Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 1 Oktober 2011

ONE-ON-ONE SETTLE

TOWARDS THE OBJECTIVE FOR LIFE MECHANISME PROBLEM SOLVING

MEMAHAMI PERSANGKUTAN DAN HUBUNGKAIT INTERAKSI SETIAP INSAN DAN MAKHLUK DI ALAM SEMESTA ..

KONSEP DAN KEDUDUKAN BAGI IMAN DAN INTELEKTUAL YANG TELAH SEDAR DAN BANGKIT..

TO IMPRESS THE WELL-GROWTH FOR ECONOMICS’S FOUNDATION..BACK TO BASIC…

MEMPERBAIKI KITARAN ASAS DALAM PERJALANAN TRANSAKSI DAN ALIRAN MATA WANG KESELURUHAN…

MEMPERBETUL KEDUDUKAN MATA WANG DINAR SERTA SIGNIFIKASINYA ..PERKAITAN LANGSUNG DENGAN KETIDAKSTABILAN EKONOMI GLOBAL YANG BERTERUSAN BERGANTUNG SECARA MUTLAK TERHADAP EKONOMI AMERIKA SYARIKAT…

MENYUSUN DAN MEMPERBETULKAN KITARAN KEHIDUPAN SECARA NORMAL,WARAS,TENANG,STABIL DAN MUDAH..MELANGKAH KE PINTU DINAMIKA BARU PEMIKIRAN KESEDARAN TINGGI BAGI GENERASI PERAK..PERANAN KALANGAN YANG TERBAIK…

BINCANGKAN ISU BERKENAAN BERSAMA-SAMA….

Actually kami sedang bingung memikirkan apakah yang sedang berlaku di sekeliling pada masa ini. Permasalahan yang paling mendesak dan terdesak untuk diselesaikan. Perkara utama yang cukup penting dan mempengaruhi kehidupan kita seluruhnya.

Melalui pengamatan dan pemerhatian yang kami cuba PADANKAN BESERTA ILMU DAN SUMBER TENAGA BESAR TERHADAP SENARIO YANG BERLAKU DI SEKITAR DAN JUGA ANEKDOT TITIK KONSPIRASI ..

MELAKUKAN BEBERAPA FORMASI TAKTIKAL DAN STRATEGI BERKESAN SEPERTI GABUNGAN CORAK PERRMAINAN BARCELONA DAN JUGA CORAK PASUKAN ARSENAL. KEDUA-DUANYA MEMILIKI CORAK YANG LEBIH MEMENTINGKAN SENI DI DALAM BOLA SEPAK. HANTARAN DAN SISTEM PERGERAKAN PASUKAN KESELURUHAN. WALAUPUN KEDUA-DUANYA MEMILIKI CORAK YANG SAMA NAMUN KUALITI PEMAIN SEDIA ADA TERNYATA TELAH MEMBUATKAN REPUTASI KEDUA-DUANYA PASUKAN SEUMPAMA BULAN DAN MATAHARI…

CORAK YANG SAMA NAMUN PERBEZAAN KELAS PEMAINNYA MENGAKIBATKAN PRESTASI DAN TAHAP PERSEMBAHAN YANG TERNYATA BERBEDA….

KUALITI INDIVIDU AKAN MEMPENGARUHI BENTUK FORMASI BAGI SETIAP CORAK PERMAINAN..

BARCELONA MEMILIKI PERMAINAN YANG SEMEMANGNYA BIJAK DI BAHAGIAN TENGAH DAN SERANGAN. MEREKA TIDAK MEMILIKI KEKUATAN YANG BESAR DI BAHAGIAN PERTAHANAN SEBETULNYA NAMUN KERANA KEKEBALAN DAN KEKERAPAN YANG TINGGI DARIPADA DOMINASI PEMAIN DI PERINGKAT TENGAH DAN SERANGAN,MAKA SECARA DRASTIK IA TELAH MENJADIKAN KELEMAHAN PERTAHANAN ITU SEAKAN-AKAN TIADA DAN TIDAK WUJUD..

MENGABURI KELEMAHAN…

MENGALIH PERHATIAN…

MERUBAH TITIK FOKUS…

MENCIPTA KEKELIRUAN..

MENGHANYUTKAN KEBELENGGUAN..

MENGHASILKAN PEMIKIRAN YANG DUNGU..EMOSI YANG TIDAK TENANG..JIWA YANG BERSERABUT…JASAD YANG TIDAK SEIMBANG…..

HILANG ARAH DAN HALA TUJU….

KAMI SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMPERHALUSI SEMULA MAKLUMAT DAN DATA YANG DIBENTANGKAN…

AGAR KESEMUANYA KELIHATAN SERAGAM DAN TERSUSUN..

BERKENAAN PERMAINAN YANG SEDANG MEMASUKI KE FASA TERAKHIR..

DAJJAL AKAN MUNCUL KERANA KEMARAHANNYA…

ATAS SEBAB APA….

