Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 29 November 2011

3 MINIT

JAWAB SEMULA DAN PENCERAHAN


MARI kita fahami satu persatu bagi merungkai semua ini. Persoalan hak asasi manusia yang dicanangkan oleh sebilangan manusia di negara ini yang mendapat restu sang politikus curang.

Sebelum itu, adalah lebih baik anda semua menggunakan akal yang sihat dalam membuat pertimbangan yang adil dan terbaik. Sila gunakan akal yang diberikan percuma oleh Allah untuk berfikir mengenai perkara ini, dan jangan gunakan kepala lutut yang dipalu oleh orang-orang politik.

Saya tidak mahu menulis panjang kali ini, saya hanya mahu menegur sedikit kepada beberapa orang yang menjadikan politik sebagai fokus kehidupan. Saya mahu bertanya kepada kamu semua, kalau diberi pilihan antara perintah Allah dengan politik, mana satu kamu akan pilih?

Pasti ramai tanpa rasa malu akan memilih perintah Allah sedangkan mereka seharusnya berasa malu untuk membuat pengakuan itu jika dihadapkan ke hadapan Allah. Kenapa? Kerana lidah mereka mengucapkan taat setia kepada perintah Allah sedangkan hati mereka jauh lebih taksub kepada pegangan politik, itu curang namanya.

Tidak perlu kita ambil contoh yang jauh-jauh, kita ambil sahaja contoh yang ada di depan mata. Kita lihat kepada isu hak asasi manusia dan orang yang menggerakkannya serta orang-orang dungu yang berdiri di belakang penggerak itu.

Ambiga pernah mempersoalkan hak penjagaan anak orang Islam yang mana wanita itu menuntut supaya anak orang Islam tidak diberi hak untuk dibesarkan mengikut ajaran Islam sehinggalah anak itu mencapai usia matang bagi memilih mana-mana agama yang dipercayainya walaupun ibu bapanya adalah orang Islam.

Kalau kamu orang Islam yang mengenali musuh agama kamu, sudah pasti kamu tidak akan pernah bersetuju dengan permintaan wanita itu sehingga kiamat kerana wanita itu menanam muslihat untuk merosakkan anak-anak kamu dan agama kamu.


Tetapi, apabila Ambiga yang sama tampil pula dengan slogan BERSIH pilihanraya, maka ramai pula orang Islam yang bertuhankan POLITIK DEMOKRASI bersetuju dengan wanita itu sedangkan wanita itu mempunyai muslihat terancang untuk melakukan sesuatu mengikut kehendaknya.

Persoalannya, di mana pendirian kamu wahai umat Islam yan
g bertuhankan demokrasi? Jangan persoalkan pendirian saya wahai RattleHead, pendirian saya tertumpu kepada agama saya. ^_^ Kamu minat muzik dalam hidup ini dan berbangga dengan pendirian itu? Kenapa tidak secara jelas isytiharkan bahawa kamu bangga dilahirkan sebagai orang Islam yang menghormati orang lain? Oh, kamu mahu mengaku pula bahawa kamu juga sebenarnya berbangga menjadi orang Islam selepas saya simbah kamu dengan kata-kata di atas? Kalau begitu, di mana pendirian kamu? Kamu suka muzik atau kamu suka dilahirkan sebagai orang Islam yang diberi akal percuma oleh Allah? Mana pendirian kamu? RattleHead, please tune your head with analogue pitch tuner or even with digital pitch tuner & make sure it does not rattle anymore.

Kenapa saya mengambil Ambiga dalam contoh pertama, ia kerana ada umat Islam yang curang sedang berdiri di belakangnya iaitu umat Islam yang tiada pendirian terhadap agama, pendirian yang boleh diubah-ubah seandainya ia memihak kepada politik demi kepentingan merebut kekuasaan demokrasi yang mereka idamkan.

Siapa pula orang yang berdiri di belakang Ambiga dan apa kepentingan mereka untuk berdiri di belakang wanita sang musuh Islam itu lalu diangkat Ambiga itu sebagai ‘khalifah’ kamu semua?

