Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 15 Oktober 2013

TO SACRIFICE




Isi dan intipati tersurat..

Kesan pemecahan dan peretakan bangsa melayu..

Pecahnya melayu kepada dua bentuk  

MELAYU..merangkumi kelompok nusantara

DAN 

ISLAM..merangkumi kelompok 2 bilion manusia.

Cacat dan tempangnya kedudukan orang melayu gara-gara martabat dan kedudukan mereka yang kini sudah semakin digoncangkan oleh tekanan luar dan dalam. Tanpa menolak adanya factor penyelewengan dan kronisme namun lebih disebabkan hilang kesepakatan orang melayu dalam menegakkan semula identity,jati diri ,kedudukan serta wibawa  dalam mengangkat maruah mereka sendiri,justeru   telah menjadikan orang melayu seakan menumpang di tanah air sendiri. 


ISU , RANTAIAN KESAN DALAM  VARIASI BUDAYA KEPIMPINAN  

Rupanya kesan krisis ini tidak sekadar pada rentas politik namun perpecahan ini juga menyebabkan  sehingga  merebaknya gejala social dalam kalangan anak muda melayu. Rata-rata  anak muda melayu sering  meletakkan bangsa lain lebih   tinggi berbanding bangsa mereka sendiri. Kesalahan tidak boleh diletakkan ke atas bahu  mereka sepenuhnya namun sikap kalangan kalangan veteran melayu  terutama dalam kalangan pemimpin melayu sendiri menyebabkan  anak muda melayu semakin bosan dan cukup meluat dengan pemimpin melayu itu sendiri.

Namakan sahaja daripada pemimpin parti sehinggakan ketua kariah, isu sama sahaja. Jurang antara kalangan atasan dan bawahan yang sebenarnya semakin meluas. Yang atas hanyut dengan angan –angan untuk kekal berada di atas manakala di bawah sentiasa bersama mimpi untuk mengangkat diri yang tidak seberapa layak.
Dalam konteks pendidikan, seakan banyak sekali pemikiran cuba diadunkan dan membentuk paradigma bahawa ada ruang untuk perbaikan. Satu system dibentuk untuk membenrtuk generasi yang ideal dan  berwawasan. Mencipta vakum agar insan kamil dapat dilahirkan. Masih lagi mengekalkan scenario ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Its impossible for robbers to educate the police.


Mana mungkin penipu mengajar anaknya supaya jujur dan bertolak ansur.
Istilah baru tetapi reality sedang mencapah dan mengakar. Anak muda yang bertatih dan mahu berjalan laju,terpaksa juga merangkak ke dalam lubang biawak yang diitinggalkan oleh veteran. Lompong kesilapan sama masih kekal. Perubahan hanya dalam permukaan dan bersifat empirical. Masih  banyak isu yang sudah   terpecah menjadi semakin mengecil tetapi diselesaikan pada skala konvesional. Memang diakui tidaklah keseluruhan veteran ini bermasalah namun oleh kerana besarnya kuasa mereka dalam membentuk corak maka demikianlah impaknya.

Penyelesaian berimpak tidak langsung dilihat sebagai penyelesaian konkrit.
Bersediakah veteran mengundur diri. Jika tidak sekurang-kurangnya menjadilah lebih relevan dan fleksibel. Dalam pentas gerak global yang sangat kompleks dan rencam , budaya konservatif , sempit dan stereotaip memang menyedihkan dan menggusarkan.

Perbaiki ruang dan jurang antara golongan. Itu sahaja. 

Cengkaman global kini semakin menekan dan mengapit. Setiap isu dan krisis sudah sangat berkait. Tetapi  yang jelas,TIMUR TENGAH DAN DUNIA ISLAM MENJADI MANGSA.

Tidak tahu siapakah yang bersalah. Akibat daripada berlaku ledakan dan pemecahan konpirasi. Kali ini musuh bukan sahaja para elit Freemason dan Zionis tetapi orang yang berhampiran dengan kita juga mungkin boleh menjadi watak sulit yang menyusahkan. 

HILANGNYA KEPERCAYAAN SESAMA  KELUARGA,SAUDARA DAN TEMAN.

Seakan kecil tetapi jauh di sudut hati persepsi inilah yang telah menguasai banyak daripada kita. Sentiasa berprasangka dan bertanggap yang aneh dan jahat. 

