sini.


*** *** ***

Penutup

Itu sahaja untuk kali ini.

Insya-Allah,siri ini akan ditamatkan pada hujung minggu ini.Ini bagi membuka laluan bagi Penulisan dengan Tema lain pula untuk ditulis.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.
GENG UMAT TERAKHIR..
SHAHI..
ISLAM itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi sesuatu bangsa yang menganut Islam itulah yang bertindak mempertahankan agama kepercayaan mereka sebagaimana yang Allah perintahkan. Perkataan mempertahankan itu dari segi pengertiannya melibatkan usaha memartabatkan, meletakkan ia di tempat tinggi, di tempat selamat, di tempat yang dihormati dan melakukan segala usaha untuk memastikan ia terpelihara.
Sejarah bangsa Arab menyaksikan suasana yang sangat sepi selepas wafatnya nabi dari kalangan mereka iaitu Nabi Ismail sebelum datangnya Nabi Muhammad (ucaplah selawat dan salam). Manakala sejarah bangsa Yahudi menyaksikan suasana yang berbeza dengan kedatangan nabi-nabi dari kalangan mereka seperti Isaac (Ishaq), Yakob (Yaakub), Yosep (Yusuf), Mosas (Musa), Aaron (Harun), Dawid (Daud), Soloman (Sulaiman), Ezra (Uzair), Yohanes (Yahya) dan Yeshua (Isa). Sekadar menyebut beberapa nama nabi-nabi suci orang Yahudi mengikut sebutan lidah Yahudi sendiri.
Bangsa buta huruf (Arab) yang tinggal di gurun pasir sememangnya sepi selepas kewafatan Ismail. Bangsa-bangsa yang mempunyai empayar besar seperti Rom tidak berminat untuk menjajah orang Arab, orang Greek juga sama tidak ada minat untuk menguasai orang Arab, bangsa Parsi juga tidak berminat terhadap mereka, begitu juga bangsa Mesir yang tidak mempedulikan mereka. Bangsa Arab hidup dengan kabilah-kabilah mereka tanpa gangguan dari tamadun-tamadun luar.
Berlainan pula dengan bangsa Yahudi iaitu saudara seketurunan Semitik kepada bangsa Arab. Bangsa Yahudi sangat dibenci orang Mesir, orang Rom pula amat waspada dengan orang Yahudi di Jerusalem, orang Greek pun waspada dengan mereka, setiap tamadun yang berurusan atau bertembung dengan mereka pasti akan menyimpan sikap waspada. Sehingga sampai satu peringkat, bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Musa di Mesir dan dalam peristiwa The Great Diaspora di Jerusalem selepas ketiadaan Isa. Sejarah orang Yahudi tidak pernah sepi, dan mereka yang tidak buta huruf itu mencatatkan sendiri ‘kemeriahan’ sejarah mereka.
Orang Arab tidak diganggu oleh tamadun-tamadun luar kerana mereka tidak mempunyai ilmu, mereka jahil, buta huruf dan bodoh. Mereka hidup jahil dan mundur selama beratus tahun. Disebabkan mereka itu jahil dan tidak ada ilmu, maka mereka itu bukanlah satu ancaman kepada tamadun-tamadun lain di sekitar mereka.
Ia kerana orang bodoh tidak akan mampu mengalahkan orang-orang bijak (tamadun-tamadun maju). Malah tiada langsung kepentingan material yang dimiliki orang Arab ketika itu untuk mendorong tamadun-tamadun besar menjajah mereka.
Langkah menjajah mereka hanya akan menambah bebanan kos yang ditanggung tamadun-tamadun besar untuk menjalankan urus tadbir ke atas orang Arab. Menjajah orang Arab adalah satu kerja kolonial yang merugikan. Tambahan pula amat susah untuk mentadbir orang Arab kerana mereka itu degil suka berperang sesama sendiri meskipun disebabkan isu-isu kecil. Tiada satu tamadun pun yang sanggup untuk mentadbir mereka.
Dari sisi lain, bangsa Arab yang tidak diganggu tamadun-tamadun besar itu sebenarnya dilindungi Allah kerana akan muncul seorang manusia agung di kalangan mereka, manusia mulia yang akan mengangkat martabat mereka melalui satu ajaran paling sempurna.
Manusia agung yang memulakan langkah berseorangan untuk mendisiplinkan bangsa degil itu, sedangkan tamadun-tamadun besar tidak mampu berbuat demikian dan tidak pula ambil peduli disebabkan kedegilan orang Arab dengan fahaman kabilah mereka yang melampau.
Orang Yahudi pula, mereka sentiasa menerima ilmu melalui nabi-nabi mereka walaupun pada akhirnya mereka mengkhianati nabi-nabi mereka. Mereka selama beratus tahun mendapat pelbagai ilmu pada ketika orang Arab hidup jahil selama tempoh abad-abad itu. Mereka menjadi bijak kerana mereka berterusan menerima ilmu melalui nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.
Malah, dalam teks-teks Yahudi turut menyebut kehadiran raja agung, Iskandar (disebut sebagai Alexander dari Macedonia dalam teks Yahudi) pernah menemui pendeta (ulama) mereka yang bernama Shimon Hatzaddik (Shim’an al-Siddiq) untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat, dan untuk mengucapkan taat setia kepada Allah sebelum meneruskan perjalanannya ke timur dunia. Begitulah betapa berminatnya tamadun luar terhadap ketinggian ilmu orang Yahudi.
Kebijaksanaan mereka terhadap ilmu bagaimanapun mengundang rasa curiga di kalangan tamadun-tamadun besar.
Disebabkan pengkhianatan mereka terhadap perjanjian mereka dengan Allah, dan pengkhianatan mereka terhadap nabi-nabi mereka, maka Allah menurunkan pelbagai bala sebagai balasan. Bala itu adalah bayaran kepada kegagalan mereka memartabatkan ajaran nabi-nabi mereka di dalam hati dan tingkat keimanan mereka. Bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar sebagai balasan terhadap keingkaran mereka terhadap perintah mentaati Allah dan perintah nabi-nabi mereka. Bangsa Yahudi dihukum kerana gagal memartabatkan agama Tauhid di dalam jiwa mereka. Malah, mereka sengaja memilih untuk tidak taat kepada perintah Allah.
Akhirnya, bangsa yang tinggal sepi di gurun pasir dihadiahkan oleh Allah melalui kelahiran seorang manusia agung. Kelahiran yang agung itu juga sudah dikhabarkan kepada orang Yahudi melalui nabi-nabi mereka yang terdahulu.
Sebelum kelahiran manusia agung di kalangan orang Arab, Nabi Yeshua (Jesus atau Isa) semasa berada di dunia ketika zamannya itu mengkhabarkan kepada orang Yahudi mengenai kehadiran seorang Penghibur yang tidak mengenal huruf dan akan membawa berita gembira melalui kata-kata Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.
Lama sebelum Isa, Nabi Musa yang sangat dihormati orang Yahudi juga mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai seorang manusia agung yang sama sepertinya iaitu seorang manusia yang dilahirkan dari kalangan saudara mereka (saudara keturunan Semitik) melalui zuriat seorang ibu dan seorang ayah, dan manusia agung itu akan menjadi penamat kepada para nabi. Musa mengkhabarkan dengan menyebut dari kalangan saudara orang Yahudi, Musa tidak menyebutnya sebagai dari kalangan Yahudi, tetapi menyebutnya dari kalangan saudara kepada orang Yahudi. (rujuk: Bible Old Testament, Kitab Deuteronomy).
Nabi Ibrahim yang sangat dihormati oleh orang Yahudi adalah bapa kepada Ismail dan Isaac. Disebabkan berkongsi bapa, hubungan Ismail dan Isaac sudah tentulah bersaudara. Ismail melahirkan bangsa Arab, dan Isaac melahirkan bangsa Yahudi. Maka, mereka itu bersaudara apabila kembali kepada permulaan Ibrahim. Maka itulah yang dimaksudkan Musa terhadap kelahiran seorang penyelamat yang penghabisan dari kalangan saudara kepada orang Yahudi.
Maksud yang disampaikan Musa sering disalah erti oleh kaum Nasrani apabila terburu-buru merujuk manusia agung itu kepada Jesus. Jesus tidak seperti Musa, ia kerana Jesus dilahirkan tanpa ayah dari kalangan manusia, malah Jesus adalah dari kalangan orang Yahudi, tetapi Musa memaksudkan bahawa manusia agung itu dari kalangan saudara orang Yahudi dan bukan dari kalangan Yahudi. Manusia agung yang dimaksudkan Musa itu adalah seperti dirinya iaitu lahir dari zuriat seorang ibu dan ayah di kalangan manusia, tetapi Musa memaksudkan manusia agung itu sebagai saudara kepada orang Yahudi, bukan dari kalangan orang Yahudi.
Semasa manusia agung itu lahir, bangsa Arab berterusan mundur tanpa ilmu dan diperlekehkan pula oleh bangsa Yahudi yang sama keturunan dengan mereka. Masuk ke tahun ke-40 selepas manusia agung itu lahir, bermulalah perubahan di kalangan bangsa Arab. Selang 13 tahun kemudian dan dekad seterusnya, di Madinah, bangsa Arab yang sunyi sepi selama itu berubah menjadi satu bangsa yang hebat. Muhammad (ucaplah selawat dan salam ke atas baginda dengan penuh kasih sayang dari hati yang jujur), mengajarkan bangsa Arab melalui wahyu Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.
Ajaran Muhammad yang Allah iktiraf di dalam al-Quran sebagai agama Islam yang satu-satunya diredhai-Nya digenggam teguh oleh bangsa Arab sehingga mereka berubah daripada bangsa yang dipandang hina oleh tamadun-tamadun di sekitar mereka kepada satu bangsa yang gagah, sehingga mampu merobohkan kemegahan Rom yang kufur.
Pada zaman awal Islam, bangsa Arab memartabatkan Islam dengan penuh rasa bermaruah. Bangsa Arab mempertahankan maruah mereka yang menganut Islam, demi Allah, demi Islam. Allah mengangkat martabat mereka daripada bangsa yang sebelum itu dihina kepada menjadi bangsa yang mula-mula sekali mengangkat Islam agama Tauhid di muka bumi-Nya. Islam itu diangkat di muka bumi oleh bangsa yang menganutnya.
-------
KONTEKS ORANG MELAYU
Sejarah bangsa Melayu tidak seperti orang Arab. Dalam tamadun sebelum bermulanya episod Melaka (sekitar 1410 Masehi) dan sebelum datangnya Islam, orang Melayu hidup gemilang cerdik dengan ilmu dan disebut-sebut pula mengenai kegemilangan mereka di serata dunia sehingga ke Eropah.
Banyak tamadun lain yang berminat untuk berurusan dengan orang Melayu di rantau mereka di sebelah sini. Catatan Mesir purba juga memberi petunjuk mengenai hubungan dagang mereka dengan negarakota-negarakota orang Melayu, teks-teks dari China juga membuktikan bahawa mereka berminat untuk menjalankan urusan dengan orang Melayu, begitu juga India (Kalinga), itu belum lagi disebut lain-lain tamadun yang sezaman dengan Sriwijaya dan era Melaka. Orang Melayu memiliki sejarah yang gemilang dan dihormati pula oleh sahabat-sahabatnya.
Berita mengenai kemakmuran perdagangan di dunia Melayu tersebar ke serata dunia, berita itu sampai melalui pintu-pintu laut (pelabuhan) di seluruh dunia, berita itu akhirnya sampai ke telinga orang Eropah. Sampaikan di Belanda dan beberapa lagi negara orang putih, mereka selitkan sejarah orang Melayu dalam silibus sekolah mereka. Begitulah gemilangnya sejarah orang Melayu sehingga orang Eropah sendiri sekali-sekala mengeji-keji sikap Portugis yang rakus menawan kemakmuran Melaka.
