Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 3 September 2011

MEKANIKAL PERUNDANGAN

THE SYSTEM LAWS MECHANISME

HUDUD. SALAH SATU TAKRIFAN BAGI UNDANG-UNDANG ISLAM. UNDANG-UNDANG ISLAM TERBAHAGI KEPADA 3 PECAHAN YANG BESAR YAKNI HUDUD ,TAKZIR DAN QISAS. HUDUD MELIBATKAN KANUN ACARA JENAYAH YANG MERANGKUMI KESELURUHAN TEKNIKAL PELAKSANAAN,PROTOKOL DAN PROSEDURNYA. TAKZIR PULA MELIBATKAN SEPENUHNYA BIDANG KUASA HAKIM. HAKIM AKAN MEMBUAT PENILAIAN BERDASARKAN KETERANGAN BUKTI DARIPADA PIHAK PENDAKWA DAN PEMBELA. SI PELAKU DAN PENUDUH. TIADA PEGUAM DIGUNAKAN. HARAP MAKLUM. KAMI SEKADAR MENJELASKAN PERKARA ASAS DALAM UNDANG-UNDANG. QISAS PULA MEMBAWA KEPADA PERLAKUAN KES YANG MEMERLUKAN PERTIMBANGAN BALAS YANG DIKIRA ADIL BAGI MEREKA YANG TERTIMPA MUSIBAH AKIBAT DARIPADA SESUATU JENAYAH.

TAKZIR DAN QISAS INI AGAK BERSIFAT TERBUKA,RELATIF DAN SUBJEKTIF. IA TERDEDAH KEPADA TAFSIRAN BAGI SETIAP BENTUK , PERLAKUAN DAN KONTEKS. SELURUH TAFSIRAN BAGI KESELURUHANNYA KONTEKS ADALAH TERGANTUNG KEPADA BAGAIMANA JENAYAH ITU DITAFSIRKAN OLEH KEPAKARAN HAKIM,PENDAKWA DAN PEMBELA.

HAKIKAT YANG PERLU DAN PATUT DIFAHAMI ADALAH,SETIAP HUKUMAN MEMILIKI INTERPRESTASI TERSENDIRI. IA MEMILIKI KEDUDUKAN BAGI FUNGSI DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN BAGI SETIAP UNDANG-UNDANG. UNDANG-UNDANG BERSIFAT TETAP DAN PASTI. TIDAK SEHARUSNYA IA DILETAKKAN PELBAGAI JUSTIFIKASI DAN PENILAIAN. SETIAP PERKARA YANG DIADAPTASI BAGI APA-APA UNDANG-UNDANG ADALAH TIDAK SEHARUSNYA TERDEDAH KEPADA PELBAGAI TAFSIRAN. TAFSIRAN YANG BERAT SEBELAH TERUTAMANYA APABILA IA MELIBATKAN KEPENTINGAN,KUASA DAN PENGARUH. ...

BERCAKAP TENTANG PENGARUH DAN KUASA....

KAMI INGIN MENYENTUH SEDIKIT BERKENAANNYA. SEDIA MAKLUM BAGI KESELURUHAN STRUKTUR KEPEMIMPINAN. SETIAP KETUA NEGARA MEMILIKI PENASIHATNYA YANG TERSENDIRI.

KETUA NEGARA AKAN MENDENGAR NASIHAT DARIPADA MAMANDA PENASIHAT.

JIKA KETUA NEGARA MENDENGAR NASIHAT DARIPADA PENASIHAT...

SIAPAKAH YANG LEBIH BERKUASA DAN BERPENGARUH..

SIAPAKAH PEMIMPIN SEBENARNYA....

JANGAN TERTIPU DENGAN KARPET MERAH DAN PROTOKOL ISTANA..IA HANYALAH KOSMETIK SIMBOL KEKUASAAN. KETUA NEGARA YANG KITA LIHAT DAN PANDANG DALAM KACA MATA TELEVISYEN HANYALAH BONEKA. MEREKA HANYA BERTIDAK MENGIKUT SKRIP YANG DISEDIAKAN OLEH PENASIHAT.

KETUA NEGARA HANYA BERTINDAK SEBAGAI PENGURUS SEMATA-MATA. MEREKA HANYA BERTUGAS BAGI MENGENDALIKAN SESUATU URUSAN DAN MEMASTIKAN SETIAP PELAKSANAAN DASAR AGAR BERJALAN MENGIKUT APA YANG TELAH DITENTUKAN MENERUSI POLISI-POLISI SEDIA ADA. POLISI INI JUGA MERUJUK KEPADA PORTFOLIO BIDANG KUASA YANG DIGARISKAN. DIGARISKAN OLEH LEMBAGA ATAU JUGA PARLIMEN.