KAMI MENANTIKAN SEBAB INI…

..

BERTERUS TERANG…

KAMI MEMILIKI VISI DAN MISI UNTUK MEMPERKOTAK-KATIKKAN DUNIA INI BERDASARKAN PENGETAHUAN DAN ILMU YANG DIMILIKI.

BERKENAAN UNTUK MENTADBIR DUNIA DENGAN PERANCANGAN KAMI SENDIRI..

BERCITA-CITA UNTUK MENGUASAI SELURUH JEMAAH ISLAM DI DUNIA DAN MERANGKA SEMULA PELAN TINDAKAN BARU YANG LEBIH PROGRESIF,INTELEK DAN MODEN..

PERNAH BERCITA-CITA UNTUK MENGUASAI PARTI PAS,JIM DAN ABIM..

DAN KEMUDIAN MEMBENTUK SEMULA SATU GAGASAN BARU DI PERINGKAT NASIONAL DENGAN BENTUK DAN DASAR PENTADBIRAN GERAKAN ISLAM BARU YANG JAUH LEBIH FLEKSIBEL DAN TERBUKA MELALUI PENDEKATAN SERTA GERAK KERJA..

MERANGKUMKAN GERAKAN ISLAM PADA SATU DASAR GERAK KERJA YANG KHUSUS DAN TERARAH..

MEMILIKI HALA TUJU PADA SATU TITIK YANG SERAGAM DAN SELARAS….

BERGERAK DALAM SATU SAF DAN BERSTRATEGIK…

PERANCANGAN INI DILETAKKAN PADA PELAN FASA SATU..

PENGUASAAN DI PERINGKAT PERSEKUTUAN..

KEMUDIAN MERANGKA BENTUK KERJASAMA MAPAN TERHADAP BEBERAPA GERAKAN YANG AKTIF DAN MEMILIKI DASAR YANG JELAS YANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA SEPERTI IKHWAN MUSLIMIN,JEMAAT ISLAMI DAN HIZBUT TAHRIR..BEBERAPA GERAKAN ISLAM TERBESAR DI DUNIA

PERANCANGAN INI DIRANGKA PADA FASA KE-2..

FASA DOMINASI PARTIALL.

PELAN FASA KE-3

FASA PENGUASAAN PADA PERINGKAT INTERNAL DAN EXTERNAL REGION..

MENETAPKAN PENDIRIAN SECARA SIGNIFIKAN DAN BERPENGARUH ANTARANYA SAMA ADA BERTAPAK DI RUANG POLITIK ATAU CUKUP SEKADAR MENGUASAI BEBERAPA SEGEMEN KEHIDUPAN SOSIAL SEPERTI BIDANG PENDIDIKAN,BIDANG INDUSTRI DAN JUGA MEDIA..

BEBERAPA LANGKAH PENTING JUGA SEDANG DIUSAHAKAN PADA PERINGKAT INI TERMASUK MEMANTAU PERKEMBANGAN PENGEMBANGAN TEKNOLOGI DAN BIDANG-BIDANG ILMU YANG KRITIKAL SEPERTI BIDANG PERUBATAN,BIDANG TEKNOLOGI,BIDANG KEJURUTERAAN,BIDANG SAINS SOSIAL,BIDANG AKADEMIK,BIDANG PEMIKIRAN DAN BANYAK LAGI…

NAMUN HAL INI HANYA SEKADAR PERANCANGAN..

INI KEHENDAK DAN PERANCANGAN KAMI SEMATA-MATA..

NAMUN TERNYATA KEHENDAK DAN PERANCANGAN ALLAH ITU BERBEDA…

SEBETULNYA KAMI MULA MERASAKAN SUARA KAMI MULA DIPERDENGARKAN SAMA ADA DI PERINGKAT PUSAT DAN DI SEGENAP BIDANG..SEGALA ARAHAN- MESEJ YANG DIHANTAR MULA DILAKSANAKAN OLEH AGEN-AGEN KHAS YANG TERPILIH..

YANG KAMI SENDIRI TIDAK KENALI..

PELBAGAI IDEA DAN SARANAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK..

SEGALA PUJI BAGI ALLAH UNTUK ITU..

SECARA TIDAK SEDAR..

KAMI MULA MERASAKAN KAMI SEDANG MEMEGANG PERANAN SELAKU PERDANA MENTERI DI ALAM GHAIB..

AHAKSS…SEPERTI SYOK SENDIRI BARANGKALI..

NAMUN INI BUKAN ISU KERANA SEKADAR PERKONGSIAN..

BERKONGSI IMPIAN DAN CITA-CITA..

..KAMI MEMILIKI SATU IMPIAN SEBELUM KAMI MATI KELAK…

KAMI SANGAT TERUJA UNTUK MENONTON DEBAT PERDANA DI ANTARA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 DAN JUGA BAKAL PERDANA MENTERI AKAN DATANG..

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM..

DSAI VERSES DATO’ NAJIB..

