Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 14 Januari 2012

THE CAVES OF THE GOLDEN ROSES

TRAPPED GAMES...

DALAM KES ANWAR IBRAHIM..PERKARA YANG PALING KETARA MENIMBULKAN PERTIKAIAN ADALAH BERKENAAN FAKTA KES..

KECELARUAN FAKTA YANG DIKEMUKAKAN....

3 KRITERIA PENTING UNTUK MENENTUKAN KES ADALAH BENAR-BENAR WUJUD ATAU SENGAJA DICIPTA..(SEKADAR HURAIAN NAKAL)

FAKTA KES...

BUKTI..

HUJAH...

MENELITI KEPADA HUJAH KEDUA BELAH PIHAK IAITU.....

PIHAK PEMBELA DAN PIHAK PENDAKWA..

HUJAH PENDAKWA LEBIH KUAT DAN BERKREDIBLITI..

BUKTI DIBENTANGKAN PULA ..AGAK RAPUH...

MANAKALA FAKTA KES DIBENTANGKAN ...AGAK LEMAH...

SECARA KESELURUHAN BOLEH DIKATAKAN ...HUJAH MEREKA MUDAH DIPATAHKAN...

MANAKALA BERBEDA DENGAN PIHAK PEMBELA..

HUJAH MEREKA AGAK RAPUH..

BUKTI MEREKA JUGA LEMAH..

NAMUN MEREKA MEMILIKI FAKTA KES YANG KUAT...

MAKA ..ADALAH WAJAR HAKIM MEMUTUSKAN SUPAYA ANWAR IBRAHIM DIBEBASKAN...

TREND KONTEKS HUJAH INI BOLEH DINILAI BERDASARKAN KES DSAI PADA SEPTEMBER 1998 LAGI..

FAKTA KES YANG BERCELARU..HUJAH BERBOLAK BALIK DAN MEMENINGKAN RAMAI PIHAK...

HANYA ORANG OTAK TERLEBIH UPAYA SAHAJA YANG MEMPERCAYAI BAHAWA ANWAR ADALAH PELIWAT TEGAR...

FIKIR DAHULU SEBELUM BERCAKAP.

JANGAN CAKAP PANDAI TETAPI BUATNYA MELULU...

KAFIRIN SEJATI..MUNAFIKIN SEJATI..VS MUKMIN SEJATI..MUSLIMIN SEJATI..

MOTIF DAN VISI SEBENAR MUSLIMDAIRYZ....

MENCARI PLATORM DAN PORTFOLIO YANG PALING IDEAL UNTUK MENGGERAKKAN AGENDA MEMBINA MALAYSIA BARU DI LUAR KONTEKS POLITIK DAN DEMOKRASI...

TIDAK BERMINAT DAN TERTARIK DENGAN SENSASI MAHUPUN PUBLISITI..

LEBIH CENDERUNG UNTUK MENARIK MEREKA YANG BENAR-BENAR KONSISTEN DALAM MENDEPANI ZAMAN KONSPIRASI...

KAMI AKAN SEBARKAN SATU ARTIKEL UMAT AKHIR..DENGAN IZIN..TULISAN YANG SANGAT TAJAM...

DAN IANYA MASIH LAGI TULISAN ANDAIAN NAMUN BERALASKAN FAKTA..

SECARA KRITIS..TULISAN INI CUKUP MEMILIKI LOGIKA YANG TINGGI..

DAN SEJERNIHNYA..IA MEMBAWA MESEJ YANG CUKUP PENTING...

KAMI PERSEMBAHKAN ....

MENGENAI Yahadut Mizrah di bumi Melayu moden hari ini, kita tinggalkan dahulu persoalan itu walaupun kenyataan-kenyataan mengenainya agak menarik untuk digolekkan kepada kamu semua.

Seperti telahan salah seorang pembaca (Muzaffar Mahawangsa) yang mengatakan bahawa terdapat sekumpulan pengembara Arab yang mengekori perjalanan darat Yahadut Mizrah sehingga ke Tanah Melayu, juga terdapat keterangan mengenai perkara itu.

Namun, kita perlu mencari lebih banyak rujukan silang (cross reference) daripada pelbagai sumber dari semua arah untuk mendapatkan kesahihan mengenai perkara itu. Malah, dalam kelompok pengembara Arab itu juga terdapat individu-individu yang mempunyai darah Arab-Yahudi, maka sebahagian daripada ahli pengembara Arab itu juga (walaupun tiada bukti kukuh) boleh dikatakan sebagai Yahadut Mizrah Semitik.

Mengatakan sebahagian daripada pengembara Arab itu sebagai Yahadut Mizrah adalah kurang tepat kerana bangsa Arab dan Yahudi adalah daripada jurai yang sama iaitu Semitik (daripada keturunan Shem bin Nuh). Jika darah benih mereka bercampur melalui ikatan perkahwinan yang melahirkan zuriat sekalipun, mereka tetap bangsa Semit.

Peristiwa Banjir Besar dan Bahtera Nabi Nuh menyaksikan banyak kelahiran peristiwa baru dalam sejarah manusia apabila selepas banjir besar surut dan bahtera terdampar di Urartu (Pergunungan Ararat di Turki). Walaupun al-Quran menyebut bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi (Cudi), pengertian terhadap Bukit Judi juga harus diperhalusi sama ada ia benar-benar merujuk kepada Urartu.

Pun begitu, terdapat struktur menyerupai bahtera besar di Pergunungan Ararat. Ia seolah-olah bahtera Nabi Nuh telah membatu seperti fosil (sebagai satu tanda) untuk disaksikan manusia sehingga Hari Kiamat.