SEBELUM BERKATA DAN MENUDING KEPADA APA JUA ISU..

FAHAMI TERLEBIH DAHULU STRUKTUR PERJALANAN SESEBUAH INTERAKSI ..INTERAKSI DARIPADA ATAS SEHINGGALAH KE BAWAH ..KEMUDIAN FAHAMI PROSES UNDANG-UNDANG,ETIKA,PROSEDUR YANG WUJUD..

KEMUDIAN TENTUKAN DI MANA RUANG-RUANG KELEMAHAN YANG WUJUD DAN LANTAS AMBIL SIKAP UNTUK MELAKSANAKAN PERUBAHAN SECARA HOLISITIK...

KEMBALI KEPADA POSISI HUDUD..

BEBERAPA INTIPATI YANG PERLU DIFAHAMI..

HUDUD BUKANLAH PENYELESAI MASALAH ..HIKMAH BAGI HUDUD ADALAH MENGEKALKAN KESTABILAN DAN KEHARMONIAN. MENGEKALKAN KEHARMONIAN SOSIAL. IA BUKANLAH DILAKSANAKAN DALAM SITUASI KEADAAN SOSIAL YANG TERUK DAN MENGGERUNKAN SEPERTI MANA STATISTIK SEMASA YANG TERPAPAR DI DALAM AKHBAR-AKHBAR KONTEMPORARI..

BILANGAN RATUSAN RIBU ANAK LUAR NIKAH..MAT REMPIT ...MINAH SENGET....

JUJUR PADA REALITI..

KITA KEMBALI KEPADA ZAMAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. BAGINDA PERNAH MENGUCAPKAN KALIMAH.

AKU TIDAK AKAN MENGHANCURKAN BERHALA DENGAN TANGAN AKU TETAPI PENDUDUK MEKAH YANG PERNAH MENYEMBAHNYA,AKAN MENGHANCURKAN BERHALA DENGAN TANGAN MEREKA...

UNGKAPAN INI MEMBAWA SATU INTIPATI HIKMAH YANG CUKUP LUAS...

MENUNTUT KEPADA PERUBAHAN DAN ADAB PEMBINAAN SOSIAL AKIDAH MASYARAKAT...

BAGINDA MEMBINA AKIDAH PERLAHAN-LAHAN MENERUSI DAKWAH BAGINDA YANG MENGAMBIL MASA SEHINGGALAH 23 TAHUN IAITU MELENGKAPI PERJALANAN WAHYU DARIPADA AWAL SEHINGGALAH PADA TITIK AKHIR..

DAKWAH YANG BERJALAN DALAM TEMPOH RAHSIA IAITU 3 TAHUN DAN BERJALAN SECARA TERANG YANG BERGERAK SEHINGGA 10 TAHUN.

TAHAPAN DAKWAH INI DILAKSANAKAN MENERUSI PERANCANGAN BERSTRATEGIK MELALUI MISI DAN VISI BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W..

MENYEBARKAN CAHAYA HIDAYAH KE SELURUH ALAM...

SESUNGGUHNYA KAMU MUHAMMAD ADALAH RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM..

TIDAKLAH KAMI MENGUTUSKAN KAMU MUHAMMAD MELAINKAN SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG KAMI KE ATAS SEKELIAN ALAM...

PENUTUP BAGI SEKALIAN NABI YANG BERBANGSA ARAB DAN BERBAHASA ARAB..

....................

JIKA HUDUD DILAKSANAKAN DALAM SITUASI MASYARAKAT TIDAK MEMAHAMI INTIPATI HUDUD YAKNI HAK DAN NILAI HUDUD ITU SENDIRI.. IA HANYALAH MEMBINA SATU GAMBARAN DAN INTERPRESTASI NEGATIF DALAM KALANGAN BUKAN ISLAM DAN LEBIH LAGI MENCIPTA BUAH FITNAH KEPADA KELOMPOK KAFIRIN.

PELAKSANAN HUDUD YANG IDEAL ADALAH BILAMANA..

NISBAH BAGI KESALAHAN JENAYAH YANG BERLAKU DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM ...

ADALAH 1 KESALAHAN BAGI SETIAP 1000 ANGGOTA MASYARAKAT...

