Kejahatan,kezaliman,zina,jenayah,penindasan,penyelewengan kuasa,rasuah dan segala macam kerosakan di dalam dunia yang hari ini yang tidak terbendung lagi. Bagi insan yang dahagakan kedamaian dan keharmonian,pastinya melihat konotasi kejahatan ini dengan sangat kecewa,sedih dan hampa. Lantas bertanyakan kepada diri sendiri “ Bila semua ini akan berakhir ?” Fanatisme politik dan politikus yang sangat mendukcitakan saban hari. Tiada janji yang ditepati melainkan hanya retorik semata. Pertembungan idealogi,falsafah,intelektual terus menjadi topik perdebatan hangat yang kelihatan bermanfaat tetapi rupa-rupanya kosong tanpa nilai.
Bagaimana seandainya diberitahu bahawa kejahatan ini dirancang oleh ‘pihak berwajib’. Segala-galanya telah dirancang,dibentuk,direka dan dimodifikasi dengan sangat berkesan . Pasti timbul di dalam benak fikiran anda semua. Mana mungkin kejahatan ini dirancang. Ianya sunnatullah,ini tanda Hari Kiamat! Benar dan anda tidak salah. Bagi pengkaji politik antarabangsa,konspirasi atau sesiapa jua yang mengambil tahu akan perkembangan semasa,pasti Nampak banyak persamaaan di dalam setiap kes atau skandal besar ,kes berprofail tinggi contohnya kes kematian Puteri Diana,John F. Kennedy,peperangan demi peperangan,kegawatan setiap 10 tahun dan macam-macam lagi jenayah besar. Mungkin kita akan mula bertanyakan siapa yang telah merancang semua ini. Jika ragu-ragu dengan kenyataan ini,elok sekiranya anda keluar sebentar dari dunia fantasia sementara dan berpijaklah di bumi yang nyata. Anda akan jumpa sesuatu,In’ Allah.
Artikel ini ditulis bukanlah untuk menjawab atau mendedahkan siapa yang telah melaksanakan semua agenda ini,kerana jawapan teesebut telah terjawab di dalam kitab yang paling sempurna iaitu Al-Quran ,di dalam sirah Yassin ayat 60, Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah setan? Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu". Nah bukankah telah jelas. Memang nampak mudah tetapi yang agak merunsingkan adalah bagaimana untuk mengenali dan mengetahui tujuan syaitan-syaitan ini. Di dalam surah An-nas ayat 4-6,Allah telah memberitahu, “dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. dari (golongan) jin dan manusia.” Mereka ini terdiri daripada jin dan manusia. Bagaimana mereka ini berkerjasama dan merancang kejahatan ini? ” Timbul persoalan di dalam kepala anda semua.
Mungkin anda tahu bahawa Allah sangat cintakan orang-orang takut kepada-Nya. Semakin besar takut,semakin tinggi kedudukan di sisi Allah. Syaitan jin tahu akan sifat takut ini maka mereka telah menipu sesetengah manusia yang tidak sabar atau tergesa-gesa untuk mendapatkan kebahagian,kedamaian dan keseronokan melalui kuasa yang mereka ada. Mungkin anda tidak percaya bahawa jin memliki kuasa. Anda boleh belajar bagaimana bomoh dan pawang berjaya memenuhkan permintaan pelanggan yang datang kepada mereka. Salah sebenarnya. Jin tidak berkuasa tetapi mereka mempunyai kelebihan iaitu MAGIK. Magik adalah ilusi. Ianya dilaksanakan dengan memanipulasikan keadaan tertentu supaya mereka dapat menipu bomoh yang bodoh dan pelanggan yang bendul.
Umum mengetahui bahawa di dalam manusia terdapat sifat tergesa-gesa atau tidak sabar atau malas untuk menunggu. Di sebabkan inilah ramai manusia mencari jalan penyelesaian yang singkat dan mudah untuk mencapai kenikmatan di dalam hidup.Keadaan ini telah memberikan kelebihan dan manfaat yang sangat banyak buat jin.
