Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 24 September 2011

HAK ITU KEMBALI (sambungan)

SAMBUNGAN..

BERKAITAN ISU HUDUD KELOLAAN TUAN GURU NIK AZIZ YANG DIHORMATI..

BEBERAPA PERKARA PERLU DITELITI SEMULA SEANDAINYA JIKA DIKATAKAN SUASANA ITU CUKUP KONDUSIF. MAAF SEBELUM ITU,JIKA BELIAU MERASA BIMBANG BAHAWASANYA BELIAU AKAN DITANYAKAN OLEH ALLAH DI PADANG MAHSYAR KELAK KENAPA TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD, JUSTERU KAMI JUGA TERPAKSA MENGAMBIL SIKAP BAHAWASANYA KAMI JUGA AKAN DITANYAKAN PERANAN KAMI DI DALAM ISU INI. MOHON PERKARA INI DIAMBIL IKTIBAR OLEH SELURUH UMMAT ISLAM DAN SEBENARNYA TUNTUTAN PELAKSAAN HUKUM ISLAM TERTANGGUNG DI BAHU SELURUH UMMAT ISLAM..1.9 BILLION SELURUHNYA.

DAN KAMI JUGA BIMBANG DENGAN SOAL SIASAT YANG BAKAL DILAKUKAN OLEH TUHAN SEKALIAN ALAM,TANPA SEBARANG KECUAIAN DAN KEALPAAN WALAU SEINCI PUN TERHADAP APA YANG DILAKUKAN OLEH KAMI KETIKA DI DUNIA PADA MASA TERDAHULU...

TERUTAMA BERKAITAN HUKUM-NYA...

MENGENAI HUDUD, KAMI OBJEKTIF BAHAWASANYA TUNTUTAN TUAN GURU NIK AZIZ INI DIKIRA SEBAGAI TUNTUTAN YANG DIPENGARUHI OLEH EMOSI SEMATA-MATA. SIKAP YANG DIKIRA AGAK TERBURU-BURU...

JIKA DIKATAKAN DAGING ORANG BODOH,DUNGU DAN JAHIL ADALAH YANG PALING LAZAT DAN ENAK MAKA KAMI MENEPIS HUJAH INI KERANA DAGING ORANG YANG TERGESA-GESA DAN KURANG SABARNYA ADALAH SEJENIS HIDANGAN YANG JAUH PALING MENGGIURKAN DAN MENYELERAKAN KAUM SANAK SAUDARA SYAITAN SELURUHNYA....

TERGESA-GESA DAN TERGOPOH-GAPAH...

KURANG PERTIMBANGAN..

KURANG RASIONAL DAN TIDAK JELAS..

KABUR SERTA HILANG KREDIBLITI HANYA DISEBABKAN BEBERAPA PERKARA TEKNIKAL YANG KECIL DAN FLEKSIBEL...

SEKALI LAGI KAMI PERTAHANKAN BAHAWASANYA..PELAKSANAAN HUKUMAN TEKNIKAL SEPERTIMANA HUKUM HUDUD,QISAS DAN TAKZIR MEMERLUKAN PELAKSANAAN SECARA MENYELURUH DAN HOLISTIK. SATU RUANG DAN KEADAAN YANG MERANGKUMI SEGENAP ASPEK KEKUASAAN TERTINGGI SECARA TOTAL.

KUASA KEPIMPINAN ALAM YANG MENYELURUH MELIPUTI SELURUH JUMLAH 1.9 BILLION UMMAT ISLAM..

BEEERTI PELAKSANAAN TERHADAP 1.9 BILLION UMMAT ISLAM..

BUKAN 1.2 JUTA UMMAT ISLAM DI KELANTAN SEMATA-MATA..

KAMI TIDAK PERNAH MENGANGGAP KELANTAN ITU BERADA DI PLANET PLUTO ATAU PLANET ZARGUS..

IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA YANG TERLETAK DI DALAM SEBUAH PLANET KECIL,PLANET KE-3 DALAM GALAKSI BIMASAKTI,YANG TURUT DIDIAMI 7.0 BILLION MANUSIA...

SEGALA ASAS TINDAKAN SETIAP UMMAT ISLAM AKAN MEMBAWA NATIJAH KEPADA IMPAK KESELURUHAN ALAM...

KITA SEMUA SEDANG BERSIMBIOSIS TANPA SEDAR ATAU SEDAR...

SEDANG BEREFLEKSI SESAMA MANUSIA..

MEMBERI TINDAK BALAS DAN MEMBERI RESPONS...

BUKAN SEKADAR MANUSIA SEMATA..

BAHKAN SESAMA MAKHLUK DI SELURUH PLANET...

SILA MENGHORMATI PROSES BERKENAAN...

KAMI AKAN MEMBERI SEDIKIT GAMBARAN SECARA ASAS MENGENAI BIDANG KUASA PERDANA MENTERI DI PERINGKAT PUSAT..

KITA PATUT SEDAR BAHAWA TUGAS PERDANA MENTERI TERLETAK PADA BIDANG KUASA PARLIMEN SECARA TERHAD..PERDANA MENTERI TIDAK BERKUASA MUTLAK..PERDANA MENTERI MASIH LAGI DALAM PERINGKAT MENERIMA NASIHAT DARIPADA KALANGAN PEGAWAI DAN SETIAUSAHA PERDANA MENTERI..PEGAWAI YANG BERADA DI SISI PERDANA MENTERI DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENGHANTAR SERTA MEMBENTANGKAN MAKLUMAT KEPADA PERDANA MENTERI ..ADALAH BERJUMLAH RATUSAN PEGAWAI..

BAYANGKAN RATUSAN BENTUK LAPORAN TERPAKSA DIAKSES DAN DIANALISA..

TIDAK TERMASUK DENGAN LAPORAN DARIPADA PULUHAN RIBUAN PEGAWAI YANG ADA DI SETIAP JABATAN DI SETIAP KEMENTERIAN..

BEERTI TANGGUNGJAWAB PERDANA MENTERI DALAM MEMANTAU,MEMERHATI,MENELITI,MEMPERINCI,MEMPERHALUSI,MENYUSUN,MELENGKAPKAN DATA LAPORAN SERTA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RATUSAN RIBU LAGI LAPORAN..

AMATLAH BESAR, KOMPLEKS DAN SOTISFIKATED..

JIKA MANA PERDANA MENTERI GAGAL MEMAHAMI PERJALANAN KESELURUHAN ORGANISASI YANG DINAMAKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ..

BEERTI BELIAU BUKANLAH PERDANA MENTERI YANG BAIK...

SEBARANG KECICIRAN MAKLUMAT DAN INFORMASI ,BERPOTENSI MENCETUSKAN KEKECOHAN DI SELURUH DUNIA....

SEBARANG PROSEDUR DAN KEPUTUSAN YANG PERLU DIBUAT ,DIAKSES PADA PERINGKAT PUSAT SANGAT BESAR DAN IA PERLU DICERMATI DENGAN SANGAT KEMAS DAN PENUH BERHEMAH..

BUKAN DENGAN SERTA MERTA PERUBAHAN ITU BOLEH DILAKSANAKAN....

.....

JIKA SEMUDAH KACANG SOYA BAGI SETIAP PERUBAHAN PADA PERINGKAT DASAR DAN POLISI KERAJAAN DILAKSANAKAN...

MENGAPAKAH KILANG ARAK DI SELANGOR MASIH LAGI TIDAK BERJAYA DILUPUSKAN ...

TERDAPAT LAGI BEBERAPA ISU DOMESTIK YANG MASIH LAGI GAGAL DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK PENYELESAIAN POLISI DAN DASAR SECARA SIGNIFIKAN OLEH PIHAK PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT BAHKAN TERUTAMA BERKAITAN ISU SOSIAL DAN MASALAH INFRASTRUKTUR ASAS DI SETIAP NEGERI..

SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA BAGI ISU-ISU BERKAITAN...

SENGAJA KAMI MEMPERINCIKAN HAL INI AGAR RAMAI DI KALANGAN KITA SEDAR BAGAIMANA TENTANGAN YANG BAKAL DILALUI BAGI SETIAP ARAHAN YANG DITETAPKAN DI PERINGKAT PARLIMEN SERTA PERINGKAT NEGERI ...

TERUTAMA BAGI SETIAP PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN YANG BAKAL DILAKUKAN..

...

SANGAT BANYAK PROSES YANG TERPAKSA DILALUI BAGI SETIAP PERKARA-PERKARA TERTENTU..

..

BUKAN MUDAH UNTUK MELAKSANAKAN SEBARANG PEMBAHARUAN DI PERINGKAT PUSAT...

DAN PERKARA INI JUGA BERKAITAN DENGAN MASALAH BIROKRASI BAGI SAIZ JUMLAH KAKITANGAN YANG KETERLALUAN BESAR...

PEMBAHARUAN TIDAK DAN JANGAN LANGSUNG DIDASARKAN TERHADAP INPUT TINDAKAN KITA..

..TETAPI OUTPUT KESAN IMPAK HASIL DARIPADA APA YANG KITA TELAH LAKSANAKAN..

KESAN INI MENGAMBIL KIRA FAKTOR KESELURUHAN KOLEKTIVITI JARINGAN BAGI SETIAP INDIVIDU MAHUPUN SEBARANG ORGAN YANG MEWAKILI UMMAT INI SELURUHNYA...

JIKA TUAN GURU MENGATAKAN SUASANA DI KELANTAN TELAH KONDUSIF MAKA KAMI MENGANGGAP KENYATAAN ITU AGAK NAKAL..

SILA TELITI SEMULA REKOD MASALAH JENAYAH SOSIAL DI KELANTAN...

TIDAK PERLU MALU DAN MERENDAH DIRI ..TELITI SEMULA DENGAN BAIK KEMUDIAN SEMAK SEMULA SEJAUH MANA KEBERKESANAN PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN DI KELANTAN...

MAAF JIKA TERKASAR BAHASA....

AIB YANG DIALAMI OLEH TUAN GURU NIK AZIZ,TURUT DIRASAI OLEH KAMI DI SINI..

KAMI MEMOHON SUPAYA BELIAU BERSABAR DENGAN SEBENAR-BENAR KESABARAN..

JIKA BAGINDA NABI MUHAMMAD TERPAKSA BERSABAR SELAMA 23 TAHUN UNTUK MEMBENTUK DASAR SEBUAH NEGARA DAN LANTAS MEMBINANYA..MAKA TIDAK MUSTAHIL SAUDARA JUGA MAMPU BERSABAR UNTUK SEDIKIT MASA LAGI...

KITA MEMERLUKAN KESEPAKATAN PENUH DI PELBAGAI PERINGKAT BAHKAN DI PERINGKAT TERTINGGI DALAM MELAKSANAKANNYA...

SEBAGAIMANA SARANAN DR ASRI..

KITA BERSAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN SUASANA YANG SEPATUTNYA..

DENGAN TINDAKAN YANG SEWAJIB DAN SEWAJARNYA AGAR ..

EMPAYAR ISLAM YANG BETUL-BETUL MEMENUHI CITARASA, IDEA, HARAPAN DAN IMPIAN SELURUH MANUSIA..

HAK DAN KEADILAN MEMENUHI ALAM,NILAI ISLAM KEMBALI KE POSISI SEPATUTNYA,TIADA LAGI KRISIS ALAM SEKITAR-MASALAH PEMANASAN GLOBAL,BUDAYA BERSATU PADU DALAM KALANGAN MASYARAKAT,KRISIS MORAL KIAN PULIH,SYARIAT KEMBALI DIMULIAKAN,SUNNATULLAH DIFAHAMI SEBAIKNYA,PARA NABI DAN RASUL KEMBALI DIMARTABATKAN..

EKOSISTEM DUNIA GLOBAL KEMBALI KE PAKSI YANG SEIMBANG SEDIA KALA..

DALAM BAHASA MUDAHNYA..

DUNIA INI KEMBALI KE TANGAN ORANG-ORANG SOLEH...

...

SILA TELITI DALAM MEMBUAT TANGGAPAN...JANGAN SERKAP JARANG...

KAMI MINTA SILA BACA DENGAN TENANG TERHADAP ARTIKEL TERBARU DR. ASRI......

Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud

Disiarkan pada Sep 22, 2011 dalam kategori Akidah, Uncategorized

KELANTAN DAN TANGGUNGJAWAB HUDUD
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat.

Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)

“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1).

Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah: 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah: 33), jenayah zina (Surah an-Nur: 3), dan qazf (Surah an-Nur: 4). Dalam hadis pula disebutkan hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikategorikan sebagai hudud. Walaupun begitu, ada perbincangan dalam kalangan sarjana mengenai kedudukan hukuman murtad, buang daerah dan rejam; adakah itu hudud atau ta’zir (discretionary punishment). Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukar ganti. Jika ia ta’zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah. Saya akan bincangkan nanti dalam artikel yang lain.

Niat Buruk

Usaha menggambarkan negara Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk. Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah. Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat. Firman Allah: (maksudnya):

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41).

Penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara khususnya. Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.

Hukum Allah

Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat’i (definitive texts) sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam.

Nas-nas yang qat’i (definitive texts) itu, sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning).

Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang boleh menafsirkan hukuman ini. Membahaskan, ataupun meletakkan syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu, bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law).

Ini kerana bukan tujuan Islam ingin memastikan tangan pencuri itu putus, tetapi yang hendak dicapai ialah maksud keadilan, pencegahan dan pemeliharaan harta masyarakat di sebalik hukuman tersebut. Kaedahnya ditetapkan iaitu potong tangan. Maka, pelaksana hukum tersebut hendaklah memastikan bahawa apabila hukuman tersebut dilaksanakan, maksudnya dapat dicapai. Jika dilaksanakan, sedangkan maksud itu tidak dicapai, ataupun berlaku sebaliknya, maka itu tidak menunai tanggungjawab nas. Sebaliknya, hanya menzahirkan ketidakadilan, atau kekejaman atas nama Islam.

Suasana Kondusif

Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.

Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Dalam riwayat Abu Daud: “Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Mewujudkan Suasana

Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda. Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suanana kebajikan; bantu membantu, tolong menolong antara masyarakat yang kukuh. Jaminan hak rakyat yang diberikan. Suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram.

Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum. Ini kerana pertama; dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah.

Perjuangan penting kita pada hari ini, ialah mengujudkan suasana yang kondusif ini sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan. Ini kerana, jika undang-undang hudud dilaksanakan; dihukum orang bawahan; dilepas orang atasan, dihukum penzina; diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh, dihukum peminum arak, digalakkan gambaran arak, dihukum pencuri; dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan, dihukum pemberontak; dibiarkan kezaliman penguasa dan seterusnya, sudah pastilah hudud tidak dapat dilihat keindahannya.

Bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, hanya membinasakan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:

“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya.-AYAT YANG PATUT DIPATEN SECARA KHUSUS...

PERKAITAN DAN SIMBIOSIS(KEBERSANDARAN BIDANG TANGGUNGJAWAB ) KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT..MEMERLUKAN KOORDINASI SERTA KOLABORASI ARAHAN YANG BETUL DAN BERKESAN.

AN EFFECTIFE COORDINATION OF INFORMATION APPLIED..

Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan. Saya akan bahaskan dalam artikel yang akan datang insyaAllah...

JAZAKALLAH BUAT HAMBA ALLAH......

ARTIKEL PILIHAN.

Malaysia yang lebih terbuka

oleh KARIM RASLAN
9/20/2011 8:20:51 AM

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak telah mengejutkan seluruh negara di ambang sambutan Hari Malaysia dengan menjadikan kebebasan sivil sebagai satu inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN), Pengumuman untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan (PPPA) telah berjaya ‘mencuri’ isu yang selama ini diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat ( PR).

Degan berbuat demikian, Perdana Menteri Najib telah berjaya menunjukkan bahawa Umno mampu memperbaharui dirinya. Sebenarnya, di dalam Umno itu sendiri mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza dari pemimpin seperti Saifuddin Abdullah ke Puad Zakarshi. Namun demikian, dalam menghadapi krisis kepercayaan, Umno masih mempunyai kekuatan untuk bangkit, merubah dirinya dan bergerak yakin dalam ruang politik baru.

Langkah transformasi politik Perdana Menteri Najib ini memastikan Umno kembali ke tengah spektrum politik yang moderat. Alhamdulillah! Rakyat negara ini mampu menarik nafas lega. Namun demikian, banyak tugasan yang perlu dipikul dalam melangkah ke depan.

Pertama sekali, PM Najib perlu bekerja keras dan pantas untuk meminda dan menggantikan undang-undang lama ini. Beliau harus membuktikan bahawa beliau mampu untuk mengimplementasikan perubahan berani . PM Najib juga perlu mengawal kelompok haluan kanan dalam parti Umno supaya mereka tidak menyengat.

Justeru, walaupun langkah berani berubah ini harus dipuji, rakyat Malaysia masih harus berjuang untuk terus memastikan perubahan terus berlaku kepada sistem di negara kita. Sebagai seorang penulis, saya sering memikirkan apakah nasib dan halatuju media Malaysia. Sebagai sebuah negara demokrasi, media seharusnya lebih bebas dan independen tetapi PPPA telah berjaya menghambat kemajuan ini.

Sebelum kita bersorak gembira dengan pengumuman transformasi politik PM Najib, rakyat perlu diberi lebih banyak maklumat terperinci dan spesifik berkenaan perubahan ini sebelum kita boleh menilai baik buruknya.

Namun demikian, saya masih berpendapat bahawa akhbar tidak perlu sama sekali dilesenkan.

Kedua, akses dan kepemilikan media juga perlu lebih terbuka. Saya berpendapat bahawa untuk melangkah maju, semua sudut debat politik harus diberitakan secara adil. Rakyat Malaysia hanya boleh membuat keputusan terhadap masa depan mereka (dan siapa untuk diundi) jika mereka diberi informasi yang lengkap.

Tambahan pula, liputan tanpa-henti yang diberikan kepada semua pemimpin BN sahaja merupakan sesuatu yang menjelikkan. Haruskah pesanan Hari Raya PM Najib dimainkan berulang kali selama 30 hari bulan Syawal?

Situasi ini- mengakibatkan ahli politik BN menjadi malas dan tidak menghormati mereka di bidang kewartawanan dan juga sidang redaksi. Kerajaan seharusnya belajar untuk menerima kritikan dan menerima pandangan. Ini sudah tentunya akan menyeimbangkan padang politik dan mengasah saf kepimpinan BN untuk berfikir.

PAP di Singapura telah membuka ruang medianya ketika pilihan raya Parlimen dan Presiden yang lepas. Walaupun parti pembangkang memenangi 40 peratus undi popular, parti pemerintah masih menang kerana rakyat Singapura melihat calon-calon yang bertanding dengan terbuka dan merasakan lebih selamat dengan PAP.

Malaysia juga boleh dan harus melangkah ke realiti baru ini.

Sudah tiba masanya, Perdana Menteri Najib berdebat dengan Anwar Ibrahim secara terbuka di kaca tv menjelang pilihan raya yang akan datang. Biar rakyat melihat siapa yang mempunyai visi yang lebih baik untuk Malaysia. BN perlu menunjukkan bahawa mereka yakin dan berani. Yakin mempertahankan rekod pemerintahan dan berani bersemuka dengan lawan.

Ahli politik harus sedar bahawa komunikasi dan pendedahan kepada media itu resipi kejayaan, Mereka yang tidak mengendahkan tren ini, harus digugurkan dari saf kepimpinan BN. Mereka juga perlu ingat bahawa wartawan itu pemilik berkepentingan dalam masyarakat: bukannya orang upahan untuk mengagungkan pemimpin. Hormati wartawan dan pulangannya pasti lumayan.

Sudah tiba media arus perdana di Malaysia memperkentalkan diri mereka. Dengan angin transformasi di bawa PM Najib: tiada alasan yang boleh diberikan kepada media untuk tidak kritikal dan memberikan analisis mendalam- menepati cita rasa pembaca Malaysia. Bolehkah media arus perdana bangkit menyahut cabaran zaman digital yang menginginkan kebertanggungjawaban, keobjektifan dan ketelusan?

PM Najib telah membuka pintu baru untuk Malaysia: apakah kita sudah bersedia untuk melangkah masuk?

SEKIAN...

JAZAKALAH ...

SEGALA YANG BIJAK,MENGAGUMKAN DAN HEBAT ADALAH MILIK ALLAH SELURUHNYA.....

YANG LEMAH,NAIF DAN DHOIF ADALAH KESILAPAN DIRI KAMI SENDIRI....

Followers