Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 24 Oktober 2009

CATATAN KHAS MUSLIMDAIRYZ. COM



birds

birds

birds

birds

birds



Sedikit catatan ringkas ntuk buat pembace sekalian. Pertama-tama mungkin ingin dijelaskan sebab kenapa blog ini banyak memuatkan tentang konspirasi,idea-idea pelik tentang fenomena masa depan dan sebgainya. Mungkin terdapat respon seperti dibawah yg agak ragu- ragu dengan apa yg diposkan di laman blog ini. Antara respon yg telah dikenalpasti :

1. bahaya fahaman-fahaman yg obses dgn konspirasi nie,mereka nie terlalu byk berkhayal dan byk tgk movie..

2. ilmu nie ade byk..ade ilmu dari Allah dan ade jgk dari syaitan. ilmu-ilmu teori mcm nie kena berhati-hati pasal takut menyimpang dari Al-quran dan As-sunnah.

3. apsal keluar teori pelik-pelik pasal ISlam,jgn metafsir agama Islam mengikut kepala hotak sendiri. takut jadi macam Aminah wadud.

4. nie spesis yg byk sgt berfikir. tanpa nas dan dalil yg jelas,jgn menjadikan hujah sendiri sesuka hati ntuk mengeluarkan pendapat atau fatwa.

5. blog muslimdairyz nie berbahaye. bleh membuatkan orang menyimpang dari Al-Quran dan As-Sunnah.Artikel die pelik-pelik je. kate pelopor new revolution of Islamic thinking...mane bleh buat hujah tentang islam sesuka kepala lutut je.

6. xyah copy ler artikel kat muslimdairyz nie,byk mengarut je nie. dalil yg dikeluarkan x kena langsung..

------------------------------------------------------------------------------------

kalau nak menjawab,jenuh ler tapi hujah yg dibuat di atas nie ,sebenarnye mereka nie x bace habis segala artikel yg dipos. klau perasan,kebanyakan artikel nie menggunakan dalil .."JIKA X PERCAYA,SILA LIHAT FAKTA DI SEKELILING ANDA".Jadi sebelum ingin menghukum,menilai seseorang atau sesuatu ,sila buat analisa yg adil.Adakah kerana teori yg diberikan tidak 'match' dgn kitab yg anda telah hafal dan hadam maka anda mengatakan hujah tersebut sesat dan mengarut, tidak kena Al-quran dan As-sunnah walhal teori atau hujah yg dikeluarkan tidak sepadan dengan ilmu yg ade dikepala anda sahaja.



ISlam is not belong to anybody. manusia tiada yg benar dan betul. mereka(di atas) ini hanya mampu berteori tapi praktikal mereka jaun menyimpang sebenarnya.(bukan bermaksud Islam bleh ditafsir sesuka hati oleh sesiapa je)


Satu lagi perkara penting,saya ingin bersikap untuk menolak sebarang hujah atau perspektif yang berkaitan dengan POLITIK. Kenapa ? saye dah jawab kat' KONSPIRASI TERBESAR TERBONGKAR'..


Saya agak bosan dengan 'kitab-kitab lama yg telah berhabuk'. Isinya telah jauh dgn realiti yg dihadapi oleh kita pada akhir zaman ini. Ustaz yg mengeluarkan slogan TAJDID atau PEMBAHARUAN ,hanyalah berslogan dan hujah yg diberi mengecewakan
dan biasa-biasa je.