Oh, ada lagi satu perhimpunan, Himpunan Sejuta Umat. Tapi malangnya, ada orang Islam sendiri yang mengatakan ia hanya himpunan sejuta buih-buih di lautan, lalu tidak langsung hadir demi mengukuhkan pendirian umat Islam dalam menangani isu murtad. Kalau mereka itu sejuta buih di lautan, orang yang berkata itu pula buih apa, buih dalam tangki najis, buih dalam gelas arak atau buih dalam lendir zina?

Tahu siapa yang mengucapkan kata-kata itu yang menyamakan perhimpunan itu sebagai sejuta buih di lautan? Sudah tentu mereka itu orang yang mempunyai fahaman politik melebihi perintah Allah supaya bersatu sesama umat. Selagi apa jenis perhimpunan yang tidak mendatangkan untung kepada politik kepartian mereka, sudah tentulah ia akan diperlekeh walaupun ia adalah untuk kebaikan sesama umat Islam. Itu perbuatan curang yang tidak berpendirian.

Apabila Ambiga tampil pula dengan slogan hak asasi manusia bagi golongan homoseksual, lesbian, pondan dan ‘jantan tak siap’ serta pengkid, puak yang sama juga mahu playsafe dan tidak serius membantah walaupun hanya mampu menyalak atau berkokok bagi membantah terhadap wanita yang pernah mereka ikut dalam Bersih tidak lama dulu.

Selepas itu, seorang politikus tampil dengan statement playsafe yang cukup dibanggakan oleh pak-pak angguk. Apa statement itu? Saya petik dari blog Muslimdairyz yang turut berbangga dengan statement itu, statement itu ialah:

"KAMI MENGAMBIL CONTOH BAGAIMANA ANWAR IBRAHIM MENJAWAB PERTANYAAN APABILA PARA ANGGOTA MEDIA BERTANYAKAN TENTANG SIKAP BELIAU TERHADAP ISU HUDUD..

BELIAU BERSEDIA DENGAN PILIHAN.

JIKA BELIAU MENJAWAB YA MAKA BELIAU AKAN DIGOLONGKAN SEBAGAI KONSERVATIF..

JIKA TIDAK MAKA..BELIAU AKAN DILABEL SEBAGAI PLURAL DAN LIBERAL…

JUSTERU BAGAIMANA BELIAU MENDEPANI ISU INI..

DALAM MEDAN POLITIK DAN KONTEKS DEMOKRASI YANG SERBA SERBI RELATIF DAN SUBJEKTIF..

KAMI TERTARIK DENGAN KAEDAH BELIAU MENJAWAB..

SEBAGAI MUSLIM SAYA WAJIB MENYOKONG TANPA SEBARANG PREJUDIS..

TETAPI DALAM BERDIRI DI ATAS PAKATAN BERSAMA BUKAN ISLAM DAN OLEH SEBAB IA MERUPAKAN BUKAN DARIPADA CABANG PAKATAN BERSAMA DAN TERMASUK PERKARA YANG TIDAK DISEPAKATI JUSTERU IA SEHARUSNYA TERMAKTUB KEPADA PENDIRIAN PARTI YANG INGIN MELAKSANAKAN DAN PENDIRIAN ITU HENDAKLAH DIHORMATI BERSAMA…"


Ada something fishy dalam jawapan tersebut, kenapa mesti ada TETAPI kalau pendirian sudah memihak kepada Islam dan hudud? Tidak nampak di mana ‘fishy’ itu? Perlu cerdik wahai saudara saudari semua, DAP menolak hudud. Jawapan yang dibanggakan Muslimdairyz itu pula ada klausa yang lebih ‘fishy’ iaitu ‘ia seharusnya termaktub kepada pendirian parti yang ingin melaksanakannya dan pendirian itu HENDAKLAH DIHORMATI BERSAMA’. Masih buta untuk melihat dan menilai statement? Adakah DAP menghormati PAS dalam persoalan hudud? Apa kata DAP setiap kali isu hudud ditimbulkan PAS? It’s fishy, am I right or wrong? Islam itu konservatif kalau Anwar jawab 'ya'? Menghampiri maksud jumud dan mundur?