Melayu gemilang sejak sebelum datangnya Islam. Melayu bertambah gemilang dan bertambah tinggi pekerti mereka apabila memeluk dan mencium harumnya agama Islam. Nilai-nilai Islam dipeluk erat dan dikunci kemas di dalam hati. Begitu sayangnya orang Melayu terhadap Islam, begitu megahnya orang Melayu mempertahankan Islam, begitu bermaruahnya Melayu meninggikan Islam.
Tumpah darah setitik tidak mengapa, tumpah darah sebelanga pun tidak mengapa, tumpah nyawa sekalipun tidak mengapa, asalkan Islam tidak calar atau luka, mereka bersedia mati untuk bertemu Tuhan mereka. Melayu megah mempertahankan agama, mempertahankan saudara-saudara mereka yang sama agama dengan mereka, mempertahankan bangsa mereka demi kelangsungan agama mereka di tanah mereka sendiri, mahu Islam kekal seadanya.
Itu kisah klasik yang tercatat dalam lembaran sejarah lama.
Sejarah orang Melayu tidak bermula dengan Melaka. Tetapi kegemilangan orang Melayu mengangkat Islam sebagai agama amat bersinar di Melaka. Di sini, kita tidak pula mahu bercerita panjang mengenai Islam di Melaka. Ia sekadar memberi kefahaman mengenai tanggungjawab bangsa yang menganut Islam dalam mempertahankan agama mereka, selepas mereka menjadi lebih gemilang kerana patuh kepada ajaran agama mereka.
Orang Melayu memeluk, mengangkat, menjulang tinggi dan memartabatkan Islam di rantau ini. Sebaik sahaja Islam diangkat sebagai agama yang dianuti oleh semua orang Melayu (pada awal era Islam di tanah orang Melayu), cara hidup orang Melayu berubah perlahan-lahan mengikut ajaran Islam.
Andai orang Melayu tidak memeluk Islam selepas raja-raja mereka memeluk Islam, maka tidak mungkin Islam akan menjadi agama di kalangan orang Melayu.
Jika orang Melayu tidak memilih Islam, maka Islam juga tidak bertapak di negeri orang Melayu, dan maka tiadalah Islam di tempat orang Melayu.
Tetapi Allah Yang Maha Penyayang memilih orang Melayu kerana Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tidak diketahui oleh orang Melayu.
Allah Maha Mengetahui memilih orang Arab yang serba tidak mengetahui untuk dibangkitkan seorang nabi paling agung di kalangan mereka kerana Allah mengetahui setiap apa yang orang Arab tidak ketahui.
Daripada menganut agama Hindu sejak beratus tahun, orang Melayu beralih meninggalkan agama itu dan kemudian memeluk Islam tanpa berpaling tadah lagi. Tidak hanya itu, orang Melayu sangat setia meletakkan Islam di tempat paling tinggi.
Melayu, Islam itu agama mereka. Maruah orang Melayu, mereka letakkan sebaris dengan maruah kesucian agama Islam. Andai tercemar maruah Islam di negeri orang Melayu, maka tercemarlah juga maruah orang Melayu. Begitu sebati hati nurani orang Melayu terhadap Islam.
Orang Melayu berjuang demi agama mereka dan tidak berpaling tadah, mereka berjuang gagah bersama maruah mereka yang sebati dengan Islam. Islam itu maruah mereka. Andai Islam dicerca di negeri (tanah air) mereka, maka menyiraplah darah orang Melayu bermandikan amarah. Islam itu maruah mereka, agama yang disayangi oleh orang Melayu. Kalau agama mereka diusik, hati mereka juga akan turut sama terusik.
Kalau orang Melayu tidak memartabatkan maruah mereka, maka umat mana lagi yang mahu menolong mereka untuk berbuat demikian?
Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Melayu? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Melayu sehingga menjadi satu bangsa yang lebih berbudi pekerti. Namun, budi pekerti orang Melayu jadi semakin nipis senipis kulit bawang sejak mula lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama.
Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Arab? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Arab daripada bersikap garang berbudaya jahil tidak tahu apa-apa kepada menjadi satu bangsa yang berilmu, berbudi pekerti mulia sebagaimana ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad. Namun, orang Arab juga dilanda masalah dan masih ada sisa fahaman kabilah yang muncul kembali sejak mereka mula lalai.
Martabat apa yang diangkat oleh Islam untuk orang Melayu? Ia martabat yang membezakan. Apakah yang membezakan? Nikmat yang membezakan. Nikmat apakah itu? Nikmat iman yang membezakan antara manusia yang mendapat petunjuk Allah dengan manusia yang tidak mendapat petunjuk Allah. Nikmat iman.
Apabila orang Melayu teguh iman, mereka akan duduk rapat memahami isi kandungan al-Quran dan mentaati setiap perintah Allah supaya nikmat itu tidak ditarik semula. Mereka pula akan mempelajari sekian banyak ilmu yang diturunkan Allah di dalam al-Quran. Orang Yahudi jadi bijak kerana mereka mengkaji ilmu yang terdapat dalam wahyu-wahyu terdahulu, malah mereka juga mengkaji al-Quran yang sememangnya mereka tahu al-Quran itu adalah wahyu terakhir yang sangat banyak ilmu dari Allah.
Martabat orang Melayu akan terus diangkat oleh Allah sekiranya mereka taat kepada perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.
Malangnya, orang Melayu tidak mempertahankan maruah mereka, mereka generasi Melayu moden hari ini sudah tidak mempertahankan Islam. Malah, mereka memisahkan Islam daripada maruah orang Melayu. Dan mereka kata, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, lalu menyisihkan perjuangan bangsa yang sejak dahulu mempertahankan Islam.
Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya.
Galak pula yang berkata: “ada apa pada Melayu? Allah tidak memandang bangsa, tetapi Allah memandang sikap taqwa.”
Memang benar Allah hanya memandang sikap taqwa kerana Allah terang-terang menyebutnya dalam al-Quran, tapi bukankah Allah juga menyebut bahawa Dia menciptakan manusia berbilang bangsa. Maka, sesuatu bangsa yang menganut agama Allah wajib mempertahankan agama-Nya. Ingatlah juga kepada ayat Allah yang mana Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri. Untuk mengubah nasib, maruah bangsa itu juga harus dipertingkat dan dipertahankan.
Orang Melayu begitu banyak berhutang terhadap Islam. Islam telah mengangkat maruah dan martabat orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah hutangnya, dan hutang itu semakin tidak mampu dibayar oleh orang Melayu moden hari ini kerana tidak lagi menempatkan maruah mereka bersama Islam.
Islam mengajar kita menjaga maruah dengan melarang (mengharamkan) perbuatan zina, mendedahkan aurat, minum arak sehingga terpelanting akal dan banyak lagi perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalau larangan-larangan itu tidak dipatuhi, hilanglah maruah diri. Keturunan akan tercemar apabila lahir anak akibat zina, maruah diri akan tercemar apabila susuk tubuh menjadi tontonan umum akibat tidak menutup aurat dengan sempurna, berjalan terhuyung-hayang seperti anjing gila sehingga jatuh martabat sebagai manusia berakal akibat minum arak. Bermaruahkan seperti itu?
Selepas itu, muncul suara-suara yang memerli sikap orang Melayu yang tidak menjaga maruah mereka, suara-suara itu berbunyi: “Itulah orang Melayu, mudah lupa diri. Itulah orang Melayu, memalukan. Itulah orang Melayu, segala-galanya lemah.” Akibatnya, muncullah orang-orang Melayu yang malu kepada bangsanya sendiri, mereka hanya tahu merungut. Muncullah suara-suara itu yang malu kepada bangsa sendiri kerana orang Melayu terlalu lemah sehingga perlu dilindungi melalui Perlembagaan Negara. Adakah hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara itu merupakan satu perkara yang memalukan?
Perlu ingat satu perkara, Allah tidak memandang bangsa tetapi Allah memandang sikap taqwa. Jika ada orang yang membuat perkara terkutuk dan melampaui batas, tidak perlulah diherdik bangsa mereka dan mengisytiharkan diri itu malu dengan bangsa sendiri. Tegurlah sikap mereka, tetapi bukan merendah-rendahkan bangsa mereka kerana setiap bangsa memang selalu ada orang baik dan orang yang tidak (belum) baik.
Bukankah Perlembagaan Negara itu menjamin kedudukan Islam yang dianuti oleh orang Melayu di negara ini? Adakah perlu malu disebabkan Islam, agama yang dipeluk orang Melayu diletakkan begitu tinggi dalam perlembagaan? Adakah perlu malu apabila majoriti orang Islam (Melayu) di negara ini dijamin hak mereka di dalam negara ini?
Dipusing lagi, kata mereka (orang-orang Melayu sendiri), perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Oleh itu, mereka malu. Jika malu dengan perlembagaan yang dikarang penjajah, cuba cabar untuk pinda hak Islam dan Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan, cabar dan ubah keseluruhannya dengan tangan sendiri, ubah semua sekali dengan memisahkan hak Melayu daripada Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan kerana teguh tanpa berfikir panjang merasakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, dan bangsa Melayu tidak perlu lagi diletakkan sebaris dengan Islam.
Maka bertepuk tangan gemuruhlah orang kafir di negara ini kerana orang Melayu beragama Islam sendiri mempertikaikan jaminan terhadap orang Melayu seperti yang dikarang dalam perlembagaan hanya kerana perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Maka letaklah hak orang Melayu beragama Islam itu sebaris dengan bangsa lain yang bukan Islam hanya kerana mendukung liberalism dan hak sama rata.
Mereka kata Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Cukup tinggikah Islam kalau orang Islam yang majoritinya Melayu diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam? Seseorang Amirul Mukminin akan selalu meletakkan umat Islam di tempat paling tinggi dan bermaruah berbanding umat-umat yang bukan Islam, pada masa yang sama tidak berbuat aniaya kepada orang bukan Islam. Diulang sekali lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Islam itu agama, bangsa manusia itu adalah penganutnya. Bangsa yang menganut itu pula dipanggil Muslim atau umat Islam. Ulang lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula umat Islam di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat tinggi kalau umatnya hanya diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?
Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya. Bangsa yang menganut Islam itulah yang akan meletakkan sesama umat di kedudukan lebih tinggi supaya terbela agama mereka.
