MASIHKAH TERTIDUR ???
SEDAR ATAU MASIH DALAM LENA YANG PANJANG..
BERFIKIR DAN TIDAK BERFIKIR...
MATANG ATAU TIDAK WARAS..
FOKUS ATAU TIDAK BERFOKUS..
HANYUT DALAM KELIRU...
Pada saat bilakah kita tertidur..pada ketika manakah kita
tidak sedar..pada saat manakah kita tidak melihat sesuatu yang sepatutnya
dilihat.pada detik manakah kita terlupa??
Pernahkah anda menonton bola dengan khusyuk dan
tawadduq,dengan penuh bersungguh dan sambil menjerit-jerit. Tahukah anda
seandainya anda berada di dalam stadium bola sepak dan pada ketika itu,anda
sedang menjeritkan sesuatu kepada jurulatih ataupun pemain,jeritan anda tidak
kedengaran oleh mereka. Sama ada anda dekat atau jauh sekalipun,jeritan anda
tidak langsung didengari oleh mereka.
RAHSIA TITIK FOKUS
MINDA MANUSIA..
Apabila kita berada di dalam keadaan tidak sedar,segala apa
yang berlaku di sekeliling tidak langsung dan tidak akan wujud sama sekali.
Tiada kelihatan dan tiada nilai sama sekali.
Focus minda manusia akan menentukan sama ada manusia sedar atau tidak...
Jika mana seandainya anda memiliki focus yang baik
,benar-benar-benar-benar dan sesungguhnya baik maka anda akan menyedari setiap
apa yang berlaku sepanjang masa. Daripada sedekat-dekat objek sehinggalah
sejauh-jauh objek. Anda mudah membuat anggaran, tanggapan serta membuat
pertimbangan pada setiap yang berlaku di sekitar.
FOKUS AKAN MENENTUKAN
SESUATU ITU WUJUD ATAU TIDAK..
APABILA BENDA WUJUD DIJADIKAN MATI DAN BENDA MATI DIJADIKAN
WUJUD. Antara ada dan tiada. Ada dan tiada bukan diukur pada konteks fizik
berdasarkan penjelasan yang kami cuba sampaikan di sini tetapi ia merujuk
sepenuhnya terhadap focus manusia. Bukan ukuran mengikut perspektif materialistik . contoh aplikasi
mudah,seandainya focus anda baik dan benar-benar hebat,anda akan menyedari
seandainya terdapat hantu mak limah berada di depan mata anda sekarang maka
dengan mudah anda akan mengarahkan badan
anda serta seluruh tubuh badan , supaya bertenang dan tidak membuat
tindakan melulu seperti menjerit dan memekik seakan-akan histeria. Kemudian
tindakan itu akan disusuli dengan keteguhan dan keyakinan pada hati agar tidak mudah gentar pada kewujudan hantu
mak limah yang berada di depan mata. Apabila keteguhan dan yakin itu lahir maka
secara tidak sedar anda sedang mematikan kewujudan hantu mak limah.melalui fokus anda telah menjadikan hilaian hantu itu
tidak berguna sama sekali.
Semasa berada di dalam stadium ,dengan penonton seramai 1.8
billion iaitu sama ada berada di stadium atau di rumah. Fokus mereka
akan terarah pada sesuatu . Jika anda tidak menjadi salah seorang daripada
mereka,maka cuba anda dekati salah seorang penonton. Anda berpura-pura
menjatuhkan sesuatu,menjerit atau cuba dapatkan
perhatian mereka. Anda akan mendapati seakan-akan mereka dipukau. Mereka sukar
untuk didekati. Sukar untuk membuatkan mereka kembali mendapatkan perhatian
anda. Mereka berada di dalam keadaan unconcious. Bukan subconcious. Mereka
tiba-tiba tidak wujud untuk sementara selama sesuatu acara itu berlangsung.
Dalam bahasa konklusi, mereka mati atau tidak wujud. PARA PENONTON ITU MENJADI
TIDAK WUJUD. MAKA BAGAIMANA MAHU MEMASTIKAN MEREKA SEDAR SEPANJANG SAAT HIDUP
MEREKA ???
OBJEKTIF BAGI SALAH SATU
PERANCANGAN AKHIR
ZAMAN,MEREKA HANYA MAHU MEMASTIKAN MEREKA HIDUP
..TO REMAINS EXIST...
...TO MAINTAIN THEIR
EXISTENCE..
DAN MANUSIA ITU MATI...
SERAMAI MUNGKIN MANUSIA
ITU MATI....
DAN PADA AKHIR SEKALI
MEREKA ..
TATKALA MANUSIA ITU
KECEWA,MEREKA AKAN MENJERAT DIRI MEREKA SENDIRI. DAN ..TUGAS AKU UNTUK MEMBAWA
MANUSIA ITU SERAMAI MUNGKIN BERSAMA-SAMA DENGAN AKU AKAN TERCAPAI..
P/S : JIKA BERLAKU KEKURANGAN ,KELEMAHAN DAN MENJELASKAN
SESUATU. ANDA BOLEH MENGGUNAKA ALTERNATIF PEMAHAMAN DALAM KONTEKS LAIN. MAAF DI
ATAS KEKURANGAN.
LENA DI SEBALIK PERMAINAN POLITIK ANTARABANGSA..
AS SUFYANI..
DUA REJIM YANG DIKATAKAN AKAN BANGKIT UNTUK MENJAHANAMKAN UMAT ISLAM..
FAHAMI DENGAN BAIK DAN TAJAM..PEMERHATIAN DI SAMPING
PENGKAJIAN ANALITIK YANG DINAMIK ..TERMASUK KONTEKS DAN INTIPATI SETIAP HADITH
AKHIR ZAMAN..
FILEM..
SEBUAH CERITA BERWATAK DENGAN AKTOR ATAU PELAKON..TANPA
DIKETAHUI NAMA SEBENAR..
KISAH 3 ABDUL..NAMA WATAK..ABDUL WAHAB..ABDUL WAHIB ..ABDUL
WAHUB..
3 WATAK..
KISAHNYA TENTANG 3 LELAKI ..DENGAN NAMA YANG SEAKAN SERUPA
NAMUN KISAHNYA JELAS..KETAMAKAN AKAN MEMBUTAKAN MATA HATI DAN MEROSAKKAN
PEMIKIRAN..KEINGINAN MEMBUAK-BUAK SEHINGGAKAN ADIK SENDIRI SANGGUP DIABAIKAN
DEMI MENGEJAR CITA-CITA SENDIRI..
KISAHNYA SERUPA
..ADAKALA BERULANG NAMUN KADANG-KALA NAMANYA
MUNGKIN BERUBAH...
YANG PENTING SKRIP DAN JALAN CERITANYA JELAS..NARATIF TANPA PRAGMATIS..
KONSEPNYA SAMA DENGAN APA YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH
BAGINDA NABI MUHAMAD S.A.W..PADA 1400 YANG LEPAS..
PADANAN PADA REALITI HARI INI..MERENTASI DEMOGRAFI
PERSEMPADANAN POLITIK ANTARABANGSA..
TIADA MANA-MANA PAKAR EKONOMI DAN PENGANALISIS EKONOMI MAMPU
UNTUK MENAFIKAN FAKTA INI..
RUSIA DAN AMERIKA
SYARIKAT ADALAH DUA NEGARA PENGELUAR SENJATA UTAMA DUNIA..ALASAN ATAU SKRIPNYA...
TUJUAN DEMI MEMPERTAHANKAN DUNIA..
AMERIKA SYARIKAT DILIHAT MEMILIKI KOLONI ATAU PENGKALAN DI
HAMPIR KESELURUHAN NEGARA TIMUR TENGAH..
MANAKALA RUSSIA DILIHAT HANYA BERADA DI BELAKANG NEGARA IRAN
SERTA DI BEBERAPA NEGARA ..RUSSIA ANTARA KUASA VETO PALING LANTANG MENERUSI
BANTAHAN TERHADAP SEBARANG SEKATAN KE
ATAS IRAN..
SELEPAS KEJATUHAN SYAH REZA PAHLAVI..RUSSIA MENJADI TEMAN
RAPAT INDUSTRI BAGI IRAN..TERUTAMA DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KETENTERAAN..
FAHAMI IDEA DAN MATLAMAT BESAR INI..
SEBUAH NEGARA KECIL
DENGAN IDEA YANG BESAR..
MEMILIKI CITA-CITA
NEGARA ISRAEL RAYA BUKANLAH IMPIAN SELURUH RAKYAT NEGARA ISRAEL TETAPI BEBERAPA
KERAT MANUSIA YANG MASIH MISTERI LATAR BELAKANG MEREKA SEHINGGA HARI INI...
AGENDA ISRAEL RAYA ADALAH
..SEBUAH NEGARA DENGAN KELUASAN DARIPADA SEMENANJUNG SINAI .SUNGAI NIL
SEHINGGALAH KE SELURUH TIMUR TENGAH...
PENGUASAAN SECARA MONARKI..DENGAN KAEDAH PIMPINAN SATU RAJA
ADALAH MUSTAHIL KERANA ..
MEREKA MASIH LAGI MENANTIKAN RAJA ..RAJA YANG DINANTIKAN ADALAH RAJA DARIPADA BANGSA
YAHUDI YANG BERDARAH NABI SULAIMAN A.S..DAN RAJA INI DIKATAKAN AKAN MENDUDUKI
SEBUAH TAKHTA DI MANA TANAH JAJAHANNYA ADALAH SELUAS TIMUR TENGAH SEHINGGALAH
KE SEMPADAN LAUT MEDITRANEAN..
FAHAMI KONTEKS INI MENERUSI PEMERHATIAN SECARA IMBASAN
SEKILAS..BUKAN DENGAN RUJUKAN DAN PEMBACAAN MANA-MANA ANALISIS SEMPIT...
LIHAT PETA TIMUR TENGAH SEKARANG..HAMPIR SEMUA KETUA KERAJAAN
DI SEKITAR ISREAL TERPAKSA MENURUT
PERINTAH ISRAEL BAGI SEBARANG BENTUK PERJANJIAN ATAU HUBUNGAN DIPLOMATIK..