Namun tipu daya syaitan jin ini tidaklah sesukar syaitan manusia. Tipu daya syaitan lebih licik dan bijak walau di suatu sisi mereka ini tetap bodoh kerana tunduk kepada syaitan jin. Oleh kerana mereka ini manusia maka mereka tahu di mana kelebihan dan kekurangan manusia. Antaranya adalah mereka tahu bahawa manusia terdapat kecenderungan terhadap wanita,harta,anak-anak,kenderaan dan perniagaan. Berdasarkan surah Ali –Imran ayat 14, “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. Allah telah meletakkan ‘objek-objek’ ini sebagai jalan keperluan dan bukan matlamat sebagaimana senario masa kini. Manusia memerlukan ‘objek-objek’ ini untuk memenuhkan tujuan kehidupan. Bukan matlamat kehidupan. Namun fungsi ini telah berubah dari keperluan kepada matlamat. Manusia berkejar-kejar tehadap ‘objek-objek ini’. Mereka sanggup merosakkan hidup mereka demi ‘objek-objek’ ini. Haru-biru kehidupan manusia kerana terlalu ghairah dan cintakan ‘objek-objek’ ini. Mereka sanggup berbunuhan semata mata untuk mendapatkan ‘objek-objek’ ini. Nyawa tidak lagi dihargai. Di sinilah syaitan manusia berperanan,mereka telah menaja industri seks,kongsi gelap,perjudian,gaya hidup ekslusif,membina sistem berdasarkan hutang dan pelbagai lagi idea-idea khurafat demi memastikan tujuan mereka tercapai.
Apabila akal ini tidak berfungsi dengan sebaiknya maka misi kecil mereka telah berjaya. Akal manusia sangat terhad kemampuan dan peranannya. Kesan terhadap ‘Kawalan Minda’ ini amat ketara terutama buat ummat Islam. Ummat Islam hanya mampu berbicara soal hadith-hadith dhaif,bida’ah,perkara furuq di dalam ibadah,hukum yoga, dan perkara yang sangat remeh atas alasan tiada asal di dalam beragama. Tidak termasuk lagi tentang hukum mengorek hidung di dalam bulan puasa,hukum menggerakan jari di dalam solat dan macam-macam lagi isu yang tidak sepatutnya diketengahkan. Turut tidak mengambil kira masalsah pertembungan idealogi,politik,falsafah, masyarakat dan sebagainya. Ulama dan tok-tok guru yang ada pada hari sangat mengecewakan. Pemimpin Islam apatah lagi.
Kemuncak kepada tipu daya syaitan adalah memecah-belahkan Anak Adam kepda bangsa,agama,puak,pekerjaan,pendidikan,sosial,cara hidup dan macam lagi. Pemecahan ini diletakkan di bawah gagasan ‘Pecah dan Perintah’. Anda tersilap jika idea ini hanya di dalam doktrin idea Negara bangsa. Turut tidak terkecuali adalah perpecahan jemaah Islam. Tujuan perpecahan ini adalah untuk menggalakkan persaingan,pertandingan,perlawanan dan pertembungan. Untuk apa pula seterusnya. Demi mengekalkan perbezaan. Inilah matlamat akhir perpecahan ini. supaya kita sentiasa berbeza pendapat,kata,idea,gaya hidup,gerakan,sistem dan sebagainya. Tedapat satu frasa yang sangat sinonim dengan perpecahan ini. Ia dinamakan POLITIK. Politik adalah perpecahan. Ianya diserikan dengan demokrasi,hak asasi,dasar kerajaan,kuasa,pendidikan,falsafah undang-undang,,persamaan kaum dan sebagainya. Islam tidak pernah menganjurkan perpecahan apatah lagi Rasulullah S.A.W. Baginda tidak pernah berpolitik. Sangat malang apabila terdapat jemaah Islam yang terlibat di dalam politik syaitan ini. Bida’ah dan sesat bagi mereka yang mengatakan baginda berpolitik. Bertambah malang lagi ummat ini. Kita telah ketinggalan dalam segenap aspek kehidupan.
Keadaan ummat ini sangat kritikal,tenat dan parah. Ummat Islam sangat gembira apabila melihat Israel mencatatkan kerugian berupa RM 0.20-RM 0.30 akibat boikot yang telah dilaksnakan oleh negara Islam walhal seluruh sistem kewangan di dunia ini direka bentuk untuk mendokong Negara haram tersebut. Kedudukan kini 70-0 dan masa perlawanan hanya tinggal 15 minit sebelum ke masa tambahan. Barisan ynag diketuai Anwar Ibrahim,Yusuf Qaradawi,Mahmoud Ahmadinejad kelihatan tidak mampu melakukan sebarang serangan terhadap pintu gol pasukan syaitan. Bola kini berada di kaki Benjamin Nentanyahu. Pasukan ummat Islam kelihatan semput untuk merampas bola apatah lagi untuk melakukaan serangan balas. Tiada keserasian di seluruh bahagian,salah hantaran,tiada kemahiran menggelecek bola dan pelbagai lagi masalah telah menyebabkan pasukan ini ketinggalan jauh dibelakang. Beberapa gol jaringan sendiri oleh pemain pasukan Islam telah menjatuhkan lagi semangat pasukan walaupaun memiliki jumlah penyokong seramai hampir 2.0 bilion. Bilakah pasukan Islam mampu bangkit. Masa akan beri jawapan. Salah. Kitalah yang sepatutnya menjawab soalan ini.
