Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 10 September 2011

SAMBUNGAN ULTRA

SAMBUNGAN ARTIKEL…

SATU LAGI PERSEMBAHAN HEBAT MENERUSI TULISAN DR ASRI..

NAMUN AGAK TERKILAN KERANA BELIAU TELAH MELETAKKAN PERKATAAN YANG SALAH IAITU PENDETILAN… DIADAPTASI MENERUSI PERKATAAN DETAIL IAITU TERPERINCI DALAM BAHASA MELAYU..

SEBETULNYA PERKATAAN YANG PATUT DIGUNAKAN ADALAH PEMERINCIAN..SESUATU BENTUK HIMPUNAN MAKLUMAT YANG HALUS,KHUSUS DAN TERSUSUN..

SENGAJA KAMI PERBESARKAN KESALAHAN KECIL INI..MAAF.,KERANA KAMI BUKAN FANATISME DR. ASRI..BELIAU JUGA MANUSIA YANG LEMAH DAN HINA..TIADA APA-APA..DICAMPAK KE LAUT TIDAK DIMAKAN IKAN..DICAMPAK KE LANGIT TIDAK DILAPAH HELANG…..

DIPERSILAKAN PARA PEMBACA MENILAI ARTIKEL LIMA BINTANG INI…

Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran

Disiarkan pada Sep 09, 2011 dalam kategori Tamadun

SEJARAH: FAKTA, KRITIKAN DAN TAFSIRAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.


Ketulenan Fakta

Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik.

Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab ‘Rijal al-Hadith’ iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat ‘sahih’. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka.

Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu. Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya ‘Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu’ (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan kajiannya) menyebut:

“Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syar’i seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya” (m/s 227. Mesir: Dar al-Wafa/1408H).

Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”. (Surah al-Hujarat: 6).

Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan. Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi s.a.w sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:

“Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu’awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Mu’awiyah ibn Abi Sufyan, m/s 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H).



Begitu juga Khalifah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H):

“Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, -Allah memelihara daripada itu semua!-. Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya”. (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t)

Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas.

Mengkritik Teks

Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta.

Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan Panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: “Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar”. Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah ini dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik. HANYA MEREKA YANG LEMAH MINDA SAHAJA YANG MENJADIKAN KISAH DALAM VERSI INI SEBAGAI LAMBANG KEBERANIAN DAN KEPAHLAWANAN.

KETERANGAN KAMI….MAAF DR ..KAMI INGIN MEMBUAT TEGURAN RINGKAS DAN HALUS..

JANGAN MELETAKKAN LABEL DAN DAN SATU TANDA PETUNJUK BAGI MENONJOLKAN SEOLAH-OLAH KALANGAN YANG MENGAMBIL IBRAH DARIPADA PERISTIWA INI ADALAH KALANGAN YANG HINA DAN NAIF..

IANYA SATU KISAH SEJARAH YANG SECARA NYATA TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN DOKUMENTASI YANG BENAR-BENAR SAHIH DAN PASTI..TERLALU BANYAK SUMBER DAN PERCANGGAHAN..

JADI SEBAIKNYA PERISTIWA INI DIHORMATI TERHADAP PENULISANNYA MESKIPUN KEBENARAN TENTANG BERLAKUNYA PERISTIWA TERSEBUT ADALAH MASIH LAGI DI DALAM PERCANGGAHAN..

MAAF ..SEKADAR PENDAPAT PERIBADI..ANDA MEMILIKI SCHOOL OF THOUGHT YANG TERSENDIRI..SUDUT PANDANG YANG TERSENDIRI..TERUSKAN DENGAN IDEA KRITIS DAN KRITIK…..

MOHON IZIN PENCELAHAN…



Riwayat ini ditolak; pertamanya; cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya; kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus. Ketiga; Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula. Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini. Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin pendetilan bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut.

Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah. ‘Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan:

“Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks)”. (‘Abd al-Rahman Fakhuri, Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M).

Tafsiran

Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhianat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan Iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain.

Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah –jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah- akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran.

Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.

Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

SATU ARTIKEL KEMAS DAN TERSUSUN DARI SEGI IDEA DAN HUJAH..

, ISKANDAR FATEH.COM DAN J…...SALAH SATU CONTOH PEMIKIRAN COOL DAN SANTAI..SANGAT BERSAHAJA..SEMOGA MENDAPAT MANFAAT…

ISKANDAR FATEH.COM..

Berfikir Gaya Al-Fatih : Hukum Tekanan Menyerlahkan Potensi

Tuesday, September 6, 2011


Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” – Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di Universiti Galatasaray

Seorang guru pengurusan dan kepimpinan terkenal di dunia pernah ditanya :

Penyoal : “Tuan, hampir mustahil untuk saya mengubah tabiat lama saya. Adakah modul 7 Habit tuan realistik untuk orang seperti saya ? Atau adakah saya ini seorang yang unik ?”

Stephen R. Covey : “Anda tidak keseorangan. Anda bukan orang pertama merasainya. Biar saya terangkan mengapa.

Pernahkah anda melihat penerbangan kapal angkasa Apollo 11 atau menonton video klip atau filem mengenainya ?

Soalan saya kepada anda, waktu bilakah kapal angkasa itu menggunakan tenaga dan kuasa terbanyak untuk berlepas ke angkasa lepas ?

Adakah ketika ia terbang sejauh suku juta batu ke bulan ? Ketika balik ke Bumi ? Ketika mengelilingi bulan ? Ketika pemisahan dan penyambungan semula modul-modul lunar dan kawalan ? Ketika berlepas ke bulan ? Tidak sama sekali. Malah bukan gabungan dari semua itu.


Ia adalah saat ketika Apollo 11 berlepas dari bumi, dan ia berlaku hanya dalam beberapa minit sahaja. Lebih banyak tenaga bahan api digunakan di dalam beberapa minit pertama untuk berlepas dari bumi. Dalam perkataan lain, bahan api dan tenaga dilepaskan paling banyak ketika beberapa batu pertama pengembaraan daripada apa yang telah digunakan di dalam setengah juta batu untuk beberapa hari seterusnya.

Kenapa ia terjadi sedemikian pada pandangan anda?

Tarikan graviti beberapa batu pertama adalah sungguh kuat. Lantas ia memerlukan tolakan dalaman yang lebih kuat dari tarikan graviti dan rintangan atmosfera untuk menerjah ke dalam orbit. Namun, setelah berjaya mencecah keluar, ia hampir tidak lagi memerlukan sebarang tenaga untuk melakukan semua perkara-perkara lain itu. Malah, salah seorang dari angkasawan itu pernah ditanya mengenai berapa banyak tenaga yang telah digunakan apabila modul lunar tersebut telah berpisah dari modul kawalan untuk mendarat dan menerokai permukaan bulan. Maka dia menjawab. “Kurang dari pernafasan seorang bayi.”

(Sumber : Tabiat ke 8 Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan, Stephen R. Covey, terjemahan Mohamad Radzi Zainal, mukasurat 386-387)

Pengembaraan Apollo 11 tersebut memberikan satu metafora yang jelas dan kuat untuk menerangkan pada kita apakah yang diperlukan untuk berpecah dan berpisah dari tabiat-tabiat lama dan mencipta tabiat-tabiat baru. Tarikan graviti bumi yang kuat boleh dibandingkan dengan budaya-budaya masyarakat dan budaya organisasi yang meluas yang mana kita adalah sebahagian darinya. Ini adalah dua daya yang amat kuat, dan anda mestilah mempunyai tekad dalam diri yang lebih kuat daripada kedua-dua daya tersebut untuk menjadikan proses pelepasan itu berlaku.


Islam dan Ops Sikap


Di dalam tradisi kesufian Islam, proses pelepasan dari sikap negatif dan budaya lama itu dipanggil juga sebagai “takhalli”. Ia bermaksud pengosongan dan pembersihan dari sebarang kekotoran dan pengisian. Ia adalah peringkat pertama dari tiga peringkat untuk mendapat darjat kerohanian yang tinggi. Hati, sebagai langkah pertama, harus dikosongkan. Ia mesti dikosongkan dari kecintaan terhadap dunia dan segala keinginan duniawi yang membinasakan. Hati yang sibuk pada dunia, saat ditinggalkannya, sudah pasti akan dihinggapi kesedihan, kekecewaan, kepedihan dan penderitaan. Justeru ia memerlukan satu keupayaan yang dinamakan “mujahadah”. Kemudian, barulah proses “tahalli” atau ‘installation’ iaitu pengisian hati dengan sikap baru dan budaya baru yang lebih diredhai oleh Tuhan dimulakan.

Proses ‘buang tebiat’ atau ‘OPS SIKAP’ sememangnya sukar, namun ketahuilah saudara, kesukaran dan kesusahan itu hanyalah di ‘beberapa minit’ yang pertama sahaja. Ia bukanlah kesukaran sepanjang masa. Apollo 11 mengajar kita hakikat kehidupan. Kesusahan hanyalah ketika mengendalikan secara ‘manual’ di peringkat permulaan, kemudian anda akan saksikan kenderaan diri anda akan selesa bergerak secara ‘auto’ tanpa perlu anda menggelabah lagi. Tekanan yang anda hadapi di peringkat permulaan kini bertukar menjadi kebiasaan, kebiasaan bertukar menjadi hobi, hobi bertukar menjadi karakter (attitude), dan akhirnya penerbangan diri anda yang ‘baru’ menjadi stabil hingga ke akhirnya. Bahan api yang diperlukan pada permulaan itu hanyalah bahan bakar bernama ‘mujahadah’.

Tuhan yang sama mencipta peraturan untuk Apollo 11 melepasi tarikan graviti dan atmosfera bumi, Tuhan yang sama mencipta peraturan untuk manusia melepasi tarikan graviti nafsu yang sangat kuat dan atmosfera kejahatan yang sering mendatangi diri yang mahu melakukan proses perubahan dan pelepasan.


Pernahkah anda mengetahui pengertian “Ramadhan” yang bermaksud panas membakar ? Mungkin soalan berikut akan memberikan kefahaman kepada kita bagaimana indahnya nama sebuah bulan yang dipilih Tuhan untuk disebut di dalam kitab suci Al-Quran dan seterusnya dijadikan bulan latihan berpuasa.


Masihkah anda ingat ketika anda berpuasa pada 1 Ramadhan lepas ? Bagaimanakah perasaan anda ketika jam menunjukkan 1 petang dan anda pula sudah kepenatan akibat separuh hari anda di pejabat tanpa seteguk air pun mahupun sepinggan nasi menjamah perut anda. Bandingkan pula ketika anda berada di penghujung Ramadhan. Pernahkah anda mengunci jam loceng anda agar berbunyi pada jam 5 pagi, namun jam tidak berbunyi dan anda ketinggalan sahur ? Samakah tahap kekecewaan anda tidak mampu bangun bersahur antara hari-hari pertama Ramadhan dengan hari-hari pertengahan dan akhiran Ramadhan ? Anda tetap dapat meneruskan puasa seperti biasa meskipun anda kekadang tertinggal ibadah sahur.


