Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 17 September 2011

ARTIKEL PILIHAN

ARTIKEL DR ASRI..

Insaf Dalam Menilai Setiap Insan

INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul.


Insan apabila berbalah, atau bertelingkah mereka sering menonjolkan unsur buruk mengenai musuh mereka. Enggan mereka menyebut kebaikan yang ada, sekalipun itu terang dan jelas. Kita boleh lihat akhlak orang-orang politik hari ini apabila mereka bertelingkah. Enggan mengiktiraf sumbangan pihak lain hanya kerana perbezaan politik yang ada.

Demikian juga dalam kehidupan, ramai yang enggan mengiktiraf kebaikan pihak yang dibenci sekalipun nyata kebaikannya. Ini adalah sifat yang tidak munsif atau kita sebut tidak insaf. Perkataan insaf di sini bukan seperti yang kita faham iaitu menyesal. Sebaliknya bermaksud sesuatu yang berada di tengah; tidak melampau dan tidak terkurang. Inilah arahan Allah kepada kita.

Dalam urusan jual beli, kita diharamkan mengurangkan hak orang lain, apatah lagi dalam urusan nilai dan harga diri orang lain yang lebih bermakna dari timbangan makanan dan barang, lebih utamalah untuk kita memastikan hak orang lain tidak dikurangkan. Firman Allah: (maksudnya):

“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

Timbangan Amalan

Allah Tuhan Yang Maha Adil tidak menetap bahawa hanya orang tidak berdosa sahaja yang masuk syurga. Tidak juga menyatakan bahawa setiap yang ada dosa akan memasuki neraka. Sebaliknya al-Quran menyatakan bahawa seseorang ditimbang amalan baik dan buruknya. Maka, sesiapa yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya, maka dia berjaya. Begitulah sebaliknya; sesiapa yang amalan buruknya melebihi amalan baiknya, maka tempatnya neraka. Firman Allah (maksudnya):

“adapun orang yang berat timbangannya (amalan baik), maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sesiapa yang ringan timbangannya (amalan baik), maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalan engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).

Setelah Allah menetapkan demikian, bagaimana mungkinkah kita ingin memutus hanya insan yang tidak berdosa sahaja yang layak untuk diiktiraf sebagai insan yang baik?! Sebaliknya, insan yang baik itu ialah seseorang yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya.

Semua Berdosa

Sabda Nabi s.a.w:

“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah/ dihasankan oleh al-Albani).

Justeru, setiap kita tidak sunyi dari kesalahan. Tiada siapa pun dalam kalangan kita yang boleh mendakwa bahawa dirinya suci dari dosa dan noda. Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri. Sementara orang yang buruk keras kepala dengan dosanya, tidak kesal dan tidak memohon keampunan.

Menyedari hakikat ini, maka jangan kita hina manusia disebabkan sesuatu dosa, tetapi lihat bagaimana sikap dirinya terhadap dosa tersebut. Allah tidak pernah menjadikan orang yang berdosa kecewa, sebaliknya sentiasa membuka pintu untuk mereka kembali kepadaNya. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar: 53).

Jahat Tak Menafikan Baik

Dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

Walaupun dia minum arak, itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri. Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihannya itu. Kita lebih wajar demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.

Diri Sendiri

Jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, dia akan tahu dia juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi.

Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):

“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).

Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu.

Namun kita, lantaran merasakan diri suci, kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan. Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:

“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)

Seimbang

Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).

Al-Imam Muhibb al-Din al-Khatib menyebut:

“Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu.

Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu”. (Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m/s 47. Beirut: Dar al-Jail).

DR RIDHUAN TEE...


Kini semakin ramai yang mahu menjadi pakar walaupun bukan bidangnya. Semua mahu bercakap. Ini kerana masing-masing terlalu ghairah mengambil kesempatan, mabuk kuasa dan politik terdesak hari ini. Mereka berselindung atas nama Islam, pertubuhan Melayu, pertubuhan ibu bapa dan macam-macam badan lagi bagi merealisasikan cita-cita merekanya. Sekumpulan mahukan Pembelajaran Pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan. Sekumpulan lagi mahu komunis diberikan pengiktirafan. Jika kita kaji latar belakang mereka, langsung tidak ada kaitan dengan bidang kepakaran. Tetapi mereka mahu berlagak macam hero kampung. Inilah sindrom yang menggusarkan dunia akademik hari ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asal cita-cita mereka tercapai.

Sebuah pertubuhan yang kononnya mewakili ibu bapa membuat kenyataan bahawa majoriti ibu bapa menyokong PPSMI. Tertanya-tanya pula kita, siapakah ibubapa tersebut? Apakah modus operandi kajiannya? Apakah kaedah dan metodologi yang digunakan? Sejauhmanakah kesahkan dan kebolehpercayaan kajian yang digunakan? Siapakah sasaran atau respondennya? Semua ini masih menjadi tandanya, berbanding dengan kajian akademik oleh para akademia sebelum ini. Malang sekali, penemuan para academia tidak dibincangkan berbanding pertubuhan picisan ini.

Pertubuhan ini meminta untuk bertemu dengan kabinet supaya mengembalikan semula PPSMI. Mereka mendakwa mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa berhubung perkara ini. Satu perkara yang luar biasa. Teruja saya untuk melihat kajian mereka.

Persoalannya, bagaimana mereka boleh mendakwa mempunyai bukti dan mendapat sokongan, sedangkan rata-rata kajian yang dibuat sebelum ini, PPSMI gagal mendapat sokongan, apatah lagi untuk memajukan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak terutama di luar bandar bagi mendepani pendidikan Sains dan Matematik.

Seingat saya, hampir 100 NGO Melayu yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI telah tampil secara agresif menentang. Ini tidak termasuk NGO Cina yang telah menentang sejak awal lagi. Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu sendiri yang terdiri daripada profesor-profesor dalam bidang, dari awal lagi telah menentang beserta bukti-bukti kajian. Tanyalah Professor Abdullah Hassan, Professor Awang Sariyan, Profesor Nik Safiah Karim dan ramai lagi.

Ini belum termasuk pandangan pakar sains yang lain seperti Professor Shahril M. Zain (Pakar Sains Matematik), Profesor Tan Sri Zulkifli Razak (Pakar Perubatan), Profesor Yusof Othman (Pakar Fizik) dan ramai lagi.

Nasihat saya, jika ingin mendapatkan pendapat dan suara pakar Melayu, sepatutnya kerajaan mendengar dan merujuk kepada cendekiawan dan NGO-NGO Melayu seperti Persatuan Akademik IPTA, Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Majlis Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) dan banyak lagi. Kenapa kita begitu terpukul dengan sebuah pertubuhan kerdil yang disebut sebagai Page. Siapakah mereka? Apa kepakarannya?
Tidak payahlah menggunakan gelaran datin untuk mencari pengaruh. Hina sangat rasanya. Gelaran datin adalah tumpangan gelaran datuk yang diperolehi oleh suami. Jika benar-benar berani mari kita berdebat dengan para akademia secara akademik.

