Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Isnin, 12 Oktober 2009

SISI GELAP DUNIA : KONSPIRASI TERBESAR TERBONGKAR


Kejahatan,kezaliman,zina,jenayah,penindasan,penyelewengan kuasa,rasuah dan segala macam kerosakan di dalam dunia yang hari ini yang tidak terbendung lagi. Bagi insan yang dahagakan kedamaian dan keharmonian,pastinya melihat konotasi kejahatan ini dengan sangat kecewa,sedih dan hampa. Lantas bertanyakan kepada diri sendiri “ Bila semua ini akan berakhir ?” Fanatisme politik dan politikus yang sangat mendukcitakan saban hari. Tiada janji yang ditepati melainkan hanya retorik semata. Pertembungan idealogi,falsafah,intelektual terus menjadi topik perdebatan hangat yang kelihatan bermanfaat tetapi rupa-rupanya kosong tanpa nilai.

Bagaimana seandainya diberitahu bahawa kejahatan ini dirancang oleh ‘pihak berwajib’. Segala-galanya telah dirancang,dibentuk,direka dan dimodifikasi dengan sangat berkesan . Pasti timbul di dalam benak fikiran anda semua. Mana mungkin kejahatan ini dirancang. Ianya sunnatullah,ini tanda Hari Kiamat! Benar dan anda tidak salah. Bagi pengkaji politik antarabangsa,konspirasi atau sesiapa jua yang mengambil tahu akan perkembangan semasa,pasti Nampak banyak persamaaan di dalam setiap kes atau skandal besar ,kes berprofail tinggi contohnya kes kematian Puteri Diana,John F. Kennedy,peperangan demi peperangan,kegawatan setiap 10 tahun dan macam-macam lagi jenayah besar. Mungkin kita akan mula bertanyakan siapa yang telah merancang semua ini. Jika ragu-ragu dengan kenyataan ini,elok sekiranya anda keluar sebentar dari dunia fantasia sementara dan berpijaklah di bumi yang nyata. Anda akan jumpa sesuatu,In’ Allah.


Artikel ini ditulis bukanlah untuk menjawab atau mendedahkan siapa yang telah melaksanakan semua agenda ini,kerana jawapan teesebut telah terjawab di dalam kitab yang paling sempurna iaitu Al-Quran ,di dalam sirah Yassin ayat 60, Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah setan? Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu". Nah bukankah telah jelas. Memang nampak mudah tetapi yang agak merunsingkan adalah bagaimana untuk mengenali dan mengetahui tujuan syaitan-syaitan ini. Di dalam surah An-nas ayat 4-6,Allah telah memberitahu, dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. dari (golongan) jin dan manusia.” Mereka ini terdiri daripada jin dan manusia. Bagaimana mereka ini berkerjasama dan merancang kejahatan ini? ” Timbul persoalan di dalam kepala anda semua.

Mungkin anda tahu bahawa Allah sangat cintakan orang-orang takut kepada-Nya. Semakin besar takut,semakin tinggi kedudukan di sisi Allah. Syaitan jin tahu akan sifat takut ini maka mereka telah menipu sesetengah manusia yang tidak sabar atau tergesa-gesa untuk mendapatkan kebahagian,kedamaian dan keseronokan melalui kuasa yang mereka ada. Mungkin anda tidak percaya bahawa jin memliki kuasa. Anda boleh belajar bagaimana bomoh dan pawang berjaya memenuhkan permintaan pelanggan yang datang kepada mereka. Salah sebenarnya. Jin tidak berkuasa tetapi mereka mempunyai kelebihan iaitu MAGIK. Magik adalah ilusi. Ianya dilaksanakan dengan memanipulasikan keadaan tertentu supaya mereka dapat menipu bomoh yang bodoh dan pelanggan yang bendul.

Umum mengetahui bahawa di dalam manusia terdapat sifat tergesa-gesa atau tidak sabar atau malas untuk menunggu. Di sebabkan inilah ramai manusia mencari jalan penyelesaian yang singkat dan mudah untuk mencapai kenikmatan di dalam hidup.Keadaan ini telah memberikan kelebihan dan manfaat yang sangat banyak buat jin.