Berapi-api minta 4 saksi, tetapi untuk melaksanakan hudud pun masih bergaduh sesama sendiri. DAP berkali-kali melangkah 'mayat Islam' tetapi orang Islam PAS sekali pun tidak pernah mahu melangkah DAP. Apakah kamu dihormati? Apakah agama kamu dihormati? Apakah hak memiliki lebih banyak 'kerusi' berbanding DAP kerana kamu parti terbesar dalam pakatan itu dihormati? Apa sudah jadi dengan kebijaksanaan PKR dan PAS dalam menduduki lebih banyak kerusi daripada DAP? Kalau Pakatan menang, siapa yang majoriti dalam bilangan kerusi? Adakah DAP yang majoriti itu akan ikut cakap PAS dan PKR yang lebih sedikit jumlah kerusi berbanding DAP? Kamu suka demokrasi, tetapi kenapa terlalu bodoh dalam memahami maksud majoriti dalam demokrasi? Kenapa tidak nampak keganjilan dalam pembahagian kerusi demi memastikan Islam dominan dalam tarian demokrasi DAP? Kamu tidak suka kalau ada orang bercakap mengenai Melayu, tetapi saya sedang bercakap mengenai Islam di sini yang tidakpernah dominan dalam pakatan bersama PKR dan DAP. Saya tidak cakap seperti 'child politics' di sini, saya bercakap mengenai Islam yang semakin tidak dominan di sisi Pakatan. Saya lebih pentingkan Islam dan lebih berminat dalam hal dominasi Islam.

Adakah hanya kerana Anwar tidak mahu dilabel sebagai plural dan liberal maka jawapan itu menjauhi pendirian tegas seorang Islam yang mahukan hukum Allah ditegakkan? Mana satu pendirian orang-orang ini dan pengikut-pengikut bagi orang-orang ini? Nabi pernah dicerca dan dibaling batu semasa berdakwah, takkanlah hanya semata kerana dilabel konservatif maka pendirian teguh terhadap menjunjung perintah Allah ditolak ke tepi? Adakah para khalifah ulung juga pernah takut dilabel curang kepada agama hanya semata-mata mahu menjaga kepentingan kafir?

WAJIB MENYOKONG TETAPI ADA ‘TETAPI’… what the… berbelit-belit, tidak menjelaskan pendirian dengan jelas.

BERDIRI sebagai orang Islam yang taat perintah Allah atau berdiri sebagai ‘atas pakatan bersama’? Jenis pendirian apakah itu? Jangan kata Pakatan, UMNO dalam BN pun sama. Jawapan yang ‘fishy’ selalunya merupakan JAWAPAN YANG PANJANG DAN BERBELIT-BELIT seperti contoh jawapan yang dibanggakan itu, belajarlah mengkaji keihlasan melalui tutur kata orang lain. Jangan jadi hamba demokrasi. Jadilah hamba yang taat perintah Allah.


Apa pula istilahnya yang sesuai bagi orang yang cakapnya berbelit-belit? Jangan pula sampai terbelit.

Muslimdairyz, kalau mahu sembur saya, silakan... kenapa tidak buka ruangan komen di blog kamu? Oh, kamu kata tidak perlu buka ruang komen? Majlis ilmu perlu ada soal-jawab, barulah terang benderang 'taman syurga'... faham?

Katakanlah, kamu bercakap begini: “saya Islam TETAPI saya tidak solat, tidak puasa. TETAPI saya masih teguh bersama ISLAM dan suka dengar muzik Metal sampai beberapa kali terlepas waktu solat kerana asyik pergi gig.” Boleh terima jawapan begitu yang mengaku masih teguh bersama Islam sedangkan tidak teguh pendirian mendirikan perintah Islam? Berbelit-belit, bukan? Ada baiknya kalau mendengar perintah Allah dan patut taat kepada perintah-perintah itu.