"Maka dengan itu Kami selamatkan dia (Nabi Nuh) dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda kepada sekalian makhluk." - (Quran, al-Ankabut: 15)

Selepas bahtera terdampar, penumpang-penumpang bahtera mula membina penempatan dan tamadun. Malah, keturunan manusia pada hari ini juga adalah daripada keturunan Nabi Nuh yang taat kepada perintah Allah. Anak-anak Nabi Nuh terdiri daripada tiga orang iaitu Shem (Semite), Ham (Hamitte) dan Yafet (Japhite) yang melahirkan bangsa-bangsa manusia.

Mengikut rekod dalam skriptur Yahudi dan Arab, Shem bin Nuh melahirkan bangsa Arab, Yahudi dan beberapa bangsa yang menetap di Timur Tengah dan Asia Barat. Ham bin Nuh pula melahirkan bangsa Afrika dan bangsa-bangsa yang menetap sekitar benua itu. Yafet bin Nuh pula melahirkan bangsa-bangsa yang menetap di Padang Ragut Eurasia yang terbentang dari Eropah Timur hingga sebahagian Asia Timur.

Namun, terdapat keterangan dalam sumber Yahudi yang menjelaskan bahawa Yafet turut melahirkan anak bernama Magog. Keterangan tersebut kemudian bersambung kepada keterangan lain bahawa ia kemudian (keturunannya) menjadi raja di kerajaan Mesekh dan Tubal. Ia bersambung lagi dalam sumber Yahudi yang lain, keturunan itu kemudian hidup di sekitar Padang Ragut Eurasia dan dipanggil Scythia oleh orang Greek (Yunani).

Dari segi jurai, bangsa Scythia turut mempunyai pertalian dengan suku-suku Yahudi yang hilang (The Lost Tribes of Israel). Juga ada keterangan yang bersambung mengenai perkara itu. Mereka kemudian terus berkembang di Asia Timur sehingga Mongolia. Itulah bangsa-bangsa yang lahir dan berkembang di Padang Ragut Eurasia yang gemar berperang, ganas, pagan dan tidak menyembah Allah.

Kemasukan suku Scythia ke Asia Timur juga melibatkan asimilasi yang bertindak memperkembangkan susur darah suku bangsa itu. Ia lalu melahirkan suku Scythia yang bermata sepet dan sedikit rendah (orang Mongolia) berbanding suku Scythia yang hidup nomad di sekitar Eurasia dan Eropah Timur.

Sumber Yahudi daripada Flavius Yosephus mengatakan, suku Scythia itulah Gog Magog yang dimaksudkan dalam Kitab Perjanjian Lama (Bible Old Testament). Orang Yahudi mempunyai pengetahuan mengenai suku Gog Magog yang pernah memporak perandakan dunia melalui siri-siri peperangan dan kemusnahan seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama.

Atas dasar pengetahuan itu, orang Yahudi pergi bertemu baginda Rasulullah (Muhammad bin Abdullah) untuk bertanya mengenai Gog Magog. Pada kali pertama pertemuan, Nabi tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak menerima wahyu Allah untuk menjawab pertanyaan itu. Setelah beberapa lama kumpulan Yahudi itu berulang alik setiap hari untuk menuntut jawapan daripada Nabi, wahyu akhirnya diturunkan dan Allah menceritakan ‘sedikit’ mengenai Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog).

Dalam konteks artikel ini, kita tidak fokus kepada keterangan al-Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj. Tetapi fokus kita ialah orang Yahudi sudah lama tahu mengenai Yakjuj dan Makjuj, pertanyaan mengenai Gog Magog kepada Nabi juga hanya sebagai mahu menguji kenabian Rasulullah kerana hanya dengan wahyu sahaja akan membuka jawapan-jawapan baru mengenai Gog Magog kepada mereka. Jawapan baru yang tidak pernah terdapat dalam kitab-kitab mereka selama ini.

Orang Yahudi sudah lama tahu mengenai Yakjuj dan Makjuj kerana juga sudah lama mengesyaki bahawa suku Gog Magog mempunyai kaitan dengan suku-suku mereka yang telah lama hilang.

Perjalanan sejarah Gog Magog dalam pelbagai catatan Yahudi dan Greek menunjukkan suku barbar dan nomad itu mendiami sekitar Eurasia. Suku yang pada masa tertentu menjadi askar upahan itu juga suka menyerang dan memusnahkan bangsa-bangsa lain serta merosakkan alam sekeliling di sepanjang laluan mereka untuk mencari tempat menetap.

Beberapa ratus tahun sebelum bermulanya kalendar Masehi, suku-suku itu akhirnya tiba di Asia Timur, sebahagian mereka memilih untuk berkubu senyap di Mongolia, bebas daripada penglihatan orang-orang yang mencatat pergerakan mereka. Zuriat-zuriat yang lahir di Asia pula berkembang di sekitar tanah besar paling Timur di Asia.

Sebahagian yang lain pula terus bergerak di padang ragut Eurasia untuk berperang dan melakukan kezaliman sehingga tiba detik kekalahan dan kemudian bergerak ke Eropah Timur sebelum keturunan mereka berkembang ke seluruh Eropah pula. Semua itu terjadi selepas laluan masuk ke Asia Barat di lereng-lereng bukit dan kaki-kaki gunung sudah ditutup.

Selepas laluan ke Asia Barat ditutup, suku yang menetap di Mongolia terus berkembang di Timur Asia.

Malah, suku Asia yang terlahir daripada Scythia juga digolongkan oleh orang Yahudi sebagai Yahadut Mizrah. Selain itu ditambah pula dengan catatan-catatan moden di Timur Asia juga merekodkan kemasukan bangsa Yahudi di Timur Asia seawal tahun 960 Masehi. Bahkan, suku di Timur Asia itu juga menyimpan rekod tersebut yang merekodkan permulaan kisah suku mereka di sana pada sekitar kurun yang sama.

Gelombang terus berputar dan akhirnya suku Scythia dari jurai orang Mongolia bangkit sekali lagi melakukan keganasan dan kemusnahan yang seterusnya pada permulaan 1100 Masehi. Wilayah-wilayah Islam dihancurkan oleh tangan-tangan suku Mongolia. Sejarah mencatatkan itu semua.

