Pembinaan bagi sebuah bangunan perlunya tiang,cerucuk,alang,,konkrit,tapak, dan sebagainya. Pembinaannya perlu mengikut serta kaedah yang sepatutnya agar bangunan yang dibina kukuh,teguh, dan utuh. Begitulah hakikatnya sebuah bangunan.
Begitu juga dengan fitrah. Ia boleh dibina. Bagaimana ana katakan begini. Rasa seronok cinta,sayang aman dan tenang boleh dibina Ia merupakan sebuah kerangka bangunan yang perlu dibina dengan menggunakan pelan-pelan tertentu,kaedah-kaedah tertentu dan sebagainya. Jika kita sebutkan dalam membina sebuah bangunan Islam,solat adalah tiangnya. Jika bangunan adalah fitrah,Islam adalah asasnya. Teras kepada Islam adalah akidah kita. Di dalam akidah kita terdapat syahadatain. Ana takkan masuk kepada
syahadatain dan akidah kerana di sini ana ingin memfokuskan kepada terhadap fitrah kita.
Bagaiman ia boleh dibina. Pada fitrah ini,kedapatan unsur kehendak,keinginan,matlamat,dan cita-cita. Ya dan matlamat tidak menghalalkan cara. Ungkapan yang biasa didengari. Fitrah boleh dikatakan keinginan untuk kedamaian,seronok,aman,sejahtera dan kebaikan. Kenapa manusia berkehendak dan bermatlamat. Untuk memenuhkan tuntutan kehidupan. Terdapat 2 jenis fitrah. Fitrah kejahatan ini berlaku bilamana manusia seronok untuk membunuh,cinta untuk berzina,aman bermaksiat,sayang untuk merasuah. Inilah fitrah kejahatan. Fitrah keburukan. Di dalam surah Al-hijr, “Ia Iblis berkata ,tuhanku oleh kerana Engkau telah memutuskan aku sesat,pasti aku akan jadikan kejahatan terasa indah bagi manusia di bumi ini. Dan aku akan menyesatkan mereka semuanya “ Al-Hijr ayat –12. Fitrah kesesatan dan kejahatan ini,syaitanlah pembawanya. Sangat jelas dalil ini.
Apabila Islam terabai ,diabaikan dan ditentang,matlamat untuk mencari keseronokan ,kebaikan,keamanan dan kesejahteraan akan berubah secara semulajadi. Allah telah menjadikan Islam sebagai agama yang menuju kepadanya-Nya.bila Islam telah dipesongkan,hala tuju akan berubah. Daripada matlamat untuk menuju kepada Tuhan,ia kembali kepada syaitan. Di dalam hadith,jika di dalam hati ini terdapat sifat takbur,sombong atau bongkak maka ia tidak layak masuk syurga. Afwan jika hadith in tidak sahih tetapi matannya amat baik untuk diambil pengajaran .”Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang hak dan bathil.”Firman Allah ini jelas. “Dan janganlah kamu hampiri zina,kerana ianya adalah jalan yang keji,hina dan kotor. Al-Isra ayat-32.
Wahai orang beriman,jauhilah dari prasangka itu dosa,sesunguhnya sebahagian prasangka itu dosa.Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara yang suka memakan daging saudaranya sesudah mati?Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah maha menerima tobat dan maha penyayang.
Begitulah ayat –ayat serta firman Allah yang mengungkapkan bahawa larangan melakukan kejahatan dan kerosakan. Kerana di sanalah syaitan yang akan menjadi pengawal serta pembentuk fitrah kita. Fitrah yang dibentuk syaitan hanya layak dimakan oleh Api Neraka. Kita semua sedia maklum bahawa kafir,munafiq,fasiqin ini akan dicampakkan ke dalam Neraka.
Secara asasnya,tidak perlu kita mencampurkan yang hak dan bathil.,kebenaran dan palsu. Firman dan larangan Allah. Apabila kebenaran bercampur dengan bathil, kebenaran akan terpadam atau lenyap. Senang dibuat perumpamaan babi disembelih cara Islam.couple diletakkan Islamik,Carlsberg dijampi Yassin,tiger direndam air wuduq tok wali. Apakah hukum bagi keadaan yang diterangkan berikut. Haram mutlak. Haram dari segi zat dan kandungan. Mudah seperti ais kacang bukan. Begitulah juga kerasnya larangan Allah terhadap pencampuran hak dan bathil. Maksudnya yang hendak dinyatakan adalah berkenaan wujudnya keharaman sesuatau perkara. Setiap yang diharamkan,dilarang dan ditegah oleh Allah s.w.t. adalah sebagai peringatan bagi mengelakkan orang beriman terjerat ke dalam permainan syaitan. Jika diteliti semula tentang sirah nabi Adam a.s,mengapa Allah melarang Nabi Adam mendekati dan memakan buah khuldi. Sebabnya jelas bukan. Untuk mengelakkan dari jerat syaitan. Syaitan mempermainkan manusia mengikut tahapan mereka. Bagi orang beriman,mereka tidak akan diuji dengan wanita-wanita,atau harta tetapi mereka dipermainkan dengan sikap ego,sombong,bongkak,keras hati,takbur ,besar kepala di atas prinsip dan pegangan mereka. Meskipun prinsip mereka adalah Quran dan Sunnah. Sangat merbahaya perangkap syaitan.