Yang memelikkan lagi kenapa pihak berkuasa perlu merasa tergugat dengan tindakan mereka? Sedangkan pakar-pakar bahasa memberikan pandangan daripada pelbagai aspek, termasuk pedagogi, linguistik dan sebagainya. Manakala mereka yang tidak ada kepakaran langsung, dan mungkin tidak mengaji setinggi manapun, sibuk bercakap, hanya kerana dia isteri bergelar datin dan mendapat sokongan bukan Melayu?

Negara kita teramat sedih kehilangan seorang pejuang bahasa, Dato’ Dr Hasan Ahmad yang kembali ke ramahtullah baru-baru ini. Ketika Allahyarham masih hidup, perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu tidak pernah luntur sehinggalah kerajaan bertindak memansuhkan PPSMI dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita amat mengharapkan kementerian pelajaran akan bertegas dengan pendiriannya.

Kumpulan ini sedang diperalatkan oleh golongan yang mahukan bahasa kebangsaan ini lenyap, maka diberilah publisiti secara besar-besar dalam laman-laman web dan akhbar anti Melayu dan Islam. Tidak ada sesiapapun yang rasional menolak kepentingan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bahasa dunia, ia perlu dipelajari. Cara mempelajarinya perlulah tepat,betul dan mengikut kaedah, bukan beremosi.

Persoalan pokok, adalah isu penguasaan bahasa. Bukan isu sains dan matematik. Jika bahasa yang lemah, yang harus diperhebatkan adalah kaedah pembelajaran dan pengajaran bahasa, bukan mengubah sistem. Inilah perkara yang kurang difahami oleh mereka. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga.

Saya amat terusik dengan pesanan akhir Dato Dr Hassan Ahmad, kerajaan akan jatuh jika tidak mendengar suara ilmuan. Siapakah ilmuan tersebut? Ilmuan tersebut adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, jujur dengan ilmu dan bertindak berpaksikan Quran dan Sunnah serta perlembagaan negara. Bukannya mereka yang bukan sahaja tidak pakar, tetapi sekadar bergantung nasib atas nama suami bergelar datuk. Kepakarannya entah ke mana. Alahai malang sungguh.

Sama juga isu yang menganggap komunis ini sebagai pejuang. Bacalah dahulu sejarah komunis dari awal hingga akhir daripada pelbagai sumber. Jangan hanya membaca satu sumber sahaja atau sebelah pihak sahaja, kerana ada kepentingan atau mahu mengambil hati rakan dan taulan. Selepas itu, barulah boleh memberikan komen dan pandangan. Barulah terserlah kepakarannya. Berkata benar, walaupun amat pahit, kerana itulah yang terbaik, kerana kebenaran pasti akan menang, walaupun kalah buat sementara waktu.

Saya sempat membaca buku berkaitan perjuangan komunis oleh Rashid Maidin, Tunku Abdul Rahman, Hanrahan, Purcell, Thompson dan sebagainya. Saya tidak menafikan sumbangan komunis memang ada, tetapi tidaklah boleh meletakkan mereka setaraf dengan pejuang kemerdekaan. Perjuangan komunis yang kononnya dikatakan menentang penjajah British amat jauh berbeza dengan perjuangan Tok Janggut dan Dato Maharaja Lela menentang penjajah British. Pejuang-pejuang Melayu hanya mahu menghalau penjajah, berbanding dengan perjuangan komunis yang mahu menguasai Malaya melalui teori dominonya.

Adalah tidak rasional menolak kebaikan seorang, hanya kerana mungkin dia musuh kita atau tidak bersefahaman dengan kita. Dalam kes Mat Indera, beliau adalah seorang pejuang, cuma platformnya salah, kerana bersama komunis. Perlu diingat, walaupun komunis telah berjaya dihapuskan, pemikiran komunis masih lagi tidak lekang dalam sanubari segelintir rakyat di negara ini. Masih ada lagi yang menyanjung Bintang Tiga (MPAJA), Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, dan sebagainya. Tindakan membina tugu MPAJA menunjukkan bahawa perjuangan komunis masih lagi bertapak di negara ini.

Profesor Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

ARTIKEL MAAFCAKAP.BLOGSPOT.COM..

FIKIR SAHAJA
APA YANG KITA MAHU

BARU-BARU ini, saya bertemu dengan Dr. Khairil seorang jiran lama. Banyak yang kami perbualkan. Sambil bertanya mengenai kliniknya di Seremban, saya berkata, selepas raya tentulah kliniknya didatangi ramai pesakit. Sambil mengiyakan, dia menjawab ramai yang datang mengadu batuk, selsema, demam dan cirit-birit. Pesakit-pesakit yang serius tidaklah ramai, tetapi kalau ada biasanya kes-kes kecemasan seperti kemalangan, kes jantung dan darah tinggi.

Menurut Dr. Khairil lagi, dari kalangan pesakitnya, terdapat juga mereka yang sebenarnya tak sakit, tetapi berfikir yang mereka sakit. Mereka adalah pesakit yang datang berulang-kali ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang sama. Biasanya, mereka mengadu pening kepala dan sakit-sakit badan. Untuk mereka ini, saya akan bertanya satu soalan yang boleh membuatkan mereka jarang datang ke kliniknya lagi kerana sudah hilang sakit!

Kata Dr. Khairil, “Untuk mereka ini, saya akan bertanya mereka… ‘kenapa datang ke klinik saya?’ Jawapan lazim mereka ialah, ‘sebab saya hendak ubati penyakit.’ Kepada mereka ini, saya akan tegur supaya memperbetul jawapan mereka. Ubah sahaja jawapan daripada ‘saya hendak ubati penyakit’ kepada ‘saya hendak sihat.’ Itu sahaja.”

“Walaupun tujuan mereka datang ke klinik saya adalah sama, tetapi terdapat perbezaan jawapan yang benar-benar membantu seseorang itu bukan sahaja berfikiran positif, malah bersemangat. Jawapan ‘saya hendak ubati penyakit’ bertujuan positif tetapi memfokus kepada unsur yang negatif iaitu ‘penyakit.’ Sedangkan jawapan ‘saya hendak sihat’ hanya memfokus kepada yang positif semata-mata.”

“Biasanya pesakit begini sudah tidak datang lagi ke klinik saya. Kalau terserempak di tepi jalan, mereka memberitahu saya yang mereka sudah tidak sakit lagi kerana bukan sahaja mereka berfikiran positif, tetapi memfokus kepada yang positif semata-mata.”

Sebelum berpisah, Dr. Khairil memberikan pandangan yang penting untuk renungan kita bersama. Katanya, pada hari ini, kita di kelilingi terlalu banyak perkataan-perkataan dan perkara yang berunsur negatif, sehinggakan kita menjadi suka kepada perkara-perkara yang buruk.