Namun tipu daya syaitan jin ini tidaklah sesukar syaitan manusia. Tipu daya syaitan lebih licik dan bijak walau di suatu sisi mereka ini tetap bodoh kerana tunduk kepada syaitan jin. Oleh kerana mereka ini manusia maka mereka tahu di mana kelebihan dan kekurangan manusia. Antaranya adalah mereka tahu bahawa manusia terdapat kecenderungan terhadap wanita,harta,anak-anak,kenderaan dan perniagaan. Berdasarkan surah Ali –Imran ayat 14,Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. Allah telah meletakkan ‘objek-objek’ ini sebagai jalan keperluan dan bukan matlamat sebagaimana senario masa kini. Manusia memerlukan ‘objek-objek’ ini untuk memenuhkan tujuan kehidupan. Bukan matlamat kehidupan. Namun fungsi ini telah berubah dari keperluan kepada matlamat. Manusia berkejar-kejar tehadap ‘objek-objek ini’. Mereka sanggup merosakkan hidup mereka demi ‘objek-objek’ ini. Haru-biru kehidupan manusia kerana terlalu ghairah dan cintakan ‘objek-objek’ ini. Mereka sanggup berbunuhan semata mata untuk mendapatkan ‘objek-objek’ ini. Nyawa tidak lagi dihargai. Di sinilah syaitan manusia berperanan,mereka telah menaja industri seks,kongsi gelap,perjudian,gaya hidup ekslusif,membina sistem berdasarkan hutang dan pelbagai lagi idea-idea khurafat demi memastikan tujuan mereka tercapai.

Maaf. Mungkin saya terlupa. Apakah tujuan mereka berkerjasama? Adakah hanya untuk menyesatkan manusia semata-mata. Terdapat tujuan yang paling besar atau boleh dikatakan sebagai misi mustahil bagi mereka. Bagi syaitan jin,mereka telah jelas akan perkara ini namun tidak bagi syaitan manusia. Syaitan jin terpaksa merahsiakan perkara ini dengan menawarkan segala macam kenikmatan hidup buat syaitan manusia. Mereka turut dianugerahkan gelaran ‘The Elite’ atau ‘The Chosen One’ keadaan ini menyerupai sebagaimana Allah memilih segelintir manusia sebagai hamba pilihan-Nya. Sebagai tukaran untuk pembalasan kenikmatan yang diberi adalah taat setia terhadap apa jua yang telah diarahkan. Antara tipu daya yang paling dahsyat oleh syaitan manusia adalah ‘Kawalan Minda’. Allah amat menitikberatkan hamba-hamba-Nya agar selalu berfikir dan menggunakan akal fikiran sebaiknya. Sangat banyak perintah Allah tentang hal ini. Kenapa kamu tidak berfikit,kenapa tidak menggunakan akal,kenapa tidak mengambil iktibar dan sebagainya. Syaitan tahu akan perkara ini maka bagaimana mereka dapat mengelakkan manusia daripada berfikir. Sekali lagi,sila lihat televisyen anda,internet,media dan sebagainya. Apa yang anda jumpa. Hiburan dan seronok. Juga berbalik kepada teori tranformasi keperluan kepada matlamat. Manipulasi terhadap ‘objek-objek’ yang telah diterangkan sebelu


Maaf. Mungkin saya terlupa. Apakah tujuan mereka berkerjasama? Adakah hanya untuk menyesatkan manusia semata-mata. Terdapat tujuan yang paling besar atau boleh dikatakan sebagai misi mustahil bagi mereka. Bagi syaitan jin,mereka telah jelas akan perkara ini namun tidak bagi syaitan manusia. Syaitan jin terpaksa merahsiakan perkara ini dengan menawarkan segala macam kenikmatan hidup buat syaitan manusia. Mereka turut dianugerahkan gelaran ‘The Elite’ atau ‘The Chosen One’ keadaan ini menyerupai sebagaimana Allah memilih segelintir manusia sebagai hamba pilihan-Nya. Sebagai tukaran untuk pembalasan kenikmatan yang diberi adalah taat setia terhadap apa jua yang telah diarahkan. Antara tipu daya yang paling dahsyat oleh syaitan manusia adalah ‘Kawalan Minda’. Allah amat menitikberatkan hamba-hamba-Nya agar selalu berfikir dan menggunakan akal fikiran sebaiknya. Sangat banyak perintah Allah tentang hal ini. Kenapa kamu tidak berfikit,kenapa tidak menggunakan akal,kenapa tidak mengambil iktibar dan sebagainya. Syaitan tahu akan perkara ini maka bagaimana mereka dapat mengelakkan manusia daripada berfikir. Sekali lagi,sila lihat televisyen anda,internet,media dan sebagainya. Apa yang anda jumpa. Hiburan dan seronok. Juga berbalik kepada teori tranformasi keperluan kepada matlamat. Manipulasi terhadap ‘objek-objek’ yang telah diterangkan sebelum ini.