Ustaz-ustaz/ulama yg ade memang banyak sangat berhujah dan pandai berkata2. Praktikal mereka amat jauh dari apa yg diungkapkan di mulut. Biler suruh dakwah," xyah susah2 cam zaman nabi dulu,kat blog sudah "

Hukum dakwah sudah berubah serentak dengan keperluan ummat. Hukumnya bukan lagi fardhu kifayah tetapi fardhu ain. Tolonglah jgn bersembang pasal hukum lagi. Ummat nie dah berserabut sgt wahai ustaz.....anda kena lepak dgn geng rempit,sembang dgn mat-mat lepak,gi joging dgn tukang karut kat kedai kopi!! sila URUS TADBIR KEBAIKAN/DAKWAH YG INGIN DIBUAT DGN BAIK. ANGGAPKAN KERJA DAKWAH YG DIBUAT INI UMPAMA BERNIAGA ATAU MENGURUS SEBUAH ORNAGISASI,ANDA AKAN TAHU SAKITNYA BAGINDA BERDAKWAH PADA ZAMAN DAHULU....IN'ALLAH.


SAYA INGIN MENGAMBIL RISIKO UNTUK MENGELUARKAN HUJAH SENDIRI TANPA BERPANDUKAN SESIAPA. (BEDASARKAN ARTIKEL YG DITULIS )APE YG SAYE SAMPAIKAN DI BLOG INI HANYALAH BERDASARKAN PRAKTIKAL DAN REALITI MASYARAKAT SEKELILLING.SAYE MERUPAKAN BEKAS AKTIVIS GERAKAN JADI SAYE AGAK MEMAHAMI ETIKA SERTA PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAM SEMASA.



GURU SAYA ADALAH MASYARAKAT SERTA PERSEKITARAN. JADI SAYA BUKANLAH BERGURUKAN SYAITAN, HARAP ANDA SEMUA BOLEH TERIMA..penulis
....................................................................................


nota : catatan di atas telah disampaikan kepada saye beberapa hari lepas.jadi kepada sesiapa yg ingin berhubung dengan penulis sila berhubung di emel beliau ...nextcalifah@gmail.com.....JIKA ANDA INGIN TAHU APAKAH ARTIKEL YG TELAH DITULIS OLEH BELIAU,di sini saye menyertakan tajuk artikel tersebut..

1.POHON KRISIS
2.SELAMAT DATANG KE ALAM MANUSIA
3.TEKNOLOGI TARBIYYAH TUHAN
4.SISTM TARBIYYAH MAHA TERHEBAT
5.MISTREI TAQWA TERDEDAH
6.LOGARITMA NILAI
7.FIKRAH VS FITRAH
8.FOTRAH CONSTRUCTION
9.JALAN-JALAN SYAITAN
10.FASTABIQUL KHAIRAT
11.PERMATA BERNAMA WANITA
12.KEBENARAN PASTI DATANG
13.KONSPIRASI TERBESAR TERBONGKAR
14.ONANI : SATU ALTERNATIF PENCEGAHAN
15.KENAPA MESTI ADE MUTABA'AH
16.SURAT YG TIDAK SAMPAI
17.SURAT LAYANG-LAYANG
18.SOLUSI KE ARAH KONFLIK JEMAAH
19.PRINSIP ASAS TARBIYYAH

PRINSIP ASAS TARBIYYAH





Mari berbicara tentang TARBIYYAH. Sebagaimana yang telah diberitahu sebelum ini bahawa TARBIYYAH adalah proses . Mungkin elok sekiranya saya menerangkan dengan lebih terperinci. Di dalam artikel KEBENARAN PASTI DATANG,saya juga ade menerangkan tentang perkara yang sama. Kali ini saya akan cube memberikan suatu masukan tambahan tentang apa yang difahami maksud TARBIYYAH tersebut.

Saya mengatakan TARBIYYAH mestilah berterusan,berkesan dan produktif. Maksudnya di sini adalah ,segala program yang menyeru kepada kebaikan atau dalam erti kata yg lain iaitu DAKWAH,ianya mestilah perlu disusuli dengan PENDATAAN,LAPORAN,ANALISIS,FOLLOW UP,PEMANTAUAN DAN KAWALAN.

