Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 12 November 2011

MALAY- WILL POWER OF UNITY

DON’T SHOOT THE WRONG ENEMY..

KRISIS POLITIK MELAYU

KEAZAMAN BANGKITNYA MELAYU

ANWAR IBRAHIM DAN DR MAHATHIR

SETAKAT PENGETAHUAN DAN PEMBACAAN YANG TERHAD..

Merupakan gabungan dan pakatan yang ideal satu masa dahulu. Malaysia pernah dianggap sebagai salah satu kuasa ekonomi terbesar di asia dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Berdasarkan kepada kadar pergerakan ekonomi yang cukup aktif dan mantap,kadar perolehan yang besar saban tahun,kurang defisit. Kurang hutang dan wujud lebihan dalam perbelanjaan.

Scenario ini berlaku sekitar dalam lingkungan awal tahun 90-an.

Anwar dan dr Mahathir pada masa itu memiliki legasi dan kebijakan yang tersendiri. Dr . mahahir dengan kelantangan idea beliau yang dilihat terlalu menentang pengaruh barat dan amerika. Dasar pandang ke timur adalah bukti penting terhadap sikap beliau yang sangat egoistic ketimuran. Pernah membuat ucapan pedas di persidangan antarabangsa Negara-negara arab dan islam. Agak kelihatan sangat tegas dan patriotic bangsa.

Di sebabkan kelantangan beliau,banyak ahli dalam Negara arab yang sangat mengimpikan agar terdapat seorang lagi dr Mahathir versi arab. Seseorang yang memiliki visi dan misi besar dalam menyatukan bangsa arab. Pemikiran dr Mahathir yang sangat pekat dengan doktrin bangsa menyebabkan kegelisahan dalam kalangan bukan melayu. Dalam durasi pemerintahan beliau, keadaan ekonomi bukan melayu kelihatan agak goyah dan sangat. Sukar untuk menempatkan tempat dalam bidang-bidang strategik penting Negara seperti bidang pendidikan dan industri.

Jika dr Mahathir dilihat pekat dengan darah timur,berbeda pula dengan anwar Ibrahim. Beliau menyonsang kutub. Seseorang yang dilihat optimis terhadap ketamadunan barat. Memiliki kepakaran yang diakui diperingkat antarabangsa terutamanya dalam bidang ekonomi dan diplomatik. Memiliki rakan pengaruh sejawatan yang turut berperanan dalam mengatur demografi politik asia barat. Dalam pandangan anwar Ibrahim, dengan memiliki hubungan baik terhadap barat dan amerika,ia mampu memberi suntikan terhadap perkembangan positif bagi imej dan watak Malaysia di peringkat dunia global.

Tetapi apabila kuasa berada di tangan..

KUASA = KEPENTINGAN + PENGARUH + SOKONGAN MAJORITI + DOKONGAN SUMBER + FAKTOR STRATEGIK

TAFSIRAN BAGI SEGMEN POLITIK..

Segala panduan dan penanda aras..hilang sekelip mata..

BERI MEREKA HARAPAN DAN KAMU BOLEH MELAKUKAN APA SAHAJA..

Umum mengetahui,tempo demografi poltik dunia mula berubah semenjak kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah. Semenjak kejatuhan dinasti kerajaan yang bersimbolkan islam ini,segala-galanya sukar bagi setiap insan yang mengakui diri mereka sebagai MUSLIM. System pemerintahan yang berasaskan autokratik itu telah jatuh berihsankan kerjasama dan hasil usaha para pembelot tegar seperti kamal attarturk dan rakyat arab di sekeliling.

Detik di mana semasa kejatuhan Negara turki uthamaniyyah tumbang..SENTIMEN SEMANGAT KEBANGSAAN ITU DITIUPKAN DENGAN SANGAT HEBAT DAN MELUAS. Lantas mencetuskan terbitnya semangat kebangsaan yang tinggi dan jati diri berasaskan bangsa dalam kalangan masyarakat arab. Para pemimpin dan golongan berkuasa arab mengambil kesempatan untuk melobi keseluruhan rakyat arab agar bangkit supaya membebaskan diri mereka daripada penjajahan turki. Bukan itu sahaja,pada sisi lain,mereka yang menolak idea kebangsaan ini,BAKAL DIKIRA SEBAGAI PEMBELOT.

Pada mata mereka saat itu,turki adalah penjajah. Sebagaimana pada mata masyarakat melayu ,inggeris adalah penjajah. Serupa dan seirama. Pelanduk dua serupa. Penjajah mesti dihalau dan dihapuskan. Doktrin biasa dalam mana –mana idea penentangan terhadap penjajahan.

Disebabkan tertariknya kepada scenario ketika itu, dua kuasa besar dunia ,amerika dan Britain,mengambil peluang untuk memanaskan lagi arang kayu yang telah terbakar.senjata dibekalkan dan pelbagai kemudahan lain diatur bagi membantu masyarakat arab untuk menghancurkan kerajaan islam turki.

Dalam suasana sibuk dengan pasca perang dunia kedua, akhirnya turki tumbang akibat daripada penentangan dari dalam menerusi kebangkitan rakyat arab.

Idea bangsa dijadikan sentimen penting dalam menaikkan harga diri dan maruah seseorang.

Genetik bangsa berperanan dalam menentukan sikap dan perwatakan seseorang.

Bangsa arab terkenal dengan genetik peperangan.

Semenjak zaman sebelum kelahiran baginda S.AW lagi,mereka sememangnya bangsa yang terkenal dengan peperangan antara kabilah dan puak. Bahkan disebabkan buruknya perilaku mereka yang gilakan peperangan itu,menyebabkan mereka tidak layak untuk dijajah oleh kuasa besar dunia semasa zaman berkenaan iaitu rom dan parsi. Arab terkeluar daripada senario Negara yang berpotensi untuk dijadikan sumber kekuatan tambahan oleh rom dan parsi.

