Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Ahad, 15 November 2009

Persamaan Yang Tetap Tidak Sama

BULAN DAN MATAHARI













Matahari dan Bulan mengeluarkan cahaya secara fizikal. Tetapi pada hakikatnya terdapat perbezaaan yang mana Matahari mengeluarkan cahaya dan Bulan pula tidak. Ia memantulkan cahaya. Bulan menghadirkan dirinya pada waktu malam. Waktu di mana kegelapan membaluti angkasa. Matahari pula terbit pada siang hari. Setelah putaran Bulan dan Bumi beredar menegelilingi matahari. Hak bulan dan matahari tetap tidak sama meskipun pada jasadiahnya,IA BERCAHAYA. BULAN BERGERAK DAN BERPUTAR PADA PAKSINYA DAN MENGELILINGI MATAHARI. MATAHARI PULA BERDIRI TEGUH DAN TETAP SEBAGAI PAKSI RUJUKAN SETIAP ORBIT BAGI SETIAP PLANET. HAK DAN KEDUDUKAN MEREKA BERBEZA DAN BERTENTANGAN. HAK INI DISANDARKAN KEPADA ZAT,KANDUNGAN,SIFAT DAN HAKIKAT. JIKA SEANDAINYA HAK DAN KEDUDUKAN INI DIUBAH,PASTINYA BERLAKU BENCANA ALAM SEPERTIMANA YANG DIGAMBARKAN DI DALAM FILEM 2012. HAK DAN KEDUDUKAN PERLU DI DASARKAN KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. FAKTA DAN HAKIKAT INI TIDAK BOLEH DIUBAH SAMA SEKALI. PERSEPSI DAN TANGGAPAN MASYARAKAT YANG HANYA BERTUHANKAN DIRI MEREKA SENDIRI,HAWA NAFSU DAN SYAITAN LAKNATULLAH BOLEH DI'UNINSTALL'KAN DAN DI'REMOVE'KAN DARI KESELURUHAN SISTEM YANG BEREDAR DI ALAM INI.



EQUILITY OF GENDER : MENYAMATARAFKAN BULAN DAN MATAHARI


Artikel kali ini menjelaskan tentang Equality Of Gender. Persamaan Gender. Topik ini merupakan isuhangat. blogspot.com (dah tukar baru jadi isuhangat.net)yang sangat dititikberatkan olek kelompok SIS-Sister in Islam. Menuntut perwarisan harta,kedudukan wanita di dalam masyarakat,menjamin kebebasan kaum wanita dan macam-macam lagi tuntutan. Dr Asri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kelompok SIS tidaklah membawa sesuatu yang baru di dalam Islam iaitu keadilan untuk kaum wanita. Mereka sekadar ingin memartabatkan kedudukan kaum wanita yang kerap kali didengar sebagai hamba suami,hamba seks dan pelbagai lagi cemuhan yang telah diletakkan terhadap mereka. Dan seharusnya sebagai ummat Islam yang terbuka,prihatin , berilmu dan beriman maka kita perlu menghargai usaha-usaha mereka yang sangat hebat dan besar sumbangannya di dalam masyarakat.



Manusia secara umumnya adalah sama dari segi salasilah,budaya,bangsa dan peradaban. Everyone is coming from Adam. Datangnya manusia pada hari ini adalah bermula daripada ketamadunan Nabi Adam a.s. Dari situ lahir tamadun Atlantis,Lemuria dan pelbagai lagi penemuan yang memeranjatkan bagi mereka yang sekadar percaya kepada teori manusia bermula dengan zaman Paleolitik,Mesolitik dan Neolitik walhal artifak-artifak yang ditemui semakin menghakis keyakinan berteraskan teori berikut.