1 KESALAHAN ZINA BAGI 1000 ANGGOTA MASYARAKAT...

1 KESALAHAN MEMINUM ARAK BAGI 1000 ANGGOTA MASYARAKAT..

JIKA SENARIO INI DIAMBIL KIRA MAKA BARULAH PELAKSANAAN HUDUD ITU DIKIRA SEBAGAI AGEN UNTUK MENGHARMONIKAN STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT SECARA KESELURUHAN.

DAN ANGKA BAGI NISBAH INI KELIHATAN MUSTAHIL DALAM TEMPOH 2 ATAU 3 TAHUN MENDATANG...

JIKA MELIHAT BAGI FENOMENA SEMASA..

KAMI DENGAN BERAT HATI DAN YAKIN.....

GEJALA ZINA YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT SEMASA ADALAH LEBIH KURANG 2 KESALAHAN BAGI 15 ANGGOTA MASYARAKAT..

BAHKAN MUNGKIN NISBAH SEBENAR JAUH LEBIH BESAR DARIPADA APA YANG DIGAMBARKAN....

UNTUK BERANGAN-ANGAN BAGI MELAKSANAKAN HUKUMAN HUDUD...

SILA OBJEKTIF DAN IDEALISTIK..

JUJUR PADA REALITI..JANGAN TERJERIT-JERIT SEPERTI BERUK KEHILANGAN PISANG..

MANTAPKAN PERSEDIAAN MASYARAKAT TERHADAP PENERIMAAN HUDUD...

KEMUDIAN TELITI SECARA BERSTRATEGIK DAN PERHALUSI SETIAP TINGKATAN..

JANGAN MENABRAK SEBARANGAN...

HUKUM ALLAH BUKAN UNTUK MENZALIMI MANUSIA NAMUN IA HANYA BERTUJUAN MEMPERBAIKI DAN MEMBENTUK MANUSIA...MENCIPTA KESTABILAN DAN MENGEKALKAN KESTABILAN..

CONTROL AND REMAIN THE STABILITY....

KAMI MOHON HUJAH INI TIDAK DISALAHTANGGAPI.....

PADA JUMAAT 3 SEPT 2011,TEPATNYA 11.30 PG,SATUS SESI PERBINCANGAN DALAM RANCANGAN ANALISIS AWANI, DENGAN TOPIK PERBINCANGAN PERMUAFAKATAN DI AIDILFITRI ,TOPIK YANG MEMBAWA PENEKANAN KONSEP KESEPADUAN INTEGRASI INTERAKSI DALAM MASYARAKAT,

BEBERAPA ISU YANG DIKETENGAHKAN

BERKENAAN KEBERKESANAN JARINGAN EKONOMI DALAM KOMUNITI DOMESTIK.

MODEL HUBUNGAN INTERAKSI YANG WUJUD DALAM MASYARAKAT KONTEMPORARI SERTA CABARAN

RUANG DAN PELUANG YANG TERHIDANG DALAM BENTUK INTERAKSI YANG TELAH,SEDANG DAN AKAN TERJALIN..

KEPENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT : SEJAUH MANA KEBERKESANAN TERHADAP PEMBENTUKAN MASYARAKAT SOSIAL YANG BESTARI ,IDEAL DAN SIHAT SAMA ADA DARI SEGI ROHANI DAN FIZIKAL.

BEBERAPA PERSOALAN INI YANG SEBETULNYA DAN SEWAJARNYA DIKETENGAHKAN DALAM SKOP MASYARAKAT YANG JAUH LEBIH LUAS DAN TERBUKA. ISU INI ADALAH ISU UNIVERSAL. IA BUKAN ISU YANG PATUT DILETAKKAN DALAM KONTEKS SELEKTIF. IANYA SANGAT TIDAK ADIL.

ISU KEBERKESANAN INTERAKSI JARINGAN DALAM PEMBINAAN KOMUNITI EKONOMI PATUT DIAMBIL BERAT KERANA ,DI SINILAH LETAK DUDUKNYA INDIKATOR UTAMA DALAM PENENTUAN KEBERHASILAN IMPAK EKONOMI YANG MAPAN DAN BERSIFAT ADIL KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT.

WALAUPUN DAPATAN MENERUSI PERBINCANGAN DI ASTRO AWANI JELAS TERBUKTI PERKARA INI TELAHPUN WUJUD DALAM MASYARAKAT SETEMPAT NAMUN AKIBAT IANYA TIDAK DIWAR-WARKAN SECARA YANG IDEALISTIK DAN INOVATIF,TIDAK BERJALAN SECARA KOLEKTIF DAN EFFEKTIF, AKHIRNYA, PERKARA PENTING SEBEGINI TIDAK BERJAYA DISAMPAIKAN DALAM BENTUK MAKLUMAT YANG SEPATUTNYA..