Memang sejarah telah memberitahu bahawa Pakatan Sulit Yahudi Dan Kristian ,bertindak atas nama Zionis ini bukan ikatan yang kuat. Bersatu atas ganjaran yang sama . Mengingkinkan satu balasan .Mereka hanya ikatan di atas misi dan  objektif yang sama. Perancangan dan penghapusan seluruh orang islam. Agenda ini masih jelas. Tidak ada keraguan padanya. 

MEREKA BUKANLAH PAKATAN DI ATAS NAMA PERSAUDARAN SEKEPERCAYAAN DAN SEKEYAKINAN. BUKAN IKATAN SEHATI DAN SEJIWA. BUKAN INGIN MENDABIK DADA  TETAPI DISEBABKAN PERSAUDARAAN DAN UKHUWAH ISLAMIAH, HAL INI MENYEBABKAN AYAT ATAU WAHYU TERAKHIR DITURUNKAN. SETELAH MANA UMMAT ISLAM BETUL-BETUL BERSATU ATAS NAMA PERINTAH DAN KETAATAN PADA KEKUASAAN ALLAH MAKA IA MENJADI PEMISAH JELAS SESUNGGUHNYA SATU-SATU AGAMA YANG BENAR DI SISI ALLAH ADALAH ISLAM. ISLAM YANG MENYATUKAN MANUSIA PELBAGAI BANGSA DAN DARJAT. ISLAM INILAH YANG DIREDHAI OLEH ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM.


ISLAM DIBAWA PARTI,KELOMPOK DAN KUMPULAN LAIN HANYALAH ISLAM TEMPELAN. ISLAM COMPANG CAMPING. ISLAM  ATAS NAMA KABILAH DAN PUAK. AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BUKANLAH SATU TAFSIRAN DAN LABEL . IA BUKAN PANGGILAN DAN GELARAN. (Dengan izin)UST DON PERNAH MENJELASKAN HAL INI DALAM PROGRAM BICARA BEBERAPA BULAN LEPAS. JADI KESIMPULAN YANG PALING BERNAS DAN TEPAT ADALAH ISLAM YANG DIREDHAI ALLAH ADALAH ISLAM YANG MENYATUKAN MANUSIA PELBAGAI BANGSA DAN STATUS. ISLAM INILAH YANG BENAR. ISLAM INILAH  YANG TINGGI DAN TIADA LEBIH TINGGI DARIPADANYA. JIKA ISLAM YANG DIBAWA  OLEH MANA-MANA KELOMPOK GAGAL MENYATUKAN MANUSIA MAKA ITU BUKAN ISLAM. AJARAN YANG DIBAWA ITU HANYALAH AJARAN SYAITAN BERJUBAHKAN SUNNAH. 

JADI DI MANAKAH ISLAM YANG MENYATUKAN ITU ??

DI MANA ISLAM YANG MENYATUKAN MANUSIA  ITU ?


JIKA KAMU TELAH MENEMUI ISLAM ITU ,AJAK DAN SERULAH INSAN LAIN AGAR BERSAMA-SAMA DENGAN ISLAM ITU. !!!!!

JIKA BELUM BERTEMU DENGANNYA ,
JANGAN SEKALI-KALI MENDABIK DADA LANTAS MENGATAKAN , YA AKU LAH YANG BENAR DI SISI ALLAH YANG MAHA BENAR , YANG SELAIN DARI AKU ADALAH KUFUR SELURUHNYA…MENGERTI !!!!!
BERANG KERANA ADA PULA SEGOLONGAN AHLI DUNGU DALAM AGAMA DENGAN MUDAH MENEMPELAK ULAMA SILAM DENGAN TUDUHAN BODOH DAN JAHIL. DENGAN MUDAH MENGATAKAN ULAMA TERDAHULU TIDAK PANDAI DALAM MENETAPKAN HUKUM…
HEY, KAMU SIAPA MENDAKWA SEDEMIKIAN…

BELAJARLAH MENGHORMATI . KAMU TIDAK TAHU ATAU KURANG ARIF BAGAIMANA SENARIO DALAM ZAMAN LEPAS. BERLEPAS DIRI DAN SEKURANG-KURANGNYA BERSANGKA BAIKLAH TERHADAP MEREKA HATTA MEREKA JAAFAR SIDDIQ SEKALIPUN. BIARLAH IMAM KHOMEINI DENGAN AIBNYA. TIDAK PERLU LANGSUNG DISINGKAPKAN SEMULA KEAIBANNYA…

WALAU SEBURUK MANA PUN MEREKA…

SYURGA DAN BERIMANKAH MEREKA ,BUKAN DI BAWAH TANGGUGJAWAB KALIAN..

