Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 27 Februari 2010

SISTEM TARBIYYAH GOLONGAN RABBANI

LATAR BELAKANG (ETR): CLASSIFIES FILE 003


ETIKA TARBIYYAH RABBANI boleh juga disebut sebagai Ketetapan Pendidikan Rabbani . Rabbani merujuk kepada Generasi Rabbani atau golongan yang menyeru kepada Tuhan. Firman Allah di dalam surah Ali – Imran ayat 79,”

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Cuba amati perkataan atau frasa “karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya “. Di sini wujud interaksi saling atau tindak balas terus melalui suatu proses yang dinamakan BELAJAR DAN MENGAJARKAN. PROSES BELAJAR DAN MENGAJARKAN ini boleh juga dikatakan sebagai suatu SISTEM. Kenapa ia dinamakan sistem ? Sekali lagi kerana IA BERULANG ALIK ,BERTERUSAN,TETAP ,KONSISTEN DAN MALAR. Untuk tidak merumitkan lagi masalah,kami akan mempermudahkan MAKSUD SISTEM. SEGALA YANG DIKATAKAN BERULANG-ALIK,BERTERUSAN,TETAP DAN KONSISTEN DINAMAKAN SISTEM. Contoh yang mudah adalah SISTEM MAKANAN,SISTEM BAHASA,SISTEM PERISIAN,SISTEM DEMOKRASI,SISTEM POLITIK,SISTEM MERITOKRASI dan sebagainya.


Tetapi perkara yang paling menakjubkan berkenaan sistem ADALAH AL-QURAN. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang memahami Al-Quran sebagai bahan hafalan ,bacaan bertaranum atau berlagu,tajwid dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Tanggapan ini sangat umum terutama bagi mereka yang hidup di pondok atau universiti-universiti agama. Adakah kenyataan dan tanggapan ini salah ? Tidak. Namun begitu ia tidak lengkap, perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi.


Beberapa perkara menarik berkenaan intipati atau kandungan bagi setiap ayat Al-Quran. Sekali lagi perhatikan mengapakah kandungan sesuatu ayat di dalam surah tidak berkaitan atau bersambung secara terus (direct link )kepada ayat yang berikutnya. Contohnya ayat 2 ,al- Baqarah ,ia menceritakan tentang orang bertaqwa,iaitu mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan. Apakah ciri-ciri taqwa itu,kita boleh lihat pula kepada surah Al Mukminum. Maksudnya tajuk taqwa tidak disambung secara terus kepada ayat berikutnya di dalam surah Al-Baqarah tetapi bersambung pula kepada surah Al Mukminun. Mengapa DAN MENGAPA ?
Inilah yang dinamakan Alternate Process. PROSES ULANG ALIK. Di dalam bidang elektrik,hampir keseluruhan bahan binaan (bangunan.mesin dll) berkuasa elektrik akan menggunakan SISTEM SAMBUNGAN ULANG-ALIK. Lihat dan perhatikan litar elektrik di rumah anda. Bagimana bentuk sambungannya ? Jawapannya adalah SISTEM SAMBUNGAN ULANG ALIK. SAMBUNGAN ULANG ALIK tidak akan merosakkan keseluruhan litar seandainya sesuatu komponen di dalam litar tersebut tidak berfungsi. Jika lampu di bilik air A tidak berfungsi,lampu di bilik air B masih berfungsi. Inilah HIKMAH TERBESAR DI DALAM AL-QURAN.

Berbalik kepada contoh berulang-allik. Selain daripada Al Quran,antara lain perintah Allah yang mengandungi ALternate Process adalah Solat,ibadat haji,puasa dan Zakat. Kesemua ibdat-ibdat ini dijalankan secara alternate process. ia dijalankan Konsisten,tetap,(ada waktu dan keadaan yang tertentu),malar(sifatnya tidak berubah).



