Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 13 Oktober 2012

AN URGENT : EMERGENCY CALL



SILA AMBIL PERHATIAN SEBENTAR..
ATTENTION PLEASE.


Kita sedang berhadapan dengan golongan yang BERSARANG KEBENCIAN DI JIWANYA   dan bertopengkan slogan kebaikan CHARITY,WELFARE,JUSTICE..
Akhirnya..


PENGUASAAN  99 % MARGIN  PENDUDUK DUNIA  OLEH 1% KUMPULAN MINORITI...BERJALAN DENGAN PENUH KECEMERLANGAN...


KAMI MENGAJAK ANDA MELIHAT SENARIO ZAMAN PEPERANGAN PARA SAHABAT..NABI MUHAMMAD TELAH MENGAJAR BAHAWASANYA PEMIMPIN HENDAKLAH DAN MESTI SENTIASA BERADA DI SAF HADAPAN. SUPAYA SELURUH SENJATA MUSUH MUDAH DIACUKAN TEPAT KEPADA PARA  PEMIMPIN MUSLIMIN. AMIRUL  MUKMININ ADALAH KETUA YANG AKAN BERHADAPAN SEGALA RISIKO ,TENTANGAN DAN SERANGAN TEPAT MUSUH. SEBAB ITU GARIS PANDUAN UNTUK MENJADI KETUA BAGI MUSLIM SANGAT KETAT...
SUNGGUH KETAT...
SEBAGAIMANA DOA NABI IBRAHIM A.S..


YA ALLAH JADIKAN AKU PEMIMPIN BAGI SEKALIAN MEREKA YANG BERTAQWA..


KETUA MUSLIMIN ADALAH PEMANGKU SEGALA JIWA ORANG ISLAM JUSTERU KERANA MEREKA ADALAH ORANG PALING ATAS DI DALAM RANKING UNTUK DITAATI PERINTAH MEREKA. 


MEREKA SIMBOL PENYATUAN SATU UMMAT..KETUA BAGI  MUTTAQIN BERSATU..


DAN KETAATAN KEPADA MEREKA HAMPIR MENYAMAI TARAF UNTUK TAAT KEPADA  BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. TAAT YANG SANGAT BENAR. KETAATAN KEPADA MEREKA JUSTERU KERANA NILAI TAQWA MEREKA YANG CUKUP BERKUALITI DAN MENGGERUNKAN..

INGAT LAGI ..SAIDINA UMAR MEMBEBASKAN PALESTIN DENGAN MENUNGGANG KUDA SEORANG DIRI.  BELIAU HANYA DIIRING ESKORT YANG HANYA BEBERAPA HARI KEMUDIAN TIBA SETELAH BELIAU BERADA  DI PALESTIN. DALAM PERJALANAN PARA TENTERA UMAR DAN UMAR SENDIRI,MEREKA PADA KETIKA ITU TELAH DIUJI KEIMANAN MEREKA OLEH PADERI  KRISTIAN DENGAN BEBERAPA UJIAN YANG MENCABAR. HARTA DAN WANITA ..

DAN MAKLUM DENGAN HANYA BERBEKALKAN...


KETAKUTAN KEPADA HANYA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM..

BERHATI-HATI DALAM MELAKSANAKAN SYARIAT DAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM..


MAKA ALLAH TELAH MELETAKKAN KETAKUTAN DALAM HATI KAFIRIN TERHADAP ORANG ISLAM..

GARA-GARA KUALITI KEPIMPINAN UMAT ISLAM DAN KEUTUHAN JIWA PARA MUSLIMIN.

TIDAK LAIN TIDAK BUKAN KERANA KEKUATAN SATU UMMAT ISLAM DI BAWAH KETUA YANG BERKUALITI..

NAMUN IA KINI TINGGAL SEJARAH...

DAN KINI..

DENGAN MENGGUNAKAN SLOGAN MANUSIA BERTAMADUN SEBAGAI  AGENDA UNTUK MEMRANGKAP MASYARAKAT DUNIA AGAR BERSAMA-SAMA  MENENTANG  KEBANGKITAN ORANG ISLAM..HANYA MUSLIM..


GOLONGAN YANG PALING DITAKUTI ADALAH..


GOLONGAN SATU UMMAT..ORANG-ORANG ISLAM YANG BERSATU DENGAN HANYA SATU IDENTITI SAH..MUSLIM(MELAYU )..BUKAN ARAB,CHINA,INDIA,MORO,JAPAN  DAN SEBAGAINYA..

UMMAT DENGAN SATU PIMPINAN  DAN SATU SAF PERJUANGAN YANG TERSUSUN..

TEGUH DENGAN AKIDAH YANG MANTAP,KETAQWAAN TAHAP PARA SAHABAT DAN SALAF,SYARIAT YANG MULIA DIANGKAT MENERUSI AKHLAK YANG DITERJEMAHKAN DI SETIAP SPEKTRUM KEHIDUPAN..

MENGIMPLEMENTASI ISLAM   SECARA SOLID DAN HOLISTIK,LENGKAP DAN KOMPREHENSIF..BUKAN HANYA RETORIK DAN SLOGAN..


SEKALI LAGI..INILAH GOLONGAN SASARAN UTAMA YANG MAHU DITEWASKAN..
MEREKA SENGAJA MEMERANGKAP KITA (UMMAT ISLAM SELURUHNYA )UNTUK MEMPASTIKAN KITA SENTIASA BERADA DI BAWAH TELUNJUK MEREKA. MEREKA SEDANG DAN TELAH MENGAWAL TINGKAH LAKU DAN SETIAP GERI NADI BAHKAN SEHINGGA NALURI HATI KITA SENDIRI .
MENGAWAL ROH MANUSIA..
MENGHAPUSKAN ROH ..

DAN MENJANA HIDUP MANUSIA DEMI SESUATU YANG SELAIN DARIPADANYA..
ROH MANUSIA BOLEH DIALIHKAN DAN DIPINDAHKAN SECARA GANTIAN..IANYA SAMA DENGAN KAEDAH MEMINJAM WAJAH DAN IDENTITI TOM CRUISE DAN DIIMPLAN KEPADA TUBUH SEORANG LELAKI BERNAMA SUDIN BIN KEPET. 

IDENTITI ASAL ADALAH SUDIN TETAPI TELAH DIPINDAH DENGAN WAJAH TOM CRUISE..

PROSES IMPOSTER..SEAKAN-AKAN TETAPI..