BEGITU JUGA   DENGAN IMAM BESAR DARIPADA SELURUH PENGASAS MAZHAB TERDAHULU SEHINGGALAH YANG  BERMAZHAB MASA KINI…

BERADAB DAN HORMATLAH DENGAN SEBENAR PENGHORMATAN..SEKURANG-KURANGNYA MEREKA JUGA MAKHLUK ALLAH YANG MAHA MULIA…




SEKALI LAGI DIULANG  AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ADALAH MEREKA YANG BERJALAN DI ATAS SUNNAH PARA NABI DAN SAHABATNYA. JALAN SETIAP PARA NABI DAN PENGIKUTNYA. MENGIKUT WASILAH KERASULAN DAN PETUNJUKNYA. 


KENAPA PULA MENDUNGUKAN KEPALA  serta PERASAAN DENGAN KEBANGGAAN BAHAWASANYA AKU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. DAN AKU AHLI SYURGA. MEREKA SYIAH DAN MEREKA KUFUR  SELURUHNYA. MEREKA WAHABI DAN MUKTAZILAH SELURUHNYA ADALAH AHLI NERAKA JAHANAM. TIDAK MENOLAK MEMANG SUNNI DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SERING DIJADIKAN SASARAN OLEH KELOMPOK  LAIN DALAM MENAMPALKAN KESALAHAN. 


ISLAM  SEBENAR  PADA AKHIR ZAMAN ADALAH DAGANG DAN IA AKAN KEMBALI SEBAGAIMANA DAGANG PADA SAAT IA DATANG BUAT UMMAT MANUSIA. DENGAN ILTIZAM SEMULA UNTUK MENYATUKAN KELOMPOK DAN CABANG ISLAM DALAM APA JUA KELOMPOK DAN ALIRAN. INILAH JALAN DAN WASILAH ANBIA. HANYA RUANG PENYATUAN INI MASIH GAGAL DITEMBUSI. 

PENYATUAN KAUM MUSLIMIN ADALAH PENUTUP KEPADA FITNAH DAN KEBATHILAN..

PENYATUAN KAUM MUSLIMIN ADALAH LORONG DAN JALAN KE ARAH KEBENARAN…   

KEMBALI SEMULA KEPADA BEBERAPA BABAK DI DALAM SEJARAH…

REBOOT THE HISTORY …

Bangsa yang paling tidak diminati dan paling tidak diendahkan pada masa lampau adalah bangsa melayu. Jika dahulukala sebelum islam datang menerangi  bangsa arab,bangsa arab langsung tidak dihiraukan oleh kaum penjajah lainnya. Mereka terasing dalam dunia tersendiri. 

Bangsa melayu bangsa yang popular dengan kesantunan dan pendiam,paling gemar menyimpan apa jua rasa. Tidak gemar terlalu menonjol dalam apa jua hal. Bangsa ini langsung tidak mendatangkan ancaman kepada mana-mana bangsa dunia yang ghairah menjajah dan menerokai pada masa lepas. Mereka tidak langsung mendatangkan sebarang ancaman. “They are clean , “ “Mereka bersih”.

Apabila kita sedar bahawa kekuatan yang ada pada diri adalah kelemahan kita sendiri maka kita tidak lagi akan berbicara tentang memperkuatkan kekuatan kita. Sifat dan tabie manusia apabila mereka melakukan kesalahan mereka akan melarikan diri. Bersembunyi . Dengan  harapan apabila melarikan diri silap itu akan ditutup dan tidak diketahui. Dosa lampau  itu ditutup rapat. 

  Jika meletakkan scenario di atas sebagai parameter maka bangsa yang paling silap besar adalah bangsa yahudi. Yahudi  mencipta kedudukan atau status sebagai bangsa yang tidak  boleh disentuh. Lahirnya ke arah status ini adalah  bermulanya daripada  konotasi sejarah yang sangat panjang. Mereka mengharapkan agar datang nabi akhir zaman dalam kalangan mereka. Nabi yang diberitakan sebagai paling unggul dalam sekian panjang perjalanan silam nabi terdahulu.

Mengapa mereka berharap sedemikian.

Kembali kepada sejarah Nabi Musa a.s  selepas terjadi kes manna wa salwa dan pembukaan Baitulmuqaddis. Mereka adalah bangsa yang pertama dilaknat kerana ingkar pada perintah dan KETENTUAN ALLAH. Mereka dikalungkan dengan laknat sebagai kera. Bermula dan sejak  dari itu,LAKNAT  DAN MURKA TUHAN SEMESTA ALAM SEAKAN TIDAK BOLEH LARI DARIPADA JEJAK DAN LANGKAH MEREKA. MEREKA HIDUP BERSAMA KEMURKAAN ALLAH.

