Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Khamis, 6 Ogos 2009

JALAN –JALAN SYAITAN




JALAN –JALAN SYAITAN




Syaitan telah mengubah fitrah manusia berdasarkan firman Alllah dalam surah al-Hijr. Ayat 39. Dalam surah Yassin,




“Wahai Anak Adam,.janganlah kamu mengikut jejak langlah syaitan kerana sesungguhnya mereka adalah musuh yang nyata bagi kamu.



Tegahan Allah yang sangat jelas dalam surah Yassin. Yang nyata syaitan sendiri mempunyai jejak,langkah,cara serta perangkap atau jalan untuk membolehkan manusia tergelincir daripada hidayah serta cahaya Allah iaitu Islam.



Diisitilahkan bahawa jalan adalah perkara yang membawa kepada kesesatan, keburukan, kekejian, kehinaaan, serta apa jua yang berkait dengannya. Oleh itu perkara yang membawa kepada kesesatan atau mungkar adalah segala sifat seperti jahil,prasangka ,smbong,keras hati dan lain-lain. Contoh seseorang yang ingin "bercouple islamik ", sangkaannya, dia merasakan dia boleh menjaga dirinya daripada bisikan syaitan, maka dia mengelakkan untuk bertemu secara berdua-duaan, bercakap perkara yang membina iman, mendengar perkataan yang baik-baik , bercakap dengan menundukkan pandangan,tawadduk serta rendah hati ketika bertemu. Subhanallah,begitu indahnya couple islamik.



Sungguh mengarut,sesat,bida’ah dan tahyul . Bagiamana tanpa suatu ikatan yang tidak sah serta di sisi keluarga,masyarakat , Negara serta lebih-lebih di sisi Allah.Tiba-tiba ada manusia yang tidak berotak mengatakan dia boleh mengwal nafsu dan bisikan syaitan yang tidak tahu dari mana datangnya. Di dalam melakukan perkara yang di larang oleh agama, yang mana di dalamnya kedapatan bisikan syaitan dan gelora nafsu yang tidak berpandu, maka bagaimana dia boleh menjaga dirinya daripada terjerumus ke lembah maksiat.



Tidak ada yang ketiga melainkan syaitan apabila seorang laki-laki dan wanita-wanita bertemu,melainkan syaitan berada di antaranya . Berikut suatu contoh mudah berkenaan manusia yag bertindak mengikut sangkaan . Di dalam kes bercouple ,kita boleh melihat sikap manusia yang tidak mahu bertanya,hanya mengikut persangkaan semata. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat



“Wahai oarng beriman!,jauhailah dari prasangka.Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka adalah dosa”.(hingga akhir ayat)



di dalam buku bahtera menyelamat yang dikarang oleh Ust. Fathi Yakan terdapat 7 laluan syaitan antaranya adalah bersangka buruk muslim atau manusia yang lain. Bagaiman seorang manusia boleh berprasangka terhadap manusia yang lain . Ianya berlaku apabila datangnya perbezaan,pertandingan,perlawanan,perpecahan dan sebagainya. Datangnya ansir-anasir baru berlainan dengan apa yang kita ucapkan,bawakan akan mencetuskan prasangka. Contoh apabila ada jiran yang membeli kereta baru,maka prasangka baik akana mengatakan ,”jiran kita dapat rezeki lebih,Alhamdulillah. Tetapi bagi prasangka buruk ,kita akan mengatakn “ni mesti kereta curi. Dasar jiran tak tahu malu”. Beza bukan. Kembali kepada firman Allah dalam surah al-Hujrat.sebab itul;ah Allah mengatakan sebahagian prasangka adalah buruk.



Di dalam artikel ini hanya membahaskan bagaimana syaitan berperanan di dalam setiap kejahatan,keburukan,fitnah yang ditimbulkan oleh manusia baik mukmin, muslim, munafiq, kafirin dan sebagainya. Apabila kita berprasangka kepada seseorang tanpa diketaui alasan dan sesab-sebab yang tertentu maka kita dengan mudah membuat kesimpulan .Dari situlah akan terjadi kutukan ,hinaan,kejian dan sebagainya.