Saya tidak mahu memusatkan semua secara panjang lebar di sini. Mungkin ada masa lain yang sesuai untuk tujuan itu.

JANGAN MEMIHAK KEPADA POLITIK, JANGAN MEMIHAK KEPADA MANA-MANA ORANG, TETAPI MEMIHAKLAH KEPADA KEBENARAN BIARPUN KEBENARAN ITU TIDAK MEMIHAK KEPADA ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG. ITU PENDIRIAN SAYA. ....KAMI TERIMA....

Suatu masa dulu, ramai yang mengerjakan solat hajat memohon Allah tunjukkan segala kebenaran bagi mengurai kekusutan politik negara. Samalah juga dengan permintaan Bani Israel yang meminta Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diturunkan kebenaran kepada mereka kononnya dengan cara itu boleh menjadikan mereka beriman, tetapi Bani Israel tetap mendustakan segala kebenaran itu biarpun selepas menjamah Manna dan Salwa.

Telah banyak bukti Allah turunkan kepada kamu semua dalam meniti masalah politik negara jika kamu semua daripada golongan yang melebihkan politik daripada agama. Bukti-bukti diturunkan dalam pelbagai bentuk untuk difikirkan, tetapi bukti yang macam mana lagi yang kamu semua mahukan?

Kebenaran itu tidak menyebelahi sesiapa, tetapi kamulah yang wajib menyebelahi kebenaran. Kebenaran itu perlu dibuktikan, berlaku adillah kamu semasa ia dalam proses pembuktian.

Jangan spin-spin di sini. Hanya orang yang tidak tahu menerima kenyataan sahaja akan melakukan spin yang memperlihatkan kegoyahan pendiriannya sendiri.

Jangan pula cepat melatah, saya tidak mengatakan sesiapa pun sebagai homoseksual di sini, saya pula tidak mengatakan sesiapa pun sebagai munafik di sini. Jangan cepat melatah.

Pendirian kamu pula? Pendirian yang boleh spin-spin ikut nafsu politik? ^_^

Saya tidak cukup masa untuk menulis panjang-panjang, mungkin lain kali sahaja dan semburlah saya dengan perkataan yang cerdik-cerdik dan ada fakta yang masuk akal.


Saya hamba Allah,


Saya bukan hamba politik dan juga bukan hamba demokrasi dan bukan hamba jajahan mental oleh para ahlul politik.



Lain masa nanti, saya menulis lagi mengenai perkara ini. Maaf kalau saya tersiat-siat hati kamu yang berkenaan

.

BERHIJRAHLAH KAMU DARIPADA MENTALITI TAKSUB POLITIK KEPADA MENTAATI PERINTAH ALLAH.

MAAF DITERIMA..:)





TERIMA KASIH DI ATAS HUJAH YANG DIBERIKAN OLEH ABATASA…

SANGAT TERUJA .

DAN SEKALI LAGI RUANG KOMEN TERPAKSA DITUTUP KERANA KAMI SEKALI –KALI TIDAK MEMBUKA RUANG BAGI MEMBAZIRKAN MASA KAMI DENGAN MEMBALAS DAN MEMBALAS HUJAH ORANG LAIN WALAUPUN ADA KEBAIKAN DI SEBALIK PERTUKARAN-PERTUKARAN IDEA YANG BERLAKU DI RUANG TERBABIT..

DAN HAL INI ADALAH PENDIRIAN ASAS KAMI..

PENEGUHAN KAMI..

SEKALI LAGI KAMI MINTA TOLONG JANGAN DIULAS SEMULA HUJAH DAN KENYATAAN YANG KAMI BENTANGKAN..

SEMEMANGNYA KAMI PERNAH BERPENDIRIAN TERGESA-GESA DAN DRASTIK IAITU MENENTANG SISTEM DARIPADA LUAR..

JIKA DIKATAKAN BUAH CATUR..

BAIK..