Di sebalik hati yang dalam mereka menunggu agar ada dalam kalangan mereka yang boleh melepaskan diri daripada MURKA ALLAH. Menjauhkan diri daripada laknat itu. Justeru insan yang paling unggul dan paling hampir dengan ALLAH,  adalah yang paling layak untuk membersihkan nama bangsa yahudi ini. Taraf nabi akhir zaman ini adalah kedudukan insan paling sesuai untuk memperbaiki reputasi kaum yahudi. Mereka berharap agar nabi akhir zaman ini adalah dalam kalangan mereka sendiri. 

Tetapi ALLAH menetapkan mengikut KEHENDAKNYA. Nabi terunggul ini lahir daripada kalangan bangsa yang paling ganas dan suka memberontak. Bangsa yang pantang berdiplomasi. Segalanya  diputuskan dengan peperangan. Kecewa sungguh yahudi apabila berlaku sedemikian KETETAPAN ALLAH. 


LARIKAN DIRI DAN TERUS BERLARI. KEEP RUNNING FROM  ALLAH …
Dengan sebab kecewa dengan takdir ini maka ..tiba masanya KITA MENULIS TAKDIR KITA SENDIRI. KITA AKAN MELAHIRKAN  RAJA BUAT BANGSA KITA SENDIRI. RAJA YANG AKAN MEMBELA BANGSA YAHUDI DAN MENGANGKAT BANGSA YAHUDI. DAN RAJA INI MESTILAH SETANDING DENGAN KEMULIAAN MUHAMMAD S.A.W.   

TUHAN BOLEH MENETAPKAN SEDEMIKIAN DAN MULAI SAAT INI YAHUDI AKAN MENGUASAI BANGSA LAIN DAN MEMBUKTIKAN BETAPA YAHUDI ADALAH LEBIH BERKUASA DARIPADA MANA-MANA  BANGSA YANG ADA DI ATAS MUKA BUMI INI. JIKA TUHAN MENETAPKAN SEDEMIKIAN MAKA KITA JUGA BERHAK MENETAPKAN LEBIH DARIPADA APA YANG DITETAPKAN.

WE ARE THE ONLY FOR THE HIGHEST….

YAHUDI menyimpan sejarah gelap yang sangat panjang. Mereka cukup bimbang dengan sejarah mereka yang hitam dan jijik. Dengan sebab itu sejarah yahudi mesti ditulis semula. Lahirkan dan namakan semula seberapa banyak insan soleh dan abadikan ia sebagai sebahagian daripada yahudi. 

Yahudi pertama sekali menjadikan sejarah sebagai alat untuk memacu jati diri,kepercayaan,nilai, harga diri dan maruah. Tetapi tidak sehingga mengorbankan diri seperti kamikaze. Sejarah yahudi dihias secantik boleh agar dilihat indah dan sempurna. Sejarah yahudi diajar kepada anak-anak yahudi agar ghairah untuk memijak dan menindas bangsa-bangsa lain. Pada kaum yahudi sejarah mereka adalah senjata dalam membina semangat dan mengangkat keyakinan diri. Tanah yang dijanjikan adalah suatu moto penting untuk ditanam kepada anak-anak yahudi agar tidak mudah sewenang-wenangnya melepaskan tanah BAITULMUQADDIS kepada orang Islam. Menurut perhitungan matematik mudah, 3 juta yahudi menentang hampir 600 juta muslim di timur tengah adalah perhitungan yang memang tidak masuk akal. Mustahil 3 juta ini akan menumpaskan 600 juta muslim di sana. Maka perancangan terhadap penguasaan garisan sempadan,undang-undang tanah,hutang dalam pembangunan serta pendidikan,isu penempatan,pembangunan,urbanisasi,pendatang asing,peluang pekerjaan  dan banyak idea bernas diperpanjangkan agar penguasaan secara bijak dapat dilaksanakan secara  kritikal. YANG PASTINYA JANGAN SAMPAI PERANCANGAN TANPA SEDAR UNTUK MENGUASAI KAUM MUSLIMIN DAPAT DIKESAN. NOKTAH . PERANCANGAN INI  MEMERLUKAN CETAKAN BIRU SELAMA RATUSAN TAHUN. 


