Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Ahad, 18 Oktober 2009

KE ARAH SOLUSI KONFLIK JEMAAH

Ana ade mendapat emel dari seorang sahabat,di sini ade beberapa cadangan menarik yang pada elok untuk direnungi bersama dan juga beberapa peringatan penting dari beliau. terdapat juga kata-kata yang agak kasar bunyinya tetapi ana x sampai hati nak padam. cume diharap para pembace boleh membuat penilaian sendiri tentang ape yang diperkatakan oleh beliau...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang soleh di masa kematiannya nanti,in'a.

............................................................................................................................................................................



Di sini ana ingin mengusulkan beberapa saranan dan cadangan kepada gerakan Islam seluruhnya. Kita akan kembali berbicara tentang masalah gerakan-gerakan Islam terutama di IPT,matrik dan di sekolah mungkin.



MASALAH



1. Ikhtilat



Secara jujur ,yakin dan percaya ,kita akan melihat gejala percampuran laki dan perempuan ini merupakan suatu fenomena yang biasa. Di mana lokasi sekalipun bahkan di institusi berasaskan agaama sendiri pun tidak terlepas daripada gejala ini. Pokoknya ikhtilat ini bukanlah masalah besar kerana kebanyakan ulama muktabaar telah membahasakan masalah ini. Tetapi perlu dingat kepada realiti semasa. Gejala sosial yg sangat membarah di IPT (seks bebas,buang anak,sumbang mahram). Puncanya adalah kaum wanita. Kaum wanita adalah senjata utama syaitan untuk menyesatkan lelaki beriman. Tidak kira yg berjilbab, atau tidak,selagi dia adalah wanita maka dialah senjata utama syaitan untuk memerangkap kaum lelaki. Bukan bermaksud menakutkan atau merendahkan kaum wanita tetapi ‘factual analysis’ telah membuktikan hal ini. Jika tidak benar maka cuba antum bayangkan, antum berada di dalam sebuah program Islamik, di mana kaum lelaki dan wanita turut sama memeriahkan program itu secara bersama. Kedua-dua kaum ini wujud secara bersama. Apakah yang akan berlaku kepada perasaan,emosi,nafsu dan hati anda. Ana berkeyakinan penuh bahawa antum akan terbayangkan seseorang yang istimewa akan hadir di dalam ‘program yg penuh dengan keberkatan’ itu. fikiran nakal akan berfikirkan bayang-bayang muslimah yang akan menyinari hidup antum di masa depan. Disebabkan itu ana secara berani mengatakan ikhtilat ini adalah HARAM sama sekali terutama di dalam program Islamik sebegini. Sudah cukuplah ikhtilat di dalam aktiviti harian antum yg lain tetapi di dalam program mencari hidayah ALLAH,ikutlah perintah-Nya dengan sempurna. Pendapat ini bukanlah berdasarkan fatwa mana-mana ulama yang telah meninggal dunia. Ikhtilat di zaman khilafah atau kegemilangan Islam adalah harus dan bahkan sunat jika tujuan untuk mencari jodoh tetapi di zaman pemerintahan DAJJAL ini (BUKAN MENSASARKAN MANA-MANA KERAJAAN DUNIA TETAPI KERAJAAN BAYANGAN YANG SEDANG BERKUASA) ,ikhtilat telah membawa kepada HARAM. Kerana ketiadaan institusi penguatkuasaan ,undang-undang,pemerintahan dan pendidikan yang berkesan dalam menangani gejala seks bebas sehingga ke hari ini.



2. Berebut menambah anggota


kes ini pernah terjadi di beberapa IPT dan juga sedang berlaku sebenarnya. Gejala ghairah kononnya atas alasan ingin ‘BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR KEBAIKAN’ maka masing-masing sanggup bertikam lidah. Sehinggakan terjadi fitnah dan prasangka di kalangan jemaaah masing-masing .



3. Bergerak secara NAFSI-NAFSI



Apabila berbicara tentang gerakan lain selain daripada kita maka ada di anatara kita yang akan menyebut ‘ x yah sibuk pasal diorang lah,kita cara kita,depa cara depa’. Mungkin dialog ini ingin menunjukan sikap hormat kita kepada prinsip gerakan lain tetapi realitinya kita sedang mengabaikan mereka. Mungkin tidak ada atau kurang daripada aktivis –aktivis Islam yang mengambil tahu akan perubahan landskap gerakan Islam selain daripada mereka. Kebanyakan mereka tidak tahu akan perubahan gerak kerja setiap gerakan masing-masing. Contoh lain adalah jika anda bertanyakan kepada budak JIM, apa yang berlaku kepada gerakan ABIM ,mereka akan menjawab ‘ Afwan,ana x campur dalam urusan diorang. ‘.Ini adalah satu lagi contoh jawapan yang kita akan dengar.. kesimpulan di sini adalah sikap tidak prihatin kita terhadap gerakan selain daripada kita. Itu sahaja.