KITA NAMAKAN SAHAJA BUAH CATUR KAUM KAFIR HARBI DAN JELAS LAKNATULLAH DAN TERNYATA TERBUKTI JELAS MEREKA ADALAH KAFIR SESUNGGUHNYA

ADALAH..KAUM ILUMINATI…KONGSI GELAP…KELOMPOK BIELDERBERG..FREEMASON..NED..CIA..MOSSAD..

MEREKA INI SECARA PERSONALITI DAN INDIVIDUNYA ADALAH KAFIR SECARA TEGAS..

DAN MEREKA TIDAK ADA IDENTITI YANG TETAP…MEREKA AKAN SENTIASA MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN DALAM MEMPERJALANKAN AGENDA KONSPIRASI JAHAT MEREKA..THIS IS A BIG ISSUES….

INGAT BAIK-BAIK..DI DALAM AL-QURAN…ALLAH MELETAKKAN KAFIR ,MUNAFIKIN ADALAH LABEL DAN JENAMA..IA BUKAN SATU BENTUK IDENTIFIKASI YANG MERANGKUMI LATAR BELAKANG..SAUDARA ATAU APA JUA PERKAITAN…

MEREKA PENENTANG SECARA JELAS..

DI MANA MEREKA BERADA…

BAGAIMANA MEREKA BEKERJA..

MEREKA ADALAH PENGGERAK DAN PENCATUR PERMAINAN..

KATAKAN MEREKA ADALAH TENTERA BAGI PERMAINAN CATUR INI..

APAKAH SENJATA BAGI TENTERA BERKENAAN..

NAMAKAN SAHAJA ..

DEMOKRASI..

POLITIK..

EKONOMI..

SISTEM SOSIAL..PEMECAHAN BERDASARKAN FAKTOR MATERIAL..(DUIT DAN HARTA KEKAYAAN)

AGAMA..AGAMA YANG DICACAMERBA OLEH PENGANUT TERMASUKLAH ISLAM..AGAMA MONOTEISME..POLITIEISME..AGAMA TAUHID DAN AGAMA YANG MENYEMBAH BANYAK TUHAN..

PENDIDIKAN..PEMECAHAN BERDASARKAN ILMU-ILMU REKAAN DAN AKHIRNYA IA MENGHASILKAN IDEALISME SEPERTI DARWINISME.KOMUNISME..KAPITALISME..HUMANISME..LIBERLISME..PLURALISME..DEMOCARISME.POLITISME…SCIENTIESME..

HIBURAN..

MUZIK..PEREMPUAN…SEKS..ARAK..DADAH..JUDI..

SISTEM PEMERINTAHAN..AUTOKRATIK..PERWARISAN…DIKTATORIAN..…

SISTEM KENDERAAN ATAU PENGANGKUTAN…

SISTEM MAKLUMAT…PENYAMPAIAN..MEDIA..

INDEKS DI ATAS ADALAH BEBERAPA ASAS YANG TELAH DIWUJUDKAN DEMI MEMASTIKAN HIDUP MANUSIA KABUR DAN KELIRU..

SEBELUM ITU PASTIKAN ANDA YANG MENJAWAB TULISAN KAMI INI ADALAH ANDA YANG TIDAK KELIRU..

KEMUDIAN ..JANGAN JADIKAN KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBACAKAN DI PERSIDANGAN DUNIA SEBAGAI ASAS PERBINCANGAN DI KEDAI KOPI..

PERSIDANGAN DUNIA BERLATARBELAKANGKAN PELBAGAI PLATFORM KRITIKAL MANUSIA ..

KENYATAAN TERSEBUT TIDAK BOLEH DIJADIKAN PENDIRIAN…IA HANYALAH KENYATAAN YANG DIBUAT UNTUK DIBACA OLEH MEREKA-MEREKA YANG BERADA DI PENTAS BERKENAAN..

ANDA TIDAK BOLEH MENGATAKAN BELIAU ADALAH PEJUANG PLURALISME ATAU PENEGAK PLURALISME..DENGAN HANYA BERSANDARKAN HUJAH ORANG LAIN DAN KRITIKAN ORANG DAN BUKAN DARIPADA MULUT SI PULAN BERKENAAN….

