Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 20 Februari 2010

TARBIYYAH : PINTU SEGALA RAHSIA

REVOLUSI TARBIYYAH : FILE 001

Suasana gejala moral yang berlaku saban hari di kalangan anak-anak pelajar semakin membimbangkan. Ramai di kalangan ahli masyarakat ingin meletakkan kesalahan di bahu kerajaan semata-mata tanpa melihat apakah peranan mereka dalam menangani masalah tersebut. Masyarakat gagal menilai peranan mereka dalam menyumbang sesuatu kepada perkembangan moral yang kian serius mutakhir ini. Masing-masing bertindak untuk menuding jari kepada kegagalan pihak kerajaan Persekutuan tanpa memandang peranan dan tanggungjawab mereka terlebih dahulu. Sebelum kita menerjah kerajaan persekutuan,adalah baik seandainya kita melihat terlebih dahulu institusi kekeluargaan. Adakah para ibu bapa telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sebagai ibu bapa yang mithali ? Adakah mereka telah berusaha menjadikan diri mereka sebagai model yang baik dalam menciptakan identiti mereka sebagai ibu bapa yang berjaya di pandangan mata anak-anak mereka? Berikut merupakan 2 contoh soalan mudah yang perlu dijawab,sebelum kita melihat secara lebih mendalam permasalahan yang wujud di dalam institusi ini.

Sebelum kita berbicara berkenaan masalah yang sekian banyak di dalam institusi kekeluargaan,terlebih dahulu kita perlu memperbetulkan persepsi tentang PENDIDIKAN. Pendidikan atau dalam bahasa Arab disebut,TARBIYYAH. Kebiasaanya pendidikan akan digambarkan sebagai sekolah,buku,guru,,silibus,akademik,kokurikulum,tadika,kemahiran dan sebagainya. Tanggapan ini merupakan pandangan umum bagi seluruh masyarakat dunia. Bukan hanya di Malaysia tetapi Amerika,Britain,Negara Arab atau di mana jua. Persepsi ini tersangat janggal dan aneh jika Al-Quran dan Hadith dijadikan kayu pengukur atau PERLEMBAGAAN TUNGGAL DAN MUTLAK bagi manusia yang menjadikan Allah sebagai Tuhan sekalian Alam.

Pendidikan merupakan suatu sistem yang mampu mengawal dan merantai manusia. Ia merupakan suatu elemen yang tersangat penting dan mustahak terutama dalam membentuk,melahirkan dan membina generasi akan datang. Namun begitu tidaklah bermaksud TARBIYYAH adalah segala-galanya. Bak kata Syeikh Mustafa Mahsyur,murdyidul Am Ikhwan Muslimun ke 2,”TARBIYYAH bukanlah segala-galanya namun,segala-galanya tidak akan bermula tanpa TARBIYYAH”. Bagaimana TARBIYYAH ini dikatakan sebagai SISTEM ?

Sistem adalah suatu aturan,rancangan,pelan tindakan bagi mencipta,membina atau melahirkan suatu. Sistem juga disebut sebagai cantuman daripada pelbagai proses . ia merupakan suatu elemen yang bergerak secara terus,konsisten,mantap,malar dan tetap. Keberkesanan sesebuah sistem akan dinilai berdasarkan sejauh mana tahap konsistensi dan dan kemantapan prosesnya.Sifat atau ciri-ciri sebuah sistem mestilah lancar,berterusan dan konsisten.

Kembali kepada tajuk pendidikan. Pendidikan secara asasnya adalah untuk membentuk dan melahirkan manusia yang benar-benar tunduk dan patuh kepada perintah Allah. MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN MANUSIA YANG BENAR-BENAR TUNDUK DAN PATUH PADA PERINTAH ALLAH.

