Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 22 Disember 2009

MEMBINA TITIK PERMULAAN

SIAPA YG TERSELAMAT DARIPADA 73 PECAHAN UMMAT ISLAM ?


Bismillahirrahmanirrahim

Maaaf kerana blog ini tidakdiupdated sekian lama.( Baru tau tinggal seorg je yang nak manage blog,nie yg lain tak tau ke mane!)


Kat sini cumer nak berkongsi tntg perkara yg tidak diperhati dan dilupakan sekian lama. Berkenaan dengan kelompok yang terselamat daripada 73 ummat islam yang berpecah,berdasarkan hadith nabi Muhamad s.a.w. Kalau nak diikutkan memanglah hadith tu cakap HANYA MEREKA YANG BERPEGANG DENGAN KITABKU DAN SUNNAHKU SAHAJA YANG TERSELAMAT. Disebabkan perkara inilah, ramai yang cuba untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai kelompok-kelompok tersebut atas nama SALAFI,WAHABI ,AHLI SUNNAH WAL JAMAAH dan lain-lain. Gelaran yang paling diketengahkan adalah KELOMPOK AHLI SUNNAH YANG SEBEBAR.



SIAPA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR ?

Untuk tajuk kat atas nie,pengunjung bleh agak siapa ahli sunnah wal jamaah berdasarkan kitab dan fakta sejarah yang sedia ada. Dan krisis ini juga bertitik tolak kepada wujudnya pelbagai team lain seperti muktazilah,syiah rafidah dsb.
Untuk berbicara tntg siapa yang terselamat sebenarnya? Persoalan ini agak subjektif kerana YANG SEBENAR HANYALAH SATU ATAU MUTLAK.

"Sesungguhnya kebenaran itu daripada TUHAN KAMU. Maka janganlah kamu menjadi orang yang ragu"

Dalil ini terdapat dalam ali-imran dan surah al-Baqarah. Yang sebenar adalah mutlak dan TETAP. Saye tidak akan mengetengahkan tntg siapa salafi,muktazilah,syiah,ahli sunnah wal jamaah. Persoalan tntg siapa ini juga dikira subjektif kerana tiada siapa yang betul-betul yakin dapat membenarkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan data sejarah. Betul x? melainkan jika kita boleh menaiki mesin masa dan pergi ke dimensi2 tersebut supaya kita dapat melihat siapa yang menjadi punca kepada masalah tersebut? Dalam proses untuk mencari siapa yang bersalah,Islam tidak menyeru ummatnya agar mencari siapa yang menimbulkan masalah. MASALAH DATANG BUKAN UNTUK MENCARI SIAPA YANG BERSALAH UNTUK,TETAPI SELESAIKAN MASALAH TERSEBUT. Bukankah kaedah ini mempunyai konteks yang sama seperti KENAPA ALLAH UJI MANUSIA? KENAPA MANUSIA DIUJI ? Adakah ALLAH mendatangkan ujian unttuk menyuruh manusia mencari siapakah yg mewujudkan ujian tersebut? Pelik bunyinya..............

Keadaan ini juga mirip dimana,anda berada di dalam dewan peperiksaan dan diberi kertas soalan,tiba-tiba anda melenting dan mengatakan ,SIAPA YANG MEMBUAT KERTAS SOALAN INI? KENAPA MESTI DIJAWAB DALAM TEMPOH 2 JAM ?KENAPA MESTI DITULIS DENGAN TANGAN DAN BUKAN DENGAN IBU JARI KAKI? KENAPA PERLU DILETAKKAN NAMA PADA SETIAP KERTAS SOALAN?

Kita kerap mempersoalkan perkara yang tidak sepatutnya disoal.UJIAN ITU DATANG UNTUK DIHADAPI. BUKAN UNTK DIPERTIKAIKAN. Rasulullah menyampaikan hadith itu untuk memberitahu bahwa UMMAT AKHIR ZAMAN AKAN BERPECAH. DAN PECAHANANNYA SANGAT BANYAK SEHINGGAKAN 73 PECAHAN. Hanya 1 kelompok sahaja yang terselamat iaitu MEREKA YANGBERPEGANG PADA KITABKKU dan SUNNAHKU. Hadith ini bersifat ancaman buat ummat nabi. Mereka yang tidak berpegang pada kitab nabi dan sunnah nabi akan terkeluar daripada kelompok yang terselamat


SIAPA YANG TERSELAMAT SEBENARNYA ?

Hadith tersebut seolah-olah teka-teki atau 'puzzle' yang perlu dicamtumkan atau diselesaikan. Perintah nabi bukan utk anda meng’klaim’ diri anda sebagai mereka yang terselamat dengan mengisyhtiharkan diri anda sebagai mereka yang layak untuk mendapatkan rahmat ALLAH. keadaaan tersebut seolah-lah anda seperti Ayah pin yang mengisytiharkan dirinya sebagai TUHAN.