Bandingkan pula anda baru pulang dari solat sunat ‘Idulfitri pada pagi 1 Syawal tersebut, ibu anda menjemput untuk menjamah kuih tat nenas yang dibuanya di atas meja. Bukankah timbul rasa bersalah dan kekok seketika untuk anda membuka mulut dan menghulurkan kuih tat nenas itu ke pintu gerbang perut anda ? Inilah impak 30 hari anda melatih diri untuk berlapar dan berlapar.



Selama 30 hari anda menghadapi tekanan untuk melawan fitrah anda terhadap makan dan minum, kini anda menyaksikan hasilnya. Bukan setakat itu sahaja medan latihan Ramadhan. Selama 30 malam anda menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau. Tidakkah anda rasa bersalah untuk meninggalkan solat Isya berjamaah di masjid sebaik sahaja memasuki bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya? Inilah impak maksima latihan pengulangan aktiviti yang sama (the law of repetition of action) yang anda telah lakukan di sebalik kemeriahan moreh dan laungan takbir semasa bertarawih.



Bukan sekadar itu sahaja. Allah Maha Bijaksana, programnya juga sudah pasti Maha Bijaksana dan penuh dengan rahsia yang tidak mampu dibongkar dengan akal saintifik manusia yang terbatas. Selama 30 malam anda terpaksa untuk mengubah rutin harian anda dengan bangun di waktu menjelang Subuh. Anda terpaksa bangun untuk bersahur kerana anda tahu bahawa anda terpaksa makan dan minum secukupnya bagi menahan diri dari makan dan minum selama 13-14 jam di siang hari nanti. Tanpa sahur, anda tidak akan bertenaga di siang hari nanti. Anda tahu hakikat itu. Maka anda terpaksa ‘buang tebiat’ bangun selama 30 malam berturut-turut. Sedar atau tidak, bukankah dengan bangun untuk sahur itu, anda punyai lebih banyak masa dan tenaga untuk menunaikan solat malam dan tahajjud yang cukup sukar dilakukan di selain bulan puasa? Bukankah pada solat malam dan tahajjud itu tersembunyi kelebihan yang dahsyat sehingga Nabi yang dijamin Syurga sekalipun sanggup terbengkakkan kakinya akibat solat tahajjud yang diwajibkan ke atas dirinya sama seperti solat fardhu ?



Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)



Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis direkodkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, nombor 1163.



Apabila memasuki bulan Syawal dan seterusnya, tidakkah timbul rasa bersalah untuk anda meninggalkan rutin anda yang baru iaitu bangun malam untuk bertahajjud meskipun anda sudah tidak perlu bersahur dan berpuasa. Demikianlah sahur itu dinaikkan martabatnya oleh Nabi sebagai ibadah berpahala besar, kerana ia hanyalah sebuah ‘proses’ untuk mencapai ‘objektif’ dan 'big picture' Ramadhan itu sendiri iaitu bangun malam dan bertahajjud di sepertiga malam.

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barangsiapa bangun untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan diampunkan dosa, nescaya Allah akan menghapuskan seluruh dosa-dosanya yang lepas.” (hadis direkodkan Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)



Tidak cukup sekadar impak maksima Ramadhan pada pembukaan hariannya dengan sahur dan pengakhiran hariannya dengan tarawih. Impak sebenar Ramadhan adalah ketika proses berlapar dan berdahaga itu sendiri. Bayangkan ketika anda berwudhuk untuk solat Zuhur dan Asar pada bulan Ramadhan, atau anda mandi pada waktu tengahari atau petang ketika anda sedang berada di ‘kemuncak’ kelaparan dan kedahagaan, kenapakah tidak anda teguk sahaja air wudhuk atau air mandi tersebut, sekurang-kurangnya untuk menghilangkan dahaga ? Bukankah tidak ada orang melihat anda ketika di bilik mandi, hanya anda dengan diri anda sahaja. Dari manakah kekuatan untuk anda mengatakan “tidak” kepada air wudhuk dan air mandi itu ketika anda mampu melakukannya secara rahsia ? Tiada suara yang menguatkan anda untuk melakukan “learn how to say no” itu melainkan suara hati anda sendiri. Itulah suara hati yang sedang melalui proses fitrah iaitulah pembersihan dari gangguan suara nafsu yang sedang ditambat kuat oleh proses berlapar dan berdahaga.


Justeru, tidakkah selepas meninggalkan Ramadhan, anda punyai suara hati yang fitrah dan kini benar-benar anda ‘merdeka’ dari terus menjadi ‘tahanan’ dan ‘hamba abdi’ kepada suara nafsu ? Bukankah kini “remote controller” iaitu hati anda ‘merdeka’ dari pengarahan demi pengarahan dari suara nafsu ke atas fikiran, mata, lidah, telinga, kaki dan tangan anda ? Bukankah kini anda benar-benar “kembali pada fitrah” (‘idulfitri), anda punyai kekuatan melakukan perkara yang dihalalkan meskipun nampak pahit laluannya dan meninggalkan perkara yang diharamkan meskipun nampak manis jika dapat menikmatinya. Maka inilah taqwa, maqasid (objektif) sebenar dari pelbagai proses latihan “the law of repetition” perbuatan-perbuatan yang sama selama 30 hari berturut-turut dalam bulan Ramadhan.



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa” (Surah Al Baqarah, Ayat : 183)


Umar pernah bertanya pada Ubai bin Kaab, ‘Apakah itu takwa?’ Ubai menjawab, ‘Wahai Amir Al-Mukminin, tidakkah engkau pernah memasuki jalan yang penuh berduri?’ Umar menjawab, ‘Ya.’ Ubai berkata, ‘Apakah yang engkau lakukan?’ Umar menjawab, ‘Aku menyingsingkan seluarku dan memerhatikan kakiku. Aku meletak satu langkah demi satu langkah dengan cermat kerana takut terkena duri.’ Ubai berkata, ‘Itulah takwa!’

Sabda Rasulullah S.A.W : “Siapa yang tidak meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan keji, Allah tidak mengendahkan amalannya meninggalkan makanan dan minuman.”

Begitulah hebatnya proses latihan dan pendidikan dalam madrasah Ramadhan. Inilah “IPT” Ramadhan, Institut Penjanaan Taqwa! 30 hari itu tidak lama berbanding 365 hari iaitu setahun. Namun, tempoh 1 bulan latihan penuh ‘tekanan’ itulah yang menjana momentum ketaqwaan 11 bulan selepas Ramadhan. Sebab itulah Ramadhan itu sendiri membawa maksud “bahan api yang panas membakar”, seperti kisah Apollo 11 tadi.

Maka benar dan bijaklah sabda Rasulullah S.A.W yang menyebut :


“Sebaik-baik amalan adalah yang berterusan meskipun sedikit.” (hadis direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim).



Maknanya, Rasulullah S.A.W sama sekali tidak menyarankan sikap melakukan sesuatu amalan yang banyak tetapi akhirnya tidak konsisten dari sudut penerusannya.

Berfikirlah Positif Pada Setiap Tekanan dan Ketentuan Tuhan

Proses perubahan sikap telah dimaklumi bukan suatu proses yang mudah dan menyenangkan, bahkan ia satu ujian yang getir yang seringkali cuba dielakkan oleh manusia yang lemah semangat dari menghadapinya. Stephen R. Covey pernah memperkenalkan satu prinsip untuk berfikir positif pada setiap tekanan, ujian dan ketentuan Tuhan ke atas kita dalam kehidupan seharian. Ia dinamakan prinsip “90 : 10”. Prinsip ini menurutnya mampu mengubah hidup kita atau sekurang-kurangnya, cara kita memberikan reaksi kepada sesuatu situasi luar jangka yang berlaku seharian ke atas kita. Prinsip ini menyatakan bahawa :



10% dari kehidupan anda adalah sesuatu yang sememangnya telah ditaqdirkan berlaku kepada anda, anda tidak mampu mengelaknya dengan apa cara sekalipun. Manakala 90% dari kehidupan seharian anda hakikatnya ditentukan oleh bagaimana cara anda memberikan reaksi kepada taqdir yang berlaku tersebut.



Apakah maksud prinsip ini ? Marilah kita ambil apa yang baik dari guru pengurusan dan kepimpinan terkenal di Barat ini. Ia membawa maksud kita tidak mampu mengawal sedikitpun 10 % apa yang ditaqdirkan berlaku pada kita. Contohnya, kita tidak mampu mengelakkan kereta kita daripada rosak tiba-tiba di tepi jalan. Kita tidak mampu mengelakkan kapal terbang kita yang lewat sampai hingga jadual kita tergendala. Kita juga tidak mampu mengawal keadaan kita yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Kita tidak mampu mengawal kesemua 10 % itu tadi. Tetapi, baki 90 % lagi adalah berbeza sama sekali. Kita mampu menentukan keadaan 90 % tersebut. Bagaimana ? Jawapannya, dengan menguasai reaksi anda.



Sebagai contoh, anda tidak mampu mengawal lampu isyarat. Tetapi anda mampu mengawal reaksi anda ke atas situasi ini. Jangan biarkan orang lain memperbodoh anda. Anda mampu mengawal reaksi anda kepadanya. Mari lihat contoh berikut pula.



Anda sedang mengambil sarapan pagi bersama keluarga. Tiba-tiba anak perempuan anda berusia 6 tahun menumpahkan kopi ke atas baju kemeja anda. Anda sememangnya tidak mampu mengawal apa yang baru sahaja terjadi. Tetapi, apa yang berlaku kemudiannya, ditentukan sendiri oleh cara reaksi anda. Anda mungkin marah. Anda dengan suara keras memarahi anak anda tersebut kerana menumpahkan kopi hitam pekat ke kemeja rasmi anda. Kemudian, anak anda menangis teresak-esak. Selepas memarahinya, anda pula pergi mengkritik isteri anda kerana meletakkan cawan kopi tersebut terlalu hampir dengan tepian meja. ‘Perang mulut’ akhirnya berlaku. Kemudian anda pun naik ke bilik anda untuk menukar pakaian. Selepas menukarnya, anda kembali ke bawah dan mendapati anak anda terus menangis dan tidak mampu menghabiskan sarapannya. Anak anda ketinggalan bas sekolah kerana lewat menghabiskan sarapannya.



Isteri anda pula telah bergegas ke pejabatnya kerana masanya juga telah terlewat. Anda meluru ke kereta dan membawa anak anda ke sekolah. Disebabkan kelewatan anda,anda memandu 140km sejam dan melebihi had laju yang dibenarkan. Selepas 15 minit terlewat dan menerima surat saman polis RM 150, anda pun tiba di sekolah. Anak anda terus meluru ke kelas tanpa sempat mengucup tangan anda. Selepas tiba di pejabat 20 minit lewat, baru anda sedari anda tertinggal beg pejabat anda.