Saya setuju dengan pandangan beliau. Media massa yang mempengaruhi sebahagian besar daripada kehidupan kita banyak sekali menyampaikan sesuatu yang mempunyai unsur negatif dan melalui perkataan yang negatif juga hinggakan ia menjadi santapan minda kita. Jika kita membuka akhbar dan melihat tajuk berita ‘Seorang Penumpang Maut Kemalangan Bas,’ ia tidak menceritakan 40 lain yang terselamat. Begitu juga, kalau kemalangan yang tidak berlaku pun ditulis, ‘Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Terjun Gaung.’ Ia tidak ditulis ‘Sekeluarga Terselamat Kereta Terjun Gaung.’

Lihatlah berita-berita yang mengutamakan yang negatif di televisyen. Hinggakan kita diasuh untuk lebih berminat hendak melihat berita NGO berdemonstrasi, tetapi memandang enteng sebuah berita mengenai 10,000 tawaran kerja kosong berikutan dengan pelaburan sebuah syarikat antarabangsa. Lihatlah juga di alam siber; kisah-kisah yang negatif di blog,facebook dan twitter mendapat lebih banyak komen berbanding dengan tulisan-tulisan yang positif.

Apa hendak jadi dengan kita? Kita semua mengimpikan kehidupan yang baik, aman damai, harmoni, cukup makan pakai dan sejahtera hingga berpindah ke alam yang satu lagi. Tetapi dalam kehidupan seharian, kita seolah-olah ketagih dengan apa sahaja yang negatif. Malah, tidak keterlaluan jika kita lihat usaha kelompok manusia untuk memajukan masyarakatnya dalam bidang politik, ekonomi, sains dan sosial lebih banyak membicarakan mengenai masalah bukannya penyelesaian.

Bicara agama pun lebih banyak berkisar mengenai neraka dan bukan syurga, lebih banyak mengenai dosa dan bukan pahala, lebih banyak yang tidak boleh daripada yang boleh. Bukankah pembicaraan begitu tidak seiring dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sebagai pembawa berita gembira untuk umat manusia? Ucapan itu doa. Kerana itulah, pandangan, fikiran, bacaan dan perlakuan kita sepatutnya hanya yang positif.

Untuk benar-benar berjaya,
kita kena fikir sahaja apa yang kita mahu,
bukannya apa yang kita tidak mahu.
..

MINTA IZIN KEPADA PENULIS ARTIKEL ..SEKADAR BERKONGSI PERKARA YANG BAIK..
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SETINGGI PENGHARGAAN BAGI SETIAP KEBAIKAN YANG DIBUAT..

SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA..

DOKUMENTASI PERSAKSIAN

PERSAKSIAN DAN PEMBUKTIAN

AKU BERSAKSI....TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ITU RASULULLAH S.A.W ADALAH PESURUH ALLAH..

PARA NABI ADALAH BUKTI KEKUASAAN ALLAH..

MEREKA ADALAH BUKTI KEPADA KEWUJUDAN TUHAN SEKALIAN ALAM....

BUKTI BETAPA ALLAH MAHA HEBAT LAGI MAHA PERKASA..

SEKALI LAGI MELALUI PERSAKSIAN..

MEREKA JUGA BERSAKSI DAN MEREKA MEMBUKTIKAN ..

BAHAWA MEREKA ADALAH BUKTI BAGI KEKUASAAN TUHAN ..TUHAN BAGI SEKALIAN MAHARAJA...

..

JIKA PARA RASUL TELAH MEMBERI BUKTI SETELAH MEREKA BERSAKSI KEPADA ALLAH..

MEREKA MEMBUKTIKAN DIRI MEREKA SELAKU BUKTI BAGI KEKUASAAN ALLAH DAN KEWUJUDAN ALLAH....

DIRI MEREKA ADALAH BUKTI...

JUSTERU BAGAIMANA MANA PULA DENGAN KITA ..

ADAKAH KITA SEMUA SEDAR,YAKIN,PERCAYA,TAHU,FAHAM,KENAL,MERASAI...

DENGAN PERSAKSIAN KITA ..

SEBAGAIMANA PARA NABI ITU BERSAKSI..

MAKA MEREKA JUSTERU MEMBUKTIKAN KEPADA DUNIA ..

MEREKA ADALAH BUKTI BAHAWA ...

KAMI ADALAH PARA RASUL DAN NABI ALLAH...

LANTAS MEREKA DIBERI MUKJIZAT..SEBAGAI TANDA PENGESAHAN...RECOGNITION..TANDA KESAHIHAN ..TANDA KEPASTIAN BAHAWA MEREKA ADALAH BUKTI ALLAH ITU WUJUD DAN BENAR...

PARA NABI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA ADALAH BUKTI KEKUASAAN ALLAH SETELAHMANA MEREKA TAHU,SEDAR,KENAL,FAHAM,YAKIN DAN PERCAYA BERKENAAN PERATURAN ALLAH YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN-NYA YANG DISEBUT....

PERLEMBAGAAN ..

SEBAGAI RANG UNDANG-UNDANG ALAM TERTINGGI...

LAUH MAHFUZ...

TIANG ....

PAPAN KETETAPAN...

THE DESTINY RULES....

BAGAIMANA PULA DENGAN KITA..

HAMBA ALLAH..

SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA AKU ADALAH HAMBA –MU TUHAN SEKALIAN ALAM..

NAH..

DI MANA BUKTINYA...

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH..

DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH PESURUH ALLAH...

PERSAKSIAN MERUPAKAN SATU PROSES PENGESAHAN TERHADAP SESUATU PERKARA YANG NYATA –(PROSES ALAM SEKELILING-PERATURAN SYARIAT DAN SUNNATULLAH)MELIBATKAN SELURUH ANGGOTA TUBUH (FIZIKAL DAN ALAM MATERIAL) MELALUI TANGGUNGJAWAB,FUNGSI DAN HAKNYA SEHINGGALAH MEMBAWA DIRI SESEORANG ITU KE TAHAP KESEDARAN YANG PALING TINGGI-YANG DISEBUT SEBAGAI - TITIK PENYERAHAN JIWA—ENSLAVE OF MOMENTUM- TITIK PENGABDIAN DIRI..

THE NOTHING..

TITIK INILAH DISEBUT DI DALAM KOMIK BLEACH SEBAGAI ...

THE EMPTYNESS..

KEKOSONGAN JIWA ...

PADA TITIK INI..MANUSIA TIADA PUNYA APA-APA..DENGAN SEDAR DIRI..

BAHAWASANYA MEREKA ADALAH MANUSIA YANG TIADA PUNYA APA.-APA..

KAMI TIADA PUNYA KUASA..PENGARUH..KELEBIHAN..NIKMAT..MANFAAT...KEKUATAN..KEBAIKAN..KEPENTINGAN.....