SOLUSI

Bukankah hadith tersebut membicarakan tntg PERPECAHAN. BUKANNYA SIAPA YANG TERSELAMAT.sila fahami konteks hadith tersebut dengan baik. Jika nabi berkata bahawa hanya mereka berpegang kepada kitabku dan sunnah nabiku sahaja yang terselamat ,sila kita buka semula kitab yg baginda maksudkan iaitu kitab AL-QURAN.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Dalil ini dalam surah ali-imran ayat 104. Kemudian kita lihat pula siapakah yg mengikut SUNNAHKU? APAKAH SUNNAH TERSEBUT ? Bukankah SUNNAH RASULULLAH S.A.W MENYATUKAN UMMAT MANUSIA ? ITULAH SUNNAH YANG YANG PALING BESAR KERANA PERINTAH ALLAH ADALAH MENYERU MANUSIA UNTUK TUNDUK KEPADANYA SEBAGAI SATU UMMAT..sambungan.Ali _Imran ayat 103.


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk…”

SIAPAKAH KELOMPOK YANG TERSELAMAT SEBENARNYA ?


Lagi sekali diulang......

Mereka yang menyeru manusia kepada KEBENARAN /KESATUAN dan mereka yang mengikuti SUNNAH BAGINDA DENGAN MENYATUKAN HATI-HATI MANUSIA MELALUI DAKWAH sama ada secara lisan,akhlak atau sistem.(negara/daulah/syiar dll)
KEBENARAN ADALAH SESUATU YANG MUTLAK. TIADA MANUSIA BERHAK UNTUK MENGGELARKAN DIRI MEREKA MEREKA SEBAGAI PIHAK YANG PALING BENAR. KEBENARAN ITU ADALAH SESUATU YANG SANGAT BESAR DAN AGUNG MAKA SEBAB ITULAH ALLAH MENGATAKAN HANYA PADA-NYA KEBENARAN. TIADA SELAIN DARIPADA-NYA.


MANUSIA YANG MENGGELARKAN DIRI MEREKA PIHAK YANG BENAR ADALAH PIHAK YANG PLG PALSU DAN SALAH. REDAKAN SEGALA PERBEZAAN MAZHAB DGN DIALOG,PERBINCANGAN YANG BERTERUSAN SEHINGGALAH WUJUD PERSEFAHAMAN YANG JITU. JALAN KERAS SAMA ADA PERANG,KUTUK,HINA HANYA AKAN MEWUJUDKAN MASALAH BARU.


DI DALAM menjadi pengikut-pengikut SUNNAH dan KITAB ALLAH,JADILAH SEPERTIMANA RASULULLAH S.A.W. BERAKHLAK. Akhlak baginda sentiasa tenang,berlapang dada,sabar,redha dan tabah.tidak mempertikaikan orang lain,tidak menonjolkan yg baginda betul sentiasa,ada masa tertentu baginda akan meminta nasihat para sahabat,baginda sntiasa berkata manis dan SENYUM SOKMO pada ORANG-ORANG YANG MEMBENCI DAN MEMUSUHI BAGINDA. TETAPI BAGINDA SANGAT BERKERAS PADA SAHABAT YANG TIDAK MAHU MENDENGAR CAKAP. BAGINDA MENYATUKAN HATI MANUSIA. HATI MANUSIA.BUKAN SUARA MAJORITI. HATI YAG TIDAK DISENTUH DGN HIDAYAH ALLAH ADLAH HATI YG KOSONG. INI ADALAH KATA KUNCI YG MUDAH. TIDAK KIRA SIAPA YG BERKATA WALAU SETINGGI MANA IQ,EQ,SQ ATAU TAHAP KELAYAKAN AKADEMIKNYA ATAU TAULIAH AGAMA TETAPI SIKAPNYA SOMBONG,EGO,BERLAGAK DAN TIDAK MAHU MENGAKUI KESILAPAN,SEBENARNYA HATI MEREKA JUGA KOSONG. ORANG SEPERTI INI MEMERLUKAN KAEDAH KHAS UNTUK MENDAKWAHI MEREKA. TETAPI PERCAYALAH BAHAWA HATI MANUSIA PADA MASA INITERUTAMA DI DISKO,TEMPAT RACE PUSAT PELACURAN,PUSAT JUDI,TEMPAT2 SKODENG,MEREKA SANGAT MENGHARAPKAN AGAR ADA MANUSIA YG SANGGUP TURUN PADANG DAN SENTUH MEREKA DENGAN HIDAYAH ALLAH. ISU SUNNAH,SYIAH,MUKTAZILAH BUKAN LAGI ISU AKIDAH,TETAPI ISU PERCANGGGAHAN PENDAPAT. SATUKAN HATI DAN ISLAM ITU DI HATI ,BUKAN DI MULUT.


BERSAMA MEWUJUDKAN GAGASAN SATU HATI..................

HAMBA ALLAH………………………..

Followers