Beberapa tahun lepas saya telah terbaca satu artikel kajian yang mengatakan otak manusia terbahagi kepada 2 iaitu otak udang dan otak sotong. Maaf gurau je.Otak lelaki dan otak wanita. Jika otak ini digunakan untuk berfikir(menerima ,mengumpul,memproses,menilai,mentaksir,menganalisis,menterjemah,menghafal,menghantar dan mengklasifikasikan maklumat ) maka seharusnya terdapat terdapat 2 KAEDAH BERFIKIR IAITU KAEDAH LELAKI DAN KEDAH WANITA.



Dengan izin, kita kembali seketika ke era zaman penciptaaan Nabi Adam a.s. Allah ingin menciptakan khalifah-Nya atau pengganti bagi diri-Nya sebagai pemimpin di atas muka bumi. Khalifah beerti pengganti yang menjalankan sistem pemerintahan berdasarkan perundangan dan dasar yang telah ditetapkan Allah. Pemimpin sepatutnya memiliki kredibiliti yang tegas, personality yang mantap dan gagah agar cerminan pemerintahan memperlihatkan keunggulan dan keadilan yang saksama buat rakyat yang dipimpin. Dalam erti kata lain,pemikirannya mestilah peka dengan keadaan sekeliling, keputusannya tegas,bijak menyelesaikan masalah,mampu berbicara di depan orang ramai dengan penuh keyakinan serta memiliki misi dan visi pemerintahan yang jelas dan mantap. Takdir atau ketetapan bagi kaum lelaki adalah untuk menjadi pemimpin. Hak,kelayakan ,kemampuan dan keupayaanya telah diciptakan sesuai dan bertepatan dengan karekter pemimpin. Akal dan emosinya dipadankan sebagai makhluk kepimpinan. Inilah kesimpulan yang boleh dibuat.



Tetapi Adam merasa diri keseorangan dan kesepian akibat tinggal seorang diri di syurga. Dia mengharapkan suri peneman hidupannya yang sepi. Lalu kepada Allah dia meminta. Dengan senang hati dan redha maka Allah memperkenan hajat tersebut. Menjadilah Adam ceria dan bahagia. Datangnya Hawa mengisi kekosongan yang dialami Nabi Adam a.s. Daripada sepi menjadi terisi. Hawa membawa harapan,bahagia,cinta,gembira, harmoni dan kasih sayang. Ia membawa seribu satu emosi dan perasaan. Perhatikan kenyataan ini. IA MEMBAWA PERASAAN DAN EMOSI. Penciptaan Hawa adalah untuk memenuhi keperluan emosi dan perasaan Nabi Adam semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang. Dan Hawa adalah wanita. Kesimpulan di sini adalah Hawa bukan manusia. They don’t deserve an equality of gender. Mereka tidak berhak dan tidak layak untuk mendapat tempat seperti lelaki. Hak mereka bukan untuk itu. Penciptaan mereka berasaskan emosi atau perasaan. Tindakan dan pemikiran berdasarkan emosi. Mereka sangat dekat dengan tangisan,air mata,rajuk,manja,cemburu,cinta dan lemah-lembut. Walau mereka cuba untuk bermain bola,memegang senjata,membelasah lelaki,menghisap rokok dan pelbagai usaha untuk menjadi sama dan serupa seperti lelaki ,hakikatnya tidak boleh dipadam dan diubah. Mereka tetap berbeza. Dunia, kehidupan kaum lelaki dan wanita sangat jauh malahan berlainan sama ada dari segi tabi’e,fizikal,spiritual dan emosi. Ibarat bulan dan matahari. Ibarat laut dan pantai. Ibarat malam dan siang. Persamaan gender merupakan teori songsang dan lari dari fitrah asal mereka. Kebanyakan pejuang-pejuang persamaan hak wanita sedar akan hal ini sebenarnya tetapi mereka enggan mengakui hakikat tersebut.

