LARI ATAU SEMBUNYI ..BERDEPAN DENGAN FAKTA..
MOTIF UNTUK PENULISAN KALI INI MASIH TIDAK JELAS..
Kami tidak sedar sebenarnya semenjal awal tahun ini,tempo penulisan kami berubah secara drastik. Sangat mendadak. Keterlaluan berubah. Pada awalnya tulisan kami agak SERBA SYOK SENDIRI. Namun semenjak kami mula meneroka kelebihan yang ada pada diri kami sendiri,akhirnya kami mengambil keputusan secara mendesak,untuk MENULIS SECARA SERIUS. MOTIF TULISAN KAMI HANYALAH SEKADAR MEMBAWA MATLAMAT UNTUK MENYAMPAIKAN SEMATA-MATA. SEBARANG KOMEN DARIPADA PEMBACA ADALAH TIDAK DIPERLUKAN. HARAP MAKLUM..
PADA AWALNYA OBJEKTIF KAMI ADALAH MEMBAWA KESEDARAN BERKENAAN MASALAH MANUSIA YANG TERLUPA PADA DIRI SENDIRI. MANUSIA YANG GAGAL KENAL AKAN KELEBIHAN DIRINYA SENDIRI. MANUSIA YANG TIDAK TAHU DI MANA POSISI KEDUDUKANNYA DI SISI ALLAH.
KEMUDIAN OBJEKTIF INI BERUBAH KEPADA TITIK KONSIPIRASI WALAUPUN KUPASAN TIDAK TERLALU TIPIKAL NAMUN KAMI SECARA LATERAL, SEOPTIMUM MUNGKIN MAHU MEMBAWAKAN KITA SEMUA KEPADA SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN KITA PENUH DENGAN KEMUNGKINAN YANG TIDAK MASUK AKAL. TERLALU BANYAK PERKARA YANG TIDAK DAPAT DINYAHKOD SECARA LOGIK DAN WARAS. FIKIRAN MUNGKIN ADALAH SALAH SATU KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH NAMUN UNSUR PERCAYA MASIH LAGI MENGHANTUI KESEDARAN YANG WUJUD DALAM KALANGAN PEMIKIR YANG ADA DI SEKITAR.
KESIMPULAN YANG KAMI MAMPU BAWAKAN ADALAH PERCAYA MERUPAKAN SATU JANAKUASA TINDAKAN MANUSIA YANG PALING BERPENGARUH. NAMUN IA BERSIFAT PALING RAPUH DAN MUDAH UNTUK DIMANIPULASI. SIFAT ATAU KAREKTERISTIK. KENAPA IA BERUBAH MENJADI SANGAT RAPUH SEDEMIKIAN RUPA.
BERBALIK KEPADA KEADAAN ZAMAN.
PADA ZAMAN KENABIAN,UNSUR PERCAYA BERADA PADA TAHAP YANG OPTIMUM. SEBABNYA ADALAH KETERIKATAN LANGSUNG YANG WUJUD DI ANTARA PERCAYA DAN JUGA BUKTI YANG ADA.
PERCAYA MESTI BERSAMA DENGAN BUKTI...
PERCAYA MESTI DIGANDINGKAN DENGAN BUKTI..
SEPERTI KAMI KATAKAN .
NABI DAN RASUL ADALAH BUKTI KEKUASAAN ALLAH.
FIZIKAL DAN WATAK MEREKA YANG WUJUD DI DEPAN MATA SECARA SIGNIFIKAN TELAH MENCIPTA PERCAYA YANG PALING KUAT PADA DIRI SETIAP MANUSIA.
SANGAT BERUNTUNG BAGI MEREKA YANG MEPERAKUI BUKTI KEKUASAAN ALLAH YANG ADA DI DEPAN MATA MEREKA.
PERCAYA HANYALAH SALAH SATU DARIPADA UNSUR –UNSUR PENTING YANG ADA DI DALAM RANTING AGAMA YANG NAMANYA
...AKIDAH..