SEGALA KEBAIKAN ADALAH DARI ALLAH...

YANG LEMAH ADALAH DARI KAMI MANUSIA YANG LEMAH...

PELAJARILAH ISLAM DAN IMAN DARIPADA MEREKA YANG TIADA KENAL AKAN ISLAM DAN IMAN..ANDA AKAN BELAJAR UNTUK MENGHARGAI BETAPA INDAHNYA ISLAM DAN IMAN..

BELAJAR INDAHNYA NIKMAT TANGAN DENGAN BELAJAR DARIPADA MEREKA YANG TIADA MEMILIKI ANGGOTA TANGAN..

BELAJAR AKAN NIKMAT KAKI DENGAN MELIHAT INSAN-INSAN YANG TERPILIH OLEH ALLAH UNTUK DIJADIKAN SUBJEK BAGI MENGAJAR MANUSIA BETAPA HEBATNYA KAKI CIPTAAN ALLAH..SETELAH KAKI ITU DICABUT...

HARGAILAH ISLAM YANG DIBERI ALLAH SECARA PERCUMA BUAT UMMAT ISLAM DI NUSANTARA INI...NILAI ISLAM DI LUAR KEDAERAHAN BUMI EMAS INI KESELURUHANNYA ADALAH SANGAT BERISIKO TINGGI SERTA TERPAKSA DIBELI DENGAN HARGA PENGORBANAN YANG SANGAT MAHAL..BERBEDA DENGAN APA YANG KITA ALAMI DI SINI,ISLAM ITU SANGAT MUDAH,MURAH BAHKAN PERCUMA...

ALLAH MEMBERINYA SECARA PERCUMA NAMUN PEMBERATNYA ADALAH ALLAH MAHU MENILAI BAGAIMANA ISLAM ITU DIBUKTIKAN OLEH KALANGAN YANG DIBERI KEISLAMANNYA SECARA PERCUMA DAN MURAH INI..BAGAIMANA ISLAM DIIDENTIFIKASIKAN DAN DIMANIFESTISIKAN DALAM BENTUK REALITI GLOBAL DI ERA MILLENIUM ..ZAMAN FUTURISTIK DAN MODEN..

KITA TELAH MENYAKSIKAN BAGAIMANA BANGSA EROPAH TELAH MEMANFAATKAN KESELURUHAN KEKUATAN MENERUSI PENGUASAN DAN DOMINASI ILMU YANG SANGAT LUAS SEHINGGA MEREKA MAMPU MENCIPTA,MEREKA,MENJANA,MENGUBAHSUAI DAN MEMBENTUK LANDASAN PERJALANAN ARUS DUNIA PADA MASA INI..

TEKNOLOGI..

KUASA EKONOMI..

KETENTERAAN...

PEMBANGUNAN...

KUASA POLITIK..

KUASA KEPIMPINAN...

..

NAMUN KESANNYA AMAT KETARA APABILA PENGUASAAN PENGETAHUAN INI TIDAK DILANDASKAN KEPADA PERATURAN YANG AKIBATNYA MEMBAWA PADAH KEPADA SETIAP PELUSUK JIWA MANUSIA DAN ALAM SEMESTA..BUKAN BUMI SAHAJA YANG MENERIMA KESAN DAN IMPLIKASI BURUK BAHKAN DI RUANG ANGKASA LEPAS TURUT TIDAK TERLEPAS DARIPADA BENCANA TANGAN-TANGAN MANUSIA..

KETIDAKPEDULIAN TERHADAP PERATURAN ALAM..

SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH...

KAMI CUBA TELUSURI MENGAPA DIJADIKAN PERJALANAN DUNIA INI SEMUMPAMA JALAN YANG TIADA PENGHUJUNG DAN PENAMAT..SENTIASA KABUR DAN KELIRU..TIADA OBJEKTIF DAN VISI YANG NYATA..

APAKAH MOTIFNYA DI SEBALIK MENJADIKAN DUNIA INI SELURUHNYA SEPERTI SUATU STRUKTUR BINAAN YANG TIDAK TERSUSUN DAN BERTABURAN...

KAMI MENISBATKAN ERTI MAKSUD PERNYATAAN INI KEPADA KEHIDUPAN INDIVIDUALITIK SPIRITUAL SETIAP MANUSIA..

JIKA DITANYAKAN PERSOALAN HAMPIR KESEMUA DALAM KALANGAN KITA TERPAKSA BERDEPAN KRISIS KESEPIAN DAN KESEORANGAN...BAHKAN PARA PENGKAJI DAN JUGA PAKAR DALAM BIDANG PSIKOLOGI..

MEREKA CUBA MENYEMBUNYIKAN KRISIS INI DARIPADA DIRI MEREKA SENDIRI...

MEREKA CUBA MENIPU DIRI MEREKA SENDIRI..

DAN KITA JUGA SECARA TIDAK SEDAR...

CUBA SEDAYA UPAYA MAHU MENIPU DIRI KITA..

CUBA MENGGAMBARKAN DIRI KITA PADA MATA ORANG LAIN BAHAWA KITA ADALAH SEORANG YANG HEBAT DAN GAGAH..SANGAT CERIA DAN PERAMAH NAMUN HAKIKATNYA...

WE ARE JUST SO LONELY..

SANGAT KESEPIAN..

SANGAT KESEORANGAN AKIBAT DARIPADA KELETIHAN/PENAT DALAM MENGIKUT ARUS DUNIA..

TENAGA ,DAYA,KEMAMPUAN,FIKIRAN, DAN KEUPAYAAN TERLALU BANYAK DIHABISKAN DEMI MEMBANGUNKAN NEGARA IMPIAN SYAITAN

...

..

WHAT IS THE DEVIL’S DREAM WORLD...

APAKAH NEGARA IMPIAN SYAITAN ITU..

DUNIA KESEPIAN DAN KESEORANGAN..

DUNIA INDIVIDUALISTIK..

DUNIA MATERIALISTIK...

DUNIA MEMPERHAMBAKAN JIWA MANUSIA TERHADAP NAFSU..

MENUNDUKKAN JIWA MANUSIA TERHADAP KEHENDAK DUNIA..

NAFSU – FIZIKAL ALAM MATERIAL..

JIWA MANUSIA ADALAH KEPUNYAAN MUTLAK MILIK ALLAH...

NAFSU – FIZIKAL MANUSIA DAN MATERIAL SEKELILING BAGI IMITASI DUNIA...

MANUSIA ITU TERDIRI DARIPADA 2 KOMPONEN UTAMA..

UNSUR FIZIKAL ...

UNSUR ROHANI..SPIRITUAL...

BUKAN PADA PECAHAN UNSUR BINATANG DAN AKAL SEBAGAIMANA DALAM SYARAHAN KITAB-KITAB LAMA..MANUSIA BUKAN BINATANG BERAKAL..