Meletakkan mereka sebagai pemimpin, memastikan kedudukan wanita di dalam jawatan semakin bertambah seiring dengan jumlah kuantiti wanita yang sedang belajar di institut pengajian yang dikatakan hampir 70% daripada keseluruhan mahasiswa di setiap IPT. Beberapa objektif tersebut dirangka sebagai usaha-usaha untuk memartabatkan kaum wanita,agar setaraf dengan lelaki. Inilah contoh pemikiran-pemikiran songsang yang cuba disampaikan,selain daripada menuntut hak talak terhadap suami,mengharamkan poligami dan pelbagai lagi tuntutan-tuntutan pelik.



Wanita tetap sebagai ibu dan lelaki tetap sebagai bapa. Air mani tetap akan datang dari lelaki dan ovum masih juga bertapak di dalam salur peranakan wanita. Tabi’e ini tidak berubah selagi Allah tidak memerintahkannnya dan DIA pasti tidak akan mengizinkan berlaku perubahan pada sunnatullah ini. Rujuk Ar-Rum ayat 30.” Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Tujuan penciptaan wanita adalah sebagai mengisi keperluan lelaki. Penyeimbang emosi dan pelengkap biologi lelaki. Wanita sesuai disebut sebagai ganjaran,harta,perniagaan dan kuasa. Kenyataan ini untuk memperkuatkan lagi teori bahawa wanita bukanlah manusia sepertimana lelaki. Tetapi bukan bermaksud harta biasa. Harta luar biasa. Harta yang menjadi bukti betapa besarnya kasih dan syang Allah terhadap makhluk-Nya di muka bumi ini. Harta yang menjadi bukti betapa besar rindu,cinta,harapan dan redha Alllah untuk melihat dunia ini menjadi semakin baik,semakin cantik dan semakin harum. Ramainya kaum wanita di atas muka bumi ini menjadi saksi betapa besarnya redha Allah buat seluruh makhluk ciptaan-Nya. Lihat lah wanita! Buka mata anda semua. Betapa besar dan kasih-Nya Allah terhadap penciptaan anda.


Anda adalah permata Allah. Permata yang berhak dan wajib dihijab,dijaga,disimpan dan dilindungi. Andalah yang menghijabkan dan melindugi diri anda sendiri. Hijabkan dengan pakaian yang sepatutnya,perkataan yang sopan dan lemah-lembut,pandangan yang menunduk dan langkah yang khuduq. Kulit-kulit anda ditutup dan diselimutkan. Bahkan wajah-wajah anda yang cantik dan polos itu,niqablah ia. Anda berhak untuk itu! Tidak lebih dan tidak kurang! Agar ia lebih menjaga pandangan.


Maafkan saya kerana apa yang ditulis adalah hak-hak anda yang perlu dipatuhi dan ditaati. Itulah hak Allah yang telah termaktub buat makhluk-Nya yang bernama wanita.
Permasalahan kelompok SIS yang menolak poligami,menuntut hak talak,hak perwarisan harta dan sebagainya hanyalah isu praktikal. Isu pelaksanaan. Ia tidak melibatkan undang-undang yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadith. Mereka ini hanya mempergunakan ayat-ayat Allah demi menyesuaikan tuntutan mereka. Mereka hanyalah kelompok yang membenci kaum lelaki dengan MENGATASNAMAKAN(meminjam istilah Ust.saifulislam.com) MEMBELA KAUM WANITA . (atas sebab itu terdapat di kalangan mereka yang tidak kahwin sampai ke tua.)