ETIKA TARBIYYAH RABBANI (ETR)

Pendidikan merupakan suatu sistem yang berjalan berterusan,konsisten,tetap dan sistematik. Bagi mempermudahkan konsep BERTERUSAN ,KONSISTEN DAN SISTEMATIK ini,pihak Zero to Hero telah memperincikan PENDIDIKAN kepada suatu konsep yang sangat mudah. Konsep ini dipecahkan kepada 3 komponen asas iaitu PENYAMPAIAN/PENGISIAN,PEMBINAAN,KAWALAN/PEMANTAUAN.


PENYAMPAIAN :


Konsep PENYAMPAIAN ini beerti pemberian atau masukan maklumat mahupun informasi berkenaan sesuatu bahan. Dalam kata mudah ,informasi ini digelar sebagai ILMU. Fokus kepada penyampaian bagi setiap bahan tidak semestinya melibatkan bahan berkaitan agama sahaja malahan perkara-perkara berkaitan isu semasa seperti politik,hiburan,sukan ,teknologi dan sebaginya. Tujuan penyampaian atau pengisian ini adalah
-Untuk membentuk dan melatih MINDA agar BIJAK MENILAI,MENGANALISA ISU,MEMPELBAGAIKAN DATA INFORMASI ATAU ILMU,MENDEDAHKAN KEPADA RUANG PEMIKIRAN YANG LEBIH TERBUKA


PEMBINAAN :


Pada konsep PEMBINAAN ini,diletakkan asas atau landasan kepada PEMBENTUKAN KAREKTER,PERWATAKAN,PERSONALITI,IMEJ ATAU SAHSIAH. Pada sudut ini, proses pembinaan dilaksanakan melalui kaedah SOAL JAWAB ATAU INTERAKSI MAKLUM BALAS. Sesuatu yang menarik tentang proses INTERAKSI MAKLUM BALAS adalah berlakunya pembentukan watak seperti kepercayaan diri,keyakinan diri,kesedaran diri,semangat,inspirasi dan motivasi diri. Nilai –nilai seperti kepercayaan dan keyakinan diri akan mudah dinilai berdasarkan keberanian peserta untuk tampil ke hadapan dalam sesuatu program,kelancaran semasa bercakap,gerak bahasa badan, kebijakan mengawal situasi dan segala indikator yang berkaitan.

KAWALAN :


PENGAWALAN dilaksakan bagi menilai dan memantau sejauh mana KONSEP PEMBINAAN DAN PENYAMPAIAN INI berkesan terhadap peserta. Sejauh mana KONSEP PEMBINAAN DAN PENYAMPAIAN berjaya dilaksakan dengan baik oleh peserta. KONSEP PENGAWALAN ATAU PEMANTAUAN INI PERLU dilaksana SECARA terperinci dan dan ketat. Adalah sesuatu kegagalan yang besar seandainya PEMANTAUAN dilaksanakan secara bersahaja atau sambil lewa.









maaf kepada pembacer2 sekalian,bahan ETR ini tidak dapt disampaikan kepada pembacer umum berikutan hal-hal RAHSIA yang perlu dijaga. ianya hak milik cipta yang tidak dapat dihebahkan secara keseluruhan,,sekadar beberapa masukan sahaja. harap maaffff.......

TARBIYAH : FILE 002



Nota : kebelakangn nie ramai yg suke gune perkataan RAHSIA..x tau apasal.. RAHSIA BANI JAWI,RAHSIA PINTU GERBANG,RAHSIA KEBANGKITAN,RAHSIA MALAM PERTAMA,RAHSIA MENCARI CINTA dan macam2 lgi..so saye pun gune jgk perkataan nie... ahaks..,RAHSIA NIE sesuatu relatif atau bergantung kepada faktor,suasana,keadaan,suasana,keadaan,persekitaran,alasan atau apa jua.. pada sayer x membawa ape-ape pun sebab


ALLAH ADALAH RAJA SEGALA RAHSIA.....


