Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Khamis, 19 Disember 2013

RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA



Pre note :  sincerely admit
Actually there was something for this author want to say in recent demonstration holds by the unknown in a few location. “A should to say just replaced by absurd”..
By wickes appearance and “a few” had uploaded this nonsense in aM%&*$$  *&**. With honest the author want to DECLARE SOMETHING  but he exactly not strong enough to “BREAK THE SEAL”. so what had reached out is truly vulnerable for the audience. Sorry to use in English terms..it’s quite  shamefull to say in malay because of malay dilemma. Just for those who had this impacable understanding are able and   mesmerize about the given scenario..


Kirim salam….

KUASA DAN RAHSIA..

Sejarah dan realiti .


Manusia berfikir dengan pengetahuan. Pengetahuan mesti dilahirkan menerusi ilmu. Ilmu tidak datang bergolek. Ilmu mesti daripada sumber yang benar. Pencerahan  terhadap pengetahuan adalah tabi’e dalam membina kefahaman. Kefahaman yang mendalam patut membenihkan jiwa dan minda yang sebati, terpandu dan terpimpin sehinggalah mampu memimpin. 


Di mana kemahuan ? 


Intuisi, inkuiri entusiasi dan segala naluri yang berkait dengan kemahuan.
Keinginan pasti timbul apabila mata melihat ,telinga  mendengar dan hati merasai.naluri sunnatullah  setiap insan.


Manusia tidak patut dipandu oleh kemahuan kerana kemahuan ini tidak bertimbang ,tidak mempeduli dan tidak terbatas. Kemahuan ini infiniti dan tiada sempadan. Mencerap setiap yang ada di  sekitarnya. usaha dan usaha. Teruskan,jangan berputus asa. Ayat motivasi dalam memangkin dan memacu kemahuan manusia. Padah bagi mereka yang bertuhankan kemahuan .


Selok belok beberapa sifat azali manuisia. Sejarah manusia memang penting dan patut diterokai. Jangan ghairah membuka pekung tetapi gigihlah mencari tauladan. Sejarah adalah guru untuk memberi pengajaran dan seterusnya pengalaman. Untuk mendidik generasi hadapan agar tahu yang mana neraka dan yang mana syurga. Di mana syurga dan di mana neraka.


Manipulasi sejarah terjadi dalam menutup hakikat kehidupan manusia. Apabila tidak tahu daripada mereka datang, bagaimana mereka tahu ke mana mereka patut pergi .sedih dan sepi jika kita tidak tahu siapa ibu dan bapa kandung kita sendiri. Mungkin inilah derita yang dirasai anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa.
Sejarah berperanan besar dalam mencorakkan permainan politik moden masa kini. Jika tidak kerana sejarah perang dingin dan perang dunia pada pertengahan abad lampau,mungkin kita boleh melihat teknologi pesawat tempur gabungan sukhoi dan f 35 generasi  6. Pesawat pintar generasi baru. Kolaborasi kecerdikan  buatan us dan  Russia.  Disebabkan factor sejarah rahsia mesti disimpan. Rahsia adalah sesuattu yang ditutup ,dilindungi dan disembunyi.



Rahsia akan memberi kelebihan kepada mereka yang menyimpannya. Mereka yang menyimpan rahsia adalah mereka yang berkuasa. Jadi berkuasanya seseorang bukan kerana tinggi dan besarnya pangkat atau sebesar mana pengaruhnya. Kuasa ada pada mereka yang tahu rahsia. Dengan formula ringkas ini maka bukanlah berkuasa seorang ahli parlimen dan seorang kakitangan kerajaan berjawatan perdana menteri sekalipun.