Kita tidak menyokong penjajah dalam isu perlembagaan kerana penjajah membuat air mata kita mengalir. Tetapi, hak orang Islam dan hak orang Melayu (termasuk institusi raja-raja) dijamin tinggi dalam perlembagaan.
Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Lemah sehingga terlalu bergantung harap kepada bantuan. Pendudukan British di Tanah Melayu juga menyumbang kepada lahirnya sikap yang suka bergantung harap terhadap British di kalangan orang Melayu.
Semasa zaman British di Malaya, orang Melayu yang hidup miskin terlalu bergantung harap kepada British. Malah ada orang Melayu sendiri ketika itu berfikir bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa British. Tidak perlu berbicara panjang mengenai perkara ini, ia satu episod sejarah sangat memilukan yang pernah melanda orang Melayu. Air mata senang-senang boleh menitis apabila mengenangkan kisah sedih itu.
Mereka berkata lagi, orang Islam di negara ini tidak semestinya orang Melayu sahaja, ada juga bangsa lain yang beragama Islam. Memang benar, kita tidak bantah kenyataan itu. Tetapi ingatlah bahawa Allah tidak memandang bangsa, Allah memandang sikap taqwa, kita setuju lagi dengan kenyataan bahawa Allah memandang ketaqwaan manusia. Cuba pandang satu sudut, Islam diletakkan tinggi dalam negara ini walaupun tidak semua mengamalkan Islam dalam ketekunan yang tinggi. Walau apa pun bangsa mereka asalkan mereka orang Islam, hak mereka itu lebih tinggi daripada orang bukan Islam.
Jadi, mengapa mahu meletakkan hak orang Islam itu sama tingginya dengan hak orang bukan Islam atas nama tuntutan hak sama rata dan liberalism?
Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Maruah mereka (sebilangan besar, bukan semua) sudah tidak lagi bersama Islam. Mereka kata mereka membela Islam, tetapi mereka mahu meletakkan umat Islam duduk sebaris sama tinggi dengan orang bukan Islam. Mereka mahu meletakkan maruah Islam sama baris dengan maruah hak sama rata.
Bukanlah ia bermaksud umat Islam harus menafikan hak orang bukan Islam. Umat Islam juga harus sedar bahawa Allah memerintahkan kita berlaku adil dalam menjalankan keadilan dengan tidak menganiaya kaum lain. Berlaku adil dalam konteks Islam adalah tidak sama pengertiannya dengan liberalism hak sama rata.
Bangsa Melayu perlu bersemangat memperjuangkan bangsa mereka yang menganut Islam. Tidak boleh membenci bangsa lain.
Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji kepada kita semua. Abdullah bin Salam, seorang Yahudi yang dahulunya pendeta terkemuka di kalangan orang Yahudi di Mekah, dia ada ilmu mengenai kitab Taurat dan selalu peka dengan maksud kata-kata Nabi Musa mengenai kehadiran manusia agung dari kalangan saudara orang Yahudi, dia berhidup di tanah orang Arab kerana dia tahu orang Arab itu adalah saudara terdekat orang Yahudi, selepas dia mengetahui peristiwa wahyu pertama yang mana kata-kata Allah dimasukkan ke dalam mulut Muhammad, dia terus memerhatikan tanda-tanda kenabian Muhammad seperti yang diberitakan oleh Musa, dia kemudian menemui baginda rasulullah dan memeluk Islam, dia juga salah seorang sahabat Nabi Muhammad, sahabat setia, nabi pula memberi layanan yang baik kepada Abdullah bin Salam walaupun dia seorang Yahudi.
Islam mengajar kita supaya memandang sikap taqwa, bukan memandang bangsa. Itu betul, sangat betul kerana nabi menunjukkan teladan melalui layanan baik baginda terhadap Abdullah bin Salam.
Allah menegur orang Yahudi di dalam al-Quran, tetapi di dalam al-Quran juga Allah menyebut bahawa Dia tidak memandang bangsa dan Dia memandang sikap taqwa. Jadi, teguran itu adalah terhadap sikap orang Yahudi yang degil tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad, Allah menegur sikap mereka yang tidak mahu bertaqwa, Allah melaknat orang Yahudi yang tidak mahu bertaqwa, tetapi adakah Allah melaknat Yahudi yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam?
Seruan dan risalah Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa manusia termasuklah Yahudi. Kalau orang Yahudi berbondong-bondong memeluk agama Allah dan mengakui kerasulan Muhammad, adakah mereka tetap akan dilaknat? Jadi fahamlah bahawa, Allah melaknat orang Yahudi yang degil dan tidak mahu mengakui kerasulan Muhammad, manakala orang Yahudi yang memeluk Islam akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Daripada keterangan itu, sudah jelas bahawa Allah memandang ketaqwaan. Umat Islam wajib percaya dengan kenyataan itu kerana Allah menyebutnya dalam al-Quran. Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa, itu juga kenyataan yang kita wajib akur. Setiap manusia itu ada identiti bangsanya, ini juga kenyataan yang kita wajib akur kerana Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa. Manakala manusia yang mempunyai identiti bangsanya itulah yang menganut agama Allah.
Jika bangsa itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, seperti yang dibuat oleh orang Melayu yang berbondong-bondong memeluk Islam, maka bangsa Melayu menggalas tanggungjawab untuk meletakkan umat Islam di negara ini (iaitu diri mereka sendiri) di tempat yang sewajarnya dengan cara memartabatkan ketinggian agama Allah.
Untuk memartabatkan ketinggian agama Allah, umat Islam wajar memartabatkan maruah diri mereka terlebih dahulu supaya berada di baris yang sepatutnya, apabila maruah diri diletakkan di tempat sewajarnya, baharulah mereka akan lebih bermaruah untuk membela maruah agama mereka.
Seseorang yang mahu mempertahankan maruah orang lain harus mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu. Ia kerana apabila orang yang tidak ada maruah mahu mempertahankan orang yang tinggi maruah.., dikhuatiri orang yang tinggi maruah itu akan dituduh sebagai turut sama tidak bermaruah kerana dilindungi oleh orang yang sedia diketahui sebagai orang yang tidak bermaruah.
Hak sama rata bagi semua kaum dituntut melalui jalan politik. Sebilangan politikus di kalangan orang Melayu juga beria-ia mahu menuntut hak sama rata bagi semua kaum.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Islam itu pula dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Itu realiti, bukan satu kenyataan yang sengaja dibelit-belit kerana setiap manusia yang lahir itu ada identiti bangsanya melainkan seseorang manusia itu lahir di satu kawasan yang tiada manusia lain yang membantu membentuk identitinya sehingga dia tidak mengetahui asal usul keturunanya.
Jika tiada langsung manusia lain pun di sekitar tempat manusia itu lahir, bayi yang dilahirkan itu masih ada ibunya dan ibu itulah yang memberitakan mengenai bangsanya dan asal usulnya. Namun jika ibunya itu mati sebaik sahaja melahirkan bayi itu, maka bayi itu jika panjang umur tanpa susu ibunya dan dapat pula terus hidup dan membesar menjadi dewasa, baharulah dia menjadi manusia yang tidak mengenal asal usul dan juga keturunannya. Hakikatnya, bayi itu mempunyai titisan darah bangsa yang mengalir dalam tubuhnya meskipun dia tidak mengetahui asal usulnya kerana sememangnya manusia itu dilahirkan berbangsa-bangsa.
Seseorang manusia yang dilahirkan dalam sesebuah bangsa yang menganut Islam itu pula disebut sebagai umat Islam. Kita tidak membuat kenyataan yang berbelit-belit, sebaliknya kita menjelaskan perkara ini kerana ia cukup jelas sebagaimana Allah menerangkan bahawa Dia menciptakan manusia itu berbilang bangsa.
Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Bangsa yang menganutnya pula kita sudah jelaskan bahawa bangsa itu disebut sebagai umat Islam. Maka apabila dikatakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, maka umat Islam dari kalangan bangsa yang menganutnya akan turut tinggi sama.
Masalah dalam fahaman politik yang memperjuangkan hak sama rata tanpa memahami pengertian hakikat bahawa manusia dilahirkan berbangsa-bangsa adalah sesuatu yang mengelirukan. Keliru itu timbul apabila gagal memahami pengertian bahawa sesuatu bangsa yang menganut Islam itu juga dipanggil sebagai umat Islam. Apabila Islam diletakkan tinggi, maka umatnya pun diletakkan tinggi juga. Jadi apakah bangsa majoriti yang menjadi umat Islam di Malaysia?
Dan, wajarkah umat Islam diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam,sedangkan Allah memerintahkan supaya umat Islam membela sesama umat? Ini bukan kenyataan racist, sila ambil faham lagi, sebagai umat Islam yang taat, kita juga dituntut supaya memberi keadilan kepada kaum lain, sudah jelas perintah Allah, kan? Jadi, sebagai pemimpin yang beragama Islam, wajibkah pemimpin itu meninggikan umat yang sama agama dengannya? Apabila wajib dan perlu, maka kenapa pula umat Islam perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?
Bukankah Islam itu lebih tinggi daripada bangsa? Tingginya Islam itu kerana adanya suatu bangsa manusia itu atau bangsa-bangsa manusia yang menganutnya. Tingginya martabat bangsa itu kerana mereka menganut agama Allah, martabat mereka ditinggikan oleh Allah. Mengapa pula ada manusia yang mahu merendahkan martabat bangsanya apabila Allah meninggikan martabat mereka kerana menganut agama-Nya? Maka jika kamu dari kalangan anak bangsa itu, tinggikanlah atau martabatkanlah bangsa kamu yang menganut agama Allah.
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, umat Islam pula dari kalangan bangsa manusia, meninggikan Islam itu tidak akan membawa apa-apa makna andai umatnya dari kalangan bangsa itu tidak turut tinggi sama.
Janganlah perjuangan bangsa yang menganut Islam diketepikan hanya kerana mengejar tuntutan slogan hak sama rata dan liberalism yang tidak betul-betul dimengertikan matlamatnya dengan sebaik-baiknya.
Kalau masih berkeras mahu meletakkan orang bukan Islam di negara ini duduk sebaris dengan umat Islam, maka berusahalah dengan keras supaya orang bukan Islam itu berbondong-bondong masuk Islam, apabila mereka beramai-ramai memeluk Islam maka dengan sendirinya akan sama tinggilah semua bangsa di bawah naungan Islam. Itulah cara yang betul. Hak sama rata tidak betul, liberalism juga tidak betul.
Berdakwahlah.
------
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)


