Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Khamis, 15 Oktober 2009

FIKRAH VS FITRAH : PARADIGMA YG TERBELENGGU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,lagi Maha Menciptakan,Maha Mengetahui dgn segala apa yang ada tersirat di dalam hati hamba-hamba-Nya. Manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan ,sebaik-baik fikiran, sebaik- baik nikmat yang diberikan kepadanya.


Fikiran ynag diberikan kepada hamba adalah atas tujuan bagi seseorang hamba untuk mencari,menilai,menambah, serta memperbaiki ilmu yg diberikan kepadanya. Hasil daripada banyaknya ilmu yg diperolehi akan menghasilkan hujah-hujah yang akan menjawab kepada jutaan persoalan-persoalan yg dilontarkan .bagaimana persoalan tercetus,ia hasil daripada rasa ingin tahu ,ingin mendapatkan kepastian dan segala apa yang dirasakan boleh menjawab serta segala apa yg dirasakan boleh menjawab syak wasangka yg terbelenggu di hati.

Cetusan pendapat ,hujah,syarahan hasil daripada perolehan ilmu yg digapai melalui perjalanan pengorbanan ,kesabaran, ketabahan dan sebagainya. Namun kenapa manusia sanggup megeluarkan hujah-hujah pendapat serta pelbagai bentuk capaian ilmu yang lain. Adakah hendak menonjolkan rasa ego ,sombong ,riak ,takbur serta meninggi diri.?



Kita boleh melihat contoh bagaimana adakah Imam Malik,Imam Abu Hanifah,Imam syafi’e,Imam Ahmd bin Hanbal. Assyahid Hassan Al-Banna,Said Ramadhan Al-Buthi,Dr.Yussof Qaradawi,Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Dan lain-lain ulama serta ribuan ulama yang lain mengeluarkan hujah dan pendapat masing-masing hanya sekadar untuk mencari pengikut,memenuhkan kepentingan masing-masing,menambah ahli,persatuan masing-masing serta memperkuatkan jemaah-masing-masing. Pasti jawapannya TIDAK secara disepakati oleh manusia –manusia yang menjadikan Allah sebagai Tuhan Rasulullah sebagai teladan,Quran sebagai pedoman, dan jihad sebagai jalan-jalan utama, bagi para pencinta syahid,pencinta redha,para perindu Rahmat sekalian Alam.

Jadi apa yang akan ditulis di sini sedikit cetusan rasa keluhan hati,daripada fitrah manusia yang berkehendakan kebaikan untuk diri sendiri dan orang disekeliling.
Ana ingin meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa sedemikian banyaknya ulama berhujah adalah untuk memastikan manusia berterusan berada di landasan kebaikan ,landasan kesenangan,landasan kerahmatan,ketenangan,dan kesejahteraan. Dan di dalam pendapat tersebut banyak sekali ulama menentang ketaksuban, taklid membabi buta serta pelbagai sikap-sikap negatif yg wujud di dalam memahami suatu permasalahan.


Sekali lagi ana ingin menjelaskan bahawa semua manusia memiliki fitrah kebaikan ,inginkan kesatuan kebersamaan,keharmonian,dan sebagainya. Jadi bukankah fitrah manusia adalah sama. Kenapa mesti kita bersikap memilih untuk meletakkan diri di lapangan perpecahan,prasangka,saling bermusuhan bahkan kita manusia yang mendakwa diri sebagai pemegang panji dakwah agama Allah S.W.T. sekalipun. Saling meletakan hujah pegangan masing-masing sebagai asas kesatuan adalah karut. Sekali lagi diulang KARUT. Hujah adalah capaian ilmu menerusi pendapat, ilmu,kata sarjana Islam,kata-kata Ustaz,pembacaan kitab,risalah dan sebagainya. Hujah digunakan dalam memastikan manusia memahami permasalahan dan akhirnya akan melahirkan teras kepercayaan di dalam diri masing-masing. Untuk dipermudahkan fikrah adalah pendapat ,hujah,syarahan,falsafah,ideologi, dan kenyataan. Ia tak lebih daripada itu. Sedangkan fitrah adalah pusat kepecayaan,terasa keyakinan,pusat kecintaan dan pusat kebaikan.

Melihat kepada senario semasa ,ummat ini sedang berada di dalam dilema bagaimana untuk menyatukan dan mencari asas sebuah kesatuan. Artikel ini akan menjawab sedikit permasalahan yang sedang oleh dihadapi para ulama yang mana sehingga hari ini gagal merungkai permasalahan ini. Ramai di kalangan pendakwah hari ini menjadikan hujah masing-masing sebagai asas kepada penyatuan. Hakikatnya perkara ini adalah mustahil,karut,bida’ah,sesat dan menyesatkan. Ia merupakan idea gila yang lahir daripada orang yg tidak memahami permasalahan sebenar ummat ini sehinggakan amat mustahil untuk dilaksanakan sehingga Hari Kiamat.

Demikian hujah ana berkenaan bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan fikrah penyatuan. Berdasarkan hujah yg dikeluarkan oleh ulama kesayangan ummat hari ini. Dr. Yusuf Qaradwi,”Ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan”.’it’s too good too be truth.
Ana membenarkan kenyataan ini.