Seringkali mereka yang berkuasa akan menyimpan rahsia. Sama sepertimana budaya dalam apa jua peperangan,pihak yang menang akan menghapuskan sebarang relic,artifak dan monument yang ada di tempat mereka yang dijajah. Membuang dan menghapuskan sentiment jati diri dan semangat sejarah nenek moyang. Bukan menghapuskan penyembahan tetapi menghapus nilai muhasabah anak cucu pada masa depan. Membuang rasa kepemilikan terhadap sesuatu tradisi asli.
Sense of belonging…


Kita diajar sense of  belongings melalui  semangat  cintakan sekolah dan negara..sayangi harta benda dan material..sense of belongings akan lahir apabila kita mula mengeluarkan sesuatu yang kita hargai untuk ditukar dengan sesuatu yang ingin kita kecapi. Menukar duit dengan tab. Menukar cek dengan kondominium. Rasa kepemilikan..


Bagaimana pula negara yang dicintai dan sekolah yang disayangi ini boleh mengabaikan dan meminggirkan kita bila-bila masa. Tanpa mengira usia. 


Deria ini akan menyebabkan timbulkan emosi iri hati dan tidak puas hati apabila barang yang dimiliki ini diancam atau diganggu oleh orang luar. Emosi manusia sememangnya sesuatu yang sangat abstrak. Ia boleh diolah dalam pelbagai rupa.


Memang mendidik emosi sangat penting terutama bagi mereka yang mencapai emosion climax khususnya  remaja berusia awal 15  sehingga 25. Usia ini emosi sangat teransang aktif. Emosi berkaitan seksual terutamanya. Maka disebabkan inilah usia pada detik ini amat digalakkan pernikahan . Budaya pernikahan adalah dalam durasi ini. Bukan durasi 27-40 tahun. Secara umumnya.
Sedikit kunci rahsia…


Daripada Ada Kepada Tiada 


Daripada Gelap Kepada Cahaya

Daripada  Tenang Kepada Derita

Daripada Kuasa Kepada Rahsia..


Dalam minda kita,perlu diperbetulkan bahawa us bukanlah kerajaan paling berkuasa. Minda ini tergolong kepada politikus,peguam,arkitek , agen serta mana-mana pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Bukanlah us yang paling berkuasa. Meskipun banyak sekali barangan us mendominasi pasaran tetapi tidak bermakna mereka yang paling hebat dan gagah dalam  perniagaan. Bukan.
Begitu juga Jepun, Russia dan China..

Bukan mereka yang berkuasa.

Mereka yang berkuasa pastinya ghairah meluaskan empayar. Ini memang azali. Tetapi oleh kerana kerencaman globalisasi yang berubah masa kini ini maka bentuk perluasan empayar juga sudah berlainan. Perluasan  empayar bukan dengan persenjataan tetapi dengan perdagangan,jual beli,perjanjian transpasifik,pertukaran intelektual,perubahan organisasi,pemindahan firma dan pelbagai istilah yang juga dirubah dan difleksibelkan.

Masalah pemilikan tanah dan status tanah antaranya menjadi  kesan besar penjajahan. Geran tanah kerajaan,rizab antarabangsa  dan tanah industry,tanah pertanian ,tanah penempatan,tanah adat dan seumpamanya memang sukar untuk diketahui umum. Masalah berkaitan juga sukar untuk dikawal. Memang ada usaha untuk mengekalkan tanah kepada anak cucu tetapi nampaknya dengan permainan licik para ekonomis dan agen,akhirnya tanah kubur sahaja yang terselamat. Tiada lagi rumah bertanah. Akhirnya hidup menyembunyi   di sebalik jeriji bersimen.


Mereka yang berkuasa memang suka berahsia. Baik dan jahat bukan  pangkalnya. Rahsia adalah sesuatu yang tidak patut diketahui oleh sesiapa.


Memang kita wajib berahsia seandainya terbuang angin di dalam bas ekspress yang sedang begerak laju dari Genting ke Pekeliling. Jangan mengaku tentang rahsia di dalam keadaan  genting sedemikian rupa. Dibimbangi rahsia yang terbongkar akan menyebabkan kekecohan di dalam bas dan akan menyebabkan si pemandu hilang kawalan pemanduan. 