[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]

La-ila-ha-illa-anta, sub-ha-na-ka-inni-kuntu-minaz-zholimin
-SHAHi-

SAIFULISLAM.COM..

Menulis tentang kelemahan diri bukanlah sesuatu yang mudah.
Ia memerlukan masa yang panjang untuk mendapat sebuah keyakinan.
Tetapi  setiap kita tidak dapat memadam apa yang telah berlaku. Kita pada hari ini adalah hasil adunan hitam dan putih semalam. Pahit dan manis, suka dan duka, kejayaan dan kegagalan.
Selama saya menulis buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta, maklum balas yang paling berat untuk saya hadam adalah kemarahan pembaca pesimis yang menyingkir rasional pandangan saya semata-mata dengan alasan, “ustaz cakap senang la. Rezeki ustaz semuanya smooth belaka!”
Menyangka bahawa pelangi saya bukan muncul selepas hujan.
Menganggap siang saya tiada gelap malam yang mendahuluinya.
Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri. Mimpi ngeri yang pada mengenangnya, kita boleh terbangun di tengah malam, berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas, dan malu untuk ia diketahui orang.
Saya tidak terkecuali.
Teringat saya kepada catatan saya berupa ulasan filem Love Happens pada tahun 2010. Ia menceritakan tentang Burke Ryan, seorang pakar motivasi yang terperangkap dalam kejayaannya hari ini, dengan menyembunyikan kepahitan semalam.
Sering berlaku, kemunculan seorang motivator banyak didorong oleh kejayaan dirinya mengatasi peristiwa-peristiwa luar biasa yang menumbangkan ramai manusia, namun mereka yang terpilih ini berjaya bangkit dengan pegangan dan kepercayaan yang positif. Namun, sejauh manakah titik-titik hitam itu berjaya diputihkan? Atau sebahagiannya masih membebani diri?
Inilah dilema Burke Ryan, seorang jururunding motivasi berkelulusan PhD yang berjaya menghasilkan sebuah buku best seller berkenaan petua mengatasi kesedihan dan kekecewaan akibat kehilangan insan tersayang. Burke menulis buku itu sebagai rakaman usaha dirinya untuk bangkit daripada kesedihan akibat kematian isterinya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Beliau menyuntik inspirasi kepada orang lain yang menempuh pengalaman-pengalaman yang pahit sepertinya. Mereka diajak melepaskan diri daripada kekecewaan dan ketakutan yang semua itu bukan mewakili realiti semasa, tetapi hanya situasi minda yang membelenggu.
Ramai yang beroleh inspirasi.
Namun Burke Ryan terperangkap di dalam dilemanya yang tersendiri.

Dalam semua yang diceritakan di dalam sebuah buku, tersembunyi beberapa ‘missing link‘ yang disepikan demi sebuah kekuatan. Burke menyembunyikan beberapa hakikat yang menjadikannya seorang ‘hipokrit’ demi untuk tidak patah jiwa menempuh realiti. Ia memberi beliau sejumlah kekuatan. Namun tiada kekuatan yang lebih bertahan sehebat kekuatan yang terbit daripada sebuah kejujuran.
Sebelum berusaha untuk jujur kepada orang lain, seseorang itu, terutamanya seorang motivator, mesti berusaha untuk jujur kepada hakikat diri.
Semoga dengan terbitnya buku DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU, memanifestasikan usaha saya untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa saya sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan, bahawa:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]
Doakan proses penerbitannya berjalan lancar, ameen.


DR MAZA..
CINTAKAN KEADILAN ITU FITRAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Islam adalah agama Allah yang ajaranNYA berasas fitrah yang DIA ciptakan manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ia ditolak oleh agama ini. Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggahi fitrah asal insan itu. Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia. Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi element fitrah yang Allah ciptakan. Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini. Firman Allah:
“maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah Yang Esa) itu agama Allah yang fitrah (natural religion) yang DIA ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah ar-Rum, 30).
Allah telah ciptakan manusia atas fitrah (natural instinct) yang menjadikan naluri manusia yang benar mempunyai persamaan sekalipun berbeza keturunan, tempat, zaman dan agama. Kezaliman umpamanya, ditolak dan dibenci oleh fitrah manusia tanpa mengira keturunan, tempat, waktu dan agama. Justeru itu, dalam semua cerita, drama dan filem yang diterbit oleh sesiapa sahaja di dunia ini samada oleh Hollywood, ataupun Bollywood mestilah mengakhirinya dengan kemenangan ataupun sokongan moral berada di pihak yang baik dan kekalahan di pihak yang jahat.

Jika ia love story seperti Titanic yang heronya mati pun, perasaan dan support moral filem tetap berada di pihak yang ditindas. Jika ada filem yang menyimpulkan watak jahat menang dan dimuliakan, sementara watak baik tewas dan dihina oleh kesimpulan filem, tentu ia tidak mendapat sambutan. Ia terkeluar dari naluri yang dibekalkan dalam jiwa insan. Padahal para penonton itu mempunyai latar keturunan, tempat dan agama yang pelbagai. Namun mereka berkongsi satu perkara yang sama dalam hal itu, iaitu fitrah insan menolak ketidakadilan dan kezaliman.
ANTI-ZALIM
Apa-apa ajaran yang mengiyakan kezaliman dan penindasan, ataupun ketidakadilan, ia terkeluar dari fitrah, dan sudah pasti ia bukan ajaran Tuhan yang menciptakan manusia atas fitrah. Apa sahaja fatwa agama, ataupun tindakan keagamaan yang menyanggahi fitrah, ia tersasar dari kebenaran. Perasaan insan yang betul fitrahnya sensitive dengan kezaliman dan ketidakadilan. Inilah yang Nabi s.a.w didik para sahabah baginda. Kata sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir:
“Apabila pulang dari penghijrahan ke Habshah (Abyssinia), kami kembali kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata: “Tidak mahukah kamu semua ceritakan kepadaku perkara paling menakjubkan yang kamu lihat di Habshah? Seorang pemuda berkata: “Wahai Rasulullah! Ketika kami duduk, seorang wanita mereka melintas, dia membawa atas kepalanya suatu bekas air. Dia melintas di hadapan seorang pemuda mereka, lantas pemuda itu meletakkan satu tangannya atas bahu wanita tua itu dan menolaknya sehingga jatuh melutut. Terpecahlah bekas airnya.
Apabila dia bangun, dia menoleh ke arah pemuda tersebut lalu berkata: Wahai pengkhianat! Apabila Allah meletakkan kerusiNYA, DIA menghimpunkan makhluk yang awal dan akhir, apabila tangan dan kaki boleh berbicara mengenai perbuatan yang telah mereka lakukan, kelak nanti kau akan tahu keadaanku dan keadaan kau”.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita itu benar! Sesungguhnya wanita itu benar! bagaimanakah Allah akan memuliakan satu kaum yang tidak mengambil tindakan atas penindasan golongan yang kuat terhadap yang lemah?!” (Riwayat Abu Ya’la, Ibn Hibban dalam sahihnya dan Ibn Majah, hadis hasan).
Lihat pemuda ini, dalam banyak pemandangan yang dia saksikan sepanjang perjalanan yang jauh, isu kezaliman juga yang menarik perhatiannya. Ulasan Nabi s.a.w menegaskan betapa satu kaum tidak akan mulia jika membiarkan golongan yang kuat menindas yang lemah. Apakah akan mulia suatu negara jika kekayaannya dibolot oleh satu pihak secara yang tidak adil, sementara yang lemah merintih di sana sini mencari kehidupan. Apakah akan mulia jika ada penguasa yang mempunyai ratusan juta tanpa jalan yang sah, sedangkan rakyat marhaen bawahan bertarung dengan kehidupan yang payah?!
Berpakat Lawan Kezaliman
Sebelum Nabi s.a.w muncul sebagai rasulullah, suatu perjanjian menentang kezaliman yang dikenali dengan Half Fudul ataupun ‘Sumpah Setia Fudul’ pernah dibuat di Mekah. Ia dibuat di rumah Abdullah bin Jad’an. Isi kandungannya untuk membela dan mengembalikan hak sesiapa yang dizalimi dalam kalangan penduduk Mekah, ataupun sesiapa yang memasuki Mekah. Ini kerana ada kalangan bangsawan Mekah yang sering menindas pihak yang lemah. Beberapa kabilah Quraish seperti Bani Hashim, Bani ‘Abd al-Muttalib dan lain-lain turut terlibat dengan Sumpah Fudul itu. Al-Tahawi (meninggal 321H) meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad’an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan kepadaku unta merah”.