Contoh anda mendokong suatu gerakan yang menggunakan usrah atau halqah sesbagai teras di dalam membina peroduk kumpulan anda, halaqah tersebut perlulah dibuat pendataan,laporan dan pemantauan. Supaya ‘ahli-ahli’ gerakan tersebut senantiasa dipantau dan dijaga sepanjang masa.-DI SINILAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERTERUSAN-

TARBIYYAH= HALAQAH/USRAH + PROGRAM + MUTABA’AH + LAPORAN HALAQAH + KELUAR/MASUK AHLI + SYURA + PENGARAHAN + KAWALAN KUALITI....



TARBIYYAH ADALAH PROSES. APABILA BERCAKAP TENTANG PROSES MAKA IA MESTILAH BERULANG-ULANG,MANTAP DAN KONSISTEN




Satu lagi analogi mudah..................................


IBARATKAN TARBIYYAH INI ADALAH KERETA MAKA IA HARUSLAH TERDIRI DARIPADA KOMPONEN-KOMPENEN YANG DICAMTUMKAN

KERETA = TAYAR + BADAN +ENJIN + CERMIN + PINTU +SPORT RING + ABSORBER DLL
( lihat rajah dibawah..bukan actual cume gambaran je)











Jadi begitu juga dengan TARBIYYAH

TARBIYYAH= HALAQAH/USRAH + PROGRAM + MUTABA’AH + LAPORAN HALAQAH + KELUAR/MASUK AHLI + SYURA + PENGARAHAN + KAWALAN KUALITI....

TAYAR ADALAH TAYAR. ENJIN ADALH ENJIN DAN KERETA ADALAH KERETA. ENJIN HANYALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KERETA TETAPI IA TETAP SEBAGAI ENJIN DAN BEGITU JUGA KOMPONEN YANG LAIN.
Bukti bahawa TARBIYYAH mestlah berterusan....

Surah Ali-imran ayat 79..


Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. ---perhatikan bahagian ini.


...... , karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya /BELAJAR DAN MENGAJARKAN- DI SINILAH YANG DIKATAKAN BERTERUSAN......

BERDASARKAN KONSEP ASAS KEJURUTERAAN,SESUATU YANG BERTERUSAN INI DIKATAKAN SEBAGAI PROSES atau SISTEM





“TARBIYYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA TETAPI SEGALA-GALANYA TAKKAN BERMULA TANPA TARBIYYAH.......”MUSTAFA MAHSYUR

FALSAFAH PERNIAGAAN ISLAM


Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.



Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.



Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak. Di antaranya:


1. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.


2. Melalui perniagaan, kita dapat memberi khidmat secara langsung mahupun tidak langsung kepada manusia dan ahli-ahli masyarakat.



3. Islam sangat menggalakkan kerjasama. Di dalam perniagaan banyak terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama.


4. Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur tidak boleh berniaga.


5. Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Mendahulukan, mengutamakan dan memudahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.



6. Dengan berniaga kita dapat menyelamatkan barangan keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Kalau tidak, barangan itu akan rosak dan terbuang. Akan timbul pembaziran. Dalam Islam pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.


7. Kita dapat memperolehi banyak pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.


8. Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dan berlapang dada dalam menghadapi berbagai kerenah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.


9. Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, bangsa dan Negara. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Tuhan serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula di atas kesyukuran mereka itu.


10. Dalam berniaga, kita berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan. Dapat kita wujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Banyak golongan akan terbantu dan terbela.


11. Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Dengan perniagaan, manusia boleh mengelak diri dari menganggur yang ditegah oleh syariat. Sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.


Jelas sekali bahawa dengan apa yang disenaraikan di atas, begitu banyak syariat Islam dapat kita tegakkan melalui perniagaan. Maksudnya, berbagai-bagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek yang kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Munasabah juga berniaga itu dianggap kerja paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.



nota : artikel di ambil di blog encikt ofiq. falsafah yg sangat mudah dan berkesan tentang 'business in Islam'..selamat membace(diharap enciktofik x kisah psal copy artikel dari blog beliau)

Followers