SEJARAH SEBENAR YAHUDI HANYA DIKETAHUI SEBILANGAN KECIL ELIT YAHUDI. GOLONGAN KECIL INI MENENTUKAN BENTUK SIILBUS YANG AKAN DIAJAR KEPADA GENERASI YAHUDI. SEJARAH YANG DIAJAR MESTILAH BERSIFAT PROPAGANDA DAN MEMBANGKITKAN RASA BANGGA SEBAGAI BANGSA YAHUDI. RASA BANGGA DI ATAS NAMA BANGSA.

Untuk tidak memperlihatkan rasa bangga ini tidak terlalu jelas, dijadikan ia sebagai trigger untuk disemai ke dalam bangsa-bangsa lain. Apabila rasa bangga ini berjaya disemai ke dalam bangsa lain maka mudahlah bangsa yahudi untuk memasukkan jarum-jarum halus ke dalam budaya dan kehidupan mereka. Menjadikan perasaan bangga atas nama bangsa miriplah dengan perasaan bangga sebagai yahudi. YAHUDI MENTERJEMAHKAN RASA BANGGA INI DENGAN  SYMBOL, SLOGAN, MOTO DAN GELARAN.  Mereka tidak menggunakan nama. Nama tidak memberikan erti buat yahudi. Bahkan sejarah tentang nama yahudi itu juga tidak jelas. Jadi sejak bilakah nama yahudi ini muncul ?. Ia hanya terbit menerusi wahyu yakni pemberitahuan daripada ALLAH dengan perantaran JIBRIL kepada Nabi Muhammad s.a.w. Justeru dengan sebab ini berhati-hati dalam membuat tuduhan terhadap YAHUDI KERANA KITA JUGA PATUT MENGETAHUI DENGAN MENDALAM TERHADAP LATAR SEJARAH BANGSA YAHUDI. 


PENGUASAAN KAUM MINORITY KE ATAS MAJORITY TANPA SEDAR MERUPAKAN KEPAKARAN BANGSA YAHUDI. MENGUMPAN DENGAN SEGALA UMPAN YANG ADA DAN MENDAPATKAN SEMULA MANFAAT YANG DIPEROLEH. 

Konteksnya mudah. 

Apabila yahudi mendapat tahu adanya rahsia-rahsia terhadap alam ini maka mereka akan berusaha untuk mendapatkannya. Namun mendapatkan rahsia ini memerlukan pengorbanan. Berkorban bukan lah kegemaran bangsa yahudi. Mengorbankan diri  bukan salah satu budaya mereka. Justeru mereka lebih senang mempergunakan bangsa lain. Maka mereka mengumpan bangsa lain untuk mendapatkan rahsia untuk mereka. Sebagaimana Amerika Syarikat mempergunakan rakyat mereka sewenangnya demi tujuan aneh dan pelik menerusi program-program saintifik yang memang mengarut dan menjengkelkan namun selagi ia membawa kepentingan bangsa yahudi maka misi pelik mesti diteruskan. Dalam masa bangsa lain kalut untuk mempertahankan diri, BANGSA YAHUDI TETAP DENGAN BANGGA DAN MEGAHNYA,KAMI ADALAH BANGSA YANG PALING SELAMAT. 


Prinsip korban inilah yang akhirnya memisahkan yahudi dan Para Sahabat Anbia seluruhnya. Daripada Pengikut Musa sehingga Sahabat Baginda Muhammad s.a.w  maka berkorban seringkali menjadi nadi dan tunjang dalam apa jua pengamalan. Sentiasa menjadi golongan pertama-tama dalam beramal  soleh. Pengamalan hanyalah dengan IHSAN TERHADAP ALLAH YANG MAHA MELIHAT. Tidak ada kena mengena dengan prasangka masyarakat dan manusia sekeliling. Para sahabat sentiasa berkorban dalam apa jua urusan bahkan terutamanya dalam medan peperangan.  Mereka adalah yang paling ke hadapan di dalam saf JIHAD . Bukan meminta ke hadapan tetapi terpaksa melangkah dalam  menunjukkan kepada sahabat lainnya betapa  tinggi dan besarnya nilai dalam menjejakkan kaki sebagai PENGABDI-PENGABDI ALLAH. MELANGKAH DENGAN ASBAB UMMAT. Apa tidaknya ,Nabi Muhammad sendiri paling hadapan dalam mengangkat senjata dan mengapikan-api semangat para panglima perang agar terus membara hati dan perasaan berjihad atas nama mengangkat martabat Islam dan ummat seluruhnya. BUKAN ATAS SEBAB BENCIKAN YAHUDI DAN DENDAM KE ATAS YAHUDI TETAPI DENGAN SEMANGAT DAN JIWA YANG BERSERAH SEPENUHNYA  KEPADA KETENTUAN ALLAH. 


