Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Ahad, 15 April 2012

MAAF : POLITIK


POLITIK UMUM..

Sekadar menyentuh beberapa isu politik semasa.
Sekadar bahan dan peringatan santai.
Artikel bagus dan sangat bernilai..bernilai RM 7.0 BILLION
ARTIKEL SHAHI..
UNTUK MASUKAN KEPADA BARISAN NASIONAL ..AHLI PARLIMEN BARISAN YANG SELAMA BEBERAPA DEKAD , TELAH DAN MENGUASAI PARLIMEN SECARA DOMINAN DAN SEHINGGA MENYEBABKAN BANYAK KEPUTUSAN TERUTAMANYA USUL YANG DIBENTANGKAN DI PARLIMEN GAGAL DIBAHAS DENGAN BERNAS,ARAKIAN TELAH MENYEBABKAN BANYAK RESOLUSI DAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PENTING MELIBATKAN  DASAR NEGARA GAGAL DIPEROLEHI DENGAN PENUH DEDIKASI DAN KOMITED..
ISU MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI....
AGAMA RASMI BUKAN SEKADAR PADA UPACARA DAN KERAIAN TERTENTU.. NAMUN MENGANGKAT DAN MENDAULATKAN ISLAM DALAM SEGENAP ASPEK ADALAH PERKARA YANG PALING UTAMA UNTUK  DINILAI..ASPEK YANG MERANGKUMKAN  INTI KENEGARAAN  PASTINYA..
SEBETULNYA PERKARA INI JELAS..
NAMUN AKIBAT DARIPADA SIKAP DAN TINGKAHLAKU KALANGAN AHLI-AHLI PARLIMEN VETERAN INI ,MENYEBABKAN SECARA TIDAK SEDAR KEDUDUKAN ISLAM KINI SANGAT TERGUGAT DAN SEMAKIN TERHAKIS..
TIDAK ADANYA DERIA KETEGASAN DALAM KAREKTER KALANGAN PEMIMPIN YANG MENGAKU ISLAM UNTUK MENGANGKAT DAN MEMARTABAT MARUAH UMAT SECARA SERIUS MAKA IA TELAH MENYEBABKAN ..
IMEJ DAN KEDUDUKAN ISLAM  DALAM KALANGAN MAJORITI NON MUSLIM,SEBAGAIMANA SEDIA MAKLUM DIKETAHUI UMUM, GOLONGAN INI MENGUASAI PELBAGAI CABANG PENTING-EKONOMI DAN PENDIDIKAN- DAN DENGAN ASET VETO TERSEBUT MENYEBABKAN MEREKA MAMPU ,MENDANAI PELBAGAI GERAKAN DAN OPERASI SECARA TERANCANG DAN TIDAK SEDAR..UNTUK  MEMBUATKAN NILAI DAN HARGA ISLAM DI MALAYSIA SEMAKIN MURAH..
MENAJA PROGRAM –PROGRAM REALITI TELEVISYEN SECARA TETAP .
PUSAT HIBURAN YANG SENTIASA BERLELUASA..
PASARAN DADAH DAN BARANGAN  TIRUAN TETAP JUGA BEROPERASI MESKIPUN  PULUHAN RIBU SERBUAN TELAH DIBUAT..
MENGUASAI PASARAN KERJAYA-INDUSTRI DAN EKONOMI...
HILANG RASA HORMAT DAN KAGUM MEREKA TERHADAP KALANGAN MAJORITI MUSLIM –AHLI PARLIMEN BARISAN SEBELUM INI,MENYEBABKAN MEREKA MAMPU DAN SEWENANG-WENANGNYA BERTINDAK MENGIKUT TELUNJUK DAN KOMPAS MEREKA SENDIRI..
AHLI PARLIMEN DI DALAM POKET MEREKA SELURUHNYA..BUKAN MENUDING KESELURUHAN AHLI PARLIEMEN BARISAN  MESKIPUN TERDAPAT JUGA SEBILANGAN ANGGOTA PAKATAN YANG JUGA MEMBAWA WAJAH YANG SAMA..
BUKAN TUDUHAN .NAMUN KENYATAAN YANG MENGAJAK SUPAYA IA DINILAI SECARA ADIL DAN MENGIKUT KONTEKS PERUBAHAN REALPOLITIK SEMASA..

HUJAH YANG DIKEMUKAN INI ADALAH LEMAH DAN KURANG BERASAS NAMUN..
JIKA DISEMAK SECARA SERIUS DAN TEGAS..