Hari anda hari ini bermula dengan sangat malang. Nampaknya, keadaan di pejabat juga akan terus menjadi lebih buruk. Anda hanya mampu mengharapkan supaya dapat balik ke rumah segera. Setibanya anda ke rumah, anda mendapati hubungan anda dengan isteri dan anak anda telah sedikit terjejas dan renggang. Kenapa terjadi kesemua ini ?



Jawapannya, kerana reaksi yang telah anda lakukan pada hanya beberapa minit sahaja pada pagi tadi. Sekarang anda menyaksikan buat kesekian kalinya bagaimana benarnya kata-kata pepatah bahawa “permulaan seringkali menentukan pengakhiran”. Kenapa anda memilih untuk memulakan hari anda dengan begitu buruk? Anda tidak dapat mengawal apa yang telah dilakukan oleh anak anda dan air kopi itu. Tetapi reaksi anda yang tidak sampai 5 saat itu telah menyebabkan seluruh hari anda sangat malang.



Berikut adalah apa yang sepatutnya berlaku pada anda.



Kopi tumpah ke baju anda. Anak anda mula menangis teresak-esak ketakutan. Dengan penuh kasih sayang anda berkata :



Tak mengapa sayang. Kamu hanya perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang.”



Anda mengelap tumpahan itu dengan tuala dan kemudian anda pergi menukar baju dengan tenang. Kemudian anda mengambil beg pejabat anda, anda turun ke bawah semula lantas mendapati anak anda kembali tenang dan selamat menaiki bas sekolahnya. Isteri anda juga pergi ke pejabat pada masanya tanpa menyedari anda sudah menyalin baju lain. Anda pula tiba 10 minit lebih awal ke pejabat dan menyapa dengan penuh keceriaan staff di pejabat anda. Dapatkan anda melihat perbezaannya?



Dua senario berbeza. Kedua-duanya bermula dengan kemalangan yang sama. Tapi kesudahan kedua-duanya berbeza. Kenapa? Kerana reaksi andalah penentunya.



Justeru, hadapilah kehidupan ini dengan manfaat dari prinsip “90 : 10” ini. Apa yang disarankan oleh Stephen R. Covey ini sudah dipintas oleh formula agung dari Tuhan sendiri. Cukup tenang seorang Muslim yang berpegang teguh kepada piagam hidup dari ayat dan hadis berikut.



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)



Sungguh menghairankan perihal orang mukmin itu. Sesungguhnya seluruh perkara baginya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak dimiliki oleh siapapun kecuali orang mukmin. Jika dia diberi sesuatu yang menggembirakan dia bersyukur, maka ia menjadi baik baginya. Dan apabila ia ditimpa suatu madharat, ia bersikap sabar, maka itu menjadi baik baginya.”(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim)



Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik pada-Ku, maka akan ditunaikan (sangkaan itu). Jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan (sangkaan itu).” (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Justeru saudara, jika seseorang berkata sesuatu yang negatif pada anda, janganlah cepat melatah dan panas baran. Biarkan bidasan itu berlalu bagaikan membuang air dari gelas. Jangan biarkan komen negatif itu mula menguasai reaksi anda. Berikan reaksi sewajarnya supaya kehidupan anda tidak terjejas keseluruhannya. Ingat, perkataan yang dilafazkan adalah doa, ia punyai kuasa yang tersendiri sama ada baik mahupun buruk.

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja” (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)



Ingatlah saudara, reaksi yang silap memungkinkan anda kehilangan kawan baik, atau anda dipecat atau anda sendiri yang tertekan (stress) berpanjangan. Islam adalah agama yang mengajar umatnya kepercayaan dan keimanan kepada qadha’ dan qadar, menyerahkan segala urusan dan ikhtiar kembali pada Allah dengan penuh redha selepas segenap ikhtiar terbaik dilakukan. Hentikan melatah dan menyalahkan orang lain apabila anda mendapati apa yang dirancang pada awalnya tidak berlaku sebaik yang diharapkan di pertengahan jalan.


“Terima Kasih Rotan!” – Muhammad Al-Fatih


Muhammad Al-Fatih melakar sejarah bukan kerana beliau sememangnya punyai kelebihan atau karamah tertentu dari Tuhan yang tidak dianugerahkan kepada orang lain. Kebarangkalian untuk beliau memiliki karamah tertentu itu tidak menjadi fokus penulisan sejarah mengenai beliau dan sejarawan pada zaman beliau. Muhammad Al-Fatih bukanlah ‘Superman’ yang muncul secara tiba-tiba dari langit untuk menjadi penyelamat kepada umat Islam Othmaniyyah dari gangguan demi gangguan kerajaan Rome Byzantine. Al-Fatih adalah manusia biasa yang punyai ‘zaman gelap’ ketika kanak-kanak sehingga belasan guru-guru spiritual dan para pensyarah yang diamanahkan oleh ayahnya, Sultan Murad untuk mendidiknya namun gagal akibat kedegilannya.



Telah direkodkan bahawa Sultan (Murad) telah memberikan rotan kepada guru puteranya (Sultan Muhammad al-Fateh) dan membenarkannya untuk merotaninya jika diperlukan.” - Lord Kinross ( The Ottoman Centuries, 1977) -



Remaja mana yang suka untuk dirotan. Ia cukup menyakitkan fizikal dan mental apatah lagi jika dirotan di khalayak ramai. Namun akhirnya Al-Fatih terpaksa mengakui hakikat bahawa beliau adalah anak seorang seorang Sultan yang memerintah sebuah empayar yang besar di era kemuncak kegemilangan. Beliau mula memahami bahawa di bahunya diletakkan harapan setinggi gunung untuk menebus harapan jutaan ummat dan titisan darah puluhan ribu syuhada’ dan panglima-panglima Islam zaman berzaman yang mahu membuka kota kebanggaan Hercules itu. Di hadapan matanya, beliau mula menyaksikan bagaimana dirinya benar-benar telah dipersiapkan sebaiknya oleh ayahnya untuk menjadi pembuka kota Konstantinopel yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W.


Menyedari hakikat ini, Al-Fatih mengambil keputusan untuk membuat perubahan ke atas dirinya dan berhenti dari meneruskan sikap negatif dan tabiat lama beliau. Inilah saat dan detik terpenting dalam hidup beliau, sebatang rotan yang telah mengejutkan paradigma selesanya dan lenanya yang panjang dari tanggungjawab untuk merealisasikan hadis Nubuwwah. Ternyata Al-Fatih tidak bersikap mengubah ayah atau ibunya, mahupun mengubah sekolah atau tuan gurunya yang menghadapkan sesuatu keinginan yang tidak menjadi keinginannya pada awalnya. Ketentuan ke atasnya telah diterima dengan positif, lantas dia mengubah sikapnya sendiri.

Kuasa Perkataan “Boleh Jadi”

Tuhan menyebutkan bahawa : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)



Dalam kehidupan seharian, kita sering didatangi dengan pelbagai lintasan di hati apabila melihat seseorang atau sesuatu keadaan sekeliling. Seringkali yang menjadi lintasan pertama (1st impression) adalah lintasan yang negatif kerana manusia seringkali mendahulukan pandangan nafsu yang seringkali muncul lebih awal dari pandangan matahati. Benarlah pepatah yang menyebutkan “people always judge a book by its cover.” Hanya dengan menyebut perkataan-perkataan yang positif di bibir sendiri atau diperdengarkan dari orang lain akan mampu membantu seseorang melihat dengan pandangan matahati.

Mat Luthfi dan Tazkirah "Judgemental" Darinya

Kerapkali terjadi suatu dialog antara saya dan isteri ketika berada di dalam kereta setiap kali kami terperangkap dalam lebih 3 lampu isyarat di hadapan stesen minyak Shell Greenwood. Saya cukup marah dengan mereka yang selalu mengambil laluan mudah di sebelah kiri bahu jalan. Jalan raya di situ hanya mempunyai dua laluan dan kebiasaannya mudah sesak kerana kereta dari pelbagai penjuru perumahan dan menjadi pertemuan lebuhraya utama PLUS-DUKE-MRR2. Keadaan menjadi lebih teruk apabila setiap kali waktu pagi dan selepas waktu pejabat.

Saya : "Kau ingat ni jalan bapak engkau ke, ikut suka hati je mamat ni!" (nada penuh kemarahan)

Isteri : "Abang, bertenang. Boleh jadi dia baru lepas bubuh minyak. Mana ada laluan lain lagi dia boleh keluar melainkan laluan bahu kiri jalan. Boleh jadi dia baru selesaikan anak kecilnya nak ke tandas di stesen minyak itu."


Sungguh berubah saya seketika. Dari keadaan marah bertukar menjadi tenang seketika.

"Ada benarnya juga apa yang dikatakan isteriku itu.", bisik hati saya. Kini, saya mula belajar betapa penting kuasa perkataan "boleh jadi", khususnya apabila saya sendiri yang sudah lebih tiga kali terpaksa melalui bahu kiri jalan itu sendiri dan mengharapkan orang lain pula bersangka baik dengan saya.

Inilah kuasa perkataan “boleh jadi”. Hanya dengan dua patah perkataan ini ia mampu menyelamatkan hari anda dari terjadi sebaliknya.



Sebab itu hidup seorang Muslim jika benar-benar mengikut sunnah Rasulullah, dia akan mendapati hidupnya sepanjang 24 jam penuh dengan ungkapan doa, dari mula membuka mata bangun dari tidur hinggalah ketika mahu menutup mata untuk tidur semula. Inilah ejen kawalan dari langit untuk manusia sentiasa berada dalam kebaikan dan menarik kebaikan-kebaikan itu datang kepadanya.



Perkataan adalah doa. Setiap kali ditimpa ujian, keluarkanlah perkataan-perkataan yang positif kerana ia adalah doa yang sedang didengari oleh Yang Maha Mendengar. Allah memerintahkan hamba-hambanya menyebut doa dengan jelas dan yakin ia akan dimakbulkan, dan bukan sebaliknya berdoa dalam hati.


Pernah terjadi satu dialog antara saya dan anak saudara saya, Jazmi :


Jazmi : “Pakcik, bukankah Allah Maha Mendengar, jadi kalau kita hadapi masalah dan kemudian berdoa dalam hati pun tak mengapa kan Pak Cik ?


Saya : “Allah menyuruh kita berdoa dengan menyebut dengan jelas bukan kerana Allah itu tidak boleh mendengar jika kita memperlahankan suara. Doa yang diungkapkan itu kembali pada Jazmi sebenarnya, bukan untuk Allah."


Jazmi : “Apa maksudnya Pak Cik ?


Saya : “Dengan mengangkat tangan, menyebut dengan jelas dan terang sehingga didengari oleh telinga Jazmi sendiri, kemudian memahami setiap lafaz-lafaz doa yang disebutkan, sesungguhnya perkataan positif yang diungkapkan dalam doa itu adalah sebahagian dari penyelesaian masalah yang Jazmi hadapkan pada Tuhan.”