BUKTINYA..
CONTOH MUDAH ..ISU PALESTIN..
REDHA ISRAEL ADALAH PENTING SEBELUM ANDA MENDAPAT SEMULA
TANAH PALESTIN..
SEBELUM ANDA MENGHANTAR BANTUAN..MAKA REDHA ISRAEL SANGAT
DIPERLUKAN SEBELUM SEBARANG BANTUAN DIHANTAR KEPADA SAHABAT KITA YANG BERADA DI
DALAM PENJARA YANG PALING SEMPIT DI DUNIA..PENJARA TANPA TEMBOK DAN DINDING..
PENJARA YANGDIPAGARI DENGAN TENTERA DAN BAHKAN RATUSAN
RIBU BANGUNAN DI SEKITARNYA..
PENJARA YANG TIDAK BOLEH DILIHAT ..
TETAPI PENJARA INI BOLEH DITUTUPI DENGAN SILAP MATA..
IA DILIHAT TIADA TETAPI ADA...
CONTOH KONTEKS MUDAH..
SERBA SEDIKIT KUNCI
YANG ADA DI SEBALIK ITU....
RINGKASAN MUDAH
ADALAH
..AMERIKA DAN RUSSIA MERUPAKAN RAKAN RAPAT ISRAEL..DAN MEREKA BERDUA
MERUPAKAN SAUDARA YANG DILIHAT BERMUSUH...TETAPI SANGAT AKRAB..AMERIKA MEWAKILI
PROKSI YAHUDI ZIONIS..MANAKALA RUSSIA DILIHAT SEBAGAI PROKSI KRISTIAN
ORTODOKS..BERPUSAT DI VATICAN...VATICAN ADALAH IBU PUSAT KRISTIAN EROPAH..
DAN WHITE HOUSE ADALAH IBU PUSAT ZIONIS DI AMERIKA
SYARIKAT..
AMERIKA MERUPAKAN
PENJAGA BAGI MELIHAT ANASIR-ANASIR HALUS KEBANGKITAN DI TIMUR TENGAH
...RUSSIA
MERUPAKAN PENJAGA BAGI IRAN DAN BEBERAPA
NEGARA KECIL DI SEKITAR ISRAEL..
MEREKA BERDUA ADALAH
PENGAWAL UTAMA BAGI ISRAEL DI TIMUR
TENGAH..
PENTING BAGI AMERIKA MENERUSKAN KOMITMEN UNTUK MENGEKALKAN
PANGKALAN DI TIMUR TENGAH..DAN BEGITU JUGA RUSSIA..TIMUR TENGAH SELALUNYA AKAN
DIJADIKAN PUSAT EKSPERIMEN BAGI AMERIKA
DAN RUSSIA UNTUK MENGKAJI SEBARANG PENCIPTAAN SENJATA TERKINI..
AMERIKA PENJAGA BAGI
NEGARA-NEGARA SUNNI..ARAB
SAUDI..UAE...JORDAN..OMAN...BAHRAIN..DSB..
RUSSIA MERUPAKAN
PENJAGA BAGI
NEGARA-NEGARA SYIAH.....SYRIA..IRAN...LUBNAN...DSB...
WALAUPUN SEANDAINYA PADA MASA KINI KITA SEMUA MELIHAT
KONFILIK PEMBUNUH BESAR-BESARAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH..MESKIPUN PEMBUNUH ITU
MEMAKAI TOPENG DAN BERTATUKAN SYIAH..
AWAS..JANGAN TERPERANGKAP...
BERTENANG DAN JANGAN TERJERAT DI SEBALIK SENTIMEN PERKAUMAN
DAN PUAK..
DAN INGAT IDENTITI ANDA
HANYALAH ..
AKU MUSLIM..MENYERAH
DAN MENGABDIKAN DIRI PADA ALLAH..
MUSLIM DAN MUKMIN...
SEJAK BILA PULA
BERTUKAR MENJADI SYIAH DAN SUNNI???? (MONOLOG TERKELIRU SENDIRIAN)
DOSA SYIAH MENCACI DAN
MEMAKI PARA SAHABAT ADALAH DOSA MEREKA TERHADAP PARA SAHABAT ..HANYA DOSA
MEREKA TERHADAP PARA SAHABAT..BUKAN DENGAN KITA..
JANGAN TERPERANGKAP
DENGAN SEJARAH...
KRONOLOGI SALAHUDDIN AYYUBI..BAGAIMANA BELIAU MEMBEBASKAN
PALESTIN SETELAH MENUMPASKAN KERAJAAN FATIMIAH DI MESIR YANG DIKATAKAN SEBAGAI
API DALAM SEKAM BAGI KERAJAAN ISLAM YANG ADA PADA KETIKA ITU BERPUSAT DI
SEKITAR DAMSYIK,BAGHDAD DAN BEBERAPA WILAYAH YANG LAIN..
AGAK KEBETULAN,KERAJAAN FATIMIAH PADA KETIKA ITU ADALAH WILAYAH BERMAJORITIKAN
SYIAH...
MEREKA DITUMPASKAN BUKAN KERANA MEREKA SYIAH,TETAPI KERANA
MEREKA DILIHAT BERKOMPLOT BERSAMA-SAMA DENGAN KAUM YANG MERAMPAS TANAH
PALESTIN..
DUA JUSTIFIKASI BERBEDA..
BUAT KAJIAN MENDALAM UNTUK MENDAPATKAN KESAHIHAN FAKTA BAGI
KES INI..
JANGAN TERPEROSOK BERSAMA KEKABURAN SEJARAH..TIDAK KIRA APA JUA CERITA
DI SEBALIKNYA...
JIKA
TIDAK ANDA AKAN TERPERANGKAP DAN MUNGKIN AKAN MENGHANCURKAN MASA DEPAN....
DENGAN
TANGAN ANDA SENDIRI...
BERHATI-HATI
DAN SENTIASALAH TABAYYUN...
BERGURU-GURU
DENGAN GURU YANG MUHSIN..GURU YANG SENTIASA MEMPERBAIKI AMAL-AMALNYA...
MUDAH BAHASA..
KONKLUSI DARIPADA NARATIF POLITIK ANTARABANGSA DI ATAS..
CITA-CITA ISREAL TELAH SEMPURNA ..HANYA MENANTIKAN SAAT RAJA
MEREKA YANG SATU MUNCUL DAN MENGAMBIL ALIH TAMPUK PEMERINTAHAN...
JAWATANNYA YANG DIISI ADALAH JAWATAN PRESIDEN..
SALAH..
JAWATAN YANG DIISI ADALAH JAWATAN PERDANA MENTERI..
DALAM BEBERAPA KEADAAN...
JAWATAN PERDANA MENTERI SEBENARNYA JAUH LEBIH BERKUASA
DARIPADA PRESIDEN..
PRESIDEN HANYA MEMBERI MENDENGAR LAPORAN DAN MEMBERIKAN
TANDATANGAN....
NAMUN PERDANA MENTERI ADALAH PLAYMAKER UTAMA..
UMPAMA..
DALAM SEBUAH PERMAINAN BOLA SEPAK..TERDAPAT JAWATAN
KAPTEN..DAN PLAYMAKER..
PLAYMAKER AKAN MENENTUKAN BAGAIMANA CORAK PERGERAKAN
SESEBUAH PASUKAN MANAKALA SEANDAINYA
PASUKAN BERJAYA MENGHASILKAN GOL MAKA PLAYMAKER MERUPAKAN PENCETUSNYA NAMUN
SEANDAINYA SESEBUAH PASUKAN GAGAL MENCAPAI SASARAN BIG FOUR MAKA KAPTEN AKAN DIDESAK
UNTUK MELETAKKAN JAWATAN..
DAN BUKAN PLAYMAKER..
FAHAMI ANALISIS
ANAK-ANAK TADIKA INI..
SELAMAT MEMAHAMI TIGA
AGENDA PERANCANGAN JAHAT SEPANJANG ZAMAN....
PERTAMA...
MEMBENIHKAN KEBENCIAN
SESAMA MANUSIA..
KEDUA..
MENGGALAKKAN PERBUNUHAN
SESAMA MANUSIA....
DAN KETIGA..
YANG TERBESAR..
MELUPA(UNCONCIOUS )KAN MANUSIA KEPADA ALLAH...PENCIPTANYA....
SELAMAT MENGKAJI TULISAN UMAT TERAKHIR..AMATI IA DENGAN
CERMAT..
Umat Terakhir
The Third
Edition
22 Aug 2012
SALAM
AIDILFITRI
SEJAK tarikh 1 Syawal yang jatuh
pada hari Ahad lalu, anda semua sudah mula makan di siang hari selepas sebulan
taat berpuasa. Makanlah dan bersyukurlah, tetapi berhati-hatilah dengan apa
yang anda makan. Anda adalah apa yang anda makan. Anda juga adalah apa yang
anda fikirkan. Minda anda juga memerlukan makanan, tetapi wajar diingat dan
berhati-hatilah dengan apa yang minda kamu diberi makan.
--------
TIDAK ada perkara yang lebih mudah dalam merencanakan sesebuah plot yang melibatkan skala manusia dalam jumlah besar melainkan ia dijayakan dengan berkesan melalui kaedah mind control.
Dalam sekian banyak rangka kaedah menjayakan sesebuah konspirasi (mengikut kesesuaian keperluan-keperluan taktikal dalam menjayakannya), kaedah mind control adalah yang paling senang.
Kejayaan melakukan mind control (mengikut kesesuaian taktikal) diukur melalui kesediaan para mangsa (pengikut tegar) mengikut segala paten arahan atau daya fikir (infected with synthetic mind) yang telah dirancang dalam rangka yang terancang.
Terdapat sekian banyak skim dan modul mind control sedang digunakan para konspirator dalam usaha mengikat kesetiaan para mangsa supaya tunduk patuh terhadap segala arahan tanpa menyedari diri mereka diperalatkan secara optimum.
Skim-skim itu ada yang dijayakan secara berterusan sebaik sahaja mangsa berjaya diperdayakan melalui kaedah persuasive brainwashing.