IANYA BOLEH DITERIMA SECARA LOGIK MESKIPUN DALAM KONTEKS RASIONAL , IA MASIH  LEMAH,BANYAK  RUANG YANG BOLEH DIARGUMENTASIKAN KEMBALI..
JUSTERU BUDAYA MELAMBAKKAN DUIT DAN MENABURKAN PROJEK SEMASA PILIHAN RAYA SUDAH SEMEMANGNYA CANDU  DALAM PENGAMALAN SEBUAH PILIHAN RAYA YANG SONGSANG...
AKSES MEDIA YANG BERAT SEBELAH SEHINGGA HARI INI..
TERBUKTI JELAS IA MERUPAKAN  PELANGGARAN  HAK  MUTLAK KEPADA RAKYAT UNTUK MENDAPATKAN KUALITI DAN NILAI INFORMASI YANG KOMPETEN DAN SEIMBANG..
BAGAIMANA ANDA MENGARAHKAN ANAK MURID ANDA MEMILIH DI ANTARA DUA BUAH ROTI ..
YANG SATUNYA DIHIAS DAN DIPAMERKAN INDAH DI DEPAN SELURUH KHALAYAK..TERBUKA DAN TERDEDAH
SETIAP GOLONGAN DAN LAPISAN MASYARAKAT MAMPU DAN BERUPAYA  UNTUK MELIHATNYA..
BERBEDA PULA DENGAN NASIB SEBIJI ROTI  LAINNYA..IA DISIMPAN DAN DISOROK DAN DI BELAKANG STOR ..TERTUTUP DAN TERSEMBUNYI..
BETUL DAN BERNAS SEANDAINYA DIKATAKAN PEMBANGKANG MEMILIKI MEDIA ALTERNATIF NAMUN RUANGNYA MASIH LAGI SEMPIT..
MASIH TIDAK ADIL.
KEMENANGAN BESAR PEMBANGKANG SEMASA PILIHAN RAYA KE-12 ..BUKANLAH HUJAH  YANG IDEAL UNTUK MEMBAWA ASAS..BETAPA..
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA ADALAH TELUS,ADIL DAN TERBUKA..
BERMAIN  BOLA SEPAK  11 PASUKAN  DI KEDUA-DUA BELAH PIHAK..NAMUN PENGADILNYA PULA MEMBUANG SESUKA HATI BEBERAPA PEMAIN DI DALAM SALAH SATU PASUKAN..
..
AKHIRNYA MESKIPUN PASUKAN  11 PEMAIN BERJAYA MENJARINGKAN 10 GOL NAMUN BEGITU PASUKAN DENGAN 6 PEMAIN  ,TETAP JUGA BERJAYA MENJARINGKAN 7 GOL...
KESAN DARIPADA KOORDINASI DAN KUALITI TAKTIK PERMAINAN YANG DIGUNAPAKAI..
ISU PENGURUSAN PERMAINAN YANG SUMBANG DAN TERCELA .IA SANGAT JELAS MELANGGAR ETIKA DAN KOD PREFESIONALISME SESEBUAH NEGARA YANG SECARA POPULIS DINOBAT SEBAGAI PENGAMAL DEMOKRASI TERBUKA DAN MATANG....
MAKA PENGAMALAN PERJALANAN PILIHAN RAYAA PERLU DAN PATUT DINILAI SEMULA....
SANGAT MUSTAHAK....

KAMI MENGAKUI DAN MENGIKTIRAF..
BEBERAPA TUNJANG PENTING DEMOKRASI DI MALAYSIA SUDAH MENGALAMI REFORMASI ..BUKAN TRANFORMASI...
BADAN KEHAKIMAN DAN BADAN KEPOLISIAN,SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA DAN JUGA TERBARU SURUHANJAYA PILIHAN RAYA.. ..SUDAH ADA TANDA PERUBAHAN YANG AGAK MENYENANGKAN HATI..
UNTUK MASUKAN..
KEPADA ANGGOTA YANG TERLIBAT DI DALAM AGENSI BERKENAAN..ANDA BOLEH MELAPORKAN SEANDAINYA KEDAPATAN MANA-MANA KETUA ATAU PENGARAH AGENSI YANG  MENGUGUT,MENGANCAM DAN MENDESAK ANDA AGAR MEMANGKAH BARISAN SEMASA PROSES PENGUNDIAN POS BERJALAN..
SENARIO TERSEBUT BOLEH DILAPORKAN TERUS KEPADA SPRM DAN JUGA SPR..
DAN TINDAKAN TERSEBUT BOLEH DIBUAT BERSERTA DENGAN BUKTI RAKAMAN,VIDEO DAN JUGA SEBARANG ALAT-ALAT LAIN YANG BOLEH DITERIMA SEBAGAI  BAHAN BUKTI YANG SAH DI SISI PERUNDANGAN SEMASA.
