-Adakah anda tahu bagaimanaTuhan mendidik manusiaagar menjadi insan yang soleh dan solehah.
-Di sini, penulis ingin berkongsi sedikitidea tentangnya
-Pertama sekali, di sini kita akan bercakap tentang Tuhan Yang Maha Esa.,Allah The Almighty.
-Sebelum itu, izinkan saya berbicara tentang teori asas di dalam teknologi kejuruteraan.
-Apabila berbicara tentangteknologi, pasti kitapernah dengar mengenai asas teknologi iaitu masukan,proses dan keluaran.
-Apa itu masukan,proses dan keluaran :
-untuk kenal Allah, kena masuk Islam. Di dalam Islam ,kita akan bertemu dengan 3 cabang besar iaituAkidah ,Ibadah, Akhlak. .
Apa ituAkidah?
-akidah merupakan keyakinan,kepercayaan,harapan,taat pada Allah. Sebagaimana diketahui,apabila kita percayakan sesuatu,kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya.
Contoh :
@ bila kita percaya kita hebat,kita akan berkelakuan seperti orang yang hebat. Maksudnya berpenampilan hebat,bergaya, ada style,kemas dan segak.
@ jika seorangitu percaya bahawa duit akan memberi kesenangan maka dia akan melakukan apa sahaja agar dia berjaya mendapat duit.
@ orang yang yakin bahawa Jesus adalah anak Tuhan maka mereka akan pergi ke gereja setiap hari Ahad..
Maksud Ibadah?
-ibadah adalah perlakuan atau amalan terhadap apa yag kita percaya dan yakin. Maksudnya akidah. Jika kita percayakan Allah sebagai tujuan hidupmaka kita akan bersolat,zakat,puasa,dakwah bernikah hanya kerana Allah.. jika kita yakin bahawa duitadalah matlamat hidup maka kita melakukan apa sahaja demi duit.
Bagaimana dengan Akhlak ?
-Akhlakmerupakan nilai,watak atau personaliti yang wujud setelah melalui sesuatu.ibadah Contohnya jujur,amanah,tanggungjawab,sayang, romantik, sabar,tabah dll. Orang yang menjadikan duit sebagai punca kesenangan hidup,maka mereka akan melakukan apa sahajademi memastikanduit berjaya diperoleh. Mereka akan bersabar demi duit,sayang demi duit,cinta demi duit ,amanah demi duit.
Berbeza pula orang yang hidupnya demi Allah ,mereka sabar,tabah,amanah dan cinta dan nikah demi Allah.
Kesimpulan:SISTEMPEMBENTUK NILAIMANUSIA@ ISLAM
-kenali betul betul tentang Allah. Makaanda akan bertemu dengan cahaya yang telah Allah letakkan di dalam hati kita. Ianya merupkan fitrah asal manusia. Fahami dan kenali diri anda dengan baik,dengan izin Allah,anda akan bertemu dengan segala persoalan yang membelenggu diri anda selama ini…
Manusia merupakan makhluk yang memlilki kepupayaan,kebolehan yang luas melalui pancaindera-pancaindera yang dimiliki seperti otak,mata,telinga,mulut dsb.
Terdapat 2 unsur yang membina manusia iaitu jasmani dan rohani. -Jasmani adalah fizikal luar yang boleh dilihat oleh orang lain dan diri sendiri -Rohani adalah sisi dalaman manusia yang melibatkan hati,perasaan,fikiran,nafsu dan syahwat.(seks). Ia lebih kompleks berbanding jasmani kerana terdapat fungsi khusus bagi setiap kompenen ini.. Sila perhatikan rajah berikut:
Nota :(maaf x cantik sebab guna ‘Paint’ je)
Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan tugas masing-masing.
-memproses makanan dan membuang bahan tidak perlu oleh badan
Syahwat
-melahirkan dan “ memproses ‘anak
HAK-HAK MANUSIA
-Pernah dengar tentang hak kebebasan bersuara? Hak berhimpun? Hak mengekuarkan pendapat? Hak memilih? Hak mengundi? Hak bebas berseronok? Hak warganegara?dll…
APA ADA DENGAN HAK?
-Hak adalah keinginan,keperluan,matlamat untuk menjalani kehidupan mengikut gaya,budaya, serta ruang lingkup di sekelliling atau ruang ciptaan sendiri.
-Hak yang paling besar adalah hak untuk memilih. Belum lagi. Hak untuk bebas memilih. Hak memilih pasangan,memilih kerjaya,memilih cara hidup,memilih parti,memilih taraf kewarganegaraan dsb. Apabila hak dipenuhi maka kehidupan seseorang itu akan menjadi puas,gembira,seronok,bahagia meskipun pilihannya itu memudaratkan dirinya sendiri.
2 MEDAN PILIHAN MANUSIA
-Berdasarkan kajian,manusia sentiasa inginkan kebaikan. Maksudnya matlamat asal manusia adalah inginkan kebaikan. MATLAMAT MANUSIA ADALAH KEBAIKAN (NALURI KEBAIKAN)
-Ragu-ragu dengan kenyataan ini,sila tanyakan kepada diri anda sendiri.