PERCAKAPAN RETORIK YANG MENGAGUMKAN NAMUN AKHIRNYA KITA YANG  DITIPU..

MENAMPALKAN WAJAH DENGAN WAJAH YANG LAIN. DAN AKHIRNYA HIDUP LAMA SUDIN YANG PENUH DENGAN KECEWA DAN TEKANAN AKHIRNYA DIGANTI DENGAN KEMAHSYURAN DAN KEMEWAHAN LUAR BIASA.
HANYA SEKELIP MATA.

TETAPI TIDAK SEMUDAH ITU..TOM CRUISE YANG SEBENAR MESTI DIHAPUSKAN AGAR ..

AGAR KEBENARAN TIDAK DIDEDAHKAN...

KONSEP,ORIENTASI SERTA RANGKUMAN DALAM BENTUK  EPISTIMOLOGI SELURUHNYA ,PATUT DAN DIJELASKAN MERANGKUMI KONTEKS DEMOGRAFI GLOBAL  YANG LEBIH MELUAS...


APABILA SUDIN MENERIMA WAJAH TOM CRUISE MAKA DIA AKAN MENDAPAT KEHIDUPAN SEMASA TOM CRUISE WALAUPUN DALAM ERTI KATA LAIN..
SUDIN TIDAK LAGI WUJUD ATAU..

DIHAPUSKAN SECARA REALITI..

REALITI  DAN ILUSI...

ADAKAH SUDIN ITU ILUSI DAN  TOM CRUISE ITU REALITI...

ATAU SUDIN ITU REALITI DAN TOM CRUISE ITU ILUSI..

IA TERGANTUNG KEPADA ORIENTASI PERSPEKTIF SI PEMERHATI..

KAEDAH INI JIKA DIAPLIKASI KEPADA INDIVIDU BERJAWATAN PENTING SEPERTI PRESIDEN OBAMA ATAU DATO SERI NAJIB TUN RAZAK..PASTI RAKYAT BAWAHAN AKAN KERIBUTAN..BAYANGKAN DALAM SATU RANCANGAN KHAS KETIKA PERDANA MENTERI SEDANG  BERUCAP DAN MENYAMPAIKAN BAJETL,MUNCUL SEORANG LELAKI BERWAJAH SAMA ,LANTAS MENDAKWA DIRINYA..
AKULAH NAJIB YANG  SEBENAR..

MAKA KEKELIRUAN DAN KERIBUTAN MELANDA  SELURUH NEGARA.
ARAKIAN...

HANYA NAJIB SEBENAR  MENGETAHUI HAKIKAT DIRI ..
BUKAN SI PEMINJAM WAJAH..


DUNIA AKHIR ZAMAN INI,KITA KERAPKALI MENGAMBIL DAN  MENIRU DARIPADA BUDAYA,BAHASA ,HURUF BAHKAN SEHINGGA PAKAIAN ORANG DI SEKELILING AGAR KITA TIDAK DILIHAT ASING OLEH ORANG LAIN. KITA TIDAK PERNAH BERUSAHA UNTUK MEMPELAJARI APA YANG ADA DI SEBALIK DIRI KITA SEBENARNYA. APA YANG ADA DI BALIK TABIR TIRAI SEJARAH KEHIDUPAN KITA.
BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SEJARAH SEBENAR DIRI KITA SEDANGKAN SEJARAH KITA SENDIRI TELAH DIRACUN DAN DIDOGAM DENGAN RAKUSNYA..

GARA-GARA TERLALU JAUH MEMANDANG KE HADAPAN..


JIKA PANDANGAN  HADAPAN ITU AKHIRAT .ALHAMDULILLAH...MENGANGKAT DAN MEMAKNAI MARTABAT SYARIAT ISLAM,MENJUJUNG PERLEMBAGAAN AGUNG AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN AGUNG HIDUP MANUSIA BERTAMADUN SERTA AS-SUNNAH YAKNI TELADAN DAN TAULADAN PARA ANBIA DAN SEKALIAN PARA RASUL..


DAN SEBENARNYA..PARA PAHLAWAN MELAYU SILAM KEBANYAKAN PARA  HUFFAZ DAN PENJAGA SYIAR ISLAM. MEREKA MEMELIHARA BUDAYA ISLAM DALAM KEHIDUPAN..MENGKHIANATINYA JAUH SEKALI-KALI.

JIKA DUNIA...PADAH..

.VISI 2020,MISI 2018,NEGARA MAJU ,PEMODENAN NEGARA  BANGSA,NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI DAN SEUMPAMANYA...

DALAM TAKTIK PEPERANGAN..

MENGHAPUSKAN WARISAN,SIMBOL,LAMBANG ATAU APA JUA YANG MEMBERI IDENTITI SESUATU BANGSA YANG DIJAJAH..

ADALAH SUATU KEMESTIAN DAN KEWAJIPAN..

SUPAYA GENERASI YANG DIJAJAH ITU,AKAN HILANG JATI DIRI ,NILAI SERTA TUJUAN HIDUP MEREKA. 

DAN AKHIRNYA  MEREKA AKAN MENJUNJUNG TINGGI SEGALA APA YANG DITINGGALKAN PENJAJAH KEPADA MEREKA..

MODUS OPERANDI INI JELAS SEMASA PASCA KEJATUHAN TURKI UTHAMNIYYAH..
APABILA KAMAL ATTARTURK MEMERINTAH,LALU DIA TELAH DIPERINTAHKAN UNTUK MENGHAPUSKAN SEGALA BENTUK BAHASA ARAB,PAKAIAN,BAHKAN TRADISI DAN PENDIDIKAN YANG BERKAITAN LANGSUNG DENGAN SIMBOL  ARAB.
DAN WAJAH ARAB ,IMEJ ARAB  HILANG TERUS DARI BUMI ANKARA..
TURKI MENJADI SEBAHAGIAN KAUM EROPAH...

BERMISAI TEBAL,BERKOT,BERKEMEJA,BERSELUAR,BERKASUT ..BAHKAN  BAHASA JUGA DITUKAR..

DAN TURKI SECARA RASMINYA MENJADILAH TURKI YANG BARU..
A NEW CIVILIZED   TURKEY..

WAJAH ARAB TURKI ISLAMIYYAH TELAH BERUBAH 360  DARJAH MENJADI TURKI EROPAH...

