Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 13 Februari 2010

SEDAR UNTUK KEBANGKITAN KALI KE-2

SEDARLAH WAHAI MANUSIA !!!





Mohon maaf kerana sekian lama blog in tidak diupdate.

Barang kali ramai yang tidak pernah mengetahui atau mendengar perkataan MINDA SEDAR atau dalam bahasa orang putihnya FREE MIND. Sedar atau tidak keadaan inilah yang telah membelenggu kita semua ,manusia yang hidup sebagai makhluk terbaik di atas muka bumi ini .Makhluk yang telah diamanahkan untuk menjadi PENGGANTI ALLAH (KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI) .

MINDA TIDAK SEDAR (UNCONCIOUS MINDS)

MINDA SEDAR merupakan suatu bentuk pemikiran yang sedar terhadap akibat,kesan,punca,hikmah ,pengajaran,faktor dan sebagainya terhadap sesebuah perilaku tindakan yang dilaksanakan . Beerti tindakan yang dilakukan dapat dinilai sejauh mana kebaikan,manfaat,kelemahan dan kekurangan hasil daripada perlakuan tersebut. Contohnya perbuatan zina. Ramai yang tahu dan faham bahawa gejala zina adalah perbuatan yang sangat menzalimi manusia dalam konteks merosakkan nasab keturunan dan salasilah serta mampu menggugat keharmonian, kesejahteraan sesebuah keluarga dan masyarakat. Namun bagi penzina-penzina yang melakukan perbuatan itu ,mereka tahu akan risiko itu tetapi pada masa perlakuan tersebut dilaksanakan ,jelas mereka hilang arah atau hilang kawalan terhadap perlakuan mereka sendiri. Semasa ‘proses’ zina itu berjalan ,tindakan mereka tidak lagi berada di dalam keadaan sedar akan risiko,bahaya,keburukan hasil daripada tindakan itu atau dalam maksud yang lain, mereka telah hilang upaya dalam mengendalikan diri mereka sendiri. Perbuatan zina tidak akan berlaku sekiranya si penzina sedar bahawa perbuatan itu adalah perkara yang buruk,jijik,dan merosakkan masyarakat. Seandainya para penzina sedar akan perlakuan itu dan meninggalkannya maka pada masa inilah MINDA SEDAR SEDANG BERTINDAK. Mereka sedar dan rasional pada masa itu. Namun jika sebaliknya berlaku maka sesungguhnya TINDAKAN MEREKA TELAH DIDORONG/DIKAWAL OLEH MINDA TIDAK SEDAR. Keadaan ini berlaku dalam banyak aspek atau mana-mana sektor kehidupan manusia seluruhnya. Antara kelompok yang telah dikenalpasti mengalami krisis MINDA TIDAK SEDAR ADALAH penjenayah kelas bawahan.perogol bersiri,mat rempit,minah rempit,bohsia,peragut serta ‘ kawan-kawan’ yang sewaktu dengannya.

MINDA SEPARA SEDAR. (SUBCONCIOUS MINDS )

Keadaan MINDA SEPARA SEDAR pula agak sedikit unik. Mereka sedar akan tindakan mereka pada sebahagian tetapi tidak pada bahagian yang lain. Beerti sedar akan kebaikan,kedamaian,kesejahteraan,kebahagiaan,kasih sayang,cinta,percaya,yakin namun tidak dalam bentuk keseluruhan bahagian kehidupan melainkan ‘hanya sekadar di pinggiran’ sahaja. Contoh yang mudah adalah pasangan yang mencintai pasangan orang lain. Mereka sedar betapa perlunya kepercayaan,keyakinan,kejujuran dalam perhubungan tetapi dalam masa sama mereka tidak sedar akan keburukan hasil perhubungan tersebut. Konteks ini agak mudah dalam hubungan terlarang seperti suami jiran dengan isteri sendiri,mak orang dengan datuk sendiri atau cinta abang terhadap adiknya seibu dan seayah. Begitupun krisis minda separa sedar ini turut terjadi terhadap mereka yang komitmen terhadap kerjaya dan bidang masing-masing namun gagal pula pada sebahagian hidupnya yang lain. Sebagai contoh seorang doktor yang berjaya namun gagal sebagai seorang abang. Seorang jurutera yang bijak tetapi lembap dalam menjaga isterinya sendiri. Seorang isteri yang solehah namun tidak bertindak seperti seorang kakak yang baik. Golongan yang telah dikenal pasti mengalami krisis MINDA SEPARA SEDAR adalah ketua mafia,ketua geng mamak,pramugara terlampau,polis perasuah,menteri penipu,ahli politik yang banyak bercakap tapi tak pandai berbuat,perdana menteri penipu (negaara planet Zargus) ,menteri besar lupa undang-undang(negeri di bawah laut Artik), ulama bisu dan penakut,ustaz perogol ,blogger yang hebat mengkritik tapi tak tau adab ,Ayah Pin,HAji Kaha,Tok Guru Sesat( pondok sebelah planet Marikh),isteri curang dan lain-lain. Turut tidak terkecuali golongan yang terasuk di dalam MINDA SEPARA SEDAR adalah mereka yang obses dengan sistem politik,demokrasi,akademik,falsafah,hiburan,kekuasaan,pemerintahan dan sebagainya. Apabila anda tidak dapat melihat bagaimana Konsprasi telah mengelabui kehidupan, anda hidup di dalam zon selesa dan telah merasa puas dengan apa yang anda miliki sekarang tanpa mengetahui MAKNA SEBENAR PERTARUNGAN ATAU PERMAINAN ALAM DUNIA INI MAKA ANDA JUGA TURUT BERADA DI BAWAH KAWALAN MINDA SEPARA SEDAR.

