Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Rabu, 26 Ogos 2009

Kehadiranmu Dinanti...


Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat buat hati-hati yang beriman... :)

Salam Ramadhan buat sahabat2 semua...

Alhamdulillah, diberikan lagi nikmat oleh Allah untuk menyambut kedatangan kekasih yang dinanti, Ramadhan Al Mubarak. Bulan penyucian hati dan iman...

Kedatangan Ramadhan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan penting bagi org2 mukmin. Ramadhan amat dinanti kerana apabila menjelangnya Ramadhan, Rasulullah saw pernah bersabda;

"Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan, bulan yang berkat.
Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa,
dibukakan pintu2 syurga dan ditutup rapat pintu-pintu neraka
dan ditambat para syaitan.
Pada bulan ini terdapat satu malam terbaik daripada seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya,
maka sesungguhnya dia rugi
..."
(Riwayat Ahmad dan An-Nasai)


Marilah kita sama-sama berdoa di awal bulan yang mulia ini, untuk mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah, supaya hati kita terus istiqamah untuk melakukan ibadah hanya keranaNya.
InsyaAllah.


Bismillahirahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Ertinya;
"Ya Allah,
telah tiba bulan Ramadhan
dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini.

Dan Engkau telah menurunkan Al-Quran
sebagai petunjuk manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran.

Ya Allah,
bantulah kami untuk mengerjakan ibadah puasa.
Terimalah puasa bagi kami kemudahan
dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Wahai Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani.
"


Semoga puasa kita semua diterima oleh Allah. Dan semoga puasa kita dapat menuntun kita menjadi hamba yang bertakwa. Kerana Allah swt telah berjanji kepada sesiapa yang benar2 berpuasa dengan sebenar-benar puasa, pasti akan mencapai darjat takwa.

FirmanNya;
"
Wahai org2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas org2 yang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)


*sumber: http//syauqahwardah1209.blogspot.com

Followers