DAN BUKAN ITU SAHAJA...SELURUH NEGARA YANG PERNAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA BADAN  KERAJAAN TURKI ISLAMIYYAH..KINI MENJADI NEGARA BARU DENGAN LAMBANG DAN JATA NEGARA MASING-MASING..MEMBAWA SATU SIMBOL IDENTITI YANG BARU..

NEGARA BERPAKSIKAN INDIVIDUALISTIK..


NEGARA BESAR DIPECAHKAN DAN  MENJADI NAFSI-NAFSI..
KAUM KUFAR YAKNI MEREKA YANG MEMUSUHI ISLAM DENGAN BANGGA MENGANGKAT DIRI MEREKA  SEBAGAI RAJA( YANG TERLINDUNG ) SETELAH MEREKA BERJAYA MENJATUHKAN TAMADUN ISLAM..MEREKA MENJAJA CERITA DI DUNIA GLOBAL BAHAWASANYA UMAT ISLAM ADALAH PEMBAWA VIRUS KEPADA KEMUNDURAN KEHIDUPAN INSAN,EKSTREMIS,STEREOTAIP DAN JUMUD,MENOLAK  PEMBANGUNAN,PENINDAS WANITA,PEROSAK ALAM,GEMAR BERPERANG SESAMA SENDIRI   DAN SEUMPAMANYA..


DAN LEBIH BURUK DAN PARAH.SEGALA TUDUHAN INI DIBENARKAN OLEH HAMPIR   KESELURUHAN NEGARA BERMAJORITI  MUSLIM..TIDAK KIRA SUNNI ATAU SYIAH..
LALU AKIBAT DITEKAN DAN DITUDUH DENGAN GELARAN YANG SEDEMIKIAN BERAT MAKA AKHIRNYA NEGARA YANG DULUNYA PERNAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA NEGARA ISLAM TURKI,SEAKAN-SEAKAN BERIMAN DENGAN TUDUHAN BERKENAAN LANTAS,SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBUANG SEGALA BENTUK IMEJ DAN LAMBANG ISLAM YANG BERKAITAN DENGAN DIRI MEREKA.


KELAHIRAN   “SENSE OF INFERRIORITY COMPLEX” DALAM DIRI UMAT ISLAM AKHIRNYA MENJADIKAN UMAT ISLAM MULA MENJAUHKAN DARIPADA ‘TERAS’ ATAU ‘CORE’ AJARAN ISLAM ITU SENDIRI.


DAN HADITH NABI MUHAMMAD S.A.W, KAMU AKAN MENGIKUTI JEJAK LANGKAH KAUM INI SATU PERSATU BAHKAN SEHINGGA MEREKA MASUK KE LUBANG CACING JUGA,KAMU TETAP AKAN MENGEKORI MEREKA..
ADAKAH YAHUDI DAN NASRANI KAUM YANG ENGKAU  MAKSUDKAN ITU WAHAI RASULULLAH..


SIAPA LAGI KALAU BUKAN MEREKA...


TIDAK AKAN REDHA YAHUDI DAN NASRANI TERHADAP KAUM MUSLIMIN SELAMA-LAMANYA...SELAGI ADA ORANG ISLAM BERNAFAS MAKA SELAGI ITULAH MEREKA AKAN BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN UMMAT ISLAM...DALAM APA JUA KAEDAH , STRATEGI,PERANCANGAN ATAU  AGENDA   SEKALIPUN..


JANGAN TERPERANGKAP....... 


..TIDAK SEMUA YAHUDI DAN TIDAK SEMUA NASRANI ADALAH YAHUDI DAN NASRANI SEBAGAIMANA DIMAKSUDKAN BAGINDA..
HANYA SEGELINTIR KAUM YAHUDI DAN NASRANI SAHAJA..
YAKNI MEREKA YANG KUFUR PADA PERJANJIAN  UNTUK BERBAIK-BAIK DENGAN KAUM MUSLIMIN SAHAJA YANG DIMAKSUDKAN BAGINDA. 

GOLONGAN INILAH YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI PENGUASA PERMAINAN POLITIK DUNIA..


ATAU KONSPIRATOR DUNIA...

PENGAWAL INDUSTRI DAN PENENTU SIAPAKAH YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SELEPAS INI..

MEREKA  MERUPAKAN PENCIPTA DAN PENENTU KEPUTUSAN  AWAL. DALAM MASA SPR TERPAKSA BERHABIS RATUSAN JUTA WANG RAKYAT, TIBA-TIBA TANPA DIKETAHUI UMUM,KEPUTUSAN ITU TELAHPUN DITENTU LEBIH AWAL OLEH GOLONGAN INI..

DALAM PERMAINAN PENJAJAHAN ABAD MODEN,PERANG ZAMAN BARU..

SIAPA YANG MENULIS UNDANG-UNDANG..

DAN SIAPA YANG MENGUASAI ALIRAN PERGERAKAN  KEWANGAN SESEBUAH MASYARAKAT DAN NEGARA..

MAKA MEREKALAH RAJA YANG MENGUASAI..
THE KING..

THE HIDDEN KING..

THE NEW WORLD ORDER...SECOND  WAVE...

SELAMAT DATANG..

PERHAMBAAN ABAD INI SUDAH MENJADI KOMPLEKS
 ..HARI INI MANUSIA TELAH DIPERHAMBAKAN DENGAN WANG DAN STATUS SOSIAL,KEMEWAHAN,KEHEBATAN DUNIA,GELARAN DAN NAMA,IMEJ ANGGUN DSB. 


HAMBA MODEN INI MENJADI SEMAKIN SERONOK APABILA NAFSU MEREKA DIPENUHI SELAGI MANA MEREKA TERUS TAAT MENDENGAR PERINTAH DARIPADA ARAHAN YANG MEREKA SENDIRI TIDAK JELAS TENTANGNYA..


Dan paling teruk berkaitan  hamba ini,mereka tidak sedar BAHAWA   MEREKA SEDANG DIPERHAMBAKAN DENGAN SEKONYONG-KONYONGNYA...

KONSPIRATUS: YANG PERLU ANDA TAHU

NEW WORLD ORDER GELOMBANG KEDUA




KETIKA sebelum atau pra-Perang Dunia Kedua (pre-WW2), beberapa pemimpin dunia termasuk diktator Fuhrer Nazi Jerman, Adolf Hitler pernah mengucapkan hasrat membina New World Order (NWO) sejak tahun 1938. Malah, pada Perang Dunia Pertama juga, slogan NWO juga pernah beberapa kali disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin dari jenis warmonger atau petualang perang.