Apabila akal ini tidak berfungsi dengan sebaiknya maka misi kecil mereka telah berjaya. Akal manusia sangat terhad kemampuan dan peranannya. Kesan terhadap ‘Kawalan Minda’ ini amat ketara terutama buat ummat Islam. Ummat Islam hanya mampu berbicara soal hadith-hadith dhaif,bida’ah,perkara furuq di dalam ibadah,hukum yoga, dan perkara yang sangat remeh atas alasan tiada asal di dalam beragama. Tidak termasuk lagi tentang hukum mengorek hidung di dalam bulan puasa,hukum menggerakan jari di dalam solat dan macam-macam lagi isu yang tidak sepatutnya diketengahkan. Turut tidak mengambil kira masalsah pertembungan idealogi,politik,falsafah, masyarakat dan sebagainya. Ulama dan tok-tok guru yang ada pada hari sangat mengecewakan. Pemimpin Islam apatah lagi.

Kemuncak kepada tipu daya syaitan adalah memecah-belahkan Anak Adam kepda bangsa,agama,puak,pekerjaan,pendidikan,sosial,cara hidup dan macam lagi. Pemecahan ini diletakkan di bawah gagasan ‘Pecah dan Perintah’. Anda tersilap jika idea ini hanya di dalam doktrin idea Negara bangsa. Turut tidak terkecuali adalah perpecahan jemaah Islam. Tujuan perpecahan ini adalah untuk menggalakkan persaingan,pertandingan,perlawanan dan pertembungan. Untuk apa pula seterusnya. Demi mengekalkan perbezaan. Inilah matlamat akhir perpecahan ini. supaya kita sentiasa berbeza pendapat,kata,idea,gaya hidup,gerakan,sistem dan sebagainya. Tedapat satu frasa yang sangat sinonim dengan perpecahan ini. Ia dinamakan POLITIK. Politik adalah perpecahan. Ianya diserikan dengan demokrasi,hak asasi,dasar kerajaan,kuasa,pendidikan,falsafah undang-undang,,persamaan kaum dan sebagainya. Islam tidak pernah menganjurkan perpecahan apatah lagi Rasulullah S.A.W. Baginda tidak pernah berpolitik. Sangat malang apabila terdapat jemaah Islam yang terlibat di dalam politik syaitan ini. Bida’ah dan sesat bagi mereka yang mengatakan baginda berpolitik. Bertambah malang lagi ummat ini. Kita telah ketinggalan dalam segenap aspek kehidupan.



Keadaan ummat ini sangat kritikal,tenat dan parah. Ummat Islam sangat gembira apabila melihat Israel mencatatkan kerugian berupa RM 0.20-RM 0.30 akibat boikot yang telah dilaksnakan oleh negara Islam walhal seluruh sistem kewangan di dunia ini direka bentuk untuk mendokong Negara haram tersebut. Kedudukan kini 70-0 dan masa perlawanan hanya tinggal 15 minit sebelum ke masa tambahan. Barisan ynag diketuai Anwar Ibrahim,Yusuf Qaradawi,Mahmoud Ahmadinejad kelihatan tidak mampu melakukan sebarang serangan terhadap pintu gol pasukan syaitan. Bola kini berada di kaki Benjamin Nentanyahu. Pasukan ummat Islam kelihatan semput untuk merampas bola apatah lagi untuk melakukaan serangan balas. Tiada keserasian di seluruh bahagian,salah hantaran,tiada kemahiran menggelecek bola dan pelbagai lagi masalah telah menyebabkan pasukan ini ketinggalan jauh dibelakang. Beberapa gol jaringan sendiri oleh pemain pasukan Islam telah menjatuhkan lagi semangat pasukan walaupaun memiliki jumlah penyokong seramai hampir 2.0 bilion. Bilakah pasukan Islam mampu bangkit. Masa akan beri jawapan. Salah. Kitalah yang sepatutnya menjawab soalan ini.