Perkara penting di sini ialah, suku Yakjuj dan Makjuj sudah lama berkembang di Asia, terutama di sebelah tanah besar yang paling timur. Serangan orang Mongolia di kerajaan-kerajaan Islam di Tanah Arab juga menyaksikan golongan pemerintah dan para ilmuan Islam melarikan diri ke sebelah Timur juga. Ada yang melarikan diri melalui jalan laut dan ada juga melalui jalan darat, semua itu ada keterangan dan catatan-catatannya.

Golongan pemerintah dan ilmuan Islam itu pula diburu oleh orang Mongolia untuk dihapuskan. Namun, golongan pemerintah dan ilmuan Islam itu berhijrah untuk meneguhkan agama Allah di sebelah Timur di sudut satah kompas yang agak jauh daripada arah Timur di tanah besar yang paling timur.

Datangnya Islam ke Timur ini bukan sahaja diterangi oleh niat untuk berdakwah di kalangan mereka yang melarikan diri sebagai pedagang. Tetapi ia disulami air mata dan tangisan, keinsafan untuk menegakkan agama Allah di sudut bumi sebelah timur. Mereka sampai ke timur dengan cara mengekori dan diekori. Semua itu bersulam air mata dan percikan darah sebelum sampai ke ‘destinasi yang tersorok’. Juga ada catatan mengenainya yang disimpan kemas.

Sekali lagi ingat, Yahadut Mizrah itu juga dari suku Scythia dan Mongol. Ia dikuatkan lagi dengan rekod kemasukan orang Yahudi ke Timur Asia sejak 960 Masehi. Juga ingat amaran ini, Yakjuj dan Makjuj akan sekali lagi memusnahkan dunia dengan menjadikan penganut agama monotheism (Tauhid) sebagai mangsa terpilih. Ingat, mangsa terpilih.

Sumber sejarah lama Yahudi juga merekodkan penempatan golongan beriman sering diserang oleh golongan barbar dan nomad. Barbar dan nomad itu pula adalah cara hidup suku Gog Magog (Yakjuj dan Makjuj) pada satu masa dahulu. Semua keterangan akan membawa kepada jawapan (follow the evidence).

Soalan baru yang muncul, adakah kamu sungguh-sungguh mengenali musuh-musuh yang telah dijanjikan kepada kamu? Apa yang kamu sedang buat bersama musuh-musuh kamu?

Mahu tahu lebih? Catatan yang disimpan sejak beberapa generasi keturunan sedia dibuka satu persatu, kita tidak berjanji untuk membuka sehelai demi sehelai kepada semua, tetapi insya-Allah andai ditakdirkan untuk membuka helaian-helaian itu.

Kita jadikan catatan sejarah sebagai kompas untuk kita melihat ke hadapan, supaya kita tidak tersesat memilih jalan dan akhirnya terjunam ke dalam gaung kemusnahan paling dalam.

Kita akan bercerita mengenai masa depan dengan sesekali melihat ke belakang supaya kita sentiasa tahu dan sedar bahawa kita sedang mengikut jalan yang betul berdasarkan petunjuk-petunjuk jalan yang kita temui di belakang.

SENTIASA SEDAR BAHAWA MEREKA ADA BERSAMA KITA, HIDUP BERSAMA KITA DI BENUA INI, RANTAU INI, MAHUPUN DI TANAH INI. APABILA TIBA MASA YANG DIJANJIKAN, KITA AKAN DIMUSNAHKAN TANPA BELAS KASIHAN SEPERTIMANA YANG SEJARAH-SEJARAH LAMPAU MEREKA TELAH MENCERITAKAN. PERINGATAN TERHADAP JANJI YANG MENDATANG PADA MASA HADAPAN ITU YANG LEBIH PENTING.

Ingat

MEREKA ADA BERSAMA KITA.

MENCIPTA KESATUAN ..

PERBETULKAN TITIK FOKUS....PANDANG KE ARAH SATU TITIK DAN PERSAMAAN YANG SAMA...

ISU PALING BERPOTENSI UNTUK MEWUJUKAN KESATUAN UNGGUL..

TUMPASKAN KUASA EKONOMI GLOBAL..HAPUSKAN RANTAIAN KAPITALISME SECARA MUTLAK....

KUASA EKONOMI ADALAH IDEA PALING RASIONAL DAN KRITIKAL PADA MASA INI..PADA HEMAT KAMI..IA MAMPU MEMBINA SUATU KUASA TSIQAH YANG CUKUP TEGUH DALAM MEMBINA HUBUNGAN DAN MEMPERTEGUH SEMANGAT DAN JIWA MANUSIA..

BAHASA KESATUAN YANG BAHARU SIFATNYA...

SATU MEMBAWA MAKNA DAN TAKRIFAN YANG DINAMIK..

NAMUN MELIHAT KEPADA KORTEKS PEMIKIRAN MASYARAKAT SIVIL YANG SEMAKIN KRITIKAL...

KESATUAN BUKAN LAGI IDEA YANG BAGUS...

KAMI AKAN MENGOLAH DALAM TRAVELOG PEMBAHASAAAN MENJURUS TAKRIFAN ..

INTEGRASI ..KESEPADUAN...DAN KESEPAKATAN....KOORDINASI KERANGKA PEMIKIRAN INTELEK...MENGATUR DAN MENYUSUNSUAIKAN KEKUATAN DAN KEUPAYAAN HAK-HAK POTENSI TERCERNA MENERUSI EVOLUSI SEBUAH PERUBAHAN YANG BERLAKU..

BAHASA BERSATU ADALAH BAHASA JIWA ...BAHASA HATI DAN EMOSI.......

TETAPI BAHASA INTEGRASI MEMBAWA ERTI KERANGKA DAN ORGANISASI...