MENERUSI BEBERAPA PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DALAM PENGEMBARAAN DI KEBANYAKAN NEGARA-NEGARA EROPAH,TERBUKTI BAHAWA PENGGUNAAN IT MASIH TIDAK DIMANFAATKAN SECARA OPTIMUM OLEH KEBANYAKAN AGEN-AGEN PENGGERAK KOMUNITI SOSIAL DI MALAYSIA.

TETAPI KAMI AKUR BAHAWA TAHAP KAPASITI INTERNET SEDIA ADA DI MALAYSIA SEMEMANGNYA JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG KEMAMPUAN INTERNET DI NEGARA-NEGARA MAJU.

NAMUN YANG DEMIKIAN ,FAKTOR INI TIDAK BOLEH DIJADIKAN LESEN BESAR BAGI MENIDAKKAN PELBAGAI ALTERNATIF LAIN DALAM MEMBINA PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR JARINGAN SOSIAL YANG MAPAN DAN BERDAYA SAING,SELARAS DENGAN HASRAT KERAJAAN MALAYSIA UNTUK MEMBINA MASYARAKAT BERMINDA KELAS PERTAMA DALAM PERSIAPAN MENGHARUGI ARUS PERJALANAN KE ARAH MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU MENJELANG 2020..

WAWASAN 2020 YANG MEMBAWA ERTI BERJAYA DI DUNIA

BERJAYA DI AKHIRAT..

MUTTAQIN YANG BERJAYA DI DUNIA ..

MUTTAQIN YANG BERJAYA DI AKHIRAT...

JANGAN PULA DUNIA GAGAL...

AKHIRAT PUN GAGAL...

KAMI TIDAK BERKEMPEN UNTUK KERAJAAN MALAYSIA . BUKAN 1 MALAYSIA. TETAPI DEMI 1 UMMAT. 1 KIBLAT . 1 TUHAN. 1 AGAMA. 1 KITAB. SEKADAR MENGHARGAI PERANAN MALAYSIA DALAM MENGIMBANGI KETIDAKSTABILAN EKOSISTEM PENTADBIRAN DUNIA YANG SEDANG DAN RANCAK BERJALAN MASA KINI.

MUDAHAN-MUDAHAN AMAL-AMAL INI DIKIRA SEBAGAI AMAL SOLEH DI SISI ALLAH..

INSYA’ALLAH...

SEDIKIT MASUKAN KEPADA PIHAK AWANI AGAR MAMPU MENYEBARLUASKAN IDEA DAN HASIL PERKONGSI ILMU MENERUSI PERBINCANGAN-PERBINCANGAN YANG TELAH BERJALAN DALAM BENTUK BUKU,MAJALAH ATAUPUN CD. SEMOGA ILMU YANG BERMANFAAT ITU TIDAK TERBAZIR DAN TERBUANG TANPA MANFAAT. SEKIAN UNTUK MASUKAN....

KAMI PASTI OTAK TIGA BERSAUDARA IAITU SAUDARA NAZRI KAHAR,SAUDARA SUHAIMI SULAIMAN,SAUDARA KAMARUL BAHARIN SEMAKIN BERKEMBANG DAN MEMBESAR. DAN JIKA TIDAK DIKAWAL BERKEMUNGKINAN BERLAKU LETUPAN YANG BESAR DI PEJABAT ASTRO AWANI...

ONCE AGAIN..

THINK BIG,ACT SMALL,MOVE FAST...

MAAF. SEBELUM MEMBAWA ISU HUDUD INI KE TENGAH,KAMI INGIN MEMBAWAKAN BEBERAPA ARTIKEL PILIHAN YANG DIFIKIRKAN PERLU DITELITI DAN DISEMAK. ARTIKEL YANG KAMI KIRA SEBAGAI JUJUR DAN SARAT DENGAN KEIKHLASAN. IA PASTINYA DITULIS DENGAN HATI YANG SANGAT JERNIH. TAHNIAH KEPADA SI PENULIS TIDAK KIRA DI MANA JUA ANDA BERADA. SAMA ADA DI LEBUH RAYA PLUS ATAUPUN DI PONDOK TELEFON.

ARTIKEL KARIM RASLAM..KOLUMNIS SINAR HARIAN...