Setelah hampir 90 tahun arab bebas daripada turki,mereka masih lagi merangkak-rangkak dalam merangka semula kekuatan bangsa arab. Palestin gagal dijaga dan dipelihara sebagai bukti.

Kuasa kesatuan politik melayu dan signifikannya terhadap dunia antarabangsa..

Arab sudah hilang imej dan kredibliti di peringkat antarabangsa. Walau diakui betapa mereka memiliki simpanan emas hitam yang melimpah ruah,budaya membelanjakan secara tidak rasional semakin ketara. Jurang pendapatan terhadap golongan masyarakat pertengahan dan elit professional dilihat sangat kronik dan kritikal.

Budaya pemimpin arab yang berbelanja mewah tanpa had dan batasan merupakan symptom besar terhadap factor penyumbang kepada budaya pencetus jurang kewangan yang sangat parah ini.

Sila baca baik-baik ..ANTARA PENYUMBANG UTAMA MASALAH ADALAH KALANGAN ELIT PENGUASA-PENGUASA ARAB..

MEREKA YANG GEMAR MEMANIPULASI POLITIK DAN DEMOKRASI DEMI MENJAGA KEPENTINGAN KELUARGA DAN KRONI PELABUR MASING-MASING..

BUDAYA KEBANYAKAN KALANGAN PIMPINAN BONEKA DUNIA…

MEREKA BANYAK BERGANTUNG KEPADA KUMPULAN SOKONGAN SEPERTI PELOBI-PELOBI ANTARABANGSA…

DIBANTU DENGAN KERJASAMA PROKSI-PROKSI LAINNYA..

GOLONGAN PROKSI ..PIMPINAN …PENGUASA..MASYARAKAT BERPENGARUH…..

INDIVIDU INTELEKTUAL …GOLONGAN AGAMAWAN..GOLONGAN ARTIS..

GOLONGAN IKON DALAM MASYARAKAT PADA SEGENAP SEKTOR..

Virus yang sama turut berlangsung dengan jayanya di Malaysia. Sikap kalangan profesional melayu yang bersarang di dalam parti berkiblatkan bangsa dan agama. Golongan-golongan aristocrat dan mewah ini berada di kelas tersendiri.

Mereka bijak mengeksploitasi sikap dan genetic utama bangsa melayu..

GENETIK MERENDAH DIRI..

BERSOPAN SANTUN..

MUDAH TERMAKAN BUDI..

SANGAT BERJIWA KEMELAYUAN TRADISIONAL..

SANGAT MEMENTINGKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN..

BENCIKAN PEPERANGAN DAN PERGADUHAN..

Genetic-genetik ini telah dieksploitasi sewenang-wenangnya DEMI MEMASTIKAN KELANSUNGAN KUASA DAN MATLAMAT POLITIK MEREKA SENDIRI.

BERDASARKAN PENGALAMAN DAN CATATAN DSAI,BAGAIMANA USAHA BELIAU UNTUK MENCORAKKAN UMNO DARIPADA DALAM ,SANGAT SUKAR TERUTAMA MELIBATKAN PERTENTANGAN TERHADAP KEPENTINGAN DAN PENGARUH KUASA ELIT MELAYU INI..

SILA PERHATI DENGAN TELITI..

PUNCA MASALAH ADALAH KALANGAN ELIT MELAYU YANG BERLATARBELAKANGKAN KORPORAT DAN KUASA POLITIK..

MEREKA INI ADALAH SALAH SATU DARIPADA BEBERAPA FAKTOR BESAR TERHADAP PEMANGKIN PEMECAHAN KUASA POLITIK MELAYU..

BUKAN PAS..

KALANGAN ELIT INI BERPERANAN SECARA KETARA SETELAH HILANGNYA GENERASI MELAYU EMAS-DI ERA ZAMAN TUN HUSSEIN ONN ,TUN ABDUL RAHMAN,TUN RAZAK …

MEREKA SEMAKIN GILA DAN TAMAK TERHADAP KUASA SEMENJAK ZAMAN GENERASI BARU UMNO ..

DITERAJUI DR MAHATHIR..

Jangan lupa bagaimana dr Mahathir pernah mencetuskan krisis dengan tun razak. Dan sehingga mengakibatkan kepada HARAMNYA PARTI UMNO....

KEMUDIAN LAHIR PULA PARTI MELAYU YANG BARU..

SEMANGAT 46..

Tun Musa Hitam..Ghaffar Baba dan Rais Yatim merupakan antara tunjang utama kepada pergerakan semangat 46….

POLITIK MELAYU SECARA DOMINAN TELAH BERPECAH DI DALAM KERANGKA ZAMAN UMNO LAGI..

PAS HANYA PARTI SERPIHAN..MEREKA YANG SEMEMANGNYA AGAK KABUR DALAM RENCAH POLITIK NASIONAL..JUSTERU BUKAN ISU UNTUK DIJADIKAN FOKUS UTAMA BAGI MENYATUKAN KEDUA-DUA KUASA POLITIK INI..

DALAM PERMAINAN POLITIK ..FAKTOR REKOD PERJALANAN SESEBUAH PARTI ADALAH PENTING UNTUK MEMBAWA PERSEPSI POSITIF DALAM PENTAS POLITIK NASIONAL..

IA BERPERANAN SEBAGAI KOD-KOD MEMORI DALAM MENCIPTA STIGMA DAN SENTIMEN MANA-MANA PIHAK DAN INDIVIDU..

TITIK UTAMA KAMI TULISAN INI …

MELETAKKAN SEMULA BEBAN KESALAHAN PERPECAHAN MELAYU TERHADAP KALANGAN ELIT PROFESIONAL MELAYU INI..GOLONGAN KRONI DAN PENGGILA KUASA…

MEREKA BERTINDAK SEWENANG-WENANGNYA DEMI TERUS MAHU KEKAL HIDUP SELAMA-LAMANYA…SANGAT KEMARUK UNTUK MENGEKALKAN LEGASI DAN WARISAN KUASA MEREKA SENDIRI..BAGI MENCARI KEMAHSYURAN NAMA DAN PANGKAT PERIBADI…

GOLONGAN INI ADALAH GOLONGAN SAMPAH….