KEMBALI..
KERAJAAN SEPATUTNYA MENGANGKAT DAN MEMAKNAI SENDIRI KETERBUKAAN ITU TERUTAMANYA DALAM AGENDA DIADAKAN DEBAT TERBUKA ANTARA KALANGAN PIMPINAN BARISAN DAN PAKATAN..MENJELANG PILIHAN RAYA..
DAN PENTING..
MEMBERI RUANG KEPADA PAKATAN ..CUKUP SEKADAR 15 MINIT   SEMINGGU TANPA IKLAN, DI MEDIA KERAJAAN UNTUK MENJELASKAN DAN MENDEDAHKAN ALTERNATIF DAN JUGA INSIATIF MEREKA KEPADA RAKYAT BERKENAAN MANIFESTO MEREKA..
DAN SETELAH ITU..
BARULAH RAKYAT MAMPU MENILAI DAN MENELITI SENDIRI ASAS YANG DIKEMUKAKAN OLEH KEDUA-DUA BELAH PIHAK..
WALAUPUN 15 MINIT DALAM TEMPOH TERSEBUT MASIH KURANG WARAS SEBETULNYA..
MAKA PENTING . CADANGAN  MEMBUKA DAN MELUASKAN AKSES MEDIA INI BOLEH DISYORKAN OLEH PIHAK SPR KEPADA PIHAK KERAJAAN AGAR BERSIKAP LEBIH GENTLEMAN DAN OPTIMIS DALAM BERDEPAN CABARAN PAKATAN..
BUKTIKAN ANGGOTA PARLIMEN KERAJAAN TELAH DAN SEDANG MENGALAMI TRANSFORMASI MINDA.
BUKTIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA...
BUKTIKAN BETAPA ISLAM MAMPU DIJULANG DENGAN PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN BERSIH..
TIDAK PERLU MENDAPAT DESAKAN DARIPADA PIHAK ANTARABANGSA DALAM MELAKSANAKAN PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN TELUS..
SANGAT TIDAK PERLU..
SEKADAR MEMPROMOSI SATU ARTIKEL HEBAT..RM 7.0 BILLION ..SHAHI  GENG  UMAT TERAKHIR...
AMBIL MASUKAN DAN IDEA..SEKADAR INI SAHAJA DARIPADA KAMI ..MOHON KEMAAFAN JIKA LANCANG DAN TERKASAR  KATA...

RAJA YANG HEBAT ADALAH RAJA YANG MELINDUNGI RAKYAT..
RAJA YANG LEMAH ADALAH RAJA YANG DILINDUNG RAKYAT..
PEMIMPIN SEJATI SENTIASA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMMAT DAN WILAYAHNYA ..
PEMIMPIN MUNAFIK SENTIASA MENGEJAR NAMA DAN REPUTASINYA.. ...
A LEADER  THINKS  ABOUT THE NEXT GENERATION..
A STATESMAN THINKS ABOUT THE NEXT ELECTION..
KATA-KATA POLITIK YANG CUKUP POPULAR...

MINTA  IZIN..
ISLAM LEBIH TINGGI DARIPADA BANGSA.
Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh majoriti sesuatu bangsa manusia yang menganuti agama Allah.

AKIBAT daripada usaha demotivate [rujuk arkib Umat Terakhir di laman Abatasa di link: http://abatasa2.blogspot.com/2011/10/mind-game-demotivate.html] yang digerakkan oleh sebilangan pemimpin politik untuk menghakis semangat kebangsaan Melayu - demi mencapai cita-cita politik - kelompok orang Melayu yang mengikuti jalan politik itu akhirnya mengalami konflik jati diri.
Mungkin istilah konflik jati diri itu kurang tepat untuk menggambarkan situasi ini, namun orang-orang Melayu yang mengikut jalan politik itu kelihatan tidak terdetik rasa bangga dan kecintaan terhadap perjuangan bangsa mereka sendiri yang tidak pernah letih berjuang demi agama yang dijadikan kompas kehidupan.
Islam hadir ke bumi Melayu pada ketika negeri-negeri Melayu berada di ambang kegemilangan perdagangan dunia. Sejak raja-raja Melayu menerima Islam sebagai ad-deen, orang-orang Melayu sentiasa berjuang demi agama mereka sehingga melangkau ke beberapa generasi seterusnya. Selama beratus tahun sejak sebelum zaman imperial, orang Melayu yang majoriti di bumi Malaysia moden sangat setia mempertahankan Islam.
Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi para penganutnya kerana agama wahyu yang terakhir itu bersifat universal. Namun, bangsa-bangsa manusia secara kolektif melibatkan bilangan majoriti penganut yang menganut agama itulah yang bertindak mempertahankan agama Islam.
Memang Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi penganutnya, tetapi bangsa-bangsa manusialah yang bertindak mempertahankan agama itu. Ia kerana Allah menciptakan manusia berlainan bangsa, dan, bangsa-bangsa yang menganut agama itulah yang wajib mempertahankan agama-Nya.
Di rantau Timur Tengah atau Asia Barat, orang Arab menjadi bangsa majoriti yang mempertahankan Islam meskipun ada sebilangan Arab yang menganut Nasrani. Terasnya ialah orang Arab mempertahankan Islam di rantau sebelah sana. Maka, survival bangsa Arab yang beragama Islam dari segi maruah mereka, ekonomi, politik dan sosial harus dipertahankan oleh orang Arab sendiri.
Manakala di rantau sebelah sini, orang Melayu (induk bangsa di Asia Tenggara) menjadi bangsa majoriti yang menganut dan mempertahankan Islam. Maka, survival orang Melayu beragama Islam dalam segala aspek termasuk maruah, politik, ekonomi dan sosio-kehidupan juga harus dipertahankan oleh orang Melayu sendiri.
Bangsa-bangsa manusia sentiasa meletakkan maruah di tempat pertama, melibatkan maruah agama dan maruah bangsa, maruah itulah yang wajar dipertahankan supaya tidak dipandang hina dan supaya tidak mudah dihina sewenang-wenangnya. Dalam sejarah manusia, siri peperangan dalam tamadun-tamadun besar selalunya berpunca daripada rasa tercabar maruah mereka oleh sesuatu bangsa. Tamadun-tamadun besar itu akan melancarkan perang apabila maruah dan kedaulatan mereka diperlekehkan atau tidak dihormati oleh tamadun lain.
Kalau disingkap sejarah Perang Salib, bangsa Eropah memasuki Palestin dan menyembelih orang Arab Palestin yang beragama Islam. Laskar-laskar Eropah bertindak sedemikian selepas seorang pembesar agama Nasrani (ulama Nasrani) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Arab adalah seperti ‘roh yang tersesat’ (lost souls) yang tercari-cari erti ketuhanan Jesus. Akibat daripada fatwa itu, laskar-laskar Eropah memburu semua orang Arab di Palestin dan sekitar Jerusalem untuk dibunuh, ia kerana langkah berkesan untuk mencari orang Islam ialah mereka harus mencari orang Arab terlebih dahulu kerana majoriti orang Arab adalah Muslim. Di rantau sebelah sana, orang Arab adalah majoriti bangsa yang menganut dan mempertahankan Islam, maka mereka dicari untuk dibunuh pada ketika era Perang Salib.
Akibat daripada itu, tentera Arab beragama Islam (majoriti adalah tentera Arab, ada juga tentera Islam dari lain-lain bangsa) pimpinan Salahuddin al-Ayoubi melancarkan serangan balas demi mempertahankan agama yang dianuti oleh majoriti bangsa mereka di rantau sebelah sana. Andai hilang bangsa Arab di rantau sana, maka lemahlah Islam di rantau itu. Maruah bangsa itu diangkat semula oleh Salahuddin demi survival agama Islam.
Di rantau sebelah sini pula, hanya orang Melayu (bersama sub-sub bangsanya: Bugis, Jawa, Palembang dan sebagainya) yang mempertahankan Islam, jika semangat orang Melayu dilemahkan dalam kewajipan mempertahankan maruah mereka, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mengembalikan maruah orang Melayu.
Andai maruah itu dipermain-mainkan oleh orang Melayu sendiri di halaman rumah mereka sendiri, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mempertahankan maruah mereka. Jangan harap ada bangsa lain yang akan membantu kita untuk mempertahankan maruah kita. Jangan harap.
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
Allah berkata dengan jelas bahawa Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Allah juga berkata dengan jelas bahawa Dia akan mendatangkan bencana kepada mereka andai melakukan kesalahan terhadap diri mereka sendiri. Jadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?
Antara kesalahan itu ialah tidak berusaha mengubah nasib, maruah agama dan maruah bangsa ke arah yang lebih tinggi selari dengan tuntutan agama-Nya. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berubah jika mahu berjaya di jalan-Nya. Itu perintah.
