Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 22 September 2012

COPY.. of .BAIKIMINDA


MINTA IZIN COPY.
pne maya..baikiminda.blogspot.com..antara atrikel tulus dari hati dan jiwa....link asal..

.YOU DON’T KNOW THE THAT YOU’RE CHILDREN  LIVING IN..

Prenote I : Tajuk Penulisan merupakan Quote dari sebuah Filem.

Prenote II : Penulisan Khas yang padat dengan Metafora ini dicadang untuk dibaca kepada mereka yang terlibat dalam Aktiviti Dakwah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Orang Muda Dan Situasi


Pesanan Sheikh Raed Salah (Pahlawan Al-Aqsa) : "Anda semuanya adalah syabab (Pemuda),tanggungjawab dan amanah pada Antum (Anda) sangat besar untuk memperbaiki masalah Ummah.Atas masa,tenaga dan kesihatan yang Allah berikan,gunakanlah sebaik yang mungkin,pasti Dia akan tanya ke arah mana kamu perhabiskan". [Sumber : Link]

Orang Muda,atau dalam kata lain - Pemuda - dikurniakan Allah SWT dengan satu kelebihan.

Kelebihan yang tidak dimiliki Generasi lain dalam satu-satu Zaman.

Kelebihan itu adalah - Darah Muda yang sentiasa bersemangat berkobar-kobar untuk berjuang.

Perkara ini disedari ramai Pihak.

Lantas ramai yang meng-eksploitasi-kan 'Darah Muda' ini.

Ada yang 'meng-eksploitasi' untuk kebaikan Ummah.Ada pula yang 'meng-eksploitasi' semangat Anak-Anak Muda ini untuk kepentingan Periuk Nasi sendiri.

Kepada Anak Muda - Golongan yang suka meng-eksploitasi ini - haruslah kita berhati-hati dengan mereka.

*** *** ***

Realiti

Walaupun ramai yang bersemangat Pejuang,tapi hakikatnya - Anak Muda - tidak semua yang tahu hala-tuju Perjuangan.

Tidak sedikit yang akibat terlalu ghairah mahu menjadi 'Pejuang' - akhirnya berubah menjadi 'Objek' yang ditentangnya pada awal dahulu.

Saya pernah menonton beberapa buah Filem.Lama dahulu.

Filem-Filem ini saya amat tidak galakkan untuk anda menontonnya oleh kerana penggunaan Bahasanya yang terlampau kesat,Adegan yang tidak sopan,Terlampau Ganas - dan lain-lain.

Filem-Filem yang saya tonton ini mempunyai Tema yang sama - Perjuangan Skinhead di Barat untuk menegakkan White Supremacy.

Dan kebanyakan Filem ini dihasilkan - bukan untuk menggalakkan Skinhead dalam kalangan Masyarakat - sebaliknya untuk memaparkan Realiti sebenar yang berlaku dalam Masyarakat Barat satu masa dahulu (dan mungkin sehingga kini?).

Semasa menonton melalui 'Pandangan Mata Remaja Yang Tiada Ilmu' dahulu - saya merasakan sangat'cool' menonton Filem itu.

Tapi,setelah difikir dan dikaji kembali - ternyata - manusia ini jiwanya sentiasa mahukan sesuatu untuk diperjuang.

Setiap manusia - dahagakan kebenaran dan keadilan.

Tapi,jika Perjuangan itu tidak berlandaskan Islam - nescaya - ya NESCAYA Perjuangan yang kononnya mahu membawa keadilan itu - akan membawa kepada ke-tidak-adil-an dalam bentuk yang baru.

Manusia yang ingin membebaskan kaumnya dari Penindasan kaum lain - tapi perjuangannya hanya berlandaskan emosi dan sentimen tanpa Asas Islam - mereka ini,jika perjuangannya berjaya - pasti akan berakhir dengan menindas kaum lain juga.Atau sekurang-kurangnya membenci kaum yang pernah menindasnya dahulu.Akibatnya,hidup mereka sentiasa penuh dengan kebencian.

Sejarah telah membuktikan perkara ini benar.

Yang paling terdekat - Nation Of Islam.Anda boleh do some research tentang Pertubuhan ini di Internet.

