Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Rabu, 28 Oktober 2009

SIMPATI BUAT SANG BULAN PURNAMA




Gempar. Kecoh satu Malaysia (One Malaysia) apabila tok guru Nik Aziz membuat kenyataan berkenaan mengadakan EGM untuk membersihkan parti daripada beberapa kerat pemimpin yang dirasakan beliau bermasalah. Isu ini berpucuk pangkal daripada teguran Porf Aziz Bari yang menyarankan dan mencadangkan supaya PAS menunjukkan sikap dan prinsip yang lebih jelas sebelum Pilihan raya ke 13. Beliau berpendapat adalah penting untuk membuat suatu kata putus atau penegasan berkaitan terhdap situasi politik Pakatan Rakyat di beberapa negeri yang dirasakan tidak stabil ,di Selangor khususnya. Hujah beliau berdasarkan watak beberapa pemimpin PAS yang dilihat membuat ‘onar’ di negeri terbabit. Diperkuatkan lagi dengan perubahan ‘undi swing’ masyarakat India dan china yang dikatakan merosot hampir 80 % berikutan sikap PAS di dalam pakatan Rakyat Selagor yang agak celaru berikutan beberapa isu seperti isu arak dan SELCAT. Juga ditambahterukkan lagi dengan DAP yang nyata tidak senang dengan situasi serta sikap PAS terhadap di dalam pakatan pembangkang.


Mungkin ada yang akan mengatakan isu ini berpuca daripada Prof Aziz Bari yang menegur pimpinan PAS secara terbuka. Beliau membuat kenyataan tanpa mengambil kira sikap sesetengah ahli PAS yang sangat menjunjung tinggi kepimpinan terttinggi PAS. Bagi mereka ,pimpinan inilah yang akan memberi syafaat kepada mereka dan seterusnya membawa mereka ke syurga di hari Akhirat kelak. Beliau hanya membuat kenyataan dan tanggapan kerana PAS memerlukan satu platform politik yang lebih jelas dan tegas di dalam menyatakan pendirian. Hal ini amat penting terutama bagi menarik sokongan masyarakat China dan India. Mungkin PAS tidak bermasalah dalam menarik sokongan Melayu Islam tetapi di pentas politik Malaysia sekiranya anda tidak dapat menarik sokongan kaum India dan China meskipun anda Berjaya memperoleh sokongan penuh masyarakat melayu maka anda dikira gagal dan karier politik tidak akan bertahan. This is the fact !
Timbul juga suara yang mengatakan puncanya adalah daripada kelompok ‘Pro Unity Government’ . Terdapat usaha-usaha yang dikatakan masih berterusan untuk membawa PAS ke dalam UMNO. Hal ini dijelaskan lagi melalui ucapan penggulungan Tuan GURU Hj Hadi di mesyuarat agung beberapa bulan lepas,(kalau x silap). Beliau masih lagi ingin membawa PAS untuk duduk semeja dengan UMNO. Demi menyelamatkan ummat Islam yang berterusan bercakaran hanya gara-gara perbezaan idealogi.



Justeru siapakah yang salah,adakah Tok guru Nik Aziz yang membuat kenyataan terbuka tanpa mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi pusat yang lain seolah-olah cuba membuktikan beliau berkuasa mutlak di dalam menentukan hala tuju PAS. Adakah kerana sikap pro Unity Government yang masih yang cuba bersikap neutral dengan UMNO dan akhirnya mendapatkan jawatan sekiranya kerajaan perpaduan Berjaya dibentuk. Adakah salah Prof Aziz Bari yang cuba menyampaikan pandangan berdasarkan trend politik terbaru ,susulan kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang. Jadi salah siapa sebenarnya ?
Kita akan meneliti hal ini secara teliti dan kolektif,mengambil kira pelbagai faktor,dari segi iman dan islam,in’allah.





1. Kenapa Nik Aziz begitu anti dengan kerajaan perpaduan ?




Semenjak 19 tahun pemerintahan tok guru ,pelbagai tekanan dan tribulasi telah dialami beliau gara-gara UMNO. Sepanjang masa tersebut beliau ditekan dengan sekatan terhadap bantuan kewangan, ketiadaan projek ekonomi yang ditaja kerajaan Persekutuan ke Kelantan,dipinggirkan dari segala bentuk pembangunan oleh kerajaaan Pusat dan macam-macam masalah di dalam bentuk ekonomi dan pentadbiran. Tidak termasuk lagi dengan tuduhan pembawa kemunduran , negeri miskin dan tidak tahu memerintah dan macam-macam lagi. Mungkin penahanan anak beliau di bawah ISA turut menambahkan lagi kebencian beliau terhadap UMNO. Bayangkan sepanjang 19 tahun pemerintahan beliau ,inilah bentuk tarbiyyah yang dialami beliau. Fitnah,kutukan ,kejian terhadap pemerintahan beliau, maka tidak mustahillah sehingga kiamat pun,beliau tidak akan duduk semeja dengan UMNO. 19 tahun diserang dengan pelbagai tekanan,mehnah,fitnah mana mungkin kita mampu menanggung keadaan sedemikian rupa. Pengalaman bertempur dengan kerajaan Pusat semenjak awal pembabitan di dalam politik Malaysia menguatkan lagi hujah beliau untuk mempertahankan prinsip dan sikap beliau. Tidak akan sekali-kali duduk dengan UMNO walau apa jua hal. Berdasarkan realiti ini adakah beliau salah dengan sikap keras yang berterusan terhadap UMNO. Secara jujurnya tidak salah. Habis di sini.


2. Tok Guru Hj Abdul Hadi pula dilihat mempunyai pandangan politik yang bertentangan





Beliau tidak merasai dan mengalami seperti apa yang dilalui oleh Tok Guru Nik Aziz. Jika dilihat secara teliti,Tok Guru Hj Hadi lebih mengimpikan tarbiyyah Islam dari politik semasa. Acap kali ucapan beliau amat menitip beratkan kalimah tarbiyyah di dalam PAS. Mungkin bagi beliau apa yang dialami masyarakat melayu Islam terutama melibatkan pertembungan idealogi politik amat membingungkan ,sehinggakan adakalanya terbawa-bawa kepada keruntuhan rumah tangga,permusuhan sesama jiran,ahli PAS tidak bersolat di masjid UMNO dan macam-macam lagi hal-hal pelik yang berlaku gara-gara tidak sefaham politik. Tok Guru Hj Hadi hidup berlatarbelakangkan landskap dakwah yang agak pesat (pada zaman sekita 60an sehingga 80an gerakan Islam hasil inspirasi ikhwanul muslimin mesir di bahagian asia tengah dan barat amat lancar dan mungkin suasana ini secara tidak langsung menyebabkan beliau ‘tersibgah’ dengan peri pentingnya tarbiyyah Islam terhadap ummat. Hal ini turut dialami oleh tokoh-tokoh yang pro tarbiyyah seperti Nasharudin Mat Isa ,Hassan Ali mungkin dan juga beberapa ‘tokoh dibelakang tabir’ yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan secara senyap. Hasrat Tok Guru Hj Hadi hanya sekadar ingin memenuhi tuntutan atau hak kemuliaan Islam iaitu sebuah agama yang menganjurkan perdamaian,keamanan dan kesejahteraan,agama yang menyatukan hati manusia, mendamaikan jiwa dan mengharmonikan masyarakat. Itu sahaja. Adakah beliau salah. Sekali lagi para pembaca dapat menilai dan setuju bahawa Tok Guru Hj Hadi tidak salah. Jika difikirkan secara lebih berhikmah ,dengan iman yang jitu,dengan syahadah yang benar. Terasa berat unutuk menyatakan betapa sikap Tok Guru Hj Hadi lebih bersifat ‘imaniah’. Keimanan kepada Allah, mengambil kira inti pati ajaran Islam yang asli iaitu Islam sebuah ajaran yang mendamaikan dan mengharmonikan jiwa manusia,membawa manusia kembali kepada fitrah asal penciptaan iaitu dari ‘Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali’.



Mungkinkah sikap Tok Guru Nik Aziz salah ?



Saya bersetuju betapa sikap yang ditunjukkan oleh tok guru Nik Aziz adalah betul dan benar,seandainya saya seorang yang tidak memahami konsep asal tarbiyyah dan falsafah dakwah di dalam membangunkan dan membangkitkan semula Islam. Sebagai ahli parti yang hanya terikut –ikut dengan trend politik semasa sambil mengabaikan prinsip asal inti pati ajaran Islam iaitu kesejahteraan dan keamanan buat manusia seluruhnya. Tanpa menolak faktor beliau ditekan sepanjang 19 tahun pemerintahan sehingga menyebabkan ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluat negeri ,kutukan dan termasuklah penangkapan terhadap anaknya, maka sikap yang ditunjukkan beliau pada hari ini sangat banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan peristiwa yang telah dialami oleh beliau. Namun yang jelas adalah sikap beliau terhadap UMNO amat dipengaruhi oleh pengalaman dan sejarah hitam beliau dengan UMNO. Sikap yang ditunjukkan beliau hanyalah kerana beliau adalah manusia yang lemah seperti kita. Hal ini adalah lumrah dan norma sebuah kehidupan.



Di sinilah kita semua akan melihat wajah sebenar politik. Politik adalah tanggapan,hujah ,persepsi dan tindakan manusia. Ianya berdasarkan ramalan,jangkaan, melalui fenomena-fenomena perilaku dan tindakan manusia. Bukankah telah jelas di dalam surah an-Naml ayat 6 ,”



Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).