Muhammad Al-Fatih adalah pemuda yang menorah tinta emas dalam sejarah Islam membuka Kota Konstantinopel bukan dengan kekuatan kebijaksanaan fikiran dan teknologi persenjataan sahaja, tetapi dengan kekuatan spiritual dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah bersama dengan guru besarnya, Shekh Aq Syamsuddin. Solat fardhu dan solat tahajjud yang tidak pernah ditinggalkan oleh Al-Fatih sejak dari aqil baligh adalah bukti bagaimana anak muda itu mengaplikasikan kuasa doa dalam menjana pemikiran positif. Tanpa doa di celahan rakaat solat fardhu dan tahajjud yang kerap kali dikerjakan, sudah pasti anda akan menyaksikan episod demi episod Al-Fatih berputus asa untuk membuka kota Konstantinopel itu berkesudahan dengan baginda mengundurkan diri dari meneruskan asakan 53 hari ke atas benteng terkebal di dunia itu.

Sesungguhnya Barat memanggilnya sebagai “the law of attraction” atau hukum tarikan, Islam memanggilnya sebagai “doa”, dan saya memanggilnya sebagai “the law of pressure” atau hukum tekanan. Berfikirlah positif, anda mampu mengubahnya !

Terima Kasih Konstantinopel


Pembukaan Konstantinopel pada 1453 Masihi ternyata membenarkan sabda Tuhan bahawa pada setiap kesulitan itu ada kesenangan. Kesulitan 53 hari kepungan itu ternyata tidak lama jika dibandingkan dengan 27 tahun kepungan demi kepungan seterusnya dalam puluhan misi ketenteraan dan pembukaan Muhammad Al-Fatih ke atas tanah-tanah Eropah dan Balkan. Namun, pengalaman menguruskan perang ke atas kota yang mempunyai tembok terkebal dunia dan pelbagai lagi kenangan pahit manis sepanjang 2 bulan menggempur Konstantinopel itulah menyebabkan Al-Fatih melihat cabaran seterusnya sudah pasti lebih mudah untuk dilakukan.


Jika proses membuka Konstantinopel melalui jalan mudah, sudah pasti Al-Fatih akan kekok dengan pengalaman-pengalaman baru dan lebih menyulitkan di masa-masa mendatang, dan sudah pasti kekalahan demi kekalahan pasukan beliau akan dirakamkan oleh sejarah lebih dari kejayaan membuka Konstantinopel. Namun hakikatnya yang berlaku selepas 29 Mei 1453 Masihi adalah berbeza. Al-Fatih cuma tumpas sekali sahaja di Belgrade, namun beliau ternyata sukses dalam majoriti misi pembukaan dan peperangan jihad beliau di jalan Allah untuk membuka Eropah dan Balkan.


Kenyataan berikut membenarkan hakikat bahawa pada setiap kesulitan itu ada kesenangan. Ia hanyalah soal bagaimana anda berfikir kerana apa yang anda lihat menentukan apa anda akan perolehi.



Between 1461 and 1463, the conquest of the Balkans was accomplished in a similar manner. It is not easy to communicate to a large readership what this conquest entailed and to show how Albania and Bosnia were incorporated into the empire. This difficulty is, in fact, only to be expected, an appreciation of history cannot come from reading and listening alone, as one also needs to have knowledge of the geography of an area being studied. For this reason, my advice to young people today is to try to visit the locations in questions. And when they look at the rugged land of Ioannina, Shkoder and Bosnia, they will really come to recognise the masterfulness and sophistication of the military and diplomatic strategies used by Mehmed in this conquest.” (Ilber Ortayli, “Discovering The Ottomans”, halaman 64)

Terjemahan petikan utama :


Sepanjang tahun 1461 dan 1463, penawanan negara-negara Balkan telah disempurnakan oleh Muhammad Al-Fatih dengan cara yang hampir sama dengan cara penawanan Konstantinopel. Sesungguhnya bukan suatu kerja yang mudah untuk memberitahu kepada sidang pembaca bagaimana peristiwa pembukaan Balkan ini dilakukan dan bagaimana hebatnya Albania dan Bosnia mampu diserapkan masuk ke dalam empayar Othmaniyah. Untuk menghargai sejarah, fakta ini tidak boleh hanya diketahui dengan pembacaan dan pendengaran sahaja. Seseorang mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai geografi negara-negara Balkan itu. Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” – Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di Universiti Galatasaray

Sesungguhnya peluang melakar sejarah dalam hidup anda mungkin hanya datang sekali seumur hidup. Kekadang ia memerlukan sedikit kerja keras dan menanggung sedikit malu hanya untuk menorah sejarah yang tidak akan dilupakan oleh anda sendiri buat selamanya. Yakinlah, sejarah emas itu tidak dinukilkan dengan mudah sebagaimana kota Rom tidak terbina dalam masa sehari.

…..


MOHON KEMAAFAN..

SELAMAT HARI RAYA A’IDULFITRI 1432 H..

MAAF DARI HUJUNG TULANG SUMSUM SEHINGGALAH KE IBU JARI KAKI SEBELAH KANAN...

SEKIAN..

SALAM..

HAMBA ALLAH....

LELAKI CAHAYA : ULTRA-MAN

CAHAYA ALAM..MUHAMMAD S.A.W ...MANUSIA SUPER..

MEMECAH HIOPKRASI

MINDA SEDAR DAN KEBUTAAN MATA HATI.

BERJALAN DI BAWAH CAHAYA..

MERANGKAK DI CELAH KEGELAPAN..

KAMI AGAK TERKESIMA DENGAN PENULISAN DR ZAHARUDDIN.NET PADA ARTIKEL INI.

KAMI BERKENAN UNTUK MEMPERINCIKAN APA YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH BELIAU DAN DI PECAHKAN KOORDINASI PEMAHAMAN BERDASARKAN APA YANG KAMI KETAHUI,FAHAMI,PERCAYAI,YAKINI DAN SEDARI.

SILA BACA TERLEBIH DAHULU..

"Ustaz, apakah hikmah berpuasa, dan bolehkah hikmah dan objektif diketahui?" Tanya seorang pelajar di UK kepada saya ketika minum bersama

"Bukankah hal ibadah tidak boleh diketahui hikmah dan objektifnya?, ye saya faham tentulah objektifnya sebagai ujian ketaatan kepada Allah, tapi apa lagi ye ustaz" tambahnya lagi sebelum saya sempat membuka mulut untuk memberikan jawapan.

Bagus, soalannya menunjukkan tahap ilmunya dan saya faham apakah bentuk jawapan yang diharapkan. Ia boleh dikelaskan soalan tahap intermediate.

Memang benar, berdasarkan kaedah fiqh yang mashyur dan dipersetujui para ulama merumuskan bahawa di dalam urusan ibadah umum dan hukum hakam berkaitan muamalat antara manusia dengan manusia, lebih mudah terlihat hikmah dan objektifnya. Lebih dekat pula dengan rasional aqal manusia. Contohnya, mengapa diharamkan gharar dalam jual beli, judi dan sebagainya, rasional aqal tanpa iman pun sudah boleh memehaminya dengan baik.

Berbeza dengan hal ehwal ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Hikmah yang berbentuk fizikal lagi rasional di sebalik setiap perinciannya mungkin sukar difahami, apatah lagi diterima rasional aqal yang tidak dibajai keimanan kepada hal ghaib.

"Ada sesetengah sarjana Islam berusaha memberikan logika dan objektif di sebalik puasa seperti agar dapat merasai keperitan golongan faqir miskin, merehatkan system penghadaman, menambah kesihatan dan macam-macam lagi." ulas saya

Namun semua itu kekal sebagai faedah-faedah tambahan dan sampingan sahaja, kerana itu bukanlah hikmah atau objektif sebenar bagi ibadah puasa.

"sebenarnya jawapannya ada di dalam firman Allah swt sendiri, dan objektif puasa itu dijelas dengan terang melalui nas dan bukan melalui istinbad atau ijtihad para ulama dan sarjana" terang saya sambil melihat tepat di mata saudara yang bertanya tadi.

"apa ye ustaz Allah kata?" sampuk pelajar ini dengan bersungguh.

Cuba lihat firman Allah yang amat popular di musim Ramadhan ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183)

Ada dua perkara yang suka untuk saya terangkan di sini secara ringkas.

OBJEKTIF PUASA & ANTI VIRUS DOSA

Kalimah ‘La'alla' di dalam ayat di atas boleh diterjemah kepada maksud, ‘agar' atau ‘semoga' atau ‘mudah-mudahan'

Kalimah ini menjadi tanda bahawa apa yang selepasnya adalah objektif kepada puasa. Kalimah ini memberi makna, pelaksanaan ibadah puasa mampu membawa seseorang untuk memiliki sifat taqwa, sebuah antivirus kepada segala jenis penyakit hati dan dosa.

Di dalam dunia fizikal dan material. Tanpa anti virus, swine flu, brid flu, Aids dan pelabagai lagi virus boleh menjadi asbab kepada kematian manusia.

Tanpa antivirus taqwa, iman dan islam seseorang juga akan mati, sama ada dia seorang kanak-kanak, remaja, dewasa atau tua.

Tanpa antivirus taqwa, manusia hari ini menjadi kelam kabut serta hina tanpa pedoman, hidup sering berpura-pura.

Anak berpura-pura baik di hadapan ibu ayah,

Murid dan pelajar berpura-pura di hadapan guru dan pensyarahnya,

Ibu ayah berpura-pura baik di hadapan anak dan para ustaz,

Para ustaz dan ustazah berpura-pura baik di hadapan khalayak ramai

Isteri berpura-pura baik di hadapa suami,

Suami berpura baik di hadapan isteri

KENAPA TERJADI SATU FENOMENA YANG DIKATAKAN SEBAGAI BERPURA-PURA.

BERPURA-PURA ADALAH SATU TINDAKAN YANG DIADAPTASI DARIPADA PERBUATAN NIFAK. NIFAK ADALAH GEJALA YANG DIKAITKAN DENGAN TINDAKAN PARA KAUM MUNAFIK YANG SEMEMANGNYA SECARA SEDAR BERKEADAAN SEOLAH-OLAH DALAM GAMBARAN ORANG MUKMIN BAHAWASANYA MEREKA ADALAH ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. NAMUN DI SISI LUAR PANDANGAN ORANG MUKMIN, MEREKA MERUPAKAN KALANGAN YANG BERBEDA DENGAN APA YANG DIUCAPKAN DENGAN AMALAN MEREKA.

KEIMANAN MEREKA ADALAH DALAM PANDANGAN ORANG BERIMAN..

NAMUN DI SISI ALLAH..

MEREKA INI BERADA DALAM KALANGAN YANG SECARA SEDAR TERHADAP PERBUATAN NIFAK MEREKA ITU MEMPUNYAI NATIJAH YANG BURUK DAN MEMUDARATKAN DIRI MEREKA SAMA ADA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.

MEREKA GEMAR MENYEMBUNYIKAN KEJAHATAN ..

MENONJOLKAN KEBAIKAN DI DEPAN KHALAYAK RAMAI..

MEREKA BERJANJI DAN DENGAN SEDAR MEMUNGKIRI JANJI MEREKA..