(sambungan yang lepas)

Kita tinggalkan dahulu peranan ALLAH dan SYAITAN di dalam diri manusia. Kedua-dua sifat ini telah menyebabkan manusia diberikan kuasa yang dinamakan HAK.” Anda berhak untuk menentukannya”. Dengan hak ,manusia merasakan dirinya hebat,gagah dan betul sentiasa. Hak akan membuatkan diri manusia sentiasa bermaruah dan sentiasa dipandang tinggi oleh orang sekeliling. Inilah pandangan sebuah masyarakat MANUSIA. Hak akan membuatkan anda berani melangkah ke hadapan tanpa berpaling ke belakang. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Terus melakukan apa yang dirasakan benar dan hebat menurut kehendak HAK anda sendiri. Keadaan ini amat mirip atau berpadanan dengan situasi kaki bromen yang gemar beraksi di taman-taman,dalam kereta dan juga mat-mat rempit di jalanan. Benarkah begitu ? Adakah hak akan memberikan kebebasan kepada anda untuk membuat apa sahaja sesuka hati.

Perhatikan maksud HAK

“Sesungguhnya kebenaran itu datangnya daripada tuhan kamu . Janganlah kamu menjadi orang yang ragu”. Kebenaran dinamakan AL-HAK. Ini tafsiran di dalam AL-quran.

Sebagaimana di dalam artikel bertajuk SELAMAT DATANG MANUSIA,

STRUKTUR HAK DIPECAHKAN KEPADA 3 IAITU :

KEINGINAN + KEPERLUAN + MATLAMAT

Manusia sentiasa menginginkan sesuatu atau berkehendakkan sesuatu. Anda inginkan pasangan ? keinginan adalah satu elemen tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Segala perkara yang tidak tetap dan berubah-ubah tidak boleh dijadikan SANDARAN atau PANDUAN. Keinginan tidak berpandukan kepada apa jua faktor melainkan perasaan dan persangkaan semata-mata atau NAFSU. Ia bergantung sepenuhnya kepada diri seseorang.

KEPERLUAN bersifat suatu kemestian dan pasti. Lelaki perlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki. Bumi memerlukan matahari untuk menyeimbangkan gravitinya. MANUSIA PERLU HIDUP DAN UNTUK HIDUP ANDA PERLU MAKAN,MINUM,BERKAHWIN,BERANAK dan begitulah seterusnya. Sifat keperluan ini berdasarkan keadaan di sekeliling. Ia bergantung kepada situasi,waktu dan keadaan persekitaran.

APAKAH MATLAMAT HIDUP ANDA ? Bercakap tentang matlamat,ia mestilah sesuatu yang tetap dan teguh. Konsisten dan mantap. Matlamat akan membuatkan anda fokus kepada tujuan,cabaran,halangan,tuntutan dan solusi bagi sebarang tindakan,di dalam apa jua keadaan. Seandainya seorang komando yang sedang terdampar di pulau asing,kehilangan anggota dan senjata,TIADA MATLAMAT UNTUK KEMBALI ATAU PULANG KE KEM ASALNYA,dia pasti akan terus tinggal di pulau tersebut,tempat di mana dia terdampar. Dia akan menikmati suasana,menysuaikan diri dengan tempat tinggal barunya. Hilang sudah semangatnya untuk kembali dan kini dia MEMILIKI MATLAMAT BARU IAITU UNTUK MENJADI ORANG LAIN. Tindakannya tidak lagi menunjukkan dia seorang komando tetapi mungkin seperti seorang manusia perantauan yang MAHU MENJADI MANUSIA BIASA. INILAH MATLAMAT BARUNYA. TINDAKANNYA PULA BERPANDUKAN KEPADA MENJADI MANUSIA BIASA. Segala pakaian seragam,pisau Rambo,tali,senjata ,buku peraturan,kod-kod etika komando akan ditinggalkan demi sebuah matlamat baru iaitu MENJADI MANUSIA BARU. Berbeza pula seandainya komando itu BERMATLAMAT UNTUK MENINGGALKAN PULAU ITU DEMI KEMBALI KE KEM ASALNYA,PASTINYA DIA AKAN MENCARI SEGALA KEPERLUAN UNTUK MEMASTIKAN DIA SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN RAKAN-RAKANNYA. Membuat bot ,mencari makanan,bekalan dan segala akses untuk membolehkannya kembali ke kem. Kini segala tindakannya terarah kepada PULANG KE KEM.

