Pada tahun 1924 tanggal kejatuhan khalifah Islam Uthmnaiyyah yang sangat diimpikan oleh seluruh ummat yang cintakan Islam,Allah,rasul,Al-Quran, dan cintakan kebenaran. Seluruh ummat meratapi kejatuhan ini dengan penuh kehampaan,sedih,kecewa dan hilang harapan terhadap sebuah sistem peemerintahan yang berteraskan iman dan taqwa. Kehinaan demi kehinaan telah dialami oleh ummat ini dan sampai ke hari ini ianya terus berlangsung dan tidak menampakkan sebrang tanda-tanda akan kembalinya Islam dalam masa terdekat. Di sini penulis mengajak agar kita bersama-sama meneliti pembangunan Institusi tarbiyyah dan Dakwah di sekeliling kita.
Jika kita amati suasana di sekeliling, akan kelihatan kehinaan yang melanda ummat ini dengan sangat ketara. Perpecahan ,kerosakan akhlak anak muda, gejala individulalistik (besifat sendiri-sendiri),materialistik (cintakan dunia dan seisinya )sangat parah dan membimbangkan. Bagi yang mengikuti fakta-fakta keruntuhan moral remaja saban hari tidak kira asama ada disekolah atau di Institusi Pengajian tinggi,kita pasti tidak akan lupa berkenaan suatu angka atau rekod mengenai ssebuah kajian yang mengatakan dariapada 867 pelajar di sekolah menengah di sebuah negeri termaju di Malaysia,hanya seorang daripada mereka tidak pernah terlibat dengan hubungan seks. Fakta ini pada awalanya mendapat reaksi yang amat mengejutkan daripada seluruh kelompok masyarakat. Namun dalam pada itu terdapat reaksi yang dilihat tidak rasional daripada seseorang yang dikatakan sangat professional,mengatakan angka tersebut boleh jadi suatu rekaan, dan tidak benar sama sekali. Kenyataaan tesebut telah dirakam oleh salah seorang VVIP di negeri tesebut. Bagi orrang-orang yang mengambiil berat akan kajian ini, pasti merasa kecewa akan reaksi yang sangat tidak bertanggungjawab sedemikian rupa. Apapun ia hanya 1 daripada ribuan fakta-fakta kes yang berlaku dan dibuat kajian oleh pihak-pihak yang ingin mencari jawapan berkenaan masalah keruntuhan moral ummat ynag berlaku saban hari. Ianya seolah-olah tragedi yang tiada penamat dan tiada noktah.
Bayangkan jika berkenaan kes zina sahaja kita telah mengumpul ribuan fakta ynag mengejutkan,bagaimana pula dengan kes rasuah,dadah( pernah dikatakan penagih tegar telah mencapai I juta orang dan dinafikan oleh PM) ,rogol,samun,penyalahgunaan kuasa dan berapa ratus lagi salah laku yang lain. Masih selamaatkan kita hari ini? Tidak termasuk dengan ajaran sesat (Ayah Pin ynag tidak diketahui berada di langit ke berapa ketika ini).murtad,(sebagaimana pernah dikatakan oleh Mufti Perak iaitu 120,000 dan ada juga mengatakan 300,000) dan pelbagai lagi krisis-krisis yang lain. Kebiasaannya apabila melibatkan kes murtad,zina,ajaran sesat dan ponteng puasa, orang ramai akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam. . Apabila berlaku kes rogol,curi,samun dan pecah rumah,orang akan mengadu kepada polis. Kes berkenaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ,SPRM pula yang akan dituju. Kita abaikan sementara kes Teoh Beng Hock. Perhatikan scenario pengasingan kuasa ini. Adakah Islam ini hanya sebuah agama yang meyelesaikan masalah zina ,puasa ,haji dan beberapa perkara lain sahaja. yang dilihat terpinggir oleh sesetengah oang. Pasti tidak. Satu lagi soalan ingin ditanyakan. Adakah Allah Tuhan kepada Ummat Islam sahaja?. Tidak bukan.