Bagaimana dengan fitrah anda yang membaca artikel ini. Adakah anda mengharapkan kebaikan atau keburukan. Pasti kebaikan. Dijamin 100%. Dalam mencari persamaan kita memerlukan suatu unsur atau elemen yang amat kuat supaya boleh diguna dalam memastikan kerangka penyatuan ini dapat dibina. Kita melihat bagaimana sistem solar dibina dgn berteraskan matahari sebagai menjadi pusat jujukan orbit planet di galaksi Bima Sakti. Begitu juga dengan struktur atom pada sebarang objek yang ada di atas muka bumi ini. Neutron sebagai asas atau rujukan bagi jujukan petala elektron. Begitu juga dalam aplikasi lain. Dalam pentadbiran sesebuah negara dan
keluarga ,bagaimana kita melihat bapa juga presiden atau ketua diberikan imuniti tertentu supaya mereka dijadikan asas kesatuan dalam organisasi yg dipegang. Kita boleh melihat dalam situasi ini ,2 perkara iatu teras kesatuan dan juga hikmah kesatuan.

Kembali kepada persoalan iaitu,fitrah. Kita sangat biasa mendengar ungkapan bahawa Islam adalah agama fitrah. Allah menjadikan syahadatain sebagai teras kesatuan ummat ini. Pada kalimah ini terletak ikrar, ,janji dan sumpah kita sebagai hamba Allah.”Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.Muhammad sebagai simbol bahawa manusia memerlukan Allah dalam membentuk dan membina fitrah. Allah sebagai simbol asas kepada ketaatan mutlak yg tidak boleh dipertikaikan sama sekali sama ada perkatan,kata-kata atau firman-Nya apalagi suruhan dan perintah-Nya.

Pada kalimah ini terdapat kontrak yang menyaksikan bahawa manusia perlu memahami,memperakui,mempercayai ,meyakini dan memegang janji pada apa yang dipegangnya. Sekali lagi diperingatkan bahawa syahadatain adalah kalimah yang mana padanya diletakkan sepenuh sumpah taat setia ,janji yang perlu dipegang dan ikrar yang menjadikan kita sebagai hamba Allah.sebenar-benar hamba kepada Allah selama-lamanya. Allah telah menjadikan kalimah ini agar manusia menyedari bahawa “Aku adalah Tuhanmu ,Tuhan yang Satu”. Bilamana Allah menjadikan ketaatan kepada-Nya dan Rasul-Nya maka manusia tidak dapat lari daripada kewajipan tersebut. Untuk taat ,manusia perlu senantiasa berterusan,berpanjangan dan istiqamah di dalam ketaatan tersebut.
Ketaatan kepada Allah adalah kunci kepada fitrah kebaikan ini.

Akhir kalam,kesatuan manusia adalah fitrah. Ana menyeru kepada sekalian muslimin ,muslimat,ikhwan,akhwat,karkun ,masturat, dan sesiapa sahaja yang berada di dalam apa jua jemaah,lapangan pendapat dan hujah,kembalilah kepada fitrah kebaikan ,fitrah asal kalian. Fitrah yang menjadikan Allah sebagai Tuhan,Rasul sebagai Tauladan,Quran sebagai Pedoman,jihad sebagai Jalan. Berlapang dada di atas perbezaan hanyalah suatu fantasi yang mengatasi realiti.

Fantasinya adalah kita pada fitrah perbezaan yang salah. Realitinya adalah kita berkehendakan kepada fitrah kesatuan ummat,kebaikan. Kembalilah kepada Tuhanmu,kembalilah kepada fitrah jalan yang diRedhai Tuhanmu,percayalah bahawa anda akan kembali melihat jalan kedamaian,jalan keharmonian,keamanan. Sungguh besar lapangan kebaikan yang telah Allah lapangkan untuk kita. Tapi ia hanya akan ditemui bilamana kita kembali kepada fitrah kita. Fitrah kebaikan. “Berlumba-lumbalah kepada kebaikan.”berlumba-lumbalah kepada keamanan,kedamaian,kesejahteraan dan ketenangan.”Dan hendaklah ada segolongan di antara kita kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan,menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung . dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas. Dan itulah orang-orang yang yang mendapat azab yang keras.( Ali-Imran 104-105).

Ayuh buanglah prasangka ,hilangkan rasa benci,rasa tidak senang sifat –sifat mazmumah yang menghalang datangnya pertolongan Allah kepada kita. Insya’allah. Kita mampu mengubahnya. Ubah sistem,perluaskan sistem yang baik ini untuk semua manusia yang cintakan sibghah Allah S.W.T.

Jika ada yang mengatakan artikel ini adalah hujah orang-orang yang berfikrah penyatuan,maka ana katakan TIDAK. Bukan fikrah kesatuan,TAPI FITRAH KESATUAN. Ana tutup kata-kata ini dengan meletakkan sepotong hadith riwayat Muslim dan Ahmad. “Sungguh menakjubkan perkara buat orang beriman. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika ia diberi kurnia,ia bersyukur. Dan itulah kebaikan baginya. Dan jika tertimpa musibah,ia sabar dan tawakkal. Dan itulah kebaikan baginya. Semoga Allah mencampakan kasih-sayang,rahmat,redha dan berkat-Nya kepada kita semua. Mudahan-mudahan apa yang dikatakan di sini bukanlah sekadar retorik atau sekadar ilusi semata-mata. Ana mengharapkan agar terdapat kelompok yg ingin menjadikan misi mustahil ini kepada kenyataan yang pasti. Insya’allah.(DENGAN IZIN ALLAH S.W.T).

Followers