Allah hanya akan meletakkan panji-panji kemenangan,cahaya-cahaya kebangkitan,jalan kerahmatan apabila fitrah ini mengikut kehendak dan oerintah-Nya. Inilah sebab mengapa kemenangan Islam sangat mahal. Apabila hatinya bersih,akalnya bersih,yakinnya bersih,amalnya cantik,lisannya kebaikan nescaya keredhaan Allah pasti bersama kita. Sukar bukan. Tetapi inilah prasyarat utama bagi memastikan Allah kembali bersama ummat yang lemah ini.
Kembali kepada fitrah kesesatan. Syaitan sebagai pengawalnya. Prasangka, permusuhan,kebencian,dendam dan benci hanya akan muncul apabila wujud pertentangan,persaingan,perlawanan. Allah hanya meletakkan permusuhan hanya pada mukmin dan kafir,mukmin dan munafiqin. Itu sahaja. Kebenaran tidak pernah bertembung dengan kebenaran. Antara kata-kata Imam Malik yang masyur, kebenaran tidak pernah ada 2. Kebenaran hanya satu. Kata-kata yang sangat bijak ,jelas , bernas dan tegas. Tidak kira di dalam apa jua pertembungan,persaingan yang berlaku tanpa asas yang jelas,hakikatnya kita berada di dalam lapangan perbezaan atau dilema perbezaan yang hanya dikawal oleh syaitan. Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya untuk memainkan pemusuhan,kebencian,syak wasangka,dengki dan sebagainya. Tidak kira di lapangan apa pun. Ingat! Tidak kira di lapangan apa pun. Boleh faham.Meskipun kita yang berada di dalam jema’ah dakwah dan tarbiyyah sebagai prinsip atau fikrah.
Perbezaan hujah,pendapat,kata-kata ,sistem,organisasi,gerak kerja hanya akan menimbulkan provokasi yang tidak berkesudahan. Di sinilah kita boleh mengambil ibrah bagaimana Allah dan rasul amat menekankan ummat ini agar merapatkan saf-saf. Agar tiada perbezaan,jurang,jarak dan batas yang menghalang. Ana pernah mendengar sepotong hadith yang mengatakan apabila saf-saf tidak dirapatkan,Allah akan mencampakkan rasa dengki,permusuhan,kebencian dan sebagainya.
Hujah yang digunakan oleh Assyahid Hassan al-Banna ,berlapang dada di dalam perbezaan,berpegang teguh dengan apa yang disepakati adalah perbezaan mengenai fikrah,pendapat,ibadah dan segala yang tidak merosakkan fitrah kita.Berpegang teguh dengan apa yang disepakati adalah Allah ,Rasul dan akidah kita. Fitrah kita. Perkara ini sangat dipegang oleh kebanyakan ulama-ulama salaf,ulama-ulama mazhab dan sekalian mereka. Tetapi kita hari ini,kita hanyalah secebis daging yang sangat mudah terikut-ikut atau taksub dengan pandangan,pendapat dan hujah mereka. Kenapa? Kerana kita tidak faham tentang fitrah,alasan,dan sebab mengapa mereka menulis buku berkenaan. Kita hanya menyusun hujah-hujah mengikut apa yang kita sangkakan. Bukan mengikut teras kepercayaan. Terdapat riwayat yang menceritakan bagaimana Ibnu Sina,sanggup mengulangi pembacaan sebanyak 40 kali bagi setiap buku yang dibacanya. Supaya dia dapat memahami dengan benar tentang apa yang dituliskan dan setelah dia bersetuju,barulah dia mensyarahkan buku dan menulis kitab-kitab yang dikehendakinya. Dia akan mensyarahkan buku berkenaan setelah dirasakan buku yang dibacanya sependapat dengan apa yang difikirkannya. Dalam hal ini,kita boleh melihat bagaimana sikap penulis,aliran pemikirannya,mazhab yang dipegangnya, Teliti ayat demi ayat yang ditulis,perenggan demi perenggan agar kita bloleh mengambil initipati sebenar tentang apa yang dituliskan Kemudian barulah kita boleh mengambil pengajaran dari kitab atau buku yang dibaca. Tetapi hal ini jarang berlaku.Kebiasaannya apabila kita mula memegang buku,mata akan terasa berat,kepala mula berkhayal,fikiran mula melayang dan akhirnya hanya jasad yang memegang buku.Innalillahi wainna ilaihi rajiun..Roh telah terbang tinggi ke intifadhah.Wallahua’alam.