MANUSIA ADALAH MAKHLUK YANG TERDIRI DARIPADA UNSUR ROHANI DAN TELAH DILETAKKAN PADA MEREKA TANGGUNGJAWAB DAN HAK UNTUK MEMAKMURKAN DUNIA BERDASARKAN PERATURAN-PERATURAN SEBAGAIMANA TELAH TERTULIS DI LAUH MAHFUZ DI ALAM ROH...SEBAGAI PROSES UNTUK MEMBUKTIKAN PERSAKSIAN MEREKA DI ALAM ROH ....

PERSAKSIAN LAFAZ IKRAR SUMPAH SETIA MEREKA DI ALAM SEBELUM INI..

..

MANUSIA DICAMPAKKAN KE NERAKA KERANA MEREKA MELANGGAR IKRAR INI ..

MEREKA MEROSAKKAN KONTRAK PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI OLEH MEREKA SENDIRI SEMASA DI ALAM ROH ..PADA MASA LEPAS..SEBELUM MEREKA DILAHIRKAN KE DUNIA DAN DITIUP KE DALAM RAHIM WANITA...

SEBAB ITULAH ALLAH TELAH MENGATAKAN AKU TIDAK PERNAH MENZALIMI HAMBA-HAMBANYA ..

“TETAPI MEREKALAH YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI”

NAMUN AMAT MALANG KERANA PROSES UNTUK MEMBUKTIKAN DIRI KITA SEBAGAI MUSLIM,MUKMIN DAN MUTTAQIN YANG SEJATI AMAT DILARANG DAN DIBENCI BAHKAN SENTIASA DIHALANG OLEH MEREKA YANG PASTINYA BENCI APABILA MELIHAT CAHAYA ITU KEMBALI BERGEMERLAPAN DI SELURUH ALAM..

JUGA SEBAGAI PEMBUKTIAN BAGI KALIMAH ALLAH BAHAWA KAUM MUNAFIK DAN KAFIRIAN ITU SEMEMANGNYA MEMBUKIKAN DIRI MEREKA ADALAH KAUM MUNAFIK DAN KAFIRIN YANG TELAH TERCATAT DI DALAM KITAB ALLAH..

MEREKA MEMBUKTIKAN DIRI MEREKA ADALAH KAUM MUNAFIK DAN KAFIRIN YANG BERNIAT DAN BERCITA-CITA UNTUK MENENTANG PERATURAN TUHAN...

KALANGAN YANG BENCI INI TELAH BERSAKSI BAHAWASANYA MEREKA ADALAH PEMILIK MUTLAK KEPADA DUNIA INI. TIADA SIAPA DIBENARKAN MENGANGGU KEKUASAAN MEREKA DI BUMI INI..

HATTA ALLAH SEKALIPUN....

MEREKA AKAN CUBA MENGHAPUSKAN ALLAH SEDAYA UPAYA YANG MEREKA MAMPU...

PENGIKUT AZAZEL DAN IBLIS SANGAT LUAR BIASA KESETIAAN MEREKA TERHADAP PERSAKSIAN MEREKA...SEHINGGAKAN MEREKA SANGGUP MEMAKAI JUBAH SELAKU PENGIKUT JESUS YANG SETIA DAN KAUM NABI MUSA YANG MULIA..

MEREKA SENTIASA MEMPERGUNAKAN NAMA NABI ISA DAN MUSA SEBAGAI TOPENG HELAH MEREKA...

MEREKA TAHU DAN SEDAR BAGAIMANA UNTUK MEMANIPULASIKAN KITAB-KITAB ALLAH YANG TELAH DITURUNKAN..

MEREKA SEDAYA MAMPU DAN SEHABIS TENAGA MAHU MENGHALANG CAHAYA TUHAN KERANA ..

MEREKA BERPEGANG KEPADA JANJI IBLIS/LUCIFER/AZAZEL/

KAMI AKAN MENYERAHKAN KEKUASAAN KEPADA KAMU..

KAMU AKAN SENTIASA MENANG WALAUPUN PADA HAKIKATNYA..AZAZEL SEDAR BAHAWA MEREKA ADALAH SECARA HAKIKATNYA ..

PASTI KALAH..

DAN SENTIASA KALAH...

KERANA ALLAH JUGA TELAH BERJANJI KEPADA ORANG BERIMAN...

KAMI DAN RASUL-RASUL KAMI PASTI MENANG..

ALLAH DAN RASULNYA PASTI MENANG DARIPADA MULA PERTEMPURAN SEHINGGALAH KE FASA PERANG TERAKHIR..

NO ONE CAN BEAT US..

NAMUN BAGAIMANA PULA KITA....

PUAK YANG MENGGELARKAN SEBAGAI PEMEGANG PANJI HITAM....

PARA PENGEJAR SYUHADA..

PARA PENGEJAR SYURGA..

PARA PENCARI TUHAN..

PARA TENTERA TUHAN...

..

DI MANA BUKTINYA...

BUKTI KALIMAH TAUHID YANG KITA LAFAZKAN...

BUKTI DENGAN JIWA YANG ADA PADA DIRI KITA SENDIRI..

SEBAGAI BUKTI BAHAWASANYA KITALAH BUKTI BAGI KEKUASAAN ALLAH ITU....

HAKIKAT PEMBUKTIAN AKAN MEMBAWA KEPADA TRANSFORMASI MARUAH DAN HARGA DIRI...

PEMBUKTIAN ITU PERLULAH MELALUI PROSES ONE-TO-ONE..PROSES SECARA OPPORTUNIS..

PROSEDUR,SISTEM ATAU MEKANISME YANG BERLAKU SECARA NYATA,OBJEKTIF DAN REALISTIK...

THERE IS NO TIME TO PLAY ANYMORE...

WE HAVE TO STAND IN THE REAL WORLD WHERE WE ARE LIVE THROUGH IT..

TO PROVE THE SYAHADAH...

TO SHOW HOW GREAT MUSLIM..MUTTAQIN...

HOW BRILLIANT THEY ARE...

HOW SMART THEY ARE..

HOW POWERFUL THEY ARE..

WE HAVE SHOW TO THE NON MUSLIM..

HOW TO LIVE IN THIS WORLD..

WITHIN THE GOD’S SYSTEM...

THE MANUAL THAT ALREADY HAVE BEEN PROVIDED BY RASUL AND THE ANBIA..

KITABULLAH...

WA SUNNATAN NABIYYIN..

KITAB TERBESAR YANG MASIH TERPELIHARA..

MUSHAF UTHMANI..KITAB YANG PATUT DIRUJUK,DIBACA,DIFAHAMI,DITELITI,DIKAJI,DIJADIKAN PEDOMAN OLEH SEMUA MANUSIA..OLEH 7.0 BILLION UMMAT MANUSIA ..

ALL OF THEM SHOULD KNOW ABOUT THE EXISTENCE OF THIS HOLY DAN PRECIOUS KITAB..