Pada ketika WW2 berlangsung pula, kuasa (keupayaan) ketenteraan Amerika dibawa masuk ke dalam ujian besar dan apabila Amerika lulus ujian itu, maka ia diberi kuasa veto disebabkan kekuasaannya dalam ketenteraan. Kuasa veto itu diberi selepas entiti Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) ditubuhkan.

Kemudian pada tahun 1991, Presiden Amerika pada ketika itu, George H.Bush sekali lagi mengulangi kata-kata Hitler untuk mendirikan NWO iaitu pada ketika Amerika bersama sekutu memerangi Iraq dalam Perang Teluk 1.

Gelombang pertama NWO bermula sejak pra-WW2 atau lebih awal sejak pra-WW1 atau jauh lebih awal daripada itu. Ia digerakkan dengan taktik licik dengan mengheret beberapa negara di dunia untuk dihumban ke dalam suasana peperangan.

Situasi perang pula menyebabkan setiap manusia terlalu sibuk untuk menjaga dirinya sendiri serta seluruh keluarga mereka daripada bahaya peluru sesat atau sebagainya. Ketegangan antarabangsa yang dicipta sejak tahun 1939 akhirnya meletus apabila WW2 meledak dalam pentas dunia.

Dengan meledaknya WW2, manusia telah ‘disibukkan’ dengan perang sehingga lalai terhadap satu perkara besar yang lain. Pada ketika manusia sibuk untuk menjaga keluarga dan diri sendiri daripada bahaya perang, dan pada ketika manusia sibuk memerdekakan negara masing-masing daripada kolonial Barat, pada ketika itu jugalah entiti tersembunyi menggerakkan segala usaha mereka untuk mendapatkan Palestin.

Akhirnya pada 14 Mei 1948, iaitu beberapa tahun selepas berakhirnya WW2, gerakan Zionis dan sekutunya berjaya menceroboh masuk ke Palestin untuk membuka negara haram dengan menzalimi penduduk Arab di Palestin. Semua itu berlaku selepas hampir semua manusia di dunia ini dipaksa untuk sibuk (dilalaikan) dengan WW2 dan disibukkan lagi dengan membina semula negara masing-masing selepas tamat WW2. Itulah perkara besar yang digerakkan mereka pada kita dipaksa untuk sibuk.

Berdirinya negara haram Zionis di bumi Palestin, dan termaktubnya Amerika sebagai kuasa besar yang lulus ujian WW2, maka NWO telah pun bermula dalam gerak kerja gelombang yang pertama. Bermula 1948 hingga hari ini, gelombang pertama (yang banyak peringkat) itu masih berjalan dan anda semua sedang hidup dalam NWO tanpa anda sedari.

JANGAN BERMIMPI DENGAN MENGATAKAN NWO AKAN DILAKSANAKAN, WALHAL SEBALIKNYA ANDA SUDAH PUN HIDUP DALAM NWO KERANA IA SEDANG RANCAK DILAKSANAKAN. MARI KITA BERCERITA SEDIKIT MENGENAI APA YANG BERLAKU DI PERMUKAAN (SAHAJA) SUPAYA ADA YANG SUDI FAHAM.

Setelah tamat WW2, Amerika dan Britain mula melaungkan slogan keamanan supaya dunia tidak lagi terheret dalam kancah perang besar yang mendatangkan kemusnahan global. Pada ketika itu, bermula 1945 hingga 1970, idea-idea keamanan mula dipromosi ke peringkat antarabangsa secara konsisten.

FAHAMAN LIBERAL, HAK ASASI MANUSIA, HAK SAMA RATA DAN LAIN-LAIN FAHAMAN HUMAN-CENTRIC DISERAP MASUK KE DALAM MINDA MANUSIA. IA DILAKSANAKAN DENGAN RESIPI YANG CUKUP MUDAH, MURAH TETAPI SANGAT MENGUNTUNGKAN DARI SEGI EKONOMI DAN PERANG SARAF IAITU MELALUI PROMOSI BUDAYA JALANAN BERORIENTASI HIBURAN.

Perkembangan budaya hippies (kemuncak pada 1960 hingga 1979) adalah contoh paling mudah dan paling dekat. Hippies bermula sebaik sahaja tamat WW2. Sebelum dan semasa WW2, situasi tegang di Eropah dan Amerika menyebabkan manusia hidup dalam keadaan tidak bebas kerana terdedah kepada risiko peperangan.

Namun setelah tamat WW2, mereka akhirnya menikmati kebebasan dan mahu mengajak manusia hidup aman tanpa peperangan supaya dapat melakukan apa sahaja yang dimahukan tanpa perlu takut-takut lagi kepada risiko berperang.

Ketika itulah, fahaman liberal dimasukkan secara besar-besaran ke dalam minda setiap manusia. Apabila liberal dimasukkan, fahaman hak sama rata dan hak asasi manusia yang melampaui batas akan masuk dengan sendirinya tanpa perlu disumbat-sumbat lagi ke dalam lubang telinga yang bersambung ke otak.

SEWAKTU BUDAYA HIPPIES DALAM TAHUN-TAHUN KEMUNCAKNYA, LELAKI DAN WANITA BEBAS MANDI BERBOGEL BERSAMA-SAMA DI SUNGAI-SUNGAI DAN ITU YANG MEREKA KATAKAN SEBAGAI KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA YANG MENYERONOKKAN DAN PATUT DINIKMATI OLEH SEMUA MANUSIA YANG MENCINTAI KEAMANAN KERANA TIADA LAGI PEPERANGAN. TIADA PEPERANGAN ITU MEMBAWA MAKSUD MEREKA BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA YANG MEREKA SUKA.

JADI, APA MAKSUD NWO YANG SEBENARNYA? APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘ORDER’ YANG SATU ITU? APAKAH NEW ORDER OF THE WORLD ITU?

NWO terlaksana sebaik sahaja fahaman liberal diterima oleh manusia. Liberal yang macam mana wahai tuan-tuan, puan-puan, dato-dato, datin-datin, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua? Liberal yang macam mana?