-Apabila matlamat manusia inginkan kebaikan maka jalan ke arah kebaikan juga mestilah kebaikan.
Contoh :
Inginkan pernikahan maka mestilah melalui proses ta’ruf,jumpa keluarga dan setelahmencapai persetujuan bersama maka lantas dijalankan akad nikah tersebut. Tidak perlu melalui fasa percintaan kerana percintaan selepas nikah adalah lebih afdhal dan ianya merupakan salah satu daripada madu di alam pernikahan.
-Mungkin anda keliru dengan matlamat dan keperluan.
-Secara mudahnya
MATLAMAT
KEPERLUAN
Menjadi guru
Masuk institusi perguruan,sertai kursus dll
Isteri solehah
Baik akhlaknya,tahu nilai maruah seorang isteri, rendah diri
Pemimpin yang adil
Rendah diri,berpandangan jauh,bijak membuat keputusan,berwibawa,berkarisma tinggi
Ulama berjaya
Berjiwa kuat, bijak mengeluarkan pandangan
Pemain bola
Sering jalani latihan,hebat teknik dan kemahiran,bijak membaca gerakan
Membina ummat Islam
Bergabung dengan jemaah-jemaah,menjalankan gerak kerja bersama,fokus pada masalah ummat seperti zina, masalah moral masyarakat. Bina mengikut tahap,apabila keadaan sesuai,
Keluarga bahagia
Ada anak,isteri,harta,pekerjaan dll
-Matlamat bersifat kekal dan ia tidak mengikut keadaan. Ia konsisten dan tetap dalam apa jua keadaan sekalipun. Matlamat UTAMAUMMAT ISLAM ADALAH ALLAH. Ia jelas bukan.
-Keperluan dan keinginan pula sentiasa bergantung kepada keadaan. Ia berubah berdasarkanfaktor risiko,cabaran dan segala situasi-situasi yang terlibat.
-Ketiga-tiganya adalah mesti dan wajib tetapi mengikut tahapan,keadaan dan situasi.
KESIMPULAN:
HAK = MATLAMAT + KEPERLUAN +KEINGINAN
Hak ke atas ketiga-tiganya mestilah dipenuhi. Justeru amat penting di dalam mengenal pasti setiap hak-hak dan tuntutannya,serta kenalpasti kewajipannya ke atas diri kita. (Sila ambil perhatian) .Campur aduk dalam tuntutan hak akan merosakan jiwa.
Kembali kepada diri manusia yang inginkan kebaikan. Berdasarkan keterangan,dapat disimpulkan bahawa ,keinginan ,matlamat dan keperluan manusia adalah kebaikan maka HAK MANUSIA ADALAH KEBAIKAN.
Hak jasmani:
Sihat,cergas,kemas,segak,bergaya,berat badan ideal,bersih dan yang paling penting.MESTILAH TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.dll
Hak rohani
Ianya agak kompleks namun tidaklah mustahil untuk memenuhinya.
HAK
TUNTUTAN
Akal
Fikir positif,pandangan jauh,bijak menilai,bijak memilih
Mulut
Bercakap sopan,lemah lembut, mulut tidak berbau,nada sederhana
Hati
Penuh dengan sifat mahmudah,suci,tiada dendam benci sesama saudara
Perut
Makanan dan sumber rezeki yang halal,mengikut kadar yang secukupnya
Syahwat
Nikah
Jika terlampau kuat, sila berpoligami
KESAN DAN AKIBAT HAK TIDAK DIPENUHI :
-Fizikal tidak mencapai keupayaan optimum atau rosak,DALAM SEDAR ATAU TIDAK
-Jiwa,perasaan,fikiran kacau dan tidak menentu
-Hati sentiasa tidak puas,tenang dan jika ada hanyalahsementara sahaja
-Fikiran sering diterjah persoalan
-Wujud keraguan terlampau dalam diri
-Hilang percaya dan yakin pada diri
-Cenderung dan selalu bertaklik kepada orang lain tidak kira di dalam apa jua hal
-Takut terhadap bayang-bayang sendiri
-Hilang rasa dan sifat malu
-Personaliti yang berubah-ubah mengikut rentaksekeliling
-Berprinsip dan pegangan yang kurang jelas atau tiada langsung.
-Fanatik terlampau kepada tokoh ,falsafah,atau idealogi tertentu
-Gaya fikir sentiasa kotor,negatif,serabut,
-Perwatakan cenderung kepada panas baran,agresif,sombong,ego tidak menentu
-Putus asa dengan kehidupan,untuk berubah,untuk menjadi baik.
KESIMPULAN:
Sila kenali diri anda dengan teliti. Penuhkan tuntutan sebelum ingin terpekik dan terjerit seperti orang hilang akal ,kononnya untuk mempertahankan hak yang anda sendiri tidak jelas tentangnya. Sila ambil pengajaran WAHAI ORANG-ORANG YANG PUNYA AKAL….