Kebijaksanaan konspirator dalam melahirkan ucapan-ucapan yang mampu mempengaruhi minda para mangsa adalah kunci utama sebelum mangsa di-brainwash secara 'zalim'.
Zalim di sini pula bermaksud meletakkan sesuatu pada bukan yang haq iaitu meletakkan yang haq kepada yang bathil dan yang bathil kepada yang haq. Ia juga merujuk kepada meletakkan sesuatu persepsi (positif atau negatif) di bukan tempatnya yang sewajarnya.
Keadaan sedemikian berfungsi menjadikan minda terkeliru terhadap kebenaran yang sudah bercampur aduk dengan kebathilan.
Kesannya, minda para mangsa gagal memproses maklumat dengan baik disebabkan tingkat kewarasan telah mengalami gangguan (distortion/infection) akibat kelalaian mangsa itu sendiri dalam mengenalpasti segala ketidakwajaran yang dimasukkan oleh konspirator ke dalam tingkat akal para mangsa melalui ucapan-ucapan konspirator yang persuasif (berdaya mempengaruhi).
Secara ringkas, taktik di atas itu sudah banyak kali diterangkan di blog ini. Terdapat banyak taktik lain yang digunakan dan sesetengah daripada kita pula seperti merelakan ia diperlakukan terhadap kita serta keluarga kita.
--------
Perang Dunia Kedua (WW2) menyaksikan banyak taktik propaganda berbentuk persuasive, brainwashing, mind re-map dan mind control digunakan terhadap civillians (orang awam yang bukan dari kalangan anggota tentera).
Ketika WW2, golongan civillians kerap disogok dengan pelbagai maklumat propagandik (bermotif propaganda yang persuasif) bagi memastikan mereka memberi sokongan berterusan kepada pihak Nazi.
Jika di Jepun, golongan civillians sentiasa bertaat setia kepada perintah maharaja tanpa bantahan, keadaan di Jepun tidak sama seperti Jerman secara politik.
--------
Pihak Nazi Jerman merupakan antara kumpulan yang berjaya mengikat kesetiaan rakyat di Eropah semasa kempen WW2 bagi mendapatkan sokongan rakyat sebelum meniup semboyan peperangan, dalam kes ini ia semestinya di negara Jerman.
Di Berlin dan kawasan-kawasan berhampirannya pada sekitar 1938-1940, Nazi menjadikan pusat-pusat komuniti sebagai pusat propaganda.
Ia selalunya dalam bentuk sekolah rendah atau sekolah menengah tinggi, dan terdapat juga pra-sekolah bagi menjayakan rancangan menggilap kesetiaan rakyat Jerman terhadap Fuhrer.
"Pengikut setia adalah orang-orang yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk taat kepada pemimpin." - Behaviours at War.
Jadi, bagi menjadikan para civillians di Jerman sentiasa bersedia untuk taat setia kepada Fuhrer dan juga dasar-dasarnya, maka kesetiaan itu dicipta dan diasuh secara mind control dalam skim propaganda yang terancang.
Di sekolah-sekolah, pusat komuniti dan bandar dan pinggir-pinggir bandar serta seluruh Jerman dibangunkan program mind control dalam menjayakan propaganda.
[Sekolah merujuk kepada 'aliran' , contoh; school of thoughts; tidak semestinya merujuk kepada pengertian sekolah yang sebagaimana diketahui maksudnya secara umum]
Hasilnya, kanak-kanak sekolah hingga golongan tua berjaya diubah dan dibentuk daya fikir mereka supaya menyokong dasar-dasar Fuhrer.
Ia adalah program yang pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah bermula pra-sekolah hingga ke pusat-pusat komuniti yang dianggotai golongan dewasa.
Skim tersebut bukanlah program mind control yang seperti menangkap seseorang dan dihumban ke makmal untuk dimasukkan pemikiran-pemikiran preset bagi mengubah daya fikir mengikut kehendak mind controller, hakikatnya pemaksaan minda semacam itu memang ada.
Pun demikian dalam melaksanakan mind control dengan jaya tanpa melibatkan kos tinggi, maka program propaganda dalam bentuk asuhan minda menjadi pilihan utama Nazi Jerman semasa pra-WW2.
Sama ada sedar atau tidak, skim dan program yang sama masih diamalkan pada hari ini bagi tujuan yang sama, iaitu menyebarkan propaganda bagi menguasai minda untuk merekrut pengikut-pengikut setia.
-------
The Pillar of Propaganda
Jika mana-mana penggerak (seperti pertubuhan) yang bekerja dalam rangka kerja NGO berjenama global atau gerakan politik tempatan atau antarabangsa, iaitu yang mempunyai jaringan atau sekurang-kurangnya pernah mengambil nasihat daripada CIA atau Mossad dalam usaha mendapatkan lebih banyak sokongan, mereka sudah pastinya tahu akan 'tiang' atau pillar yang satu ini.
Tiang ini bukan seperti gerakan NGO-NGO berjenama hak asasi manusia yang bekerja untuk sekularis Zionis, tetapi ia adalah tiang yang lebih kecil daripada tiang-tiang itu.
Iaitu tiang-tiang kecil yang sekiranya ia tegak didirikan, ia akan membantu tiang-tiang sekularism yang nyata supaya dapat berdiri lebih teguh dalam merencanakan dunia yang mutlak sekular.
Tiang-tiang kecil itu juga ada yang didirikan atas nama agama walaupun dasar-dasar agama yang dijadikan asas itu tidak ditegakkan secara sewajarnya.
Asas agama yang dijadikan lantai untuk menegakkan tiang-tiang kecil itu pula tidak lebih daripada sekadar jenama. Dalam kes tertentu, agama hanya dijadikan alasan yang persuasif.
Agama adalah isu yang persuasif, iaitu yang mudah dijadikan alasan untuk menarik penglibatan manusia dalam meng-organisasi-kan ia.
Apabila agama di-organisasi-kan dalam keadaan ia tidak sewajarnya dijadikan sedemikian, maka prinsip-prinsip sesebuah agama yang di-organisasi-kan bagi tujuan keduniaan itu lazimnya terlerai akibat mengikut rentak sekular.
Dalam sesetengah kes, agama (secara zalim) dijadikan instrumen untuk meraih sokongan disebabkan ia (agama) mempunyai 'kekuatan' dalam menarik pengikut-pengikut setia.
Berdasarkan 'kekuatan' itu, agama menjadi antara perkara yang sangat berkesan bagi mengikat kesetiaan di kalangan pengikut.
Kes-kes ajaran sesat sebagai contoh, adalah antara perumpamaan paling hampir dalam menjelaskan keadaan sedemikian.
Malah, agama bukan sahaja dijadikan alat untuk mengikat kesetiaan pengikut, malah ia boleh pula dijadikan alat untuk sesetengah golongan memperoleh segala motif yang dihajatkan.
Kita bukannya mengatakan agama itu sebagai perkara yang mengikat manusia ke arah kerugian, tetapi sekadar menjelaskan betapa agama turut dipergunakan bagi tujuan kepentingan tertentu, iaitu bukan dengan tujuan mengangkat ketinggian agama itu sendiri.
Dalam kes-kes seperti itu, agama dipergunakan bagi tujuan yang tidak sewajarnya iaitu dengan mengheret kesucian agama ke dalam kancah kepentingan peribadi manusia.
Disebabkan itu juga, maka lahirlah pluralisme atas nama agama. Disebabkan itu juga, kesucian agama itu dicalit dengan fahaman liberal. Disebabkan itu juga, agama semakin ditelan sekularism.
Apabila agama dipergunakan untuk kepentingan peribadi sesebuah kelompok tertentu melebihi kepentingan mengangkat maruah agama itu sendiri, propaganda pula diperlukan untuk menarik perhatian dan kesetiaan sekelompok manusia yang lain. Seperti diterangkan, agama dipergunakan.
Jentera-jentera propaganda kemudian digerakkan dalam skim tersendiri, dalam kes tertentu pula ia digerakkan secara eksklusif.
Dalam gerakan propaganda eksklusif, ia pula melibatkan jaringan dalaman iaitu tanpa melibatkan kelompok luaran.
Jika dibina sekolah-sekolah propaganda pula, ia boleh jadi melibatkan jaringan dalaman semata-mata. Pengikut-pengikut (mengikut terma pemimpin-pengikut) pula menghantar anak-anak mereka ke sekolah propaganda.
Sekolah-sekolah propaganda ini bertindak 'memasukkan' elemen-elemen (juga disebut nilai/values) tertentu ke dalam tingkat minda.
Seperti di negara-negara komunis sebagai contoh, rakyat disogok dengan elemen propaganda bahawa negara-negara yang mengamalkan kapitalism itu melakukan penindasan terhadap rakyat mereka.
Secara halus, rakyat di negara komunis akan dibentuk supaya membenci dan menolak kapitalism secara bulat-bulat. Mereka diasuh minda supaya hanya melihat keburukan dan kebusukan kapitalism semata-mata sehingga tidak mampu melihat sisi positif di sebalik kapitalism.
Begitu juga yang berlaku sekiranya propaganda mengikut sekolah-sekolah itu disebarkan secara umum (tidak eksklusif) bagi menjadikan para pengikut berubah taksub mengikut 'nilai' yang dikehendaki oleh propagandis (penyebar propaganda).
Jika seseorang itu menghantar anaknya ke sekolah komunis, maka minda anak itu akan dikotorkan oleh pemikiran komunism, lalu mereka semasa membesar akan mencemuh mengata agama itu sebagai candu.
Jadi, apakah tujuan tiang-tiang kecil itu didirikan? Sudah tentu untuk meniup propaganda.
Terdapat sekian banyak tiang kecil yang mempunyai misi-misi tersendiri dan ketahuilah bahawa salah satu daripada sekian banyak misi itu ialah meniup propaganda supaya menjadi udara tercemar yang disedut oleh para mangsa.
Mangsa-mangsa pula menjadi seperti haiwan sembelihan yang mempunyai tekstur daging paling enak untuk dijamah oleh tuan-tuan mereka dengan lahap, daging mereka disalai dan lendir-lendir yang meleleh semasa disalai itu kemudian dimakan habis, darah mereka pula dihirup sehingga kering. Otak mereka dimakan mentah-mentah.