AND WE MUSLIM HAVE A VERY BIG DUTY TO SPREAD ALL THIS GOD’S WORDS...

BECAUSE WE HAVE PROMISED TO ENSLAVE OURSELF TO HIM..

TO OBEY HIM AS LONG AS WE LIVE ....

KESEMUA MANUSIA WAJIB MENGETAHUI ISI KANDUNGAN BAGI KITAB...

....

NAMUN AMAT MERBAHAYA APABILA HAL INI DIUBAH..

MANUSIA MENGETAHUI,MEMAHAMI,MENGENALI,MERASAI,MENYEDARI PERKARA YANG TIDAK PATUT ,TIDAK PERLU,TIDAK MESTI DAN TIDAK WAJIB DIKETAHUI OLEH MEREKA..

DAN MEREKA TIDAK PULA MENGETAHUI,MEMAHAMI,MENGENALI,MERASAI,MENYEDARI AKAN PERKARA YANG WAJIB,MESTI,PERLU DAN PATUT DIKETAHUI OLEH MEREKA..

APAKAH YANG KITA KETAHUI..

APAKAH YANG TIDAK KITA KETAHUI....

TATKALA PERTARUNGAN TIDAK LAGI BERSANGKUTAN KEPADA KEBENCIAN DAN DENDAM..MAKA MARUAH AKAN MENJADI PERTARUHAN..BILAMANA MARUAH DISEBUT..APAKAH YANG AKAN TERDENGAR DI PELUSUK HATI SANUBARI KITA..

MARUAH YANG TERCABAR...

EGO YANG TERGURIS..

HATI YANG TERHIRIS..

MARUAH YANG SEPATUTNYA DIPEGANG OLEH MUSLIM ITU TELAH DIRAMPAS...MAHKOTA YANG TERTINGGI ITU TELAH DIRAGUT..KEHORMATAN DAN KEMULIAAN TAKHTA ITU JUSTERU DIRENTAP..

DENGAN SANGAT HALUS...

BUKAN DENGAN PAKSAAN..

...

MEREKA TIDAK MEMAKSA KITA MENINGGALKAN ISLAM DENGAN DRASTIK,SPONTAN DAN MENDESAK..

TETAPI DENGAN BERANSUR-ANSUR DAN SANGAT HALUS..

DENGAN SANGAT PERLAHAN SEHINGGA TIADA SIAPA YANG MERASAI PENGHAKISAN ISLAM DAN IMAN DARI HATI MEREKA SENDIRI..

ISLAM YANG DICEMAR DAN DIRAGUT DENGAN SANGAT BIJAKSANA..

MARUAH APA YANG DIMAKSUDKAN ...

....

WILAYAH KEKUASAAN EMPAYAR ISLAM...

....

KUASA KEPIMPINAN DUNIA...

SELURUH DUNIA DARI TIMUR KE BARAT..

DARI UTARA KE SELATAN...

SELURUH BENTUK CABANG ILMU SERTA PENGETAHUAN YANG ADA..

SELURUH ANGGOTA TUBUH MANUSIA..

BINATANG,POKOK,KERBAU PENDEK,MAKHLUK DI DARAT DAN DI LAUTAN..

BAHKAN SELURUH ALAM..DI SELURUH PELUSUK GALAKSI..

INILAH YANG DIMANIFESTASIKAN SEBAGAI MARUAH DAN HARGA DIRI BAGI ISLAM...

SEBETULNYA..JIKA DIAMATI SECARA PERLAHAN..DUNIA INI KEHILANGAN PIMPINAN..KITA TIADA PEMANDU YANG MEMANDU PERJALANAN ARAH DUNIA INI..DUNIA MILLENIUM IBARAT KAPAL MEWAH YANG KETIADAAN KAPTEN..

TIADA PEMANDU ATAU NAKHODA ..

DAN DISEBABKAN ITU..BANYAK PERKARA DAN KONFLIK TIDAK BERJAYA UNTUK DISELESAIKAN....

KRISIS AIR BERSIH MENJELANG 2030..

KRISIS PALESTIN SEMESTINYA...

KRISIS MAKANAN..

KRISIS KEMISKINAN..

KRISIS EKONOMI..

KRISIS BEKALAN TENAGA..

KRISIS MORAL MANUSIA..

KRISIS PEPERANGAN...

KRISIS KEPINCANGAN ILMU PENGETAHUAN...

KRISIS KETIDAKSEIMBANGAN ALAM /GLOBAL WARMING...(TERMASUK HAK BIDANG KEBERTANGGUNGJAWABAN KUASA LELAKI DAN WANITA)...

...

...

GUIDE LINES SIMPLE...

RANCANGAN TV YANG SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT..

TV ALHIJRAH PASTINYA..

RANCANGAN TERPILIH DI TV9..

TV3 DAN TV MEDIA PRIMA YANG LAIN ADALAH TERTOLAK..

TERMASUK SEGALA MACAM TV ASTRO..

KECUALI RANCANGAN AKADEMIK DAN ILMIAH SEPERTI DISCOVERY...PERNYATAAN INI TIDAK BERSIFAT LINEANT/STEREOTAIP..MASIH ADA RUANG UNTUK PERBINCANGAN...

KANAK-KANAK DILARANG SAMA SEKALI MENONTON RANCANGAN YANG MEMAPARKAN AKSI LASAK DAN PERGADUHAN..GUSTI WWF..WWE...

KANAK-KANAK BERMASALAH DALAM MENGADAPTASIKAN MESEJ PENGAJARAN YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH PENERBIT FILEM...

KANAK BERUSIA DARIPADA 7-15 TAHUN..

MEREKA LEMAH DARI SEGI PEMIKIRAN DAN TAHAP KESEDARAN DIRI...

MEREKA HANYA MAMPU MENIRU DAN MENIRU PERLAKUAN GANAS..

BEGITU JUGA DRAMA CINTAN-CINTUN ..IA JUGA TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK..RANCANGAN INI SANGAT MERBAHAYA...SANGAT MERBAHAYA...SANGAT ..SANGAT...MERBAHAYA...

MEREKA PATUT DISUMBAT DENGAN BAHAN-BAHAN PERMAINAN YANG BERSIFAT KREATIF DAN INOVATIF..SEPERTI DORA...WONDERPETS...SPONGEBOB NAMUN PERLU SEDIKIT BIMBINGAN IBU BAPA..

SHIN CHAN DILARANG SAMA SEKALI...

RANCANGAN KARTUN YANG BERLATAR BELAKANGKAN IMAGINASI MUSTAHIL SEPERTI RANCANGAN SUPERHERO SEPERTI ULTRAMAN.SUPERMAN.BATMAN KECUALI ..

.....ADALAH PATUT DILARANG BAGI KANAK-KANAK...