Tindakan kebanyakan manusi adalah berdasarkan persangkaan semata. Amat jelas dan terang. Parti Islam yang mengambil jalan untuk menyertai politik akan merasai bahang penipuan dan fitnah politik ini. PKS (Partai Keadilan Sejahtera) sendiri turut mengalami maslah yang sama. Mereka mula menilai sama ada ingin terus bersama partai Demokrat atau kembali membentuk legasi baru bersama partai Islam yang lain di Indonesia. (Tetapi dijangkakan mereka akan terus kekal selepas diberi beberapa jawatan penting di dalam kerajaan baru SBY.)



Tak ingin berhujah lebih panjang kali ini. Secara lebih tegas ingin dikatakan bahwa sikap Tok Guru Nik Aziz adalah tidak menggambarkan seorang ulama yang mempunyai platform dakwah dan tarbiyyah yang hebat. Beliau hanyalah membuat keputusan berdasarkan watak seorang ahli politik yang ingin menjaga kredbiliti parti di dalam pakatan pembangkang. Tidak lebih dari itu. Pandangan beliau mungkin kerana pandangan Prof Aziz dan juga keputusan pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Tidak terkecuali juga mungkin ada’ unsur-unsur dalaman ’ yang turut mempengaruhi sikap beliau secara tidak langsung. Apabila seseorang semakin meningkat usia, keaktifan akalnya semakin merosot,sistem fikirnya akan merudum, dan daya ingatan akan menjunam,tahap keupayaan sel-sel otak turut terjejas. Hal ini turut berlaku kepada Tok Guru Nik Aziz. Beliau bukanlah manusia yang diberi mukjizat serta kelebihan seperti para wali. Dia tetap seorang manusia biasa. Fakta ini perlu diterima oleh semua orang. Usahkan hendak memberi syafaat buat 500,000 penyokong parti Islam tersebut bahkan untuk menyelamatkan diri beliau sendiri pun beliau ragu-ragu di Padang Mahsyar . Tidak ada manusia yang berani mengisytiharkan dirinya mampu memberi syafaat di padang mahsyar kecuali para rasul. 10 sahabat yang dijamin syurga pun tidak berani untuk meletakkan diri mereka sebagai penyelamat di HARI YANG TIADA NAUNGAN MELAINKAN NAUNGAN ALLAH AZZA WA JALLA SEMATA.



Di harap para penyokong PAS yang menyokong secara mengkhinzir buta perlu sedar akan hakikat ini. Tindakan yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz adalah berdasarkan pengalaman dan sejarah beliau dalam ‘teater’ politik bersama UMNO. Tidak perlu mempertikaikan kedudukannya sebagai MURSYDUL AM,MENTERI BESAR atau pemimpin spiritual PAS tetapi sebagai insan yang mengetahui akan batas kemampuan dan kelemahan diri yang semakin meningkat usianya,saya kira telah sampai masanya Tok Guru Nik Aziz mengambil langkah kanan untuk berundur dari Pentas POLITIK SYAITAN INI. Tetapi sebenarnya adalah lebih baik jika SANG BULAH PURNAMA BERUNDUR SEPENUHNYA DARI JALAN TOGHUT INI. Ini lebih baik dan menguntungkan buat ummat . Ambil langkah proaktif di dalam membina masyarakat melalui TARBIYYAH DAN DAKWAH sebagaimana yang dijelaskan di dalam artikel SEBUAH BANGUNAN IDAMAN dan SOLUSI KE ARAH KONFLIK JEMAAH Objektif pentas politik adalah untuk memecah-belahkan manusia dan dan kita semua sedang menjadi saksi di atas fakta ini. Golongan yang mengaku memperjuangkan Islam sendiri bahkan tersekat di lapangan ini. Apatah lagi mereka-mereka yang ditarbiyyah secara Barat, pastinya lebih haru-biru pendirian mereka di dalam pentas ini.

Jangan menilai Islam melalui sikap dan tindakan manusia. Berdasarkan ayat 6 surah An-Naml(dali di atas). Islam adalah jalan Tuhan. Jalan Allah. Untuk mengamalkan Islam,memuliakan dan memartabatkan Islam maka adalah HARAM untuk bertindak mengikut rentak kebanyakan manusia. JANGAN PANDANG SEJARAH MANUSIA TETAPI LIHAT LAH SIRAH PARA NABI DAN SAHABAT SERTA ORANG SOLEH. ISLAM adalah fitrah manusia. Ar-rum ayat 30,





” Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”






Ini kali pertama dan terakhir post berkenaan politik diletakkan. Keputusan ini dibuat berdasarkan realiti politik yang menyakitkan hati dan lebih-lebih ia berkait rapat dengan masa depan pasukan Islam. Diharap selepas ini tiada lagi isu-isu karut seperti ini timbul di pihak PAS. Ditulis oleh manusia yang lemah dan ingin memperingatkan saudara-maranya yang kelihatan masih lagi keliru dengan masa depan Islam. Sekian ..

Followers