Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 17 Oktober 2009

SURAT LAYANG-LAYANG

NOTA : surat dibawah telah ditulis untuk sahabat ana tapi melihatkan ade isi penting yg bleh diketengahkan maka ana rase sesuai ntuk dikongsi dgn pembace sekalian,semoga tenang dgn ape yg disampaikan di sini

................................................................................................


Salam buat SAHABAT SEKALIAN. Ini adalah artikel dan bukan surat cinta.!! Semoga dilimpahi keberkatan dan kerdhaan Allah sepanjang hidup ini.

Straight to the point. Dunia hari ini sangat berkecamuk. Apa yang berlaku di dunia ini adalah perkara yang sangat tidak dapat diterima oleh akal. Kenapa manusia yang dikatakan penyampai risalah Tuhan boleh difitnah dan ditentang seperti nabi misalnya, sentiasa dipermainkan dan diperlekeh. Sirah telah membuktikan semua nabi dan Rasul terpaksi berhadapan dengan ujian. Pastinya ia adalah Sunnatullah yang tidak dapat diubah. Tetapi kenyataan lainnya adala ada sebab dan alasan bagi setiap sesuatu yang berlaku. Pasti kita ingat akan cerita nabi Adam a.s. Jika tidak jelas boleh rujuk semula kepada Al-Quran.

Sebelum itu kita ke zaman akan datang sekejap. Manusia mempunyai keupayaan dan kemampuan yang luar biasa. Rahsia ini adalah terletak pada akal kita sebenarnya. Bagaimana kita menggunakan akal kita maka begitulah ia akan membentuk personaliti diri kita. Jika kita berfikiran diri kita hebat maka jiwa kita ,imej kita,personaliti kita dan watak kita akan menjadi hebat. Begitu pula sebaliknya jika kita berfikiran kita ini lemah maka jiwa kita,watak kita,imej ita akan menjadi lemah. Ini adalah gaya fikir ummat akan datang. Kelompok in terpecah kepada 3 kumpulan iaitu indigo,kristal dan pelangi.

Perbezaan pada 3 kumpulan ini adalah peranan dan tanggungjawab. Indigo bersifat pejuang dan Kristal adalah penyelamat manakala pelangi adalah pahlawan luar biasa. 3 kumpulan terpecah kepada 2 iaitu kafirin dan mukmin. Kafirin hebat kerana disebabkan dunia. Hidup mereka duit ,pangkat,harta,kuasa,pengaruh,wanita dan segala kemewahan di dunia. Segala apa yang dikejar di dunia ini hanya bersifat sementara.ia hanya wujud di dalam otak sahaja atau dalam kata lain hanyalah ilusi yang terbentuk di dalam otak sahaja.di sebabkan itu jugalah ia tidak wajar untuk diimpikan ,dicita-citakan dan dijadikan matlamat. Untuk keterangan lanjut sila baca Hakikat Kehidupan Dunia ditulis Harun Yahya. Maka disebabkan itu kehebatan kafirin terhad di dalam otak sahaja. Berbeza bagi mukmin,kehebatan mereka adalah Allah. Imej Allah tidak dapat dibentuk oleh otak. Beerti ia tidak mampu ditafsir,dibentuk dan dirasai oleh akal supaya matlamat kita sentiasa berada diluar batasan akal. Ini bukan bermaksud kemampuan kita akan mati tetapi ajaibnya adalah kita akan sentiasa menjadi semakin kuat,bertambah kuat dan terus menjadi kuat. Disebabkan itu jugalah kemampuan mukmin tidak dapat dijangka kerana teras kekuatan mereka adalah Allah semata. Sekuat mana Allah maka sekuat itulah mereka. Hebat bukan. Jika pernah terdengar hadith Nabi s.a.w bahawa wali-wali Allah ini, hati mereka Allah ,penglihatan mereka Allah,pendengaran mereka Allah,lisan mereka Allah, akal mereka Allah. Allah is everything for them. Indigo boleh berubah menjadi Kristal .Kristal boleh menjadi pelangi tetapi syaratnya adalah ikut jalan Allah. Apakah jalan Allah? Islam. Apa itu Islam ?ikut Al-Quran dan As-Sunnah.

Secara asasnya Allah memerintahkan agar kita berfikir positif,menjaga perut agar sentiasa positif(makan makanan yang bersih lagi suci),menjaga syahwat agar juga positif(nikah),menjaga lisan agar positif(percakapan yang baik/dakwah) dan menjaga hati agar bersih(tiada dendam /prasangka/benci dll-mazmumah) dan menjaga jasad agar turut bersih(pelihara organ dan anggota). Rokok akan merosakkan jasad maka ia adalah haram. Setiap perintah adalah hak Allah dan hak manusia/diri kita. Setiap hak Allah perlu dipenuhi walau tidak kira apa jua yang berlaku. Mengerti! Rahsianya adalah apabila kita memenuhi hak-hak Allah maka kita akan puas dan kita akan rasa seolah –olah kita telah berada di Syurga atau berada di 'kampung halaman' kita! That is the biggest secret ever that has never been revealed by anybody unless the prophet,messenger or people that has been chosen by God. Mudah bukan! Berseronoklah dengan perintah dan jangan berseronok dengan larangan !!

Nak tengok camne syaitan sesatkan manusia? Boleh tengok video the Arrival berjumlah 51 epi. Cadangan lain boleh baca blog konspirasi untuk tahu permainan syaitab kat dunia yang sangat bijkasana :

-ibnuyaacob.com

-nusanaga.blogspot.com

-wakeupproject.com

-panji dari timur

-dll

Followers