MATLAMAT ADALAH SESUATU YANG TETAP DAN STATIK. MANUSIA TANPA MATLAMAT IBARAT LALANG YANG BERGERAK ME NGIKUT RENTAK ANGIN. KE KANAN ANGIN BERTIUP MAKA KE KANANLAH IA BERGERAK. KE KIRI ANGN BERTIUP MAKA KE KIRILAH IA BERGERAK. TANPA PANDUAN DAN TIADA PENDIRIAN. BERGERAK MANGIKUT RENTAK SEKELILING.

SEHARUSNYA MATLAMAT PERLU DIJADIKAN PANDUAN DAN TUJUAN BAGI MEMANDU ARAH TINDAKAN DAN PERLAKUAN KITA. DENGAN MATLAMAT,TINDAKAN MANUSIA AKAN FOKUS, TERSUSUN dan KEMAS.

Berundur seketika kepada HAK MANUSIA IAITU KEPERLUAN,KEINGINAN DAN MATLAMAT. Keinginan akan mula berubah apabila anda sudah bosan dengan isteri pertama maka anda iniginkan tambahan buat yang ke-2. Pada 3 hari yang lepas anda menginginkan motor LAGENDA ZR sebagai kenderaan utama ke pejabat namun , pagi semalam keinginan itu berubah secara mendadak apabila anda terpegun melihat sinaran pancaran cahaya daripada MODENAS CT 110. Begitu juga keperluan, ia juga bersifat tidak tetap. Berubah mengikut masa. Pada 20 tahun yang lepas , komputer bukanlah suatu keperluan kepada kehidupan. Namun akibat daripada akses perhubungan yang terlalu banyak dan padat,himpunan data yang tidak tersusun maka anda memerlukan bantuan komputer sebagai ‘CLOSE FRIEND’ YANG BARU. Teman baru untuk menemani anda setiap kali anda pulang lewat ke rumah mahupun ke mana jua. MATLAMAT pula berbeza. Ia sentiasa tetap dan mantap. Tiada kompromi.

Berdasarkan keterangan di atas maka tahulah kita semua bahawa manusia ini AKAN SENTIASA BERUBAH DAN DI DIUBAH. SIFAT MANUSIA YANG SENTIASA BERUBAH INI AKAN MEMBUATKAN HAKNYA BERUBAH. APABILA HAK INI BERUBAH MAKA MANUSIA ITU SECARA AUTOMATIKNYA TURUT BERUBAH. PERUBAHAN HANYA BERLAKU APABILA WUJUDNYA PILIHAN. PILIHAN UNTUK BERUBAH. MEMILIH UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG MAJU PADA 2020. MEMILIH SEBUAH KERAJAAN YANGA ADIL,TELUS DAN AMANAH. MEMILIH UNTUK MENJADI INSAN YANG BERTAQWA DI SISI ALLAH S.W.T.