Untuk lebih menenangkan hati pembaca sekalian ,elok saya menamakan syaitan ini.Syaitan jin dinamakan LUCIFER,BAAL,OSIRIS atau DAJJAL. Syaitan manusia ini adalah FREEMASON,ILUMINATI atau YAKJUJ MAKJUJ. Mereka turut dibantu oleh unit-unit kecil bernama CIA,KGB,MOSSAD,NED,BIELDERBERG GROUP,THE ELITE,LION GROUP,SKULL AND BONES dan lain-lain. Tujuan terbesar mereka adalah untuk menjatuhkan Allah. Palestin buktinya. Disebabkan ini isu Palestin adalah kemuncak kepada masalah di seluruh dunia. Ianya isu Allah vs Syaitan. Kuasa Benar vs Kuasa Bathil. Kuasa Tuhan vs kuasa berlagak macam Tuhan. Ianya bukan isu agama,hak,asasi,Baitulmaqdis, atau apa jua. Bezanya kali ini ummat Islam terpaksa bersama-sama dengan kaum Yahudi dan kristian untuk merampas kembali tanah suci ini. TAMAN CINTA 3 AGAMA.. KINGDOM OF HEAVEN. Palestin dipilih sebagai Negara Israel dengan tujuan membersihkan sisa-sisa tinggalan nabi ,membuang warisan utusan Allah dan menghapuskan kekuasaan Allah. Jika berhasil maka Ka’abah akan menjadi mangsa seterusnya.

Bagaimana saya dapat menulis tentang semua ini. Dari mana sumber dan rujukannya? Saya hanya menyusun semula kandungan yang terdapat di dalam video’ The Arrival’ dan juga beberapa laman web konspirasi.Tidaklah bermaksud menerima semuanya tanpa sebarang kajian atau pemerhatian tetapi oleh kerana fakta yang didedahkan,bukti,,dokumen dan dalil –dalil yang dikemukakan sangat mudah diterima oleh logik akal dan pemikiran yang positif. Jika anda tidak bersetuju terserah tetapi pastikan anda mempunyai dalil yang cukup untuk menafikan fakta yang teklah didedahkan atau di dalam kata lain,anda mempunyai 50 episod yang mampu atau setara untuk menafikan idea tersebut. Jika tidak ,terima dan faham dengan baik tentang mesej yang disampaikan. Tidak perlulah hanya bercakap “Ah,mengarutlah semua nie! “.Dakwah ummat ini telah masuk ke fasa terakhir permainan Syaitan atau DAJJAL. Kali ini ia tidak boleh hanya membangkitkan isu solat, kebaikan manusia,agama dan lain-lain. Ianya juga melibatkan isu politik,sukan,ekonomi,sosial,masyarakat,intektual,pendidikan,revolusi budaya dan sebagainya. Tarbiyyah kita perlu lebih tersusun,terancang,canggih dan sistematik. Dan yang paling penting adalah bergerak sebagai satu jasad,satu roh,satu semangat,satu tubuh,satu organisasi walaupun bukan dengan satu suara,pandangan atau perspektif. As-Saff ayat 4,”Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti SUATU BANGUNAN yang tersusun kokoh.Tetapi kali ini lebih berbeza sedikit iaitu ummat Islam perlu bersama-sama dengan kaum Yahudi dan Kristian untuk menentang Dajjal,Yakjuj Makjuj dan sekutunya. Bangsa yahudi masih lagi memegang simbol bangsa terbaik. Sebab itulah mereka berjaya memegang seluruh kepentingan di dalam sektor utama dunia dan sistem yang menggerakkan dunia hari ini.

Politik adalah tanggapan semata-mata. Pendapat manusia tidak pernah sama bahkan di dalam isu hadith,ibadah,tasawuf sekalipun. Mungkin anda tidak nampak akan watak Imam Mahdi. Sebenarnya beliau sudah muncul dan kelihatan di semenanjung Malaysia baru-baru ini bersama-sama beberapa pengikutnya. Beliau adalah Abuya Asha’ari yang sangat dikasihi dan disanjung tinggi. Karut dan mengarut. Terdapat satu lagi rahsia besar yang tidak diketahui manusia iaitu Imam mahdi telah muncul dan kemunculannya tidaklah menjadi isu atau masalah buat kita. Jika Allah berkehendak maka Dia akan mengutuskan Panglima Akhir Zaman ini. Tetapi anda bagaimana? Masih lagi nyenyak tidur di dalam dunia fantasia atau sudah mula bersiap sedia untuk berperang dengan diri anda sendiri. Sebahagian syaitan itu turut berada di dalam diri kita sendiri secara tidak disedari. Sikap sombong, takbur,susah menerima pendapat orang,putus asa dengan rahmat Allah,kejar keseronokan dunia dan sebagainya. Tinggalkan pemikiran dakwah dan tarbiyyah yang jumud dan sempit,isu-isu hadith sahih yang tidak pernah habis,politik sengketa ,falsafah, hak asasi, liberalism yang tidak jelas,pemikiran agama yang terkebelakang dan macam-macam lagi isu yang tidak sepatutnya timbul. Tidak perlu taksub ,tunduk,takut atau ikut kepada mana-mana tokoh ulama,tok guru,ikon politik,hiburan atau sesiapa jua. Jadilah diri anda sendiri. Taksublah kepada nabi Muhammad s.a.w dan Allah S.W.T semata. Taksub kepada selain itu adalah sesat,bathil dan bida’ah kerana tiada nas langsung di dalam beragama. Surah Ad-Muddatsir ayat 1-7.”

Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.Bangkitlah saudara sekalian. Bila lagi kita mahu bertindak. Kita masih ada baki 15 minit sebelum masa tambahan. Kemenangan Tuhan bersyarat. Imam Mahdi berada di dalam diri kita sendiri. Bangkitkan PAHLAWAN AKHIR ZAMAN INI dengan melakukan islah(pembaharuan) diri,iman dan syahadah kita. Jadilah syarat kepada kemenangan itu dengan mempersiapkan diri kita sendiri. Tuhan bersama-sama dengan orang yang telah bersedia. Sekali lagi ingin ditanyakan soalan. ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA?

KEBENARAN PASTI DATANG


Pada tahun 1924 tanggal kejatuhan khalifah Islam Uthmnaiyyah yang sangat diimpikan oleh seluruh ummat yang cintakan Islam,Allah,rasul,Al-Quran, dan cintakan kebenaran. Seluruh ummat meratapi kejatuhan ini dengan penuh kehampaan,sedih,kecewa dan hilang harapan terhadap sebuah sistem peemerintahan yang berteraskan iman dan taqwa. Kehinaan demi kehinaan telah dialami oleh ummat ini dan sampai ke hari ini ianya terus berlangsung dan tidak menampakkan sebrang tanda-tanda akan kembalinya Islam dalam masa terdekat. Di sini penulis mengajak agar kita bersama-sama meneliti pembangunan Institusi tarbiyyah dan Dakwah di sekeliling kita.


Jika kita amati suasana di sekeliling, akan kelihatan kehinaan yang melanda ummat ini dengan sangat ketara. Perpecahan ,kerosakan akhlak anak muda, gejala individulalistik (besifat sendiri-sendiri),materialistik (cintakan dunia dan seisinya )sangat parah dan membimbangkan. Bagi yang mengikuti fakta-fakta keruntuhan moral remaja saban hari tidak kira asama ada disekolah atau di Institusi Pengajian tinggi,kita pasti tidak akan lupa berkenaan suatu angka atau rekod mengenai ssebuah kajian yang mengatakan dariapada 867 pelajar di sekolah menengah di sebuah negeri termaju di Malaysia,hanya seorang daripada mereka tidak pernah terlibat dengan hubungan seks. Fakta ini pada awalanya mendapat reaksi yang amat mengejutkan daripada seluruh kelompok masyarakat. Namun dalam pada itu terdapat reaksi yang dilihat tidak rasional daripada seseorang yang dikatakan sangat professional,mengatakan angka tersebut boleh jadi suatu rekaan, dan tidak benar sama sekali. Kenyataaan tesebut telah dirakam oleh salah seorang VVIP di negeri tesebut. Bagi orrang-orang yang mengambiil berat akan kajian ini, pasti merasa kecewa akan reaksi yang sangat tidak bertanggungjawab sedemikian rupa. Apapun ia hanya 1 daripada ribuan fakta-fakta kes yang berlaku dan dibuat kajian oleh pihak-pihak yang ingin mencari jawapan berkenaan masalah keruntuhan moral ummat ynag berlaku saban hari. Ianya seolah-olah tragedi yang tiada penamat dan tiada noktah.