Dengan sebab wibawa yang terserlah pada berdirinya baginda sebagai panglima menyebabkan semakin tegap dan teguh langkah para sahabat baginda lainnya. Semakin yakin dan semakin tenang dalam berhadapan musuh di medan perang. 

JIKA ADA KORBAN DIPERLUKAN DALAM MENGANGKAT MARUAH UMMAT DAN IZZAH ISLAM INI MAKA YA ALLAH BIARLAH AKU YANG MENJADI SEBAGAI KORBAN PERTAMA. BIARLAH KAKI AKU YANG MELANGKAH DI LANGKAHAN PERTAMA. MENJEJAK DI JEJAK PERTAMA. MENANGKANLAH KAMI DI MEDAN INI DAN MENANGKANLAH KAMI SEBAGAI SYUHADA. GONCANGKAN PERSATUAN KAUM KUFAR DAN MUSYRIKIN. JELASKAN DAN PERLIHATKAN KEJAHATAN-KEJAHATAN MEREKA.
HANYA ENGKAU YANG DISEMBAH DAN HANYA ENGKAU TUHAN SEKALIAN ALAM…HANYA ENGKAU YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA BENAR.


dan mohon izin copy...

KISAH DI MAHKAMAH TINGGI BEBERAPA HARI LEPAS..

catitan zulkifli nordin...


ALLAH HU AHAD





 ALLAH Maha Besar, Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH
ALLAH Maha Besar, bagi ALLAH segala kepujian
ALLAH Maha Besar, - sungguh Maha Besar
Dan kepujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya pagi dan petang
Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH
Tiada kami sembah melainkan Dia
Ikhlas bersih hati kami beragama bagi Nya
Walaupun kafir tidak suka,
walaupun musyrikin tidak suka
walaupun munafiqun tidak suka
Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH Yang Satu
 Benar janji Nya, menolong hamba Nya
Menguatkan tentera Nya
Mengalahkan semua gabungan kafir dengan sendiri Nya

Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH
Dan ALLAH itu Maha Agong
Dan bagi ALLAH jua segala kepujian

Salam 2 all.

Hari ini Isnin 09 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan 14 Oktober 2013 adalah hari wuquf Arafah. "Tidak ada haji melainkan Arafah" - sabda Rasulullah saw. Berjuta umat Islam berhimpun serentak di padang pasir yang panas dan kering kontang di Arafah. Tidak ada perhimpunan jutaan manusia seumpama Arafah.
Dan sepanjang masa mereka melaungkan kalimah tauhid, dipanggil takbir raya di negara ini. Takbir yang mempunyai sejarah daripada kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah saw menentang kafir. Takbir yang memuji ALLAH, takbir yang mentauhdikan ALLAH!
Dan alhmadulillah, takbir itu bergema di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman pagi tadi, dilaungkan oleh umat Islam yang berkumpul menunggu keputusan kes kalimah ALLAH.
Mereka datang dari jauh. Dari Kedah, dari Pulau Pinang, dari Sabah, dari Johor, dari Terengganu dan pelbagai tempat. Mereka datang daripada Perkasa, daripada Perkid, daripada ISMA, daripada Muafakat, daripada Pekida, daripada Pembela, daripada kalangan pelajar IPT, daripada pelbagai badan dan NGO Melayu-Islam. Ada antara mereka dalam keadaan berpuasa sempena hari wuquf.

Mahkamah mula bersidang tepat jam 09.30 pagi di Kamar 5, Aras Bawah, Mahkamah Rayuan Malaysia. Ruang tempat awam penuh sesak dengan para pemerhati terutama daripada umat Islam. Terdapat segelintir daripada kumpulan non-Muslim yang dapat duduk dengan aman selamat didalam Mahkamah. Ramai juga wartawan dalam dan luar negara.

Tempat duduk peguam juga penuh dengan wakil Peguam Negara, peguam-peguam Majlis Agama & MACMA, peguam pemerhati badan pertubuhan Melayu dan Islam.

Juga kelihatan peguam-peguam bagi pihak Titular Archbishop, peguam pemerhati semua badan pertubuhan bukan Islam. Agak pelik kerana gabungan 'peguam ahzab' terdiri daripada peguam pertubuhan pelbagai agama tetapi bersatu dalam isu terhadap umat Islam.

Mereka terdiri daripada peguam mewakili perubuhan Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Tao, pertubuhan gereja dan lain-lain! Walaupun berlainan tuhan, berlainan kepercayaan, berlainan sembahan, berlainan agama; tetapi mereka boleh bersatu menentang Islam!