LIBERAL YANG MENOLAK SEMUA KEWARASAN DENGAN MEMUSATKAN SEMUA KEHENDAK MANUSIA SEHINGGA MENYISIHKAN BATAS-BATAS. LIBERAL YANG MENGHERET MANUSIA KE DALAM KANCAH SEKULAR. WALAU IKUT ARAH MANA SEKALI PUN LIBERALISM ITU BERJALAN, IA AKAN MEMBAWA MANUSIA KE ARAH SEKULAR. WALAU SESEDAP MANA PUN SLOGAN ITU DIBUNYIKAN, IA TETAP MENGHERET MANUSIA KE ARAH SEKULAR.
-----


Mitt Romney, nama yang sedang meningkat naik di persada politik Amerika dan dijangka akan menamatkan mandat yang sedang disandang Barrack Obama bagi jawatan Presiden.

Obama diperlihatkan oleh media-media pro-Zionis di Amerika sebagai presiden yang tidak efisien dalam menyelesaikan konflik dunia. Walaupun dalam sesetengah isu yang mana Obama dilihat terpaksa memenangkan Israel (termasuk menghadiahkan peluru berpandu dan kelengkapan perang kepada Israel pada setiap tahun), namun ia tetap memberi persepsi negatif dari kalangan ‘kumpulan penentu kerusi presiden’ yang dikawal kelompok Zionis Amerika setelah mereka mengambil kira isu-isu yang lain.

KUMPULAN PENENTU KERUSI PRESIDEN PULA IALAH TERDIRI DARIPADA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YANG MEMPUNYAI KEANGGOTAAN DI KALANGAN PARA PENGUNDI, KEANGGOTAAN MEREKA PULA MAMPU MEMPENGARUHI KEPUTUSAN MAJORITI SECARA DEMOKRASI. KUMPULAN-KUMPULAN ITULAH YANG AKAN MENJADI PENENTU KEPADA KEPUTUSAN SESEBUAH PILIHANRAYA PRESIDEN DI AMERIKA. JIKA DIKATAKAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA DI AMERIKA DIRANCANG OLEH KELOMPOK TERTENTU, MAKA IA BENAR. (RUJUK ARTIKEL; THE PILLARS).

Pertalian Romney dengan Zionis adalah sangat rapat. Lebih rapat daripada George W.Bush, lebih rapat daripada Roosevelt, lebih rapat daripada presiden-presiden Amerika yang sebelum ini. Bloodline Romney adalah antara yang paling tulen di kalangan keturunan-keturunan yang dipercayai Zionis sejak zaman berzaman.

Kemenangan Romney untuk duduk di bilik utama White House (The Temple) adalah sudah dijangka berdasarkan perkembangan semasa di Amerika sekiranya anda meneliti ‘permainan-permainan’ yang telah dan sedang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan penentu kerusi presiden. Imej jahat Amerika sudah di-friendly-kan sedikit dengan meletakkan Obama buat seketika sebelum digantikan dengan orang yang ‘sepatutnya’ iaitu orang yang memenuhi citarasa nafsu buas Zionis.

Apabila Romney menduduki kerusi Presiden, maka penggalnya yang bermula pada tahun berikutnya akan menyaksikan perubahan besar dalam persekitaran politik dunia. Romney bijak memainkan ‘working-class environment’ (rujuk artikel: Working Class Environment) dan juga bijak memanipulasi setiap faktor yang akan mempengaruhi kumpulan penentu.

Sementara sumber-sumber yang lain pula memaklumkan bahawa negara haram Israel akan melakukan sesuatu yang lebih melampau apabila Romney menduduki kerusi presiden di Amerika.

Manakala proksi-proksi Zionis dan Amerika di seluruh dunia akan digerakkan dengan cara yang agresif untuk membawa NWO masuk ke gelombang kedua.

Gelombang kedua ialah perubahan besar di mana penduduk dunia bukan hanya dikuasai secara mind-control yang berjenama liberalism dan sekularism semata-mata, tetapi ia adalah perubahan yang akan mengheret dasar-dasar beberapa negara sasaran supaya dasar-dasar itu menepati kehendak Zionis dan Amerika tanpa mereka perlu melakukan penjajahan secara fizikal. Kata lainnya, dijajah secara polisi atau dasar.

Kita sememangnya sedia tahu bahawa liberalism dan hak sama rata serta hak asasi manusia diangkat tinggi oleh sebilangan kumpulan yang bergerak dalam modus politik. Politik menjadi platform yang ampuh dalam mengangkat liberalism dan fahaman-fahaman iringan yang bergerak bersama dengannya.

Kelompok-kelompok yang mengangkat hak liberal ini pula sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh menjayakan cita-cita mereka. Kalau kampung sebelah sini ada lebih separuh kumpulan liberalis, dan kampung sebelah sana pula ada kurang separuh kumpulan liberalis, maka mereka sanggup berjuang bersama-sama menjadikan dua kampung mereka itu sebagai satu kampung yang baharu kalau dengan cara itu sahaja yang mampu menjadikan semua orang di kedua-dua kampung itu dapat menjalani hidup liberal sebagaimana yang mereka mahu.

Namun, pelaksanaan NWO dalam konteks liberalism dan sekularism itu sudah lama berlangsung dalam gelombang pertama. Manakala gelombang kedua pula ialah satu perubahan besar yang anda tidak akan dapat menyangka. The-right-man (bukan The-Man) yang akan melaksanakan gelombang kedua itu adalah Romney (andai mesej yang diterima ini menjadi kenyataan).
-----

GERAKAN-GERAKAN BAWAH TANAH DALAM KERAJAAN AMERIKA (IA JUGA MASALAH YANG DITANGGUNG PRESIDEN) MELANGKAUI BANYAK URUSAN YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DUNIA. SENJATA DAN KELENGKAPAN PERANG SENTIASA DIBEKALKAN KE ASIA BARAT DAN NEGARA-NEGARA ARAB UNTUK MENCIPTA KETEGANGAN.

DALAM MASA YANG SAMA, DANA-DANA KEWANGAN (TERMASUK DANA PERANG) JUGA DIBAWA MASUK SECARA LAUNDERED (RUJUK ARTIKEL: MONEY LAUNDERING) KE NEGARA-NEGARA SASARAN YANG INGIN DITEGANGKAN. GERAKAN-GERAKAN BAWAH TANAH INI PULA DIGERAKAN OLEH KUMPULAN-KUMPULAN YANG TIDAK TERIKAT DENGAN KEPUTUSAN KERAJAAN AMERIKA, KATA LAINNYA IA DIGERAKKAN OLEH KUMPULAN-KUMPULAN YANG MEMPUNYAI MISI TERSENDIRI IAITU MISI YANG TERPISAH DARIPADA KEPUTUSAN KERAJAAN AMERIKA SENDIRI.