Di sinilah uniknya manusia sebagai ciptaan ALLAH YANG TERBAIK. MEREKA MAMPU MEMILIH DAN MAMPU BERUBAH. 2 kombinasi yang sangat kompleks untuk dinukilkan secara terperinci. 2 sifat utama inilah yang telah membuatkan manusia diangkat sebagai PENGGANTI ALLAH DI MUKA BUMI. MANUSIA INILAH CIPTAAN TERBAIK YANG TIDAK PERNAH WUJUD DI DALAM MANA-MANA KETAMADUNAN CIPTAAN TUHAN SEBELUM INI. MEREKA MEMILIKI KUASA YANG TIDAK ADA PADA MALAIKAT ,JIN DAN IBLIS. KUASA UNTUK BERUBAH DAN KUASA UNTUK MEMILIH.

Di sinilah kisah PENDIDIKAN Itu bermula. Pendidikan itu wujud bagi memastikan BERUBAH DAN PILIHAN itu terus berlaku. Manusia tidak memilih untuk menentukan melainkan hanya sekadar SEBUAH PILIHAN. SEBUAH PILIHAN YANG AKAN MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN. IA BUKANNYA PENENTUAN ATAU KEPUTUSAN. Kita tidak diberikan hak untuk memutuskan kerana hanya yang memiliki KUASA dan KESEMPURNAAN sahaja yang mampu untuk memutuskan. HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERHAK UNTUK MEMUTUSKAN. TIDAK BAGI MANUSIA.

Pendidikan akan memastikan perubahan dan pemilihan terus berlangsung. PENDIDIKAN BUKANLAH SUATU SEKTOR ATAU BAHAGIAN TERTENTU DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA SEBAGAIMANA KITA LIHAT SEKARANG. PENDIDIKAN SEKOLAH,UNIVERSITI,MATRIKULASI,PONDOK AGAMA,MA’AHAD TAHFIZ DAN SEBAGAINYA. IA MERUPAKAN SUATU TENAGA,KUASA ATAU DAYA YANG AKAN MEMASTIKAN MANUSIA TERUS HIDUP DI DALAM PILIHAN , BERUBAH DEMI SEBUAH PILIHAN DAN MEMILIH SEBUAH PERUBAHAN. SANGAT UNIK DAN SUKAR UNTUK DIRUMUSKAN. DUNIA HANYALAH PENTAS KEPADA PILIHAN DAN PERUBAHAN. IA BUKANNYA PERHENTIAN MAHUPUN PENTAS SEBUAH KEPASTIAN ATAU KEPUTUSAN.

Cuba kita lihat pula struktur PILIHAN KEJAHATAN. Sepertimana kita sedia maklum,manusia diletakkan di antara 2 MEDAN. 2 PILIHAN. PILIHAN KEJAHATAN DAN PILIHAN KEBAIKAN.















Terdapat persamaan iaitu pada MATLAMAT SEBUAH PILIHAN. SEBAGAIMANA KAMI SAMPAIKAN MATLAMAT ADALAH SESUATU YANG TETAP DAN KONSISTEN. IA TIDAK BERUBAH. KEDUDUKANNYA HANYALAH SAMA ADA IA WUJUD ATAU TIDAK.

Tidak perlu dijelaskan bagaimana ia bertindak kerana anda hanya perlu ‘terbalikkan’ sahaja keterangan kami berkenaan struktur sebuah KEBAIKAN.

Pendidikan adalah suatu PROSES YANG AKAN MEMBUATKAN MANUSIA TERUS MEMILIH DAN BERUBAH. IA BERSIFAT UNIVERSAL DAN FLEKSIBEL. TIADA SEMPADAN DAN BATASAN. IBARATKAN KOMPUTER YANG SEDANG BEROPERASI DI HADAPAN ANDA.

IA TERBAHAGI KEPADA MONITOR,CPU,TETIKUS,PRINTER,PAPAN KEKUNCI SPEAKER dll. SETIAP KOMPONEN TERSEBUT ADALAH SEKTOR ATAU BAHAGIAN TERTENTU DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. KEADAAN INI SAMA DI DALAM APA JUA KONTEKS IAITU INDIVIDU,KELUARGA,MASYARAKAT,MAHUPUN DAULAH.