Sebaik sahaja pengerusi sidang YA Hakim Dato' Sri Haji Apandi Haji Ali masuk bersama YA Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato' Mohd. Zawawi Salleh, suasana Mahkamah menjadi sunyi sepi, bak kata orang, kalau jarum jatuh pun pasti berbunyi.

Setelah pengenalan semua para peguam dibuat, YA Dato' Sri Apandi memulakan sidang dengan mengucapkan terima kasih kepada semua peguam dan pihak yang terlibat. Yang Arif menyatakan bahawa ketiga-tiga mereka telah membuat keputusan sebulat suara, tetapi masing-masing Hakim mempunyai alasan penghakiman bertulis sendiri.

Demi menjimatkan masa, YA Dato' Sri Apandi menyatakan beliau akan membaca intipati penghakiman beliau; manakala penghakiman bertulis beliau yang penuh serta YA Dato' Aziz dan YA Dato' Zawawi akan diberikan kepada semua peguam; dan orang awam boleh mendapatkannya melalui laman sesawang Mahkamah di www.kehakiman.gov.my.

YA Dato' Sri Apandi memulakan dengan menyatakan bahawa isunya dihadapan Mahkamah ialah samada budibicara yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri dalam mengeluarkan perintah larangan terhadap Titular Archbishop KL daripada menggunakan kalimah ALLAH didalam penerbitan berkala mereka The Herald sah dan berkuatkuasa.

Itu sahaja isunya. YA menyatakan bahawa tugas Mahkamah bukan untuk menentukan samada keputusan Menteri itu betul atau tidak, tanggungjawab Mahkamah hanya untuk menentukan samada keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa dan budibicara dibawah Akta Percetakan & Penerbitan; dan samada ada elemen salahguna kuasa, melampaui kuasa atau niat tidak baik.

Yang Arif menyatakan ketiga-tiga elemen itu langsung tidak ada. Malahan Akta Percetakan & Penerbitan memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengenakan sebarang syarat atau larangan dalam memberikan apa-apa permit penerbitan kepada mana-mana pihak.

Tetapi penghakiman YA Dato' Sri Apandi yang paling menarik kesemua pihak bila beliau menegaskan bahawa 'penggunaan kalimah ALLAH tidak pernah dan bukan sebahagian daripada intipati integral kepercayaan dan perlaksanaan agama kristian. Mahkamah mendapati agak pelik mengapa pihak kristian berkeras mahu menggunakan kalimah ALLAH!!!".

Tepat jam 09.50pagi, YA Dato Sri Apandi merumuskan bahawa "kami dengan ini membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak Perayu dan dengan ini membatalkan keseluruhan penghakiman Mahkamah Tinggi bertarikh 30.12.2009, dan dengan ini pelarangan penggunaan kalimah ALLAH terhadap Titular Archbishop Kuala Lumpur melalui penerbitan The Herald adalah kekal berkuatkuasa. Memandangkan kesemua pihak bersetuju kepada kos, maka Mahkamah mengarahkan tiada kos dikenakan kepada mana-mana pihak".

Semasa YA Hakim Dato' Sri Apandi membaca keputusan saya sudah memaklumkan kepada sahabat-sahabat yang berkumpul diperkarangan melalui sms. Sebaik sahaja keputusan selesai, terdengar gema takbir ALLAH Hu Akbar...ALLAH Hu Akbar...ALLAH Hu Akbar diluar.

Para peguam yang mewakili kumpulan Islam, yang kebanyakannya juga sedang berpuasa sunat hari wuquf, berpandangan sesama sendiri. Ada yang menitiskan airmata, ada yang menadah tangan syukur, dan ada yang tunduk bertafakkur. Masing-masing merasakan satu bebanan yang maha besar dan berat terangkat dengan dengan keputusan itu.

Sebaik tamat sidang, kami para peguam semua keluar daripada Kamar Mahkamah 5 yang terletak di aras bawah. Kami terus bergerak bersama-sama menuju kepada jemaah yang ramai sedang menunggu di perkarangan. Sebaik sampai, kesemua peguam berbaris dan membuat sujud syukur kepada ALLAH swt. Saya yang kebetulan turut sama bersujud terdengar laungan takbir yang gegak gempita, dan ada antara jemaah yang menangis teresak-esak waktu itu!