"Kalau mahu daging yang lazat, ajarlah ‘lembu-lembu’ makan gandum dan jagung sahaja, bukan diberi makan rumput kering." - File No. 6
-------
Sejak WW2 sehingga hari ini, sekolah-sekolah yang menyuntik dan meniup propaganda kekal wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang menyelinap masuk ke dalam taktik-taktik politik bagi mengasuh pengikut-pengikut supaya menjadi tegar dan menjadi lebih dungu.
Mengapa ia menyelinap masuk ke dalam persekitaran politik? Ia kerana politik itu menjanjikan kuasa, manakala demokrasi itu pula menjanjikan huru-hara sekiranya ia tidak dipraktikkan dengan cukup matang.
Minda yang tidak matang adalah minda yang mudah dipengaruhi dan senang pula dimanipulasi. Minda yang tidak matang juga adalah minda yang kosong dan boleh dimasukkan atau disogokkan setiap apa sahaja asalkan ia dilakukan dengan cermat dan terancang.
Apabila seseorang itu dimanipulasi minda mereka sehingga tidak mengenal kewajaran dan tidak lagi mengenal kewarasan, ia menimbulkan persekitaran pemikiran yang sangat tidak teratur dan lagi meruntuhkan.
Disebabkan hilangnya kewarasan dan kewajaran dalam tingkat akal untuk berfikir secara sepatutnya, maka wujudlah keadaan serba tidak kena sehingga mereka tenggelam punca tanpa mereka sedari.
Keadaan mereka yang tenggelam punca tanpa mereka sedari itu pula tercipta disebabkan kegagalan mereka untuk berfikir secara yang sewajarnya. Sebab musabab itu sentiasa berlegar dan berputar dalam paksi yang teratur meskipun keadaan dan daya berfikir di kalangan orang-orang yang sudah rosak minda mereka itu adalah tidak teratur.
Dalam sesetengah keadaan, wujud situasi di mana sekelompok manusia menuntut hak itu dan ini dalam nada hak sama rata yang ditaja oleh istilah liberalism. Sesetengah tuntutan itu pula menggunakan slogan-slogan jenis people’s power (rujuk artikel: Infectious Slogans).
Namun apabila hak-hak yang wajar dipenuhi itu telah dipenuhi, maka isu pula yang timbul sehingga setiap keputusan yang diambil bagi memenuhi tuntutan itu menjadi serba tidak kena. Keadaan itu juga wujud apabila konspirator meniup propaganda baharu untuk mempengaruhi minda para pengikutnya yang dungu itu supaya kekal dalam keadaan sentiasa tidak bersetuju.
Disebabkan minda mereka telah atau sedang dikuasai sehingga ke tahap itu, kecelaruan pemikiran berubah kepada tahap yang lebih kompleks.
Kecekapan konspirator dalam mengawal minda para pegikutnya menjadikan para pengikutnya itu seperti lembu-lembu yang diberi makan gandum dan jagung, tetapi tidak diberi makan rumput kering. Daging para pengikutnya sudah tentu menjadi lebih sedap daripada lembu-lembu biasa yang hanya diberi makan rumput kering.
Semua itu terbentuk disebabkan para pengikut yang dungu itu sudah tidak mampu mendengar suara-suara lain yang selain daripada suara konspirator itu sahaja. Ia kerana konspirator itu juga adalah sang penggembala yang menggembala semua lembu-lembu yang hanya menurut segala arahannya.
Apabila disuruh masuk kandang, mereka akan masuk kandang. Apabila disuruh meragut rumput di padang, mereka akan meragut rumput di padang. Apabila disuruh berdiri diam untuk diperah susu, mereka akan berdiri diam. Setiap arahan sang penggembala dipatuhi oleh lembu-lembu tanpa bantahan.
Ayam pendaging pun kalau diberi makan jagung dan gandum atau beras setiap hari sejak baharu menetas, dagingnya akan menjadi sama lazat dan sama pejal seperti ayam kampung.
“Kalau mahu daging yang sedap, jagalah haiwan ternakan dan berilah haiwan-haiwan itu makan bijirin yang terbaik daripada jenis yang kamu suka.” – File No. 6
Faham apa maksud haiwan ternakan? Faham dengan maksud tersirat secara keseluruhan? Anda faham dengan petikan-petikan yang diambil daripada File No. 6 itu? Ia adalah fail kriptik yang disimpan, petikan-petikan yang sama dibaca oleh konspirator-konspirator berdarah Yahudi.
Propaganda antara maksudnya ialah memberi maklumat yang dikehendaki atau yang telah ditapis kepada orang ramai atau para pengikut. Manakala sesetengah maklumat pula disekat atau dibisukan daripada pengetahuan para pengikut.
Para pengikut hanya diberi maklumat yang terpilih atau yang disenangi oleh orang yang menyuap mereka dengan maklumat-maklumat itu. Dalam keadaan yang sama juga, para pengikut ditegah daripada mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber lain (rujuk artikel: Monopoli Propaganda).
Ada di kalangan kita yang sedang dijadikan lembu-lembu ternakan. Lembu-lembu yang dijadikan buah-buah catur. Lembu-lembu yang sedia dikorbankan demi matlamat kepentingan dan kehendak sang penggembala.
Food is a weapon,
Berhati-hati dengan setiap 'makanan kantin di sekolah' yang disuap ke dalam minda anda
15 Jun 2012
“Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga
engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk
Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi
sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
(wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)
-------
Daripada
Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah bersabda: "Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak
pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah
Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”
Nabi menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". – (Hadis Riwayat Muslim)
-------
“Israel
bukanlah sebuah sebuah negara Judaism yang didirikan oleh orang-orang Yahudi,
tidak sebagaimana orang Arab mendirikan tanah mereka menjadi negara Islam
seperti (Arab) Saudi, melainkan ia (Israel) adalah negara Zionis, negara
pembunuh, sebuah negara sekular, kerana sekularisme itu adalah agama
keduniaan bagi orang-orang Zionis Yahudi yang menjual nama Judiasm.
“Tidak
perlu diikut jejak sekularis seperti mereka dalam apa juga cara, berbanggalah
kamu sekiranya kamu adalah orang Islam yang tabah dan tidak sedikitpun tunduk
kepada kemahuan (hawa nafsu) sekularis Zionis yang gila.” – Rabbai Aaron Cohen,
seorang pendeta Judaism, ucapan semasa majlis Dialog Yahudi-Arab di Jenin,
Palestin (tarikh tidak dinyatakan). [Sumber: Catatan SHAHi semasa
bermusafir di Palestin dan Israel].
------
Daripada
Mughirah bin Syu' bah. berkata, Rasulullah bersabda: "Sentiasa di
kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki
oleh Allah. Mereka sentiasa berjaya.”. – (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
-------
KEHENDAK hawa nafsu Yahudi dan Nasrani berbeza-beza
mengikut jalan agama mereka. Orang Yahudi tidak berkenan berkongsi agama mereka dengan lain-lain
bangsa. Orang Nasrani pula tidak henti-henti memujuk umat manusia memeluk agama
mereka dari dahulu hingga ke hari ini, malangnya ada orang Islam yang terlalu
dungu menafikan kenyataan ini.
Namun
bagi golongan sekularis Yahudi dan Nasrani, mereka mahu seluruh umat manusia
mengikut jalan mereka yang sekular. Dari segi agama, pandangan
mereka berbeza. Tetapi melalui kaca mata golongan sekularis dari kalangan
mereka (Yahudi dan Nasrani), tujuan mereka ialah sama iaitu mengheret umat
manusia supaya terjerumus ke lembah sekular.
Menurut Aaron Cohen, sekularisme adalah (disifatkan sebagai)
agama baharu bagi golongan Yahudi dan Nasrani yang menganut Zionism. Bagi
golongan itu, sekularisme diangkat menjadi lebih tinggi daripada mana-mana
agama.
Dalam ucapannya, Cohen meminta orang Islam (di Palestin dan seluruh
dunia) supaya tabah menghadapi taktik jahat Zionis. Sekiranya anda mengenali
dan pernah menemui Cohen secara bersemuka dan penuh jujur tanpa sebarang
prejudis terhadap identiti bangsanya dan identiti agamanya, beliau tidak akan
berahsia walau sedikitpun mengenai segala perancangan Zionis dan tidak segan
silu menamakan proksi-proksi Zionis dari serata dunia. Zionis pula tidak
tergamak untuk membunuhnya.
Demokrasi, salah satu senjata untuk membawa umat manusia ke arah
kebebasan. Masing-masing menuntut hak (walaupun bertentangan dengan perintah
agama) sehingga membawa kepada liberalisme dan akhirnya terjerumus kepada
sekularisme yang membelakangi agama. Walhal, kebahagian yang dijanjikan
demokrasi melalui laungan liberalisme hanya mitos semata-mata sehingga membawa
manusia menjadi dungu.
Mitos bukanlah cerita bohong, tetapi ia adalah cerita yang tidak
diketahui sama ada ia benar atau bohong. Benar pun tidak, palsu pun tidak.
Status kebenaran cerita itu berada di tengah-tengah, di persimpangan antara
yang benar dan palsu. Kebahagian yang dijanjikan demokrasi adalah mitos. Status
mitos itu bergantung kepada penerimaan seseorang sama ada untuk menganggap ia
sebagai satu kisah benar atau satu cerita palsu.
Mengikut tanggapan para pendokong demokrasi, ia adalah sistem membuat keputusan
yang memberi kuasa membuat pilihan kepada majoriti untuk menentukan sesuatu
keputusan bagi mewujudkan suasana pentadbiran yang diimpikan. Itu adalah mitos dalam demokrasi.
Demokrasi yang keterlaluan pula mewujudkan keadaan melampau sehingga menjerumuskan
manusia kepada sikap Machiavelism.