MEREKALAH YANG MENYEBABKAN MELAYU LEMAH….

MEREKA INI GENETIK CIPTAAN DEMI MENGHAPUSKAN KUASA SEBENAR..

ALTER MELAYU YANG ORIGINAL..

KENYATAAN DI ATAS ADALAH AYAT PENYOKONG PENYATUAN MELAYU DAN MENOLAK GOLONGAN ELIT MELAYU..

SEMENJAK BERLAKU KRISIS REFORMASI ANWAR 1998..ANWAR SECARA TIBA-TIBA DIANGKAT SEBAGAI IDOLA DALAM MENENTANG KEBEJATAN MORAL GOLONGAN MELAYU ELIT INI DARIPADA TERUS KEKAL BERKUASA..

DAN SEMENJAK ITU..RENTETAN PERISTIWA PERBICARAAN BERPROFIL TINGGI PALING LAMA TERCATAT DI DALAM SEJARAH MALAYSIA…

SEHINGGA MEMBAWA KEPADA MASALAH INSTITUSI KEHAKIMAN ..MASALAH INTEGRITI BADAN BERKANUN DAN SEBAGAINYA…

SEKALI LAGI…

KAMI MENGAKUI BAHAWASANYA KAMI MERUPAKAN SALAH SEORANG DARIPADA RIBUAN SIMPATISAN ANWAR IBRAHIM..MENGAKUI KETEGUHAN DAN SEMANGAT BELIAU SENDIRI.

MENYOKONG DENGAN DALIL DAN HUJAH SEBAGAI ASAS..BUKAN MEMBABI BUTA..

KREDIBLITI..KEBIJAKAN..PENGALAMAN..KEPAKARAN…IDEA..ILMU..

BUKANKAH BAGINDA NABI S.A.W YANG MENGAJAR KITA SUPAYA ADIL DAN BERSAMA-SAMA DALAM MENILAI SESEORANG YANG DIANGGAP BERPENGARUH DALAM MASYARAKAT..IKON DALAM KALANGAN MASYARAKAT..

MEREKA PERLU MEMILIKI KRITERIA KHUSUS DALAM MENGISI KERUSI MODEL RUJUKAN SEGENAP LAPISAN SETIAP ANGGOTA MASYARAKAT..

KERUSI MODEL RUJUKAN INI AMAT MUDAH DIISI SEANDAINYA KITA BERADA DI ZAMAN BAGINDA RASUL ULLAH..

NAMUN SEMENJAK KEWAFATAN BAGINDA …SANGAT SUKAR UNTUK MENGISI KERUSI INI…JUSRTERU IA MENUNTUT KEPADA KEPAKARAN DAN KEBIJAKAN YANG SANGAT TINGGI DALAM MENANGANI MASALAH SETIAP LAPISAN MASYARAKAT..

DENGAN HANYA MENYANDARKAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PROKSI DAN DALAM MASA SAMA MENOLAK KEMUNGKINAN BETAPA RAMAI LAGI KALANGAN TOKOH-TOKOH POLITIK INI MERUPAKAN PROKSI-PROKSI DAJJAL…

IA SANGAT TIDAK ADIL..

BAHKAN MUNGKIN KAMI JUGA SALAH SEORANG PROKSI-PROKSI DAJJAL..SIAPA TAHU…

WHO KNOWS..

Kesilapan utama kita apabila melihat setiap komponen dan aspek kehidupan secara terpisah..

Adakah kita melihat kewajaran kesatuan dan kesan langsung terhadap impak kuasa ekonomi pelbagai..

Ini kenyataan umum..

Kami mengambil kes berbeda..

Dalam isu seksualiti merdeka..

Ia isu antarabangsa..kerana golongan minoriti ini telah di angkat demi mengangkat hak asasi manusia..

Jika pelaksanaan dilaksanakan dengan kapasiti ..

Bidang kuasa undang-undang Malaysia yang semema ngnya diragui kredibliti..masalah golongan agamawan yang bercanggah dalam mendepani isu serta beberapa aspek lain..ia sangat memeningkan kepala masyarakat..

Seandainya dengan mengatakan bakal berlaku kecaman pihak antarabangsa terhadap perilaku tindakan kita dan mengatakan ia sebagai lumrah dalam MENEGAKKAN KEBENARAN..KENYATAAN INI SANGAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI..

ASAS…

ADAKAH KITA PERNAH MELIHAT KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG SETIAP SISI TINDAKAN KITA TERHADAP MASYARAKAT MUSLIM DI SEANTERO DUNIA..

MASALAH UTAMA NEGARA ISLAM DI DALAM PENTAS GLOBAL ADALAH..

KITA TIDAK MEMPUNYAI SATU PLATFORM DAN PREMIS YANG BETUL-BETUL KUKUH DALAM MENYATAKAN ,MENERANGKAN,MEMPERJELASKAN,MEMPERINCIKAN DAN MENGHURAIKAN SETIAP INCI DAN BENTUK HALA TUJU DAN OBJEKTIF DALAM SETIAP SEGMEN DAN SEKTOR HIDUP MANUSIA..SELURUHNYA..

SEBAGAI CONTOH OIC..

KITA PERLU SESUATU YANG LEBIH BESAR DAN GAH DARIPADA OIC..

KITA MASIH BERBALAH TENTANG DEFINISI DAN ERTI POLITIK ISLAM…

ISU DEMOKRASI ISLAM..

ISU EKONOMI ISLAM..

ISU HAK ASASI DALAM ISLAM.

ISU KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM..

ISU RUMAH TANGGA DALAM ISLAM..