KAMI AGAK KAGUM DENGAN LONTARAN SEMANGAT TRANSFORMASI POLITIK DAN DEMOKRASI OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA INI ..

KATANYA KE ARAH NEGARA DEMOKRASI TERBAIK DUNIA…

BAIK ..KAMI MAHU MENGUJI SEJAUH MANA KESUNGGUHAN DATO’ NAJIB UNTUK MEMBAWA MALAYSIA KE ARAH DEMOKRASI TERBAIK YANG DILAUNGKAN INI..

KAMI MEMERLUKAN PEMBUKTIAN YANG BERSUNGGUH DAN BUKANNYA RETORIK SEMATA..

SILA BUKTIKAN DENGAN DEBAT DI ANTARA DATO’ SERI NAJIB RAZAK DAN JUGA DATO’SERI ANWAR IBRAHIM.

PENENTUAN KEPADA SIAPA YANG ‘BLUR’ DAN SIAPA YANG PALING ‘COOL’

CUKUP SEKADAR ISU EKONOMI DIJADIKAN PLATFORM BAGI ASAS HUJAH KEDUA-DUA PENDEBAT..SEMOGA PERDANA MENTERI BERSETUJU DENGAN SARANAN INI…

KAMI OPTIMIS BAHAWA HASIL DAN NATIJAH DEBAT INI AKAN MEWUJUDKAN RAKYAT YANG TERBUKA DAN MATANG DALAM MENILAI SERTA SEDAR BAGAIMANA KREDIBLITI DAN INTEGRITI PIHAK KERAJAAN YANG DIWAKILI NAJIB DAN PIHAK PEMBANGKANG IAITU ANWAR IBRAHIM…

BIAR KAMI YANG MENJADI SAKSI TERHADAP PENDIRIAN KALIAN SEMUA…

BINARY’S MEMORY…

INGAT ..

TAHU…

KENAL…

FAHAM….

AMAL….

BEBERAPA ELEMEN HIKMAH YANG CUBA DITERANGKAN DENGAN CARA YANG BAIK DAN LEMAH LEMBUT….

MISTERI AL HIKMAH CUBA DIPECAHKAN…

BERSAMA KITA MEMPELAJARI SIFAT ELEMEN SETIAP INDIKATOR BERKENAAN…

MEMORI..INGATAN..

CUBA INGAT KEMBALI …SIAPAKAH ATAU PERKARA APAKAH YANG PALING KITA INGAT DALAM HIDUP INI..ISTERI TERCINTA..IBU TERSAYANG..ADIK YANG DIHORMATI..TUK GURU YANG DISANJUNGI..

MENGAPAKAH KITA INGAT AKAN SESUATU PERKARA..

APABILA KITA INGAT..LAHIR 2 SUBJEK PERASAAN IAITU POSITIF DAN NEGATIF..

APABILA SESUATU YANG KITA INGAT ITU MEMBAWA TANDA POSITIF..IA AKAN MENJADIKAN JIWA KITA SEMAKIN GHAIRAH BAHKAN TIMBUL PERASAAN DAN NALURI UNTUK MENGAMBIL BERAT MAHUPUN SAYANG…

BAGAIMANA PULA JIKA PERKARA YANG DIINGATI ITU MEMBAWA TANDA NEGATIF,PASTINYA KITA AKAN MENJADI MARAH DAN SKEPTIK BAHKAN ADAKALANYA BENCI,MENYAMPAH DAN BOSAN KADANG-KALA..

KEPENTINGAN DAN KEUTAMAAN…

APAKAH YANG PALING PENTING UNTUK DIINGATI OLEH MINDA MANUSIA..

PERKARA-PERKARA POSITIF DAN MEMBINA…

BETUL…

TETAPI ADA YANG LEBIH BETUL..

KENANGAN MANIS DAN PERKARA YANG MELUCUKAN…

JUGA BETUL…

MATLAMAT DAN MISI..

JUGA AGAK BETUL…

NAMUN ADA YANG LEBIH BETUL…

A PURPOSE..

AN OBJECTIVE..

A DIRECT PATH…

…..

TUJUAN UNTUK KEMBALI……

...

MENCARI JALAN YANG LURUS….

….

GO STRAIGHT DON’T BELOK-BELOK…

A PLACE THAT WE WERE BELONG..

DESTINASI KE TERMINAL BERIKUTNYA….

HURAIAN BERKENAAN TAHU..INGAT..FAHAM DAN KENAL…

IANYA ELEMEN YANG SANGAT SUBJEKTIF BERGANTUNG KEPADA REFLEKSI PANCAINDERA DAN SUDUT PANDANG BAGI SETIAP MANUSIA..SUKAR UNTUK DINUKILKAN SEBETULNYA…

TAPI YANG PALING BETUL ADALAH KAMI MALAS MENULIS BERKENAANYA…AHAKS..