Sama juga dengan Pergerakan Perkauman lain.Tanpa asas Islam dalam Perjuangan,akhirnya hanya membawa kita kepada sikap Kepuakan yang melampau.Memenangkan Puak kita - even ternyata jelas Puak kita salah.Apakah ini keadilan?

Berbeza dengan Islam.Indahnya Islam - kerana ia membawa keadilan untuk semua.

Apabila saya menyebut 'Islam' - saya tidak mengaitkan perkataan 'Islam' ini dengan mana-mana Pihak.Sebaliknya apa yang saya maksudkan dengannya adalah 'Islam' yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.Islam dengan kefahaman yang sebenar.Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini kerana yakin anda sudah dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan.

*** *** ***

Ilmu

Tanpa Ilmu,perjuangan menuntut perubahan akan menjadi Ganas.

Sekarang,seperti ada suatu trend di mana ramai Golongan Muda hendak menjadi 'Revolutionist'.

Banyak blog yang memapar cerita Revolusi.

Tapi,tanya diri kita - apa yang kita mahu dengan 'Revolusi' itu?

Dan selepas 'Revolusi' - apa?

Apakah benar kita benar-benar mahu 'Revolusi untuk Kebenaran' - atau sebenarnya kita 'just nak fun/adrenalin'?

Apakah memakai baju Che Guevara sahaja menjadikan kita Pejuang?

Ke mana hala tuju perjuangan kita?

Perjuangan itu hakikatnya bukanlah sesuatu yang seronok dan Popular semata.Ianya bukan tentang 'diri kita menjadi Pejuang'.

Ia sesuatu yang serius,mesti dilakukan dengan Ikhlas kerana Allah SWT - dan yang pasti - bukanlah suatu usaha untuk mewujudkan 'Cult' terhadap Pemimpin suatu Organisasi itu.

Tiada guna berjuang - andai dengan Mak Bapak sendiri pun kita kurang hajar.

*** *** ***

Tiga Warna

Kadang-kadang sedih.

Tempoh hari ketika di KL,saya terserempak dengan sebuah Kereta yang berpelekat suatu PertubuhanFascist.

Terketawa saya sendiri melihat Pelekat itu.

Konon Pejuang Bangsa/Agama.

Tapi - di mana kelibat mereka - ketika ramai Masyarakat Kampung tidak cukup makanan?Di mana mereka ketika Makcik-Makcik Tua tidak cukup wang untuk membiayai Perubatan mereka?Di mana mereka ketika Anak-Anak Gadis dirosakkan oleh Jantan Khianat setiap hari?Di mana mereka ketika Akidah Anak Muda semakin Rosak?Dan di mana mereka ketika Islam semakin hari semakin disalah-tafsirkan oleh Non-Muslim - akibat perbuatan mereka sendiri yang kononnya memperjuangkan Bangsa?

Apakah layak digelar Pejuang jika turun ke 'Padang' setahun sekali?

Itu pun turun sebab nak Bajet Taiko.

Apakah definisi hidup untuk mereka?

*** *** ***

Realiti Menyedihkan Dalam Kalangan 'Pejuang' Sebenar

Saya yakin,jika anda seorang Pelajar Universiti,pasti ada satu Golongan yang ikhlas aktif berjuang untuk meninggikan kembali kebenaran (i.e : Islam).

Tapi,sayang.

Kebanyakan mereka yang terlibat dalam Perjuangan ini - kadangkala seolah terperangkap dengan Duniamereka sendiri.Malah,ada di antara mereka - yang tak tahu dan tak sedar pun realiti bahawa Masyarakat Muda kita pada hari ini amat teruk masalah sosialnya!

Akibatnya,Kelompok Sasar semakin jauh melarikan diri - sekaligus menyaksikan kelompok sasar ini semakin 'rosak'.

Di mana silapnya?

Mengikut pemerhatian saya - ini berlaku kerana adanya 'Gap' di antara Pihak 'Pejuang' dan 'Kelompok Sasar'.

'Pihak Pejuang' kadangkala dilihat terlalu book-oriented.

Mereka kelihatannya hanya selesa dengan 'kelompok sendiri'.