Harapan dari keberkatan Aidilfitri

oleh KARIM RASLAN
8/29/2011 8:32:24 PM

Ketika sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, seharusnya kita ingat, Ramadan dan Syawal merupakan waktu terbaik untuk umat Islam seluruh dunia mengintrospeksi diri.

Sememangnya puasa itu adalah salah satu dari lima Rukun Islam, tiang agama kita. Dengan berpuasa kita bukan sahaja dapat mendekatkan diri sesama manusia, tetapi mampu menyucikan diri dari segi fizikal serta spiritual. Justeru, puasa itu bukan sahaja bermakna kita menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengawal nafsu manusia dari tamak haloba dan panas baran.

Malangnya, kesucian Ramadan dikeruhkan oleh serbuan Jais terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC), dan timbulnya dakwaan terdapat kempen untuk “memurtadkan” orang Melayu Muslim terutamanya di kawasan bandar. Ironinya, masalah murtad ini bukanlah baru, perkara ini telah berlaku selama berdekad lagi sejak kes Maria Hertogh di Singapura, sebelum Merdeka, pada 1950.

Oleh itu, hangatnya kembali isu ini kala Malaysia berada di persimpangan perubahan politik, ternyata cukup ironis kerana isu ini mempunyai implikasi sosiopolitik yang jelas. Kebangkitan isu murtad ini jelas mempamerkan keresahan masyarakat Islam di Malaysia (dan tentunya Melayu?) tentang masa hadapan mereka. Ini berkait rapat dengan rasa tidak selesa masyarakat Melayu Muslim akan identiti Islam mereka dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Kita seharusnya ingat akan suatu perkara: Islam tidak akan ke mana-mana dan kekal abadi di Malaysia. Posisi agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan ini telah diterima dengan sepenuhnya oleh semua parti politik. Apa lebih penting, orang Islam sememangnya majoriti yang dominan di Malaysia dengan lebih 60 peratus dari 28 juta penduduk dan kadar kelahiran keluarga Melayu Muslim di Malaysia jauh meninggalkan keluarga-keluarga dari agama berbeza.

Oleh itu, musuh sebenar Islam di Malaysia datangnya bukan dari luar tetapi dari dalam. Musuh utama kita ialah rasa malas, rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran. Inilah yang telah menghambat pertumbuhan sosioekonomi kita dan merosakkan imej Islam yang indah. Kesimpulannya, orang Islam sendiri yang menghancurkan Islam.

Pokoknya, dari kita sibuk mempersoalkan cubaan memesongkan akidah Islamiah oleh kumpulan dakwah agama lain, kita seharusnya memikirkan bagaimana berdepan dengan cabaran globalisasi, di mana kita tidak mampu lari dari berinteraksi dan hidup bersama dengan masyarakat dari kepercayaan berbeza.

Ada di antara kita berpendapat, orang Islam seharusnya mengasingkan diri, hidup dalam dunia eksklusif ekonomi Islam yang halal dan teratur memutarkan waktu ke zaman silam di mana “kesucian” agama itu dijadikan pegangan hidup. Ini merupakan perkembangan tidak sihat. Islam dan Melayu itu tidak pernah mengasingkan diri dari berinteraksi dengan dunia luar.

HURAIAN DAN KONTEKS PADA PANDANGAN KAMI...

-HIDUP DALAM SUASANA INKLUSIF DAN EKSLUSIF –JEMAAH ORIENTED..JEMAAH CENTRIC...PAS DAN PAS..JIM DAN JIM..ABIM DAN ABIM...KELOMPOK USTAZ HANYA HIDUP DALAM KALANGAN USTAZ SEMATA..

SENDIRI PUNYA KUBUR..SENDIRI TANGGUNG MA..

Sekadar mencelah dan hujah budak nakal..

Sememangnya, Islam dan Melayu itu unggul kerana mereka mampu bertukar pendapat dan idea dengan masyarakat sedunia: kita pengembara, pedagang dan ilmuwan yang disegani. Bukankah Islam itu tiba di Melaka melalui pedagang Arab? Kejatuhan Islam itu bermula apabila kita menutup hati, minda dan sempadan ke dunia luar. Lihatlah ke dunia Arab hari ini, mereka terlalu taksub dengan kekayaan wang hasil minyak dan menutup hati dan minda mereka untuk memajukan Islam.

Saya tidak mempersoalkan perlunya orang Islam bangun mempertahankan agama, kita wajib mempertahankan keluhuran dan kedaulatan agama kita, tetapi kita tidak seharusnya melakukannya dengan mengelakkan dari berinteraksi dengan bukan Muslim atau memijak hak mereka. Jika kita berbuat demikian, kita hanya akan memperkuatkan perspektif negatif bahawa Islam itu agama yang tidak toleran dan tidak berpandangan jauh.