4. “Afwan,ana nak tinggalkan antum dan buat gerakan baru”




Ini juga merupakan salah satu penyakit yang melanda gerakan Islam. Kerana tidak setuju dengan beberapa perkara kecil akhirnya,”afwan,ana x setuju dengan antum,jadi izinkan ana untuk melakukan islah dengan care ana sendiri. Mungkin bagi mereka yang pernah berada di dalam situasi ini tidak sedar bahawa antum hanyalah menambah satu lagi masalah baru. Tidak kira apa jua niat antum,tujuan dan matlamat,secara realitistiknya,kewujudan antum hanyalah menambah impak buruk kepada konflik yang berlaku.



5. Konsep AL- WALA WAL BARA’ yang meragukan



Ketaatan dan keingkaran. Hal ini amat sensitif dan ianya tidak boleh diguna pakai secara ‘selamba badak’ je oleh kelompok tertentu. Ade sebahagian yang faham dan tahu tentang kaedah kaedah berkenaan hal ini,atau dalam maksud yang lain,tahu batas-batas ketaatan dan keingkaran terhadap sesebuah jemaah atau individu,pada ana x bermasalah,tetapi kebanyakannya tidak jelas akan konsep ini dan akhirnya mereka jadi takut untuk bersuara, sentiasa bertaklik dengan setiap pengarahan yang diberikan sehinggakan adakalanya sanggup mempertahankan pandangan-pandangn daripada kelompok mereka walaupun pada sudut lain,telah jelas pandangan mereka salah dan meragukan




Walaupun ana agak kecewa dgn jemaah Islam tapi in’allah ana akan memberikan sedikit solusi atau penyelesaian yang pada ana wajar untuk diaplikasikan.



SOLUSI



1. Realistik dan Fokus


Sila perhatikan masalah atau isu-isu di sekeliling antum contohnya. Bergerak dan berfikir secara realistik. Contohnya isu zina atau seks bebas. Ianya merupakan isu yang sangat kritikal. Apakah satu dosa besar atau SYIRIK seandainya antum semua duduk semeja dan berbincang tentang masalah ini dan cari solusi yang lebih konstruktif dan effektif. Fikirkan kaedah atau alternatif yang dirasakan boleh mengatasi masalah ini. Contohnya kempen ‘JAUHI ZINA’ yang dipelopori oleh WANITA JIM. Ianya satu idea yang baik tetapi bagi ana idea NIKAH AWAL lebih berkesan dan dijamin oleh SIRIM,in’a.


2. Hindari polemik ‘mencari atau menambah ahli’


Tinggalkan perkara di atas. Tujuan antum bergerak bukanlah untuk mengembang-biakkan jemaah antum tetapi untuk memperbaiki ummat. Jangan pergunakan lagi alasan untuk ‘mengejar atau berlumba-lumba ke arah kebaikan’.


3. Rapatkan saf ukhuwah


Amalkan aktiviti-aktiviti secara bersama. Contohnya riadah bersama,iftar ,jaulah,muqayyam nasional dan pelbagai aktiviti santai yang lain yang dirasakan boleh merapatkan hubungan.


4. Rancang program bersama


Contohnya gerakan X bersama gerakan RAKAN MASJID,menganjurkan aktiviti MEGA QIAMULAIL.program tersebut turut dianjur bersama gerekan ISMA,JIM dan lain-lain. Bermula pada jam 11.00 malam di masjid UTX. Dijangka habis pada solat Subuh.. semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Contoh lain,anjurkan seminar akademik bagi tujuan menarik mad’u baru dan untuk lebih menunjukkan keikhlasan kita memperbaiki keadaan student IPT masa kini. Ana JAMIN pihak universiti pasti akan meberikan kerjasama 100% jika rancangan ini dapat dilaksanakan. Contoh lagi,adakan kursus pemantapan rumah tangga. Dianjurkan oleh JIM,PAS dan Dr. Dibuka untuk pasangan yang baru berkahwin,yang hendak berkahwin dan yang nampak ‘macam dah kahwin tapi masih x kahwin-kahwin lagi’(PAHAM-PAHAM SENDIRI YE),anda semua dijemput hadir. Program ini turut menawarkan cara untuk memujuk orang tua anda dan pasangan anda supaya diberi ‘lampu hijau’ untuk bernikah awal dan cara untuk mengadakan majlis perkahwinan pada HARGA PROMOSI (MURAH DAN SENANG) .


5. Simpan data secara terkumpul


Sentiasa berhubung dan perbaharui maklumat dan bertukar-tukar pandangan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Perhatikan perkembangan insan-insan yang ingin perbaiki diri,data solat,data nikah dan segala data kebaikan yang boleh dikumpul agar antum dapat melihat dan membuat analisis kadar kerosakan dan perbaikan yang berlaku di sekeliling.