Namun rahsia wajib dibuka dan disampaikan apabila ia berkaitan dengan diri orang lain,dunia sekeliling,alam semesta,akhirat ,syurga  neraka dosa pahala  dan lebih lagi tentang hak –hak bagi mereka yang berhak. Mengapa manusia menuntut hak sedangkan tuhan lebih berhak untuk menuntuk  haknya untuk disembah.
Adakah tuhan terlalu lemah untuk menuntut hak ? 

Bukan tuhan menuntut hak tetapi hak tuhan adalah untuk disembah….

Rahsia akan memberi manusia kuasa . kuasa akan memberi hak kepada manusia. Hak boleh membinasakan. Hak akan menentukan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang benar dan apa yang palsu. Hak boleh menghancurkan. Kuasa hanya pada mereka yang tahu rahsia. Hak adalah kedudukan untuk memutuskan. Supreme council. Solvereignity.


Hak tidak sepatutnya ada pada mereka yang berahsia. Dengan sebab inilah para nabi didatangkan dengan sifat menyampaikan segalanya yang benar. Berahsia bukan sifat para nabi dan rasul. Penyimpan rahsia digelar sebagai pendusta dan penipu. Walau apa jua tujuannya.  Meskipun seorang doctor  terpaksa menyembunyikan maklumat peribadi pesakitnya namun akan ada keadaan mereka terpaksa menyampaikannya perihal pesakitnya kepada mereka yang wajib mengetahuinya. Bukan sebarang dan ada syaratnya. 


Dan   si penerima rahsia juga ada syaratnya bilakah mereka patut tahu tentang rahsia.  Bersediakah mereka  tatkala menerima rahsia. 


Namun menyimpan rahsia bukanlah hal  yang menyeronokkan. Ia beban dan penyiksaan. Jika tersilap memang padah kepada si pemilik rahsia. Si penyimpan rahsia  adalah pemegang kunci dunia. Pemegang  erti  dunia. Pemegang  rahsia   dunia. Yang berkuasa akan menentukan apa yang betul untuk kita dan apa yang salah untuk kita ..apa yang benar untuk dan apa yang palsu untuk kita ..mereka hanya berangan-angan untuk ke syurga tetapi mereka tidak ingin berjalan kepada nya. 

Lebih besar ertinya …

Yang berkuasa akan menentukan syurga untuk kita atau neraka untuk kita…


Menolak neraka dia  adalah syurga ALLAH buat kamu dan menerima syurga dia adalah neraka ALLAH untuk kamu


KETAHUILAH KAMU TIADA FITNAH LEBIH BESAR MELAINKAN FITNAH AD-DAJJAL AL MASIH. DIA BERKUASA MEMBERIKAN SYURGA DAN NERAKA UNTUK MANUSIA..
(Maksud hadith )    

Bagi mereka dunia ini HIDUP DAN SYURGA ITU MATI . dan hanya segelintir tahu tentang kunci syurga ini. dua kunci syurga ini hanya dipegang oleh mereka yang layak dan berhak.
Siapakah yang layak dan berhak memegang kunci syurga….
Adakah anda layak memegangnya ? 


“Ketahuilah Sesungguhnya Kunci Syurga Ini Amat Berat”. 

Taqwa bukan alasan  menjadi dungu. Taqwa bukan punca manusia menjadi bebal. Dengan sebab taqwa itulah lahir kekuatan,semangat,jati diri dan iltizam. Kerana taqwa ini adalah pangkat insan yang memiliki tuhan di dalam seluruh jiwa. 


DAN AKU TELAH MENIUPKAN RUHKU KEPADA ADAM..PENGGANTI- KU


 (maksud ayat al baqarah .. betulkan jika tersilap )
Towards  the  very  last…the  grand opening….


Followers