Dalam
ruang lingkup demokrasi, akan selalu ada pihak yang kalah dan pihak yang
menang selepas majoriti membuat keputusan. Namun, (sedarlah bahawa) kita tidak
perlu mencari pihak yang mempunyai risiko untuk kalah atau pihak yang mempunyai
peluang untuk menang. Ia kerana kedua-dua pihak itu boleh sahaja jadi menang
atau boleh juga jadi kalah. Kedua-dua pihak itu berada di
tengah-tengah iaitu antara ketidakpastian sama ada akan menang atau kalah.
Konspirasi politik juga termasuk dalam ruang lingkup memilih diri
sendiri untuk diangkat menjadi pilihan majoriti. Setiap orang yang diangkat
(melalui jalan demokrasi) itu akan dipastikan dapat memberi kelebihan kepada
diri sendiri. Maka, orang-orang yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri
itu juga perlu diangkat (seperti pemilihan jawatan dalam sesebuah parti politik
secara demokrasi juga). Kesannya, semua orang yang diangkat itu akan berpusat
kepada diri konspirator politik itu sendiri.
L mahu dirinya diangkat dan mahu kedudukannya terjamin. Maka L
memastikan orang-orangnya (orang-orang pilihannya) seperti K, A, N, W,
T, Z, C, X dan sebagainya juga diangkat bersama-samanya supaya
orang-orang itu semuanya berpusat kepada arahan-arahannya. Apabila semua orang
itu berpusat kepada arahan dan perintahnya, maka ia juga bermakna L mengangkat
(memilih) dirinya sendiri kerana semua orang-orangnya (boneka-boneka) yang
dipilih itu tunduk patuh kepada setiap arahannya untuk melaksanakan agenda
kuasanya dan kawalan sosial.
Terma teori konspirasi dalam ruang lingkup politik bagaimanapun
diperlihatkan sebagai mitos oleh para pendokong demokrasi yang tegar, teori
konspirasi dikatakan sebagai entah benar dan entah tidak benar, walhal para
pendokong demokrasi itu sendiri tidak menyedari bahawa mereka sendiri mendokong
mitos demokrasi yang mereka sendiri tidak faham mengenai apa yang mereka
perjuangkan. Sekejap suka dan sekejap tidak suka, lihatlah keadaan itu dalam
pelbagai isu, macam-macam boleh jadi apabila pendirian bercelaru akibat
dikelirukan mitos demokrasi liberalism yang sengaja dicipta untuk memusatkan
kuasa konspirator yang sedang menguasai minda mereka yang lemah.
Teori konspirasi tidak dibina sebagaimana orang-orang politik membina
sesuatu isu bagi memenangi sokongan pengikut. Teori konspirasi (sekadar
menjelaskan menggunakan bahasa perlambangan) dibina dengan meneliti
benang-benang halus yang tersirat, menyusun benang-benang itu dalam satu
garisan, benang-benang diuji dengan fakta-fakta sokongan bagi mendapatkan
pengesahan berketerangan, memadankan benang-benang itu dengan benang-benang
lain bagi melihat adakah wujud keselarian atau kejanggalan, benang-benang yang
tidak jelas ditolak ke tepi (sementara waktu) untuk dinilai melalui penelitian
semula buat beberapa kali sebelum ia disahkan dengan penjelasan yang lebih
masuk akal, benang-benang yang telah disusun itu pula dikumpul dalam satu
garisan supaya tidak bercerai-berai, digulung kemudian ditenun untuk menjadi
perca-perca kain, perca-perca itu pula dipadankan dengan perca-perca kain yang
dijali daripada benang-benang yang lain, perca-perca itu kemudian dijalin
mengikut susunan yang sepatutnya untuk melihat lembaran kain apakah yang akan
dihasilkan, melihat corak sebenar kain itu selepas menyusun
benang-benang yang sudah disahkan ‘sama jenis’ dengannya.
Bahasa mudahnya, menyusun kepingan puzzle yang berselerak. Tetapi benang
itu lebih halus daripada kepingan puzzle, ia perlu dicari, diperhalusi
dan ditentukan jenis-jenisnya. Teori konspirasi dibina melalui penelitian dan
ia tidak dibuat semberono, teori konpirasi dibina berbekalkan tekad untuk
mencari jawapan yang sebenar tanpa memihak kepada mana-mana pihak, teori
konspirasi dibina bukan untuk kepentingan pengkaji konpirasi itu sendiri, ia
bukan lagi menjadi sekadar sebuah teori apabila segala penjelasan mempunyai
keterangan yang berketerangan selepas mengikut segala bukti yang memandu kepada
jawapan.
Apabila ia mempunyai keterangan yang berketerangan masuk akal, ia bukan
lagi teori tetapi fakta yang mempunyai sekian banyak penjelasan. Atas sebab
itu, Umat Terakhir pernah berpesan kepada pembaca semua melalui artikel Double
Check sebelum ini, ia supaya penelitian terhadap sesuatu keterangan itu
dalam membuktikan bahawa sesuatu yang dikatakan sebagai fakta itu terbukti
jelas dapat berdiri dan layak disahkan sebagai fakta.
Apabila sesuatu itu dikatakan sebagai fakta, maka ia perlu disahkan
dengan pelbagai keterangan dari semua arah. Malangnya dalam konteks pendokong
demokrasi yang cuba menjadi pengkaji teori konspirasi, masih ada yang
menganggap sesuatu yang ‘auta’ itu sebagai fakta iaitu gagal mencari kesahihan
sesuatu ‘auta’ yang dikatakan sebagai fakta. Please, do double check, dua kali, tiga kali, atau
berpuluh-puluh kali dari pelbagai arah. Jangan pernah bosan bagi mencari
pengesahan terhadap sesuatu fakta sekiranya anda adalah orang yang benar-benar
mahukan jawapan yang sebenar.
Orang politik pula (sebilangan) membina sesuatu isu itu berbekalkan
teori konspirasi juga. Malangnya, teori konspirasi yang mereka bina itu mengikut
selera politik mereka sendiri, bukan sebagai orang yang tekad mencari jawapan
meskipun tidak diberikan jawapan atau petunjuk.
Teori-teori yang dibina orang politik (lihatlah di luar sana) tidak
disertakan dengan keterangan yang mempunyai keterangan bagi menentukan atau
membuktikan bahawa keterangan itu mempunyai kesahihan yang berpenjelasan dari
semua arah. Fakta-fakta yang diperhebahkan pula tidak cukup kuat untuk
dibuktikan sebagai fakta apabila terdapat ruang-ruang kosong (rujuk artikel Doube
Check) yang tidak diisi dengan keterangan-keterangan yang masuk akal dan
berkredibiliti. Apabila ditanya lebih-lebih (kepada orang politik), maka kantoi
pula semasa memberikan jawapan dan mula menghalau keluar orang-orang yang
mengajukan soalan.
Para pengikut pula setia mengangguk-angguk sedangkan mereka tidak
diberikan pembuktian dari setiap arah yang bersangkutan terhadap sesuatu yang
dikatakan sebagai fakta. Kesannya, jadilah para pengikut sebagai pak
angguk dan pak geleng yang kerjanya angguk-angguk dan geleng-geleng setiap kali
diberikan ‘ilmu’ teori konspirasi oleh orang politik yang hanya menyebarkan
propaganda melebihi penghujahan teori yang berkredibiliti. Para pengikut
politik, cubalah sekali atau banyak kali, bertanyalah kepada orang politik
melalui isi hati anda yang sangat mahukan jawapan setiap kali timbulnya
kekeliruan, jadilah orang-orang yang gigih mencari kebenaran dan jadilah
orang-orang yang gigih mencari jawapan, jangan hanya tahu angguk dan geleng
sahaja.
Jujurnya, Umat Terakhir tidak suka kepada terma teori konspirasi
kerana perkataan ‘teori’ itu sendiri bertindak melemahkan segala fakta yang
sudah dibuktikan kesahihannya, ia juga menjadikan setiap orang boleh bermain
dengan teori-teori mereka sendiri walaupun ia tidak dibuktikan dengan segala
keterangan yang berketerangan dari semua arah bersangkutan, lalu simbol bulan
sabit dan bintang di masjid-masjid pun mereka kaitkan dengan simbol
kultus Yahudi. Konspiratus Yahudi pun tersenyum riang kerana orang Islam mula
was-was dan curiga dengan tempat ibadat mereka sendiri.
Dalam pengkajian konspirasi, Umat Terakhir pula hanya meninggalkan
‘peta’ kepada para pembaca supaya dapat mencari sendiri benang-benang itu semua
dan hanya membantu pada pembaca menyusun benang-benang itu semua. Kit atidak meninggalkan
jawapan, kita hanya menunjukkan jalan.
-------
Forensik Konspirasi
Terma ini sudah beberapa kali disebut dalam blog Umat Terakhir sejak
dari edisi pertama dan edisi kedua. Dalam disiplin forensik jenayah, seseorang
penyiasat tidak akan sesekali bersandar pada andaian atau teori. Penyiasat
forensik juga tidak melulu meletakkan seseorang dalam senarai suspek bagi
sesuatu kes jenayah. Dalam bentuk penyiasatan konvensional, semua orang yang
mengenali mangsa adalah berpotensi menjadi suspek. Keadaan seperti itu tidak
berlaku dalam penyiasatan forensik.
Sebaliknya, penyiasat forensik sentiasa mencari bahan-bahan bukti atau
barang-barang kes yang boleh memandu beliau ke arah jawapan (rujuk artikel follow
the evidence). Mereka
hanya bersandar kepada satu perkara, iaitu setiap perlakuan jenayah itu tidak
pernah dilakukan dengan sempurna dan pasti berlaku kecuaian di pihak penjenayah
semasa melakukan sesuatu jenayah sehingga boleh menyebabkan penjenayah itu
berjaya dikesan dan akhirnya tertangkap. Bahan-bahan kes itu akan selalu
membantu penyiasat sehingga menemui pelakunya.