SEBAB ITU..

DAPATKAN PENDIRIAN SECARA JELAS DAN OBJEKTIF DARIPADA MULUT ANWAR IBRAHIM ATAU MEREKA-MEREKA YANG ANDA SYAKI SEBAGAI PEJUANG PLURALISME..ATAU JUGA PENDOKONG ILUMINATI,FREEMASON..

SEPERTI BIASA DIMINTA JANGAN TANYA SECARA LANGSUNG..

SEPERTI BIASA…SEBAGAI CONTOH..

ENCIK ANWAR IBRHIM..ADAKAH ANDA BEKERJA SEBAGAI MATA-MATA CIA..BERAPA GAJI YANG DIBERIKAN AGENSI BERKENAAN KEPADA ANDA..APAKAH TUGAS DAN FOKUS UTAMA ANDA SEBAGAI AGEN CIA..ADAKAH ANDA KELOMPOK UTAMA 33RD FREEMASON…

ANDA BAKAL DIGELAKKAN OLEH AGEN CIA JIKA ANDA BERTANYAKAN SOALAN SECARA SEDEMIKIAN..

(MUNGKIN JIKA ANDA BERTANYAKAN DEMIKIAN..MEREKA BAKAL MENAWARKAN KERJA KOSONG UNTUK ANDA….BAHKAN GAJI DAN GANJARAN YANG PASTINYA JAUH LEBIH BESAR..DAN ANDA JUGA BERPELUANG MENDAPAT GANJARAN BERCUTI DI SELURUH DUNIA SEHINGGA ANDA MATI…:)

..

CUBA KAEDAH INI LEBIH BAIK..

SAUDARA ANWAR IBRAHIM..

BOLEH KAMI MEMINJAM TELEFON ANDA..EMEL ANDA..KOMPUTER RIBA ANDA..BOLEH KAMI MELIHAT FAIL-FAIL BERKENAAN YANG DISIMPAN OLEH ANDA..MENGAPA PADA SETIAP MALAM PENGHUJUNG DISEMBER..ANDA TIDAK BERADA DI APARTMEN KEDIAMAN RASMI ANDA ..

KAMI ADA MELIHAT KELIBAT ANDA DI MESYUARAT BIELDERBERG…APA YANG DIBINCANGKAN DI MESYUARAT BERKENAAN….

SIAPAKAH INDIVIDU YANG PALING BANYAK DIHUBUNGI OLEH SAUDARA…APAKAH HUBUNGAN TERSEBUT HUBUNGAN RASMI..ATAU HUBUNGAN TIDAK RASMI..

SIAPAKAH YANG PALING BANYAK MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP PENGEMBARAAN ANDA DI SELURUH DUNIA..

JIKA SEBAHAGIAN SOALAN INI ADALAH SENSITIF ..

TIDAK PERLU IA DIJAWAB..KERANA ANDA BETUL-BETUL SEBAGAIMANA YANG KAMI SYAKI..

NAMUN JIKA ANDA PUNYA ILTIZAM UNTUK MENGUBAH SITUASI BERKENAAN DENGAN PENYERTAAN DI DALAM POLITIK DAN MENGUBAH KONSPIRASI INI DALAM SISTEM MEREKA..

KAMI CUBA MEMAHAMI SITUASI BERKENAAN DAN MENGHARGAI APA YANG ANDA PERBUAT…

SEKADAR CONTOH DAN PEMBAYANG….IANYA TRICK BAGI SESIAPA YANG TERLIBAT DENGAN KONSPIRASI SECARA RASMI…

..

NAMUN SYARATNYA ADALAH DENGAN ONE-TO ONE EXPLAINATION…BUKAN DARIPADA MULUT ORANG LAIN….JUGA BUKAN HUJAH DAN KRITIKAN ORANG LAIN..

SEKADAR GAMBARAN SENARIO DAN KONTEKS..

IA BOLEH DIAPLIKASIKAN DI DALAM SITUASI –SITUASI YANG LAIN..