MEREKA SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJARAKKAN SILATURRAHIM..

MEREKA SENTIASA MENJAUHKAN JURANG DIRI MEREKA DENGAN KHALAYAK..

INDIVIDUALISTIK DAN MATERIALISTIK..

BENCI DAN HASAD SENTIASA MEMBAKAR DAN MARA DI DALAM HATI MEREKA...

BENCI DAN HASAD ADALAH BATERI BAGI SETIAP AMALAN BUSUK MEREKA..

BENCI DENGAN KEBAIKAN DAN MANFAAT YANG ADA PADA ORANG LAIN..

HASAD DENGAN KELEBIHAN DAN KEBAHAGIAAN ORANG LAIN...

SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA DEMI MENGHANCURKAN KEBAHAGIAAN ORANG LAIN..

MENGAPA KAMI MELETAKKAN PERKATAAN SEDAR...

SEDAR BERMAKSUD ...

TAHU DAN FAHAM AKAN SEGALA BENTUK AMALAN DAN KESAN AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA..NAMUN MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI AKAN SYURGA DAN NERAKA..TIDAK BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR ALLAH.TIDAK BERIMAN DENGAN PERINTAH ALLAH..

TIDAK BERIMAN DENGAN KEWUJUDAN RASULULLAH S.A.W...

VIRUS NIFAK BOLEH DIKENALPASTI DENGAN SANGAT NYATA PADA ZAMAN BAGINDA ..

NAMUN PADA ZAMAN KITA. IA MENJADI SANGAT SUKAR..

KAMI AKAN CUBA MEMBANTU SEBOLEH MUNGKIN...

MUNAFIK INI ADALAH KALANGAN YANG MEMENTINGKAN PUBLISITI MURAHAN,KUASA POLITIK DAN PENGARUH...

SANGAT MENJAGA REPUTASI MEREKA PADA PANDANGAN DALAM MASYARAKAT UMUM..

MEREKA SENTIASA INGIN MENJADIKAN DIRI MEREKA SENTIASA HEBAT DALAM KALANGAN ORANG RAMAI DAN JUGA PENGIKUTNYA-PENGIKUTNYA..

MEREKA MEMANDANG TINGGI AMALAN MEREKA DI SISI PARA PENGIKUT(-MAHUPUN DI SISI ORANG YANG HAMPIR DAN MEMPUNYAI IKATAN DENGAN MEREKA SEPERTI IBU BAPA,AHLI KELUARGA,SAHABAT HANDAI ,RAKAN SEKERJA DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA.)

NAMUN MEREKA MENGHANCURKAN AMALAN MEREKA DI SISI ALLAH,..

PADA MEREKA ALLAH HANYALAH SEUMPAMA BERHALA..

TUHAN YANG HANYA BERKUASA PADA BULAN RAMADHAN..PADA MUSIM HAJI..DI DALAM MASJID..DI MAJLIS AKIKAH..DI MEKAH DAN MADINAH...

ALLAH ITU HANYA WUJUD DI SEBAHAGIAN PELUSUK DUNIA..

SELAIN DARI ITU ADALAH KUASA MANUSIA...

SEMOGA KITA TERHINDAR DARI AMALAN BUSUK SEPERTI INI...

SEKADAR PERKONGSIAN ILMU...

Dan berpanjanganlah senarainya. Semua akibat ketiadaan antivirus dosa, iaitu TAQWA.

Kebaikan dan ibadah menjadi bertempat dan bertempoh, tiada istiqamah serta konsisten. Keredhaan dan pujian manusia lain menjadi objektif tertinggi, menyeleweng dari objektif sebenar.

Tatkala itulah hadirnya musim pemulihan, Allah swt sediakan peluang bagi manusia yang sifatnya asyik berdosa dan berpura-pura agar kembali membetulkan punca salah, bajai akar kehidupan dengan iman, sirami ia dengan air TAQWA selaku pencegah kepada kepura-puraan dan kecintaan kepada nikmat sementara dunia serta perbuatan dosa.

ILMU KEBAL, ISTIQAMAH DAN ‘KEKUATAN'

Pernahkah kita menjadi ibu bapa yang buntu serta terfikir, apakah caranya untuk mengajar anak agar tidak menjadi baik hanya dihadapan kita? Ingin kita berikan mereka ilmu kebal iman?

Pernahkah kita inginkan suami atau isteri yang kebal dengan dugaan nafsu, syahwat dan dosa di luar sana.?

Pernahkah kita ingin diri kita, untuk sentiasa mampu menjauhkan diri dari dosa dan maksiat?

Selalukah kita berdoa dan berkata"agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus itu ini..jauhi itu dan ini?

Sedarilah, inilah masa untuk mencipta ilmu kebal, mendapat anti virus dosa dan meraih ‘kekuatan' yang sentiasa kita ungkap-ungkapkan dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan terleka dan terlalai!, Musimnya sudah tiba. Bulan Ramadhan dan ibadah puasa inilah jalannya, caranya, kaedahnya dan formulanya.

Taqwa inilah yang diwasiatkan oleh Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s

Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

ERTI TAQWA

Kalau sudah mengerti, taqwa itulah objektif, apa pula taqwa itu sendiri?

Erti taqwa dari sudut letal adalah takut atau sentiasa jauh dan berhati-hati.

Namun taqwa dalam konteks istilah khas di dalam Islam, tidak hanya terhad kepada makna takut dan menjauh, tetapi ia juga membawa maksud cinta dan mendekat.

Taqwa ini tidak berbentuk fizikal, tiada bentuk hexagon, bujur, bulat atau bersegi, tidak pula bertablet dan berkapsul. Ia adalah satu SIRAMAN KEIMANAN DAN KEYAKINAN bentuk spiritual. Tiada terlihat dek mata, hidu oleh hidung dan terdengar di telinga.

Nabi s.a.w pernah menerangkan bahawa taqwa itu tempatnya di dalam hati. Bukan hati fizikal di dalam jasad, tetapi hati nurani di dalam diri.

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:[1]

أما سلكت طريقاً ذا شوك . قال: بلى. قال: فما عملت.

قال: شمرت واجتهدت.

قال: فذلك التقوى،

Ertinya : Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay : pernah

Umar : Bagaimana kamu lakukan?

Ubay : Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri

Umar : itulah juga sifat taqwa

Tepat sekali, itulah tanda taawa sudah tersemat di dalam diri, kesannya boleh dilihat dari perumpamaan yang diberi oleh Umar tadi. Apabila seseorang mempunyai kekuatan untuk terus berhati-hati dalam setiap tingkah laku, percakapan, tulisan, ibadah, niat, kerjaya, pelaburan, dan semua aspek, agar TIDAK MENCALAR redha dan hukum Allah swt, TIDAK mengundang murka Allah swt, tatkala itu. Antivurs dosa, iaitu TAQWA sedang berfungsi molek di dalam dirinya. Namun, tentulah kepenatan dan perlukan usaha bersungguh untuk tujuan itu?.

Tentu kerana baginda Nabi s.a.w telah menyebut bahawa lalau ke syurga adalah dengan duri-duri, sedangkan lorong ke neraka adalah dengan keseronokan dan syahwat.

Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata :

تمام التقوى :أن يتقى الله العبد حتى يتقيه من مثقال ذرة، وحتى يترك بعض ما يرى أنه حلال ، خشية أن يكون حرامًا

Ertinya : Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah ( arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram.

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :

لا يبلغ العبد أن يكون من المتقين حتى يدع ما لا بأس به حذرًا مما به بأس

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah' ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)

Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :

التقوى هي الخوف من الجليل والإيمان بالتنزيل والرضا بالقليل والاستعداد ليوم الرحيل

Ertinya : Taqwa itu adalah :

a. TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah)

b. YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran)

c. REDHA dengan sedikit (nikmat dunia)

d. SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)

Apabila semua yang disebut di atas sudah mampu diwujudkan, hidup akan menjadi lebih indah, tiada kepuraan, tiada banyak dukacita, tiada banyak kesedihan kerana dunia.

Akhirnya, apa yang ingin saya tegaskan melalui tulisan ini, adalah Taqwa itulah objektif dan hikmah kepada puasa. Yang memberi kekuatan fitrah kepada manusia setelah tercemar dimamah virus dan bakteria dosa. Agar kembali kepada fitrah, dengan pasakan kukuh tawa sebagai antivirusnya. Hala tuju hidup menjadi jelas dan terang, redha Allah, kematian yang baik dan nikmat di alam selepasnya menjadi sasaran utama.

"Alhamdulilah ustaz, kali ni saya dah jelas" jawab pelajar tadi sambil mengangguk-angguk kepala dan tersenyum, mindanya mungkin ligat berfikir.

"Alhamdulillah, saya saya juga mampu meraih anti virus itu, bercakap dan menulis memang mudah tapi implementasi fizikal dan mengikhlaskan di dalam hati itu cabaran seterusnya." Balas saya sebagai kesimpulan.

"oh ye, tapi ustaz, macam aman nak dapatkan nye semasa ramadhan ini.?"

Ada lagi soalan bermain di mindanya.

"untuk jawapan itu, pelajarilah dan laksanakan tanggungjawab puasa dengan ilmu bukan dengan ikut-ikut semata-mata"

"perincian puasa dengan ilmu itu bagaimana ya ustaz" soalnya

"itu kena bacalah ye, tak sempat nak diulas di sini, cuba dapatkannya di web (www.zaharuddin.net) saya dan lain-lain sumber" jawapan mudah saya kali ini.

Ramadhan Kareem untuk semua

SEDAR BUKANLAH PERKATAAN YANG KAMI ERTIKAN SEBAGAI REALIZE

TETAPI SEDAR DALAM KONTEKS

CONCIOUS..

THE CONCIUOS MIND..

MINDA SEDAR DAN JUGA MATA HATI YANG TERTUTUP...

SITUASI INI AMAT KOMPLEKS TETAPI KAMI BERUSAHA UNTUK MEMECAHKAN BERDASARKAN APA YANG KAMI FAHAMI DAN KETAHUI..

APAKAH SAMA ORANG YANG MELIHAT DAN ORANG YANG BUTA..

APAKAH SAMA ORANG YANG BERJALAN DI DALAM KEGELAPAN DAN ORANG YANG BERJALAN DI BAWAH CAHAYA..

BAGI MENCAPAI TAHAP KESEDARAN YANG PALING TINGGI SEBAGAI MUKMIN YANG MUTTAQIN, KITA SEHARUSNYA BERADA PADA SATU ARAS TINGKATAN KEPERCAYAAN YANG PALING TINGGI. PERCAYA APA YANG KITA PATUT PERCAYA DAN YAKINI DENGAN INDEKS KEPERCAYAAN YANG PALING TINGGI.

BERDIRI PADA SKALA YANG TERTINGGI.

