Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 27 Februari 2010

SISTEM TARBIYYAH GOLONGAN RABBANI

LATAR BELAKANG (ETR): CLASSIFIES FILE 003


ETIKA TARBIYYAH RABBANI boleh juga disebut sebagai Ketetapan Pendidikan Rabbani . Rabbani merujuk kepada Generasi Rabbani atau golongan yang menyeru kepada Tuhan. Firman Allah di dalam surah Ali – Imran ayat 79,”

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Cuba amati perkataan atau frasa “karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya “. Di sini wujud interaksi saling atau tindak balas terus melalui suatu proses yang dinamakan BELAJAR DAN MENGAJARKAN. PROSES BELAJAR DAN MENGAJARKAN ini boleh juga dikatakan sebagai suatu SISTEM. Kenapa ia dinamakan sistem ? Sekali lagi kerana IA BERULANG ALIK ,BERTERUSAN,TETAP ,KONSISTEN DAN MALAR. Untuk tidak merumitkan lagi masalah,kami akan mempermudahkan MAKSUD SISTEM. SEGALA YANG DIKATAKAN BERULANG-ALIK,BERTERUSAN,TETAP DAN KONSISTEN DINAMAKAN SISTEM. Contoh yang mudah adalah SISTEM MAKANAN,SISTEM BAHASA,SISTEM PERISIAN,SISTEM DEMOKRASI,SISTEM POLITIK,SISTEM MERITOKRASI dan sebagainya.


Tetapi perkara yang paling menakjubkan berkenaan sistem ADALAH AL-QURAN. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang memahami Al-Quran sebagai bahan hafalan ,bacaan bertaranum atau berlagu,tajwid dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Tanggapan ini sangat umum terutama bagi mereka yang hidup di pondok atau universiti-universiti agama. Adakah kenyataan dan tanggapan ini salah ? Tidak. Namun begitu ia tidak lengkap, perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi.


Beberapa perkara menarik berkenaan intipati atau kandungan bagi setiap ayat Al-Quran. Sekali lagi perhatikan mengapakah kandungan sesuatu ayat di dalam surah tidak berkaitan atau bersambung secara terus (direct link )kepada ayat yang berikutnya. Contohnya ayat 2 ,al- Baqarah ,ia menceritakan tentang orang bertaqwa,iaitu mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan. Apakah ciri-ciri taqwa itu,kita boleh lihat pula kepada surah Al Mukminum. Maksudnya tajuk taqwa tidak disambung secara terus kepada ayat berikutnya di dalam surah Al-Baqarah tetapi bersambung pula kepada surah Al Mukminun. Mengapa DAN MENGAPA ?
Inilah yang dinamakan Alternate Process. PROSES ULANG ALIK. Di dalam bidang elektrik,hampir keseluruhan bahan binaan (bangunan.mesin dll) berkuasa elektrik akan menggunakan SISTEM SAMBUNGAN ULANG-ALIK. Lihat dan perhatikan litar elektrik di rumah anda. Bagimana bentuk sambungannya ? Jawapannya adalah SISTEM SAMBUNGAN ULANG ALIK. SAMBUNGAN ULANG ALIK tidak akan merosakkan keseluruhan litar seandainya sesuatu komponen di dalam litar tersebut tidak berfungsi. Jika lampu di bilik air A tidak berfungsi,lampu di bilik air B masih berfungsi. Inilah HIKMAH TERBESAR DI DALAM AL-QURAN.

Berbalik kepada contoh berulang-allik. Selain daripada Al Quran,antara lain perintah Allah yang mengandungi ALternate Process adalah Solat,ibadat haji,puasa dan Zakat. Kesemua ibdat-ibdat ini dijalankan secara alternate process. ia dijalankan Konsisten,tetap,(ada waktu dan keadaan yang tertentu),malar(sifatnya tidak berubah).



ETIKA TARBIYYAH RABBANI (ETR)

Pendidikan merupakan suatu sistem yang berjalan berterusan,konsisten,tetap dan sistematik. Bagi mempermudahkan konsep BERTERUSAN ,KONSISTEN DAN SISTEMATIK ini,pihak Zero to Hero telah memperincikan PENDIDIKAN kepada suatu konsep yang sangat mudah. Konsep ini dipecahkan kepada 3 komponen asas iaitu PENYAMPAIAN/PENGISIAN,PEMBINAAN,KAWALAN/PEMANTAUAN.


PENYAMPAIAN :


Konsep PENYAMPAIAN ini beerti pemberian atau masukan maklumat mahupun informasi berkenaan sesuatu bahan. Dalam kata mudah ,informasi ini digelar sebagai ILMU. Fokus kepada penyampaian bagi setiap bahan tidak semestinya melibatkan bahan berkaitan agama sahaja malahan perkara-perkara berkaitan isu semasa seperti politik,hiburan,sukan ,teknologi dan sebaginya. Tujuan penyampaian atau pengisian ini adalah
-Untuk membentuk dan melatih MINDA agar BIJAK MENILAI,MENGANALISA ISU,MEMPELBAGAIKAN DATA INFORMASI ATAU ILMU,MENDEDAHKAN KEPADA RUANG PEMIKIRAN YANG LEBIH TERBUKA


PEMBINAAN :


Pada konsep PEMBINAAN ini,diletakkan asas atau landasan kepada PEMBENTUKAN KAREKTER,PERWATAKAN,PERSONALITI,IMEJ ATAU SAHSIAH. Pada sudut ini, proses pembinaan dilaksanakan melalui kaedah SOAL JAWAB ATAU INTERAKSI MAKLUM BALAS. Sesuatu yang menarik tentang proses INTERAKSI MAKLUM BALAS adalah berlakunya pembentukan watak seperti kepercayaan diri,keyakinan diri,kesedaran diri,semangat,inspirasi dan motivasi diri. Nilai –nilai seperti kepercayaan dan keyakinan diri akan mudah dinilai berdasarkan keberanian peserta untuk tampil ke hadapan dalam sesuatu program,kelancaran semasa bercakap,gerak bahasa badan, kebijakan mengawal situasi dan segala indikator yang berkaitan.

KAWALAN :


PENGAWALAN dilaksakan bagi menilai dan memantau sejauh mana KONSEP PEMBINAAN DAN PENYAMPAIAN INI berkesan terhadap peserta. Sejauh mana KONSEP PEMBINAAN DAN PENYAMPAIAN berjaya dilaksakan dengan baik oleh peserta. KONSEP PENGAWALAN ATAU PEMANTAUAN INI PERLU dilaksana SECARA terperinci dan dan ketat. Adalah sesuatu kegagalan yang besar seandainya PEMANTAUAN dilaksanakan secara bersahaja atau sambil lewa.









maaf kepada pembacer2 sekalian,bahan ETR ini tidak dapt disampaikan kepada pembacer umum berikutan hal-hal RAHSIA yang perlu dijaga. ianya hak milik cipta yang tidak dapat dihebahkan secara keseluruhan,,sekadar beberapa masukan sahaja. harap maaffff.......

Followers