Bayangkan jika berkenaan kes zina sahaja kita telah mengumpul ribuan fakta ynag mengejutkan,bagaimana pula dengan kes rasuah,dadah( pernah dikatakan penagih tegar telah mencapai I juta orang dan dinafikan oleh PM) ,rogol,samun,penyalahgunaan kuasa dan berapa ratus lagi salah laku yang lain. Masih selamaatkan kita hari ini? Tidak termasuk dengan ajaran sesat (Ayah Pin ynag tidak diketahui berada di langit ke berapa ketika ini).murtad,(sebagaimana pernah dikatakan oleh Mufti Perak iaitu 120,000 dan ada juga mengatakan 300,000) dan pelbagai lagi krisis-krisis yang lain. Kebiasaannya apabila melibatkan kes murtad,zina,ajaran sesat dan ponteng puasa, orang ramai akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam. . Apabila berlaku kes rogol,curi,samun dan pecah rumah,orang akan mengadu kepada polis. Kes berkenaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ,SPRM pula yang akan dituju. Kita abaikan sementara kes Teoh Beng Hock. Perhatikan scenario pengasingan kuasa ini. Adakah Islam ini hanya sebuah agama yang meyelesaikan masalah zina ,puasa ,haji dan beberapa perkara lain sahaja. yang dilihat terpinggir oleh sesetengah oang. Pasti tidak. Satu lagi soalan ingin ditanyakan. Adakah Allah Tuhan kepada Ummat Islam sahaja?. Tidak bukan.

Perhatikan dalil berikut. “Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. “Ali Imran ayat 83. Baik manusia terima atau tidak,Allah adalah Tuhan yang sebenarnya.. Jika kita amati krisis yang berlaku di sekeliling sama ada krisis ekonomi,pemanasan global,eksterimis Islam, perang,isu minyak dunia, sunnah-syiah, serta pelbagai isu lain,kita akan melihat isu yang paling wajib dan paling asas ialah isu manusia Lupa Allah dan Lupa diri sendiri. Inilah isu yang paling asas dan paling utama dan penting bagi kita untuk banteras bersamap-sama. Bagaimana boleh imbul isu manusia lupa kepada diri sendiri. Kelihatan ianya janggal dan pelik..


“ Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” Al-Hasyr ayat 19. Kepada sesiapa yang pernah menghadiri kursus motivasi sama ESQ, Chef Rusli ,Dr Ranjit Singh Malhi atau sesiapa sahaja,pasti anda akan terdengar kalimah Kenali Diri Anda ,kenali Potensi Diri,Bina KemampuanDiri,Kawal Diri Anda,serta pelbagai lagi slogan yang mengaitkan manusia dengan diri sendiri. Justeru bagaimana manusia boleh lupa kepada diri sendiri ? Sebelum ditanyakan kepada penulis,sila tanyakan kepada diri pembaca terlebih dahulu,apa yang ingin dicapai oleh diri anda?Siapa anda sebenarnya?Apa matlamat hidup anda?Bagaimana hidup anda sebelum ini?ke mana anda hendak pergi hari esok? Adakah anda mampu kawal diri anda

setiap masa? Mungkin cukup setakat ini sahaja kerana berjuta lagi soalan lain yang akan muncul seandainya anda mula bertanyakan kepada diri anda sendiri. Kembali kepada ayat tersebut, sebahagian mufasssirin mengatakan Allah akan melupakan manusia kepada urusan-urusan yang penting kepada sesiapa yang melupakan-Nya. Barangkali ia lupa kepada duit,fail,baju atau apa sahaja yang dikira penting buatnya. Dan adakala juga ia akan lupa mengahadiri temu janji atau mesyuarat atau apa sahaja. Bagaimana pendapat anda pula ? Penulis mengajukan soalan ini kembali kepada pembaca seluruhnya. Adakah anda kenali diri anda atau ingat kepada diri anda sendiri.


Antara kata-kata yang sangat terulung oleh salah seorang daripada 4 sahabat Rasulullah S.A.W yang utama iaitu Saidina Ali r.a.,”Barang siapa kenal Allah maka mereka kenal diri mereka sendiri”. Suatu kata-kata yang hari ini masih lagi sukar untuk dijelaskan serta dirungkai secara logik,rasional dan munasabah berdasarkan realiti disekeliling. Apa kaitannya Allah dengan diri kita. Apa perlunya Allah di dalam membina Menara Pencakar Langit KLCC,mahligai hebat Putrajaya, Stadium Sultan Zainal Abidin ,Gong Badak yang dulunya gah tetapi runtuh setahun kemudiannya ,kereta Persona yang mempesonakan. Di mana pentingnya Allah di dalam mengurus tadbir ekonomi Malaysia agar terus memacu ke hadapan dan akhirnya berkembang, melaksanakan Koridor Pembangunan seperti ECER,NCER,Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) serta pelabagai macam projek lagi projek ekonomi lainnya? Apa pentingnya Allah di dalam urusan-urusan tersebut?