Kalau orang Melayu bertindak mempertahankan Islam di rantau ini, maka taatilah perintah itu. Bangsa yang disegani dalam apa jua tamadun ialah bangsa yang bangga dengan semangat kebangsaan mereka, simpan dulu ayat penyata ini. Itu dari segi semangat kebangsaan politikal perang zaman tamadun besar awal.
Namun kita diterangi Islam, walaupun begitu, Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu mengubah diri mereka dan Allah akan menurunkan bencana apabila sesuatu kaum itu melakukan kesalahan kepada diri mereka sendiri. Ingat perintah itu. Ulang soalan tadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?
Orang Melayu tidak harus malu menjadi Melayu, ia kerana Melayu itu ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau sebelah sini. Wajarkah malu kepada diri sendiri kerana ditakdirkan untuk mempertahankan agama Allah? Orang Melayu sewajarnya bersemangat dan berbangga menjadi Melayu, ia kerana semangat itulah yang akan mendorong kita supaya lebih tabah mempertahankan agama-Nya. Andai kita dalam keadaan rendah maruah, adakah kita akan mampu berhadapan dengan musuh yang bangga dengan bangsa mereka sendiri?
Kalau dipelajari daripada sejarah-sejarah perang, panglima perang akan berucap di hadapan ribuan askar untuk menaikkan semangat askar-askarnya. Semangat askar wajar disemarakkan terlebih dahulu sebelum anak panah pertama dilancarkan terhadap musuh. Itulah pentingnya semangat. Kalau orang Melayu malu kepada diri sendiri, berasa rendah diri terhadap bangsa lain, tidak bersemangat, agak-agaknya boleh berjayakah orang Melayu dalam menempuh cabaran?
Namun, jangan pula orang Melayu lupa kepada perintah Allah dalam ayat-Nya yang lain.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)
Di sebalik ayat di atas, difahami secara langsung bahawa Allah memerintahkan kepada kita supaya berlaku adil kepada bangsa lain. Untuk berlaku adil, orang Islam terlebih dahulu harus mempunyai kelebihan iaitu kelebihan dalam pemerintahan. Bagi menepati terhadap maksud ayat itu, orang Melayu beragama Islam wajar sentiasa berada dalam kategori dominan pemerintahan di Malaysia. Dengan menjadi bangsa yang bermaruah dan mendominasi pemerintahan, maka baharulah orang Islam boleh menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan, maka selarikah perintah Allah kepada orang Islam terhadap ayat itu?
Masih tidak faham? Untuk berlaku adil, orang Islam harus menjadi pemerintah yang bermaruah, bukan menjadi ‘orang melukut di tepi gantang’ yang tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan keadilan. Pemerintah adalah orang yang menjalankan keadilan, bukan menjadi orang yang tertakluk kepada keadilan yang ditetapkan oleh orang bukan Islam.
Untuk menjalankan keadilan, seseorang harus menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah, bagaimana orang Islam mahu menjalankan atau memberi keadilan? Untuk menjalankan keadilan, orang Islam harus menjadi dominan terlebih dahulu, dalam erti kata lain ialah mempunyai maruah dan disegani. Itu dari segi konteks negara, bukan dari konteks individual.
Untuk berlaku adil, orang Islam harus mempertahankan maruah mereka sebagai pemerintah andai berada di sebuah negara yang bermajoriti orang Islam seperti negara anda ini. Kalau sesebuah negara yang majoriti orang Islam diperintah oleh orang bukan Islam dari segi penetapan dasarnya, di manakah maruah orang Islam? Siapa pula orang Islam di negara ini kalau bukan majoriti orang Melayu?
Jangan hanya membaca al-Quran tanpa memahami pengertian perintah-Nya. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berlaku adil kepada kaum yang lain. Maka berfikirlah mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum mampu menjalankan keadilan. Antara syaratnya ialah menjadi pemerintah yang berkuasa terhadap sistem keadilan. Bukan menjadi pak turut yang tidak bermaruah, malu menjadi Melayu yang ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini, tidak bermaruah sehingga tanpa segan menunduk taat di hadapan orang bukan Islam.
Orang Melayu harus mengembalikan semangat mereka, berbangga menjadi Melayu yang beragama Islam dan ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini. Semangat memperjuangkan agama yang dianuti oleh orang Melayu, semangat itu harus disemarakkan, bukan dilemahkan dengan sentimen tidak bermaruah sehingga berasa malu dilahirkan sebagai orang Melayu.
Memang, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.
Untuk memahami perkara yang mana perlu didahulukan, wajar kita mengingati satu riwayat hadis. Saya tidak ingat keseluruhan susunan ayat hadis itu secara tepat bagi tiap-tiap pemilihan perkataan, cukuplah sekadar mengimbas kisah yang terdapat di dalam hadis itu.