ISU BUDAYA KEILMUAN DALAM ISLAM..

ISU HIBURAN DALAM ISLAM..

ISU SUKAN DALAM ISLAM..

ISU KUASA DAN KEPIMPINAN DALAM ISLAM

ISU KEBERTANGGGUNGJAWABAB DALAM ISLAM.

MAKNA PERLEMABAGAAN DALAM KERANGKA UNDANG-UNDANG ISLAM..

MASALAH DEFINISI SERTA PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM

MASALAH KEBUDAYAAN DALAM ISLAM..

ISU SUSUN LAPISAN SOSIAL DALAM ISLAM ..

ISU BIDANG KUASA PEMIMPIN DAN SIAPAKAH PEMIMPIN DALAM ISLAM…

ISU MEDIA DAN PERANANNYA DALAM MENGANGKAT MARTABAT ISLAM..

ISU BIDANG MAKANAN HALAL DAN PRODUK AKSESORI PAKAIAN ISLAM..

ISU BUDAYA DAN ETIKA ISLAMIK DALAM KONTEKS KERJAYA SEMASA..

ISU HUBUNGAN DIPLOMATIK NEGARA ISLAM DAN DUNIA LUAR…

SEGALA HAL INI MEMANG TELAH DIBINCANGKAN TETAPI AKHIRNYA HASIL PERBINCANGAN GAGAL DILETAKKAN DAN DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN-GOLONGAN BERAMANAH..

NATIJAHNYA..

BANYAK ISU POKOK GAGAL DI URUS DAN DISELENGGARA DENGAN BAIK..

ISLAM MENGGALAKKAN DAN MENGIKTIRAF PEMKIRAN TERBUKA TETAPI PERLU DAN MESTI ADA SANDARANNYA….

UNTUK SITUASI SEMASA..

KAMI FIKIR KAMI AKAN NILAI SEMULA SOKONGAN KAMI TERHADAP MANA-MANA INDIVIDU DALAM SEKTOR POLITIK TETAPI TIDAK SAMA SEKALI MENIDAKKAN PERANAN DAN SUMBANGAN ANDA SEMUA…

KAD QUEEN..

PENYATUAN MELAYU DAN KERANGKANYA..

HENTIKAN TITIK FOKUS KEKUATAN MELAYU KEPADA UMNO DAN PAS..

BERSAMA MENGGEMBLENGKAN TENAGA KE ARAH..

1 PERKASAKAN KUASA SULTAN..MEMPERBAIKI SEMULA BIDANG KUASA SULTAN DALAM PARLIMEN..SULTAN PATUT DAN BERHAK BERSUARA DALAM SETIAP ISU YANG BERKEPENTINGAN UNTUK KEMANFATAN MASYARAKAT MALAYSIA KHUSUSNYA..

2 PERKUKUH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI BIDANG PENULISAN..

3 GALAKKAN PENULISAN BAHASA YANG STANDARD.

4 KOMPETEN DALAM MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN MANA-MANA PERSIDANGAN DUNIA..

5 BIJAKSANA DALAM MENGADAPTASI PENGGUNAAN TULISAN JAWI TERHADAP DUNIA PENULISAN..

6 MENGGALAKKAN BUDAYA DAN SENI TRADISI PROSA KLASIK MELAYU SEPERTI PANTUN,BERZANJI,SASTERA,SAJAK,SELOKA,PANTOMIN DAN SEBAGAINYA MENERUSI KEMPEN KESEDARAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU..

IA AMAT PATUT DIGERAKKAN OLEH KEMENTERIAN BUDAYA,KEM. PELAJARAN,KEM.PENGAJIAN TINGGI,KEM SUMBER MANUSIA,KEMENTERIAN PENERANGAN…

PATUT JUGA DIGERAKKAN SEMANGAT UNTUK MEMPELAJARI SEMULA SENI SILAT DAN SEGALA TEKNIK MEMPERTAHANKAN DIRI..

DAN BEBERAPA IDEA YANG BOLEH DIPERINCIKAN TETAPI…

IANYA BOLEH DIJADIKAN IDEA UNTUK MENINGKATKAN MARTABAT BANGSA MELAYU SECARA BIJAKSANA,BERSTRATEGI,TERSUSUN DAN IDEALISTIK..

ANDA TIDAK PERLU MELETAKKAN GAGASAN KESATUAN MELAYU MELALUI PERMAINAN MEDIA DAN SEGALA BENTUK SEBARAN MAKLUMAT SECARA AD-HOC..

MELAYU PERLU DIMARTABATKAN DENGAN MEMPERKASAKAN SEMULA SEGALA BENTUK DAN SIMBOL KETAMADUNAN MELAYU..

SEBAGAIMANA PERINCIAN YANG KAMI TELAH SEBUTKAN DI ATAS..

JUSTERU..UNTUK MENAIKKAN BANGSA MELAYU..MULA SEMAIKAN CINTAKAN BAHASA MELAYU ..CINTAKAN BUDAYA MELAYU..BERSAMA MENGGUNAKAN DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU..BERSAMA-SAMA TERUS BERDIRI DI SEBALIK KUASA KESULTANAN MELAYU..MENGHIDUPKAN SENI BELADIRI MELAYU..MEMARTABARKAN SASTERA MELAYU.. DAN SELURUH ENTITI BERKENAAN AGAR

BANGSA MELAYU KEMBALI BANGGA MENJADI MELAYU DAN

INSYA’ALLAH DENGAN IZIN ALLAH..

ISLAM DI SELURUH DUNIA AKAN KEMBALI MEMANDANG MELAYU KERANA KEHEBATAN ISLAMNYA..

BUKAN KERANA BANGSANYA..

MUDAH-MUDAHAN..

AYUH MELAYU..BANGKIT DAN KEMBALI MENJADI MELAYU…

BANGSA MELAYU..

IDENTITI ISLAM..