Gerakan-gerakan ini juga menjadi faktor kepada gelombang kedua NWO. Iaitu antaranya ialah untuk mengangkat proksi-proksi menjadi pemimpin di negara-negara sasaran sebagaimana yang anda semua sedia maklum supaya menerima pakai polisi-polisi yang mendukung NWO secara lebih efektif, iaitu lebih hampir kepada taklukan fizikal walaupun tidak kelihatan seperti ditakluk secara fizikal.

Gelombang kedua akan memperlihatkan situasi yang lebih agresif di kalangan proksi di seluruh dunia untuk membina rejim mereka. Rejim-rejim yang berpaksi kepada nafsu Amerika dan Zionis itu pula akan merombak segala dasar supaya lebih bersifat human-centrism.
----

Perkembangan dunia pada masa kini memperlihatkan satu per satu negara mengalami konflik dalaman yang dipengaruhi faktor politik. Terma lain, pergolakan politik.

Agensi berita Fox News sejak Mac hingga Ogos melaporkan, beberapa pertubuhan yang bergerak secara global telah disahkan menjadi penyalur dana kepada gerakan-gerakan politik di negara-negara Arab bagi menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu yang lebih mendatangkan keuntungan kepada kumpulan pemberontak yang menerima fahaman liberal sebagaimana yang dikongsi sesama mereka.

Dalam laporan yang lain pula, diperincikan bahawa setiap negara Arab yang berjaya diubah kerusi politik akan dipusatkan kepada satu autoriti baharu bagi menstrukturkan semula negara-negara berkenaan. Penstrukturan itu pula akan memberi ruang kepada Israel supaya diterima baik oleh negara-negara Arab yang disusun semula itu, jadi apa tandanya dan bila ia akan dilaksanakan?

Romney (dijangka) naik ke kerusi presiden dan dia adalah nama yang kerap disebut dalam Mesyuarat Kabinet Israel sebagai orang yang paling dipercayai untuk memberi jaminan kepada kestabilan Israel di rantau sebelah sana.

Maka, sudah pasti ada proksi-proksi Israel di Amerika yang menggerakkan rancangan untuk mempengaruhi kumpulan penentu supaya menjamin kemenangan Romney. Kumpulan penentu itu pula digerakkan oleh golongan Zionis dan sebilangan pula adalah golongan yang memperjuangkan hak liberalism human-centric.

Romney sesudah menang pilihanraya sudah semestinya menggalas harapan Israel untuk menguruskan kepentingan Zionis di Asia Barat.

Kepentingan Israel di Asia Barat bukan hanya melibatkan negara-negara Arab di rantau sebelah sana semata-mata, malah ia melibatkan seluruh dunia Islam di lain-lain benua termasuk di rantau Afrika, sebahagian Eropah dan Asia sebelah sini.

Bagi menjamin kepentingan Israel di Asia Barat, maka negara-negara Islam wajar dijamin tunduk melalui proksi-proksi yang dipercayai. Ia sebagaimana polisi Mesir terhadap Israel yang berubah sejak Hosni Mubarak menduduki kerusi presiden, ia boleh dikatakan sebagai eksperimen awal yang dilakukan Israel dengan menjadikan Mubarak sebagai prototaip. Eksperimen yang sangat berjaya dengan jangka hayat yang sangat lama dalam menjamin kepentingan Israel.

Dalam gelombang kedua ini, setiap kelemahan prototaip terdahulu akan diperbaiki. Proksi-proksi dibekalkan dengan pengetahuan pentadbiran licik yang lebih berkesan bagi tidak mengulangi kesilapan prototaip terdahulu.

Prototaip terdahulu memang melakukan kerja menjamin kepentingan Israel, namun terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan ketegangan. Biarpun berlaku ketegangan (Arab Spring) yang memberi ancaman kepada prototaip-prototaip, ia sebaliknya dijadikan peluang untuk mencipta kuasa kepada proksi-proksi baharu. Ia adalah menukar ancaman kepada peluang. Menjadikan ancaman itu sebagai peluang.

Semangat Arab Spring digunapakai oleh proksi-proksi untuk mencipta ketegangan baharu di negara-negara berbeza, dana pula diperolehi daripada pertubuhan-pertubuhan yang berfungsi sebagai the pillars. Sekiranya berjaya, proksi-proksi itu akan diangkat menjadi ketua dan mengubah setiap polisi yang tidak menguntungkan Israel dan Zionis.

Tidak perlu diperinci dengan lebih mendalam kerana perkara sedemikian sudah sedia maklum oleh kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan dunia. Bagaimanapun, taktik-taktik sedemikian hanya sebagai mukadimah kepada gelombang kedua.


Dunia tidak kiamat pada penghujung 2012.
Tetapi, adakah anda tahu apa yang akan berlaku kepada dunia pada tahun 2013?

Sesungguhnya, kami di sini tidak ada perkataan yang sesuai untuk menjadikan anda sebagai orang-orang yang faham dengan setiap yang akan berlaku pada masa itu.



YANG PERLU ANDA(KITA TIDAK KIRA BANGSA DAN WARNA KULIT/STATUS ) KETAHUI IALAH



Satu lagi artikel hebat dan  menaikkan bulu tengkuk anda jika anda seorang muslim sejati..

ANDA SEDANG DILALAIKAN



SAMA ADA anda sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk menjadi orang-orang yang sibuk. Erti kata lainnya, anda sedang sibuk atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.

Anda adalah penyibuk, busybody. Anda jadi begitu setelah anda dipaksa untuk menjadi sibuk. Terlalu sibuk terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan anda menjadi orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan, mudah di-dungu-kan, mudah diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan. Ia sebab anda lalai, terlalu lalai sehingga terlupa. Lalai terhadap apa?

Dalam artikel sebelum ini, diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ketika era penjajahan, umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini) disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara tumpah darah mereka. Sejak dijajah, umat Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa, lihat berapa banyak negara Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.

Disebabkan terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya memikirkan mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius memikirkan cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang berjiran dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran sesama Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib saudara mereka di negara jiran.

Ada pula yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan negara jiran sebagai sebahagian daripada negara mereka walaupun jiran mereka itu tidak sudi kerana mahu mengembalikan kedaulatannya sendiri tanpa rela lagi kehilangan kedaulatan setelah dipaksa untuk bernaung dibawah sistem baharu (contoh: kes cubaan memasukkan Malaya ke dalam Indonesia yang mana boleh menyebabkan Malaya hilang kedaulatan raja-raja Melayu Islam di bawah sistem republik) . Bagaimanapun, mereka tetap sibuk akibat disibukkan atau dipaksa untuk sibuk oleh penjajah. Mereka terlalu sibuk berjuang. Mereka sibuk, kita juga sama-sama sibuk.