Menyelidik
punca, penyebab, faktor dan keselarian adalah antara sekian banyak aspek
penting dalam sesuatu penyiasatan forensik. Tidak hanya terpakai dalam
penyiasatan jenayah, kaedah forensik juga digunapakai dalam pengkajian sejarah
yang diperkuat dengan kaedah rujukan silang. Dalam pengkajian konspirasi,
kaedah forensik juga antara prosedur yang kuat dalam membuktikan sesuatu fakta
itu sebagai fakta yang sah. Ia diperkuatkan lagi dengan perbandingan silang.
Untuk
mengkaji atau mengesan sesuatu konspirasi, seseorang tidak wajar meletakkan
persepsi atau andaian peribadi sebelum memulakan pencarian jawapan. Perlu juga difahami bahawa bukan semua yang berlaku di luar sana itu
adalah hasil kerja tangan konspirator. Proses mencari jawapan bagi mengurai
konspirasi wajar dilakukan secara forensik juga, bukan seperti forensik
jenayah, tetapi melalui kewajaran-kewajaran yang masuk akal bersandarkan
keterangan yang berketerangan dan fakta yang dibuktikan sebagai fakta serta
penjelasan yang mempunyai penjelasan-penjelasan, pembuktian dalam pembuktian,
bukti yang dibuktikan. Maka, selidik betul-betul, forensik adalah antara
kaedahnya daripada sekian banyak kaedah yang lain.
“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa suatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum (golongan atau kumpulan lain) dengan perkara (seperti
tuduhan atau fitnah) yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu –
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” – (Quran, al-Hujurat: 6)
Konspirasi
berlangsung dalam banyak jenis jalan. Antara sekian banyak jalan itu yang
paling ampuh ialah politik. Politik pula mempunyai banyak
jalan, paling ampuh ialah demokrasi. Demokrasi pula ada banyak jalan, paling
ampuh ialah demokrasi liberal. Liberalisme bersandar nafsu-nafsi pula ada
banyak jalan, semua jalan itu menuju sekularisme, jalan sesat, jalan mati (dead-end).
Dalam apa sahaja jenis sistem politik (terutama demokrasi liberal) yang
mengejar kekuasaan mutlak dalam sesebuah struktur pemerintahan, aspek
kerahsiaan dan keupayaan menguasai maklumat adalah perkara utama dalam
menentukan mana satu yang betul dan mana satu yang salah terhadap pihak lain.
Contohnya A menuduh B melakukan kesalahan atau pembohongan, tetapi A mengetahui
perkara sebenar bahawa B tidak salah dan tidak berbohong, tetapi A merahsiakan
kebenaran (kerahsiaan), sebaliknya A mempergunakan para pengikutnya untuk
menyebarkan (melalui pelbagai cara) tuduhan tersebut (keupayaan menguasai
maklumat) bagi mendapat kelebihan dalam persaingan politik demokrasi. A tahu B
tidak salah, tetapi A mempunyai keupayaan menguasai maklumat (disebabkan beliau
dipercayai oleh pengikutnya) untuk menentukan jenis maklumat yang mahu
disampaikan kepada para pengikutnya.
Jadi,
maklumat yang dihebahkan A itu adalah salah satu keterangan. Iaitu keterangan yang wajar dikaji secara forensik dan bersilangan.
Keterangan itu biasanya pasti ada keselarian dengan sumber-sumber bukti yang
lain dan perlu dipadankan. Sumber-sumber bukti itu pula wajar dibuktikan kredibilitinya. Setiap
keterangan wajar dilihat dari pelbagai arah untuk dikaji kesahihannya. Jangan
hanya tahu angguk apabila diberitakan mengenai sesuatu perkara, selidikilah ia
terlebih dahulu.
Jika
gagal menyelidik dan terus percaya semberono tanpa usul periksa, maka tidakkah
kita melanggar perintah dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang memerintahkan kita
supaya menyelidik setiap berita yang disampaikan orang lain kepada kita?
Ingat, samikna
wa’atoqhna (kami dengar dan kami percaya) itu hanya terhadap para nabi yang
terbukti sebagai nabi yang diperintahkan membawa agama Allah dan kepada kitab
suci yang diwahyukan.
Bukan samikna
wa’atoqhna terhadap sesama manusia biasa, selidiklah terlebih dahulu
apabila diberitakan mengenai sesuatu perkara daripada seorang manusia biasa
yang lain.
--------
Konspirator
dalam arena politik sentiasa
bermain dengan emosi pengikutnya. Emosi pengikut disimbah dengan bahan bakar yang
penuh kebencian terhadap musuh-musuh politik mereka. Ia juga dilakukan melalui
keupayaannya menguasai maklumat-maklumat yang disampaikan kepada para pengikut
tegarnya.
Ia
disebut sebagai “creating a working-class environment” bagi
menyemarakkan emosi para pengikut supaya mengikut telunjuknya dalam menuntut
perkara-perkara yang dikatakan sebagai hak-hak mereka melalui slogan-slogan
rakyat (terma slogan rakyat juga kerap disebut dalam blog ini).
Apabila working-class
environment berjaya dihidupkan, maka minda para pengikut lebih mudah
dikuasai (rujuk artikel Mind Control Dalam Politik di blog ini) sebelum
melakukan 50 langkah untuk meledakkan revolusi (mengikut garis prosedur
anarkis, sosialis dan liberalis sekularis) bagi mengangkat orang yang mempermainkan
emosi mereka menjadi pemerintah yang mereka impikan.
Revolusi
yang digerakkan melalui huru-hara pula adalah langkah terakhir selepas gagal
memperoleh kuasa secara jalan demokrasi yang diperjuangkan sebelum itu. Trend
ini sama sahaja walau di mana-mana sudut dunia yang berperang saudara
sekalipun.
Penyebab asas dalam menjayakan working-class environment
(persekitaran golongan pekerja) ialah dengan mempergunakan kelemahan para
pengikut. Kelemahan
itu biasanya berkisar mengenai kemarau poket seluar pengikut mereka yang tidak
mempunyai wang.
Maka,
pengikut dijanjikan dengan janji-janji yang berkisar mengenai wang, sehingga
beberapa perkara dijanjikan tidak akan perlukan wang lagi. Inti kepada
kelemahan pengikut adalah sikap tamak yang diasuh dengan rentak tekanan
kapitalisme apabila dijanjikan kesenangan.
Akibat
terlalu mengejar kesenangan sebagaimana dijanjikan sekiranya berjaya mengangkat
pemimpin mereka menjadi pemerintah, maka segala jalan akan digunapakai termasuk
melalui cara yang tidak wajar. Mereka tahu setiap kelemahan
para pengikut mereka dan mempergunakan kelemahan itu untuk mencapai cita-cita
mereka.
Dalam memperlihatkan sistem kapitalisme yang ada sebagai tidak adil
dalam pengagihan kekayaan kepada rakyat, maka rakyat perlahan-lahan menerima
pakai sosialisme dan perlahan-lahan menelan liberalisme (ia tidak bermaksud
Umat Terakhir mendokong absolute capitalisme).
Idea-idea sosialis diserap masuk ke dalam minda masyarakat yang
diperkemas dengan idea-idea liberalisme dalam menuntut apa yang dikatakan
sebagai hak rakyat dan hak kebebasan. Demi liberalisme, segala yang berkuasa
mutlak (institusi raja-raja sebagai contohnya) dalam sesuatu pemerintahan akan
dibuang kesemuanya sehingga terdiri republik yang diimpikan golongan sosialis.
Maka, tiada lagi (entiti atau pihak) yang berkuasa penuh dalam pemerintahan
walaupun untuk mentadbir urus hal ehwal agama kerana semua yang berkuasa mutlak
akan dibuang demi mengangkat sosialisme dan liberalisme.
Para ahli panel Umat Terakhir ada kenal dengan golongan sosialis, malah
ada panel kita yang pernah bekerja dengan golongan sosialis. Ada di kalangan
golongan sosialis yang bekerja di penerbitan ‘akhbar’ tabloid-tabloid politik. Nama mereka ialah nama orang
Islam, tetapi hidup mereka bukan seperti yang dianjurkan Islam. Makan di
restoran bukan Islam yang terletak berhampiran dengan pejabat mereka di bulan
Ramadan sambil menogok beer, manakala lidah mereka pula ligat bercakap
mengenai hukum-hukum Islam seperti seorang tokoh agama terkemuka sambil
merendah-rendahkan musuh politik mereka yang mereka kata tidak mengamalkan
hukum Islam. Kita tahu siapa mereka, kita tahu apa yang mereka tulis.
Persekitaran golongan pekerja (working class) merupakan satu isu
yang berkesan untuk dimainkan bagi mendapatkan sokongan pengikut yang
kebanyakannya (bukan semua) gemar bertindak mengikut emosi. Justeru,
persekitaran itu difahami untuk dimanipulasi oleh konspirator politik dengan
mengaitkan segala-galanya dengan wang (termasuk memainkan emosi rakyat yang
kesusahan, menjanjikan pemberian wang jika diangkat sebagai pemimpin,
menjanjikan beberapa perkara diberikan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang
sehingga menyebabkan rakyat tidak sabar untuk menikmati kesenangan itu semua).
Apabila wujud emosi tidak sabar, maka ia menjadi pencetus kepada
tindakan selanjutnya yang membawa kepada huru-hara demi mengangkat konspirator
politik menjadi pemimpin hanya semata-mata untuk menikmati kesenangan yang
telah dijanjikan. Ia adalah permainan psikologi yang menjerat golongan yang
lemah minda dan terlalu malas berfikir untuk menyelidik.
Dos-dos ‘khayal’ terhadap minda lemah yang dibuang segala kewajaran dan
dimasukkan pemikiran sintetik diberikan dalam kuantiti yang banyak sehingga
para pengikut menganggap khayalan itu sebagai realiti. Ia adalah permainan
psikologi yang mengasuh nafsu untuk khayal terhadap kesenangan dunia tanpa
perlu bersusah payah. Trend
yang sama di semua sudut dunia yang berperang saudara. Persekitaran minda yang
dihidupkan dengan slogan fight for your right menjadi pembakar semangat
kepada para pengikut dungu untuk mencetuskan revolusi.
“Making
an injury to one, will result an injury to all and the revolution will start.” – Socialist Towards
Anarchism.