Penceritaan hadis itu berbunyi seperti ini (bukan dari segi susunan ayat hadis, tetapi dari segi penceritaan):
Fatimah bertanya kepada Rasulullah (ayahandanya) mengenai siapakah wanita pertama yang akan memasuki syurga kerana taat kepada suami dan agama Allah. Rasulullah menjawab, ia adalah seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah di Madinah. Mendengar jawapan daripada baginda, Fatimah pun pergi ke rumah wanita itu dan melihat bagaimana wanita itu taat kepada suaminya dan perintah Allah. Setelah menyaksikan sendiri ketaatan wanita itu, Fatimah kembali menemui Rasulullah dan bertanya adakah dia akan menjadi wanita pertama memasuki syurga andai melakukan perkara yang sama. Baginda menjawab, tidak, baginda memberitahu bahawa Fatimah akan menjadi wanita kedua memasuki syurga selepas wanita itu masuk. Fatimah kemudian menangis kerana tidak menjadi wanita pertama masuk ke syurga. Rasulullah tersenyum melihat tangisan puterinya dan berkata, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dialah yang akan menyambut dan meraikan kehadiran Fatimah ke dalam syurga Allah. Fatimah kemudian tersenyum.
Ia bermaksud, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dia akan menyambut dan meraikan Fatimah yang masuk selepas itu.
Melalui kisah antara Rasulullah dengan puterinya, fahamkah kita terhadap pengertian yang mana satu di-kemudiankan dan mengapa ia tidak didahulukan?
Diulangi, memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.
Allah sentiasa memelihara Islam, tetapi Islam juga akan terus terbela jika ada kelompok manusia yang mempertahankannya. Di Malaysia, siapakah kelompok itu? Andai Melayu adalah bangsa yang majoriti mempertahankan Islam, maka orang Melayu wajar diperkuatkan semangat mereka, bukan diperlemahkan oleh doktrin politik yang dicanang bangsa mereka sendiri. Tanpa semangat yang kental iaitu berselaput rasa malu dalam diri dengan tidak bangga menjadi Melayu, adakah orang Melayu beragama Islam akan mampu menghadapi cabaran yang sengit daripada bangsa lain?
Cuba lihat bangsa lain di Malaysia. Adakah mereka menghina bangsa sendiri dan berasa malu dilahirkan dalam kelompok bangsa mereka? Tidak, mereka tidak menghina bangsa mereka dan mereka berbangga dengan kebangsaan mereka. Apabila ada orang Melayu yang menghina bangsa sendiri dan malu menjadi Melayu, adakah bangsa lain melahirkan simpati kepada bangsa Melayu? Jawapannya juga tidak. Mereka langsung tidak ambil peduli kalau orang Melayu berasa begitu.
Tetapi apabila bangsa lain berasa terhina akibat sesuatu perbuatan kaum-kaum lain, apakah yang bangsa itu akan lakukan terhadap kaum-kaum yang disifatkan menghina mereka apabila mereka berasa seperti dihina? Mereka akan segera bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka. Mereka akan tegas mengatakan bahawa kaum yang membuat mereka berasa terhina itu sebagai racist. Tetapi apakah yang orang Melayu lakukan kepada bangsa lain apabila orang Melayu dihina? Orang Melayu hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, kerana apa? Kerana orang Melayu berasa malu kepada diri sendiri, apatah lagi untuk mempertahankan maruah bangsa sendiri.
Apabila Melayu melaungkan semangat kebangsaan, orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Orang Melayu seperti tidak boleh langsung berbuat apa-apa untuk membangkitkan semangat kecintaan terhadap bangsa mereka yang ditakdirkan mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini. Apa sahaja yang orang Melayu lakukan demi survival agama dan bangsa, orang Melayu akan sentiasa segera dilabel sebagai racist. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Semua serba salah jadinya.
Untuk memahami keadaan sedemikian kita wajar meneliti sikap orang Yahudi yang sangat mudah melabel seseorang sebagai anti-Semitik apabila bangsa mereka dikritik, ditempelak atau mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membuat mereka berasa seperti dihina.
Namun apabila ada orang menghina bangsa Arab, tidak pula orang Yahudi terhegeh-hegeh melabel orang itu sebagai anti-Semitik kerana orang Arab juga adalah dari keluarga bangsa Semitik. Hanya apabila bangsa Yahudi dikritik, maka orang yang mengkritik itu akan segera dilabel sebagai anti-Semit, tetapi tidak berlaku perkara yang sama apabila keluarga bangsa Semitik lain yang dikritik.