Akibatnya - mereka gagal memahami Realiti sebenar yang berlaku dalam kalangan Masyarakat Muda pada hari ini,dan gagal menyelami jiwa Muda Rakan-Rakan mereka yang sebenarnya dahagakan kebenaran - tapi akibat sikap 'tidak endah' sesetengah 'Pejuang' ini - 'Rakan-Rakan mereka yang Lost'menjadi segan untuk menghampiri.

Nasihat saya kepada Kelompok Pejuang ini :


"Wake up brothers and sisters.Jangan terlalu mementingkan 'Persoalan Kecil'.Jangan terlalu 'formal'.Think out of the box.Yang penting mesej sampai!

Semalam saya baca berita yang menyatakan lebih kurang 90000 Kandungan Digugurkan setiap tahun di Malaysia.Wahai Pejuang - sedarlah - Generasi kita semakin rosak hari demi hari!

Bangkitlah laksanakan kerja anda!Renungi semula Quote yang saya kongsikan di awal Penulisan ini.

Jika kita meneruskan sikap bermalas-endah-tak-endah ini,jangan berangan untuk miliki kemenangan!Hakikatnya usaha perlu dipertingkat.Jangan pernah merasa selesa.Tingkatkan ilmu dengan pengetahuan/realiti semasa".

*** *** ***

Quote

Saya teringat satu Quote oleh seorang Penulis Blog terkenal Tanah Air,


"Membaca buku/online sahaja - tidak akan sesekali membuatkan kita faham apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia sekarang.Adalah perlu untuk kita keluar dari sangkar buaian emas untuk memahami realiti sebenar dan bergaul dengan masyarakat untuk menyelami jiwa mereka.Tapi jangan akibat terlalu ghairah bergaul - kita sendiri yang 'terkorban'.Know your limits.Tingkatkan usaha".

Kita sebenarnya amat perlu mendekati Golongan 'Street' kerana saya yakin - mereka-mereka ini andai sudah kenal dan faham Islam - dengan izin Allah SWT,insya-Allah - akan menjadi hebat.Ini kerana mereka benar-benar faham kenapa perlunya Islam dalam diri setiap manusia - disebabkan mereka sendiri pernah merasai suasana 'kejahilan'.

*** *** ***

Cadangan

Oleh kerana saya bukanlah manusia yang suka tulis tanpa beri cadangan Penyelesaian - di sini ingin saya mencadangkan kepada Para 'Pejuang' dan juga jika ada di antara anda-anda yang 'sedar' Realiti sebenar Dunia pada hari ini - untuk mengembara melihat 'masyarakat' dan menyertai seberapa banyakGerakan Dakwah di Malaysia.

Anda dapatkan Ilmu dari mereka.Dan anda bawa Ilmu itu pulang ke tempat anda.Tapi pastikan Ilmu itu Ilmu yang 'sahih'.

Tidak tahu ke mana arah tuju?Jangan bimbang.Jika benar-benar kita ini ikhlas ingin membantumenegakkan Islam - insya-Allah,Allah akan menemukan anda dengan 'Sahabat' yang boleh membantu.

Percayalah.


"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Muhammad : 7]

*** *** ***

Terakhir - Siapakah Pejuang Yang Sebenar?


"Nabi SAW apabila ditanya : “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?”

Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah".

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Selagi mana kita berjuang untuk meninggikan kalimah Allah,kitalah Pejuang.

Sama-sama kita usahakan agar Kebenaran ini (Islam) kembali tertegak di atas muka bumi ini.

Bilakah kemenangan itu akan tiba - bukan persoalan utama - sebaliknya apa yang perlu kita tanya kepada diri kita - apa yang sudah kita lakukan untuk Islam?

Bising di Internet sahaja - tidak sesekali akan menyelesaikan Isu.

Usaha amat banyak perlu dilakukan.

Jangan pernah merasa letih.

Kalau rasa letih,renung kembali Quote dikongsi di atas tadi.

Kita tidak layak digelar Pejuang jika hanya berjuang untuk kepentingan diri.

Kejarlah Redha-Nya.

Dan kepada Ibu Bapa,jangan terlalu manjakan anak-anak anda.

