Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 17 Oktober 2009

SURAT YANG TIDAK SAMPAI

Asalamualaikum buat sahabat sahabat pimpinan tertinggi,Presiden,Naib Presiden.Timbalan Presiden, Mursyidul Am, AJK dan sekalian ahli PAS yg dihormati serta dikagumi.




Dukacita kita melihat senario penindasan kerosakan,dan kejatuhan moral di kalangan ummat Islam hari ini ,yg saban hari semakin serius dan semakin kritikal. Dengan banyaknya Jemaah-Jemaah Islam di Malaysia hari ini seperti PAS,JIM.ABIM,ISMA,PKPIM dan sebagainya, seharusnya ,sepatutnya dan selayaknya mempunyai hala tuju serta penyelesaian yang jelas dalam menangani masalah ini di Malaysia khususnya




Melihat demikian banyaknya jemaah,seharusnya ia memberi kesan dan signifakan yg besar dalam mencorak kekuatan ummat Islam di Malaysia hari ini. Apatah lagi dengan landasan serta prinsip perjuangan Islam atau perjangan para Rasul. Tetapi apa yg telah,sedang dan akan berlaku sentiasa membuatkan kita rasa gelisah ,marasa sedih tatkala senario masih lagi tidak berubah dan masih lagi tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda akan berubah. Satu soalan ingin ditanyakan, di manakah silapnya?




Islam merupakan Nur atau cahaya yang akan memberi manusia cara bagaimana untuk melihat kebenaran, mencari matlamat dan mengenali hakikat sebuah kehidupan iaitu Pengabdian Kepada Allah S.W.T Seharusnya pejuang Islam sangat jelas akan matlamat,sangat besar jiwanya,sangat cekal hatinya,sangat bijak akalnya dalam memperjuangkan Islam. Dalam erti kata yang lain ,mereka sangat kenal musuhmusuhnya,cabaran,halangan,

ujian serta pelbagai tribulasi yg mendatang. Satu lagi soalan hendak ditanyakan ,siapakah musuh kalian?Adakah musuh-musuh anda itu betul-betul menentang Allah atau mereka tidak faham akan kekuasan Allah. Ada perbezaan. Yahudi sangat kenal akan kebenaran itu,yaitu Tuhan tetapi mereka tersilap pilih Tuhan. Tetapi ada segolongan yang lain yang menentang kerana tidak tahu tentang hakikat ketuhanan itu sendiri dan lebih menyedihkan apabila tiada siapa yang ingin memberi faham kepada mereka.



Yang berdosa adalah mereka yang tidak ingin serta tidak mahu memberi faham kepada yang tidak faham.





Allah memberi perintah buat ummat Islam agar bersikap keras terhadap orang kafir atas alasan mereka ini menentang Allah ,Rasul serta Islam. Kafir itu adalah orang yang sudah tahu dan faham tentang Islam dan mereka menolak serta mereka menentang kerana ada kepentingan tertentu maka mereka ini harus ditentang,dihancur,dan dihapuskan dari muka bumi.




Kita semua tahu bahawa Umno /BN adalah kelompok yang tidak faham akan Islam kerana mereka tidak faham atau tahu tentang Islam yang sebenar. Mereka ini DIDIDIK ,DIBENTUK,DIPELIHARA, DIITARBIAH OLEH BARAT. Jangan jadi bodoh dengan mengharapkan agar Islam akan ditegakkan ditangan mereka. Dan jangan jadi BODOH DENGAN MENENTANG MEREKA SEBELUM MEMBERI DAN MENDIDIK MEREKA DENGAN ISLAM. JIKA SELEPAS ITU MEREKA MENOLAK MAKA BARULAH MEREKA INI BOLEH DITENTANG




Antara tindakan yang perlu adalah kembali jernihkan hubungan kemanusiaan dengan mereka. Ajar mereka tentang Islam. Begitu juga dengan sahabat kita di dalam Pakatan ,PKR dan DAP. Mereka sangat ingin belajar tentang Islam. Ajar mereka dengan penuh kasih sayang ,penuh ikatan persaudaraan sesama insan dan insya’allah keadaan akan kembali berpihak kepada ISLAM. Maka kita akan melihat senario manusia berbondong-bondong masuk Islam.INSYA’ALLAH.




Sedikt teguran. Sekian lama perjuangan anda sangat jauh dari titik asal perjuangan para Rasul. Rasulullah S.A.W tidak pernah berpolitik. Baginda tidak pernah mengizinkan Islam mengikut politik tetapi politiklah yang mngikut Islam. Ramainya manusia memeluk Islam kerana melihat akhlak baginda,cara hidup baginda,percakapan baginda,sosial baginda,keteguhan baginda,keberanian baginda dan segala-galanya dilakukan olah baginda S.A.W. dengan sangat halus,bersopan,mengikut adab,harmoni dan sempurna di atas prinsip Islam ,sebuah agama yang sangat mendamaikan dan menyempurnakan akhlak manusia.




Medan politik dibentuk dan direka agar manusia bertembung ,bertanding ,dan berlawan mengikut jalan pemilihan atau demokrasi demi mencapai tujuan iaitu kuasa pemerintahan.




Kuasa ummat Islam bukan pada pemerintahan tetapi pada KUASA DAKWAH. YA DAKWAH. DISEBABKAN DAKWAHLAH MANUSIA INI KEMBALI KENAL AKAN TUHANNYA .KENAL AKAN RASUL-NYA, KENAL AKAN KITAB-NYA. DISEBABKAN DAKWAH JUGALAH YG TELAH MENYEBABKAN MANUSIA MENGANGKAT RASUL DAN PARA SAHABAT MENJADI PEMIMPIN UMMAT. BUKAN PARA SAHABAT DAN RASUL MENGANGKAT DIRI MEREKA SENDIRI.





Sebagai penutup,ana tidak akan meninggal persoalan tanpa sebarang jawapan. Itu adalah suatu kezaliman buat antum dan ana sendiri. Kita pernah dengar tentang institusi politik,intitusi makanan,institusi pentadbiran maka telah sampai masanya kita MEMBINA,MENYUSUN, DAN MENGGERAKKAN INSTITUSI DAKWAH. Inilah satu satunya institusi yang telah lenyap dan sememangnya musuh kita bertindak agar kita akan melupakan dan mengabaikan institusi ini. Dan inilah jalan atau RAHSIA BESAR BAGAIMANA ISLAM DITERIMA DI SELURUH ALAM. “Dan tidaklah Kami mengutuskan Engkau melainkan sebagai Rahmat untuk Sekalian Alam.




Ana menyeru agar ianya dibentuk kembali agar Daulah Islamiah dan Khilafatul Islamiah akan kembali menerajui bumi ini dengan KUASA DAKWAH Insya’allah.

Followers