BERTUHANKAN ALLAH..

BERNEGARAKAN TANAH MELAYU..

SEBAGAI JAMINAN IA TIDAK SAMA SEKALI BAKAL MENGHAKIS KUASA BUKAN MELAYU DI TANAH MELAYU..

ANDA TETAP DIIKTIRAF DI TANAH BERTUAH INI..

KESATUAN YANG KAMI MAKSUDKAN INI ADALAH DI LUAR KERANGKA POLITIK SEMASA..

TIDAK ADA KENA MENGENA ANTARA PAS DAN UMNO..

pertama kali kami merasakan bahawa kami adalah ketua pemuda umno cawangan..

SEBAGAI ALTERNATIF LAIN DALAM GERAKAN BUAH CATUR THH..

..

MANUSIA ITU PUNYA CITA-CITA DAN HARAPAN…

BAGI MEREKA HARAPAN DAN KAMU BOLEH BERBUAT SESUKA HATI KAMU..

KAMI AKAN MENGHANTAR SUBLIMINARY MESSAGE..

“KAMU BERCITA-CITA UNTUK MELIHAT DUNIA INI AMAN DAN DAMAI TANDA KEZALIMAN DAN PENINDASAN,KEPALSUAN DAN KEBATHILAN YANG BERMAHARAJALELA,TIADA LAGI KEKECEWAAN DAN KESEDIHAN..

JADI KAMI AKAN BANTU KAMU SEBAIKNYA,KAMI MEMINTA KAMU AGAR MENGIKUT APA YANG KAMI ARAHKAN ..ITU SAHAJA YANG KAMI PINTA..

KAMI AKAN MENGHANTAR PELOBI-PELOBI KAMI,PELABUR KAMI,PEMAIN INDUSTRI KAMI,PERISIK KAMI,PERUSUH KAMI,AGAMAWAN KAMI,PENULIS UPAHAN KAMI,PAKAR KEWANGAN KAMI,INTELEKTUAL KAMI,PERUNDING KAMI,FIRMA GUAMAN KAMI,AHLI KORPORAT KAMI,HARTAWAN KAMI..

DEMI MEMBANTU KAMU..

NAH..

TETAPI IKUT ARAHAN KAMI..SIAPA PUN KAMI..KAMU TIDAK PERLU TAHU TENTANGNYA..

ITU SAHAJA..

TETAPI JANJI KAMI….

CITA-CITA DAN HARAPAN KAMU AKAN KAMI PENUHI”…

PERINCIAN TENTANG PERANAN PELOBI POLITIK..

SELAMAT MEMBACA TULISAN TAN SRI ABDULLAH AHMAD…

Pelobi lazimnya membencanakan

Oleh : TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Tarikh : November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha/Korban. Kita harus bersusah payah dan berpenat lelah berhabis kudrat dan mental untuk mara ke depan, mengekalkan kebahagiaan dan keselamatan. Kolum hari ini membicarakan pelobi, perihal manusia pintar memujuk mereka yang berkuasa bagi kepentingan diri sendiri, diupah oleh orang lain. Gerakan/aktiviti cergas sudah bermula apabila ramai menjangka PRU13 akan berlangsung musim bunga atau musim panas tahun hadapan.

Lobi sebagai verb/kata kerja adalah usaha oleh individu, kumpulan untuk mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan; kompeni, organisasi atau individu yang berkuasa dan berpengaruh. Sebagai noun/kata nama pelobi atau lobbyists adalah mereka yang pekerjaannya melobi. Terma lobi jadi sebahagian bahasa kita dan popular selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 – memujuk pemimpin, menteri, politikus dan pegawai kerajaan, beruniform atau sebaliknya, menurut kehendak mereka (lobbyists) atau kepentingan tertentu diupah oleh bisnes, korporat, politikus dan pegawai kerajaan yang bercita-cita tinggi untuk mendapat kontrak, promosi, jadi calon pilihan raya, menteri, ketua setiausaha (KSU), Ketua Setiausaha Negara (KSN); Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hakim; dikurniakan bintang, pingat dan gelaran. Selepas peristiwa berdarah 13 Mei supaya MAGERAN (Majlis Tindakan Negara) dimansuhkan dan demokrasi berparlimen dipulihkan.

Di Amerika Syarikat (AS), Eropah, Jepun melobi satu profesion mewah, bajetnya amat besar. ‘Lobi Israel’ di AS dan Eropah adalah pelobi terbesar, terkaya dan amat berpengaruh serta berkesan. Di Malaysia, melobi satu kerja yang juga mewah, ramai bekas politikus, menteri, pegawai tinggi kerajaan, beruniform atau sebaliknya, dan keluarga diraja di semua peringkat menjadi lobbyists, bagi segala bentuk vested interests (kepentingan tertentu) - tempatan dan antarabangsa – dan juga agensi hatta kerajaan asing. Satu masa dahulu ‘lobi China’ terbesar di AS mewakili kepentingan pemerintahan Chiang Kai Shek yang akhirnya ditewaskan oleh parti Komunis China di bawah kepimpinan Mao Tse Tung tahun 1949 dan lari ke Taiwan.

Di Malaysia lobi yang paling berpengaruh ialah ‘lobi Cina’, ‘lobi bisnes’, ‘lobi India’ dan ‘lobi Bumiputra’ di bawah sekali. Saya telah memerhati gerakan pelobi semenjak zaman Tunku Abdul Rahman, kini lebih hebat. Generasi pelobi sekarang lebih berorganisasi, tersusun, savvy atau lebih canggih maka impaknya amat menguntungkan ‘big business’ dan ‘vested interests’.

Kehadiran mereka (pelobi) di merata majlis, pesta perkahwinan, rumah terbuka Hari Raya, hari jadi; perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali dan waktu keberangkatan dan kepulangan perdana menteri dan menteri-menteri kanan di lapangan terbang hatta di masjid pun. Pelobi yang benar-benar berpengaruh tidak kelihatan di majlis-majlis terbuka seperti itu. Mereka terus ke pejabat atau ke rumah menteri. Mereka ada ‘paspot besar’.