Sabtu, 20 Februari 2010

TARBIYYAH : PINTU SEGALA RAHSIA

REVOLUSI TARBIYYAH : FILE 001

Suasana gejala moral yang berlaku saban hari di kalangan anak-anak pelajar semakin membimbangkan. Ramai di kalangan ahli masyarakat ingin meletakkan kesalahan di bahu kerajaan semata-mata tanpa melihat apakah peranan mereka dalam menangani masalah tersebut. Masyarakat gagal menilai peranan mereka dalam menyumbang sesuatu kepada perkembangan moral yang kian serius mutakhir ini. Masing-masing bertindak untuk menuding jari kepada kegagalan pihak kerajaan Persekutuan tanpa memandang peranan dan tanggungjawab mereka terlebih dahulu. Sebelum kita menerjah kerajaan persekutuan,adalah baik seandainya kita melihat terlebih dahulu institusi kekeluargaan. Adakah para ibu bapa telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sebagai ibu bapa yang mithali ? Adakah mereka telah berusaha menjadikan diri mereka sebagai model yang baik dalam menciptakan identiti mereka sebagai ibu bapa yang berjaya di pandangan mata anak-anak mereka? Berikut merupakan 2 contoh soalan mudah yang perlu dijawab,sebelum kita melihat secara lebih mendalam permasalahan yang wujud di dalam institusi ini.

Sebelum kita berbicara berkenaan masalah yang sekian banyak di dalam institusi kekeluargaan,terlebih dahulu kita perlu memperbetulkan persepsi tentang PENDIDIKAN. Pendidikan atau dalam bahasa Arab disebut,TARBIYYAH. Kebiasaanya pendidikan akan digambarkan sebagai sekolah,buku,guru,,silibus,akademik,kokurikulum,tadika,kemahiran dan sebagainya. Tanggapan ini merupakan pandangan umum bagi seluruh masyarakat dunia. Bukan hanya di Malaysia tetapi Amerika,Britain,Negara Arab atau di mana jua. Persepsi ini tersangat janggal dan aneh jika Al-Quran dan Hadith dijadikan kayu pengukur atau PERLEMBAGAAN TUNGGAL DAN MUTLAK bagi manusia yang menjadikan Allah sebagai Tuhan sekalian Alam.

Pendidikan merupakan suatu sistem yang mampu mengawal dan merantai manusia. Ia merupakan suatu elemen yang tersangat penting dan mustahak terutama dalam membentuk,melahirkan dan membina generasi akan datang. Namun begitu tidaklah bermaksud TARBIYYAH adalah segala-galanya. Bak kata Syeikh Mustafa Mahsyur,murdyidul Am Ikhwan Muslimun ke 2,”TARBIYYAH bukanlah segala-galanya namun,segala-galanya tidak akan bermula tanpa TARBIYYAH”. Bagaimana TARBIYYAH ini dikatakan sebagai SISTEM ?

Sistem adalah suatu aturan,rancangan,pelan tindakan bagi mencipta,membina atau melahirkan suatu. Sistem juga disebut sebagai cantuman daripada pelbagai proses . ia merupakan suatu elemen yang bergerak secara terus,konsisten,mantap,malar dan tetap. Keberkesanan sesebuah sistem akan dinilai berdasarkan sejauh mana tahap konsistensi dan dan kemantapan prosesnya.Sifat atau ciri-ciri sebuah sistem mestilah lancar,berterusan dan konsisten.

Kembali kepada tajuk pendidikan. Pendidikan secara asasnya adalah untuk membentuk dan melahirkan manusia yang benar-benar tunduk dan patuh kepada perintah Allah. MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN MANUSIA YANG BENAR-BENAR TUNDUK DAN PATUH PADA PERINTAH ALLAH.