Sebaliknya, kita harus mencari dan berjuang, seperti saudara Islam di seluruh dunia, untuk memperbaiki diri dan asas kepercayaan kita, supaya tidak perlu untuk berasa takut, bimbang dan khuatir terhadap ancaman agama lain. Keimanan kita bergantung pada ilmu dan pengalaman ditempuhi. –HUJAH KELAS PERTAMA...:)

Sememangnya inilah jihad sebenar: melepaskan diri dari dibelenggu rasa takut dan tidak endah. Pokoknya, masyarakat Islam di Malaysia seharusnya membangkitkan kepercayaan diri dan lebih yakin dengan kekuatan iman masing-masing. Kita seharusnya bersikap rajin mencari ilmu, dan berlaku jujur serta adil kepada diri.....HUJAH LIMA BINTANG :)

Sesungguhnya, musuh Islam itu adalah umatnya sendiri yang malas, takut dan lemah. Oleh itu, marilah kita menyambut hari raya ini bukan dengan ketakutan atau keresahan, tetapi dengan harapan boleh menjadi Muslimin dan Muslimat yang lebih baik.

TAHNIAH...MARKAH PENUH 100 M...TAMBAHAN BONUS DAN ELAUN HARI RAYA 20 M...JUMLAH KESELURUHAN 120 M..

PAK CIK HERMIT..AREA 70...

Hak kaum Cina yang kita tidak tunaikan

oleh Hermit






Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari Raya adalah antara nostalgia yang kental di dalam hati setiap sanubari orang Melayu di Malaysia khususnya.Bila teringat Hari raya,kita pasti teringat tentang kuih raya,baju raya atau lagu-lagu raya.Anehnya,lagu-lagu raya dibikin dalam mood yang begitu menggamit kenangan (kecuali lagu raya moden yang tak menjadi).

Hari Raya adalah perayaan agama.Ia bukan perayaan adat bangsa Melayu.Hari Raya disambut selepas habis bulan Ramadhan dan di hari ini (1 Syawal) kita diharamkan berpuasa.Hari ini Hari Raya telah menjadi darah daging kita orang Melayu.Ia telah menjadi adat dan budaya.Ia telah menjadi ritual yang wajib dilaksanakan,jika tidak kita bukanlah benar-benar 'true' berhari raya.Mengapa saya katakan begitu?Sebab di hari inilah orang yang jarang bersolat akan datang bersolat Hari Raya dengan penuh megah dan semangat,dengan baju yang cantik berwarna warni.Semoga solat sunat Hari Raya yang 2 rakaaat ini akan menjadi asbab hidayat kepada mereka yang selalu mengabaikan solat yang fardhu 5 kali sehari semalam.

Islam telah memberikan nikmat tidak terhingga kepada orang-orang Melayu.Betapa bijaknya nenek moyang kita dahulu kerana meninggalkan agama animisme,Hindu dan Buddha yang menyembah patung bikinan sendiri atau agama pagan,dengan berbondong-bondong masuk ke dalam hidayat Allah s.w.t tanpa banyak mengambil masa dan berfikir panjang.Orang Melayu bukan sahaja menikmati hidayat Allah s.w.t ini sendiri,malah keluar mengajak kaum-kaum Austronesia lain seperti Jawa,Bugis,Sulu dan lain-lain supaya masuk ke dalam rahmat Allah s.w.t.Ketika orang Melayu mempunyai Kesultanan Islam sendiri iaitu Kesultanan Melaka,Majapahit sebagai entiti politik orang Jawa masih menganut fahaman Hindu,dan hasil kerjasama orang Melayu Champa dan Kelantan berserta para pendakwah dari Arab dan Parsi maka wujudlah era 'Wali Songo' yang menyaksikan kebangkitan kerajaan Demak dan pengislaman beramai-ramai saudara kita dari kalangan orang Jawa.

Minat kepada agama Islam telah awal dikesan dalam surat Maharaja Sriwijaya,Indravarman kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz,yang meminta khalifah terkenal itu mengajarnya tentang Islam.