Ini kerana,"You don't know the world your children are living in".

Hanya Golongan Muda sahaja yang dapat mendekati Golongan Muda pada hari ini.Kerana hanya kita yang faham Naluri Anak Muda pada hari ini.

Jadi,ayuh Wahai Pemuda yang 'Sedar' sekalian - kita selamatkan Generasi kita!

Banyakkan mendengar dan mendekati,kurangkan mencaci dan memaki.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Penulisan ditulis lewat malam.Kurang pasti mutunya baik atau tidak.Jadi jika ada salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Jangan sesekali ambil mudah akan 'Fitnah' yang sedang berlaku dalam Realiti Dunia pada hari ini.Banyakkan usaha,tingkatkan doa.Dan kepada Pemimpin,belajarlah mendengar suara hati orang bawahan.

THE PERFECTIONIST


NABI ITU SEMPURNA

JIKA MEREKA TAHU BETAPA SEMPURNA ENGKAU MUHAMMAD MAKA PASTI MEREKA MAHU  MENGIKUTI ENGKAU..

maka untuk melaksanakan janji aku, aku pastikan setiap apa yang disampaikan engkau hanya akan menjadi semata-mata BARIS DAN PERKATAAN, dan HANYA AYAT.. dan apabila aku memberitahu mereka ..

memberi TAHU APA YANG SEPATUTNYA MEREKA TIDAK PERLU TAHU......

MEMBERI MEREKA IMPIAN DAN CITA-CITA...HARAPAN PALSU....
MIMPI INDAH..

MAKA  MEREKA AKAN MENGIKUTI APA YANG AKU PERSANGKAKAN BUAT MEREKA..

MENGEJAR MIMPI ITU..

SEHINGGA APA YANG MEREKA SANGKA ITU BENAR-BENAR PASTI DAN KEKAL...
NAMUN JANJI AKU HANYA MEMBISIKKAN DAN MEMBERITAHU SESUATU BUAT MEREKA..

TERPULANG KEPADA MEREKA UNTUK PERBUAT APA YANG MEREKA MAHU ATAU INGIN PERBUAT DENGAN PENGETAHUAN YANG AKU BERIKAN KE ATAS MEREKA...
TAHU YANG AKU MAKSUDKAN ADALAH ...

SESUATU YANG MEREKA  BOLEH LIHAT ..

SESUATU YANG MEREKA BOLEH DENGAR..

SESUATU YANG MEREKA BOLEH PERKATAKAN.....

SESUATU YANG MEMBUAT MEREKA  BERIMPIAN DAN BERMIMPI....
SEHINGGA MEREKA LUPA APA YANG SEPATUTNYA MEREKA. INGAT...

LANTAS TIDAK LANGSUNG MEMPEDULIKAN APA YANG MEREKA WAJIB KETAHUI ...SEPATUTNYA TAHU...SESUNGGUHNYA MESTI DIKETAHUI..

KEBENARAN YANG DISEMBUNYIKAN...

WHO ARE THEY EXACTLY.....

HANYA AKU DAN KAMU YANG MENGETAHUI HAKIKAT KEBENARAN..
JANGAN SEKALI-KALI MANUSIA KEBANYAKAN TAHU ...

APAKAH KEBENARAN YANG DISEMBUNYIKAN ITU....

DAN AKU AKAN TERUS SEMBUNYIKAN SEMBUNYIKAN KEBENARAN ITU..
DAN ENGKAU PULA TERUS MENYEBARKAN KEBENARAN ITU..

KEBENARAN YANG AKAN MENENTUKAN  ..

SIAPA YANG MENANG ..

SIAPA YANG KALAH...

BUKAN SOAL RAMAI ATAU SEDIKIT...

BUKAN SOAL  BERPELAJARAN TINGGI ATAU TIDAK
BUKAN SOAL BERILMU ATAU JAHIL..

BUKAN SOAL STATUS DAN TARAF SOSIAL...

BUKAN..

AKU AKAN MENJALANKAN TUGAS AKU SEHINGGA  HARI KIAMAT..MESKIPUN AKU MATI ..KONCO AKU AKAN TERUS MELAKSANAKAN..