DAN MAAF KERANA MENGATAKAN HIMPUNAN SEJUTA BUIH..TETAPI…KAMI TELAH MEMBERI MAAF PADA ARTIKEL BERKENAAN SEINGAT KAMI..TOLONG JANGAN POTONG SEBAHAGIAN AYAT..

KALAU ANDA MENGATAKAN KAMI JUGA TERMASUK SEBAGAI KANAK-KANAK CHILD POLITICS…

ADAKAH ANDA MENJADI CHILD CONSPIRACY…

TENTANG HUJAH ANDA DI ATAS..

MAAF .TULISAN ANDA TERPAKSA KAMI KONKLUSIKAN IA SEBAGAI ANDAIAN..PERSEPSI…SEPANJANG ARTIKEL BERKENAAN ADALAH PERPEPSI DAN ANDAIAN..PENUH DENGAN EMOSI YANG BERCAMPUR ADUK…

IA BUKAN HUJAH DAN SYARAHAN ..

IA HANYA ANDAIAN NAIF ORANG YANG KELIRU DAN TERKELIRU DAN MENGELIRUKAN ORANG..

KAMI MEMBERIKAN AMARAN LAGI SEKALI ..

JANGAN….JANGAN..

SEKALI LAGI JANGAN MENGUBAH AYAT DAN PERKATAAN YANG KAMI SAMPAIKAN DI BLOG..

IANYA MEWAKILI PENDIRIAN JIWA YANG SANGAT BANYAK..JIWA YANG TIDAK PERLU DINYATAKAN SIAPA..

MOHON DENGAN SANGAT ..KAMI TIDAK MAHU MELETAKKAN KEBENCIAN DAN AMARAH PADA SESUATU TEMPAT YANG TIDAK LAYAK /TIDAK TEPAT..ATAU JUGA EMOSIONAL DALAM SEBARANG SENARIO DAN KONTEKS YANG TIDAK BERPADANAN BAGI LETAK DUDUK SESUATU DINAMISME….

MARAH KAMI KERANA ALLAH ..KEPADA MUSUH ALLAH…

KEPADA MUSUH NABI..PEMBENCI NABI…

SEBAGAI CONTOH..ADAKAH NABI MENJADI PEMARAH DAN PEMBENCI KEPADA PENDUDUK TAIF SEWAKTU BAGINDA DILEMPAR BATU OLEH PENDUDUK TAIF..TIDAK..

NAMUN APABILA MALAIKAT MENAWARKAN BALASAN DILAKUKAN SECARA ONE –OFF,CASH KEPADA PENDUDUK TAIF…

BAGINDA HANYA MENJAWAB..

JANGAN…

SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG TIDAK MENGERTI…

“ORANG YANG TIDAK FAHAM..TIDAK CUKUP ILMU..TIDAK CUKUP PENGETAHUAN..TIDAK SEDAR..TIDAK YAKIN.TIDAK PERCAYA..TIDAK TAHU AKAN KEBENARAN..TIDAK JELAS..TIDAK ADA ARAH…KELIRU DAN BINGUNG”….

BUKAN BUDAK-BUDAK KECIK YANG MEREKA SENDIRI KABUR DAN KABUS…MAAF..JIKA SAKIT SEHINGGA KE LUBUK HATI..LUBUK HATI YANG PALING DALAM..SEHINGGA ANDA TIDAK SELESA UNTUK TIDUR DAN MAKAN..SEHINGGA ANDA MENJADI PHOBIA DENGAN PERKATAAN MUSLIMDAIRYZ..

KAMI MOHON DENGAR CERAMAH MEREKA..BACA TULISAN MEREKA …DENGAR KENYATAAN…TIMBANG TARA BAGI TAHAP KONSISTENSI PENDIRIAN YANG MEREKA NYATAKAN DALAM SESUATU ISU..

SEKALI LAGI ..SEBELUM MENGULAS DAN MENILAI ISU POLITIK..AMBIL KIRA FAKTOR SITUASI DAN PENONTON.