Pada ketika Perang Dunia Kedua (WW2) pula, umat Islam disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri serta ahli keluarga masing-masing daripada bahaya peluru sesat dan bahaya bom-bom buta yang digugurkan dari pesawat. Sungguh sibuk kerana dipersibukkan untuk menjaga diri serta keluarga. Mahu duduk di kampung, tak selamat sebab ada tentera Jepun, Siam dan Jerman. Mahu lari ke hutan pun tak selamat sebab ada komunis. Sungguh sibuk jadinya, hanya ligat memikirkan keselamatan diri dan keluarga.

Selepas tamat WW2, disibukkan lagi dengan usaha membina negara yang merdeka. Di negara-negara lain pula, mereka disibukkan dengan perebutan kuasa sesama mereka kerana pihak kolonial belum kembali tiba untuk mentadbir semula negara mereka. Mereka jadi sibuk untuk mentadbir walaupun bercakaran sesama sendiri.

Di Malaya, umat Islam yang majoriti Melayu disibukkan pula dengan idea jahat British untuk mendirikan Malayan Union. Orang Melayu beragama Islam kemudian menjadi terlalu sibuk berjuang untuk melenyapkan sebarang usaha British untuk Malayan Union.

Orang Melayu disibukkan dengan perjuangan memerdekakan negara. Kemudian muncul pula kumpulan Melayu yang lain sehingga tercipta perpecahan di ambang kemerdekaan. Semakin sibuk jadinya. Sejak 1511 sehingga dekat nak merdeka pun, orang Melayu tidak habis-habis disibukkan dengan macam-macam dugaan. Itu yang berlaku di Malaya.

Di lain-lain negara yang turut dijajah, mereka juga dipaksa untuk sibuk. Selepas satu isu jadi reda, timbul pula isu baharu dan tidak habis-habis mereka disibukkan dengan macam-macam perkara.



Dalam keadaan sibuk di seluruh dunia yang tidak henti-henti selama beratus tahun itu, tiba-tiba Zionis sudah pun mendarat di Palestin dan membina negara haram pada pertengahan 1948. Umat Islam yang tidak sedar atau lalai dengan plot Zionis itu kemudian terlopong, ternganga dan terkejut apabila mendapat tahu Yahudi Zionis sudah membina negara haram di atas bumi Palestin. Sedang umat Islam masing-masing sibuk memerdekakan negara sendiri, tiba-tiba sahaja dapat satu berita tergempar iaitu tanah saudara kaum Muslimin di Palestin sudah diduduki Zionis.
Zionis berjaya mendarat, merodok dan merampas bumi Palestin pada ketika kita semua terlalu sibuk akibat disibukkan oleh penjajahan, perang dunia, persengketaan sesama sendiri dan sebagainya. Apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan jadi lalai serta lupa.
-----
ANDA MASIH DIPAKSA MENJADI SIBUK

Sungguh dan ia sungguh, biar pun zaman penjajahan dan perang dunia telah berdekad-dekad lama berlalu, umat Islam masih lagi dipaksa menjadi orang-orang yang sibuk dan sedang dipaksa hidup dalam kesibukan yang dipaksa untuk digalas.

SEMUA KESIBUKAN ITU DIJALANKAN DALAM SATU SUSUNAN RANCANGAN YANG RAPI LAGI HALUS. PERSENGKETAAN DICIPTA UNTUK MENIMBULKAN KETEGANGAN DAN IA MENJADIKAN  SELURUH MANUSIA SIBUK BERTEGANG URAT SESAMA MEREKA.

Kemudian demokrasi pula mengambil alih tradisi pemerintahan dan mencipta lebih banyak ketegangan dalam kebanyakan negara. Makin sibuk jadinya, siang berpolitik, malam pun berpolitik, dalam bangunan berpolitik, di kedai kopi berpolitik, tepi jalan pun berpolitik, dalam semak berpolitik, dalam surau berpolitik, dalam masjid pun berpolitik, sampai dalam jamban dan bilik hotel pun sibuk berpolitik lagi. Dua puluh empat jam tak habis-habis sibuk dengan politik. Sibuk-sibuk.

Disebabkan slogan demokrasi, sesebuah negara boleh diheret masuk ke dalam kancah perang sebab sibuk bersengketa akibat tak dapat capai persefahaman. Bila sahaja perang, tersangatlah lebih sibuk jadinya. Sibuk tak habis-habis. Disebabkan slogan demokrasi itu juga, dua saudara boleh berbunuhan sesama sendiri.

Bagi orang-orang yang tidak ambil kisah dengan perkembangan dunia pula, mereka tak habis-habis sibuk dengan dunia hiburan. Tak habis-habis sibuk dengan cerita artis, sibuk gosip sana-sini. Ada lagi yang lebih hebat, sibuk berhibur di sana-sini dan tak ambil peduli langsung dengan perkembangan dunia, sibuk berpesta di sana-sini, bertukar pasangan, sibuk-sibuk saja kerjanya.

SIBUK SANGAT BERSERONOK, SAMPAI TAK SEDAR DENGAN ARUS DUNIA YANG SEMAKIN TEGANG, JANGAN SAMPAI APABILA TERSEDAR NANTI SEDAR-SEDAR SAHAJA MUSUH SUDAH ACU SENAPANG DAN MERIAM KE MUKA. NAH, ITULAH SEBAB ASYIK TAK HABIS-HABIS NAK SIBUK BERSERONOK SANGAT, SEDAR-SEDAR SAHAJA DIRI SUDAH JADI MANGSA PERANG. SIBUK SANGAT MENONTON TV DAN RANCANGAN HIBURAN, SEDAR-SEDAR SAHAJA RUMAH SUDAH KENA BOM DENGAN MUSUH.