DALAM RUANG VAKUM YANG WUJUD MELALUI SISTEM KEHIDUPAN YANG MELINGKARI PADA MASA INI,KITA SEPATUTNYA MEMPERAKUI BAHAWA SELURUH DIRI KITA TELAH BERINTERAKSI SECARA LANGSUNG SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. SELURUH DUIT GAJI YANG KITA PEROLEHI,DUIT ZAKAT YANG DIBAYAR,SEMUA CAJ BAYARAN SEWA ,SELURUH ASET YANG KITA MILIKI DI DUNIA INI,BERADA PADA POSISI YANG YANG TELAH BERTINDAK DENGAN DUNIA .

SETIAP DIRI KITA TELAH TERIKAT DENGAN SISTEM YANG MEMBELENGGU DIRI KITA HARI INI.

BEERTI SAMA ADA JIWA

FIZIKAL

MATERIAL..

PEMIKIRAN..

ILMU...

SEGALA-GALANYA TELAH BERTINDAK DENGAN DUNIA SAMA ADA KITA SEDAR DAN TERIMA FAKTA INI WAIMA HAKIKATNYA KITA SEDANG BERADA DI DALAM SISTEM YANG KITA SENDIRI KABUR MENGENAINYA..

KE MANA PENGHUJUNG BAGI SEBUAH DEMOKRASI..

ADAKAH WUJUD DEMOKRASI TERPIMPIN..

KE MANA SEBUAH GAGASAN POLITIK IDEAL YANG KITA KERAP KALI LAUNG-LAUNGKAN..

KE MANA HUJUNGNYA KEWUJUDAN SEBUAH GAGASAN PENTADBIRAN YANG TELUS,CEKAP DAN BERWIBAWA..

BERSAMA-SAMA KITA MELIHAT ADAKAH IDEA DAN NILAI YANG DIPERJUANGKAN OLEH PEMBANGKANG ADALAH RETOTIKAL ATAU SATU IDEALIS..

BEGITU JUGA PENCAPAIAN KERAJAAN MENERUSI NKRA..

ADAKAH IANYA ILUSI MAHUPUN KOSMETIK...

KONSPIRASI..11 SEPTEMBER 2001..DAN BANYAK LAGI HAL YANG BERKAITAN

BAGAIMANA PULA DENGANNYA...

TIDAK DAPAT TIDAK PADA AKHIRNYA....

KITA TERPAKSA AKUR KEPADA SISTEM YANG KITA BERDIRI DI DALAMNYA..

UNTUK MENGUBAH SISTEM..

KITA PATUT MEMAHAMI KESELURUHAN SISTEM YANG WUJUD..

ORIENTASI DAN PERGERAKAN MEKANISME YANG BERJALAN ....

MELIHAT RANTAIAN YANG TERJADI....

LANTAS BERTINDAK MENGIKUT KAPASITI YANG SEPATUTNYA...

DISEBABKAN SETELAH MEMAHAMI KESELURUHAN SISTEM YANG WUJUD INILAH MENYEBABKAN SEHINGGA HARI INI KAMI MENGASINGKAN DIRI DARIPADA MENGANGGOTAI MANA-MANA GERAKAN MAHUPUN PERSATUAN..

KAMI TIDAK NAMPAK AKAN IMPAK DAN SIGNIFIKAN PENYERTAAN KAMI DALAM MANA-MANA PERTUBUHAN KERANA SELURUH PERTUBUHAN YANG WUJUD TIDAK MENCERMINKAN WAWASAN DAN IDEA PERGERAKAN ISLAM YANG SEJATI DAN TULEN..

DAN SENGAJA KAMI MENYAMPAIKAN MESEJ INI KERANA KAMI JUGA BERPENDAPAT ADALAH BAGUS SEANDAINYA SELURUH MASYARAKAT MALAYSIA BERTINDAK DENGAN MEMBEBASKAN DIRI MEREKA DARI APA JUA IKATAN DALAM BENTUK PERSATUAN,PARTI DAN JEMAAH..

BERMAKSUD GERAKAN YANG TIDAK FORMAL.

GERAKAN YANG BERTINDAK DI LUAR SISTEM..

TUJUAN KAMI AGAR TENAGA RAKYAT MALAYSIA TIDAK DIBAZIRKAN DEMI TUJUAN,HALA TUJU,MATLAMAT,WAWASAN,AGENDA,MISI, VISI DAN OBJEKTIF YANG TIDAK JELAS DAN KABUR.-BUTA

GERAKAN ISLAM YANG BENAR-BENAR MEMILIKI VISI DAN MISI YANG BERSTARATEGIK DAN BERMATLAMAT JAUH..

MESTILAH SEBUAH GERAKAN YANG UNIVERSAL DAN KENTAL DALAM MENDEPANI ARUS GLOBALISASI..

BERDEPAN DENGAN CABARAN KUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG CUKUP LUAS..

JUJUR DAN AKUR PADA FAKTA..

TIADA LAGI MANA-MANA GERAKAN ISLAM YANG MAMPU MENANDINGI KEBIJAKSANAAN KEBERKESANAN GERAKAN ILUMINATI DAN FREEMASON....

KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH, RASUL,KITAB,MALAIKAT,HARI KIAMAT,QADA DAN QADAR, MEMERLUKAN PEMBUKTIAN YANG KONKRIT DAN HOLISTIK..

PEMBUKTIAN MENERUSI KESERIUSAN TERHADAP ETIKA DALAM BERGERAK DAN MENGGERAKKAN DAKWAH..

PEMBUKTIAN TERHADAP PENGHORMATAN BAGI SETIAP KEWUJUDAN PARA SALAF DAN KHALAF,PARA MUJAHDIN DAN SELURUH PENGGERAK ISLAM..

PELAJARILAH BAGAIMANA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W BERGERAK DALAM TEMPOH 23 TAHUN DISUSURI PEMERINGKATAN TAHAP RAHSIA DAN TAHAP SECARA TERANG-TERANGAN..

BAGINDA DI AJAR OLEH ALLAH BAGAIMANA MEMULAKAN DAKWAH PADA PERINGKAT AWAL,PADA KEDUDUKAN DIRI BAGINDA MEMILIKI ASET HARTA YANG CUKUP BESAR IAITU DISANDARKAN KEPADA MILIKAN SALAH SEORANG BILLIONAIR MEKAH PADA KETIKA ITU IAITU SAIDATINA KHADIJAH R.A..

ISTERI BAGINDA TERCINTA..

KEMUDIAN PERLAHAN-LAHAN BAGINDA MEMBINA KEKUATAN SETELAH MEMAHAMI PERJALANAN SISTEM JAHILIYYAH YANG BEROPERASI PADA DETIK ITU.

LANTAS BAGINDA BERTINDAK SECARA DRASTIK DENGAN PENUH KETEGUHAN DAN JIWA BAGINDA UNTUK MELANGKAH DEMI MENGUBAH UMMAT YANG KIAN HANCUR...

KINI MASANYA SUDAH TIBA..

AKU MESTI BANGKIT..

LALU DATANGLAH FIRMAN ALLAH YANG MEMBERI PERANSANG KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W..

WAHAI MUHAMMAD KATAKANLAH SESUNGGUHNYA KEBENARAN ITU DATANG DARIPADA TUHAN KAMU...JANGANLAH KAMU MENJADI ORANG-ORANG YANG RAGU..

KAMU ADALAH CAHAYA..

BERJALANLAH DENGAN MENYEBARKAN CAHAYA TUHANMU..BERJALAN DI SEGENAP PELUSUK DUNIA ..TIDAK KIRA DALAM KEADAAN KAMU PENAT DAN LELAH,KAMU SEDIKIT DAN LEMAH,KAMU TIDAK ADA HARTA DAN WANG..TIADA KENDERAAN DAN PENGANGKUTAN,TIADA RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA,TIADA PEMBANTU DAN PENYOKONG,TIADA PENGARUH DAN KUASA..

BERJALANLAH KE MANA SAHAJA..BILA-BILA MASA..

PADA WAKTU MALAM,PADA WAKTU SIANG,PADA WAKTU HUJAN MAHUPUN RIBUT,PADA WAKTU PETIR DAN HALILINTAR..

PERGILAH DENGAN AZAM DAN TEKAD DEMI MENGUBAH ARUS GELOMBANG JAHILLIYYAH YANG KIAN GANAS ..

YANG TERUS-TERUSAN MEROSAKKAN MANUSIA....

WAHAI CAHAYA...

BERSINARLAH KE SELURUH PENJURU ALAM...

KAMI BERSAMA-SAMA DENGAN KAMU..

MUNGKIN DETIKNYA KIAN HAMPIR..

KALIAN MAHU MENUNGGU IMAM MAHADI MENCARI KALIAN..

SUDAHLAH SAHABAT..

SUDAH PADA KETIKANYA KITA SEMUA MENETAPKAN SATU RESOLUSI KHUSUS DAN SPESIFIK BERKENAAN MASA DEPAN MASYARAKAT ISLAM SERTA SEBUAH TAMADUN ISLAM

SAMA ADA BERKENAAN EKONOMI ISLAM ..

SEKTOR SOSIAL ISLAM-PEMBINAAN JATI DIRI DAN KAREKTER MUSLIM..

KELUARGA ISLAM..

KEBUDAYAAN ISLAM..

KEILMUAN ISLAM..

TEKNOLOGI ISLAM..

KUASA KEPIMPINAN ISLAM..

KUASA DAKWAH ISLAM..

SUKAN, BUDAYA DAN KESIHATAN ISLAM..

BIDANG SAINS DAN KEJURUTERAAN ISLAM..

BIDANG PEMAKANAN ISLAM..

BIDANG PENGANGKUTAN DAN KEJURUTERAAN ISLAM..

BIDANG POLITIK ISLAM..

BIDANG ANGKASA ISLAM..

BIDANG PENDIDIKAN ISLAM...

BIDANG TEKNOLOGI MARIN ISLAM...

BIDANG ISLAM..

DAN APA JUA CABANG YANG BERKAITAN..

KITA SEHARUSNYA SEDAR DENGAN PERKEMBANGAN YANG WUJUD DENGAN SITUASI SEKELILING...

MEMAHAMI PERGERAKAN SISTEM DAN MEKANIK ALAM SEKELILING..

KEMUDIAN BARULAH KITA MAMPU BERGERAK DEMI MELANCARKAN MODUS OPERANDI..

MEMBINA DUNIA ISLAM YANG DINAUNGI CAHAYA TUHAN ..

ALLAHU RABBUL JALIL...

ALLAHUTAALA AZZA WA JALLA..

TUHAN SEKELIAN ALAM...

JIKA MASIH RAMAI YANG KABUR DAN HILANG FOKUS TERHADAP HALA TUJU PERGERAKAN ISLAM..KAMI MOHON SILA NASIHAT DAN DIDIKLAH PARA PRESIDEN-PRESIDEN GERAKAN ISLAM YANG MASIH ADA DAN BERNYAWA...

KITA PERLU DAN PATUT OBJEKTIF DALAM MENETAPKAN HALA TUJU EMPAYAR ISLAM YANG KITA IDAMKAN..

BUKANKAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SETIAP MUSLIM UNTUK MEMAKMURKAN DUNIA INI..