Dalam
jurnal digital Socialist Authors of Anarchism yang diharamkan di Amerika
dan Eropah, gerakan Socialist Towards Anarchism menggariskan 50 langkah
untuk memulakan revolusi di seluruh dunia bagi mencetuskan huru-hara untuk
menegakkan ‘people’s power’. Huru-hara itu pula akan membuka jalan
kepada golongan sosialis untuk menguasai pemerintahan ke arah liberalisme,
segala-galanya menuju liberalisme sebelum semua ‘jiwa’ mereka maut dalam lubang
hitam sekularisme.
Maka
dengan itu, setiap gerakan (NGO atau parti politik) di seluruh dunia yang
diresapi golongan sosialis akan menggunapakai 50 langkah tersebut demi mencapai
cita-cita politik mereka dengan memperkudakan dan mempergunakan kesusahan hidup
serta kedunguan orang ramai. Sebahagian langkah tersebut yang digerakkan
gerakan aktivis sosialis ialah:
- Meningkatkan kesedaran orang
ramai untuk menubuhkan pertubuhan (NGO) yang berorientasikan orang awam
dan golongan sosialis harus membantu. (rujuk artikel The Pillars
dalam blog ini).
- Siasat semua peluang untuk
mencipta persepsi orang awam (golongan kelas pekerja), selidik bagaimana persekitaran
mereka terbentuk dan pergunakan ia.
- Dedahkan mereka (orang awam)
kepada kisah-kisah revolusi yang berlaku di serata dunia supaya dapat
menaikkan semangan mereka untuk memulakan revolusi. (rujuk kenyataan
golongan politik yang galak mengaitkan Revolusi Iran).
- Belajar daripada golongan pencetus revolusi di dunia hari ini,
belajar bagaimana mereka mencetuskan revolusi. (rujuk golongan politik yang
menyemai semangat Arab Spring untuk membangkitkan sikap memberontak di
kalangan rakyat).
- Mengkaji bahan-bahan yang
berkaitan dengan gerakan-gerakan subversif bagi menggulingkan pemerintah.
- Berterusan membangunkan,
mengembangkan prinsip-prinsip serta teori-teori dan strategi mendapatkan
pengaruh untuk meledakkan revolusi.
- Meningkatkan keupayaan
bersuara di khalayak, beri ruang kepada semua pihak untuk bersuara bagi
mempercepatkan revousi dengan cara menyemai semangat mereka untuk
memberontak.
- Mendengar dan bercakap bagi
pihak mereka supaya rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintah akan
lebih bersemarak.
- Melibatkan diri dalam
perbincangan dengan orang awam sambil menunjukkan ketokohan diri dan pada
masa sama cuba mempengaruhi mereka untuk bertindak agresif.
- Pergunakan kedudukan
sekiranya mempunyai pengaruh untuk menjadikan mereka percaya bahawa sistem
yang wujud sekarang adalah tidak adil.
- Eksploitasi kesetiaan orang
awam supaya mengikut arahan.
- Berusaha mendominasi kawasan tumpuan awam dengan cara
mengeksploitasi pengikut dan dengan cara itu akan tercetus provokasi bagi
memulakan revolusi. (rujuk artikel Mission Occupy).
- Pamerkan semangat revolusi
supaya para pengikut akan turut bersemangat. (rujuk artikel Infectious
Slogans).
- Sentiasa bersikap
menyalahkan pihak lain sekiranya melakukan kesilapan dan beritahu para
pengikut bahawa itu adalah kesalahan pihak musuh yang sengaja menjatuhkan
pihak pemberontak. (rujuk perkembangan semasa).
- Merendah-rendahkan dan
memburukkan pihak musuh supaya mereka kelihatan tidak baik di mata
pengikut.
- Mencipta budaya revolusi dengan cara membuat simbol-simbol atau
bahan-bahan yang menyemai semangat revolusi. (rujuk demonstrasi jalanan
yang menggunakan warna atau simbol atau slogan tertentu).
- Berhubungan dengan gerakan
yang menyokong revolusi bagi menggulingkan pemerintah. (rujuk gerakan NED,
NDI dan sebagainya yang bekerjasama dengan proksi-proksi mereka di seluruh
dunia).
- Menggalakkan orang ramai
supaya melibatkan diri dalam proses revolusi.
- Aturkan program-program yang
menjadikan pengikut bersedia untuk melakukan revolusi subversif.
- Mulakan program itu dengan
orang-orang yang setia (pengikut).
- Jika ada yang berpaling
tadah, beri tekanan kepada mereka supaya wujud ketegangan baharu.
- Berhubungan dengan pengikut
secara berterusan menggunakan medium teknologi. (rujuk
konflik Tunisia tidak berapa lama dahulu yang digerakkan dengan teknologi
telefon bimbit).
- Menggerakkan gerakan
solidariti di kalangan muda-mudi yang berjiwa muda untuk memberontak.
- Apabila peluang mula wujud,
berterusan melemahkan musuh dengan segala cara. (rujuk terma
Machivellism).
- Jika melakukan perkara yang
menyalahi undang-undang, gunakan undang-undang kembali untuk menyalahkan
pihak penguatkuasa undang-undang.
- Gunakan segala peluang untuk
berkata-kata bagi menyemarakkan semangat pengikut apabila mereka digempur
pihak penguatkuasa undang-undang.
- (Langkah ke-50) Berusaha dengan keras dan bijak serta berani,
seluruh gerakan sosialis antarabangsa (bergerak dalam NGO) akan sedia
membantu.
Jika
diperhatikan, langkah-langkah tersebut dilaksanakan di seluruh sudut dunia yang
bergolak. Semua itu dipengaruhi oleh usaha pihak-pihak tertentu dalam
mendapatkan kuasa politik. Erti kata lain, ia digerakkan oleh konspirator
politik.
------
Jadi,
siapakah yang dimaksudkan dengan konspirator politik dan bagaimana mereka
bekerja untuk menggerakkan agenda mereka?
Konspirator
politik bergerak dalam lapangan politik. Ia adalah satu tanggapan biasa
bagi sesetengah orang apabila disebut mengenai konspirator politik.
Secara teknikal, konspirator politik ialah orang yang terlibat di dalam
lapangan politik yang bertindak mengatur sesuatu plot (plotter) bagi
mencapai cita-cita politiknya dengan menggunakan segala cara atau langkah yang
telah dirancang.
Dalam catatan sejarah dunia, Revolusi Perancis dicatatkan sebagai satu
hasil kerja tangan konspirator politik dalam menggulingkan institusi diraja
melalui cara menyemarakkan emosi rakyat kelas bawahan yang hidup tertekan serta
mempergunakan tekanan hidup yang dialami rakyat supaya menolak institusi raja
melalui cara kekerasan yang melampaui kemanusiaan. Begitu juga dengan tragedi
pembunuhan keluarga diraja (Tsar) di Rusia. Asas kepada tindakan itu ialah
untuk membina satu sistem pentadbiran baharu yang memusatkan hak rakyat selepas
sistem pemerintahan terdahulu digulingkan.
Daripada kedua-dua peristiwa di Perancis dan Rusia, segala sistem yang
digambarkan sebagai membelenggu masyarakat (termasuk sistem kepercayaan dan
agama) telah disisihkan. Semua sistem itu dibuang bagi mewujudkan masyarakat
yang lebih liberal, bebas dan tidak terkongkong oleh mana-mana sistem yang
membelenggu kehendak manusia.
Selepas tamat revolusi, segala sistem itu tidak lagi mempengaruhi
kehidupan masyarakat. Ia sebagai cara untuk menjadikan masyarakat berasa
seronok untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka kerana telah mencapai
nikmat kebebasan yang diinginkan. Lama-kelamaan, masyarakat mula berasa
tertekan dengan sistem baharu yang menggantikan sistem lama apabila mula
menyedari bahawa mereka sebenarnya kekal terkongkong dan lebih lalai daripada
sebelumnya. Kemudian terciptalah zaman Reformation (pembaharuan agama) dan
Renaissance (pembaharuan pemikiran) bagi memberi sinar baharu kepada
dunia Eropah, namun keadaan tidak pernah bertambah baik kerana sudah tidak ada
mekanisme sistem yang ampuh untuk mengemudi masyarakat.
Revolusi-Reformation-Renaissance itu adalah
plot-plot yang sudah berlaku di barat, kesannya ialah masyarakat barat kini
menjadi sekular dan ada juga menjadi ultra-sekular yang mana nilai-nilai baharu
yang tidak mempunyai nilai itu sangat bertentangan dengan norma-norma golongan
konservatif dan ortodoks.
Dalam keadaan hari ini juga, semua pihak dijanjikan kebebasan sekiranya
mereka berjaya meruntuhkan sistem sedia ada. Sebuah pelan yang sama walau dalam
apa zaman sekalipun. Dan, itulah salah satu daripada sekian banyak permainan
yang dimainkan oleh konspirator yang bergerak dalam lapangan politik di setiap
sudut dunia.
Politik itu menjanjikan kuasa. Itulah yang dipegang dan didokong oleh
para pendokong demokrasi yang perlahan-lahan menyerap liberalisme yang kononnya
menjanjikan hak kebebasan untuk semua, menyerap liberalisme seperti span yang
menyerap segala kotoran dan kemudian membiakkan sekian banyak kuman.
Dalam memahami permainan konspirator politik, kita wajar melihat dari
semua arah sebelum membuat sebarang kesimpulan yang tidak adil. Konspirator
politik juga wajar difahami sebagai pemimpin atau orang yang berpengaruh dan
mempunyai pengikut.
Pemimpin
adalah orang yang mempunyai pengikut. Jika tidak mempunyai pengikut, maka dia
bukanlah pemimpin kerana tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin disebabkan
ketiadaan pengikut. Maka, seseorang tidak dikatakan sebagai pemimpin sekiranya
tidak ada pengikut dan tidak mempunyai keberanian untuk menonjolkan diri
sebagai pemimpin yang mampu mendapatkan pengikut.
Disebabkan
konspirator politik kebiasaannya bergerak atas kelebihannya mempunyai pengikut,
maka peluang tersebut digunakan sepenuhnya untuk mencipta minda sintetik kepada
para pengikutnya. Propaganda adalah salah satu antara sekian banyak taktik yang
digunakan bagi menarik lebih ramai pengikut.