Perhatikan dalil berikut. “Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. “Ali Imran ayat 83. Baik manusia terima atau tidak,Allah adalah Tuhan yang sebenarnya.. Jika kita amati krisis yang berlaku di sekeliling sama ada krisis ekonomi,pemanasan global,eksterimis Islam, perang,isu minyak dunia, sunnah-syiah, serta pelbagai isu lain,kita akan melihat isu yang paling wajib dan paling asas ialah isu manusia Lupa Allah dan Lupa diri sendiri. Inilah isu yang paling asas dan paling utama dan penting bagi kita untuk banteras bersamap-sama. Bagaimana boleh imbul isu manusia lupa kepada diri sendiri. Kelihatan ianya janggal dan pelik..
“ Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” Al-Hasyr ayat 19. Kepada sesiapa yang pernah menghadiri kursus motivasi sama ESQ, Chef Rusli ,Dr Ranjit Singh Malhi atau sesiapa sahaja,pasti anda akan terdengar kalimah Kenali Diri Anda ,kenali Potensi Diri,Bina KemampuanDiri,Kawal Diri Anda,serta pelbagai lagi slogan yang mengaitkan manusia dengan diri sendiri. Justeru bagaimana manusia boleh lupa kepada diri sendiri ? Sebelum ditanyakan kepada penulis,sila tanyakan kepada diri pembaca terlebih dahulu,apa yang ingin dicapai oleh diri anda?Siapa anda sebenarnya?Apa matlamat hidup anda?Bagaimana hidup anda sebelum ini?ke mana anda hendak pergi hari esok? Adakah anda mampu kawal diri anda
setiap masa? Mungkin cukup setakat ini sahaja kerana berjuta lagi soalan lain yang akan muncul seandainya anda mula bertanyakan kepada diri anda sendiri. Kembali kepada ayat tersebut, sebahagian mufasssirin mengatakan Allah akan melupakan manusia kepada urusan-urusan yang penting kepada sesiapa yang melupakan-Nya. Barangkali ia lupa kepada duit,fail,baju atau apa sahaja yang dikira penting buatnya. Dan adakala juga ia akan lupa mengahadiri temu janji atau mesyuarat atau apa sahaja. Bagaimana pendapat anda pula ? Penulis mengajukan soalan ini kembali kepada pembaca seluruhnya. Adakah anda kenali diri anda atau ingat kepada diri anda sendiri.
Antara kata-kata yang sangat terulung oleh salah seorang daripada 4 sahabat Rasulullah S.A.W yang utama iaitu Saidina Ali r.a.,”Barang siapa kenal Allah maka mereka kenal diri mereka sendiri”. Suatu kata-kata yang hari ini masih lagi sukar untuk dijelaskan serta dirungkai secara logik,rasional dan munasabah berdasarkan realiti disekeliling. Apa kaitannya Allah dengan diri kita. Apa perlunya Allah di dalam membina Menara Pencakar Langit KLCC,mahligai hebat Putrajaya, Stadium Sultan Zainal Abidin ,Gong Badak yang dulunya gah tetapi runtuh setahun kemudiannya ,kereta Persona yang mempesonakan. Di mana pentingnya Allah di dalam mengurus tadbir ekonomi Malaysia agar terus memacu ke hadapan dan akhirnya berkembang, melaksanakan Koridor Pembangunan seperti ECER,NCER,Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) serta pelabagai macam projek lagi projek ekonomi lainnya? Apa pentingnya Allah di dalam urusan-urusan tersebut?