AKIBAT TERLALU SIBUK SEHINGGA LALAI, MANUSIA JADI LUPA UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI. JADI LALAI SEHINGGA TIDAK TAHU DENGAN APA YANG SEDANG BERLAKU DI SELURUH DUNIA. JANGAN SAMPAI APABILA SUDAH DIKEJUTKAN DENGAN KEJUTAN-KEJUTAN DI LUAR JANGKAAN, KAMU HANYA AKAN JADI ORANG YANG HANYA TAHU MENANGIS SAHAJA. KENAPA HANYA TAHU MENANGIS? ITU SEBABNYA TAK PERNAH ADA USAHA MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN KEMAHIRAN SURVIVAL DI KALA MENGHADAPI WORST CASE SCENARIO, AKIBATNYA HANYA PANDAI MENANGIS SAHAJA. APA NANGIS-NANGIS? MUSUH SEDIKIT PUN TAK AKAN ADA SIFAT KASIHAN KEPADA KAMU.

MEMANG, KITA TIDAK HABIS DISIBUKKAN DENGAN MACAM-MACAM PERKARA SAMPAI TERLUPA UNTUK WASPADA. SIBUK BERPOLITIK, SIBUK BERCAKARAN, SIBUK MAKI HAMUN, SIBUK BUAT KACAU, SIBUK TABUR FITNAH, SIBUK ITU SIBUK INI, DUA PULUH EMPAT JAM TAK HABIS-HABIS SIBUK.



Ada lagi yang jenis sibuk kumpul harta sampai terlupa untuk membahagikan sebahagian harta kepada orang miskin dan fakir, sampai terlupa mengeluarkan zakat, sampai terlupa berbuat amal jariah. Hanya tahu sibuk memenuhkan kantung sendiri dan sibuk bergaya menunjuk-nunjuk kekayaan diri sampai tidak mempedulikan nasib orang lain. Apabila rugi dalam perniagaan, mula menyalahkan orang lain. Walhal, dia terlupa bahawa kerugian yang dialami itu disebabkan harta-harta itu ditarik balik oleh Yang Memberi Rezeki atas sebab tidak membahagikan harta melalui zakat, sedekah dan amal jariah.

Jadi sibuk kumpul harta sebab sibuk-sibuk nak jadi kaya dan sibuk-sibuk mengejar dunia. Maklumlah, dunia ini kebanyakan orang pandang harta. Jadi, dia pun sibuk-sibuk kumpul harta sampai terlupa yang sebahagian hartanya itu diwajibkan untuk dibahagikan kepada golongan miskin dan fakir. Dua puluh empat jam sibuk mengira harta, ingatlah bahawa kalau terjadi perkara di luar jangkaan, duit itu tidak boleh membeli semua perkara.

Kita bukannya dilarang daripada mengumpul harta, tapi ada syarat-syaratnya yang perlu kita taat sekiranya kita ada miliki harta. Ingat, bukan semua bahagian harta itu milik kita semuanya, ada bahagian untuk kita, ada bahagian untuk zakat. Daripada sibuk-sibuk kumpul harta, lebih baik luang masa pergi ke pejabat zakat, bukan banyak sangat pun bahagian harta yang diwajibkan zakat. Berzakat tak akan jadikan kita orang miskin pun.

Sejak zaman penjajahan, kita disibukkan dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Semasa perang dunia, kita disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri dan keluarga. Selepas perang, kita disibukkan dengan perjuangan membina semula semua yang musnah akibat perang. Apabila merdeka, kita disibukkan dengan membina negara. Selepas merdeka, kita disibukkan dengan politik, sibuk kumpul harta dan macam-macam lagi.

Perlu disedari bahawa kita sepatutnya sibuk dengan perkara yang berfaedah. Daripada sibuk bercakaran sesama sendiri, lebih baik kita luang masa untuk berdamai sesama kita. Daripada sibuk berhibur menyumbat muzik ke dalam telinga sampai tak ingat dunia, lebih baik kita luang masa untuk cari ‘kesunyian’. Daripada sibuk kejar harta dunia sampai tak fikir kesusahan hidup orang lain, lebih baik kita luang masa buat amal jariah.

CUKUPLAH SIBUK-SIBUK YANG TAK BAWA MANFAAT ITU. KERANA APABILA ANDA TERSEDAR NANTI, ANDA SUDAH KEHILANGAN SEGALA-GALANYA DALAM KEADAAN ANDA TIDAK BERSEDIA. 


Kalau semasa zaman penjajahan dan selepas perang dunia, umat Islam sudah dikejutkan dengan kejayaan Zionis membina negara haram di bumi Palestin. Itu adalah shocking sensation yang dihempap ke atas kepala umat Islam akibat terlalu sibuk sampai tidak sedar akan segala perancangan mereka. Itu yang berlaku pada lebih setengah abad lalu.
Dulu mereka telah berikan shocking sensation akibat kelalaian umat Islam. Kalau dulu mereka boleh buat semacam itu, mereka pasti boleh buat sekali lagi yang jauh lebih mengejutkan kalau kita terus sibuk dengan hal dunia sampai terlalai.
Mungkin kali ini mereka akan beri kejutan penuh sensasi pada ketika kita sedang sibuk berpolitik, ketika kita sedang sibuk bercakaran sesama kita, pada ketika kita sedang sibuk mencaci maki sesama kita, pada semasa kita sedang sibuk kejar harta, pada semasa kita sedang sibuk berhibur sampai terlalai tak ingat dunia.

MEREKA TELAH AMBIL PELUANG KEEMASAN SEMASA PERANG DUNIA YANG MEREKA CIPTA UNTUK KITA. MEREKA TELAH AMBIL PELUANG SEMASA KITA SEDANG SIBUK DENGAN PENJAJAHAN YANG MEREKA CIPTA UNTUK KITA. KALI INI, MEREKA JUGA AKAN PASTI AMBIL KESEMPATAN SEMASA KITA SEDANG SIBUK DENGAN MENTALITI KEDUNIAAN YANG JUGA MEREKA CIPTA UNTUK KITA SEHINGGA KITA SALING BERCAKARAN.
JANGAN SIBUK-SIBUK.
LUANG SEDIKIT MASA.

SEDARLAH,

ANDA SEDANG TERLUPA MELAKUKAN PERKARA RUKUN DALAM HIDUP ANDA,
LAKUKAN SEGERA ‘SUJUD SAHWI’ DALAM HIDUP ANDA APABILA
ANDA TELAH TERSEDAR DARIPADA KELALAIAN DAN KELUPAAN.


MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK TIDUR DAN TIDAK LUPA.


APAKAH PERKARA RUKUN YANG ANDA TERLUPA ITU?
KAMI TIDAK SEDIAKAN JAWAPAN..
Blog umat-akhir.blogspot.com
 

Followers