ANDA SEMUA BOLEH MENELITIYA SENDIRI MELALUI PEMBACAAN DAN KAJIAN SENDIRI..

TERTARIK PADA ARTIKEL UMMAT TERAKHIR BERKENAAN KISAH HIDUP DRIFTER..HAMPIR MIRIP DENGAN KAMI SENDIRI..TETAPI KAMI PULA BERLEGAR DI SEKITAR TANAH SEMENANJUNG..

…..

TUJUAN KAMI ADALAH MENCARI GERAKAN YANG BENAR-BENAR TERSUSUN, BIJAK,TERANCANG, SISTEMATIK,KEMAS DAN TELITI DALAM GERAK KERJA…

IDEANYA ADALAH DEMI MENYATUKAN KESEMUA JEMAAH ISLAM YANG ADA…

HATTA WALAUPUN NGO KECIL..

SEKALI LAGI IA HANYALAH ANGAN-ANGAN DAN FANTASIA BULAN MADU..

KERANA KAMI MULA MEMANTAU DAN MEMERHARI MELALUI SUDUT PANDANGAN SEORANG PERDANA MENTERI ..LELAKI YANG MEMILIKI KAPASITI TERTINGGI DI MALAYSIA..

MELIHAT PELUANG,RUANG DAN MANFAAT MENERUSI KEPELBAGAIAN IDEA DAN KEBIJAKAN YANG LAHIR DI KESELURUH PELUSUK BIDANG KEILMUAN DAN CABANG INDUSTRI..

TETAPI TERNYATA..BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI YANG ADIL DAN AMANAH…

IA BUKAN SLOGAN..TETAPI TUNTUTAN YANG SEMEMANGNYA DITUNTUT OLEH ALLAH DAN RASUL KEPADA SESIAPA YANG BERGELAR PEMIMPIN…

BERSAMA JUGA DENGAN MOTO MENCARI MAKANAN YANG HALAL ADALAH FADHU BAGI MUSLIM..

MASYARAKAT MUSLIM DI MALAYSIA MASIH LAGI BERDEPAN DENGAN KRISIS STATUS MAKANAN HALAL YANG ADA DI SEKITAR..ISU SIJIL HALAL YANG DIKATAKAN BOLEH DIBELI DENGAN MUDAH DAN TERMASUK PERCANGGAHAN MAKLUMAT BERKENAAN KESAHIHAN PRODUK MAKANAN YANG ADA DI PASARAN DOMESTIK..

MOHON JABATAN AGAMA MENYENARAIKAN SENARAI PANJANG DAN EKSLUSIF MENGENAI BARANGAN DAN PRODUK MUSLIM YANG ADA DI PASARAN DAN PASTIKAN IA SENTIASA DIPANTAU DAN DIPERIKSA MENGIKUT JADUAL YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK JABATAN..

TERDAPAT BEBERAPA PIHAK MEMBERI CADANGAN BERKENAAN PERLUNYA PUSAT RESEARCH DAN DESIGN BAGI INDUSTRI MAKANAN HALAL YANG ADA. TUJUANNYA BAGI MENCIPTA BAHAN TAMBAHAN SERTA BAHAN MENTAH ISLAMIK BAGI MENGURANGKAN DOMINASI BARANGAN IMPORT YANG SEMEMANGNYA DIRAGUI KESAHIHANNYA SEKELIAN LAMA..

KAMI MENDAPAT KHABAR ANGIN YANG ..BERKENAAN SAYURAN CAMERON HIGHLAND YANG DIPASARKAN KE BANYAK TEMPAT DI SELURUH NEGARA..

MENURUT KHABAR ANGIN BERKENAAN..

SAYUR TERSEBUT DIMANDIKAN DAN DISAMAK DENGAN AIR KENCING KHINZIR…

ALHAMDULLILLAH ...KENYANG SUNGGUH PERUT KAMI MENIKMATI SAYUR TERSEBUT YANG SEMEMANGNYA LAZAT…BERKHASIAT DAN BERMUTU TINGGI…

KENYATAAN PROVOKATIF..MAAF..

KAMI MEMOHON KEPADA PEGAWAI JABATAN AGAMA MELAKUKAN SERBUAN YANG DISIFATKAN DRASTIK DAN SPONTAN..PIHAK JABATAN TIDAK SEPATUTNYA MENGABAIKAN INTEGRITI DAN PROFESIONALISME DENGAN …

MEMAKLUMKAN TERLEBIH AWAL BERKENAAN SEBARANG SERBUAN DAN RONDAAN..

IA BAGI MENGELAKKAN TERJADI SITUASI BARANG YANG HARAM ITU DIHALALKAN..

HIDUNG KHINZIR DITUTUP DENGAN BULU BIRI-BIRI…

AIR CARLSBERG DITUKAR DENGAN YASIN…

TINDAKAN MEMAKLUMKAN KEDATANGAN SEBELUM SERBUAN AKAN MENYEBABKAN KRISIS PENIPUAN AKAN TERUS BERLANGSUNG..