Hari ini kita di Malaysia hidup bersama-sama kaum-kaum lain seperti orang Cina dan India.Kaum Cina contohnya telah mula masuk ke Tanah Melayu ketika era pemerintahan British untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah atau membuka perniagaan.Kaum Cina adalah kaum yang bijak berniaga dan rajin berusaha.Di bandar-bandar di negara kita sememangnya kaum ini mendominasi kedai-kedai dan pusat perniagaan.Ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh kaum ini yang sama-sama berganding bahu dengan orang Melayu dan India untuk memakmurkan bumi Malaysia tercinta ini.Sedar tak sedar,ekonomi Malaysia banyak dipacu oleh kaum ini,dan kita,orang-orang Melayu beragama Islam sedar tak sedar begitu bertuah,dengan tinggal di laluan strategik antarabangsa,banyak sumber mineral,aman damai,tidak ada gempa bumi atau gunung berapi,dan ditambah dengan orang lain yang 'membantu' kita menaikkan ekonomi Malaysia tanpa perlu kita bersusah payah,sebagaimana Vietnam atau Kemboja yang 'tidak pandai' memanfaatkan kelebihan kaum Cina ini.

Boleh dikatakan kemajuan orang Cina,juga memajukan orang Melayu.Apabila orang Cina membuka pusat perniagaan,maka ini membuka peluang orang Melayu mencari rezeki.Sebab itu kita tidak mendengar orang Melayu kita berhijrah beramai-ramai mencari pekerjaan di luar negara.Anak-anak muda kita bebas memilih kilang mana atau kedai mana untuk bekerja menambah duit poket.Sedar tak sedar orang Cina ADALAH RAHMAT ALLAH TAALA YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA ORANG MELAYU.Kehadiran orang Cina adalah semata-mata untuk ikram orang Melayu Malaysia.Kita telah masuk agama Islam dan bawa agama kepada kaum-kaum lain maka Allah hantar satu kaum lain yang bekerja untuk kita memajukan ekonomi orang Melayu.Jangan lihat kenyataan ini dari sudut mikro (seperti survival bisnes orang Melayu atau agihan kek ekonomi) tetapi pandanglah dari sidut makro,betapa Malaysia naik mendadak tidak sampai 50 tahun dengan sebahagiannya dipercepatkan oleh kaum Cina ini (selain pentadbiran politik orang Melayu yang 'tenang').

Selepas orang Cina sedikit sebanyak membantu kita memajukan diri,apakah sumbangan atau balasan kita kepada orang Cina?Kita mesti membalas jasa orang Cina kerana mereka banyak berjasa mengubah wajah Malaysia dari imej selepas kolonial kepada negara antara paling produktif di Asia.Mereka telah berjasa menghiasi rumah kita ini dengan pembangunan dan kemajuan,dan rata-rata kita orang Melayu hidup selesa di bumi bertuah ini.Kita dapat berhari raya dengan gembira.Ekonomi baik dan suasana aman makmur.Kita orang Melayu perlu rapat dengan mereka dan belajar bersungguh-sungguh ilmu berniaga dengan mereka supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka.Bukannya bila mereka berdiri,kita masih duduk bergoyang kaki.

Jadi tuan-tuan,kita MESTI MEMBALAS pengorbanan kaum Cina memajukan Malaysia,tanahair kita.Kita tidak perlu marah kepada mereka,walaupun ada di antara mereka yang amat pekat sikap rasis dan kauvinis mereka.Apa yang kita lakukan ialah kita balas dengan kebaikan,lama-lama sikap rasis dan sombong mereka akan hilang serta-merta dengan izin Allah.Apa yang berlaku hanya dengan izin Allah.

Kita MESTI balas segala kebaikan mereka tuan-tuan.Mereka telah didatangkan oleh Allah s.w.t untuk membantu orang Melayu meningkatkan taraf hidup mereka.Mungkin tanpa mereka kita akan membangun juga,tetapi lambat,seperti yang terjadi di Vietnam,Burma atau Laos.Kita masih pegang politik dan mengawal mereka,tetapi mereka bekerja memajukan ekonomi!Bukankah ini satu simbiosis yang menguntungkan orang Melayu?Jadi terasa tidak adil jika kita tidak membalas jasa-jasa kaum Cina ini.

Bagaimana mahu membalas jasa-jasa mereka?Kita tunaikan hak mereka YANG SEBENAR.Tunaikan sahaja tanpa prejudis.Jangan berdolak-dalik atau dimenyuaratkan berminggu-minggu.Ini HAK MEREKA yang sekian lama kita tidak tunaikan.Kita biarkan mereka terlonta-lonta tanpa pembelaan.Kita biarkan anak-anak mereka tidak mendapat HAK ISTIMEWA ini.Adakah adil kita orang Melayu sahaja yang dapat HAK ISTIMEWA,mereka kaum Cina didiskrimasikan?Mereka bukan haiwan yang tidak dipertanggungjawabkan,mereka manusia juga seperti kita.Adilkah kita sebagai orang Melayu yang mengaku Islam,membiarkan kaum Cina tidak mendapat hak-hak mereka yang sebenar,anak-anak mereka yang tidak tahu masa depan mereka bagaimana...adilkah kita?Adilkah?