Yahudi dan Arab adalah dari kelompok bangsa Semitik dari keturunan Sem iaitu salah seorang daripada putera Nabi Nuh selepas peristiwa Banjir Besar. Namun, apabila dirujuk kepada istilah anti-Semitik, ia diistilahkan kepada anti-Yahudi semata-mata tanpa merujuk kepada pengertian Semitik yang sebenarnya. Malah di Amerika, seseorang yang mengeluarkan kenyataan anti-Semitik akan segera dihadap ke mahkamah untuk dibicarakan dan diberi hukuman kerana bersikap racist.
Keadaan yang berlaku di Malaysia pula hampir sama, namun hukumannya pula adalah dari segi tekanan kepada bangsa Melayu. Hal ehwal agama, budaya dan hak orang Melayu sentiasa dipersoal, ia bukan sahaja dipersoal oleh bangsa lain, tetapi ada di kalangan bangsa Melayu sendiri yang melakukannya. Namun apabila ada orang Melayu yang mempersoal kebiadapan bangsa lain, maka orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Bangsa lain boleh mempersoalkan, tetapi orang Melayu tidak boleh mempersoalkan mereka. Hampir sama dengan situasi masalah istilah anti-Semitik.
-----
Orang Melayu menghadapi konflik identiti yang kronik dalam sudut semangat kebangsaan mereka. Ia menjadi lebih parah apabila ada orang Melayu sendiri yang melemahkan semangat itu sebagai alasan supaya berlaku adil kepada bangsa lain sebagaimana diperintahkan Allah. Cuba renungkan kembali pengertian ayat 8 dalam surah al-Maedah, apakah yang kita faham mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum boleh menjalankan keadilan?
Pertama sekali ialah orang Islam wajar menjadi pemerintah yang bermaruah, mempunyai kuasa membuat keputusan dalam menjalankan keadilan, berperanan dominan dalam hal ehwal yang teras demi kepentingan semua pihak terutama umat Islam, tidak malu menjadi diri sendiri untuk mengubah nasib diri, tidak berasa rendah diri, tetapi tidak pula bongkak di atas muka bumi. Apabila sudah cukup syarat-syarat itu, baharulah orang Islam yang majoritinya orang Melayu di negara ini akan dihormati dan menghormati diri sendiri serta berupaya menjalankan keadilan seperti yang diperintahkan Allah.
Andai orang Melayu beragama Islam yang rendah maruah dirinya tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan rendah maruah diri, adakah orang Melayu akan dihormati? Tidak, tidak dan tidak. Kalau orang Islam tidak menghormati diri sendiri, jangan harap akan ada orang lain yang akan menghormati kita. Jangan harap.
Kalau syarat-syarat itu tidak dipenuhi, bagaimana orang Islam mahu menjalankan keadilan terhadap kaum lain? Untuk menjadi bapa yang baik, seseorang lelaki harus berkahwin dan mempunyai anak terlebih dahulu sebagai langkah pertama. Itulah syarat pertama yang wajar dipenuhi untuk menjadi bapa yang baik. Bagaimana untuk menjalankan keadilan kepada kaum-kaum lain? Syarat pertama ialah menjadi dominan dalam pemerintahan terlebih dahulu supaya semua urusan keadilan tertakluk di bawah keputusan orang Islam. Bukannya menjadi orang Islam yang melukut di tepi gantang mengharapkan ehsan supaya diberikan sedikit kuasa oleh orang bukan Islam. Faham?
Bagi memenuhi syarat itu, langkah pertama ialah orang Melayu wajar kembali bersemangat mempertahankan maruah, bukan terus hidup terhimpit bagai ditelan mati emak dan diluah mati bapa. Bangsa-bangsa lain tidak pernah merendah-rendahkan bangsa mereka sendiri, tetapi mengapa mesti ada orang Melayu yang berasa malu dengan bangsa sendiri sedangkan orang Melayu adalah ditakdirkan untuk menjaga maruah Islam di rantau sebelah sini? Allah memilih orang Melayu untuk menjadi bangsa majoriti di rantau ini untuk menganut agama-Nya. Andai semangat bangsa Melayu makin lemah disebabkan oleh lidah-lidah pemimpin yang melemahkan jati diri mereka, bagaimana orang Melayu mahu terus kuat dalam mempertahankan Islam?
Ada yang berkata, mereka tidak bangga menjadi Melayu tetapi berbangga menjadi Islam. Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh bangsa-bangsa manusia yang menganuti agama Allah. Manusia dijadikan berbilang bangsa, agama Allah pula adalah untuk seluruh manusia, manakala bangsa-bangsa manusia yang menganut agama Islam itulah yang mempertahankan agama Allah.