Pada saya,tidak perlulah membela kaum wanita dengan mengkhususkan masalah poligami,perwarisan harta dan kedudukan dalam masyarakat semata. Pemakaian anda yang menjolok mata,membuka bahagia-bahagian tubuh yang tidak sepatutnya,menyarung pakaian yang ketat,jarang dan nipis,HAL INI LEBIH PATUT UNTUK DIKATAKAN SEBAGAI GANGGUAN SEKSUAL. MASALAH INI SEMAKIN BERTAMBAH SABAN HARI DENGAN PENYERTAAN KELOMPOK-KELOMPOK INI DI DALAM SEKTOR HIBURAN,PENGIKLANAN,KESETIAUSAHAWAN DAN PELBAGAI BIDANG-BIDANG SENSITIF YANG LAIN. IA TELAH MERUMITKAN MASALAH SEKSUAL SEHINGGALAH KE TAHAP SERIUS SEBAGAIMANA SEKARANG. DARI BANDAR-BANDAR BESAR SEHINGGALAH KE CERUK KAMPUNG,KEBANYAKAN PENGHIAS-PENGHIASNYA TERDIRI DARIPADA KELOMPOK SEPERTI INI. MANA MUNGKIN KAUM LELAKI DAPAT LARI DARI GANGGUAN ANDA SEMUA. ANDA TIDAK BERHAK UNTUK MENGGANGGU SEKSUALITI LELAKI.DAN KAMI BERHAK UNTUK MEMBELA DIRI KAMI DARIPADA GEJALA SEPERTI INI.-sedikit luahan hati lelaki yang berang dan panas dengan kaum wanita hari ini.


Isu besar SIS adalah MEREKA BENCIKAN KAUM LELAKI YANG MENINDAS ISTERI,LELAKI YANG MENGGUNAKAN POLIGAMI UNTUK KEPENTINGAN HAWA NAFSU SEMATA, LELAKI PENTINGKAN DIRI DAN PENIPU.


Kaum wanita salah memperjuangkan hak mereka dengan menuntut pengharaman poligami,hak perwarisan harta dan lain-lain persamaan taraf di dalam masyarakat. Perjuangan mereka adalah menentang kaum lelaki yang bersifat seperti tertulis di atas. Fokus mereka hanya di situ. Jangan memutar belitkan ayat-ayat Al-Quran demi kepala lutut anda sendiri,dengan nama keadilan sejagat mahupun hak asasi manusia. Kami para lelaki yang menjaga diri turut benci akan kaum lelaki yang melakukan penindasan ke atas wanita. Kami juga benci kepada mereka yang berakhlak binatang seperti itu. Tetapi kami memberi amaran jangan sesekali mempergunakan dan memutarbelitkana ayat-ayat Al-Quran demi memenuhi tuntutan anda semata-mata. Sebarang idealism yang cuba merosakkan intipati ,kandungan,hikmah dan matlamat Al-Quran hendaklah dihapuskan dan ditentang serta-merta. Dalam isu ini kami tidak dapat berkompromi. Segala ketidakfahaman hendaklah dirujuk kepada yang arif dan jujur di dalam permasalahan anda semua.


Menyentuh berkenaan isu poligami. Umum mengetahui bahawa seluruh dunia mengalami ketidakseimbangan populasi. Ada tempat mencatatkan nisbah berupa 1 lelaki 5 wanita,1 lelaki 10 wanita,1 lelaki 15 wanita dan pelbagai statistik lagi. Berpandukan situasi tersebut,seandainya keadilan dan hak wanita di sandarkan kepada 1 lelaki dan 1 wanita,apakah masalah yang wujud terhadap lebihan wanita yang tidak dapat berkahwin kerana faktor jumlah lelaki yang sangat sedikit. Apakah bentuk keadilan yang ingin disampaikan kepada mereka ? Adakah mahu dilaksanakan proses genocide atau pembunuhan kaum wanita secara beramai-ramai,membenamkan mereka ke dasar lautan atau melancarkan mereka serentak dengan pelancaran roket CHALLENGER ke Bulan? Sila buat analisis dan kemukakan pandangan yang adil dan saksama. Apakah bentuk keadilan dan hak asasi yang ingin diperjuangkan terhadap kaum wanita yang mengalami nasib di atas.


Jujurlah kepada realiti. Jangan hipokrit dan berpura-pura. Sekali lagi saya ingin mengulangi pertanyaan tersebut kepada mereka yang menggelarkan diri mereka PEJUANG-PEJUANG HAK DAN KEADILAN WANITA SEJAGAT.!!!!!!!










Followers