Sekali lagi diulangi apabila manusia lupa Allah maka Allah akan melupakan diri mereka sendiri. Ibaratkan seorang anak yang kehilangan ibu dan bapa. Setelah beberapa lama ditinggalkan oleh keduanya,adakah si anak akan terus berjalan ke hadapan sambil menafikan isi hatinya yang sentiasa bertanyakan di mana kedua ibu dan bapanya. Mampukah dia menahan perasaan tatkala melihat insan-insan kecil sepertinya masih lagi bermanja dan bermesra dengan ibu bapa mereka. Bagi anak yang mendambakan kasih-sayang ,kebahagian serta kenikmatan hidup berkeluarga, nescaya mereka tidak akan mampu menahan gelojak fitrahnya sendiri,yang mendambakan cinta kedua ibu dan bapa. Apabila hilang kedua ibu bapanya,setiap langkahnya dirasakan tidak bermakna dan longlai. Sisa-sisa kehidupannya ibarat sampah-sampah ynag bertaburan di sekitar jalan raya. Tidak bermakna. Itulah perumpamaannya apabila manusia ini hidup tanpa Allah. Lantas Allah melupakan diri mereka sendiri.
Tidaklah penulis ingin menyamakan sifat Allah seperti ibu dan bapa,tetapi keadaan serta situasinya sama dengan hakikat antara seorang hamba dengan Tuhannnya. Di alam roh manusia pernah bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan bagi manusia. “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”. Al-A’raf ayat 172. Itulah persaksian pertama manusia pada awal penciptaanya. Lantaran disebabkan itu juga apabila seseorang bukan Islam,memeluk agama Islam serta mereka ikhlas dengan keislaman mereka ,mereka merasa puas bseolah-olah telah kembali ke kampung asalnya setelah berada lama di perantauan. Itulah hakikat manusia yang lupa kepada Allah,apabila mereka kembali kepada Allah,jiwa,roh,semangat dan segalanya-galanya akan merasakan seolah-olah mereka telah berjumpa dengan puncak kebahagiaan yang sebenarnya. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.
Justeru sebagai penyelesaiannya, kembalilah kepada asas Islam yang paling utama iaitu bagaimana Islam ini datang dan bagaimana ia pergi. Analoginya mudah. Islam akan hadir apabila manusia memerlukannya maka ia akan hadir. Negara Islam akan hadir apabila masyarakat Islam memerlukannya. Khilafah Islam akan hadir apabila daulah-daulah Islam memerlukannya. Masyarakat jahiliyyah memerlukan Allah, lalu Allah menghantar Muhammad b. Abdullah sebagai Utusan-Nya.
Tetapi bagaimana pula apabila manusia tidak memerlukan Islam.? Islam akan dpinggirkan daripada kehidupannya. Apabila Negara Islam tidak diperlukan maka Negara demokrasi pula yang dilaungkan. Begitulah seterusnya Persoalannya adakah Islam ini suatu keperluan atau matlamat Ummat. Ia boleh dicampak apabila kita tidak perlukannya dan kita boleh memanggilnya apabila kita mengkehendakinya. Keperluan adalah sesuatu yang pasti dan mesti. Ibarat manusia hidup tanpa air,udara,dan makanan.,mampukah mereka hidup? Tidak. Adakah manusia hidup untuk air,makanan dan udara? Tidak. Manusia makan,minum dan bernafas adalah untuk hidup. Begitulah sedikit perbezaan antara keperluan dan matlamat.
Tujuan manusia hidup adalah untuk mengabdikan diri,nyawa,harta,jasad,anak-anak,keluarga,pelajaran serta segalanya adalah untuk Allah semata-mata. Penyerahan dan pengabdian inilah yang dikatakan Islam. Hidup dan mati manusia adalah untuk Allah. Azzawajalla. Bukan Islam tetapi untuk Allah. Terlalu panjang unutuk dihuraikan sebenarnya tetapi itulah serba sedikit perkara yang ingin diutarakan oleh penulis.