Kata orang Kelantan pelobi-pelobi kelas ini ada ‘cable sakti – dapat masuk hingga ke dapur, masa menteri rehat hatta ke bilik tidur pun’. Mereka akan menghadiri hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau birthdays anak-anak, cucu menteri yang berlangsung secara private.

Apabila perdana menteri, menteri, pegawai tinggi dan politikus yang dilihat berpotensi dan keluarga mereka bercuti lazimnya di luar negara pelobi tertentu akan berada di samping mereka, shopping, main golf, belayar, memburu, ke night clubs, kasino dan restoran mewah. Selalunya pelobi dan ‘kawan-kawan ini’ ke destinasi holidays terlebih dahulu atau berasingan. Ada yang berani naik pesawat sama dan kelas serupa. Saya telah lihat semenjak kita merdeka beginilah. Hilang kuasa ‘kawan-kawan’ dan pelobi ini hilang. Habis air tebu diminum hampasnya dibuang.

Di AS dan banyak negara-negara maju, pelobi mesti didaftarkan seperti syarikat dan kompeni tetapi di Malaysia profesion ‘memujuk’, profesion ‘orang tengah’, profesion ‘intermediaries’ tidak payah didaftarkan. Saya rasa sudah sampai masanya profesion ‘menggeletek’ ini didaftar seperti peguam, doktor, akauntan dan sebagainya. Waktu saya di United Kingdom (UK) bulan lepas dan awal bulan Parti Konservatif dan Liberal Demokrat (kedua-dua berkongsi memerintah) dan Parti Buruh (pembangkang) telah mengadakan persidangan agung tahunan masing-masing.

Mengikut media dan kolumnis British, pelobi yang beroperasi secara terang apa lagi rahsia amat membahayakan demokrasi, meritokrasi dan ‘fairness’; (keadilan) komen Andy McSmith, ‘those (lobbyists) who operate in secret are a danger to democracy’ (Independent October 17, 2011). Tambahnya, ‘literally thousands of lobbyists took the trip north (Manchester tempat konferensi Parti Konservatif) for a week’s social networking and deal clinching at the Conservative Party Conference.

There were more of them than Tory representatives (delegates). Their presence went a long way to covering the cost of an expensive week that would otherwise have had to come from Conservative Party funds.’ Maksudnya lebih ramai pelobi daripada perwakilan! Pelobi ke sana kerana networking dan mendapat bisnes, membaharui dan memperkukuhkan political contacts. Kehadiran pelobi ini meringankan kos Parti Konservatif. Kehadiran pelobi di persidangan parti Buruh tidak seramai seperti di Manchester.

Parti Buruh telah melangsungkan mesyuarat agungnya di Liverpool terlebih dahulu. Apa pun pelobi membahayakan demokrasi kerana pengaruh mereka – tanpa dipilih rakyat, tanpa jawatan - mereka berpengaruh membuat secara tidak langsung keputusan! Seperti di sini pelobi hadir di majlis kerana ‘lobbying industry’ adalah satu perusahaan besar, penting dan bajetnya tiada had, tiada limit. Poket mereka dalam asalkan kehendak mereka berjaya. Sebelum parti Buruh kalah ramai pelobi berkerumun dekat dan sekeliling Tony Blair dan Gordon Brown, kedua-dua bekas perdana menteri.

Sekarang giliran David Cameron pula - penjawat PM British. Berpusu-pusu orang mahu berjumpa dengannya. Ada gula ada semut! Di Malaysia, pelobi berduyun ke Putrajaya, ke Kuching, ke Kota Kinabalu, ke Shah Alam, ke Pulau Pinang dan ibu negeri lain. Ada baiknya mereka ini didaftar dan diletak di bawah undang-undang, koda dan peraturan tertentu. Saya tidak setuju mereka dihapuskan apa lagi diharamkan.

BISNES DAN INDUSTRI BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH PARTI BERKUASA DAN PEGAWAI MEREKA MAKA BISNES DAN INDUSTRI PERLU ADA PELOBI MENJAGA KEPENTINGAN, KEUNTUNGAN LUMAYAN; DAPAT PELUANG KONTRAK SEBANYAK MUNGKIN DAN KONTRAK RAKSASA TANPA TENDER, MELALUI ‘DIRECT NEGO’ (DIRECT NEGOTIATIONS) KATA ORANG KELANTAN. DI UK, INDUSTRI MELOBI DIANGGAR MEMBELANJAKAN STERLING POUND 2 BILION – LEBIH KURANG RM10 BILION SETIAP TAHUN.

SAYA TIDAK TAHU BERAPA PERBELANJAAN INDUSTRI MELOBI DI NEGARA TERCINTA DAN TERPILIH INI! SAYA TEKA TIDAK KURANG RM500 JUTA SETAHUN, BESAR BERKEMUNGKINAN RM1 BILION. KERAJAAN HILANG HASIL DAN KERUGIAN LAIN, TIRIS MELALUI RASUAH BERLIPAT-LIPAT GANDA LAGI.

JUMLAHNYA BESAR. AMAT MEMALAPETAKA KESELAMATAN DAN MARUAH NEGARA SEBAB ADA SETENGAH PELOBI YANG JUGA EJEN RAHSIA KERAJAAN TERTENTU. PALING KURANG MCSMITH MENGULANGI, ‘A TARGET OF SUSPICION, AND A POTENTIAL SOURCE OF CORRUPTION, IS WHEN IT’S PRACTITIONERS OPERATE IN SECRET, EITHER BY PRETENDING THAT THEY ARE MOTIVATED BY (POLITICAL) BELIEFS WHEN IN FACT THERE IS MONEY INVOLVED, OR TRYING TO DISGUISE THAT THEY ARE LOBBYISTS.’ BARIS PEMISAH ANTARA PELOBI DAN PERASUAH AGAK TIPIS! APA YANG DILAKUKAN OLEH PELOBI SEBENARNYA SALAH TETAPI TIDAK PULA MELANGGAR UNDANG-UNDANG. MAKA WAJARLAH UNDANG-UNDANG DIADAKAN SEGERA BAGI MENGAWAL KEGIATAN INI.