TERAS...
CORE..
AKIDAH MERANGKUMI BEBERAPA LAGI UNSUR PENTING IAITU
TAKUT..
HARAPAN...
CINTA..
YAKIN....
PERCAYA..
KELIMA-LIMA UNSUR SEUMPAMA ADIK-BERADIK YANG BERADA DI DALAM SEBUAH KELUARGA.
KETAKUTAN..HARAPAN..CINTA..YAKIN..PERCAYA..
KESEMUA MERUPAKAN UNSUR YANG AKAN MEMPENGARUHI SESEORANG UNTUK BERTINDAK KE ARAH SESUATU. SETIAP UNSUR-UNSUR INI TERHASIL DAN WUJUD DALAM KEADAAN YANG PELBAGAI. SETIAP ORANG MEMILIKI TAHAP UNSUR AKIDAH YANG BERBEZA-BEZA..
BEREERTI..JIKA DIPADANKAN PADA JUMLAH KOMPOSISI YANG ADA PADA PENDUDUK DUNIA HARI INI.TERDAPAT LEBIH KURANG 7.0 BILLION MANUSIA MAKA..
TERDAPAT 7.0 X 5 BILLION TAHAP YANG BERBEZA BAGI SETIAP UNSUR YANG TERKANDUNG DALAM SETIAP MANUSIA YANG ADA..
SETIAP UNSUR PADA SETIAP INDIVIDU ADALAH RELATIF..BERGANTUNG BAGAIMANA IA DIJANA OLEH SETIAP INDIVIDU..
UNSUR YAKIN SEDIKIT BERBEZA DENGAN PERCAYA..IA MEMERLUKAN PENGKAJIAN BAGI SETIAP APA YANG DIPERCAYA OLEH SETIAP MANUSIA. PERCAYA HANYA BERTINDAK PADA DETIK PENGAWALAN NAMUN YAKIN AKAN TERBIT DI MANA SETIAP APA YANG DIPERCAYA ITU AKAN MEMANDU KEPADA SETIAP PERSOALAN WUJUD.
KITA SEMAKIN MENJEJAKI DETIK 2012,SAAT YANG DIKATAKAN SEDANG DIRENCANAKAN SUATU AGENDA SECARA BESAR-BESARAN. TIDAK PASTI ATAU RAGU-RAGU NAMUN BERDASARKAN APA YANG DIDAPATI MENERUSI KESIMPULAN RINGKAS YANG BERJAYA DITEMUI,KEBANYAKAN BAGI SETIAP KONSPIRASI YANG TERJADI MEMERLUKAN TEMPOH MASA SEHINGGA 40-50 TAHUN UNTUK DIBONGKAR. BERKENAAN HAARP,PROJEK MONTAUK,BLUE BEAM PROJECT ,PERANG DUNIA ,KRISIS KEWANGAN, DAN BERMACAM LAGI KONSPIRASI YANG WUJUD DI SEKELILING .
SANGAT PELIK. UNTUK MEMPERCAYAI BAGAIMANA KONSPIRASI MUNCUL. KAMI MENGALAMI PEMIKIRAN YANG KAMI YAKIN SERUPA DENGAN APA YANG DIALAMI PARA PEMBACA DAN PEMBONGKAR KONSPIRASI..
PERSOALAN ASAL BAGAIMANA TERBITNYA KONSPIRASI ..KAMI TIDAK MENOLAK HUJAH BAHAWASANYA TERDAPAT JUGA PERKARA YANG BUKAN DARIPADA CETUSAN KONSPIRASI..
KONSPIRASI BUKANLAH SEGALA-GALANYA NAMUN SEGALA-GALANYA TIDAK AKAN BERMULA DARIPADA KONSPIRASI..
