Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 13 Oktober 2009

SELAMAT DATANG KE ALAM MANUSIA (2)



APA ITU MANUSIA ?

Manusia merupakan makhluk yang memlilki kepupayaan,kebolehan yang luas melalui pancaindera-pancaindera yang dimiliki seperti otak,mata,telinga,mulut dsb.

Terdapat 2 unsur yang membina manusia iaitu jasmani dan rohani.
-Jasmani adalah fizikal luar yang boleh dilihat oleh orang lain dan diri sendiri
-Rohani adalah sisi dalaman manusia yang melibatkan hati,perasaan,fikiran,nafsu dan syahwat.(seks).
Ia lebih kompleks berbanding jasmani kerana terdapat fungsi khusus bagi setiap kompenen ini..
Sila perhatikan rajah berikut:

Nota :(maaf x cantik sebab guna ‘Paint’ je)





Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan tugas masing-masing.



KOMPONEN

FUNGSI

Akal

-memikir,mengingat,menafsir,mengumpul data,menyimpan memori

Mulut

-bercakap,menyanyi,makan,minum,memberitahu

Hati

,merenung,menghayati,melahirkan dan menyimpan perasaan

Perut

-memproses makanan dan membuang bahan tidak perlu oleh badan

Syahwat

-melahirkan dan “ memproses ‘anak




HAK-HAK MANUSIA

-Pernah dengar tentang hak kebebasan bersuara? Hak berhimpun? Hak mengekuarkan pendapat? Hak memilih? Hak mengundi? Hak bebas berseronok? Hak warganegara?dll…


APA ADA DENGAN HAK?

-Hak adalah keinginan,keperluan,matlamat untuk menjalani kehidupan mengikut gaya,budaya, serta ruang lingkup di sekelliling atau ruang ciptaan sendiri.

-Hak yang paling besar adalah hak untuk memilih. Belum lagi. Hak untuk bebas memilih. Hak memilih pasangan,memilih kerjaya,memilih cara hidup,memilih parti,memilih taraf kewarganegaraan dsb. Apabila hak dipenuhi maka kehidupan seseorang itu akan menjadi puas,gembira,seronok,bahagia meskipun pilihannya itu memudaratkan dirinya sendiri.

2 MEDAN PILIHAN MANUSIA





-Berdasarkan kajian,manusia sentiasa inginkan kebaikan. Maksudnya matlamat asal manusia adalah inginkan kebaikan. MATLAMAT MANUSIA ADALAH KEBAIKAN (NALURI KEBAIKAN)

-Ragu-ragu dengan kenyataan ini,sila tanyakan kepada diri anda sendiri.

-Apabila matlamat manusia inginkan kebaikan maka jalan ke arah kebaikan juga mestilah kebaikan.


Contoh :

Inginkan pernikahan maka mestilah melalui proses ta’ruf,jumpa keluarga dan setelah mencapai persetujuan bersama maka lantas dijalankan akad nikah tersebut. Tidak perlu melalui fasa percintaan kerana percintaan selepas nikah adalah lebih afdhal dan ianya merupakan salah satu daripada madu di alam pernikahan.


-Mungkin anda keliru dengan matlamat dan keperluan.

-Secara mudahnya

MATLAMAT

KEPERLUAN

Menjadi guru

Masuk institusi perguruan,sertai kursus dll

Isteri solehah

Baik akhlaknya,tahu nilai maruah seorang isteri, rendah diri

Pemimpin yang adil

Rendah diri,berpandangan jauh,bijak membuat keputusan,berwibawa,berkarisma tinggi

Ulama berjaya

Berjiwa kuat, bijak mengeluarkan pandangan

Pemain bola

Sering jalani latihan,hebat teknik dan kemahiran,bijak membaca gerakan

Membina ummat Islam

Bergabung dengan jemaah-jemaah,menjalankan gerak kerja bersama,fokus pada masalah ummat seperti zina, masalah moral masyarakat. Bina mengikut tahap,apabila keadaan sesuai,

Keluarga bahagia

Ada anak,isteri,harta,pekerjaan dll



-Matlamat bersifat kekal dan ia tidak mengikut keadaan. Ia konsisten dan tetap dalam apa jua keadaan sekalipun. Matlamat UTAMA UMMAT ISLAM ADALAH ALLAH. Ia jelas bukan.

-Keperluan dan keinginan pula sentiasa bergantung kepada keadaan. Ia berubah berdasarkan faktor risiko,cabaran dan segala situasi-situasi yang terlibat.

-Ketiga-tiganya adalah mesti dan wajib tetapi mengikut tahapan,keadaan dan situasi.


KESIMPULAN:

HAK = MATLAMAT + KEPERLUAN + KEINGINAN


Hak ke atas ketiga-tiganya mestilah dipenuhi. Justeru amat penting di dalam mengenal pasti setiap hak-hak dan tuntutannya,serta kenalpasti kewajipannya ke atas diri kita. (Sila ambil perhatian) .Campur aduk dalam tuntutan hak akan merosakan jiwa.

Kembali kepada diri manusia yang inginkan kebaikan. Berdasarkan keterangan,dapat disimpulkan bahawa ,keinginan ,matlamat dan keperluan manusia adalah kebaikan maka HAK MANUSIA ADALAH KEBAIKAN.

Hak jasmani:

Sihat,cergas,kemas,segak,bergaya,berat badan ideal,bersih dan yang paling penting.MESTILAH TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.dll

Hak rohani

Ianya agak kompleks namun tidaklah mustahil untuk memenuhinya.



HAK

TUNTUTAN

Akal

Fikir positif,pandangan jauh,bijak menilai,bijak memilih

Mulut

Bercakap sopan,lemah lembut, mulut tidak berbau,nada sederhana

Hati

Penuh dengan sifat mahmudah,suci,tiada dendam benci sesama saudara

Perut

Makanan dan sumber rezeki yang halal,mengikut kadar yang secukupnya

Syahwat

Nikah

Jika terlampau kuat, sila berpoligami


KESAN DAN AKIBAT HAK TIDAK DIPENUHI :

-Fizikal tidak mencapai keupayaan optimum atau rosak,DALAM SEDAR ATAU TIDAK

-Jiwa,perasaan,fikiran kacau dan tidak menentu

-Hati sentiasa tidak puas,tenang dan jika ada hanyalah sementara sahaja

-Fikiran sering diterjah persoalan

-Wujud keraguan terlampau dalam diri

-Hilang percaya dan yakin pada diri

-Cenderung dan selalu bertaklik kepada orang lain tidak kira di dalam apa jua hal

-Takut terhadap bayang-bayang sendiri

-Hilang rasa dan sifat malu

-Personaliti yang berubah-ubah mengikut rentak sekeliling

-Berprinsip dan pegangan yang kurang jelas atau tiada langsung.

-Fanatik terlampau kepada tokoh ,falsafah,atau idealogi tertentu

-Gaya fikir sentiasa kotor,negatif,serabut,

-Perwatakan cenderung kepada panas baran,agresif,sombong,ego tidak menentu

-Putus asa dengan kehidupan,untuk berubah,untuk menjadi baik.

KESIMPULAN:

Sila kenali diri anda dengan teliti. Penuhkan tuntutan sebelum ingin terpekik dan terjerit seperti orang hilang akal ,kononnya untuk mempertahankan hak yang anda sendiri tidak jelas tentangnya. Sila ambil pengajaran WAHAI ORANG-ORANG YANG PUNYA AKAL….



Followers