Pendidikan tidak beerti untuk anak-anak semata. Ia turut melibatkan ibu bapa,masyarakat,pemimpin,ahli agama,peniaga,suami,isteri,datuk atau sesiapa jua selagi mereka ini digelar MANUSIA. Anak-anak,remaja,bayi,ibu bapa,suami,isteri dan pekerja dikenali sebagai PROSES atau tahap-tahap tertentu di dalam peringkat kehidupan manusia. Pada setiap tahap tersebut,terdapat tuntutan,keperluan,peranan dan fungsi tugas yang berbeza-beza ,sesuai dengan keadaan dan persekitarannya. Diibaratkan seperti kilang kenderaan. Kenderaan dinamakan sebagai produk. Untuk mencipta kenderaan tersebut,ia memerlukan bahan mentah seperti besi,mesin,pekerja, komputer,pereka bentuk,stesen proses dan sebagainya. Bahan mentah akan diproses menjadi besi yang bertumpatan tinggi. Kemudian besi itu akan dibentuk,diacu dan dijadikan mengikut bentuk atau fabrikasi yang telah ditetapkan iaitu pintu,badan kenderaan,besi penghadang,atap dan lain-lain. Setelah melalui pelbagai proses-proses rumit dan kompleks,lantas bahan yang pada asalnya diperoleh daripada bahan galian,akhirnya berubah menjadi kenderaan atau produk. Berikut merupakan tafsiran baru berkenaan dengan pendidikan. Tiada lagi erti pendidikan formal atau tidak. Tidak kira sama ada di sekolah,pejabat,rumah,disko,masjid,bangunan Burj Dubai atau di mana jua,pendidikan akan tetap berlaku dan terus berlaku selagi mana ada manusia di atas muka bumi ini. Di dalam konteks pendidikan ,tiada manusia yang boleh dikatakan sempurna hatta Nabi sekalipun. MANUSIA SENTIASA BERGANTUNG DAN BERINTERAKSI DI ANTARA SATU SAMA LAIN. HANYA YANG TUNGGAL ATAU MUTLAK SAHAJA BOLEH DIGELAR SEBAGAI SEMPURNA KERANA SIFATNYA YANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA APA JUA. MAKA DENGAN SEBAB ITULAH HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERHAK UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN,MENGHUKUM DAN MENENTUKAN SEBARANG PERATURAN ATAU HUKUM. HANYA DIA MAHA SEMPURNA.

Bagaimana PENDIDIKAN boleh berlaku ?

Untuk menjawab soalan di atas,kita perlu tahu bahawa manusia memiliki 2 sifat yang sangat istimewa iaitu :

1. BERUBAH

Barangkali kita biasa mendengar perkataan KUASA PERUBAHAN. Ubah sebelum parah,ubah demi maruah ! kata-kata popular Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Inilah hakikat seorang makhluk yang dinamakan manusia. Bukan sahaja berubah dari segi fizik malahan dari segi spiritual dan emosi. Daripada penyabar kepada pendendam,daripada seorang warak kepada kaki skodeng. Kuasa berubah ini terletak sepenuhnya kepada diri manusia itu sendiri.” ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAH NASIB MEREKA SENDIRI”. Berubah tidak memerlukan sebarang ransangan ,respon daripada luar atau keadaan sekeliling kerana kuasa untuk berubah ini telah termaktub kepada diri seseorang secara azali. Jika anda seorang kaki zina dan anda ingin berubah kepada seorang yang soleh dan sabar maka anda tidak perlu menunggu waktu yang sesuai,keadaan yang tepat atau persekitaran yang betul-betul realistik melainkan anda sendiri yang menentukan waktu,keadaan dan persekitaran itu.