Pendidikan tidak beerti untuk anak-anak semata. Ia turut melibatkan ibu bapa,masyarakat,pemimpin,ahli agama,peniaga,suami,isteri,datuk atau sesiapa jua selagi mereka ini digelar MANUSIA. Anak-anak,remaja,bayi,ibu bapa,suami,isteri dan pekerja dikenali sebagai PROSES atau tahap-tahap tertentu di dalam peringkat kehidupan manusia. Pada setiap tahap tersebut,terdapat tuntutan,keperluan,peranan dan fungsi tugas yang berbeza-beza ,sesuai dengan keadaan dan persekitarannya. Diibaratkan seperti kilang kenderaan. Kenderaan dinamakan sebagai produk. Untuk mencipta kenderaan tersebut,ia memerlukan bahan mentah seperti besi,mesin,pekerja, komputer,pereka bentuk,stesen proses dan sebagainya. Bahan mentah akan diproses menjadi besi yang bertumpatan tinggi. Kemudian besi itu akan dibentuk,diacu dan dijadikan mengikut bentuk atau fabrikasi yang telah ditetapkan iaitu pintu,badan kenderaan,besi penghadang,atap dan lain-lain. Setelah melalui pelbagai proses-proses rumit dan kompleks,lantas bahan yang pada asalnya diperoleh daripada bahan galian,akhirnya berubah menjadi kenderaan atau produk. Berikut merupakan tafsiran baru berkenaan dengan pendidikan. Tiada lagi erti pendidikan formal atau tidak. Tidak kira sama ada di sekolah,pejabat,rumah,disko,masjid,bangunan Burj Dubai atau di mana jua,pendidikan akan tetap berlaku dan terus berlaku selagi mana ada manusia di atas muka bumi ini. Di dalam konteks pendidikan ,tiada manusia yang boleh dikatakan sempurna hatta Nabi sekalipun. MANUSIA SENTIASA BERGANTUNG DAN BERINTERAKSI DI ANTARA SATU SAMA LAIN. HANYA YANG TUNGGAL ATAU MUTLAK SAHAJA BOLEH DIGELAR SEBAGAI SEMPURNA KERANA SIFATNYA YANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA APA JUA. MAKA DENGAN SEBAB ITULAH HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERHAK UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN,MENGHUKUM DAN MENENTUKAN SEBARANG PERATURAN ATAU HUKUM. HANYA DIA MAHA SEMPURNA.

Bagaimana PENDIDIKAN boleh berlaku ?

Untuk menjawab soalan di atas,kita perlu tahu bahawa manusia memiliki 2 sifat yang sangat istimewa iaitu :

1. BERUBAH

Barangkali kita biasa mendengar perkataan KUASA PERUBAHAN. Ubah sebelum parah,ubah demi maruah ! kata-kata popular Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Inilah hakikat seorang makhluk yang dinamakan manusia. Bukan sahaja berubah dari segi fizik malahan dari segi spiritual dan emosi. Daripada penyabar kepada pendendam,daripada seorang warak kepada kaki skodeng. Kuasa berubah ini terletak sepenuhnya kepada diri manusia itu sendiri.” ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAH NASIB MEREKA SENDIRI”. Berubah tidak memerlukan sebarang ransangan ,respon daripada luar atau keadaan sekeliling kerana kuasa untuk berubah ini telah termaktub kepada diri seseorang secara azali. Jika anda seorang kaki zina dan anda ingin berubah kepada seorang yang soleh dan sabar maka anda tidak perlu menunggu waktu yang sesuai,keadaan yang tepat atau persekitaran yang betul-betul realistik melainkan anda sendiri yang menentukan waktu,keadaan dan persekitaran itu.

