Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 13 Oktober 2009

TEKNOLOGI TARBIYYAH TUHAN(3)

-Adakah anda tahu bagaimana Tuhan mendidik manusia agar menjadi insan yang soleh dan solehah.

-Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit idea tentangnya

-Pertama sekali, di sini kita akan bercakap tentang Tuhan Yang Maha Esa.,Allah The Almighty.

-Sebelum itu, izinkan saya berbicara tentang teori asas di dalam teknologi kejuruteraan.

-Apabila berbicara tentang teknologi, pasti kita pernah dengar mengenai asas teknologi iaitu masukan,proses dan keluaran.


-Apa itu masukan,proses dan keluaran :







-untuk kenal Allah, kena masuk Islam. Di dalam Islam ,kita akan bertemu dengan 3 cabang besar iaitu Akidah ,Ibadah, Akhlak. .

Apa itu Akidah?


-akidah merupakan keyakinan,kepercayaan,harapan,taat pada Allah. Sebagaimana diketahui,apabila kita percayakan sesuatu,kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya.

Contoh :

@ bila kita percaya kita hebat,kita akan berkelakuan seperti orang yang hebat. Maksudnya berpenampilan hebat,bergaya, ada style,kemas dan segak.

@ jika seorang itu percaya bahawa duit akan memberi kesenangan maka dia akan melakukan apa sahaja agar dia berjaya mendapat duit.

@ orang yang yakin bahawa Jesus adalah anak Tuhan maka mereka akan pergi ke gereja setiap hari Ahad..


Maksud Ibadah?


-ibadah adalah perlakuan atau amalan terhadap apa yag kita percaya dan yakin. Maksudnya akidah. Jika kita percayakan Allah sebagai tujuan hidup maka kita akan bersolat,zakat,puasa,dakwah bernikah hanya kerana Allah.. jika kita yakin bahawa duit adalah matlamat hidup maka kita melakukan apa sahaja demi duit.



Bagaimana dengan Akhlak ?


-Akhlak merupakan nilai,watak atau personaliti yang wujud setelah melalui sesuatu.ibadah Contohnya jujur,amanah,tanggungjawab,sayang, romantik, sabar,tabah dll. Orang yang menjadikan duit sebagai punca kesenangan hidup,maka mereka akan melakukan apa sahaja demi memastikan duit berjaya diperoleh. Mereka akan bersabar demi duit,sayang demi duit,cinta demi duit ,amanah demi duit.

Berbeza pula orang yang hidupnya demi Allah ,mereka sabar,tabah,amanah dan cinta dan nikah demi Allah.




Kesimpulan : SISTEM PEMBENTUK NILAI MANUSIA @ ISLAM


-kenali betul betul tentang Allah. Maka anda akan bertemu dengan cahaya yang telah Allah letakkan di dalam hati kita. Ianya merupkan fitrah asal manusia. Fahami dan kenali diri anda dengan baik,dengan izin Allah,anda akan bertemu dengan segala persoalan yang membelenggu diri anda selama ini…























Followers