STRUKTUR DAN SISTEM..IA LEBIH MENYEGARKAN DAN MEMBAWA NAFAS BARU...MEMBERI KERDIPAN SINAR BARU...MEMBAWA IDEA SEGAR....

PERLU DIGERAKKAN SATU MEDIUM ATAU PENTAS SUPAYA SELURUH AGENSI DAN PLATFORM UNTUK BERSUARA DAN BERDIRI SAMBIL MENYATAKAN PENDIRIAN DAN HAK MASING-MASING..

KAMI TIDAK PERLUKAN PARTI POLITIK UNTUK MEMBAWA SUARA KAMI..

KAMI HANYA MAHUKAN CALON-CALON YANG BENAR BERINTEGRITI.BERKREDIBLITI,BERKARISMATIK,TEGUH JIWA DAN SEMANGATNYA,KENTAL AGAMA DAN PENDIRIANNYA,PUNYAI IDEA,AGENDA,MISI DAN VISI YANG BENAR-BENAR HOLISTIK DALAM MEMBAWA MALAYSIA KE ARAH LANDASAN LANDKAP POLITIK BAHARU...

KESELURUHAN ARTIKULASI DI ATAS DIRANGKUMKAN DALAM BAHASA...

AKIDAH ...KEYAKINAN DAN KEUTUHAN JIWA..SEMANGAT YANG PADU DAN KUKUH....

KE ARAH MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA KUASA POLITIK DALAM MENENTUKAN HALA TUJU KEHIDUPAN SETIAP MANUSIA..

POLITIK TETAP DIIKTIRAF..

DEMOKRASI TETAP DIANGKAT ..

NAMUN DALAM KERANGKA DAN SYARAT-SYARAT YANG DIBENARKAN...BUKAN SEWENANG-WENANGNYA MEMBAWA FALSAFAH MACHIAVELLI AGAR IA DISANJUNG..

PENTING AGAR BUDAYA DISKUSI ILMIAH DAN WACANA BUDAYA DIGERAKKAN SECARA MASSA.

DIADAKAN DI SETIAP NEGERI DAN DAERAH...DI SETIAP BULAN...MEMBICARAKAN TOPIK-TOPIK KRITIKAL...

DEMOKRASI..POLITIK..ISU KEWANGAN SEMASA..ISU KONSPIRASI..ISU KESIHATAN..ISU GLOBAL WARMING..ISU ISLAM..AHLI SYURGA DAN CIRI-CIRINYA..MENCIPTA SYURGA DUNIA...ISU KAPITALISME..PERMAINAN BANK DUNIA...

DIMINTA NGO..BADAN KORPORAT..SINAR HARIAN..BADAN KEBAJIKAN MASYARAKAT..PERPUSTAKAAN NEGARA..MUZIUM NEGARA....MOHON AMBIL SIKAP...

PELBAGAI AGENSI PERLU MENGELUARAN IDEA DAN FIKIRAN MEREKA SENDIRI..

BERGERAK KE ARAH MEMBINA DUNIA DIALOG PERADABAN...

KEPADA MEREKA YANG BUTA POLITIK , BUTA DEMOKRASI,BUTA KONSPIRASI,BUTA MINDA,BUTA IDEA,BUTA ILMU,BUTA AGAMA DAN BUTA HATI...

YANG GILAKAN NAMA DAN PUBLISITI..DAHAGAKAN PENGHARGAAN...TERLALU TERDESAK DALAM VAKUM MEMBINA IMEJ DAN PERSONALITI.......

ANDA TIDAK MENGERTI BAGAIMANA KOMPLEKSITI BERADA DI PENTAS GLOBALISASI...

DUNIA GLOBAL..

APAKAH TAKRIFAN GLOBAL..

GLOBAL BUKAN LAGI MELIBATKAN DEFINISI DAN ISTILAH..

IA MEMBAWA ANDA MENYUSURI ARUS PERJALANAN KESELURUHAN HIDUP ANDA SEMASA KINI...

JIKA MAHU MEMAHAMI DENGAN LEBIH TEPAT DAN KONKRIT..

ANDA BOLEH BERCAKAP DAN BERDIALOG SENDIRI DENGAN PEMIMPIN DUNIA SEPERTI VLADIMIR PUTIN,HU JIA BAO,MANMOHAN SINGH,JULIA GILLARD,DAVID CAMERON,LEE HSEIN LONG,BAMBANG SUSILO,BENJAMIN NENTANYAHU,BARACK OBAMA ATAU MANA-MANA JUA PEMIMPIN DUNIA..

ATAU..

ANDA BOLEH JUGA BERBICARA DENGAN PEMAIN INDUSTRI DUNIA SEPERTI CEO INTEL,AUDI TOYOTA,MAXIS,CELCOM,AXIATA,TELCO,HYUNDAI,MERCEDES,PEUGEOT,VOKSWAGEN...

KEMUDIAN BARULAH ANDA BOLEH MEMAHAMI ..

WHAT IS GLOBAL...

BARULAH AKU MENGERTI...

DAN DISEBABKAN FAKTOR GLOBAL..KAMI MENYOKONG ANWAR IBRAHIM..BUKAN SEBAB YANG BODOH..

NAJIB TIDAK PINTAR DALAM BERMAIN DENGAN PEMAIN POLITIK DUNIA SEMASA...

DIA TERLALU KERDIL..TIDAK KONSISTEN DAN TIADA KETEGUHAN...TIDAK ADA KEKENTALAN DALAM MELAKSANAKAN AGENDA..

UCAPAN NAJIB SAHAJA SUDAH MEMBAWA DEFINISI TIDAK SERIUS DALAM BEKERJA...

BAGAIMANA MUNGKIN NAJIB LAYAK MEMBAWA MALAYSIA KE LANDASAN TRANFORMASI POLITIK..