Sekali lagi diulangi apabila manusia lupa Allah maka Allah akan melupakan diri mereka sendiri. Ibaratkan seorang anak yang kehilangan ibu dan bapa. Setelah beberapa lama ditinggalkan oleh keduanya,adakah si anak akan terus berjalan ke hadapan sambil menafikan isi hatinya yang sentiasa bertanyakan di mana kedua ibu dan bapanya. Mampukah dia menahan perasaan tatkala melihat insan-insan kecil sepertinya masih lagi bermanja dan bermesra dengan ibu bapa mereka. Bagi anak yang mendambakan kasih-sayang ,kebahagian serta kenikmatan hidup berkeluarga, nescaya mereka tidak akan mampu menahan gelojak fitrahnya sendiri,yang mendambakan cinta kedua ibu dan bapa. Apabila hilang kedua ibu bapanya,setiap langkahnya dirasakan tidak bermakna dan longlai. Sisa-sisa kehidupannya ibarat sampah-sampah ynag bertaburan di sekitar jalan raya. Tidak bermakna. Itulah perumpamaannya apabila manusia ini hidup tanpa Allah. Lantas Allah melupakan diri mereka sendiri.


Tidaklah penulis ingin menyamakan sifat Allah seperti ibu dan bapa,tetapi keadaan serta situasinya sama dengan hakikat antara seorang hamba dengan Tuhannnya. Di alam roh manusia pernah bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan bagi manusia. “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”. Al-A’raf ayat 172. Itulah persaksian pertama manusia pada awal penciptaanya. Lantaran disebabkan itu juga apabila seseorang bukan Islam,memeluk agama Islam serta mereka ikhlas dengan keislaman mereka ,mereka merasa puas bseolah-olah telah kembali ke kampung asalnya setelah berada lama di perantauan. Itulah hakikat manusia yang lupa kepada Allah,apabila mereka kembali kepada Allah,jiwa,roh,semangat dan segalanya-galanya akan merasakan seolah-olah mereka telah berjumpa dengan puncak kebahagiaan yang sebenarnya. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.


Justeru sebagai penyelesaiannya, kembalilah kepada asas Islam yang paling utama iaitu bagaimana Islam ini datang dan bagaimana ia pergi. Analoginya mudah. Islam akan hadir apabila manusia memerlukannya maka ia akan hadir. Negara Islam akan hadir apabila masyarakat Islam memerlukannya. Khilafah Islam akan hadir apabila daulah-daulah Islam memerlukannya. Masyarakat jahiliyyah memerlukan Allah, lalu Allah menghantar Muhammad b. Abdullah sebagai Utusan-Nya.


Tetapi bagaimana pula apabila manusia tidak memerlukan Islam.? Islam akan dpinggirkan daripada kehidupannya. Apabila Negara Islam tidak diperlukan maka Negara demokrasi pula yang dilaungkan. Begitulah seterusnya Persoalannya adakah Islam ini suatu keperluan atau matlamat Ummat. Ia boleh dicampak apabila kita tidak perlukannya dan kita boleh memanggilnya apabila kita mengkehendakinya. Keperluan adalah sesuatu yang pasti dan mesti. Ibarat manusia hidup tanpa air,udara,dan makanan.,mampukah mereka hidup? Tidak. Adakah manusia hidup untuk air,makanan dan udara? Tidak. Manusia makan,minum dan bernafas adalah untuk hidup. Begitulah sedikit perbezaan antara keperluan dan matlamat.


Tujuan manusia hidup adalah untuk mengabdikan diri,nyawa,harta,jasad,anak-anak,keluarga,pelajaran serta segalanya adalah untuk Allah semata-mata. Penyerahan dan pengabdian inilah yang dikatakan Islam. Hidup dan mati manusia adalah untuk Allah. Azzawajalla. Bukan Islam tetapi untuk Allah. Terlalu panjang unutuk dihuraikan sebenarnya tetapi itulah serba sedikit perkara yang ingin diutarakan oleh penulis. Di dalam Islam terdapat 2 perkara yang sangat penting,yang tidak boleh langsung diabaikan walau sedikit pun iaitu Tarbiyyah dan Dakwah. Tanpa tarbiyyah, dakwah tidak wujud tetapi tanpa dakwah tarbiyyah boleh berjalan. Dakwah adalah menyeru manusia daripada kegelapan Jahiliyyah kepada Nur Islam.


