Fastabiqul Khairat
“Besegeralah kamu kepada kebaikan”.Perintah Allah dalam AL-Quran. Kebaikan dalam bentuk kebaikan ,kesejahteraan,keharmonian,keamanan, dan kebenaran. Segala-galanya berakar umbi kepada Allah S.W.T. Ianya mestilah bergantung kepada niat kita.
Dengan niat ,setiap amalan akan terfokus ,terarah,ada sasaran yang jelas. Dalam erti kata,jika timbul masalah dalam mencapai matalamat,kita perlu kembali kepada asas iaitu untuk Allah. Pastikan tindakan kita tidak menggugat keimanan kepada Allah,tidak mensyirikkan Allah,tidak menjatuhkan kemuliaan Allah,Kalam Allah, Utusan Allah,Perlembagaan Allah dan segala yang berkait dengannya.
Anggapkan niat ini seperti sistem solar.Sistem solar ini berpaksikan matahari sebagai pusat rujukan orbit bagi planet-planet di angkasa raya. Setiap putaran akan bergerak dengan menjadikan matahari sebagai titik rujukan atau asalan. Dengan adanya titik rujukan ini ,putaran planet akan bergerak dengan mengikut orbit konsisten,berterusan dan lancar.
Begitu juga apabila adanya Allah dalam kehidupan orang-orang beriman,mereka sedar bahawa Allah adalah tujuan mereka dalam sesuatu perbuatan . Atas alasan ini jugalah ,kita diwajibkan berniat dan niat ini mestilah selalu diperbaharui. Agar ia sentiasa konsisten ,kekal dan istiqamah.
Artikel ini menjelaskan bagaimana konsep nikah dan kepentingannya dalam kehidupan kita hari ini. Ia hanya melibatkan pengiktrafan kepada halalnya sebuah hubungan intim antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Itu sahaja. Timbul salah faham dalam masyarakat kita yang menganggap pernikahan ini adalah kongkongan kepada sebuah kehidupan sosial.
Tangggapan ini sangat biasa bagi kalangan elit dan professional baik lelaki dan wanita. Mereka ini lebih reda,pasrah,tenang,aman damai dalam berzina dan seks bebas. Tanggapan ini naïf dan bodoh kerana kesombongan manusia dan tidak faham akan tuntutan sebuah kehidupan bagi manusia yang normal dan sihat dari segi akal, jasmani dan rohaninya.
Nikah merupakan satu alternatif yang paling berkkesan dalam menangani masalah seks bebas hari ini. Setuju ? Masalahnya adalah masyarakat ibu bapa hari ini ynag suka menyusahkan keadaan. Mereka akan kembalikan sejarah ,cerita ,atau pengalaman silam mereka tentang pahit jerih mereka membina sebuah rumah tangga dahulunya. Alasannya “Kami lebih makan garam dari kamu ,kamu kecik lagi,belajar dulu,cari duit,baru fikir pasal nikah. Faham!”Dengan nada tegas,keras dan kasar. Mangsanya adalah anak. Mereka tertekan dan masing-masing akan menyatakan masalah pada pasangan masing-masing. Lalu berlakulah proses nikah ghaib yang berwalikan syaitan laknatullah setelah masing-masing berada di dalam hanyutan asmara akibat dilanda kesedihan dan amarah ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.
Jadi dosa siapa? Yang pertama, adalah ibu bapa yang tidak faham akan masalah serta situasi semasa dan tidak faham akan tuntutan kehidupan masa kini. Sebagai orang muda,kita harus bijak merancang dan memperjelas tentang tujuan dan niat kita unutuk bernikah. Jelaskan bahawa gejala sosial hari ini sangat membimbangkan. Iaitu kepupusan lelaki dan wanita yang solehah dengan kadar yang sangat cepat. Kadar manusia berubah daripada baik kepada jahat, sangat kritikal dan mendadak .
Lebih kurang 300% yang dulunya ustaz dan ustazah di sekolah,apabila berada di IPT, mereka berubah menjadi menjadi syaitan besar. Setuju? Faktanya boleh dilihat disekeliling anda. Faktor lain adalah akibat kawalan hawa nafsu yang semakin sukar disebabkan banyaknya wanita-wanita yang seksi.,aksi romantis yang tidak mengira waktu,bisikan syaitan yang melampau,desakan jiwa yang tidak tahankan ujian meskipun setelah berpuasa 4 bulan berturut-turut. Dengan nikah pada usia muda ini,mudahan-mudahan ia akan menstabilkan emosi,menenangkan jiwa,mendamaikan hati,meransangkan iman, dan memperkuatkan semangat kita untuk meneruskan langkah jihad kita di medan ilmu, kerjaya,politik,perniagaan dan sebagainya.
Khabarkan kepada ibu dan ayah, setelah berkahwin kita tidak akan terus membina keluaga yang normal bermaksud memiliki harta sendiri,ada anak sendiri,ada tanah dan segala keperluan yang lain. Apa yang diminta adalah pengiktirafan terhadap halalnya sebuah hubungan intim dengan pasangan iaitu suami dan isteri. Meskipun kta masih belajar ,nikah ini tidak akan menghalang kita untuk hilang fokus dan tanggungjawab. Kita boleh mengamalkan pelan perancangan keluarga bermaksud mengawal sebarang aktiviti di balik selimut. Jika nikah pada masa kuliah maka,pernikahan hanya terhad pada saling memberi motivasi ,meransang jiwa, menambah semangat semangat sesama pasangan melalui cinta kita yang halal. Cukup sekadar itu. Jika gagal mengawal perasaan maka pandai-pandailah mencari jalan,mengikut budi bicara yang empunya hati dan badan. Tetapi yang penting adalah kita adalah suami isteri yang sah di sisi ,keluarga ,masyarakat,Negara dan paling penting adalah Allah S.W.T. dan lagi kita ada jalan selamat untuk mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam industri zina,seks bebas dan Couple islamik.
Maka bersykurlah di atas nikmat Allah atas limpah rahmat dan iradat-Nya. Kita berjaya menjaga iman dan mengekalkan status diri kita sebagai hamba yang taat . Dan satu lagi adalah,kenikmatan akan hadirnya seorang wanita selain wanita dan ahli keluarga kita. Yang mana Allah telah menjanjikan ketenangan ke atasnya dalam rumah tangga. Oleh kerana kita bernikah pada usia muda maka pastikan kita sentiasa mencari sokongan daripada pelbagai pihak agar ikatan ini akan terus berkekalan selama hayat kita dan mudah-mudahan sehingga ke Syurga Allah,insya’allah.
Nikah muda ini bukanlah nikah gantung atau kahwin misyar. Selanjutnya rancanglah unutuk membina keluarga yang normal setelah segala urusan akademi,kerjaya dan kewangan selesai.
"Seruan terakhir adalah.JOM NIKAH. “Bersegeralah kamu ke arah kebaikan”