Kita tahu kebenaran,tetapi kita biarkan mereka yang banyak berjasa kepada kita,terlonta-lonta kegelapan tanpa menikmati 'special rights' yang dinikmati kita sejak zaman-berzaman.

Apakah HAK-HAK ISTIMEWA yang perlu kita beri pada mereka itu?Tanah?Bukan tuan-tuan...tanah dan bumi Malaysia ini tidak memadai untuk mereka.Satu hari,Malaysia berserta planet Bumi ini akan musnah.Tetapi HAK ISTIMEWA ini kekal abadi selama-lamanya.Buka sekolah-sekolah Cina banyak-banyak?Bukan tuan-tuan,jika semua sekolah di Malaysia ini ditukarkan menjadi SRJK (C) sekalipun,hak mereka tidak akan tertunai.Itu bukan caranya.Beri mereka kuasa politik Malaysia,mansuhkan sultan-sultan,jadikan Malaysia republik macam Singapura.Oooo....itu lagi bukan cara yang betul malah akan menambahkan masalah.Bukan sahaja hak-hak istimewa mereka tidak tertunai,malah 'hak-hak istimewa' kita pun hancur lebur.Itu bukan hak-hak istimewa mereka tuan-tuan,bukan.Ada hak istimewa mereka yang kita selalu abaikan dan ini adalah
SEBENAR-BENAR DAN SEBESAR-BESAR HAK-HAK ISTIMEWA KAUM CINA.

Apa dia?HAK UNTUK MENDAPATKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM.Kita orang-orang Melayu perlu ada rasa tanggungjawab untuk ajak orang Cina untuk mendekati Islam.Kita orang Melayu dapat iman secara percuma.Lahir sahaja ke dunia,automatik telah dapat pakej Islam.Bagaimana dengan kaum Cina?Sejak dari kecil diajar sembah colok,asap,patung bikinan tangan sendiri dan dewa-dewa perang (ada yang diambil dari kisah The Romance of Three Kingdoms).Mengapa mereka tidak mendapat hak mengenal Tuhan pencipta mereka sendiri secara percuma seperti kita?Mereka nak dapat iman dan Islam perlu bersusah payah,perlu mendapat cemuhan keluarga dan usaha yang tidak sedikit untuk belajar tentang Islam.Kita?Ibu dan ayah yang ajarkan,kemudian ustaz dan ustazah.Semuanya percuma dan amat mudah.Islam kita Islam 'free'.

Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri ini,marilah kita azam untuk lebih banyak membaiki diri sebagai orang Islam supaya dengan dengan itu dapat memberi imej yang baik di mata orang Cina dan menarik minat mereka untuk dekat kepada Islam.Jika kita bekerja di bawah mereka,kita tonjolkan ketepatan masa,kita solat tepat pada waktunya dan selepas itu bekerja bersungguh-sungguh.Percayalah,orang Cina biasanya tidak halang kita solat.Malah jika kita selalu jaga solat,apabila azan berkumandang,orang Cina itu akan mengingatkan kita untuk solat secara tiba-tiba seperti pengalaman rakan saya apabila bosnya berkata,"You tak semayangkah?Itu Tuhan you sudah panggil," ketika dia terleka membuat kerja.

PENCELAHAN YANG DIPERTUA...

KEBANYAKAN BOS CINA MENGHALANG ORANG ISLAM UNTUK SOLAT BILA ORANG ISLAM ITU SENDIRI BERMAIN-MAIN KETIKA SOLAT..X PERCAYA TANYA KEPADA EMPUNYA DIRI...


Ramadhan yang berlalu banyak mematangkan diri kita.Kita baiki diri kita perlahan-lahan,dan kita azam untuk tonjolkan kehidupan kita selari dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dengan moga-moga dengan itu Allah s.w.t jadikan asbab hidayat kepada bukan sahaja kaum Cina malah kaum India juga supaya meninggalkan patung-patung tak bernyawa kepada menyembah kepada pencipta mereka sendiri,kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.






Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami di MistisFiles.




-Hermit
Lebuhraya Utara Selatan
29 Ogos 2011


SEKIAN..JAZAKALLAH KHAIRAN KASIRA'.

Followers