Unta merah adalah lambang kemewahan kenderaan arab ketika itu. Nabi s.a.w menegaskan bahawa jika perjanjian seperti itu dibuat lagi, sekalipun setelah baginda menjadi rasul, baginda tetap akan menyertainya. Lihatlah, Islam mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh pihak lain, sekalipun di zaman sebelum Islam kerana isi kandungan menepati maksud ajaran Islam yang menentang kezaliman dan penindasan. Malanglah, jika ada orang muslim yang tidak merasa terpanggil dalam isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan soal sokongan kita ke atas pihak yang ditindas.
Bersih
Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong Bersih? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihanraya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama. Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga ramai kawan dalam PR. Saya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di pihak PR. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihanraya berlaku, ia berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat diberikan secara yang wajar.


Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya. Namun, rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertanding. Jika TV dan media kerajaan hanya dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja, di manakah peluang rakyat mendengar secara saksama?! Jika di Barat, bahkan di banyak negara demokrasi yang lain, ada saluran-saluran swasta yang membolehkan setiap pihak menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk didengari oleh rakyat, ruang itu tiada dalam negara kita. Setelah rakyat dengar dan nilai, biarlah mereka membuat keputusan mereka. Seperti mana bukan semua hujah kerajaan itu munasabah, demikian juga bukan semua hujah pembangkang itu boleh diterima. Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah. Firman Allah: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Seseorang yang menuntut keadilan perjalanan sistem kerajaan, bukan semestinya dia penyokong pembangkang, tetapi itu tuntutan naluri insani yang inginkan sesuatu berjalan dengan cara yang betul. Jika kita pergi menonton bolasepak, lalu dibuat peraturan yang berat sebelah, lebih baik kita tidak menonton. Ataupun, kita cadang berikan kemenangan percuma sahaja. Sekalipun kita mungkin tidak sokong pihak yang dianayai, tetapi tidak juga tidak boleh sokong ketidakadilan. Ini fitrah manusia normal. Melainkan kita ini songsang fitrah.
Justeru, menjadi hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka. Alangkah baik jika Bersih itu tidak dijadikan acara parti politik, tetapi acara yang rentas parti politik. Hadir bukan tanda menyokong pembangkang, tapi menyokong pembaikian sistem. Namun, saya menasihati mereka yang ingin hadir agar membetulkan niat. Sayangkan negara anda. Bagi yang muslim, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Bagi yang bukan muslim berpegang dengan nilai-nilai baik yang anda yakini. Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga Allah merahmati anda dan negara kita!
HADIAH  BONUS UNTUK PEMBACA SETIA MUSLIMDAIRYZ..
KEMPEN JOM KE MASJID..
PERCUMA ..BOLEH AMBIL DAN EDIT SESUKA HATI ANDA..
MEMPROMOSI MASJID SEBAGAI TEMPAT DAN DESTINASI TERPENTING DI DALAM JADUAL SEHARIAN ANDA..
KESATUAN UMMAT BERMULA DI MASJID..
MUSUH-MUSUH ISLAM AKAN SENTIASA BERBANGGA DAN SOMBONG SELAGI MANA MASJID MASIH LAGI KOSONG DAN KEKURANGAN  JEMAAH..
HIDUP HANYA SEKALI...!!!!!!!!!!!
BERBAKTILAH DENGAN HANYA MELANGKAHKAN KAKI ANDA KE MASJID.
BERSAMA MERAMAIKAN AHLI JEMAAH ..
MASALAH PENYUSUTAN JEMAAH INI KIAN PARAH..HATTA DI MANA-MANA SAHAJA...MALAYSIA  AMNYA DAN DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN  KHUSUSNYA..BAHKAN DI PERINGKAT NASIONAL JELAS MEMBERI ERTI BETAPA  KRISIS INI SEMAKIN MEMBARAH..
SESUNGGUHNYA PAHALA SOLAT JEMAAH ITU JAUH LEBIH BESAR BERBANDING PAHALA BERSOLAT SENDIRIAN..
MENGAPA KITA SANGGUP BERSUSAH PAYAH MENGEJAR HARTA DUNIA .
NAMUN PAHALA AKHIRAT YANG PASTINYA DI JANJIKAN ALLAH..TIDAK PULA KITA  GHAIRAH DAN TERUJA UNTUK MENGEJARNYA..
SABAN HARI KITA TERKESIMA DENGAN JUMLAH DAN NILAI MATA WANG DUNIA YANG SENTIASA MENJADI IGAUAN MIMPI INDAH KITA..
HIDUP PERLUKAN DUIT..
NAMUN MATI MEMERLUKAN PAHALA..
CARILAH HARTA UNTUK MENAMBAH PAHALA..
JANGAN MENCARI HARTA UNTUK MENGHITUNG DOSA..
JOM KE MASJID..AYUH...BERSAMA KE MASJID..MERIAHKAN MASJID ..BUKTIKAN KESATUAN UMMAH  TELAH BERMULA..
HIDUPKAN MASJID DENGAN BICARA ILMU..BICARA IMAN..BICARA AKIDAH UMMAT..BICARA KUASA PEMERINTAHAN UMMAT ISLAM..
BERSAMA PERBAIKI AKHLAK DAN AKIDAH UMMAT..
SEGALA KESATUAN  BERMULA DI MASJID..
SELAGI UMMAT ITU MASIH BURUK AKHLAK  DAN BICARANYA MAKA SELAGI ITULAH PARA PEMIMPINNYA ADALAH PARA PENGADU DOMBA DAN PEROSAK BANGSA...
SEKIAN ..
JAZAKALLAH..




Ahad, 15 April 2012

MAAF : POLITIK


POLITIK UMUM..

Sekadar menyentuh beberapa isu politik semasa.
Sekadar bahan dan peringatan santai.
Artikel bagus dan sangat bernilai..bernilai RM 7.0 BILLION
ARTIKEL SHAHI..
UNTUK MASUKAN KEPADA BARISAN NASIONAL ..AHLI PARLIMEN BARISAN YANG SELAMA BEBERAPA DEKAD , TELAH DAN MENGUASAI PARLIMEN SECARA DOMINAN DAN SEHINGGA MENYEBABKAN BANYAK KEPUTUSAN TERUTAMANYA USUL YANG DIBENTANGKAN DI PARLIMEN GAGAL DIBAHAS DENGAN BERNAS,ARAKIAN TELAH MENYEBABKAN BANYAK RESOLUSI DAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PENTING MELIBATKAN  DASAR NEGARA GAGAL DIPEROLEHI DENGAN PENUH DEDIKASI DAN KOMITED..
ISU MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI....
AGAMA RASMI BUKAN SEKADAR PADA UPACARA DAN KERAIAN TERTENTU.. NAMUN MENGANGKAT DAN MENDAULATKAN ISLAM DALAM SEGENAP ASPEK ADALAH PERKARA YANG PALING UTAMA UNTUK  DINILAI..ASPEK YANG MERANGKUMKAN  INTI KENEGARAAN  PASTINYA..
SEBETULNYA PERKARA INI JELAS..
NAMUN AKIBAT DARIPADA SIKAP DAN TINGKAHLAKU KALANGAN AHLI-AHLI PARLIMEN VETERAN INI ,MENYEBABKAN SECARA TIDAK SEDAR KEDUDUKAN ISLAM KINI SANGAT TERGUGAT DAN SEMAKIN TERHAKIS..
TIDAK ADANYA DERIA KETEGASAN DALAM KAREKTER KALANGAN PEMIMPIN YANG MENGAKU ISLAM UNTUK MENGANGKAT DAN MEMARTABAT MARUAH UMAT SECARA SERIUS MAKA IA TELAH MENYEBABKAN ..
IMEJ DAN KEDUDUKAN ISLAM  DALAM KALANGAN MAJORITI NON MUSLIM,SEBAGAIMANA SEDIA MAKLUM DIKETAHUI UMUM, GOLONGAN INI MENGUASAI PELBAGAI CABANG PENTING-EKONOMI DAN PENDIDIKAN- DAN DENGAN ASET VETO TERSEBUT MENYEBABKAN MEREKA MAMPU ,MENDANAI PELBAGAI GERAKAN DAN OPERASI SECARA TERANCANG DAN TIDAK SEDAR..UNTUK  MEMBUATKAN NILAI DAN HARGA ISLAM DI MALAYSIA SEMAKIN MURAH..
MENAJA PROGRAM –PROGRAM REALITI TELEVISYEN SECARA TETAP .
PUSAT HIBURAN YANG SENTIASA BERLELUASA..
PASARAN DADAH DAN BARANGAN  TIRUAN TETAP JUGA BEROPERASI MESKIPUN  PULUHAN RIBU SERBUAN TELAH DIBUAT..
MENGUASAI PASARAN KERJAYA-INDUSTRI DAN EKONOMI...
HILANG RASA HORMAT DAN KAGUM MEREKA TERHADAP KALANGAN MAJORITI MUSLIM –AHLI PARLIMEN BARISAN SEBELUM INI,MENYEBABKAN MEREKA MAMPU DAN SEWENANG-WENANGNYA BERTINDAK MENGIKUT TELUNJUK DAN KOMPAS MEREKA SENDIRI..
AHLI PARLIMEN DI DALAM POKET MEREKA SELURUHNYA..BUKAN MENUDING KESELURUHAN AHLI PARLIEMEN BARISAN  MESKIPUN TERDAPAT JUGA SEBILANGAN ANGGOTA PAKATAN YANG JUGA MEMBAWA WAJAH YANG SAMA..
BUKAN TUDUHAN .NAMUN KENYATAAN YANG MENGAJAK SUPAYA IA DINILAI SECARA ADIL DAN MENGIKUT KONTEKS PERUBAHAN REALPOLITIK SEMASA..