Sebelum kita berkata untuk BERUBAH,jangan kita lupa MANUSIA BOLEH DIUBAH. Jika untuk berubah kuasa utama terletak kepada DIRI MANUSIA ITU SENDIRI ,TANPA BERGANTUNG KEPADA SESIAPA ATAU KEADAAN,WAKTU MAHUPUN PEERSEKITARAN. Oleh itu apabila MANUSIA ITU BOLEH DIUBAH,IANYA BERGANTUNG KEPADA SESIAPA,KEADAAN MAHUPUN PERSEKITARAN. Apabila persekitaran membawa kebaikan ,kesejahteraan,keamanan maka baiklah seseorang. Dalam konteks yang lebih mudah,apabila baik keluarga seseorang itu maka baiklah ahli keluarganya. Jika aman aman dan damai sesebuah negara itu maka tenanglah rakyat negara tersebut. Dan begitulah seterusnya. Kebanyakan manusia berada di persimpangan dua jalan iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEBURUKAN ( diulas dalam tajuk BEBAS MEMBUAT PILIHAN). Pada kedua-dua medan ini, perubahan akan tetap berlaku sama ada semakin baik kepada bertambah baik atau daripada buruk kepada terlalu jahat,daripada sangat teruk kepada terlampau teruk.

2. BEBAS MEMBUAT PILIHAN

Hak kebebasan mutlak sentiasa diinginkan oleh manusia. Pada konsep ,masyarakat umum,kebebasan dijadikan suatu slogan untuk membolehkan manusia melakukan sesuatu tanpa memikir mahupun mempedulikan orang lain. Erti Kebebasan adalah suatu ruang yang memberikan kepuasan,kegembiraan,ketenangan,kebahagian untuk dirinya sendiri. Hanya untuk dirinya sendiri. Tidak lebih dari itu.

Dalam sudut ini,penulis hanya sekadar ingin menukilkan pandangan berkenaan KEBEBASAN MEMBUAT PILIHAN. “Freedom of choice”. Setiap manusia sentiasa membuat pilihan dalam melakukan sesuatu. Tidak kira apa jua keadaan. Meskipun di dalam kehidupan sebagai seorang anak,bapa,pelajar,guru,kakak dan datuk. Di dalam setiap pilihan, terdapat pilihan dalam pilihan. Beerti pilihan yang membawa kepada pilihan yang lain. Jalan kepada pilhan dan matlamat sebuah pilihan. Seandainya anda memilih untuk makan di kedai A,anda akan dihidangkan senarai menu pilihan kedai A. (pilihan dalam pilihan). Begitu pula seandainya jika anda makan di kedai B,anda akan dihidangkan senarai menu pilihan di kedai B. kedai makan dinamakan sebagai pilihan ,senarai menu pilihan dinamakan sebagai jalan kepada pilihan dan kesimpulannya ,pilihan berada di mana mana.




Sepertimana disebutkan bahawa manusia dijadikan atau diletakkan di PERSIMPANGAN JALAN KEBAIKAN DAN JALAN KEBURUKAN. JUGA BOLEH DIGELAR PILIHAN KEBAIKAN DAN PILIHAN KEJAHATAN. Di dalam pilihan kebaikan terdapat subpilihan atau pilihan dalam pilihan dan begitu juga di dalam pilihan kejahatan. Subpilihan ini turut digelar sebagai jalan kepada pilihan dan matlamat sebuah pilihan. Untuk lebih jelas, sila perhatikan apa yang terkandung di dalam PILIHAN KEBAIKAN.




Paradigma yang dimaksudkan sebagai kebebasan untuk membuat pilihan adalah hak seseorang manusia untuk memilih sesuatu yang bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya bahkan untuk orang lain. Pilihan yang dibuat mestilah pilihan terbaik dalam kalangan yang terbaik. Pilihan yang tidak merugikan orang lain dan merosakkan diri mereka sendiri. KEBAIKAN YANG MEMBAWA MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. KEBAIKAN BEERTI MANFAAT ATAU KELEBIHAN YANG YANG DIPEROLEH UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. INILAH DEFINISI SEBUAH KEBAIKAN. (menurut pemahaman penulis ) ……bersambung in ‘Allah jika Dia berkehendak……

Followers