BUKANKAH KITA SELURUHNYA ADALAH SATU TUBUH..SATU ANGGOTA KESAKITAN MAKA SAKIT SELURUHNYA ANGGOTA TUBUH..

IA BUKAN METAFORA..

IA SATU APLIKASI DAN METODE SISTEM YANG DIAJARKAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W..

BUKAN BERCERAI BERAI SEPERTI MANA SEKARANG..

FAKTANYA ADALAH TERDAPAT RATUSAN GERAKAN ISLAM YANG TELAH TERPECAH...DAN PECAHAN INI AKAN TERUS HIDUP DALAM DUNIA FANTASI CIPTAAN MEREKA YANG SENTIASA TERASING DAN TERPISAH (AN UTOPIAN DIMENSION)DARIPADA HAKIKAT DUNIA MATERIAL YANG WUJUD..

...

DUNIA BERKIBLATKAN KUASA,WANG,PENGARUH,KEPENTINGAN,AGENDA,WAWASAN DAN MISI...

JANGAN KITA LUPA..

DUNIA ADALAH PERMAINAN..

PENTAS..

SAMA KAMU MENANG ATAU KALAH..

KALAH SEBAGAI MUKMIN BEERTI SYAHID..

TETAPI JIKA MENANG SEBAGAI AHLI BADAR..

KAMU ADALAH ORANG YANG BERUNTUNG DI DUNIA DAN AKHIRAT....

DENGAN IZIN ALLAH..

YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH..

YANG LEMAH ADALAH KAMI YANG TERSILAP..

SEBELUM AKHIR...BEBERAPA ARTIKEL PILIHAN MINGGU INI..

UMMAT TERAKHIR..

TERIMALAH..

MASALAH?

DALAM keghairahan mengejar objektif berbentuk material dan kuasa, ramai perlahan-lahan berubah menjadi semakin leka dan alpa serta lupa. Menjadi alpa semasa gigih berusaha menyelesaikan masalah masing-masing, menjadi leka mengejar cita-cita sendiri, menjadi lupa kepada objektif sebenar (prime objective) yang mengatasi segala objektif-objektif minor yang lain. Mesti ada sebab yang menyumbang kepada perubahan kita menjadi lupa dan alpa. Mesti ada sebab. Mesti.

Katakan, kita dihujani masalah, kemudian berusaha menyelesaikan masalah-masalah itu. Mahu atau tidak mahu, masalah itu perlu diselesaikan dan jika tidak segera diselesaikan, fikiran kita akan terus bercelaru. Masalah itu mungkin melibatkan bayaran ansuran kereta, rumah, pinjaman bank dan sebagainya yang terdiri daripada angka-angka yang mewakili urusan jual beli. Angka-angka itu pula semakin menyesakkan dan perlu diselesaikan setiap bulan selama bertahun-tahun dan berpuluh-puluh tahun.

Fikiran hanya tertumpu kepada seribu satu cara untuk menyelesaikan masalah yang tidak pernah selesai walaupun diselesaikan setiap bulan. Dalam masa yang sama, setiap orang pula menetapkan objektif masing-masing dalam kehidupan seharian. Objektif itu pula perlu difikirkan untuk memastikan ia tercapai dengan beberapa cara yang difikirkan sesuai. Sekali lagi akal fikiran bekerja untuk membantu kita mencapai objektif pencapaian dalam kehidupan selain objektif kewangan. Akal menjadi semakin penat bekerja.

Apabila fikiran hanya berperanan memikirkan kepada masalah-masalah dan objektif-objektif dalam kehidupan, ia lama kelamaan bertukar menjadi suatu fokus. Fikiran dipusatkan kepada satu arah yang memerlukan kita mencapai setiap perkara yang perlu segera diselesaikan. Hampir setiap masa, fikiran akan mengira wang, jumlah hutang, objektif hidup, apa mahu makan hari ini dan sebagainya. Hanya itu yang difikirkan. Semua itu mesti ada sebab. Mesti.

Ligat memikirkan wang yang tidak cukup untuk mengisi petrol atau diesel kenderaan, ligat lagi memikirkan barang-barang dapur yang semakin berkurangan ketika tiba pertengahan bulan, terus ligat memikirkan bayaran hutang pinjaman yang tertunggak, bil telefon, ligat memikirkan kos hidup yang sentiasa meningkat akibat kedunguan kerajaan mengatur strategi bagi membantu memantapkan ekonomi isi rumah.

Para lepasan universiti pula ligat memikirkan ‘hutang yang automatik tercipta’ sebaik sahaja menamatkan pengajian dengan bantuan pinjaman PTPTN yang mencekik darah. Golongan yang sama juga ligat memikirkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan yang ‘setimpal’ dengan pengajian tinggi semasa di universiti, berfikir dan berfikir kenapa masih menganggur dan hanya mampu bekerja sambilan dengan gaji kecil yang tidak mampu membeli apa sahaja barangan dalam kategori mewah seperti rakan-rakan mereka yang lain. Berfikir dan terus berfikir.

Kumpulan peniaga yang berniat mahu memperbesarkan perniagaan pula ligat berfikir untuk mendapatkan tambahan modal selepas gagal mendapat pinjaman daripada bank-bank perdagangan. Ada yang ambil keputusan membuat pinjaman daripada ceti-ceti haram dan akhirnya terhimpit dengan pelbagai ancaman selepas gagal menyelesaikan kadar bunga yang semakin menggunung. Berfikir ligat untuk menyelesaikan masalah hutang ahlong walaupun niat itu baik untuk jihad memakmurkan ekonomi keluarga dengan menceburi perniagaan, terhimpit dan terhimpit, berfikir dan terus berfikir. Semua itu mesti ada sebab. Mesti.

Ada pula yang ligat berfikir apa lagi cara untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan ada pula yang terpaksa menggadai tanah hanya untuk melangsai hutang kad kredit bank-bank komersial. Jika tidak diselesaikan segera, akan berdepan dengan pengisytiharan muflis. Ligat berfikir, adakah akan muflis hanya semata-mata kerana hutang kad kredit yang pada asalnya hanya $5,000 dan beranak pinak menjadi puluhan ribu ringgit, dolar, jutaan rupiah, atau apa-apa gandaan hutang dalam apa-apa mata wang sekalipun akibat faedah atau bunga kad kredit yang memeritkan. Orang-orang kita ligat berfikir mengenai masalah-masalah yang melanda diri mereka dalam urusan seharian. Semua itu sungguh memenatkan.

Ada yang sanggup mencuri kerana tekanan hidup untuk menyelesaikan masalah wang, ada yang menipu, ada yang menjual dadah, ada yang menjual harga diri dan banyak lagi perkara-perkara salah yang dilakukan hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang menghimpit diri. Semua itu mesti ada sebab mengapa ia berlaku.

Setiap masalah yang melanda, mesti ada sebab-sebabnya. Apakah sebab-sebab itu wahai saudara-saudara. Adakah sebab semua barang di dunia ini perlukan wang? Adakah sebab kita hanya perlu berhutang barulah kita boleh hidup seperti orang lain? Adakah sebab kita perlu hidup bergaya walaupun terpaksa dibebani hutang hingga akhirnya papa kedana? Adakah sebab sistem mata wang ini memang menekan hidup kita? Apa sebab-sebabnya wahai saudara-saudara yang dihormati semua? Apa?

Teringat kepada satu kisah nabi. Nabi memberi kita satu panduan yang sangat berguna untuk menyelesaikan masalah-masalah itu semua. Nabi pulang ke rumah dan bertanya kepada Aisyah mengenai apakah yang ada untuk dimakan pada hari itu. Aisyah memberitahu, tiada makanan untuk dijamah pada hari itu. Nabi membalas, “kita berpuasa sunat sahaja hari ini”. Selesai masalah. Pahala pun dapat.

Ada banyak yang boleh dipelajari daripada kisah sependek itu. Kisah pendek itu juga amat membantu kita membuka kewarasan terhadap menilai semula masalah-masalah yang kita hadapi pada hari ini.

Kita dan fikiran kita hanya tertumpu kepada masalah, masalah dan masalah. Atas sebab itu, kita hanya berfikir mengenai bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah-masalah itu tanpa menghalakan fikiran ke arah sudut satah yang sewajarnya. Disebabkan ligat berfikir masalah yang bakal mendatang, impian bisnes tergendala kerana tidak berani menganggung risiko yang sebenarnya boleh dihitung.

Bangun pagi, celik mata, sudah mula berfikir mengenai masalah. Solat Subuh pun jadi tidak fokus kerana fikiran bercelaru dengan masalah, masalah dan masalah. Jadi apa sebenarnya yang kita fikirkan sehingga hidup menjadi tidak keruan wahai saudara semua?

Kita hanya fokus memikirkan kantung duit dan kehendak nafsu sehingga menjerumuskan kita ke dalam pelbagai masalah yang menyesakkan ketenangan fikiran. Itulah masalah kita semua apabila gagal menentukan kepentingan mana yang lebih penting melebihi lain-lain kepentingan. Fikiran kita gagal fokus kepada kepentingan yang sepatutnya ia berfikir dengan cara yang sepatutnya. Akibatnya, fikiran kita memilih tanpa sedar untuk hidup diselubungi masalah, masalah dan masalah.

Tanpa kita sedar, masalah yang kita sedang hadapi itu dijadikan pula sebagai peluang kepada orang lain untuk mencapai cita-cita mereka sama ada cita-cita kewangan, kedudukan atau sebagainya.

Katakan Ali ada masalah wang, ia jadi peluang kepada Ah Choo untuk menawarkan pinjaman kepada Ali. Akibatnya Ali terjerat hutang dengan lintah darat. Ah Choo pula memang sedia hidup bermasalah diselubungi permusuhan kongsi-kongsi gelap. Kongsi gelap pula mempunyai masalah dengan polis yang menguatkuasakan undang-undang. Polis pula menghadapi masalah untuk mengawal kongsi-kongsi gelap itu semua dan lain-lain kes jenayah yang berpunca daripada kehendak nafsu manusia yang menginginkan wang. Disebabkan wang, ada juga polis terjerat masalah rasuah.

Ah Choo pula ada masalah dengan isterinya, jadi Steven ada peluang untuk menawarkan khidmat pelacur kepada Ah Choo. Kemudian Ah Choo dibelenggu pula masalah jangkitan HIV. Semuanya berputar dalam darjah masalah yang tersendiri. Ia berputar disebabkan oleh satu masalah yang kemudian membuahkan masalah-masalah yang lain. Akibatnya, masalah yang bermula dengan satu ‘letusan’ kecil akan terus meledakkan hidup semua orang. Semua orang akan terus berfikir dan berfikir bagi menyelesaikan masalah masing-masing yang berpunca daripada kantung duit dan kehendak nafsu.