DAN KAMU MENJALANKAN TUGAS KAMU SEHINGGA KIAMAT... DAN SAHABAT KAMU AKAN TERUS MELAKSANAKANNYA...

NABI ADALAH   CONTOH ATAU MODEL IKUTAN..SEGALA-GALANYA 
..SETIAP DARIPADA PERLAKUAN BAGINDA DARIPADA  BANGUN TIDUR SEHINGGALAH  BAGINDA MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR..

BERERTI..DARIPADA BAGINDA MENJADI ANAK KECIL..

MENJADI DEWASA..

MENJADI SUAMI..

MENJADI JENERAL PEPERANGAN..

MENJADI KETUA NEGARA..

MENJADI KETUA HAKIM NEGARA MADINAH..

MENJADI MENTERI  KEWANGAN...
       
MENJADI MENTERI WANITA ,KELUARGA DAN KEMASYARAKATAN..    

MENJADI PENGASAS INDUSTRI HIBURAN..

MENJADI PAKAR RUJUK DALAM PELBAGAI CABANG KEILMUAN...

MAKANYA NABI MUHAMMAD ADALAH 100% SEMPURNA DAN  DISEBABKAN KESEMPURNAAN BAGINDA,TIADA SIAPA YANG BERANI MENUDUH BAGINDA MESKIPUN PADA ZAMAN BAGINDA .. 

“BAGINDA SEORANG GILA SEKS KERANA BERISTERI RAMAI”.. 

SEBENARNYA BAGI SESIAPA YANG HIDUP DAN BERNAFAS KETIKA MANA ZAMAN BAGINDA,TERUTAMANYA WANITA,SEBETULNYA MEREKA TIDAK KISAH DAN TIDAK HIRAUKAN SAMA SEKALI WALAU BERAPA RIBU PUN  WANITA YANG AKAN DINIKAHI BAGINDA KERANA... 

NALURI WANITA... 

MEREKA MAHU SENTIASA DILINDUNGI.. 

MEREKA SENTIASA INGIN MERASAI DIRI MEREKA DIKEJAR SESEORANG..

TIDAK KIRA WALAU SESIAPA PUN WANITA ITU..HATTA MEREKA MUSLIM ATAU KAFIRIN...

NAMUN DISEBABKAN HAL INI..JIKA DITANYA PADA WANITA YANG HIDUP DI ZAMAN BAGINDA,MEREKA PASTI SANGAT BERBANGGA MENJADI ISTERI NABI.
KERANA...

KEADILAN SOSIAL PASTI TERJAMIN.. 
   
TIDAK DIANIAYA.. 

TIDAK DIPERMAINKAN PERASAAN..   

TIDAK DIMAIN KAYU TIGA.. 

TIDAK DIJADIKAN HAMBA ABDI UNTUK SUAMI.. 

TIDAK DIUGUT DAN TIDAK DILARANG  UNTUK MELAWAT KELUARGA JIKA SAKIT..
TIDAK DIPERKOTAK-KATIKKAN DAN DIJADIKAN BAHAN ESKPLOITASI SEKS..

DAN SEBARANG BENTUK PENCABULAN HAK KE ATAS MEREKA..

NABI ITU SEMPURNA...MAKA PARA WANITA SENDIRI PUN TIDAK MAMPU MENCARI ALASAN UNTUK MENJATUHKAN KESEMPURNAAN  BAGINDA..
BAGINDA ADALAH SIMBOL KEHEBATAN PARA LELAKI PADA ZAMAN BAGINDA..LELAKI DI ZAMAN BAGINDA ADALAH  PELINDUNG BAGI SETIAP KAUM HAWA..

DAN WANITA SANGAT MEMPERCAYAI BAGINDA DAN SAHABAT..MEREKA MENGHORMATI DENGAN SEBENAR –BENAR PENGHORMATAN..
BERBEDA LELAKI HARI INI.. 

TANYA LELAKI YANG ANDA LIHAT DI DALAM CERMIN ...

MAKA DALAM SUDUT LAIN JUGA..