PELOBI, EJEN, ORANG TENGAH, PEMUJUK HARUS DIKAWAL – MEREKA KINI TERLALU MERDEKA DAN BEBAS ‘BENDING THE RULES’ YANG MERUGIKAN KERAJAAN, RAKYAT DAN BISNES KECIL YANG TIDAK ADA PELOBI PROFESIONAL. RAKYAT HARUS TAHU SIAPA TOWKAY, KERAJAAN DI BELAKANG PELOBI YANG HIDUP MEWAH. SEBELUM SKANDAL PELOBI TERBONGKAR MENJADI ISU BESAR DALAM PRU13 ELOKLAH PERATURAN DAN KODA TENTANG PROFESION MEMUJUK INI DIGUBAL. PELOBI BIJAK MENANAM TEBU DI BIBIR – MENGELUARKAN KATA-KATA MANIS, MEMUJUK, MEMUJI TETAPI MAKSUDNYA BERMOTIFKAN DUIT, PANGKAT; DAPAT TEBU REBAH TANPA BERSUSAH PAYAH!

DAN SEPERTI BIASA..

TULISAN YANG MENGAGUMKAN ..MAAF KAMI INGIN MENGULAS SEDIKIT..

DR ASRI..

Apabila tulisan saya ‘Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka’ keluar minggu lepas, maka ada pula yang berkata bahawa manusia sepatutnya dapat berfikir sendiri untuk mencari agama yang sebenar. Ada yang bertanya ‘jika ada bukan muslim yang terlepas dari hukuman Allah disebabkan hujah Islam yang tidak sampai kepada mereka, maka siapakah yang bersalah?’.

Idea bahawa manusia tanpa wahyu Allah pun boleh berfikir sendiri untuk memahami agama dengan melihat kepada kebesaran Allah di alam ini adalah idea aliran muktazilah. Namun idea ini tertolak dengan bukti terbesar Allah mengutuskan para rasul dan mewajibkan dakwah serta pengajaran. Jika manusia boleh berfikir tentang agama sebenar sendirian, maka apa perlunya pengutusan para rasul? Apa perlunya diwajibkan dakwah?

Melihat alam ciptaan Tuhan membolehkan manusia menyimpul tentang kewujudan dan kebesaran Tuhan. Namun, manusia tidak mungkin tahu agama yang sebenar melainkan dengan kedatangan hujah wahyu. Jika Nabi s.a.w sendiri tidak tahu tentang agama yang sebenar sebelum ketibaan wahyu, bagaimana mungkin manusia di timur dan barat, di hutan dan padang pasir, yang bodoh dan cerdik, yang terpelajar dan buta huruf, yang kuat dan yang lemah difardukan memahami sendiri agama yang sebenar tanpa kedatangan hujah Islam kepadanya? Kemudian mereka dihukum Tuhan? Mustahil.

Firman Allah: (maksudnya)

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh dari sisi Kami (Al-Quran) sedangkan engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah itu iman ; akan tetapi Kami jadikannya (Al-Quran) cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki dalam kalangan hamba-hamba Kami. dan sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk ke jalan yang lurus. (al-Shura 52)

Tiga Golongan

Rabu lepas saya hadir ke dinner rasmi mingguan anjuran OCIS di Bandar Oxford ini. Di sebelah tempat duduk saya penasihat hak asasi manusia bagi Commonwealth Secretariat. Namanya Treva D Braun. Beliau berbicara dengan saya beberapa tajuk terutama tentang kebimbangan beliau terhadap perlaksanaan Islam akan menjejaskan hak asasi wanita. Saya berbincang tentang salahfaham beliau mengenai wanita dalam Islam. Beliau berkata bahawa mungkin apa yang saya kata itu satu tafsiran namun apa yang berlaku sebaliknya. Beberapa isu dibangkitkan oleh beliau. Ada yang betul, ada yang hanya disebabkan persepsi beliau. Nilai yang berbeza. Apapun gambaran Islam yang ada mengelirukan beliau, atau mungkin sengaja memilih sikap yang demikian.


Gambar di Cornmarket Oxfort. Bantahan terhadap Human Trafficking.

Semasa mendengar komentar beliau saya sekali lagi teringatkan soalan ‘siapakah yang bertanggungjawab atas terhalangnya hidayah sampai kepada manusia? Ya, secara umumnya tiga golongan paling bertanggungjawab; pertama, mereka yang menghalang hujah Islam atau ajaran Islam yang sebenar sampai kepada manusia.-GOLONGAN KAFIRIN,MUNAFIKIN ..KAMI TIDAK TAHU DI MANA MEREKA TETAPI YANG PASTI MEREKA INI GOLONGAN YANG BERSEMBUNYI..

Kedua, mereka yang memutar belitkan kebenaran sehingga manusia keliru dan terhalang maklumat yang sebenar.

GOLONGAN POLITIKUS DAN KONPIRATOR PROFESIONAL.....

Ketiga, mereka yang enggan menyampaikan ajaran yang sebenar...

GOLONGAN SYADID DAN JUMUD..GOLONGAN YANG MENGISOLASIKAN DIRI MEREKA DARIPADA STRUKTUR DUNIA GLOBAL..

SIBUK DENGAN SYIAH,WAHABI,EKTRIMIS POLITIK DAN SEBAGAINYA..

MENJADIKAN ISLAM ITU SESUATU HAK YANG EKSLUSIF SEMATA-MATA..