Nabi sudah mengajar kita, kalau tiada apa untuk dijamah, lebih baik berpuasa sunat. Ia juga pada masa sama akan mendidik nafsu. Apabila nafsu terdidik dengan baik, jiwa akan mendekati sifat sabar. Sabar juga membantu jiwa akur kepada ketentuan dan menjadi tenang. Tenang pula membantu kita berfikir dengan baik. Berfikiran baik pula membantu kita menjadi bebas sebebasnya daripada masalah-masalah dan prasangka-prasangka dunia. Cukup sempurna, yang diajar oleh nabi kita memang cukup sempurna. Bersegeralah selawat dan salam kepada baginda.

Melalui kisah pendek itu juga, nabi mengajar kita untuk memilih jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah melalui cara berfikir yang terbaik. Mudah, kalau tiada makanan, kita berpuasa. Pilihannya ialah berpuasa dan nabi tidak memilih cara lain untuk menyelesaikan masalah itu walaupun akan pasti ada orang yang memberi makanan kepada baginda sekiranya baginda meminta sedikit makanan daripada mereka.

Nabi memilih untuk berpuasa sebagai jalan penyelesaian. Nabi akur kepada ujian Allah yang menentukan tiada makanan untuk baginda dan isterinya Aisyah pada hari itu, lalu nabi berserah kepada Allah dan nabi pilih ke jalan Allah untuk menyelesaikan masalah itu, jalan itu ialah berpuasa sunat ke jalan Allah. Menangislah berselawat ke atas nabi. Sesungguhnya nabi telah mengajar kita cara terbaik untuk menyelesaikan masalah iaitu kembali kepada Allah yang Maha Pemurah dalam menentukan urusan rezeki-Nya ke atas kita. Usah terlalu fikir masalah dan cara penyelesaiannya, rezeki itu urusan Allah.

Andai terus fokus berfikir mengenai kantung duit dan kehendak nafsu, sampai dunia kiamat pun tidak akan pernah selesai. Lebih parah, pihak lain pula akan dipersalahkan apabila kita memilih untuk dibebani masalah.

Kalau saudara-saudara semua mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi, renungi dan teladani kisah pendek yang pernah dilalui nabi ketika hayat baginda. Jika mahu mengelak daripada dihujani masalah-masalah kantung dan nafsu, juga perlu teladani kisah pendek itu. Kisah teladan yang memberi perubahan besar kepada hidup. Contohi nabi, maka sempurnalah kehidupan.

Saya tidak mahu menyediakan jawapan kepada bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah-masalah kantung duit yang saudara semua hadapi. Pesan saya cuma satu, belajarlah daripada nabi kita yang seluruh zaman dikasihi oleh seluruh isi langit dan bumi.

Don’t get twisted and tangled by problems which occurred by our ownselves..

NIK NAZMI..

Kolum Mendepani Zaman saya di Sinar Harian: Pengajaran sebenar isu gereja

17 Aug 2011 | Articles, Community, Current Affairs, Personal, Religion | by admin | 0 Komen

Isu terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) mengingatkan saya lawatan ke sebuah rumah perlindungan mangsa HIV Islam di Subang Jaya beberapa tahun lepas.

Salah seorang anggota Keadilan di cabang saya aktif di sebuah masjid di sana. Beliau memperkenalkan saya ke rumah perlindungan tersebut yang dikendalikan qariah masjid tersebut secara sukarela.

Kepentingan rumah tersebut ialah memandangkan seperti mana diketahui, prejudis terhadap mangsa HIV dan Aids masih berleluasa dalam masyarakat kita. Justeru ramai di antara mereka menghadapi masalah untuk kembali kepada keluarga selepas meninggalkan hospital dan penjara.

Hakikatnya ada mangsa HIV dan Aids Muslim yang menerima bantuan masyarakat Kristian. Ini sudah tentu bukan petanda baik bagi pihak berkuasa agama malah umat Islam di negara kita. Pihak berkuasa agama sepatutnya menjaga kebajikan umat Islam dengan sumber ratusan juta ringgit.

Menariknya dalam kes ini, ada sebuah gereja terlibat yang bekerjasama dengan rumah tersebut untuk menghantar mangsa HIV Muslim pulang.

Kita sewajarnya sangat prihatin dengan gejala murtad. Tetapi untuk menumpukan pada faktor luaran semata-mata tanpa melihat kegagalan kita sendiri sebagai masyarakat Islam menanganinya, bermakna kita tidak jujur pada diri.

Ya, mungkin mangsa HIV ini sengaja mengasingkan diri daripada keluarga mereka. Ya, ada di antara mereka terlibat dalam dadah dan seks bebas (walaupun kita sering terlupa jangkitan HIV juga datang daripada suami-isteri serta pemindahan darah). Tetapi itu bukan alasan agar mereka tidak dilayan dengan baik sebagai manusia, apatah lagi untuk mereka meninggal dunia di luar Islam.

Islam menekankan sifat Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tidak kiralah masa lampau mereka, mereka boleh diampunkan sekiranya bertaubat.

Sewaktu lawatan, saya menyedari rumah tersebut menerima ramai pelawat. Bukan sahaja pegawai-pegawai Jabatan Penjara dan Hospital (ramai mangsa HIV di rumah tersebut datang dari penjara ataupun hospital) tetapi juga ketua gereja yang disebutkan di atas, yang memindahkan mangsa HIV Muslim ke rumah tersebut.

Saya bertanya kepada mereka sama ada mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa agama. Qariah masjid ini mengatakan sudah mencuba tetapi dimaklumkan pihak berkuasa tersebut ada ‘rancangan sendiri’ lantas tidak akan menyumbangkan walau satu sen. Saya tertanya-tanya mengapa usaha murni sebegini tidak dibantu sejak mula, apatah lagi ketika rumah perlindungan ‘rasmi’ masih lagi di ‘peringkat perancangan’?

Justeru saya bersetuju dengan pandangan bahawa kita harus meneliti semula bagaimana wang zakat dibelanjakan di Malaysia. Wang zakat boleh diuruskan dengan lebih baik.

BERKENAAN PENGURUSAN ZAKAT..KAMI ADA TERDENGAR SATU DISKUSI DI AWANI BERKENAAN PENGURUSAN WANG ZAKAT YANG EFFEKTIF. TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH UIA JIKA TERSALAH FAKTA..

BEBERPA ISU PENTING DIUTARAKAN ANTARANYA BERKENAAN KONSEP TAKRIFAN MISKIN..

MISKIN BUKANLAH SATU BENTUK KEADAAN FIZIKAL ASET MILIKAN SESEORANG. IA MERUPAKAN BENTUK KEADAAN YANG BERTINDAK DI ATAS SANDARAN KEPERLUAN DAN KEMAMPUAN MATERIALISTIK SETIAP INDIVIDU. BEERTI KEPERLUAN DAN KEMAMPUAN INI AKAN BERUBAH DAN FLEKSIBLE BERDASARKAN USAHA DAN TINDAKAN SESEORANG.

KEPERLUAN YANG MENDESAK SEHINGGAKAN SESEORANG ITU TERDESAK..

KETIDAKMAMPUAN SESEORANG SEHINGGAKAN MEREKA HILANG AKAL PERTIMBANGAN DAN KEWARASAN..

JUSTERU PENAKFIRAN TENTANG KEMISKINAN BUKANLAH KEPADA BERAPA GAJI DAN JUMLAH PENDAPATAN BAGI SETIAP BULAN ..

TETAPI BAGAIMANA KEMAMPUAN DAN KEPERLUAN MATERIAL SESEORANG ANGGOTA KOMUNITI ITU MAMPU DIPENUHI DAN DIBANTU DENGAN STRUKTUR BANTUAN ZAKAT YANG SEDIA ADA..

IA SATU TAKRIFAN YANG SANGAT RELATIF..TERLALU TOLERAN KEPADA BAGAIMANA TAHAP KAPASITI KEPERLUAN DAN KEMAMPUAN SESEORANG..

SEBAGAI CONTOH SESEORANG YANG BERGAJI RM90000 NAMUN TERPAKSA PULA MENANGGUNG HUTANG SEBANYAK 1.7 JUTA MAKA INDIVIDU AKAN DIKIRA MISKIN..

TAHAP KEMISKINAN INI AKAN DIKIRAN TERBATAL SETELAH MANA JUMLAH MARGIN MAKA BAGI HUTANG INI DAPAT DIKURANG BERKADARAN DENGAN NISBAH YANG IDEAL SETELAH DIBANTU OLEH PIHAK ZAKAT..

BEGITU JUGA DENGAN INSTRUMEN PENGURUSAN ZAKAT..

WANG ZAKAT PATUT DISALUR TERUS KEPADA ASNAF TANPA PERLU MELALUI PROSES BIROKRASI..TIADA PROSEDUR YANG BERBELIT TETAPI CUKUP HANYA MENJALANI UJIAN TAHAP PENIPUAN..

MENGUJI BARANGSIAPA YANG MENIPU BERKENAAN LATAR BELAKANG DAN MILIKAN HARTA YANG ADA....MAKA BEBERAPA SEKSYEN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA,AKAN DIGUNAPAKAI...

SEKADAR INI CONTOH SARANAN..

TERDAPAT BEBERAPA HAL LAIN..NAMUN PATUT DIULANG SUARA KEPADA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB...

Misalnya, saya terkejut apabila diberikan buah tangan selepas menghadiri acara penyampaian zakat kepada fakir miskin. Saya bersangka baik yang buah tangan itu bukanlah daripada wang zakat, tetapi amalan itu menghantar mesej yang salah kepada masyarakat.

Ini mengingatkan saya kepada kisah moyang saya, Haji Wan Musa Abdul Samad, Mufti Kelantan antara 1908 hingga 1916. Ketika Sultan dan majlis agama ingin membina bangunan konkrit Masjid Muhammadi (masjid negeri di Kelantan) untuk menggantikan binaan kayu – sebahagiannya menggunakan zakat fitrah – beliau meletak jawatan memandangkan fitrah diutamakan untuk fakir miskin dan bukannya untuk pembangunan.

Baru-baru ini seorang pengundi di kawasan saya menceritakan kisah pengemis Yahudi buta. Pengemis ini gemar mencela Nabi Muhammad SAW sebagai orang gila dan ahli sihir di pasar Madinah. Apabila Rasulullah mendapat tahu tentang perkara ini, Baginda tidak marah sebaliknya melawat pengemis tersebut tiap-tiap hari untuk menyuapkannya tanpa berkata apa-apa.

Apabila Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar as-Siddiq mengambil alih tanggungjawab tersebut. Tetapi apabila beliau menyuapkan pengemis tersebut, pengemis tersebut naik marah dan mengatakan ini bukan orang sama yang menyuapnya selama ini.

Abu Bakar terus menangis dan menceritakan bahawa orang yang menyuap pengemis tersebut setiap hari tidak lain dan tidak bukan Rasulullah sendiri. Pengemis tersebut terkejut, teringat celaannya tiap-tiap hari terhadap seorang Nabi yang hanya membalasnya dengan kebaikan. Akhirnya, pengemis tersebut memeluk Islam.

Tepuk dada, tanya selera – adakah respons kita dalam isu ini menggambarkan akhlak terpuji Rasulullah?

BERSAMBUNG..

Followers