Sekarang anda akan memasuki ke ruang MINDA SEDAR. SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN TERLEBIH DAHULU. ….





MINDA SEDAR beerti MINDA YANG SEDAR AKAN KEBAIKAN,KEBURUKAN,KESAN,AKIBAT,PUNCA,FAKTOR,KEKUATAN,KELEMAHAN,HIKMAH,PENGAJARAN,DOSA,PAHALA,GANJARAN,NIKMAT HASIL DARIPADA SETIAP PERLAKUAN ATAU TINDAKAN. Golongan manusia yang mengalami atau menghidapi MINDA SEDAR adalah orang yang benar-benar MUSLIM,MUKMIN,MUKHLISIN,MUHSININ dan seangkatan dengannya. Golongan ini sedar akan hasil daripada setiap tindakan dan perlakuan mereka. Mereka sedar akan tujuan hidup yang sebenar. Golongan ini memiliki kepercayaan(self-trust) dan keyakinan pada diri sendiri(self confident) yang sangat hebat. Berperwatakan menarik dan sentiasa kemas,berketrampilan tinggi,memiliki karisma dan kredibilti yang jitu.




( gambar di atas adalah contoh beberapa model yang memiliki MINDA SEDAR,penulis tidak bermaksud untuk memuja atau mengagungkan perwatakan dan karisma mereka tetapi cukup sekadar untuk mengambil ibrah semata-mata.)


Sentiasa hebat di pandangan kawan dan lawan. Berbangga dengan kebaikan,kecantikan yang ada pada diri sendiri dan sentiasa ingin berkongsi kebaikan tersebut dengan orang lain. Segala kelemahan pada diri mereka ,senantiasa diinsafi, ditangisi dan dibimbangi atau dimuhasabah. Hati mereka sentiasa jernih dan tiada permusuhan,benci mahupun dendam. Mereka sentiasa berjaya dalam mengejar cita-cita dan matlamat,hebat dalam setiap aspek kehidupan. Mereka berjaya sebagai seorang ahli agama,seorang ayah,seorang abang,seorang isteri,seorang anak,seorang ibu dan sebagai seorang sahabat. Kejayaan mereka dalam setiap aspek kehidupan inilah yang dimaksudkan sebagai “ PENGABDIAN SEORANG HAMBA KEPADA TUHANNYA”.

“SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU,MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH TAALA”.


Manusia hanya akan berada di alam MINDA SEDAR apabila mereka kenal sebab asal penciptaan mereka atau kenal maksud sebenar kedatangan mereka di atas muka bumi IAITU HANYA UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T. “TIDAKLAH AKU MENCIPTAKAN MANUSIA DAN JIN HANYA UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADAKU”. Kata ALLAH AZZAWAJALLA. Manusia yang gagal mengenali TUHANNYA HANYA SENTIASA SEDIH,TAKUT,HILANG HARAPAN,KECEWA DAN GUNDAH GULANA MEMIKIRKAN “ Ke mana langkah aku selepas ini ? Tidak cukupkah dengan kejayaan aku memimpin dunia,memegang kunci perbendaharaan harta benda dunia ,mempunyai ribuan isteri yang cantik dan mempesonakan. Apa lagi yang aku perlukan ? Perasaan inilah yang telah dialami oleh ribuan manusia yang sering kali menggunakan kaedah MEMBUNUH DIRI sebagai alternatif dalam MENCARI ERTI SEBENAR SEBUAH PENGABDIAN. ERTI SEBUAH KEHIDUPAN. (Kes seperti ini sangat kerap berlaku terhadap saudara-saudara kita di Jepun,korea,Taiwan dan beberapa Negara lain)SEMOGA ALLAH MENERIMA MEREKA SEBAGAI HAMBA-NYA IN’ALLAH. SELAGI MAKNA KEHIDUPAN INI GAGAL DISELAMI DAN DIHAYATI DENGAN MAKNA YANG PALING DALAM SEHINGGA MENUSUK KE LUBUK HATI MAKA KETAHULAH BAHWA KEHIDUPAN ANDA HANYALAH KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA YANG GAGAL, ROSAK,HANCUR DAN PUNAH MESKIPUN ANDA SEORANG ULAMA,USTAZ ATAU MUSLIM.