Ketua para peguam, saudara Datuk Zainul Rijal Abu Bakar kemudian memberi ucapan ringkas, mengucapkan terima kasih kepada para jemaah yang hadir dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi, walaupun jauh datangnya dan esok Hari Raya Haji, namun sanggup berkorban datang memberi sokongan. Beliau diikuti oleh peguam utama saudara Hanif Khatri yang memberi sedikit penjelasan tentang penghakiman tersebut.

Teman kemudian turut berucap menyatakan ini adalah hadiah hari wuquf yang sangat istimewa. Kesatuan ukhwah umat Islam pelbagai latarbelakang telah memberi kekuatan kepada para peguam. Kita bersyukur dengan kemenangan ini.

Namun teman mengingatkan bahawa pihak Titular Archbishop Kuala Lumpur mempunyai hak untuk merayu dalam tempoh 30 hari. Teman mengingatkan para jemaah bahawa ini hanya kemenangan sementara, kerana ada lagi satu proses rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan. Lalu teman menyeru semua supaya terus istiqomah dalam perjuangan, dan jangan mengharapkan parti politik untuk membela kita. Mereka punya agenda politik yang membataskan mereka untuk bersama kita.

"Kita umat Islam mesti bergantung antara satu sama lain. Kita jangan mengharapkan parti politik untuk membantu kita kerana keterbatasan politik kepartian mereka. Hari ini, keputusan Mahkamah ini membuktikan kita umat Islam boleh melakukan sesuatu dengan kemampuan kita sendiri. Ingatlah pesan ALLAH dalam Surah Al-Baqarah:120 bahawa sesungguhnya mereka kristian ini tidak akan berdiam diri. Mereka akan terus cuba berusaha memesongkan kita untuk mengikut agama dan cara kehidupan mereka. Hanya keimanan yang mantap dan ukhwah perpaduan antara kita sahaja yang boleh menentang mereka".

Begitulah antara lain intipati ucapan teman.
Teman juga mengingatkan jemaah bahawa usaha kumpulan ini tidak terhenti disini. Teman ingatkan bahawa pada 24 Oktober ini, semasa semakan berkala isu hak asasi manusia bagi Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland dalam UPR; badan-badan pertubuhan bukan Islam di Malaysia sebanyak 52 NGO telah bersatu menubuhkan satu kesatuan dinamakan COMANGO untuk mendesak PBB supaya menerima tuntutan mereka, antaranya penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian di Malaysia!

Perhimpunan hari ini ditutup dengan doa munajat yang diketuai oleh sahabat saya saudara Ustaz Masridzi Sat, Pengerusi Pertubuhan Perkid Malaysia. Doa munajat yang panjang itu benar-benar menusuk hati qalbu para hadirin. Teman lihat kenderaan-kenderaan yang lalu turut berhenti mengaminkan doa yang dibaca. Ramai yang menangis semasa takbir eidul adha dilaungkan.

Dan ALLAH menutup majlis itu dengan menurunkan hujan rahmat tepat jam 11.30 pagi.
Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita; dan memantapkan ukhwah kesatuan dan perpaduan kita semua insyallah, ameen ya rabbal 'aalameen!
Wallahua'lam dan Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
09 ZulHijjah 1434
14 Oktober 2013
Peguam bagi Menteri Dalam Negeri & Kerajaan Malaysia
Suzana binti Atan, Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Munahyza binti Mustafa, Andi Razalijaya bin A.Dadi & Shamsul bin Bolhassan
Peguam bagi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu 
Mubashir bin Mansor, Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar, Nur Syazwani binti Rosli & Damian Kiethan
Peguam bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Abdul Halim bin Bahari, Azril bin Mohd Amin & Mohd. Fasha Musthafa
Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Melaka
Mohd. Adli bin Ithnin
Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Johor
Ikbal bin Salam
Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Nawal binti Hanin, Abdul Rahman & Siti Razasah binti Abd. Razak
Peguam bagi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
Mohamed Haniff bin Khatri Abdullah, Mohd. Tajuddin bin Abd. Razak,
Mohd. Adzly Ab Manas
Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Selangor
TanSri Dato’ Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Abdul Rahim bin Sinwan & Ridha Abadah bin Subri
Peguam Pemerhati bagi pertubuhan -pertubuhan Islam-Melayu
Tuan Hj. Radzi bin Mustafa, Dato’ Zulkifli bin Noordin
Peguam Titular Archbishop Kuala Lumpur
Porres Royan, S.Selvarajah, Benjamin Dawson, Annou Xavier
Dan beberapa Peguam Pemerhati bagi pertubuhan-pertubuhan Non-Muslim



SEKIAN..JAZAKALLAH....

SALAM...
 



Followers