RANCANGAN SUPERHERO BUKAN DIHASILKAN UNTUK KANAK-KANAK..IANYA BAHAN YANG BERSESUAI UNTUK PARA REMAJA DAN DEWASA YANG BUNTU DARI SUDUT IMAGINATIF.. PARA REMAJA YANG AGAK LEMAH UPAYA MINDANYA..

KLUANG MAN

SIRI SUPERHERO PALING UNIK ABAD INI..IA PATUT DIKOMERSIALKAN BERBANDING CICAK MAN..KLUANG MAN LEBIH RASIONAL DAN TERHINDAR DARIPADA UNSUR CIPLAK MENERUSI JALAN CERITA YANG AGAK ISTIMEWA..

ORANG GILA MENJADI WIRA PENYELAMAT..

MUNGKIN KITA MEMERLUKAN SUPER HERO YANG BERWATAK SEPERTI BORHAN BARANGKALI..

WIRA PENYELAMAT YANG TIDAK MENGEJAR NAMA DAN KUASA..HANYA BERBAKTI DEMI UMMAT..MESKIPUN DIA SEORANG YANG TIDAK SIUMAN..

KEMPEN MEMANDU BERHATI-HATI..BERSABAR SEMASA MEMANDU..BACAKAN AYAT TERAKHIR SURAH ALI-IMRAN..LETAKKAN PADA CERMIN BELAKANG SETIAP KENDERAAN..DI HARAP PIHAK JPJ SANGGUP MENGELUARKAN BUDGET BAGI PELEKAT PERCUMA UNTUK SETIAP PEMANDU... tujuan berdasarkan kaedah psikologi..menghantar mesej positif sekerap mungkin..

JURANG DALAM LAPANGAN SEKTOR PENDIDIKAN..

JURANG ANTARA GURU DAN PELAJAR..

JURANG PEGAWAI TINGGI DAN PEGAWAI RENDAH..

JURANG KELOMPOK AGAMA DAN GENG KAKI LEPAK..

GENG SURAU DAN GENG STUDY..

PERBAIKAN DALAM SISTEM KOMUNITI MASYARAKAT SETEMPAT...

PERLU MEMAINKAN WATAK UTAMA DALAM MEMEGANG LABEL SEBAGAI PEMIMPIN..KHUSUS UNTUK PARA IMAM DAN AJK MASJID ..TERBUKA SAMA ADA KEPADA AJK PAS ATAU UMNO...

PERKARA DI ATAS ADALAH MENERUSI DAPATAN KAMI MELALUI KAJIAN YANG TIDAK BERTAULIAH YANG TELAH DIJALANKAN SECARA BERSENDIRIAN..DI HARAP BERMANFAAT...

ARTIKEL 40 TAHUN KE ATAS SAHAJA..DILARANG UNTUK 20 TAHUN KE BAWAH..SRIKANDI...

Jika anda terminum racun,jangan sembuhkannya dengan cuka getah

oleh Srikandi





Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda semua ialah,jangan memutarbelitkan sejarah secara merbahaya.Maksud saya ialah mengeksploitasikan sejarah untuk mencapai maksud tertentu sehingga orang lain mengambil kesempatan untuk bersama-sama mengeksploitasikan sejarah kita sampai kita dihalau keluar dari bumi sendiri.

Motif saya yang sebenar ialah,tolong hentikan provokasi terhadap UMNO.Apa yang MESTI dilakukan oleh Pas sebenarnya ialah mengajak UMNO kepada Islam secara kasih sayang.

Apa kepentingannya mengatakan Komunis adalah wira sebenar?Jika ini diterima,maka akan ada tuntutan supaya Chin Peng diangkat sebagai wira.Kemudian akan ada 1001 tuntutan lain yang tidak munasabah dan tidak ada kena mengena menyerang dari pelbagai sudut.Mat Sabu bercakap atas kapasiti:merendah-rendahkan UMNO.

Dalam Tragedi Bukit Kepong,terdapat dua pihak;polis yang bekerja di bawah British.Satu lagi adalah gerila Komunis.

Kedudukan polis ini sama seperti anak-anak ahli Pas yang masuk berkerja dalam pasukan uniform sama ada tentera atau polis.Bagi ahli Pas tegar,UMNO adalah najis anjing,sekular dan kafir.Jadi apakah hukumnya anak-anak mereka yang bekerja kerajaan?(kerja gomen kata orang kampung)

Jika Komunis menyerang polis pada hari ini,di mana anak ahli Pas tadi adalah salah seorang darinya,adakah bapanya sanggup mengangkat anggota Komunis yang membunuh anaknya sebagai wira kerana berjuang membanteras kerajaan UMNO?Polis bekerja untuk kerajaan UMNO jadi polis bukan wira sebenar.

Cuba buktikan pada saya,SELURUH ahli Pas tidak ada yang bersangkut paut dengan kerajaan,anak beranak mereka mahupun saudara mara mereka tidak ada yang bekerja di bawah 'jajahan' UMNO yang memerintah sekarang (baca:British).

Moralnya,Pas jangan terpengaruh dengan permainan politik demokrasi.Tak payah nak politik sangatla.Mengapa anggap UMNO sebagai 'musuh politik?'Mengapa tidak anggap UMNO sebagai saudara yang sakit?Nabi pun tak anggap bapa saudaranya,Abu Jahal sebagai najis yang 'confirm' isi neraka.Tahu tak berapa kali nabi ziarah Abu Jahal?

Ada pembaca yang mengatakan hilang respek kepada saya,artikel saya sebelum ini kurang fakta dan tak ilmiah...dan bla..bla.Anda semua mahu saya karang sejarah Komunis secara terperinci,lengkap dengan tarikhnya dalam bahasa standard sekolah?Kemudian sejarah Tragedi Bukit Kepong?
Perlukah saya buat begitu,dan berharap anda membacanya dengan bersungguh-sungguh?Itu adalah buang masa namanya.Sejarah,berfungsi apabila penggunanya mengambil pengajaran darinya.Sejarah bukan untuk dihafal atau diceritakan.Sejarah adalah alat untuk bertindak.

Apa yang saya lakukan ialah mengekstrak dari sejarah dan berikan jusnya kepada anda supaya anda fikir dalam-dalam.Saya mahu katakan bahawa kenyataan Mat Sabu adalah kenyataan syok sendiri.
Ingat,saya bukan anti-Pas atau penyokong UMNO.Saya mahu melindungi sejarah yang mahu diputarbelit.Dahulu ketika saya membela DS Anwar atas dasar simpati (supaya kita dan beliau menjadi lebih baik,bukan bertambah songsang),penyokong-penyokong UMNO menyerang saya dari pelbagai sudut sampai memanggil saya pemuja Al-Juburi dengan 1001 makihamun dan kata-kata kurang enak.

Inilah perjuangan dan saya tidak gentar mempertahankan sejarah.