MINDA TERLAMPAU SEDAR (SUPERCONCIOUS MINDS)

MINDA TERLEBIH SEDAR ADALAH SUATU BENTUK PEMIKIRAN YANG PALING HEBAT DAN AGUNG. SUATU BENTUK PEMIKIRAN YANG TIDAK MENGENAL BATAS ATAU SEMPADAN. TIADA APA YANG MENJADI PENGHALANG BAGI MEREKA. MEREKA TIDAK LAGI MEMILIKI CITA-CITA ATAU MATLAMAT KERANA

MEREKALAH MATLAMAT DAN CITA-CITA. DUNIA DAN AKHIRAT TUNDUK KEPADA MEREKA. SYAITAN MENJADI SELEMAH-LEMAH MAKHLUK APABILA BERDEPAN DENGAN MEREKA. SETIAP LANGKAH DAN TERIAKAN SUARA MEREKA AKAN MENGGENTARKAN SESIAPA SAHAJA YANG MELIHAT DAN MEMANDANG MEREKA. AYUNAN PEDANG ,TERJAHAN KAKI DAN TANGAN MEREKA AKAN MELUMPUHKAN SESIAPA SAHAJA YANG DISENTUHNYA.

SIAPAKAH MEREKA YANG HEBAT INI ? BAGAIMANA MEREKA MAMPU MENJADI SEHEBAT INI ? APAKAH RAHSIA MEREKA MENJADI YANG PALING HEBAT ?

BAGI MEREKA TIADA RAHSIA UNTUK MENJADI SEPERTI KERANA SEMUA MANUSIA MAMPU MENJADI SEPERTI MEREKA.

PADA MEREKA ……

“HANYA ALLAH KAMI MENYEMBAH DAN KEPADANYA KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.”







(IMAM MAHDI-gambaran penulis semata,bukan gambar sebenar)

MEREKA SEBAHAGIAN DARIPADA ALLAH DAN ALLAH ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA. SESINGGUHNYA KEMULIAN MANUSIA ADALAH KERANA KETAQWAANYA KEPADA ALLAH. MEREKA SANGAT HAMPIR KEPADA ALLAH DAN ALLAH SENTIASA BERADA DI DEPAN,DI ATAS DI BAWAH ,DI SISI DAN LEBIH HAMPIR DARIPADA URAT LEHER MEREKA SENDIRI. MEREKA INILAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI GOLONGAN HAMBA YANG TERPILIH. BAGI MEREKA YANG TERPILIH INI,MEREKA TIADA PILIHAN MELAINKAN ALLAH ADALAH PILIHAN MEREKA. GOLONGAN YANG TELAH DIKENALPASTI TERMASUK DALAM KELOMPOK INI ADALAH PARA RASUL,NABI,AULIA,MUTTAQIN DAN MUQARABIN.

CAUTION

Tahukah anda bagaimana teknologi KAWALAN MINDA DILAKSANAKAN ? APAKAH TUJUANNYA ? Tujuannya adalah untuk membuatkan manusia tidak sedar akan tujuan asal penciptaan mereka. Mereka hanya akan dibenarkan untuk disedarkan sebahagian sahaja tetapi tidak sepenuhnya. Inilah kebijaksanaan PUAK-PUAK SYAITAN YANG DIGELAR ILLUMNATI,FREEMASON DAN ZIONISME. Dan semestinya mereka hidup dengan penuh kesedaran melalui PENYERAHAN JIWA DAN MINDA SEDAR MEREKA KEPADA SYAITAN/ AZAZIL/LICIFER/DAJJAL.

LANGKAH MENGATASI

Dakwah adalah ubat yang paling mujarab dalam membentuk semula MINDA TIDAK SEDAR KEPADA SEPARA SEDAR DAN daripada MINDA SEPARA SEDAR KEPADA MINDA SEDAR. Sebagaimana telah disampaikan dalam artikel DAKWAH DAN TARBIYYAH =REVERSE FUNCTION, fungsi dakwah dan tarbiyyah telah diterbalikkan, maka untuk mengembalikan fungsi MINDA SEDAR adalah dengan mengimarahkan kembali dunia dengan MESEJ-MESEJ KEBAIKAN DAN KEBENARAN. Sentiasa ingatkan,pesan,ajak,seru,beritahu,khabarkan,sampaikan dan jelaskan agar manusia KEMBALI KEPADA TUJUAN ASAL PENCIPTAANNYA.

BERSEDIAKAN ANDA UNTUK HIDUP DI ALAM MINDA SEDAR ?


“LETS FREE OUR MIND “

Nota :

Penggunaan perkataan ‘conscious minds’,’subconscious minds’ ‘,self trust’,’self confident’,’self development’ merupakan cabang daripada ilmu psikologi. Namun penulis hanya merungkai ilmu tersebut dalam konteks yang lebih mudah dan ‘Nampak lebih beriman dan berTUHAN’ agar matlamat asal penulisan ini tidak lari dan atau tersasar iaitu UNTUK MENYERU MANUSIA AGAR KEMBALI KEPADA TUJUAN ASAL PENCIPTAAN MEREKA ATAU HIDUP DI BAWAH KEKUASAAN TUHAN.

“MENGABDIKAN DIRI SELURUHNYA KEPADA TUHAN SEMESTA ALAM.”

Followers