ANWAR MESKIPUN BELIAU ADALAH PELIWAT TEGAR SEKALIPUN...KAMI FIKIR ..KEBIJAKSANAAN BELIAU DALAM MEMBINA DAN MEMBAWA HUBUNGAN DIPLOMATIK DALAM PELBAGAI DIMENSI..IA DILIHAT AGAK BAGUS..

KENYATAAN INI BUKANLAH SATU USAHA UNTUK MEMPROMOSI ANWAR IBRAHIM NAMUN SEKADAR MEMBAWA SATU SENTIMEN POSITIF..

SPESIS PEMIMPIN BARU ADALAH WAJAR MEMBAWA IMEJ SEPERTI BELIAU..ANDA BOLEH MEMBENCI ANWAR TETAPI JANGAN MENAFIKAN KEBIJAKSANAAN BELIAU....

CUBA BERHADAPAN SATU DENGAN SATU DAN DAPATKAN JAWAPAN....

MASALAH KRITIKAL UMAT ISLAM ADALAH DALAM DIMENSI GLOBAL...

THAT IS THE PROBLEM...

KITA BOLEH MENCERMINKAN WAJAH KESATUAN PLASTIK DALAM KERANGKA KENEGARAAN...

NAMUN DALAM KONTEKS KESATUAN UMMAT..

OLAHAN..DEFINISI..TAKRIFAN..PARADIGMA..KESELURUHANNYA MEMBAWA ERTI YANG CUKUP LUAS DAN MELAMPAU BATAS FIKIRAN KONTEMPORARI...

SEKALI LAGI..

SATU SUARA...

SATU MATLAMAT...

SATU CITA-CITA..

SATU IMPIAN...

SATU HARAPAN..

SATU KEPERCAYAAN...

SATU KETEGUHAN..

SATU SEMANGAT..

SATU IKATAN ..

SATU LAFAZ IKRAR...

SATU IDEA..

SATU SLOGAN...

SATU MISI..

SATU VISI...

SATU WAWASAN..

SATU AGENDA....

KE ARAH KUASA ORDER ISLAM MILLENIUM BERAUTORITI DEMOKRASI..

BEGIN TO ANSWER , FIND A REASON.....THE ONLY REASON FOR UNITE..

KERANA ALLAH DAN HANYA UNTUK ALLAH...DEMI ALLAH..LUPAKAN PAS DAN UMNO..LUPAKAN PKR ..LUPAKAN NAJIB..LUPAKAN ARTIS DAN SELEBRITI..LUPAKAN DATO’ SERI DAN DATIN..LUPAKAN ULTRAS MALAYA..LUPAKAH TELEVISYEN ...LUPAKAN NIKMAT DUNIA YANG SEMENTARA INI...

BERPIJAKLAH SEMULA SELAKU HAMBA TUHAN...

HAMBA RAJA BAGI SEKALIAN RAJA....

BERPIJAKLAH DI ATAS KAKI DAN KUASA YANG ADA PADA TANGAN ANDA SENDIRI..

MESKIPUN KITA TIDAK BERSUA..

NAMUN DENGAN KEPERCAYAAN YANG ADA SEBAGAI BEKALAN..

MUDAHAN-MUDAHAN KITA BERTEMU JUGA DI PINTU SYURGA ..

DENGAN IZIN ALLAH...

KESATUAN AKIDAH INI MEMERLUKAN SATU BENTUK CETAKAN BIRU YANG BENAR-BENAR MEMENUHI ASPIRASI UMMAT MASA KINI..UMAT DI ERA MILLENIUM...

DAN PENTING UNTUK DIINGATKAN..

PENETAPAN SEMULA IZZATUL ISLAM MEMERLUKAN PROSES YANG SANGAT CERMAT,HALUS,TELITI DAN SISTEMATIK...

PROSES-PROSES INILAH DIKATAKAN AL-HIKMAH..

KEBIJAKSANAAN TAHAP TINGGI,BERANSUR-ANSUR BERSESUAI PADA KADAR MASA,SUASANA DAN PEMIKIRAN MANUSIA..

MEMENUHI MATLAMAT DAN JIWA ATAU ROHANI MANUSIA..

MEMENUHI TUNTUTAN SEBENAR KEWUJUDAN MANUSIA DI MUKA BUMI..

MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI..SELAKU RAJA YANG MENGGANTIKAN ALLAH..DENGAN MELAKSANAKAN PERATURAN ALLAH..HANYA TUNDUK DAN MENYERAH JIWA KERANA ALLAH AZZA WA JALLA...PADA TAKDIR DAN KETETAPAN ALLAH SEMATA-MATA...

DAN HADIAH KHAS UNTUK MEREKA YANG MAHU KEMBALI KEPADA ALLAH...MENJADI HAMBA ALLAH YANG IKHLAS...

IKHLAS TIDAK HADIR MELALUI LAFAZ..

BUKAN DENGAN PERKATAAN..

PERBUATAN IKHLAS HANYA TERCERNA DARIPADA HATI,EMOSI ,JIWA, MINDA DAN SEMANGAT YANG KUKUH DAN JERNIH..

IKHLAS BUKAN DENGAN MENDAPAT PENGHARGAAN DAN ANUGERAH DARIPADA MANA-MANA AGENSIM,BADAN KORPORAT MAHUPUN MEREKA-MEREKA BERJAWATAN BESAR..

IKHLAS DENGAN SINAR MATA DAN TINDAKAN...

KEMUDIAN ..ANDA BOLEH MELIHAT SENDIRI SIAPAKAH YANG BENAR-BENAR IKHLAS MENJADI SAHABAT DAN TEMAN,MAHUPUN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA ..

ANDA AKAN KENAL SIAPA MUSUH DAN LAWAN SEPATUTNYA..

SYAITAN TELAH BERJANJI DALAM SURAH AL-HIJR..

KAMI AKAN MENYESATKAN KEBANYAKAKAN MANUSIA...