PIHAK JABATAN SEPATUTNYA TEGAS DALAM SOAL MAKANAN DAN BARANGAN KEPERLUAN LAIN OLEH MUSLIM…

IA SANGAT SENSITIF…

KAMI TIADA MASALAH SEANDAINYA KAUM CINA MAHU MEMBUAT KANDANG BABI TERBESAR DI DUNIA ,DI MALAYSIA..

NAMUN DIMINTA HAK-HAK KAMI DIPELIHARA DENGAN BAIK DALAM SOAL MAKANAN..

MOHON TINDAKAN DARIPADA PIHAK JABATAN ..

SEKALI LAGI KAMI TERKESIMA DENGAN CORAK PEMIKIRAN MASYARAKAT UMUM..

MEREKA SEDIA MAKLUM DAN SEDAR BETAPA ISU KEWANGAN SEMASA SANGAT MENGHIMPIT KEHIDUPAN MEREKA..NAMUN MENERUSI CARA HIDUP,CARA BERBELANJA DAN CARA MAKAN..

MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA SEMEMANGNYA TIDAK SEDAR DIRI DALAM MENGATASI PERMASALAHAN INI..

BUDAYA BERBELANJA DI LUAR KEMAMPUAN ADALAH MELEPASI BATASAN SYARAK…DI SAMPING KEPERLUAN SEPERTI….

KOS KEDIAMAN YANG SEDANG MENINGKAT BEBERAPA KALI GANDA…

KOS BELANJA HARIAN YANG KRITIKAL..

KOS SARA KENDERAAN –MINYAK DAN SERVIS..SUDAH PASTI MENCECAH RIBUAN RINGGIT..

NAMUN SEMACAM IA TIDAK DIAMBIL PEDULI….

DI SINILAH TITIK DI MANA PERKAITAN LANGSUNG KITA DENGAN ALAM MATERIAL YANG GAGAL DICERMATI OLEH RAMAI DALAM KALANGAN KITA SENDIRI..BERCAKAP MAHU MENEGAKKAN HUKUM ALLAH NAMUN BEBERAPA HAL TEKNIKAL SEBEGINI PUN MASIH GAGAL DI PERHALUSI DENGAN BIJAKSANA DAN LESTARI..

PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LEMAH..

KESUKARAN DALAM MENGUMPULKAN BAHAN KITAR SEMULA SECARA OPTIMUM..

PUSAT LONGGOKAN SAMPAH YANG MASIH LAGI MENJADI ISU MENDESAK DALAM BEBERAPA TAHUN MENDATANG..PERTAMBAHAN PUSAT SAMPAH SEBANYAK BEBERAPA KALI GANDA..

KESAN PENGELUARAN KENDERAAN TANPA HAD..

MASALAH LALU LINTAS YANG SEMEMANGNYA TIDAK DIATUR DENGAN BERKESAN…

MASALAH AIR BERSIH YANG BAKAL MENCAPAI GRAF MERAH DALAM BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG..

..

MASALAH KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN DAN ISU GEJALA SOSIAL YANG MASIH MELARAT DI SANA-SINI…

KE MANA HALA TUJU KITA SEMUA..

PERKARA SEBEGINI MEMERLUKAN TANGGUNGJAWAB KESEMUA PIHAK..BUMI INI BUMI KITA BERSAMA-SAMA.

BUMI ALLAH DAN BUKAN BUMI TUN MAHATHIR…

BUMI YANG BERHAK UNTUK DIPELIHARA DAN DIPULIHARA..

KRISIS INI BUKAN ISU TEMPATAN TETAPI IA BAHKAN MENCAPAI TARAF ISU ANTARABANGSA…

..

JANGAN PULA SESIAPA MENGANDAIKAN BAHAWA IANYA ADALAH SATU KONSPIRASI…

BERSAMA-SAMA.. MEMBINA PERUBAHAN DARIPADA DIRI KITA..

MEMBAWA DUNIA IMPIAN DAN HARAPAN KITA ..

DITERJEMAHKAN KE DALAM DUNIA REALITI DAN NYATA…

MENUKAR FANTASI MENJADI MATERIAL..

MENUKAR HARAPAN MENJADI NYATA…

BERGERAK DARI ZON SELESA DAN AMAN …MELANGKAH DENGAN GAGAH KE ALAM BERANI..KE TENGAH GELANGGANG PERMAINAN….

MERUBAH CORAK FIKIRAN , MENGALIH SUDUT PANDANGAN DAN MENUKAR POSISI PENDIRIAN…

USAH MENJADI PAK KADUK DAN TUKANG KIPAS….

JUST LEARN HOW TO BE A VERY GOOD PRESIDENT….TO STAND WITHIN A VERY GOOD LEADERSHIP….

PEOPLE WON’T ACKNOWEDGE YOU AS A PRESIDENT BUT THEY TREAT YOU AS HOW YOU ACCEPTING THEMSELVES.