HUJAH YANG DIKEMUKAN INI ADALAH LEMAH DAN KURANG BERASAS NAMUN..
JIKA DISEMAK SECARA SERIUS DAN TEGAS..
IANYA BOLEH DITERIMA SECARA LOGIK MESKIPUN DALAM KONTEKS RASIONAL , IA MASIH  LEMAH,BANYAK  RUANG YANG BOLEH DIARGUMENTASIKAN KEMBALI..
JUSTERU BUDAYA MELAMBAKKAN DUIT DAN MENABURKAN PROJEK SEMASA PILIHAN RAYA SUDAH SEMEMANGNYA CANDU  DALAM PENGAMALAN SEBUAH PILIHAN RAYA YANG SONGSANG...
AKSES MEDIA YANG BERAT SEBELAH SEHINGGA HARI INI..
TERBUKTI JELAS IA MERUPAKAN  PELANGGARAN  HAK  MUTLAK KEPADA RAKYAT UNTUK MENDAPATKAN KUALITI DAN NILAI INFORMASI YANG KOMPETEN DAN SEIMBANG..
BAGAIMANA ANDA MENGARAHKAN ANAK MURID ANDA MEMILIH DI ANTARA DUA BUAH ROTI ..
YANG SATUNYA DIHIAS DAN DIPAMERKAN INDAH DI DEPAN SELURUH KHALAYAK..TERBUKA DAN TERDEDAH
SETIAP GOLONGAN DAN LAPISAN MASYARAKAT MAMPU DAN BERUPAYA  UNTUK MELIHATNYA..
BERBEDA PULA DENGAN NASIB SEBIJI ROTI  LAINNYA..IA DISIMPAN DAN DISOROK DAN DI BELAKANG STOR ..TERTUTUP DAN TERSEMBUNYI..
BETUL DAN BERNAS SEANDAINYA DIKATAKAN PEMBANGKANG MEMILIKI MEDIA ALTERNATIF NAMUN RUANGNYA MASIH LAGI SEMPIT..
MASIH TIDAK ADIL.
KEMENANGAN BESAR PEMBANGKANG SEMASA PILIHAN RAYA KE-12 ..BUKANLAH HUJAH  YANG IDEAL UNTUK MEMBAWA ASAS..BETAPA..
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA ADALAH TELUS,ADIL DAN TERBUKA..
BERMAIN  BOLA SEPAK  11 PASUKAN  DI KEDUA-DUA BELAH PIHAK..NAMUN PENGADILNYA PULA MEMBUANG SESUKA HATI BEBERAPA PEMAIN DI DALAM SALAH SATU PASUKAN..
..
AKHIRNYA MESKIPUN PASUKAN  11 PEMAIN BERJAYA MENJARINGKAN 10 GOL NAMUN BEGITU PASUKAN DENGAN 6 PEMAIN  ,TETAP JUGA BERJAYA MENJARINGKAN 7 GOL...
KESAN DARIPADA KOORDINASI DAN KUALITI TAKTIK PERMAINAN YANG DIGUNAPAKAI..
ISU PENGURUSAN PERMAINAN YANG SUMBANG DAN TERCELA .IA SANGAT JELAS MELANGGAR ETIKA DAN KOD PREFESIONALISME SESEBUAH NEGARA YANG SECARA POPULIS DINOBAT SEBAGAI PENGAMAL DEMOKRASI TERBUKA DAN MATANG....
MAKA PENGAMALAN PERJALANAN PILIHAN RAYAA PERLU DAN PATUT DINILAI SEMULA....
SANGAT MUSTAHAK....

KAMI MENGAKUI DAN MENGIKTIRAF..
BEBERAPA TUNJANG PENTING DEMOKRASI DI MALAYSIA SUDAH MENGALAMI REFORMASI ..BUKAN TRANFORMASI...
BADAN KEHAKIMAN DAN BADAN KEPOLISIAN,SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA DAN JUGA TERBARU SURUHANJAYA PILIHAN RAYA.. ..SUDAH ADA TANDA PERUBAHAN YANG AGAK MENYENANGKAN HATI..
UNTUK MASUKAN..
KEPADA ANGGOTA YANG TERLIBAT DI DALAM AGENSI BERKENAAN..ANDA BOLEH MELAPORKAN SEANDAINYA KEDAPATAN MANA-MANA KETUA ATAU PENGARAH AGENSI YANG  MENGUGUT,MENGANCAM DAN MENDESAK ANDA AGAR MEMANGKAH BARISAN SEMASA PROSES PENGUNDIAN POS BERJALAN..
SENARIO TERSEBUT BOLEH DILAPORKAN TERUS KEPADA SPRM DAN JUGA SPR..
DAN TINDAKAN TERSEBUT BOLEH DIBUAT BERSERTA DENGAN BUKTI RAKAMAN,VIDEO DAN JUGA SEBARANG ALAT-ALAT LAIN YANG BOLEH DITERIMA SEBAGAI  BAHAN BUKTI YANG SAH DI SISI PERUNDANGAN SEMASA.
KEMBALI..
KERAJAAN SEPATUTNYA MENGANGKAT DAN MEMAKNAI SENDIRI KETERBUKAAN ITU TERUTAMANYA DALAM AGENDA DIADAKAN DEBAT TERBUKA ANTARA KALANGAN PIMPINAN BARISAN DAN PAKATAN..MENJELANG PILIHAN RAYA..
DAN PENTING..
MEMBERI RUANG KEPADA PAKATAN ..CUKUP SEKADAR 15 MINIT   SEMINGGU TANPA IKLAN, DI MEDIA KERAJAAN UNTUK MENJELASKAN DAN MENDEDAHKAN ALTERNATIF DAN JUGA INSIATIF MEREKA KEPADA RAKYAT BERKENAAN MANIFESTO MEREKA..
DAN SETELAH ITU..
BARULAH RAKYAT MAMPU MENILAI DAN MENELITI SENDIRI ASAS YANG DIKEMUKAKAN OLEH KEDUA-DUA BELAH PIHAK..
WALAUPUN 15 MINIT DALAM TEMPOH TERSEBUT MASIH KURANG WARAS SEBETULNYA..
MAKA PENTING . CADANGAN  MEMBUKA DAN MELUASKAN AKSES MEDIA INI BOLEH DISYORKAN OLEH PIHAK SPR KEPADA PIHAK KERAJAAN AGAR BERSIKAP LEBIH GENTLEMAN DAN OPTIMIS DALAM BERDEPAN CABARAN PAKATAN..
BUKTIKAN ANGGOTA PARLIMEN KERAJAAN TELAH DAN SEDANG MENGALAMI TRANSFORMASI MINDA.
BUKTIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA...
BUKTIKAN BETAPA ISLAM MAMPU DIJULANG DENGAN PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN BERSIH..
TIDAK PERLU MENDAPAT DESAKAN DARIPADA PIHAK ANTARABANGSA DALAM MELAKSANAKAN PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN TELUS..
SANGAT TIDAK PERLU..
SEKADAR MEMPROMOSI SATU ARTIKEL HEBAT..RM 7.0 BILLION ..SHAHI  GENG  UMAT TERAKHIR...
AMBIL MASUKAN DAN IDEA..SEKADAR INI SAHAJA DARIPADA KAMI ..MOHON KEMAAFAN JIKA LANCANG DAN TERKASAR  KATA...

RAJA YANG HEBAT ADALAH RAJA YANG MELINDUNGI RAKYAT..
RAJA YANG LEMAH ADALAH RAJA YANG DILINDUNG RAKYAT..
PEMIMPIN SEJATI SENTIASA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMMAT DAN WILAYAHNYA ..
PEMIMPIN MUNAFIK SENTIASA MENGEJAR NAMA DAN REPUTASINYA.. ...
A LEADER  THINKS  ABOUT THE NEXT GENERATION..
A STATESMAN THINKS ABOUT THE NEXT ELECTION..
KATA-KATA POLITIK YANG CUKUP POPULAR...

MINTA  IZIN..
ISLAM LEBIH TINGGI DARIPADA BANGSA.
Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh majoriti sesuatu bangsa manusia yang menganuti agama Allah.