6. Sirriah/ KERAHSIAAN


Apabila saf ukhuwah mula membaik dan semakin rapat maka mula laksanakan sistem SIRRIAH. Yang penting menyembunyikan individu yang sentiasa membuat keputusan penting ,data-data sulit dan sebagainya. Hal ini hanya boleh diketahui oleh sekelompok kecil sahaja. Pada masa sekarang SIRRIAH ini adalah TIDAK RELEVAN DAN MENGGANGGU. Fasa SIRRIAH ini sangat kritikal. Ia tidak boleh dilaksanakan sesuka hati. Ianya berkesan apabila sesuatu gerakan mula tersusun dan sistematik.



Penutup


Sila sentiasa kekalkan keharmonian dan kesejahteraan hubungan. Elak daripada berbicara soal yang boleh merenggangkan hubungan. Antara isu yang bepotensi untuk merengangkan hubungan adalah :




1.politik

2.latar belakang gerakan

3.sunnh-syiah

4.hadith dhaif

5.pendapat ulama(x kira di dalam apa jua hal)



Kekalkan hubungan dan ceriakan saf-saf ukhuwah melalui isu:



1.masyarakat

2.akademik

3.ukhuwah

4.tarbiyyah dan dakwah

5. ekonomi.



Akhir kalam,ini adalah cadangan peribadi ana semata-mata yang SANGAT BOSAN DENGAN JEMAAH ini. Ana harapkan ada tindakan drastik yang boleh diambil.Jika berlaku kekurangan mohon keampunan. Sebenarnya ana ada jugak mendengar hujah yang mane jemaah Islam akan bersatu apabila datangnya khalifah. Afwan. Bagi ana ,hujah ini adalah LAWAK ANTARABANGSA YANG PALING TERUK. Jika keadaan sekarang tidak diperbaharui maka silap hari bulan,setiap jemaah akan ade khalifah masing-masing sehinggalah berlaku peperangan ,”KHALIFAH JEMAAH MANE YANG PALING BERIMAN”!. Dan akhirnya UMMAT juga yang rugi. Seandainya idea ini bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang jemaah antum dan juga bertentangan dengan mane-mane ‘pihak atasan organisasi’ jemaah antum semua,maka sila tinggalkan jemaah tesebut dan juga koyakkan undang undang yang menyusahkan cadangan ini. UNDANG-UNDANG ALLAH LEBIH AFDHAL UNTUK ANTUM SEMUA MULIAKAN. Ana x teragak-agak untuk menyatakan bahawa dosa yang paling besar untuk ditanggung oleh ummat ini akan dipikul oleh JEMAAH ISLAM YANG ADA. ANTUMLAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEMBAWA HIDAYAH KEPADA SELURUH PENDUDUK DUNIA. JEMAAH ISLAMLAH YANG AKAN DISOAL ALLAH APABILA TIADA KHILAFAH BERKUASA,BUKAN KERAJAAN SEDIA ADA. ANTUMLAH YANG TELAH DIBERI KESEDARAN DAN PETUNJUK UNTUK MEMIMPIN UMMAT INI. ANTUM MEMILIKI ‘KUASA DAKWAH dan TARBIYYAH’ UNTUK MEMBAWA UMMAT INI KEMBALI KE NUR ISLAM. TETAPI ANTUM PERSIA-SIAKAN KUASA YANG DIBERI. ANA POHON JIKA ANTUM MASIH LAGI INGIN MEMPERTAHANKAN EGO DAN SOMBONG ANTUM,MAKA TERUSKANLAH DAN INGAT AMARAN ANA PADA ANTUM SEMUA. ‘DAN JANGANLAH KAMU BERBANTAH- BANTAH SETELAH DATANG KEBENARAN KEPADA KAMU’. (BUKAN BERMAKSUD ANA YANG BENAR DI SINI)



LAST REMINDER DARI ALLAH………………..



Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti SUATU BANGUNAN yang tersusun kokoh.


Ana hanya mengikut perintah Allah di dalam surah Al-hujrat”




“SESUNGGUHNYA ORANG BERIMAN ITU BERSAUDARA,DAN DAMAIKANLAH DI ANTARA KEDUANYA YANG BERTELAGAH DAN BERTAQWALAH SEMOGA KALIAN MENDAPAT KEUNTUNGAN DARI ALLAH..

KALAU NAK MARAHKAN ANA MAKA SILA MARAH ALLAH TERLEBIH DAHULU !!!!

EVERYTHING COMES FROM ALLAH. I’VE GOT NOTHING OK. ASSALAMULAIKUM BUAT GERAKAN ISLAM YANG MAHUKAN PERBAIKAN.

Followers