Sama juga kalau diibaratkan seperti: Hanya roh yang kekal, tetapi bukan jasad. Tetapi ingatlah bahawa jasad itulah yang menjadi alat kepada roh untuk melakukan kebaikan. Islam diibaratkan sebagai roh, jasad itu pula adalah Melayu. Andai jasad itu mati, maka jasad akan hanya tinggal jasad yang akan musnah reput di dalam tanah. Maka roh akan kembali kepada Tuhannya. Apabila Melayu menjadi lemah dan tidak bersemangat dalam mempertahankan bangsanya yang majoriti Islam, maka Islam akan terkapai-kapai di Malaysia.
Mungkin akan ada yang mengatakan Umat Terakhir sebagai racist apabila berbicara mengenai Melayu. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi sebaliknya kita menjelaskan bahawa bangsa lain sangat berbangga dengan diri mereka. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi kita menceritakan mengenai ada orang Melayu sendiri yang malu dilahirkan sebagai Melayu sehingga luntur semangat jati dirinya. Malu tidak bertempat di tempat sendiri seperti sudah tiada tempat untuk memahkotakan maruah di bumi sendiri.
Kalau mahu berperang, pilihlah panglima yang mampu menaikkan semangat para laskar-laskarnya. Bukan memilih sang pengecut yang luntur semangatnya dan galak pula melemahkan semangat orang lain supaya menjadi pengecut dan pemalu sepertinya. Orang tidak menunduk malu di medan juang kerana kepala yang tunduk itu lebih mudah dicantas pedang pihak lawan. Orang berperang dengan penuh semangat juang, berbangga menjadi bangsa bermaruah di medan juang untuk agamanya. Itulah caranya orang pergi berperang.
Maruah orang Melayu diperlekeh selama 457 tahun. Sepanjang 457 tahun, orang Melayu berusaha mengembalikan maruah mereka sehingga mengecap merdeka. Sesudah merdeka pula, orang Melayu terus cekal berusaha mengembalikan maruah mereka supaya tidak lagi dipermain-mainkan di tanah air mereka sendiri, gigih memartabatkan bangsa serta agama dan institusi raja-raja Melayu. Malangnya, ada orang Melayu sendiri yang memperlekeh perjuangan bangsa sendiri disebabkan bantal dan tilam empuk yang menghadirkan mimpi-mimpi politik, kuasa membuat keputusan dalam berpolitik pula tidaklah sehebat mana, hanya seperti hidup berpoligami dalam politik. Wajarkah orang seperti itu yang diangkat menjadi panglima bagi orang Melayu beragama Islam?
MELAYU DAN ISLAM ITU TIDAK SAMA. ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARIPADA MELAYU. TETAPI INGATLAH BAHAWA ISLAM ITU DIPERTAHANKAN DI MUKA BUMI OLEH BANGSA-BANGSA MANUSIA YANG MENGANUTI AGAMA ALLAH. DI MALAYSIA, BANGSA ITU ADALAH MELAYU. BERBANGGALAH MENJADI MELAYU, BERSEMANGATLAH MELAYU, BERMARUAHLAH MELAYU, DEMI AGAMA MU.
Aku pula bukan 100 peratus berdarah Melayu. Tetapi aku meminta supaya orang Melayu berbanggalah menjadi Melayu, tanpa rasa malu, bersemangat kental menempuh cabaran dan tidak mudah layu apabila ada di kalangan bangsamu sendiri yang melemahkan jati diri mu, bersemangatlah Melayu demi agama mu, Islam, yang sama dengan agama ku.
Orang-orang Melayu yang memahami maksud aku ini, aku mohon bantuan kamu semua supaya bersegera bangkitkan semangat bangsa kamu tanpa menyakiti bangsa lain, jadikan bangsa kamu sebagai bangsa yang bermaruah dan berbangga dilahirkan Melayu untuk memartabatkan Islam di rantau ini. Ajarkan Islam kepada sesama manusia, jangan terlalu asyik mengajar politik kepada mereka hanya semata-mata mahu sokongan bangsa lain. Jatuh bangun bangsa Melayu berada di atas bahu orang Melayu sendiri. Jangan harap bangsa lain akan membantu kamu melainkan orang Melayu sendiri berusaha mengubah diri sendiri.
-----
Fahamilah ayat Allah, taatilah perintah-Nya:
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)

[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]


 sekian .jazakallah..
maaf jika tersilap..

Followers