AKIBAT daripada usaha demotivate [rujuk arkib Umat Terakhir di laman Abatasa di link: http://abatasa2.blogspot.com/2011/10/mind-game-demotivate.html] yang digerakkan oleh sebilangan pemimpin politik untuk menghakis semangat kebangsaan Melayu - demi mencapai cita-cita politik - kelompok orang Melayu yang mengikuti jalan politik itu akhirnya mengalami konflik jati diri.
Mungkin istilah konflik jati diri itu kurang tepat untuk menggambarkan situasi ini, namun orang-orang Melayu yang mengikut jalan politik itu kelihatan tidak terdetik rasa bangga dan kecintaan terhadap perjuangan bangsa mereka sendiri yang tidak pernah letih berjuang demi agama yang dijadikan kompas kehidupan.
Islam hadir ke bumi Melayu pada ketika negeri-negeri Melayu berada di ambang kegemilangan perdagangan dunia. Sejak raja-raja Melayu menerima Islam sebagai ad-deen, orang-orang Melayu sentiasa berjuang demi agama mereka sehingga melangkau ke beberapa generasi seterusnya. Selama beratus tahun sejak sebelum zaman imperial, orang Melayu yang majoriti di bumi Malaysia moden sangat setia mempertahankan Islam.
Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi para penganutnya kerana agama wahyu yang terakhir itu bersifat universal. Namun, bangsa-bangsa manusia secara kolektif melibatkan bilangan majoriti penganut yang menganut agama itulah yang bertindak mempertahankan agama Islam.
Memang Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi penganutnya, tetapi bangsa-bangsa manusialah yang bertindak mempertahankan agama itu. Ia kerana Allah menciptakan manusia berlainan bangsa, dan, bangsa-bangsa yang menganut agama itulah yang wajib mempertahankan agama-Nya.
Di rantau Timur Tengah atau Asia Barat, orang Arab menjadi bangsa majoriti yang mempertahankan Islam meskipun ada sebilangan Arab yang menganut Nasrani. Terasnya ialah orang Arab mempertahankan Islam di rantau sebelah sana. Maka, survival bangsa Arab yang beragama Islam dari segi maruah mereka, ekonomi, politik dan sosial harus dipertahankan oleh orang Arab sendiri.
Manakala di rantau sebelah sini, orang Melayu (induk bangsa di Asia Tenggara) menjadi bangsa majoriti yang menganut dan mempertahankan Islam. Maka, survival orang Melayu beragama Islam dalam segala aspek termasuk maruah, politik, ekonomi dan sosio-kehidupan juga harus dipertahankan oleh orang Melayu sendiri.
Bangsa-bangsa manusia sentiasa meletakkan maruah di tempat pertama, melibatkan maruah agama dan maruah bangsa, maruah itulah yang wajar dipertahankan supaya tidak dipandang hina dan supaya tidak mudah dihina sewenang-wenangnya. Dalam sejarah manusia, siri peperangan dalam tamadun-tamadun besar selalunya berpunca daripada rasa tercabar maruah mereka oleh sesuatu bangsa. Tamadun-tamadun besar itu akan melancarkan perang apabila maruah dan kedaulatan mereka diperlekehkan atau tidak dihormati oleh tamadun lain.
Kalau disingkap sejarah Perang Salib, bangsa Eropah memasuki Palestin dan menyembelih orang Arab Palestin yang beragama Islam. Laskar-laskar Eropah bertindak sedemikian selepas seorang pembesar agama Nasrani (ulama Nasrani) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Arab adalah seperti ‘roh yang tersesat’ (lost souls) yang tercari-cari erti ketuhanan Jesus. Akibat daripada fatwa itu, laskar-laskar Eropah memburu semua orang Arab di Palestin dan sekitar Jerusalem untuk dibunuh, ia kerana langkah berkesan untuk mencari orang Islam ialah mereka harus mencari orang Arab terlebih dahulu kerana majoriti orang Arab adalah Muslim. Di rantau sebelah sana, orang Arab adalah majoriti bangsa yang menganut dan mempertahankan Islam, maka mereka dicari untuk dibunuh pada ketika era Perang Salib.
Akibat daripada itu, tentera Arab beragama Islam (majoriti adalah tentera Arab, ada juga tentera Islam dari lain-lain bangsa) pimpinan Salahuddin al-Ayoubi melancarkan serangan balas demi mempertahankan agama yang dianuti oleh majoriti bangsa mereka di rantau sebelah sana. Andai hilang bangsa Arab di rantau sana, maka lemahlah Islam di rantau itu. Maruah bangsa itu diangkat semula oleh Salahuddin demi survival agama Islam.
Di rantau sebelah sini pula, hanya orang Melayu (bersama sub-sub bangsanya: Bugis, Jawa, Palembang dan sebagainya) yang mempertahankan Islam, jika semangat orang Melayu dilemahkan dalam kewajipan mempertahankan maruah mereka, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mengembalikan maruah orang Melayu.
Andai maruah itu dipermain-mainkan oleh orang Melayu sendiri di halaman rumah mereka sendiri, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mempertahankan maruah mereka. Jangan harap ada bangsa lain yang akan membantu kita untuk mempertahankan maruah kita. Jangan harap.
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
Allah berkata dengan jelas bahawa Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Allah juga berkata dengan jelas bahawa Dia akan mendatangkan bencana kepada mereka andai melakukan kesalahan terhadap diri mereka sendiri. Jadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?
Antara kesalahan itu ialah tidak berusaha mengubah nasib, maruah agama dan maruah bangsa ke arah yang lebih tinggi selari dengan tuntutan agama-Nya. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berubah jika mahu berjaya di jalan-Nya. Itu perintah.
Kalau orang Melayu bertindak mempertahankan Islam di rantau ini, maka taatilah perintah itu. Bangsa yang disegani dalam apa jua tamadun ialah bangsa yang bangga dengan semangat kebangsaan mereka, simpan dulu ayat penyata ini. Itu dari segi semangat kebangsaan politikal perang zaman tamadun besar awal.
Namun kita diterangi Islam, walaupun begitu, Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu mengubah diri mereka dan Allah akan menurunkan bencana apabila sesuatu kaum itu melakukan kesalahan kepada diri mereka sendiri. Ingat perintah itu. Ulang soalan tadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?
Orang Melayu tidak harus malu menjadi Melayu, ia kerana Melayu itu ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau sebelah sini. Wajarkah malu kepada diri sendiri kerana ditakdirkan untuk mempertahankan agama Allah? Orang Melayu sewajarnya bersemangat dan berbangga menjadi Melayu, ia kerana semangat itulah yang akan mendorong kita supaya lebih tabah mempertahankan agama-Nya. Andai kita dalam keadaan rendah maruah, adakah kita akan mampu berhadapan dengan musuh yang bangga dengan bangsa mereka sendiri?
Kalau dipelajari daripada sejarah-sejarah perang, panglima perang akan berucap di hadapan ribuan askar untuk menaikkan semangat askar-askarnya. Semangat askar wajar disemarakkan terlebih dahulu sebelum anak panah pertama dilancarkan terhadap musuh. Itulah pentingnya semangat. Kalau orang Melayu malu kepada diri sendiri, berasa rendah diri terhadap bangsa lain, tidak bersemangat, agak-agaknya boleh berjayakah orang Melayu dalam menempuh cabaran?
Namun, jangan pula orang Melayu lupa kepada perintah Allah dalam ayat-Nya yang lain.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)
Di sebalik ayat di atas, difahami secara langsung bahawa Allah memerintahkan kepada kita supaya berlaku adil kepada bangsa lain. Untuk berlaku adil, orang Islam terlebih dahulu harus mempunyai kelebihan iaitu kelebihan dalam pemerintahan. Bagi menepati terhadap maksud ayat itu, orang Melayu beragama Islam wajar sentiasa berada dalam kategori dominan pemerintahan di Malaysia. Dengan menjadi bangsa yang bermaruah dan mendominasi pemerintahan, maka baharulah orang Islam boleh menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan, maka selarikah perintah Allah kepada orang Islam terhadap ayat itu?
Masih tidak faham? Untuk berlaku adil, orang Islam harus menjadi pemerintah yang bermaruah, bukan menjadi ‘orang melukut di tepi gantang’ yang tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan keadilan. Pemerintah adalah orang yang menjalankan keadilan, bukan menjadi orang yang tertakluk kepada keadilan yang ditetapkan oleh orang bukan Islam.
Untuk menjalankan keadilan, seseorang harus menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah, bagaimana orang Islam mahu menjalankan atau memberi keadilan? Untuk menjalankan keadilan, orang Islam harus menjadi dominan terlebih dahulu, dalam erti kata lain ialah mempunyai maruah dan disegani. Itu dari segi konteks negara, bukan dari konteks individual.
Untuk berlaku adil, orang Islam harus mempertahankan maruah mereka sebagai pemerintah andai berada di sebuah negara yang bermajoriti orang Islam seperti negara anda ini. Kalau sesebuah negara yang majoriti orang Islam diperintah oleh orang bukan Islam dari segi penetapan dasarnya, di manakah maruah orang Islam? Siapa pula orang Islam di negara ini kalau bukan majoriti orang Melayu?
Jangan hanya membaca al-Quran tanpa memahami pengertian perintah-Nya. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berlaku adil kepada kaum yang lain. Maka berfikirlah mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum mampu menjalankan keadilan. Antara syaratnya ialah menjadi pemerintah yang berkuasa terhadap sistem keadilan. Bukan menjadi pak turut yang tidak bermaruah, malu menjadi Melayu yang ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini, tidak bermaruah sehingga tanpa segan menunduk taat di hadapan orang bukan Islam.
Orang Melayu harus mengembalikan semangat mereka, berbangga menjadi Melayu yang beragama Islam dan ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini. Semangat memperjuangkan agama yang dianuti oleh orang Melayu, semangat itu harus disemarakkan, bukan dilemahkan dengan sentimen tidak bermaruah sehingga berasa malu dilahirkan sebagai orang Melayu.
Memang, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.
Untuk memahami perkara yang mana perlu didahulukan, wajar kita mengingati satu riwayat hadis. Saya tidak ingat keseluruhan susunan ayat hadis itu secara tepat bagi tiap-tiap pemilihan perkataan, cukuplah sekadar mengimbas kisah yang terdapat di dalam hadis itu.
Penceritaan hadis itu berbunyi seperti ini (bukan dari segi susunan ayat hadis, tetapi dari segi penceritaan):
Fatimah bertanya kepada Rasulullah (ayahandanya) mengenai siapakah wanita pertama yang akan memasuki syurga kerana taat kepada suami dan agama Allah. Rasulullah menjawab, ia adalah seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah di Madinah. Mendengar jawapan daripada baginda, Fatimah pun pergi ke rumah wanita itu dan melihat bagaimana wanita itu taat kepada suaminya dan perintah Allah. Setelah menyaksikan sendiri ketaatan wanita itu, Fatimah kembali menemui Rasulullah dan bertanya adakah dia akan menjadi wanita pertama memasuki syurga andai melakukan perkara yang sama. Baginda menjawab, tidak, baginda memberitahu bahawa Fatimah akan menjadi wanita kedua memasuki syurga selepas wanita itu masuk. Fatimah kemudian menangis kerana tidak menjadi wanita pertama masuk ke syurga. Rasulullah tersenyum melihat tangisan puterinya dan berkata, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dialah yang akan menyambut dan meraikan kehadiran Fatimah ke dalam syurga Allah. Fatimah kemudian tersenyum.