PEOPLE NEVER LOOKING AT YOU BECAUSE OF YOUR INTELLEGENT,WISDOM OR OTHER BENEFIT BUT BECAUSE OF HOW YOU CAN UNDERSTAND THEM,GUIDE,ADVICE AND LECTURING THEMSELVES THAT COMES AROUND YOU…

BELAJAR MENGHARGAI ORANG YANG PALING RENDAH TARAFNYA MESKIPUN ANDA SEORANG KHALIFAH..

KATA KUNCI PENTING BAGAIMANA MAHU MENJADI PEMIMPIN YANG ADIL DAN BERMARUAH….

MENJADI PEMIMPIN KEPADA DIRI SENDIRI….

DAN PASTINYA DOA PEMIMPIN SEBEGINI PASTI DIANGKAT DI SISI ALLAH….

SANGAT PASTI..

BERSAMA-SAMA ARTIKEL PILIHAN ..UMMAT TERAKHIR DAN DR . ASRI..

PERCAYA atau tidak, pemikiran sebilangan besar daripada kita hanya tertumpu kepada duit dan wang. Demi duit, ramai orang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sekeping dua kertas berwarna yang mewakili nilai-nilai tertentu untuk membeli barang.

Setiap hari selepas bangun daripada tidur, akal dan jiwa sudah mula berfikir mengenai duit. Sang ibu memikirkan duit belanja untuk membeli barang dapur. Sang suami pula memikirkan duit untuk membayar hutang rumah dan kereta, beli susu anak, lampin, nafkah keluarga dan bermacam lagi.

Hidup ini bagi mereka, sangat-sangat memerlukan duit. Tanpa duit, hidup akan tunggang terbalik.

Demi duit, orang sanggup berjuang. Berjuang dengan cara cari duitlah, apa lagi? Apabila hidup makin tertekan kerana tiada cukup wang untuk terus hidup, maka hidup pun jadi bermasalah. Itu semua sebab asyik fokus memikirkan duit, duit dan duit.

Orang berfikir macam mana mahu isi minyak kereta yang dikatakan mahal, macam mana mahu beli ayam yang makin mahal sejak harga siling bagi ayam dimansuhkan sedangkan duit hanya tinggal 50 ringgit dalam dompet, macam mana mahu sekolahkan anak sebab tidak punya duit sepenuh tempayan, macam mana mahu beli gula dan tepung dan juga beras sebab tidak ada duit. Setiap hari, ramai orang memikirkan duit.

Disebabkan mahu memenuhkan kantung masing-masing untuk selesaikan masalah duit, maka ia jadi peluang kepada sebilangan orang yang lain pula untuk mempergunakan orang yang tidak berduit.

Orang yang tidak berduit diibaratkan seperti orang yang sedang lapar. Dan, orang yang telah lama lapar pula mudah panas baran kerana fikirannya hanya fokus kepada niat mahu makan. Begitu juga dengan orang yang tidak ada duit, fikiran mereka hanya fokus kepada mahukan duit.

Apabila datang janji daripada seseorang yang kononnya boleh menyelesaikan masalah poket mereka, maka orang-orang yang tiada duit dan juga orang-orang yang tamak duit akan mudah bersorak meraikan janji-janji itu. Dijanjikan elaun tanpa perlu bekerja, dijanjikan gaji yang minimum dalam kelas ‘boleh tahan’ , dijanjikan wang mudah atau easy money dan bermacam lagi janji yang menjanjikan duit dan kesenangan yang digambarkan sebagai ‘lebih senang’ daripada sekarang.

Mahu hidup senang, itu juga berkaitan duit. Semua arah tuju hidup telah dan sedang berputar berpaksikan duit. Apabila harga produk petroleum naik, ada yang bising kerana tidak ada duit untuk menanggung kos petrol dan diesel, tetapi ada juga yang tidak kisah. Samalah juga dengan apabila harga barang mula naik, ada yang bising dan ada yang tidak kisah. Yang bising itu ialah yang tidak ‘jenuh’ dengan duit, manakala yang tidak kisah pula ialah yang hidup mereka sudah ‘jenuh’ dengan duit.

Pemikiran yang terlalu fokus kepada soal duit adalah satu kelemahan. Pemikiran akan mudah terpesona apabila datang janji yang menjanjikan masalah duit itu akan selesai kalau melakukan beberapa syarat (sokongan politik adalah yang paling popular, easy money yang kedua popular dan pelan perniagaan pula yang ketiga popular).

Apabila bercakap soal rasuah, ia juga berkaitan duit. Duit, banyak sungguh masalah yang timbul disebabkan duit. Hidup boleh jadi huru hara kalau tiada duit (bagi sesetengah orang), malah negara juga boleh jadi huru hara kalau semua orang hanya mahu hidup senang berenang-renang dalam kolam yang penuh dengan duit.