Konspirator
adalah orang yang bijak memanfaatkan setiap peluang yang ada di
persekitarannya. Peluang-peluang itu digunakan bagi mencipta propaganda yang
mampu menyemai persepsi negatif di kalangan pengikutnya. Manakala propaganda
pula selalunya berdiri di sebalik isu-isu yang sedang ditimbulkan untuk
diselarikan dengan isu-isu sebelumnya supaya memasuki plot yang sudah dicipta
sebelum itu.
Setiap
yang berlaku di persekitaran akan selalu cuba diselarikan dengan setiap perkara
atau isu yang telah berlaku. Maka secara tidak langsung, konspirator itu
sendiri sedang bermain teori konspirasi dengan para pengikutnya bagi mencipta
keraguan terhadap pihak yang tidak disukainya.
“Seperti
seorang pencuri yang menuduh orang lain sebagai pencuri.” – Peribahasa Parsi.
Konspirator
adalah orang yang menggerakkan konspirasi. Bagi mengelak orang ramai daripada
menghidu konspirasi yang digerakkannya, maka konspirator itu ada masanya yang
tertentu akan menuduh orang lain pula sebagai mengadakan plot konspirasi
terhadapnya (melalui kaedah red-herring dalam persekitaran politik).
Dalam keadaan ini, dia bertindak seperti seorang pencuri yang menuduh orang
lain sebagai pencuri. Ia adalah satu permainan yang sangat mudah
dikesan sekiranya kita memahami permainan sesebuah konspirasi politik.
Lihat keadaan bagaimana negara haram Israel menuduh dunia Arab sebagai
pihak yang sedang menganiaya Israel, walhal Israel yang sebenarnya menganiaya
dunia Arab melalui taktik-taktik yang licik dan kotor. Lihat juga bagaimana
Amerika memperlihatkan seolah-olah umat Islam menjadi pengganas yang
menjejaskan keselamatan rakyat Amerika, walhal Amerika yang mengantar
tentera-tenteranya untuk membunuh orang Islam di negara orang Islam sendiri.
Taktik yang menuduh orang lain menganiaya mereka, walhal mereka itu sendiri
yang melakukan penganiayaan terhadap orang lain. Kaedah yang sama ini
digunapakai oleh konspirator politik yang diasuh Israel dan Amerika dalam
persekitaran politik di mana-mana negara sekalipun. The plan is always identical, pelan itu sentiasa mirip.
Red-herring, kaedah yang kerap digunapakai
dalam mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap sesuatu perkara pokok. Ia adalah
kaedah yang disusuli blame game untuk meletakkan setiap kesalahan
sendiri di atas bahu orang lain. Namun, pengertian terhadap red-herring
dan blame game tidak wajar dilihat dalam perspektif politik semata-mata.
Ia wajar dilihat dari semua arah supaya kita tidak terlepas setiap sisi yang
wajar dipandang.
Untuk
melihat siapa konspirator sebenar dalam persekitaran politik, kita harus
bermula dengan angka kosong pada bacaan meter penilaian. Seseorang pengkaji
atau pemerhati tidak wajar menjadi orang yang menyokong sebelah pihak dan
membenci sebelah pihak yang lain. Jika anda adalah orang yang
mencari kebenaran, maka mulakan pencarian itu dengan berada di titik tengah.
Jika anda memulakan pencarian kebenaran dengan meletakkan sebelah kaki di
sesebuah pihak, maka anda tidak perlu menjadi pengkaji atau pemerhati kerana
anda memang tidak mempunyai kredibiliti sebagai pengkaji, anda hanya tidak
lebih daripada seorang zombie yang cuba berlagak menjadi manusia yang berakal
dan adil. Malah, anda sudah menyerah diri dan kepercayaan kepada sesebuah pihak
yang berpotensi menjadi konspirator tanpa anda sedari.
Konspirasi digerakkan secara global bagi membolehkan kuasa membuat
keputusan terpusat kepada satu pihak yang berkuasa di peringkat global.
Individu yang mempunyai kuasa di peringkat global itu pula memainkan rentak
yang sama sebagaimana diterangkan dalam perenggan-perenggan di atas, iaitu melantik
dirinya sendiri melalui lantikan terhadap orang-orang (boneka-boneka politik)
yang boleh memberi manfaat terhadap kekuasaannya. Seperti yang diberitahu, the
plan is always identical, pelan itu sentiasa mirip.
Maka,
setiap rentak tari konspirator itu sentiasa melambangkan aspirasi kehendak hawa
nafsu ‘ketuanya’ mengikut paluan gendang dan rentak tari global. Jika ketuanya
itu mahu dunia mengiktiraf sesuatu perkara yang mereka perjuangkan, maka
konspirator-konspirator penjilat kaki sekularis kelas lokal (di negara-negara
yang mempunyai proksi) juga akan berusaha mempamerkan sokongan terhadap
aspirasi pengiktirafan itu secara nyata atau secara tersirat.
Dengan
itu, pengikut-pengikut akan diperbodohkan dan dipergunakan dengan pelbagai cara
bagi mencapai aspirasi itu termasuk mengheret para pengikut terhadap pelbagai
risiko yang tidak terhitung yang dilabelkan sebagai perjuangan menuntut apa
yang dikatakan sebagai hak-hak mereka melalui slogan-slogan puaka yang dihiasi
dengan mitos-mitos kesenangan bagi membangkitkan emosi. Pihak yang menghadapi
risiko ialah pengikut, manakala konspirator pula sentiasa bermain dengan bijak
untuk memastikan dirinya bebas daripada sebarang risiko dengan menukarkan
risiko yang berkemungkinan menimpa dirinya sebagai peluang yang seterusnya
untuk dia menggerakkan plot berikutnya.
Konspirator
politik sentiasa menjadikan para pengikutnya sebagai alat untuk mencapai
cita-citanya dan sebagai alat untuk menjayakan plot-plotnya. Setiap plot diatur
dengan memainkan emosi para pengikut supaya segera bertindak secara agresif
dalam sesetengah keadaan dan mengekalkan sokongan pengikutnya walaupun setiap
plot yang disusunnya itu tidak kemas. Bermain dengan teori konspirasi yang
tidak dibuktikan dengan pembuktian yang mengesahkan segala fakta sebagai fakta
yang sah juga adalah antara kaedah yang digunakan konspirator politik.
Konspirator
politik bukanlah konspirator yang sebenar-benarnya, ia kerana konspirator
politik tidak terlalu bijak dalam menggerakkan konspirasi. Permainan konspirasi
yang dimainkan konspirator politik hanya dalam ruang lingkup politik
semata-mata dan setiap teori konspirasi yang dicipta bagi menyerang musuh
politiknya merupakan teori-teori yang tidak cukup kuat untuk mengatakan sesuatu
fakta itu sebagai fakta yang sah.
Ia bukan
teori konspirasi, ia tidak lebih daripada usaha menimbulkan kekeliruan di
kalangan para pengikutnya supaya mempercayai bahawa semua yang dikatakannya itu
benar-benar sebagai bukti wujudnya konspirasi. Perlu difahami bahawa konspirasi
itu dikaji dengan menyusun benang-benang halus dan memadankan setiap benang
halus itu dengan penelitian yang tajam sehingga dapat disahkan bahawa setiap
jenis benang itu terkelompok dalam jenis benang yang mana satu. Apabila
dikatakan sesuatu itu sebagai bukti, maka bukti itu harus dibuktikan dalam
pembuktian yang membunyai pembuktian dan keterangan-keterangan yang mempunyai
keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan yang berjaya disahkan sebagai
bukti yang sudah dibuktikan.
Perlu
diketahui, konspirator tidak akan berjaya dan akan menemui titik kekalahannya
kerana mereka bukanlah golongan yang sentiasa berjaya. Setiap
perancangan mereka pasti ada kelemahan dan dapat dihidu pada setiap kali
perancangan mereka itu terdapat kesilapan yang akan mengancurkan segala cita-cita
mereka.
-------
Golongan
yang sentiasa menang.
Daripada
Mughirah bin Syu' bah. berkata, Rasulullah bersabda: "Sentiasa di
kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka),
sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah. Mereka sentiasa berjaya.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mengangkat
seseorang pemimpin melalui cara politik demokrasi bukanlah cara untuk mencari
golongan yang sentiasa menang. Ia kerana dalam demokrasi, pasti ada peluang
untuk kalah. Sentiasa menang itu maksudnya tidak ada risiko untuk kalah. Kerana apa tiada risiko untuk kalah? Kerana Allah sentiasa bersama
golongan itu dan Dia sentiasa menjamin kemenangan bagi golongan itu.
Golongan yang gagal pula ialah golongan yang tidak berjaya untuk
mempertahankan perjuangan mereka. Kegagalan itu selalunya disebabkan mereka itu
tersudut longlai mengikut kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani yang
menggunakan proksi-proksi kaum kufur.
Golongan yang gagal juga adalah golongan yang tidak tetap pendirian
mereka. Pendirian yang boleh berubah-ubah mengikut hawa nafsu mereka yang
sedang dicorakkan oleh proksi-proksi sekularis Yahudi dan Nasrani.
Golongan yang gagal juga ialah golongan yang buruk sikap, buruk lidah
dan buruk tingkah laku. Pada masa yang sama berusaha mempamerkan kepada orang
ramai seolah-olah mereka adalah golongan terbaik, bersih dan suci daripada
segala dosa. Tetapi apabila diamati dari semua arah (follow the evidence),
lakonan mereka tidak pernah sempurna dan tidak pernah konsisten.
KITA TIDAK
PERLUKAN GOLONGAN YANG GAGAL.
CARILAH GOLONGAN
YANG SENTIASA MENANG.
KERANA MEREKA
YANG SENTIASA MENANG ITU SENTIASA ADA.
DI CELAH-CELAH
KAMU SEMUA.
-FATIMI MARYAM-
Yerusalem.
SEKIAN,JAZAKALLAH..SALAM..