Tanpa asa dalil, hujah, bukti yang konkrit ,seseorang ataupun sesuatu pihak yang hanya melakukan sesuatu tanpa memberitahu ,meminta izin,mendapatkan kebenaran daripada seseorang, akan mencetuskan prasangka atau persoalan-persoalan baru. Maka di situlah syaitan akan mengapi-apikan kita supaya menambahkan lagi perasa kutukan,kejian, cacian dan fitnah kepada lawan. Dan akhirnya kita terperangkap dengan kejian dan fitnah yagn tidak berkesudahan.



Prasangka syaitan sangat bijak, licik dan berkesan. Mereka akan memastikan manusia ini tersesat di dalam perangkap kesesatan ,jahiliyyah,perpecahan ,permusuhan,dan fitnah selama-lamanya. Mereka bekerja siang malam bagi memastikan tujuan mereka tercapai. Justeru itulah kita sebagai manusia seharusnya sedar bagaimana syaitan dapat berperanan di dalam diri kita sendiri. Perbezaan pendapat tanpa asas tujuan yang jelas sebagai contoh akan dijadikan medan oleh syaitan untuk memastikan masing-masing akan mempertikaikan hujah lawn masing-masing.



Dengan cara penuh ego, sombong, bongkak, takbur dan dengan penuh rasa bangga. Masing-masing akan mempertikaikan hujah sehingga keadaan bertambah panas. Kesudahannnya ,tiada yang menang dan yang kalah .Masing –masing akan pulang dengan merasakan merekalah yang menang. Tidak. Yang pasti adalah syaitan yang memenangi setiap perasaan ego,sombong,takbur dan bermegah dengan kehebatan sendiri. Situasi ini berlaku di dalam setiap pekerjaan.



Syaitan akan melakukan gerak kerja mengikut tahapan yang bersesuian dengan mad’unya. Jika mad’unya pendakwah maka dia tidak akan menjerat pendakwaah dengan harta atau wang tetapi dengan SIKAP. Sombong , takbur, ego, bermegah denga kelebihan yang ada. Ianya merupakan sikap yang sangat buruk yang ada pada sifat manusia.Sebagai contoh yang boleh diambil dan dilihat apabila berlaku pertembungan dengan pendakwah-pendakwah lain, masing-masing akan melancarkan perang sesama mereka.



Menghantar perisik ke program lain,menimbulkan fitnah,menimbulkan cerita yang tidak pernah wujud dan akhirnya masing-masing akan kembali mempertikaikan sikap masing-masing . sekali lagi persoalan ditanya, siapa yang menang? . Ini hanyalah sebuah contoh realiti dan perkara yang sama juga berlaku dalam masalah politik, rumahtangga, keluarga, masyarakat dan sebagainya kerana penyakit dan virus jalan-jalan syaitan.



Untuk pennyelasaian,kita kembali kepada asas yang sebenar iaitu Ummat. Ummat berdiri di atas kalimah syahadah. Titik kesatuan yang paling kuat adalah syahadatain. Tida yang lain. Sikap adalah buah iman. Kebanyakan buku yang ditulis oleh ulama’ membahaskan perkara yang sama.



Bila kita berhujah tentang sikap, seolah-olah kita mempertikaikan iman yang dipegang oleh iman yang dipegang oleh setiap individu atau pihak tersebut. Buah iman yang dimaksudkan dalah ikhlas, jujur, bertaggungjawab, rendah diri, berlapang dada dan bersangka baik. Itu sahaja. Segala perkara negatif yag timbul melalui sikap membuktikan iman seseorang itu sangat bermasalah bahkan boleh jadi bermasalah.



Berbalik kepada penyelesaian masalah ini ialah jangan kita belajar untuk mempertikaikan sikap seseorang kerana sikap manusia senstiasa berbeza. Lapangan perbezaan tidak perlu disentuh. Apa yg perlu adalah melihat kepada titik kesatuan kita. syahadah kita. Tuhan kita. Rasul kita. Al-Quran kita.insya’allah kita akan melilhat peluang,kebaikan,manfaat ,Keberkatan serta Keredhaan Allah yang terbentang luas.mudah-mudahan.




Akhir kata kembalilah kepada kasih - sayang sesama islam dengan pohon iman, melihat seseorang melalui imannya bulan labelnya. Moga tuhan memberi kita hidayah kali kedua!





Followers