Ramai yang hanya memikirkan kantung duit sendiri, dapat duit senyaplah mulut, dapat duit lancarlah projek, dapat duit mewahlah hidup. Beri duit, banyaklah orang suka, banyaklah orang sokong, banyaklah orang puji. Apabila berjanji mahu bagi duit kepada orang pain pula, ramailah yang balas dengan harapan. Bukan hidup berputar dalam paksi duit, tapi hidup sudah diputarkan oleh duit dan janji diberikan duit sehingga hilang paksi (kewarasan) yang sepatutnya.

Jadi, apa masalah kita? Adakah masalah hidup kita dicetuskan oleh duit semata-mata? Atau, memang fikiran kita ini yang asyik fokus memikirkan duit sahaja?

Teringat kisah lima tahun lalu di Bangsar ketika saya (STALKER) bersama SHAHi, DRIFTER dan CLOVER minum kopi bersama di sebuah kedai mamak sebelum DRIFTER ambil keputusan berhenti kerja (pendapatan bulanan DRIFTER sudah mencecah lebih RM10 ribu ketika itu) kerana dia mahu merantau keliling dunia. Dia masih bujang dan muda, tiada masalah baginya untuk merantau selama mana yang dia suka. SHAHi pula berhijrah ke United Kingdom pada tahun lepas selepas ditawarkan kerja dalam bidang yang sama dengan kami bertiga di sana.

DRIFTER (perantau) beritahu kepada kami bertiga mengenai niatnya. Dia mahu merantau dengan hanya membawa duit yang cukup-cukup sahaja. Apabila sampai di negara yang dia mahu, dia akan hidup dengan cara bekerja sementara biarpun gaji kecil termasuk mencuci pinggan di restoran di negara asing, dia tidak kisah asalkan ada sedikit wang untuk makan, itu sudah mencukupi. Dia memilih untuk hidup susah, dia nekad wang bukan segala-galanya.

Apabila sudah cukup wang, dia akan terbang dengan pesawat atau naik tongkang ke negara lain pula sehingga dia ‘menemui diri’ yang sebenar dan menemui jawapan-jawapan yang dia cari. Kini, dia masih merantau dan kami namakan dia dengan nama pena DRIFTER. Katanya, dia hanya mahu bergerak seperti dirinya itu adalah kompas. Walaupun tidak berbekalkan peta semasa merantau, tetapi dia tahu ke mana dia pergi. Ketika masih bekerja di Malaysia pula, dia memang tidak pernah sesat jalan semasa mencari lokasi tugasan sejak mula bekerja pada hari pertama. Dia tahu ke mana dia pergi.

Kini, hidup DRIFTER hanya merantau dan semasa tempoh merantau itu selama lebih empat tahun lalu itu, ada sekali dia pulang ke Malaysia. Baginya, ia tidak wajar ditakrif sebagai ‘pulang’ kerana Malaysia adalah laluannya dalam tempoh merantaunya itu. Ketika berada selama lapan bulan di Malaysia, dia bekerja sebagai pengutip tin minuman terbuang, mencuci pinggan mangkuk di Jalan Bonus sedangkan dalam akaun banknya di Malaysia memang ada banyak wang, dia kemudian berangkat ke Brunei.

Saya pula diamanahkan supaya mengirim wang belanja kepada ibu bapanya di kampung, disebabkan tidak punya cukup masa untuk menguruskan kiriman wang seperti diamanahkan, saya membuat autodebit dari akaun DRIFTER ke akaun ibu bapanya di kampung.

Dia kata: “I just following the route, the route just drop me here (Malaysia) for a while and I am not really at home yet, mak bapak aku selalu restu keputusan aku ini sebab mak bapak aku kenal niat aku.” Katanya dalam slanga yang sudah bercampur baur dengan banyak dialek bahasa bangsa-bangsa dunia.

Sepanjang lapan bulan singgah di Malaysia, saya berpeluang bertanya mengenai pengalamannya dan niat sebenarnya untuk merantau. Kata DRIFTER, dia sudah tidak pentingkan duit. Kerana baginya, pemikiran dan iman manusia akan rosak kalau terlalu mementingkan duit. Katanya lagi, nafsu akan mudah melenting kalau harga barang naik.

Selama empat setengah tahun dia merantau, dia bersyukur dengan sedikit rezeki. Pernah dia berjalan sejauh beratus kilometer selama berhari-hari merentas bukit bukau sehingga kurus kering kerana tiada wang untuk membayar tiket bas, bermalam di kaki lima, pengalaman disamun oleh penyamun yang sangat mahukan wang, katanya wang sangat menyusahkan kalau kita terlalu fokus mengenainya.

Kini, dia sudah tidak kisah kalau tidak ada wang kerana rezeki itu bukan urusannya, tetapi rezeki itu urusan Allah. Dia tidak akan melenting kalau harga makanan di Jepun terlalu mahal hanya kerana semata-mata tiada wang untuk membeli makanan. Baginya, kalau ada sikit duit, ada lah. Kalau tiada wang, hiduplah seperti biasa dan jangan memikirkan soal wang.

