Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Selasa, 4 Ogos 2009

Permata Bernama Wanita



Permata Bernama Wanita



Bagaimana jika seseorang itu dikurniakan hadiah,balasan ,anugerah,yang sangat mendamaikan hati,menenangkan jiwa,dan menyejukkan mata,pasti hidupnya akan berubah daripada sepi menjadi penuh seri ,daripada kelam menjadi terang-benderang. Itulah sifat manusia apabila diberi hadiah dan anugerah,pasti mereka menjadi sangat bahagia dan bangga. Alhamdulillah.


Tidakkah seorang wanita sedar bahwa mereka adalah hadiah ,anugerah,nikmat daripada Allah yang sangat besar dan tinggi nilainya di sisi Allah Yang Maha Kuasa. Mereka tidak dicipta untuk memimpin tetapi dipimpin,dijaga,dilindungi dan dipelihara.


Firman Allah dalam surah An-Nisa’ Lelaki adalah pelindung bagi wanita “.Fokus di sini adalah kedudukan wanita di mana mereka adalah permata,berlian dan mutiara di sisi Allah yang dikurniakan kepada makhluk bernama lelaki.


Semestinya barang yang berharga akan dijaga ,ditutup,dihijab dan dikawal dengan rapi. Justeru beginilah hakikat nya. Maruah dan martabat wanita terletak pada setiap inci kulit yang menyelaputi anggota tubuh mereka.


Senang dibuat perumpamaan ,ibarat sebiji permata yang kita miliki. Pastinya kita akan simpan di dalam kotak dan diikat dengan rapi,dikunci dan dirantai dengan kunci yang paling kuat. Kemudian diletakkan di dalam kawalan pengawal elit yang hebat.


Begitulah nilainya jika kita memiliki sesuatu yang berharga. Begitu juga Allah meletakkan hak keistimewaan buat insan bernama wanita. Mereka ini tidak boleh sesuka hati untuk ditegur,disapa,di pandang bahkan ditepuk tampar oleh lelaki yang bukan mahram keatasnya.


Seboleh-bolehnya ,mereka ini tidak dibenarkan langsung untuk berjalan-jalan dikhalayak apatah lagi diperdengar suara kepada khalayak. Saidina Ali.r.a, berkata,”Apakah kalian tidak bermaruah membiarkan anak-anak perempuan kalian berjalan di khalayak. “Subhanallah .Itulah nilainya sebutir permata di sangat bernilai di sisi Allah bernama WANITA.


Keadaan telah berubah. Tetapi hakikat ,kebenaran dan kenyataan TIDAK. Kaum wanita perlu sedar akan perkara ini. Bahkan hak anda adalah untuk tidak membiarkan setiap inci tubuh kalian diperlihatkan bahkan jika boleh,wajah anda juga tidak diperlihatkan kepada umum.


Jika mahu mencari pasangan sekalipun wajah anda hanya diizinkan untuk diperlihatkan buat calon dan bakal suami sahaja. Hikmahnya adalah apabila aurat dan wajah ditutup,aib,cacat,cantik dan keindahan fizikal hanya akan diketahui oleh bakal suami. Jika kelemahan itu diterima maka Alhamdulillah. Tetapi jika tidak,hanya Allah sahaja tempat hamba-Nya berserah.


Allah telah menetapkan jika jodoh telah ditetapkan pasti akan dicampakkan rasa tenteram ,tenang,yakin,percaya bahwa mereka adalah jodoh yang ditetapkan Allah. Allah telah memberi jaminan bahwa Dia akan mencampakan rasa tenang terhadap setiap pasangan yang telah ditetapkan oleh-Nya.


Justeru siapa yang perlu mencari ? Ini bukan soalnya! Tidak semestinya wanita yang akan menunggu dan lelaki yang datang meminang. Jika Saidatina Khadijah r.a telah datang meminang Nabi,apakah kalian tidak berhak untuk berbuat demikian.



Anggapan dan persepsi masyarakat jahiliyyah hari ini mohon diabaikan. Kalian berhak untuk menentukan hidup kalian. Jika telah bertemu jodoh,moga dipercepatkan. FASTABIQUL KHAIRAT.




”Wahai jiwa-jiwa yang tenang ,kembalilah kepada Tuhanmu dengan Dia redha pada kamu dan kamu redha pada-Nya. Datanglah kepadaKu.Masuklah ke dalam Syurgaku”.



Followers