Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 17 Oktober 2009

KENAPA MESTI ADE MUTABA'AH

MUTABA'AH ADALAH 'SPESIS BARU' YG DITEMUI DI DALAM GERAKAN ISLAM.IANYA MERUPAKAN 'CHEKLIST IBADAH' BAGI SETIAP AKTIVIS2 GERAKAN. NOTA : pengatahuan,ade sesetgh kelompok yg kate mutaba'ah nie sesuatu yg tidak perlu maka,di sini ade disertakan sedikit idea untuk menjawab persoalan tersebut....
....................................................................................


Segala amal ibadat adalah berlandaskan syariat Allah. Apabila suatu amal kebaikan atau ibadat dibuat maka ia hanyalah untuk menjaga hubungan dengan Allah semata. Berbalik kepada asal krisis iaitu manusia lupa Allah dan Lupa Diri sendiri. Apabila Allah terabai dan diabaikan maka hidup manusia akan hancur ,hilang dan tidak bermakna. Isunya atau masalahnya adalah bukan pada kenapa 1 juzuk?kenapa subuh berjemaah? Kenapa Dhuha? Kenapa tahajud? Solat Subuh berjemaah adalah kerana pertembungan hawa nafsu dan iman yang pertama adalah waktu subuh. Maka pilihlah antara iman atau nafsu ! Dalam kata lain,pilihlah antara Allah dan syaitan! Kenapa berjemaah,kerana tuntutan berjemaah itu sendiri.”Rukuklah bersama orang –orang yang rukuk.”Dalam sirah para sahabat ,orang munafiq paling susah untuk hadir berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh. Adakah anda mahu menjadi salah seorang agen munafiq? Dhuha bukan dibuat atas alasan sunat. Ia dipraktikan atas alasan sejauh mana kita meletakkan Allah di dalam kehidupan kita. Jika diperhatikan jarak antara Zohor dan Subuh adalah yang paling jauh. Maka adalah baik dan bijak sekiranya waktu tersebut diisi dengan solat Dhuha agar keberadaan Allah lebih hampir kepada kita. Bukan difardhukan oleh mana-mana ulama’ atau tuk guru,tetapi kita yang memfardhukannya ke atas diri kita.
Diperingatkan seandainya kita telah merasakan amal kita telah cukup untuk membawa kita ke syurga maka tidak perlulah amal ini dibuat.



Seandainya kita merasakan kita memerlukan Allah ,sujud dan tunduklah! Segala-galanya berbalik kepada Allah. Segala amal kebaikan,makruf dan yang berkaitan dengannya tidak perlulah mempertikaikannya seandainya ia bermanfaaat untuk kita. Jika amalan ini mengganggu konsentrasi dan komitmen dalam kerjaya maka tolonglah bijak dalam mencari peluang dan ruang. Kita mempunyai ruang untuk mengutuk dan menghina orang tetapi tiada masa dalam memperbaiki hubungan dengan Allah. 1 juzuk hanya angka. Tidak kira walau berapa helai sekalipun tetapi adalah baik sekiranya kita boleh memberi komitmen di dalam amal kepada Allah. Demi melatih diri dengan amal ,wajib dan paksakanlah ke atas diri anda sendiri. Ulang suara seandainya kita merasakan amal kita hari ini sudah cukup untuk membawa kita ke syurga maka katakanlah selamat tinggal kepada Al-Quran,Qiamulai,Dhuha,istighfar,dsb. Allah sangat cintakan seseorang hamba apabila sesuatu amal dibuat secara tetap,komitmen dan berterusan. Bermakna perlu disiplin yang tinggi di dalam amal ibadat!



Tetapi ingat di dalam membina komitmen perlu ada paksaan,tekanan kemudian barulah ia akan menjadi kebiasaan. Solat fardhu 5 kali sehari telah membuktikan ia tidak cukup dalam membentuk akhlak yang baik di dalam diri kita disebabkan kita terlalu banyak ‘memikirkan masalah yang bukan masalah’. Justeru tambah amal kita dengan bacaan Al-Quran,Dhuha dan Qiamulail untuk memperbaiki semula hubungan kita dengan Allah. Bukannya soal sunat,wajib,makruh, dan sebagainya tetapi soalnya adalah diri kita yang memerlukan Allah,maka beramallah dengan amalan yang boleh membawa kita kepada Allah. Ayuh ,berubahlah !
Ubah sebelum parah ,Ubah demi maruah.!-‘PINJAM KATA2 ANWAR IBRAHIM SEKEJAP…..

Followers