Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Isnin, 15 Mac 2010

TARBIYYAH FILE 0001



maaf post nie sepatutnya sebelum file 001. nie intro die...selamat membacer...


AL-KISAH TARBIYYAH BERMULA


Pendidikan adalah suatu elemen yang amat dititikberatkan di dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu bahagian utama di dalam menjana pembentukan bangsa atau generasi mendatang. Bak kata pepatah cina ,jika kamu beri seorang yang miskin,seekor ikan,maka dia akan makan untuk sehari. Tetapi jila kamu beri seseorang itu dengan joran mata pancing dan ajarkan dia bagaimana untuk memancing ikan maka dia boleh makan untuk seumur hidup.
Sebagaimana diterapkan di sekolah,universiti,kolej,politeknik atau di mana jua,pendidikan merupakan suatu elemen pembentukan yang sangat dititikberatkan. Di dalam Islam,pendidikan diletakkan sebagai TARBIYYAH. Ia merupakan suatu proses yang tersangat panjang dan memenatkan.


Jika ditelusuri bagaimana perjalanan para nabi dan rasul maka kita akan mendapati betapa tarbiyyah yang dialami oleh para nabi dan rasul atau mereka-mereka yang terpilih oleh ALLAH,perjalanan yang dirasai amat tenat dan memeritkan. Namun di sebalik itu terkandung suatu RAHSIA yang tersimpan rapi selama ribuan tahun, RAHSIA YANG MENJELASKAN MENGAPA SENTIASA BERLAKU PERTEMBUNGAN ATAU PENENTANGAN TERHADAP MEREKA YANG MEMBAWA CAHAYA DAN AGAMA ALLAH ATAU SESIAPA SAHAJA YANG CUBA MEMBAWA KEBAIKAN. Adakah sekadar sunnatullah semata-mata atau cerita untuk dijadikan bahan-bahan ceramah bagi setiap kali program keagamaan ?

Cuba kita amati semula peristiwa penciptaan Adam a.s. pada masa inilah novel PERTEMBUNGAN INI BERMULA. Al –Isra` ayat 60- 64,” Dan (ingatlah), ketika Kami wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia". Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Qur'an. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka.”
Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"


Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".

Tuhan berfirman: "Pergilah, barang siapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.



Dan hasutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh setan kepada mereka melainkan tipuan belaka.

SYAITAN(AZAZIL/LUCIFER)







VS



ALLAH







Pertembungan yang dimaksudkan tidak seperti yang digambarkan di atas. Syaitan telah dilaknat oleh Allah gara-gara kesombongannya sendiri. Kerana ketakburannya, dia telah menjadikan dirinya bodoh dan tercela sehingga hari kiamat. Tetapi jangan kita terlupa,BAGAIMANA DIA MENJADI SOMBONG DAN TAKBUR ? MENGAPA PADA SEKIAN LAMA DI DALAM PEMERINTAHAN ALLAH,RABBUL JALIL,BELUM PERNAH ADA MANA –MANA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG MAHU MELAWAN ALLAH. Tetapi disebabkan manusia,ibllis atau nama sebenar Azazil,berani melakukan suatu perkara yang tidak pernah dibayangkan oleh mana-mana ciptaan Allah sebelum ini. Kesyirikan yang jelas terhadap Allah S.W.T.

Kita lihat pula mengapa Azazil sanggup ingkar ? sebelum itu kita perlu tahu bahawa iblis tidaklah cuba menentang ALLAH,tetapi untuk merosakkan makhluk yang telah mencemar krediblitinya sebagai makhluk terbaik pada ketika itu yang dikatakan oleh sesetengah ulama sebagai KETUA BAGI SEKALIAN MALAIKAT. Namun segala-galanya berubah sekelip mata apabila tercipta ADAM a.s. Dendam dan amarahnya terarah kepada makhluk spesis Adam. Bukan pada ALLAH. AZAZIL TERAMAT TAHU BAHAWA MANUSIA DICIPTAKAN UNTJK TAAT KEPADA ALLAH. JIWA DAN ROH MANUSIA TELAH BERSAKSIKAN ALLAH DI ALAM ROH LAGI. Untuk itu dia bersumpah AKU AKAN MENYESATKAN MANUSIA SELLURUHNYA,MELAINKAN ORANG-ORANG YANG TERPILIH OLEH ALLAH.

Bersama-sama kita telusuri sebahagian surah Al-Hjir,30-40,”

Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama,

kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu.

Allah berfirman: "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?"

Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk".

Allah berfirman: "Keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk,

dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat".

Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan".

Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,

sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan"

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".






( pengganti ALLAH /KHALIFAH)

Sekarang telah jelas betapa Azail mahu merosakkan Anak Adam semata. Pada masa pengisytiharannya untuk menyesatkan KEBANYAKAN MANUSIA,maka di sini telah termaktubnya suatu Tender besar atau kontrak besar iblis daripada Allah sendiri,iaitu kontrak untuk Menyesatkan manusia daripada kebanyakan manusia. Jangan tersalah faham. Allah memberikan tender ini kerana atas sifat Rahimnya kepada iblis atau nama sebenar Azazil. Dia ingin membalas kembali ketaatan iblis sebelum ini yang tidak pernah terhakis. Namun di sebalik Kasihnya kepada Iblis,Dia lebih kasihkan makhluk ciptaan terbaik-Nya yakni manusia. Dia telah mengirimkan pengganti-Nya yakni para Rasul untuk memberikan amaran buat manusia tentang bahaya dan ancaman Iblis. Iblis tidak bertindak untuk mencabar atau menentang Allah. Tetapi kerana benci,dendam,iri hati dan marah kepada ummat manusia. Sebab itulah Azazil telah bersumpah untuk MENYESATKAN MANUSIA. Oleh sebab inilah mengapa para rasul dan nabi sentiasa diuji atau DITENTANG. Para anbia akan dihalang untuk mengelakkan manusia daripada mendengar ajakan KEMBALI KEPADA ALLAH. KEMBALI KEPADA CAHAYA ATAU NUR ISLAM. Azazil tahu bahawa manusia akan mulia apabila mereka menerima Islam sebagai sistem panduan Hidup. Untuk itu,dia perlu melakukan sesuatu. Dia perlu belajar APA ITU MANUSIA DAN BAGAIMANA MANUSIA ITU BERTINDAK. Kunci untuk menguasai manusia perlu diketahui. Apakah kunci tersebut? Maka Azazil membuat pemerhatian berdasarkan perwatakan Nabi Adam a.s. Lantas berdasarkan pemerhatian,tahulah bahawa manusia perlu diproses disebabkan beberapa sifat yang teramat istimewa. Apakah sifat itu? Sifat itu akan diterangkan di dalam bahagian berikutnya. Hasil daripada pemerhatian Azazil maka Dia telah menemui hipotesis yang paling tepat. MANUSIA AKAN BERTINDAK MENGIKUT APA YANG MENDIDIK MEREKA. Maka di sinilah bermulanya kisah TARBIYYAH atau PENDIDKAN. Kisah Tarbiyyah yang berjalan di atas muka bumi ini. Bumi sebagai pentas Tarbiyyah. Pentas sebuah proses yang berjalan. Tarbiyyah yang paling dominan akan menguasai manusia. Tarbiyyah Rabbani mahupun Tarbiyyah Syaitani.

Followers