Apa yang saya perjuangkan dalam isu ini ialah nasib para anggota polis dan anak isteri mereka yang diperlakukan dengan kejam oleh Komunis.Mat Sabu dan penyokongnya tidak peduli pasal perkara ini.Lihat,saya tak kata Pas,saya sebut 'Mat Sabu dan penyokongnya'.Walau apa pun keadaan mereka,mereka adalah sebangsa dan seagama dengan saya.Bagi saya,walaupun Mat Indera (Abdullah CD dan whateverlah) dan anggota Komunis yang dipimpinnya mahu membanteras British,namun CARA mereka tidak kena.Mereka bertindak kejam.Mereka membunuh saudara-saudara seagama saya dan membakar hidup-hidup kanak-kanak.Perkara yang menjadi kemusykilan saya,mengapa Mat Indera tidak menghalang perkara ini?

Adakah anggota polis dan anak isteri mereka yang terbunuh itu isi neraka sebab bekerja mencari sesuap nasi melalui pentadbiran British?

Ada yang mengatakan Mat Indera Sosialis bukan Komunis.Hey kawan...apa bendanya itu Sosialis,apa dia Komunis?Bercakap macam mabuk todi.Tak tahu hujung pangkal.Sosialis dan Komunis adalah bersaudara atas dasar teori ekonominya dan mengakar pada teori sosio-politiknya.Apa yang membezakan keduanya ialah tahap radikal.Itu saja.Orang yang mengasaskan Komunis adalah Sosialis pada masa yang sama.Sama juga orang yang mengasaskan faham Liberal adalah pencandu demokrasi pada awalnya.Sosialis diasaskan oleh faham Marxis-Lenin yang kemudiannya menghidupkan faham Komunis.Komunis adalah konsep politik bagi faham ekonomi bermazhab Sosialis.Khatam dulu subjek Sosio-Politik baru boleh berentap bercakap pasal Sosialis,Komunis.

Kurang ilmu pengetahuan menyebabkan anda mudah ditipu dan diperbodohkan.Apakah daging yang paling enak?Daging orang yang bodoh!Ramai orang akan berkerumun kepada mereka seperti hidangan yang siap di atas meja.

Saya mahu tanya pada penyokong Mat Sabu,apakah pandangan mereka kepada anggota polis Melayu Islam yang terbunuh dan anak isteri mereka yang mati dibakar hidup-hidup oleh Komunis?Ada tak rasa simpati dan kasihan di hati anda?Jika mereka bangkit kembali dari kematian,dan mahu meluahkan rasa sakit dibakar hidup-hidup kepada anda,mahukah anda merapatkan kedua belah telinga ke bibir mereka,mendengar rintihan mereka?

Siapa yang peduli dengan polis Melayu yang mati ditembak dan anak isteri mereka yang menjerit-jerit kepanasan dibakar hidup-hidup?Siapa yang peduli?Orang bukan Islam tidak peduli.Amerika?Israel?Rusia?China?Ada mereka kesah?

Komunis?Adakah mereka rasa simpati apabila melihat seorang budak Melayu meronta-ronta kepanasan dibakar dalam berek keluarga?Ada mereka peduli?Saya tak kondem PAS atau UMNO tapi ada anda peduli semua ini?
Mengapa perlu bergaduh sesama sendiri dengan cara merendah-rendahkan sejarah sendiri dan mengkondem bangsa sendiri?Ini bodoh namanya.

Saya tak sentuh pasal Dr. Burhanudin Helmi,Shamsiah Fakeh dan lain-lain.Saya tak kondem pergerakan kemerdekaan sayap kiri.Semuanya bersama-sama untuk membebaskan tanahair dari cengkaman British.Tetapi saya kondem serangan kejam dalam Tragedi Bukit Kepong.Jika anda ingin membebaskan tanahair ini dari British,saya merayu...bukan ini caranya.Pergilah bunuh seberapa ramai pegawai British,terutamanya Harold MacMicheal.Saya sokong dari belakang.Tapi jangan bunuh bangsa saya yang seagama dengan saya walaupun mereka cuba mencari rezeki bekerja di bawah pentadbiran British.

Suci sangatkah perjuangan anda sampai sanggup membunuh bangsa sendiri yang dianggap talibarut British?Nak bunuh,bunuh sajalah polis yang melawan.Kenapa sampai bakar wanita dan kanak-kanak hidup-hidup?Kenapa menyeksa wanita dan kanak-kanak??Why..why my brothers and sisters?

Saya mahu penyokong Komunis Melayu dan Mat Sabu berkokok di sini.Kritik saya sehabis mungkin.Ada orang yang kena ketuk,baru fikirannya jalan.

Komunis bukannya jalan penyelesaian yang terbaik.Jika anda terminum racun,jangan sembuhkannya dengan cuka getah.

ARTIKEL PEDAS DAN TERLALU BANYAK CILI API..SRIKANDI PRODIGY SEJARAH

ARTIKEL BAIK DARI EDITOR SINAR HARIAN..

ARTIKEL RIDHUAN TEE..

SEKALI LAGI ARTIKEL DR ASRI TERPILIH...

IBADAT-IBADAT SUNAT YANG WAJIB DIPELIHARA..

LAZIMKAN BACAAN QURAN MESKIPUN 2 MUKASURAT SETIAP HARI..

SOLAT QIAMULAI SETIAP MINGGU..TERPULANG JIKA MAMPU DILAKSANAKAN SETIAP HARI..

LAZIMKAN DENGAN BERZIKIR DENGAN ZIKIR YANG RINGKAS..TEBUKTI ZIKIR MAMPU MENGUATKAN DAYA INGATAN..SILA CUBA UNTUK KEMANFAATAN MASING-MASING..

JANGAN MEMBENCI/MARAH/DENDAM DAN HASAD SESAMA MANUSIA..

HINDARKAN SIFAT TAKBUR,RIAK DAN MENUNJUK-NUNJUK...

SALING HORMATI SETIAP MANUSIA YANG ADA DI SEKELILING..FAHAMI, KENALI POTENSI DAN KELEBIHAN MASING-MASING..MAAFKAN BAGI SETIAP KEKURANGAN YANG ADA..

SETIAP AMALAN YANG DIANJURKAN INI BAIK UNTUK KEBAIKAN ANDA SEMUA DI PADANG MAHSYAR KELAK..MUDAH-MUDAHAN..

SELAMAT BERTEMU DI PADANG MAHSYAR KELAK JIKA DIBERI KESEMPATAN OLEH TUAN PUNYA DUNIA..ALLAH TAALA AZZA WA JALLA..

SEKADAR BERKONGSI..SYURGA BUKAN HAK KAMI SEORANG DIRI..

JAZAKALLAH...SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL-AMAL KITA..MUDAH-MUDAHAN.

.SEGALA PUJIAN DAN SELURUH KEKUASAAN HANYA PADA ENGKAU..TUHAN YANG MAHA BERKUASA..

Followers