WALHAL IANYA WAHYU ALLAH BUAT SEMUA MANUSIA...

MUFTI YANG PENDIAM JUGA TERMASUK DI DALAM GOLONGAN INI..

MAAF...

Penghalang ajaran agama bukan sahaja ada di negara bukan muslim seperti beberapa negara komunis, tetapi juga kadang-kala dalam kalangan umat Islam sendiri. Bukan sedikit para pemerintah dalam dunia Islam yang menghalang ajaran yang sebenar. Bukan setakat hari ini; bahkan sejak zaman Islam di bawah khalifah-khalifah dalam pelbagai dinasti, ramai ulama yang ditahan, diseksa dan dibunuh. Bahkan dalam dunia Islam hari ada yang menggunakan nama ‘penguatkuasaan agama’ untuk menghalang hujah-hujah agama.

Jika di China umpamanya, penyebaran Islam secara terbuka tidak dibenarkan, tapi di Malaysia lebih menarik, artis tiada masalah ketika berdansa di khalayak ramai, tetapi didakwa apabila cuba bertazkirah agama atas alasan tauliah. Jika atas alasan ‘ajaran salah’ boleh difikir dan dinilai. Alasan tauliah semata, tidak jauh dengan alasan negara China. Bahkan berapa ramai mereka yang memiliki PhD dan Master pengajian Islam dari institusi pengajian Islam yang diiktiraf dalam dan luar negara tidak mendapat tauliah di Selangor.

Secara umumnya, apabila manusia benar-benar terhalang sehingga ruang cahaya kebenaran tidak dapat ditembusi, sehingga mereka jahil hakikat kebenaran; samada keseluruhan kebenaran atau sebahagiannya, maka kadar kejahilan manusia itu ditanggung dosanya oleh sesiapa yang menghalang hujah kebenaran untuk sampai kepada manusia.

Ini mengingatkan kita kepada surat Nabi s.a.w kepada Hercules:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu.

–kemudian baginda menulis firman Allah- (maksudnya):”Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu; Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam” –Ali ‘Imran: 64. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Disesatkan

Mereka yang menjadi pengikut bawahan terdiri dari dua kelompok; pertama mereka yang benar-benar terhalang cahaya kebenaran. Mereka ini selamat di akhirat Kedua; mereka yang berpeluang mendengar hujah kebenaran tetapi memilih untuk bersama dengan para penentang kebenaran disebabkan kelebihan yang ditawarkan. Mereka tidak selamat. Al-Quran menyebutkan tentang mereka yang menyebabkan orang lain sesat dengan firmanNya: (maksudnya)

“dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu”. (al-Ankabut: 13)


Karya-karya di Barat pada era ini sering mengaitkan isu keganasan dan Islam. Ini hasil dari lobi media massa di Barat.

Media di Barat sentiasa memberikan gambaran yang negatif tentang Islam. Kaitan Islam dengan militant akan dibahaskan secara langsung dan tidak langsung. Orang awam ramai menjadi begitu prejudis dan phobia dengan Islam. Tujuan mereka amat halus dan jahat. Islam menjadi begitu kabur bagi sebahagian besar masyarakat dunia. Niat buruk media-media ini dikukuhkan lagi dengan berita-berita tindakan orang Islam sendiri.

Baru-baru ini di UK ada keluarga muslim yang membunuh anak perempuan mereka yang bercinta atas alasan honor killing. Islam digambarkan tidak menghormati hak asasi, walaupun banyak yang Barat sendiri langgar. Wanita dianggap tertindas berdasarkan takrifan kebebasan yang Barat gunapakai dan juga realiti yang berlaku seperti fatwa wanita tidak boleh memandu kereta di Arab Saudi dan tindakan sebahagian yang memaksa anak perempuan kahwin, paksaan memakai purdah dan lain-lain.

Wajah Islam yang pelbagai juga begitu mengelirukan. Di UK Alhamdulillah tahun ini hariraya adha serentak. Sebelum ini, setiap aliran berlainan hari. Ada salafi, ada sufi, ada brelewi ada syiah dan entah berapa lagi puak. Ditambah lagi dengan Ismaili dan Gadiani yang juga menggunakan nama Islam. Menu yang mengelirukan, boleh menjadikan orang awam hilang selera hendak makan. Di manakah Islam yang sebenar? Media Barat membakar api atas minyak yang mengalir.

Tanggungjawab Dakwah

Tugasan kita yang sebenar menyampaikan Islam yang berasaskan dalil dan hujah. Apabila kita mengetahui kebenaran, haram kita menyembunyikannya sehingga manusia menjadi keliru dan sesat. Cuma cara sesuatu kebenaran hendak disampaikan, hendaklah dengan hikmah agar menepati sasarannya. Dosa menyembunyikan kebenaran tanpa sebab yang sah sehingga manusia sesat akan ditanggung oleh mereka yang Allah kurniakan ilmu pengetahuan tentang kebenaran. Tanpa perlu menoleh kepada gelaran ulama atau bukan ulama. Setiap kita bertanggungjawab menyampaikan kebenaran dengan kadar yang ada padanya. Sama seperti zakat harta, setiap orang membayar dengan kadar hartanya.

Kita perlu jelaskan Islam yang bersumberkan nas yang sahih dan hujah yang munasabah yang sesuai berdasarkan waktu dan tempat. Sesiapa yang menyembunyikan ilmu tentang kebenaran ini sehingga tidak tertegaknya hujah yang teguh untuk manusia memahami kebenaran maka dia akan dihukum oleh Allah. Sudah pasti ulama yang menyembunyi al-haq akan lebih dahsyat dilaknat Tuhan dibandingkan orang lain. Firman Allah : (maksudnya):

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

JAZAKALLAH DAN SEKIAN..

SEGALA PUJI BAGI ALLAH..

DAN KELEMAHAN ADALAH DARI KAMI SENDIRI...

Followers