KESEMPURNAAN BAGINDA JUGA ADALAH DALAM KLAUSA SEMPURNA SEBAGAI MANUSIA UTUSAN TUHAN YANG MENJADI MODEL ATAU PATEN ASAS UNTUK MANUSIA MENGIKUTINYA DALAM SETIAP SISI KEHIDUPAN...

LAQAD ...KATA KUNCI SEBAGAI PENGISYTIHARAN DI ATAS KESEMPURNAAN  BAGINDA DAN SEBENARNYA  IA JUGA KATA SUATU SIMBOL STATUS UNTUK SELURUH PARA NABI DAN RASUL...

SUMPAH ALLAH  DI ATAS KESEMPURNAAN MEREKA SELURUHNYA...
..NAMUN IRONIS BAGAIMANA MANUSIA YANG SERBA SERBI SEMPURNA INI..
DILEMPARKAN NAJIS..

DIKATAKAN AHLI SIHIR..

DIKATAKAN GILA ATAU OVER STRESS...

MENENTANG ARUS/BUDAYA/CORAK KEHIDUPAN SEMASA

 BAGAIMANA DI SAAT MANUSIA SEDANG SIBUK MENGEJAR DAN BERLARI MENUJU IMPIAN..MENCAPAI RANKING DAN STATUS NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI...

TIBA-TIBA MUNCUL SEORANG LELAKI YANG SELESAI BERTAPA DI DALAM GUA..(SUATU ENIGMA ANALOGIS)

MENGAJAK  MANUSIA YANG BERTUHANKAN  MIMPI DAN IMPIAN KOSONG...(HAWA NAFSU)

WAHAI MANUSIA KEMBALILAH KEPADA FITRAH ASAL KAMU...SEMBAHLAH ALLAH .TUHAN YANG ESA..

.TINGGALKAN SIKAP MELAMPUI BATAS DAN SEMPIT FIKIRAN..TINGGALKAN SERTA JAUHKAN DARIPADA SENGKETA SESAMA KAMU...

AYUH MANUSIA
..MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH...
SUCIKAN HATI KAMU..

LAPANGKAN DADAMU...

JAUHKAN DARIPADA SIKAP BERLUMBA DAN DENGKI SESAMA KAMU
..JAUHKAN TAKBUR DAN EGO DI KALANGAN KAMU..

BERSAUDARALAH KALIAN DI ATAS TALI TAUHID..ACUAN ALLAH..SIBGHAH ALLAH..

DIN ALLAH...

JALAN YANG DIREDHAI...
SESUNGGUHNYA..

MATLAMAT KAMU HANYA SATU..

DESTINASI KAMU HANYA SATU..

DAN JALAN KAMU HANYA SATU..

LAMBANG KAMU HANYA SATU..

IDENTITI KAMU HANYA SATU...

NILAI DAN MARUAH  KAMU HANYA SATU...

ERTI HIDUP KAMU HANYA SATU...

NYAWA KAMU HANYA SATU..

IA MILIK KAMU DAN BUKAN BOS,PERDANA MENTERI,KETUA MENTERI,KETUA MURSYID,PENGERUSI ILMU,KETUA EDITOR,DEKAN DAN SULTAN,PRESIDEN PARTI ,KETUA JABATAN , ATAU MAJIKAN KAMU..

IA MILIK KAMU SEBENAR-BENAR..

IA BUKAN  MILIK SESIAPA..

DIRI KAMU ADALAH KAMU PEMILIKNYA...

DAN PEMILIK KAMU ..

ADALAH TUHAN SEKALIAN ALAM...

IKUTLAH PERATURAN-NYA..

JANGAN TINGGAL DAN LARIKAN  DIRI DARIPADA-NYA..
AYUH MANUSIA..

BERUBAHLAH...

KAMU TIDAK ADA PILIHAN MELAINKAN AKAN  KEMBALI KEPADA KEKUASAAN YANG MUTLAK...

YANG MAHA SEMPURNA...

KATA-KATA TERAKHIR BAGINDA  YANG SEMPURNA DI SISI ALLAH DAN DI SISI  MANUSIA..

HANYA KEBENARAN AKAN MEMBERI

 MANUSIA ERTI KEBEBASAN YANG SEJATI.. 




Followers