KAMI MULA CENDERUNG KEPADA PERSOALAN KONPIRASI PADA KETIKA MEMIKIRKAN ANEKDOT YANG MEMENINGKAN KEPALA..
MENGAPA SEAKAN KRISIS EKONOMI BERJALAN SECARA SERAGAM SELAMA SETIAP 10 TAHUN..ADAKAH KERANA FAKTOR TREND SISTEM KAPITALISME SEMATA-MATA ATAU ADA SEBAB LAIN..
MENGAPA SETIAP KALI BERLAKU PERUBAHAN POLITIK DI USA,WALAU SIAPA PUN PRESIDENNYA,ISRAEL TETAP TERJAMIN DARI SETIAP KEKUASAAN DAN PENGARUH POLITIK DI RANTAU ARAB.
PERSOALAN YANG PALING MUDAH..MENGAPAKAH BERLAKUNYA BENCANA DAN JENAYAH SOSIAL SEAKAN TIDAK BERHENTI..IA SEAKAN KITARAN ATAU SISTEM YANG TEGUH BERJALAN..SEPERTI AIR YANG SENTIASA MENGALIR..
JIKA MENGATAKAN IA ADALAH FAKTOR KESILAPAN SEMULAJADI YANG DISEBABKAN AKHLAK MANUSIA..
KENYATAAN INI BETUL PADA DASARNYA..KERANA ALLAH TELAH MEMBERITAHU..DALAM SURAH AR-RUM, SESUNGGUHNYA TELAH TERJADI KEROSAKAN DI BUMI DAN LAUTAN AKIBAT DARIPADA TANGAN-TANGAN MANUSIA
SEMATA-MATA DISEBABKAN FAKTOR MANUSIA..
TETAPI ADAKAH INI JAWAPANNYA..
BUKAN. ADA PELBAGAI TEKA-TEKI YANG MENJADI PERSOALAN..
PADA AKHIRNYA DALAM SURAH AN-NAS,ALLAH MERANGKUMKAN TEKA-TEKI TENTANG APA YANG TERJADI DI ATAS MUKA BUMI BERMULA DARIPADA PENCIPTAAN ADAM SEHINGGALAH NABI MUHAMMAD S.A.W. DALAM SUSUSAN 6 AYAT YANG CUKUP RINGKAS DAN PADAT..
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. |
|
Raja manusia. |
|
Sembahan manusia. |
|
dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, |
|
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. |
|
dari (golongan) jin dan manusia. |
JIKA MAHU MENGATAKAN ANDA PINTAR, BERSAKSIKANLAH BAHAWA SYAITAN JAUH LEBIH PINTAR DALAM MEROSAKKAN ANAK ADAM..
MEREKA TAHU ,SEDAR DAN FAHAM BAGAIMANA UNTUK MEMANIPULASIKAN SEJARAH DEMI MENCIPTA MASA DEPAN YANG PUNAH DAN RETAK..
MEREKA TAHU,SEDAR DAN FAHAM BAGAIMANA MERUBAH PERATURAN TUHAN DEMI MEMASTIKAN PERATURANNYA TERTEGAK DI ATAS MUKA BUMI.
MEREKA JAUH LEBIH TAHU,SEDAR DAN FAHAM BAHAWASANYA NERAKA ITU SANGAT MENAKUTKAN DAN TERLALU MENGGERUNKAN JIKA MANA IA DIHUNI SEORANG DIRI DI SANA. DI SEBABKAN ITULAH MEREKA SEDAYA UPAYA MUNGKIN UNTUK MENGHERET SERAMAI MUNGKIN ANAK ADAM KE NERAKA..
MEREKA JUGA TAHU BAHAWA NERAKA ITU TERLALU KEJAM DAN DAHSYAT..SEANDAINYA SELURUH MANUSIA DAPAT MELIHAT NERAKA DI DEPAN MATA MEREKA MAKA ..
NESCAYA..