KECUALI ORANG YANG IKHLAS..

SIAPAKAH MEREKA YANG IKHLAS..

ANDA TENTUKAN DAN PASTIKAN JAWAPANNYA..

PASTIKAN ANDA ADALAH JAWAPAN YANG DICARI...

DAN JIKA JAWAPAN TELAH DITEMUI..

BUKTIKAN...BAHAWA ANDA BENAR-BENAR IKHLAS..

MINTA IZIN ...ARTIKEL KELAS PERTAMA ..DR.ASRI....

PENGAKUAN :

KAMI TELAH CUBA MENGHUBUNGI BEBERAPA SELEBRITI UNTUK MENDAPATKAN TAWARAN BERLAKON...SALAH

.CUBA UNTUK MENDAPATKAN RUANG UNTUK BEKERJAMASA...

SELEBRITI ONLINE NAMUN TIDAK DILAYAN....

SEDIH DAN PILU...:)

TIDAK ....KAMI MEMAHAMI RUANG ,TUNTUTAN ,TANGGUNGAN DAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING....

SEKADAR MAKLUMAN..

MENGAPA MEMILIH SELEBRITI..

MEMANFAATKAN PENGARUH,KUASA,ILMU DAN KEBIJAKSANAAN YANG ADA PADA MEREKA..ITU NILAIAN KAMI SEMATA-MATA..

NAMUN TERSERAH PADA ALLAH..UNTUK MEMBUKA HATI MEREKA..BUKAN TUGAS KAMI UNTUK MEMAKSA...

Tuhanku! Apakah Daku Telah Kembali Kepadamu?

Disiarkan pada Jan 12, 2012 dalam kategori Dakwah

TUHANKU! APAKAH DAKU TELAH KEMBALI KEPADAMU?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu ‘kembali kepada Islam’ kadang-kala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau celebrity. Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh.

Kita wajar bertanya: “apakah maksud seseorang kembali kepada Allah?” Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadang-kala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.

Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?
Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Al-Inabah

Perkataan kembali kepada Tuhan disebut sebagai al-inabah ataupun kembali kepada Allah. Al-Quran sering menyeru manusia agar berinabah kepada Allah dan menzahirkan manifestasi tersebut dalam bentuk penghayatan. Firman Allah: (maksudnya)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.

Insan kembali kepada Allah apabila merasakan diri tersesat ataupun berdosa. Dia hanya mengharapkan keampunan dan keselamatannya apabila bertemu Allah nanti. Mencari sakinah atau ketenangan roh di dunia dan kelazatan hidup di akhirat. Dia tidak kembali kepada Allah sebagai satu ‘pameran’ untuk menyukakan perasaan orang lain atau mengaut satu keuntungan atas tiket al-Inabah. Sama sekali tidak! Jika itu berlaku, hakikatnya dia tidak kembali kepada Allah. Inilah yang Nabi s.a.w tegaskan semasa hijrah. Soal keikhlasan jiwa insan yang berhijrah atas nama Tuhan. Mungkin petunjuk zahir kelihatan sama di mata awam, namun hakikat di sisi Allah berbeza.

Justeru Nabi s.a.w menyebut:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNYA maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNYA. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Ikhlas

Maka, perkara maha utama dalam agama ini ialah soal keikhlasan insan terhadap tuhannya. Ia adalah perkara rohani yang paling ramai manusia gagal menunaikannya. Bukan sahaja orang jahil yang gagal dalam menanganinya, telah gagal juga orang alim. Bukan sahaja gagal para penceramah agama, telah gagal juga para mujahid yang berperang di jalan Allah. Bukan sahaja telah gagal mereka yang membaca buku biasa, tetapi telah gagal mereka yang membaca al-Quran. Bukan sahaja telah gagal penderma kecil, tetapi telah gagal juga penderma yang besar.

Sabda Nabi s.a.w:

“Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Hadis ini sangat merunsingkan kita semua. Demikianlah besarnya peranan ikhlas. Sejauh mana pun manusia memuji kita, tiada ertinya jika amalan kita ini tidak dinilai ikhlas di sisi Allah. Hakikat yang mesti direnung oleh setiap insan tentang dirinya: “siapakah aku ini di sisi Tuhanku?”. Segala ceramah, pakaian agama, bahasa yang ‘berbunyi’ agama, lambang yang ‘bercorak agama’ dan segalanya itu tiada apa-apa erti jika seseorang itu ditolak keikhlasan oleh Allah. Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering. Ya Allah! Betapa kami takut hal itu. Ampunilah kami, curahkan keikhlasan ke dalam nurani ini.

Mencari Tuhan

Saya tersentuh membaca coretan Naima B. Robert dalam ‘From My Sisters’ Lips’. Karya menarik tentang pengembaraan dirinya dan wanita lain dari alam kesesatan kepada Islam. Beliau mencatatkan betapa wanita di UK yang menemui Islam mempunyai pelbagai latar belakang yang tersendiri. Berubah sekalipun terpaksa berkorban hidup dalam masyarakat seperti UK yang minoriti muslim. Keikhlasan membawa mereka kepada Tuhan. Saya ingin memetik ungkapan beliau:

“As i read through the few stories I have collected, I am reminded of their value: they show the universal appeal of Islam. The sheer diversity of the backgrounds and life experiences that characterize the sisters in this book show that Islam can speak to anyone… they each have their own unique personality, their own voice. They were arch feminists, African nationalists, underground anarchists, music moguls, rock rebels, disco queens, devoted church-goers, designers, athletes, models, singer career girls, Masters students, cultural Muslims, Christians, Sikhs, atheists, from every racial backgrounds and all ages. And, most unexpectedly, Islam was able to reach out to each of them, to settle in their hearts and speak to every one of them in a personel way, giving them the answers they were looking for and changing their lives for ever” (pg 98).