.FAKTOR SITUASI DAN PEMIKIRAN MANUSIA BERUBAH-RUBAH…..

BERUBAH MENGIKUT MASA,ZAMAN DAN SITUASI…DAN SEBAGAINYA..

INGAT MASYARAKAT SEMAKIN MATANG DALAM MENILAI..AWAS..

SARANAN BUKAN HANYA UNTUK ANDA TETAPI UNTUK SEMUA…

SEKIAN ..DAN PENEGASAN KAMI ADALAH BERTUJUAN SUPAYA ANDA KEMBALI OBJEKTIF…JELAS..MEMPUNYAI JAWAPAN YANG KONKRIT..

KAMI PERCAYA WALAU APA JUA USAHA DAN TINDAKAN YANG ANDA PERBUAT..KAMI HARGAI KEIKHLASAN DAN TANGGUNGJAWAB ANDA DALAM USAHA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KONSPIRASI..

KAMI HORMATI DAN SEBAIKNYA CUBA UNTUK MEMAHAMI BIDANG UTAMA DAN FOKUS PERGERAKAN ANDA SELURUHNYA..

WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA..KAMI DOAKAN KALIAN SEMUA YANG MEMBACA BLOG KAMI..ANDA SEMUA MENDAPAT GANJARAN YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH..

SEKADAR ITU..SEBAGAIMANA BAGINDA NABI PERCAYAKAN PARA SAHABATNYA..

BEGITU JUGA KAMI SEDAYA UPAYA MEMPERCAYAI ANDA SEMUA SEBAGAI RAKAN SEANGKATAN..

KAMI ALU-ALUKAN SEGALA CACIAN DAN HINAAN ..SEGALA TUDUHAN DAN SEGALA MACAM BENTUK LABEL YANG ANDA INGIN LETAKKAN..

MAKI DAN KUTUKLAH SEHABISNYA..SUPAYA ANDA MERASAKAN DIRI ANDA LEBIH TENANG…..

“PENYESAT…HAMBA POLITIK..HAMBA DEMOKRASI..HAMBA DAJJAL..MENCAMPUR ADUKKAN BATHIL DAN PALSU…

KUDA BELANG..TUKANG AMPU..HATI BUSUK..PENDEK AKAL.HIDUNG PENYEK..MAKI SEHABISNYA SUPAYA ANDA LEGA DAN PUAS….”

CADANGAN …KEPADA BLOG POPULAR ..KAMI MEMINTA FATWA SUPAYA BOLEH DILETAKKAN BLOG KAMI SETARAF SEBAGAI BLOG SETARAF ASALAMA…ATAU BLOG ANAK SAUDARA IPAR DUAI BAGI HAJI KAHA…

LETAKKAN SAHAJA..

KAMI ALU-ALUKAN DENGAN PENUH HORMAT…

SEDIKIT UBAT…surah al-fajr…

27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -

30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "

KAMI MOHON JAWAPAN BALAS INI SEBAGAI PERTUKARAN IDEA DAN PEMIKIRAN ..SEKADAR ITU…

DAN PERMINTAAN KAMI..ISU INI HABIS PADA SEKADAR INI..TUMPUKAN KEPADA ISU YANG LAIN..BEKERJA SEBAGAIMANA YANG ANDA PERBUAT..

SEKADAR SARANAN DAN CADANGAN..

KAMI MENGANJURKAN AGAR ANDA MENONTON VIDEO HALAQAH DINAR EMAS ..DR ZAHARUDDIN.NET..PENJELASAN BERKENAAN BEBERAPA KAEDAH FIQH YANG PATUT DAN WAJAR DITERIMA PAKAI..

BERKENAAN ..SIKAP TERBURU-BURU DAN TERGESA-GESA..

MENERIMA SATU PENDAPAT DAN PANDANGAN NAMUN MEMBANTAH PANDANGAN YANG LAIN….

BERHIJRAHLAH KAMU DARIPADA MENTALITI TAKSUB KONSPIRASI KEPADA MENTAATI PERINTAH ALLAH.


JAZAKALLAH…..

Followers