Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 20 Oktober 2009

ONANI : SATU ALTERNATIF PENCEGAHAN




Pastinya mengejutkan tajuk artikel kali ini. Sebenarnya saya ingin menjawab semula hukum onani dengan satu kaedah baru.


Berbalik kepada tajuk,kedapatan ulama yang mengharuskan hukum beronani ini di atas alasan untuk mengelakkan kemudharatan atau darurat. Jika hukum ini berterusan maka makin ramailah yang akan terlibat dengan gejala songsang ini.



Sebelum kita membuat rumusan tentang hukum beronani ini,elok seandainya kita meneliti sepotong hadith yang berbunyi



“Apabila seorang Anak Adam diberi segunung emas,adakah dia akan merasa cukup dengan segunung emas itu,lalu para sahabat menjawab ya. Lantas rasulullah menjawab ‘Tidak’
.




Dia akan minta untuk kali yang kedua. Dan begitulah seterusnya. (minta maaf jika berlaku kesilapan pada hadith ).


Di sini apa yang ingin di’highlight’kan adalah sifat seorang manusia iaitu apabila diberi suatu kenikmatan atau kepuasan maka dia akan minta lagi ,lagi dan lagi.


Saya ingin menggunakan satu kaedah baru iaitu (mungkin dah ade sebenarnya) apabila tiada 1 maka tiadalah yang ke-2. Justeru saya ingin cuba menggunakan kaedah ini di dalam menentukan hukum beronani. Apabila mula melakukannya pada kali pertama,syahwat anda akan merasa puas dan nikmat. Kemudian setelah merasa untuk kali pertama pastinya timbul niat ,nikmat tadi ingin diulangi (berdasarkan hadith di atas). Dan di sinilah anda akan cenderung untuk kali ke-2. Dan akhirnya ia akan berulang dan seterusnya. D situlah akan datang ke-3,4,5 dan seterusnya anda akan mula mencari nikmat badan ‘opposite sex’.


Nikmat yang lebih tinggi. Sebenarnya keadaan berbalik kepada sifat semulajadi iaitu ‘cenderung kepada kepuasan’. Apabila mendapat rasa seronok ,puas,bahagia, dan sebagainya,anda akan mencari sesuatu yang lebih. Hal ini berlaku di dalam apa jua keadaan. Mungkin sedikit lagi masukan iaitu,’Laknatullah kepada mereka yang bernikah dengan tangan mereka sendiri’. Kalimah ini saya terdengar dari sepotong hadith.(maaf lagi atas sifat ragu-ragu saya kerana hadith saya terlupa dari kitab mane)


Saya faham bahawa tedapat ulama yang ingin ‘mempermudahkan urusan ummat’. Mereka hanya ingin mencari jalan selamat untuk manusia. Kita mengucapkan ribuan terima kasih di atas sifat mereka yang amat prihatin ini. Cuma saya lebih gemar untuk kita sentiasa melihat kepada keadaan semasa. Realiti sekeliling. Jika berbalik kepada kaedah saya tadi maka hujah mereka telah memberi ‘lampu hijau’ kepada masyarakat untuk terlibat kepada kemudharatan yang lebih besar lagi.


Terdapat kajian yang telah dibuat kepada pasangan yang telah terlibat secara aktif di dalam industri seks bebas,kebanyakan daripada mereka telah telibat dengan onani semenjak dari awal lagi. Ini merupakan fakta kes daripada satu kajian umum yang telah dijalankan.


Jadi saya ingin menegaskan di sini hukum beronani ini pada yang pertama adalah MAKRUH dan yang berikutya adalah HARAM. Onani bukanlah alternatif tetapi silalah cari jalan untuk mempermudahkan nikah. Sekian...(next artikel saya memberi sedikit idea untuk jabatan agama tentang menggalakkan program nikah awal)\



Nota : mengharapkan hujah di atas tidak dijadikan isu. Isu yang lebih besar untuk dibincangkan adalah bagaimana untuk mempermudahkan urusan nikah. JAZK...




Followers