Ya, ramai yang telah kembali kepada Tuhan. Mencari kebenaran bukan untuk pameran kebanggaan atau komersial yang mendatang faedah duniawi seperti yang berlaku di sesetengah tempat, tetapi untuk diri sendiri. Ya, boleh dikongsi untuk pengajaran, bukan mengaut kekayaan. Kembali insan kepada Tuhan ialah kepada tauhid yang hakiki dan murni. Menjadikan Allah sebagai paksi kehidupan. Inilah perkara penting yang perlu difahami oleh setiap muslim. Indahnya Islam ini kerana ia membuka hubungan langsung antara hamba dengan tuhannya. Tauhid yang kudus dan penuh murni. Tiada perantaraan paderi atau ustaz atau pun wali atau siapa sahaja dalam hubungan terus insan dan Tuhan.

Malangnya, sesetengah golongan agama suka mengambil kesempatan atas kejahilan manusia lalu cuba menjadi orang tengah yang mendapat komisyen. Sekali lagi saya ingin memetik apa yang Robert coretkan dalam ‘From My Sisters’ Lips’:

“…to worship God alone. This is the cornerstone of the Islamic faith: tawheed –pure and unadulterated monotheism. The Islamic lifestyle revolves around the worship of the Creator alone, without any partners. There are no intermediaries: no all-powerful clergy, no confessional priests, no saints to be called upon, no prophets to be sacrificed to, no deities to be appeased, no ancestors to be consulted…The depth and comprehensiveness of Islamic monotheism blew my mind. I could not think of another belief system that kept worship uniquely and solely for God alone” (pg 101).

KITA SEMUA PERLU KEMBALI KEPADA TUHAN. KITA SEMUA SERING MELAKUKAN DOSA. TIDAK KIRA SIAPA KITA. KITA KEMBALI KEPADA TUHAN UNTUK MENTAUHIDKANNYA DAN MENDAPAT KEAMPUNAN SERTA HIDAYAHNYA. TIDAK UNTUK SELAIN ITU. MAKA WAJAR KITA SERING BERTANYA: “SIAPAKAH DAKU DI SISI TUHANKU? WAHAI TUHAN APAKAH AKU TELAH KEMBALI KEPADAMU?

MEREKA YANG IKHLAS JUGA ADALAH MEREKA YANG TERPILIH...

DAN DI SINILAH POSISI DAN PERANAN MEREKA YANG TERPILIH...

BAGI MEREKA YANG TERPILIH...

ANDA BENAR-BENAR SEDANG MENGALAMI PROSES UJIAN YANG SANGAT PANJANG...

DAN PERKARA PENTING..

MEREKA YANG TERPILIH BUKANLAH SEWENANG-WENANGNYA..

BERBANGGA DIRI DAN MENJERIT KEPADA ORANG RAMAI..

HAI..

KAMI ADALAH ORANG YANG DIPILIH OLEH ALLAH UNTUK MEMBAWA PANJI HITAM DARI TIMUR...

BARANGSIAPA BERSAMA DENGAN KAMI MAKA ANDA SEMUA AKAN DIJAMIN UNTUK BERADA BERSAMA NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN PARA SAHABAT..INFAKKANLAH HARTA KALIAN UNTUK KAMI..BERKORBAN BERSAMA –SAMA KAMI..MUDAHAN-MUDAHAN ANDA SEMUA MENDAPAT PAHALA YANG BESAR DI SISI ALLAH......

....

ITU BUKAN SIFAT MEREKA YANG TERPILIH..SUSAH DAN SUKAR ADALAH RENCAM PERJALANAN HIDUP..BUKAN DENGAN TAWA DAN SUMBANGAN ORANG RAMAI...BUKAN JUGA MENDAPAT IJAZAH KEHORMAT DARIPADA MANA-MANA UNIVERSITI...

MESKIPUN TERBUKTI DALAM SEJARAH...BAGINDA MUHAMMAD S.A.W. ADALAH YANG PALING BIJAKSANA DALAM MERANGKA DAN MEMBENTUK NEGARA...

ADAKAH BAGINDA NABI MUHAMMAD DIIKTIRAF...

MUNGKIN SEBILANGAN MENJAWAB ..NABI DIIKTIRAF MELALUI SAMBUTAN MAULUD NABI..

JAWAPAN ITU SANGAT MELUCUKAN...

BAGINDA LAHIR BUKAN UNTUK DIPERINGATI DAN DITANGISI OLEH UMATNYA...

DITANGISI KERANA KEMATIANNYA....

NAMUN PENGIKTIRAFAN BAGINDA ADALAH PELAKSANAAN SEMULA DUPLIKASI SISTEM PEMERINTAHAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W...

MEMODELKAN SEMULA AKHLAK TERPUJI..

MEMODELKAN SEMULA KELUARGA ISLAMIK..

MEMODELKAN SEMULA KESATUAN AKIDAH DI ATAS POSISI AKIDAH..BUKAN HIMPUNAN ATAU HIMPUN..

IKATAN PERSAUDARAAN DI ATAS POSISI KEPERCAYAAN YANG PADU DAN UTUH....

MEMODELKAN SEMULA NEGARA MADINAH ACUAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W..

MEMODELKAN JATI DIRI SELAKU PIMPINAN UNGGULA DALAM MANA-MANA PEPERANGAN..

MEMODELKAN SEMULA HUBUNGAN MANUSIA YANG BERDIRI DI ATAS RASA KEHAMBAAN ..BUKAN BERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA DI ATAS SEBAB ..

NAMA..JAWATAN...GAJI..HOBI...MAKANAN KEGEMARAN...KERJAYA...ARTIS KEGEMARAN...ATAU APA JUA ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH....

MEMBINA HUBUNGAN KEPERCAYAAN YANG UNGGUL SESAMA MANUSIA..

UKHUWAH FILLAH YANG BENAR-BENAR IDEALIS..

BUKAN ENIGMA DAN FATAMORGANA...

MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK SEDAR DI MANA MEREKA BERADA SEKARANG..

NAMUN MEREKA TAHU DAN SEDAR APA YANG MEREKA PATUT BERBUAT....

MEREKA TIDAK TAHU AKAN IDENTITI ASAL MEREKA...

NAMUN MEREKA MEREKA MEMPUNYAI OBJEKTIF DAN MISI YANG CUKUP BESAR UNTUK MENGHAPUSKAN MUSUH ALLAH...

FAHAM BAIK-BAIK HADITH INI ...

ALLAH LEBIH MENCINTAI MUKMIN YANG KUAT DARIPADA MUKMIN YANG LEMAH....

MUNGKIN INTERPRESTASI AUDIENS AKAN MEMBAWA MAKNA ..

TOKOH SEPERTI MARK HENRY..TRIPPLE H...DWAYNE JOHNSON..STONCOLD..RANDY ORTON...BATISTA...

INILAH GAMBARAN BAGI MUKMIN YANG KUAT....

BUKAN SAHABAT...

KUAT DIMAKSUDKAN SEBAGAI KUAT MUJAHADAHNYA..

KUAT SABARNYA...

KUAT AKALNYA..

KUAT EMOSINYA.

KUAT ROHNYA....

KUAT FIZIKALNYA...

FIZIKAL ADALAH MELIBATKAN FAKTOR ANGGOTA BADAN SEMATA-MATA...

BUKAN MELIBATKAN INDIKATOR KUASA MATERIALISTIK...

KERANA HARTA ADALAH ALAT..BUKAN UNTUK DISIMPAN...DIGUNA UNTUK FISABILLILLAH...

BUKAN BIAYA KOS GUAMAN....

..

MASALAH KAUNSELING DALAM JABATAN AGAMA ISLAM...

PERLUASKAN SKOP KAUNSELING KEPADA KELUARGA PASANGAN..JANGAN DIFOKUSKAN MASALAH HANYA SEMATA-MATA PADA PASANGAN..

BERI RUANG KEPADA MEDIUM NASIHAT ALTERNATIF..

TIDAK SEMATA-MATA MENDAPAT NASIHAT DARIPADA JABATAN AGAMA ..

NAMUN JUGA DARIPADA ORANG LUAR YANG BERKELAYAKAN DAN BEBAS DARIPADA SEBARANG UNSUR UNTUK MEROSAKKAN KELUARGA ...

RAMAI DALAM KALANGAN KITA MERASAKAN APABILA KITA TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN TRAFIK,MEMBAYAR CUKAI,TERLIBAT DENGAN KEGIATAN SOSIAL,MEMBAYAR DERMA UNTUK TUJUAN KEBAJIKAN,TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN,MEMBANTU UNTUK MENAIKKAN NAMA MALAYSIA DI PERINGKAT GLOBAL,MEMBELI BARANGAN HALAL,BERSAHABAT DENGAN GENG JEMAAH ISLAM,MENYERTAI DEMONSTRASI,MENGIKUT DAN MEMATUHI LUNAS-LUNAS HAK YANG TELAH DIGARISKAN SEBAGAIMANA DI DALAM PERLEMBAGAAN,TIDAK MEMAKI HAMUN ORANG LAIN,MENGHORMATI ORANG LAIN,BERSANGKA BAIK SESAMA MANUSIA....

..........

MENCETUSAN SEDIKIT PANIK..

MAAF..

JANGAN RIMAS DAN RISAU..

ANDA TIDAK KENAL ,TIDAK FAHAM,TIDAK TAHU ,TIDAK SEDAR AKAN ERTI DUNIA..

APA ITU DUNIA ..

DAN SIAPA YANG MEMEGANG DUNIA..

BERHADAPAN SATU DENGAN SATU DENGAN MEREKA ..

ANDA AKAN TAHU NILAI ANDA DI SISI ALLAH....

HAMBA DUNIA ..

HAMBA SELAIN ALLAH...

MAKA SESUNGGUHNYA AKU ADALAH ORANG YANG DIJAMIN SELAMAT DARIPADA AZAB API NERAKA....

ALHAMDULILLAH...

SEGALA PUJI BAGI ALLAH..

HANYA MENUNGGU SAAT KEDATANGAN YANG PENUH MERIAH OLEH MALAIKAT UNTUK MENJEMPUT ANDA SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG IKHLAS...

BELUM LAGI...

TERLALU BANYAK PENDATAAN DAN LAPORAN AKAN DIKELUARKAN OLEH RAKIB DAN ATIB..DOKUMENTASI BERSERTA PERINCIAN YANG SANGAT PANJANG BERKENAAN SALAH LAKU ANDA BAKAL DIKELUARKAN PADA MASA SESUDAH SAAT ANDA MATI..

BERINGATLAH...WAHAI TEMAN..

NANTI ..

BAGAIMANA JIKA MALAIKAT AKAN MENDAKWA ANDA..

KAMU ADALAH SEKUTU DAJJAL..

KAMU MEREDHAI SISTEM DAN PENJARA YANG DIKENAKAN KEATAS KAMU..

KAMU MERELAKAN SISTEM DAN PENJARA DAJJAL KE ATAS SAUDARA KAMU YANG LAIN..

ADAKAH KAMU INI LAYAK UNTUK MEMANGGIL DIRI KAMU SEBAGAI HAMBA AKU..

INGAT..AKU TIDAK MENGIKTIRAF KAMU..

KAMU ADALAH HAMBA DAJJAL..

MUSUH AKU..

BERAMBUS KAMU KE NERAKA...

..

NAUZUBILLAH MIN ZALIK...

BERLINDUNGLAH DARIPADA AZAB API NERAKA YANG MAHA DAHSYAT...

KEMBALI KEPADA ALLAH ....

SALAM ..JAZAKALLAH ...

SELAMAT BERFIKIR DAN TERMENUNG SEJENAK...

Followers