Sebelum kita berkata untuk BERUBAH,jangan kita lupa MANUSIA BOLEH DIUBAH. Jika untuk berubah kuasa utama terletak kepada DIRI MANUSIA ITU SENDIRI ,TANPA BERGANTUNG KEPADA SESIAPA ATAU KEADAAN,WAKTU MAHUPUN PEERSEKITARAN. Oleh itu apabila MANUSIA ITU BOLEH DIUBAH,IANYA BERGANTUNG KEPADA SESIAPA,KEADAAN MAHUPUN PERSEKITARAN. Apabila persekitaran membawa kebaikan ,kesejahteraan,keamanan maka baiklah seseorang. Dalam konteks yang lebih mudah,apabila baik keluarga seseorang itu maka baiklah ahli keluarganya. Jika aman aman dan damai sesebuah negara itu maka tenanglah rakyat negara tersebut. Dan begitulah seterusnya. Kebanyakan manusia berada di persimpangan dua jalan iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEBURUKAN ( diulas dalam tajuk BEBAS MEMBUAT PILIHAN). Pada kedua-dua medan ini, perubahan akan tetap berlaku sama ada semakin baik kepada bertambah baik atau daripada buruk kepada terlalu jahat,daripada sangat teruk kepada terlampau teruk.

2. BEBAS MEMBUAT PILIHAN

Hak kebebasan mutlak sentiasa diinginkan oleh manusia. Pada konsep ,masyarakat umum,kebebasan dijadikan suatu slogan untuk membolehkan manusia melakukan sesuatu tanpa memikir mahupun mempedulikan orang lain. Erti Kebebasan adalah suatu ruang yang memberikan kepuasan,kegembiraan,ketenangan,kebahagian untuk dirinya sendiri. Hanya untuk dirinya sendiri. Tidak lebih dari itu.

Dalam sudut ini,penulis hanya sekadar ingin menukilkan pandangan berkenaan KEBEBASAN MEMBUAT PILIHAN. “Freedom of choice”. Setiap manusia sentiasa membuat pilihan dalam melakukan sesuatu. Tidak kira apa jua keadaan. Meskipun di dalam kehidupan sebagai seorang anak,bapa,pelajar,guru,kakak dan datuk. Di dalam setiap pilihan, terdapat pilihan dalam pilihan. Beerti pilihan yang membawa kepada pilihan yang lain. Jalan kepada pilhan dan matlamat sebuah pilihan. Seandainya anda memilih untuk makan di kedai A,anda akan dihidangkan senarai menu pilihan kedai A. (pilihan dalam pilihan). Begitu pula seandainya jika anda makan di kedai B,anda akan dihidangkan senarai menu pilihan di kedai B. kedai makan dinamakan sebagai pilihan ,senarai menu pilihan dinamakan sebagai jalan kepada pilihan dan kesimpulannya ,pilihan berada di mana mana.




Sepertimana disebutkan bahawa manusia dijadikan atau diletakkan di PERSIMPANGAN JALAN KEBAIKAN DAN JALAN KEBURUKAN. JUGA BOLEH DIGELAR PILIHAN KEBAIKAN DAN PILIHAN KEJAHATAN. Di dalam pilihan kebaikan terdapat subpilihan atau pilihan dalam pilihan dan begitu juga di dalam pilihan kejahatan. Subpilihan ini turut digelar sebagai jalan kepada pilihan dan matlamat sebuah pilihan. Untuk lebih jelas, sila perhatikan apa yang terkandung di dalam PILIHAN KEBAIKAN.




Paradigma yang dimaksudkan sebagai kebebasan untuk membuat pilihan adalah hak seseorang manusia untuk memilih sesuatu yang bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya bahkan untuk orang lain. Pilihan yang dibuat mestilah pilihan terbaik dalam kalangan yang terbaik. Pilihan yang tidak merugikan orang lain dan merosakkan diri mereka sendiri. KEBAIKAN YANG MEMBAWA MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. KEBAIKAN BEERTI MANFAAT ATAU KELEBIHAN YANG YANG DIPEROLEH UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. INILAH DEFINISI SEBUAH KEBAIKAN. (menurut pemahaman penulis ) ……bersambung in ‘Allah jika Dia berkehendak……

Followers