Ia bermaksud, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dia akan menyambut dan meraikan Fatimah yang masuk selepas itu.
Melalui kisah antara Rasulullah dengan puterinya, fahamkah kita terhadap pengertian yang mana satu di-kemudiankan dan mengapa ia tidak didahulukan?
Diulangi, memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.
Allah sentiasa memelihara Islam, tetapi Islam juga akan terus terbela jika ada kelompok manusia yang mempertahankannya. Di Malaysia, siapakah kelompok itu? Andai Melayu adalah bangsa yang majoriti mempertahankan Islam, maka orang Melayu wajar diperkuatkan semangat mereka, bukan diperlemahkan oleh doktrin politik yang dicanang bangsa mereka sendiri. Tanpa semangat yang kental iaitu berselaput rasa malu dalam diri dengan tidak bangga menjadi Melayu, adakah orang Melayu beragama Islam akan mampu menghadapi cabaran yang sengit daripada bangsa lain?
Cuba lihat bangsa lain di Malaysia. Adakah mereka menghina bangsa sendiri dan berasa malu dilahirkan dalam kelompok bangsa mereka? Tidak, mereka tidak menghina bangsa mereka dan mereka berbangga dengan kebangsaan mereka. Apabila ada orang Melayu yang menghina bangsa sendiri dan malu menjadi Melayu, adakah bangsa lain melahirkan simpati kepada bangsa Melayu? Jawapannya juga tidak. Mereka langsung tidak ambil peduli kalau orang Melayu berasa begitu.
Tetapi apabila bangsa lain berasa terhina akibat sesuatu perbuatan kaum-kaum lain, apakah yang bangsa itu akan lakukan terhadap kaum-kaum yang disifatkan menghina mereka apabila mereka berasa seperti dihina? Mereka akan segera bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka. Mereka akan tegas mengatakan bahawa kaum yang membuat mereka berasa terhina itu sebagai racist. Tetapi apakah yang orang Melayu lakukan kepada bangsa lain apabila orang Melayu dihina? Orang Melayu hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, kerana apa? Kerana orang Melayu berasa malu kepada diri sendiri, apatah lagi untuk mempertahankan maruah bangsa sendiri.
Apabila Melayu melaungkan semangat kebangsaan, orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Orang Melayu seperti tidak boleh langsung berbuat apa-apa untuk membangkitkan semangat kecintaan terhadap bangsa mereka yang ditakdirkan mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini. Apa sahaja yang orang Melayu lakukan demi survival agama dan bangsa, orang Melayu akan sentiasa segera dilabel sebagai racist. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Semua serba salah jadinya.
Untuk memahami keadaan sedemikian kita wajar meneliti sikap orang Yahudi yang sangat mudah melabel seseorang sebagai anti-Semitik apabila bangsa mereka dikritik, ditempelak atau mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membuat mereka berasa seperti dihina.
Namun apabila ada orang menghina bangsa Arab, tidak pula orang Yahudi terhegeh-hegeh melabel orang itu sebagai anti-Semitik kerana orang Arab juga adalah dari keluarga bangsa Semitik. Hanya apabila bangsa Yahudi dikritik, maka orang yang mengkritik itu akan segera dilabel sebagai anti-Semit, tetapi tidak berlaku perkara yang sama apabila keluarga bangsa Semitik lain yang dikritik.
Yahudi dan Arab adalah dari kelompok bangsa Semitik dari keturunan Sem iaitu salah seorang daripada putera Nabi Nuh selepas peristiwa Banjir Besar. Namun, apabila dirujuk kepada istilah anti-Semitik, ia diistilahkan kepada anti-Yahudi semata-mata tanpa merujuk kepada pengertian Semitik yang sebenarnya. Malah di Amerika, seseorang yang mengeluarkan kenyataan anti-Semitik akan segera dihadap ke mahkamah untuk dibicarakan dan diberi hukuman kerana bersikap racist.
Keadaan yang berlaku di Malaysia pula hampir sama, namun hukumannya pula adalah dari segi tekanan kepada bangsa Melayu. Hal ehwal agama, budaya dan hak orang Melayu sentiasa dipersoal, ia bukan sahaja dipersoal oleh bangsa lain, tetapi ada di kalangan bangsa Melayu sendiri yang melakukannya. Namun apabila ada orang Melayu yang mempersoal kebiadapan bangsa lain, maka orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Bangsa lain boleh mempersoalkan, tetapi orang Melayu tidak boleh mempersoalkan mereka. Hampir sama dengan situasi masalah istilah anti-Semitik.
-----
Orang Melayu menghadapi konflik identiti yang kronik dalam sudut semangat kebangsaan mereka. Ia menjadi lebih parah apabila ada orang Melayu sendiri yang melemahkan semangat itu sebagai alasan supaya berlaku adil kepada bangsa lain sebagaimana diperintahkan Allah. Cuba renungkan kembali pengertian ayat 8 dalam surah al-Maedah, apakah yang kita faham mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum boleh menjalankan keadilan?
Pertama sekali ialah orang Islam wajar menjadi pemerintah yang bermaruah, mempunyai kuasa membuat keputusan dalam menjalankan keadilan, berperanan dominan dalam hal ehwal yang teras demi kepentingan semua pihak terutama umat Islam, tidak malu menjadi diri sendiri untuk mengubah nasib diri, tidak berasa rendah diri, tetapi tidak pula bongkak di atas muka bumi. Apabila sudah cukup syarat-syarat itu, baharulah orang Islam yang majoritinya orang Melayu di negara ini akan dihormati dan menghormati diri sendiri serta berupaya menjalankan keadilan seperti yang diperintahkan Allah.
Andai orang Melayu beragama Islam yang rendah maruah dirinya tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan rendah maruah diri, adakah orang Melayu akan dihormati? Tidak, tidak dan tidak. Kalau orang Islam tidak menghormati diri sendiri, jangan harap akan ada orang lain yang akan menghormati kita. Jangan harap.
Kalau syarat-syarat itu tidak dipenuhi, bagaimana orang Islam mahu menjalankan keadilan terhadap kaum lain? Untuk menjadi bapa yang baik, seseorang lelaki harus berkahwin dan mempunyai anak terlebih dahulu sebagai langkah pertama. Itulah syarat pertama yang wajar dipenuhi untuk menjadi bapa yang baik. Bagaimana untuk menjalankan keadilan kepada kaum-kaum lain? Syarat pertama ialah menjadi dominan dalam pemerintahan terlebih dahulu supaya semua urusan keadilan tertakluk di bawah keputusan orang Islam. Bukannya menjadi orang Islam yang melukut di tepi gantang mengharapkan ehsan supaya diberikan sedikit kuasa oleh orang bukan Islam. Faham?
Bagi memenuhi syarat itu, langkah pertama ialah orang Melayu wajar kembali bersemangat mempertahankan maruah, bukan terus hidup terhimpit bagai ditelan mati emak dan diluah mati bapa. Bangsa-bangsa lain tidak pernah merendah-rendahkan bangsa mereka sendiri, tetapi mengapa mesti ada orang Melayu yang berasa malu dengan bangsa sendiri sedangkan orang Melayu adalah ditakdirkan untuk menjaga maruah Islam di rantau sebelah sini? Allah memilih orang Melayu untuk menjadi bangsa majoriti di rantau ini untuk menganut agama-Nya. Andai semangat bangsa Melayu makin lemah disebabkan oleh lidah-lidah pemimpin yang melemahkan jati diri mereka, bagaimana orang Melayu mahu terus kuat dalam mempertahankan Islam?
Ada yang berkata, mereka tidak bangga menjadi Melayu tetapi berbangga menjadi Islam. Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh bangsa-bangsa manusia yang menganuti agama Allah. Manusia dijadikan berbilang bangsa, agama Allah pula adalah untuk seluruh manusia, manakala bangsa-bangsa manusia yang menganut agama Islam itulah yang mempertahankan agama Allah.
Sama juga kalau diibaratkan seperti: Hanya roh yang kekal, tetapi bukan jasad. Tetapi ingatlah bahawa jasad itulah yang menjadi alat kepada roh untuk melakukan kebaikan. Islam diibaratkan sebagai roh, jasad itu pula adalah Melayu. Andai jasad itu mati, maka jasad akan hanya tinggal jasad yang akan musnah reput di dalam tanah. Maka roh akan kembali kepada Tuhannya. Apabila Melayu menjadi lemah dan tidak bersemangat dalam mempertahankan bangsanya yang majoriti Islam, maka Islam akan terkapai-kapai di Malaysia.
Mungkin akan ada yang mengatakan Umat Terakhir sebagai racist apabila berbicara mengenai Melayu. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi sebaliknya kita menjelaskan bahawa bangsa lain sangat berbangga dengan diri mereka. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi kita menceritakan mengenai ada orang Melayu sendiri yang malu dilahirkan sebagai Melayu sehingga luntur semangat jati dirinya. Malu tidak bertempat di tempat sendiri seperti sudah tiada tempat untuk memahkotakan maruah di bumi sendiri.
Kalau mahu berperang, pilihlah panglima yang mampu menaikkan semangat para laskar-laskarnya. Bukan memilih sang pengecut yang luntur semangatnya dan galak pula melemahkan semangat orang lain supaya menjadi pengecut dan pemalu sepertinya. Orang tidak menunduk malu di medan juang kerana kepala yang tunduk itu lebih mudah dicantas pedang pihak lawan. Orang berperang dengan penuh semangat juang, berbangga menjadi bangsa bermaruah di medan juang untuk agamanya. Itulah caranya orang pergi berperang.
Maruah orang Melayu diperlekeh selama 457 tahun. Sepanjang 457 tahun, orang Melayu berusaha mengembalikan maruah mereka sehingga mengecap merdeka. Sesudah merdeka pula, orang Melayu terus cekal berusaha mengembalikan maruah mereka supaya tidak lagi dipermain-mainkan di tanah air mereka sendiri, gigih memartabatkan bangsa serta agama dan institusi raja-raja Melayu. Malangnya, ada orang Melayu sendiri yang memperlekeh perjuangan bangsa sendiri disebabkan bantal dan tilam empuk yang menghadirkan mimpi-mimpi politik, kuasa membuat keputusan dalam berpolitik pula tidaklah sehebat mana, hanya seperti hidup berpoligami dalam politik. Wajarkah orang seperti itu yang diangkat menjadi panglima bagi orang Melayu beragama Islam?
MELAYU DAN ISLAM ITU TIDAK SAMA. ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARIPADA MELAYU. TETAPI INGATLAH BAHAWA ISLAM ITU DIPERTAHANKAN DI MUKA BUMI OLEH BANGSA-BANGSA MANUSIA YANG MENGANUTI AGAMA ALLAH. DI MALAYSIA, BANGSA ITU ADALAH MELAYU. BERBANGGALAH MENJADI MELAYU, BERSEMANGATLAH MELAYU, BERMARUAHLAH MELAYU, DEMI AGAMA MU.
Aku pula bukan 100 peratus berdarah Melayu. Tetapi aku meminta supaya orang Melayu berbanggalah menjadi Melayu, tanpa rasa malu, bersemangat kental menempuh cabaran dan tidak mudah layu apabila ada di kalangan bangsamu sendiri yang melemahkan jati diri mu, bersemangatlah Melayu demi agama mu, Islam, yang sama dengan agama ku.
Orang-orang Melayu yang memahami maksud aku ini, aku mohon bantuan kamu semua supaya bersegera bangkitkan semangat bangsa kamu tanpa menyakiti bangsa lain, jadikan bangsa kamu sebagai bangsa yang bermaruah dan berbangga dilahirkan Melayu untuk memartabatkan Islam di rantau ini. Ajarkan Islam kepada sesama manusia, jangan terlalu asyik mengajar politik kepada mereka hanya semata-mata mahu sokongan bangsa lain. Jatuh bangun bangsa Melayu berada di atas bahu orang Melayu sendiri. Jangan harap bangsa lain akan membantu kamu melainkan orang Melayu sendiri berusaha mengubah diri sendiri.
-----
Fahamilah ayat Allah, taatilah perintah-Nya:
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)

[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]


 sekian .jazakallah..
maaf jika tersilap..

Followers