Itu pengalaman DRIFTER yang bersangkut paut dengan masalah wang seperti dalam artikel ini. Namun, bukan jawapan kepada masalah wang yang DRIFTER cari. Dia mencari seseorang yang juga sedang merantau sepertinya, yang bergerak bebas sepertinya, mencari seseorang yang tidak terkongkong oleh masalah keduniaan, untuk belajar daripada orang itu yang hanya dikenalinya melalui ‘tenaga’ sejak sekian lama tanpa mengetahui namanya. Orang yang dicarinya itu pula seperti mahu mengujinya sehingga menjadi sukar untuk dikejar keliling dunia. Namun, DRIFTER seronok dalam kejar mengejar itu kerana dia sudah tidak kisah dengan masalah-masalah keduniaan.

--

Seluruh hidup sebilangan besar daripada kita hanya fokus kepada duit. Matlamat hidup hanya ditumpukan kepada duit. Lihatlah keadaan sekeliling, pemikiran sebilangan orang boleh dipengaruhi dengan hanya dijanjikan duit dan kesenangan hidup. Pemikiran sebilangan daripada kita mudah terpesona apabila dihidangkan duit.

Ada sebilangan pula, melenting apabila tidak dapat projek berjuta-juta dan melenting apabila bisnes kerugian yang dikatakan berpunca daripada salah orang lain. Sedangkan pemikiran tidak ditumpukan kepada ‘rezeki itu urusan Allah’. Tidak dapat projek itu bukan salah orang lain, tetapi kerana ia rezeki milik orang lain yang lebih berhak melebihi kita.

Kita rugi bisnes pula bukan disebabkan salah orang lain, tetapi terimalah semua itu sebagai ujian dan pengajaran daripada Allah supaya menunaikan segala hak-Nya seperti jangan menipu dalam pentadbiran akaun untuk mengelak daripada membayar zakat, cukai dan tanggungjawab sosial kepada agama dan negara.

Tetapi apabila asyik memikirkan wang untuk menggemukkan akaun bank sehingga iman menderita kebuluran, itu sudah tidak seimbang wahai tuan-tuan. Seluruh hidup kita jangan terlalu difokuskan kepada wang, tetapi fokus kepada yang sepatutnya. Bersyukur dengan segala yang ada, jangan tamak memikirkan wang.

Bak kata ramai orang: kalau memikirkan duit, sampai kiamat pun duit tak akan pernah cukup.

Terlalu memikirkan wang, samalah seperti mengikut kata nafsu sehingga akal mabuk lesu memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Dan, jangan mudah terpesona apabila dijanjikan wang mudah.

Islam tidak menghalang pemilikan harta dan berjual beli itu sememangnya dihalalkan. Tetapi, harta dan kekayaan bukan tujuan utama hidup kita. Pak cik dan mak cik di kampung yang mudah terpedaya dengan janji skim itu dan skim ini juga akhirnya berputih mata kerana terlalu mahu mengikut nafsu untuk mendapat banyak wang yang lebih banyak. Semua kerana wang, tetapi wang bukan segalanya.

Kita tidak meninggalkan jawapan di sini, hanya santai-santai sekejap di hujung minggu ini supaya berfikir mengenai fokus hidup kita.

Kita hanya mahu meninggalkan kata kunci kepada para individu ESP yang sudah 'dijemput' iaitu berusahalah untuk HIDUP BEBAS DARIPADA MASALAH KEDUNIAAN DENGAN JALAN HALAL. Berfikirlah mengenainya. Kegagalan berfikir mengenainya akan menjerumuskan kita menjadi hamba duit dan nafsu yang tidak pernah cukup dan tidak pernah puas.

- I DO LOVE ABOUT THIS POINT..

Hiduplah dengan bebas di atas landasan lurus, jalan Allah. Belajarlah daripada kisah Nabi Muhammad berpuasa sunat bersama Aisyah kerana tiada makanan untuk dijamah. Itulah antara kunci untuk bebas ke tahap berikutnya.

The Bull and The Bear, MASALAH?

..

DR ASRI..

Hudud Dan Beberapa Gambaran Salah

Disiarkan pada Sep 29, 2011 dalam kategori Akidah

HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.

Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:

“Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)

Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah. Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau ‘suruhanjaya rasuah’.

Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta oleh ‘Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:

“Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”.( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H).

Membezakan Jenis Jenayah

Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.

Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):

“Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui”. (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah/1405H)

Hudud Dan Hak Privasi

Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang ‘spy’ dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”

Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:

“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”. (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.)

Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :

“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.

Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”.( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).

Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).

Membina Masyarakat Yang Pemaaf

Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:

“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.

Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Hudud Memerlukan Ijtihad Baru

Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.

Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment).

SEKIAN TERIM KASIH KEPADA ARTIKEL BERKENAAN..

JAZAKALLAH DAN MA’AS SALAMAH…

SALAM..

Followers