Tarbiyyah pula adalah pendidikan iaitu proses membangun,menanam, membentuk,membimbing,menasihati,menegur,membentuk,mengacu,

membina dan \perkara lain yang berkait dengannya. Di dalam kejuruteraan,proses adalah sesuatu yang sentiasa berjalan.selagi ada permintan,produk dan bahan mentah. Begitu juga dengan tarbiyyah. Selagi ada manusia ,selagi itu ada tarbiyyah. Dalam erti kata yang lain,proses tarbiyyah ini bermula semenjak daripada kecil sehinggalah umur dewasa iaitu 17-25. Salah. Tidak benar sama sekali. Ia bermula semenjak manusia ini daripada seekor sperma sehinggalah berubah kepada debu-debu di pusara. Itulah tarbiyyah yang berlaku di era globalisasi ketika ini. Era millenium. Oleh yang demikian,tarbiyyah inilah yang akan menentukan manusia ini berpeluang unutuk ke Syurga ( Redha Allah) atau Neraka ( Murka Allah). Pada satu sisi sememangnya Allah yang menentukan takdir manusia tetapi jalan ke arah kedua-duanya berada di dalam medan pilihan hati manusia. Di sini kita berbicara tentang manusia bukan Allah S.W.T. Apabila seseorang itu ditarbiyyah secara Islam maka Islamlah dia. "Apabila seorang anak itu lahir maka ibu bapalah yang mentukan sama ada dia Majusi Nasrani atau Yahudi." Di sinilah letaknya peranan tarbiyyah. Didikan itu yang menentukan sama ada dia munafiq,kafir atau mukmin. Jika tarbiyyah salah maka salahkan yang mentarbiyyah. Jika anak berbuat silap salahkan ibu bapa,jika anak murid salah ,maka salahkan guru yang mendidik. Bukan anak murid. Rukun atau syarat sah tarbiyyah mestilah berterusan,konsisten,mantap,dan berkesan. Jika rukun ini gagal dipatuhi maka tarbiyyah terebut adalah gagal. Begitulah seandainya kita ingin Ummat ini bangkit dengan nur Islam maka ianya dengan tarbiyyah. Dan di era modenisasi ini,ia harus effektif,produktif, malar serta konsisten. Beerti segala program yang dirancang untuk mendidik masyarakat harus dibuat secara berkala atau mengikut kesesuaian,dipantau dengan disiplin serta dikuatkuasa dengan penuh komitmen dan kesungguhan. Dengan itu barulah tarbiyyah masyarakat akan berkesan.




Justeru apakah penawarnya untuk merawat tarbiyyah ini. Mudah sahaja iaitu kembalikanlah Izzatul dakwah. Kemuliaan dakwah. Dakwah adalah kasih-sayang, kehormatan,kejujuran,keikhlasan,pengorbanan jihad dan tangggungjawab. Tanpa dakwah ini,ummat akan jadi hina,runtuh,tercelah,keji dan bodoh. Ummat ini hanya akan mulia apabila melaksanaka tuntutan cegah yang mugkar dan tegakkan makruf demi keimanan kepada Allah. Apabila dakwah iaitu amal makruf dan nahi mungkar,diperjalankan maka ummat ini akan kembali menjadi khairul Ummat. “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”.Ali Imran ayat 110.


Sebagai kesimpulan,kembali dan carilah Islam yang sebenar-benarnya di hati kita. Fitrah manusia adalah Islam Ia perlu dicari dan diterokai serta difahami. Bukan dipekik,atau dilaungkan slogan Islam. Tidak perlu mendakwa anda adalah seorang muslim jika hanya memakai kopiah,berjanggut tetapi hatinya masih lagi penuh dengan kebencian,mulutnya penuh dengan caci-maki dan mengutuk,akalnya diselaputi rancangan-rancangan kebinasaan,jari-jemarinya masih lagi memegang puntung Dunhill,Marlboro,Winston,Salem,Gudang garam,Bingo atau apa jua jenama rokok yang berada dipasaran. Berbanggalah wahai ummat Islam dengan akal yang positif,hati yang suci lagi pemaaaf, syahwat penuh kecintaan terhadap isterinya yang halal ,kata-kata manis,indah lagi penuh dengan kejujuran dan kerendahan hati. Apabila hati-hati yang suci ini bersatu,akal yang positif ini menyatukan, kata-kata manis ini mempersatukan maka lihatlah cahaya kegemilangan yang terbenam,pasti akan bangkit kembali pada esok hari, Insya’allah. Mudah-mudahan.

Followers