Tarbiyyah pula adalah pendidikan iaitu proses membangun,menanam, membentuk,membimbing,menasihati,menegur,membentuk,mengacu,
membina dan \perkara lain yang berkait dengannya. Di dalam kejuruteraan,proses adalah sesuatu yang sentiasa berjalan.selagi ada permintan,produk dan bahan mentah. Begitu juga dengan tarbiyyah. Selagi ada manusia ,selagi itu ada tarbiyyah. Dalam erti kata yang lain,proses tarbiyyah ini bermula semenjak daripada kecil sehinggalah umur dewasa iaitu 17-25. Salah. Tidak benar sama sekali. Ia bermula semenjak manusia ini daripada seekor sperma sehinggalah berubah kepada debu-debu di pusara. Itulah tarbiyyah yang berlaku di era globalisasi ketika ini. Era millenium. Oleh yang demikian,tarbiyyah inilah yang akan menentukan manusia ini berpeluang unutuk ke Syurga ( Redha Allah) atau Neraka ( Murka Allah). Pada satu sisi sememangnya Allah yang menentukan takdir manusia tetapi jalan ke arah kedua-duanya berada di dalam medan pilihan hati manusia. Di sini kita berbicara tentang manusia bukan Allah S.W.T. Apabila seseorang itu ditarbiyyah secara Islam maka Islamlah dia. "Apabila seorang anak itu lahir maka ibu bapalah yang mentukan sama ada dia Majusi Nasrani atau Yahudi." Di sinilah letaknya peranan tarbiyyah. Didikan itu yang menentukan sama ada dia munafiq,kafir atau mukmin. Jika tarbiyyah salah maka salahkan yang mentarbiyyah. Jika anak berbuat silap salahkan ibu bapa,jika anak murid salah ,maka salahkan guru yang mendidik. Bukan anak murid. Rukun atau syarat sah tarbiyyah mestilah berterusan,konsisten,mantap,dan berkesan. Jika rukun ini gagal dipatuhi maka tarbiyyah terebut adalah gagal. Begitulah seandainya kita ingin Ummat ini bangkit dengan nur Islam maka ianya dengan tarbiyyah. Dan di era modenisasi ini,ia harus effektif,produktif, malar serta konsisten. Beerti segala program yang dirancang untuk mendidik masyarakat harus dibuat secara berkala atau mengikut kesesuaian,dipantau dengan disiplin serta dikuatkuasa dengan penuh komitmen dan kesungguhan. Dengan itu barulah tarbiyyah masyarakat akan berkesan.
Justeru apakah penawarnya untuk merawat tarbiyyah ini. Mudah sahaja iaitu kembalikanlah Izzatul dakwah. Kemuliaan dakwah. Dakwah adalah kasih-sayang, kehormatan,kejujuran,keikhlasan,pengorbanan jihad dan tangggungjawab. Tanpa dakwah ini,ummat akan jadi hina,runtuh,tercelah,keji dan bodoh. Ummat ini hanya akan mulia apabila melaksanaka tuntutan cegah yang mugkar dan tegakkan makruf demi keimanan kepada Allah. Apabila dakwah iaitu amal makruf dan nahi mungkar,diperjalankan maka ummat ini akan kembali menjadi khairul Ummat. “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”.Ali Imran ayat 110.
Sebagai kesimpulan,kembali dan carilah Islam yang sebenar-benarnya di hati kita. Fitrah manusia adalah Islam Ia perlu dicari dan diterokai serta difahami. Bukan dipekik,atau dilaungkan slogan Islam. Tidak perlu mendakwa anda adalah seorang muslim jika hanya memakai kopiah,berjanggut tetapi hatinya masih lagi penuh dengan kebencian,mulutnya penuh dengan caci-maki dan mengutuk,akalnya diselaputi rancangan-rancangan kebinasaan,jari-jemarinya masih lagi memegang puntung Dunhill,Marlboro,Winston,Salem,Gudang garam,Bingo atau apa jua jenama rokok yang berada dipasaran. Berbanggalah wahai ummat Islam dengan akal yang positif,hati yang suci lagi pemaaaf, syahwat penuh kecintaan terhadap isterinya yang halal ,kata-kata manis,indah lagi penuh dengan kejujuran dan kerendahan hati. Apabila hati-hati yang suci ini bersatu,akal yang positif ini menyatukan, kata-kata manis ini mempersatukan maka lihatlah cahaya kegemilangan yang terbenam,pasti akan bangkit kembali pada esok hari, Insya’allah. Mudah-mudahan.