Untuk lebih menenangkan hati pembaca sekalian ,elok saya menamakan syaitan ini.Syaitan jin dinamakan LUCIFER,BAAL,OSIRIS atau DAJJAL. Syaitan manusia ini adalah FREEMASON,ILUMINATI atau YAKJUJ MAKJUJ. Mereka turut dibantu oleh unit-unit kecil bernama CIA,KGB,MOSSAD,NED,BIELDERBERG GROUP,THE ELITE,LION GROUP,SKULL AND BONES dan lain-lain. Tujuan terbesar mereka adalah untuk menjatuhkan Allah. Palestin buktinya. Disebabkan ini isu Palestin adalah kemuncak kepada masalah di seluruh dunia. Ianya isu Allah vs Syaitan. Kuasa Benar vs Kuasa Bathil. Kuasa Tuhan vs kuasa berlagak macam Tuhan. Ianya bukan isu agama,hak,asasi,Baitulmaqdis, atau apa jua. Bezanya kali ini ummat Islam terpaksa bersama-sama dengan kaum Yahudi dan kristian untuk merampas kembali tanah suci ini.
Bagaimana saya dapat menulis tentang semua ini. Dari mana sumber dan rujukannya? Saya hanya menyusun semula kandungan yang terdapat di dalam video’ The Arrival’ dan juga beberapa laman web konspirasi.Tidaklah bermaksud menerima semuanya tanpa sebarang kajian atau pemerhatian tetapi oleh kerana fakta yang didedahkan,bukti,,dokumen dan dalil –dalil yang dikemukakan sangat mudah diterima oleh logik akal dan pemikiran yang positif. Jika anda tidak bersetuju terserah tetapi pastikan anda mempunyai dalil yang cukup untuk menafikan fakta yang teklah didedahkan atau di dalam kata lain,anda mempunyai 50 episod yang mampu atau setara untuk menafikan idea tersebut. Jika tidak ,terima dan faham dengan baik tentang mesej yang disampaikan. Tidak perlulah hanya bercakap “Ah,mengarutlah semua nie! “.Dakwah ummat ini telah masuk ke fasa terakhir permainan Syaitan atau DAJJAL. Kali ini ia tidak boleh hanya membangkitkan isu solat, kebaikan manusia,agama dan lain-lain. Ianya juga melibatkan isu politik,sukan,ekonomi,sosial,masyarakat,intektual,pendidikan,revolusi budaya dan sebagainya. Tarbiyyah kita perlu lebih tersusun,terancang,canggih dan sistematik. Dan yang paling penting adalah bergerak sebagai satu jasad,satu roh,satu semangat,satu tubuh,satu organisasi walaupun bukan dengan satu suara,pandangan atau perspektif. As-Saff ayat 4,”Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti SUATU BANGUNAN yang tersusun kokoh.” Tetapi kali ini lebih berbeza sedikit iaitu ummat Islam perlu bersama-sama dengan kaum Yahudi dan Kristian untuk menentang Dajjal,Yakjuj Makjuj dan sekutunya. Bangsa yahudi masih lagi memegang simbol bangsa terbaik. Sebab itulah mereka berjaya memegang seluruh kepentingan di dalam sektor utama dunia dan sistem yang menggerakkan dunia hari ini.
Politik adalah tanggapan semata-mata. Pendapat manusia tidak pernah sama bahkan di dalam isu hadith,ibadah,tasawuf sekalipun. Mungkin anda tidak nampak akan watak Imam Mahdi. Sebenarnya beliau sudah muncul dan kelihatan di semenanjung
Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.”Bangkitlah saudara sekalian. Bila lagi kita mahu bertindak. Kita masih ada baki 15 minit sebelum masa tambahan. Kemenangan Tuhan bersyarat. Imam Mahdi berada di dalam diri kita sendiri. Bangkitkan PAHLAWAN AKHIR ZAMAN INI dengan melakukan islah(pembaharuan) diri,iman dan syahadah kita. Jadilah syarat kepada kemenangan itu dengan mempersiapkan diri kita sendiri. Tuhan bersama-sama dengan orang yang telah bersedia. Sekali lagi ingin ditanyakan soalan. ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA?