Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 17 Julai 2010

PROJEK REVOLUSI 001 : EMP ( EARLY MARRIED PROJECT )

Keadaan masyarakat yang parah terutamanya dalam institusi kekeluargaan cukup menggusarkan pada hari ini. Kes penceraian meningkat saban tahun, sehinggakan pada hari ini masih tiada penyelesaian yang konklusif dan konstruktif,berjaya dirumuskan dan diterjemahkan di dalam institusi ini. Di mana silapnya ?

Di sini,pihak muslimdairyz ,cuba untuk membawa satu gimik baru dalam masyarakat,membawa idea gila dan ekstrem,berkenaan penstrukturan dan reformasi yang perlu dilakukan dalam sektor perkahwinan,sebelum ia membawa kepada perubahan di dalam institusi keluarga. Berdasarkan penemuan kami,di antara punca yang membawa kepada runtuhnya institusi perkahwinan adalah HILANGNYA BARAKAH DI DALAM INSTITUSI PERKAHWINAN . Punca kepada hilangnya barakah ini adalah BUDAYA HANTARAN YANG KETERLALUAN TINGGI DAN WALIMATUL URUS YANG TERLAMPAU MEWAH.




Kedua-dua budaya ini telah menjadi virus yang membarah,sehinggakan ia menjadi kebiasaan dan budaya hidup masyarakat materialistik, seperti yang kita lihat pada hari ini. Kebanyakan keluarga yang ingin mendirikan masjid ,akan mengenakan hantaran sehingga belasan ribu dan ternyata jumlah yang keterlaluan itu ,menjadi beban buat bakal pengantin lelaki. Adakalanya keadaan ini mengheret bakal pengantin lelaki untuk melakukan pinjaman bank hanya semata-mata untuk dijadikan wang hantaran. MELAKUKAN PINJAMAN BANK HANYA SEMATA-MATA UNTUK DIJADIKAN WANG HANTARAN.

Cukup tragik dan menyedihkan.

Kesedihan ini ditambahkan terukkan pula dengan perbelanjaan Walimatul Urus yang mewah dan tinggi. Berbelanja puluhan ribu hanya semata-mata untuk memenuhkan isi perut para tetamu. Tidak salah meraikan para tetamu dan mewar-warkan perkahwinan,sebagaimana sunnah yang telah termaktub di dalam ibadat Walimatul Urus NAMUN BATAS DAN ADAB PERLU DIJAGA DAN DIPELIHARA.

Mengambil ibrah rentetan daripada betapa kronik dan kritikalnya virus yang wujud di dalam sektor perkahwinan ini,kami pihak muslimdairyz cuba mengetengahkan idea gila dan ekstrem ,membawa gimik yang mengejutkan, dengan menggunakan asas bahawasanya pada pandangan kami,setelah meneliti pelbagai aspek maka kami ingin mengisytiharkan bahawa BUDAYA HANTARAN YANG TINGGI DAN WALIMATUL URUS YANG MELAMPAU INI adalah BUDAYA YANG HARAM,FASAD,FAHSYA’,MUNGKAR DAN MEMUDARATKAN. HAL INI TERPAKSA KAMI KETENGAHKAN DEMI TIDAK MAHU MELIHAT KESILAPAN INI TERUS BERULANG. Jika diteliti secara telus ,hantaran adalah perkara lama yang wujud di dalam masyarakat, yang tiada kaitan dengan agama. Mengapa budaya ini perlu diteruskan sedangkan ianya sangat menyusahkan dan merumitkan pasangan lelaki. Bukankah melakukan perkara baru di dalam beragama itu adalah BIDA’AH. MENGAPA TIDAK DIFATWAKAN SESAT DAN BATHIL. Bertaubatlah wahai Anak Adam!

Melalui hujah di atas,kami tampil dengan membawa idea kami tersendiri. MEWUJUDKAN PERKAHWINAN YANG PALING MURAH ,MUDAH,RINGKAS,MENJIMATKAN DAN DIJAMIN MERIAH INSYA’ALLAH. Memegang kembali amanah Rasulullah s.a.w. bahawa mahar yang paling rendah adalah yang paling barakah serta Walimatul Urus yang tidak membazir dan melampau. Namun melalui pemerhatian yang telah di buat,hampir seluruh isi rumah penduduk di Malaysia ,dijangkiti penyakit kencing manis,sakit jantung,diabetes dan obesiti. Penyakit yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak terkawal. Justeru walimatul Urus adalah budaya yang tidak perlu dan wajib diadakan mengambil kira kadar pengambilan makanan yang terlalu berat dan berjalan secara kerap. Boleh dikatakan hampir setiap minggu pasti akan ada majlis kenduri,atau apa sahaja upacara makan. Tidak kira apa jua majlis sekalipun. Lantaran itu di manakah keperluan untuk mengangkat budaya makan ini sebagai budaya utama di dalam Majlis Pernikahan. Ubahkan isi kandungan majlis perkahwinan dengan pengisian rohani. Fizikal kita terlalu kenyang manakala roh kita pula dibiarkan kurus,tidak bermaya. Keadaan ini perlu diperbetulkan semula.

Followers