TIDAK AKAN ADA YANG BERANI BERZINA DENGAN MATANYA,KAKINYA DAN MULUTNYA..
TIDAK AKAN ADA YANG BERANI BERMAIN-MAIN DAN MELALAIKAN SOLAT..
TIDAK AKAN ADA YANG SANGGUP DERHAKA KEPADA IBU BAPANYA..
TIDAK AKAN ADA YANG BERANI MENGAMBIL SESUATU YANG BUKAN HAKNYA...
TIDAK AKAN ADA YANG SANGGUP MENERIMA AMANAH DENGAN TUJUAN BERMAIN-MAIN...
PERCAYA DAN SEDARLAH MANUSIA SELURUHNYA...
NERAKA ITU SANGAT DEKAT..
MAUT ITU PASTI.....
AJAL ITU TETAP.......
CUKUPLAH NERAKA SEBAGAI BALASAN BAGI KAFIRIN DAN MUNAFIKIN....
AKU TIDAK PERLU MENAMBAHBAIKKAN LAGI INFRASTRUKTUR SEKSAAN YANG ADA DI NERAKA..CUKUP DENGAN SEKSAAN YANG DISEDIAKAN BAGI MEREKA YANG INGKAR PADA PERINTAH AKU...
SESUNGGUHNYA AKU TIDAK PERNAH MENZALIMI HAMBA-HAMBAKU...
TETAPI MEREKALAH YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI...
DALAM MENDEPANI ISU KONSPIRASI INI,TIDAK DAPAT TIDAK KITA MESTI JUJUR DENGAN REALITI BAHAWA PERANCANGAN MUSUH SEMEMANGNYA KOMPETITIF DAN EFFEKTIF.HAL INI PASTI..
NAMUN PADA SISI PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN KITA DALAM MENANGANI ISU INI. ADAKAH KITA BENAR-BENAR SEDANG BERGERAK DI ATAS LANDASAN UNTUK MENGHANCURKAN PERANCANGAN MUSUH ATAU KITA SEDANG BERGERAK DI PERANGKAP YANG SEMEMANGNYA TELAH TERSEDIA UNTUK KITA..
JIKA BENAR 2012 DIADAKAN GERAKAN KEKUSUTAN ATAU KEKACAUAN MASSA YANG BERTAHAP KELAS TINGGI..ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK BERHADAPAN KEADAAN ITU ??
JIKA BENAR..
NAMUN JIKA TIDAK PASTI KITA BERUNTUNG KERANA TERPELIHARA..
RUSUHAN DI BRITAIN DAN KEKACAUAN POLITIK YANG BERLANJUTAN DI NEGARA-NEGARA ARAB ..IA SEAKAN-AKAN MEMBERI PETUNJUK SESUATU YANG TIDAK BETUL SEDANG BERLAKU...
KAMI TIDAK BERMAKSUDKAN PERSIAPAN MATERIAL TETAPI
DARI SEGI ROHANI ..ADAKAH KITA MAMPU BERDEPAN DENGAN KEMUNGKINAN INI...
TANYAKAN KEPADA GERAKAN ISLAM YANG ADA DI SELURUH DUNIA...
DAN DIRI KITA SENDIRI..
AWAS....
BERKENAAN BUDAYA PERNIKAHAN YANG WUJUD PADA MASA KINI. MEMOHON KERJASAMA KEPADA PIHAK PENGANJUR KURSUS PERNIKAHAN AGAR MENELITI SEMULA MODUL PERNIKAHAN YANG ADA. LAKSANAKAN GARIS PANDUAN YANG TEGAS DAN JELAS BERKENAAN ADAT YANG TIDAK SEPATUTNYA DILAKASANAKAN..
PERINCIKAN DAN DISEBARKAN MENERUSI KURSUS PERKAHWINAN YANG DIJALANKAN...
TENTANG HANTARAN..
MAS KAHWIN..
ADAB DALAM WALIMATUL URUS..
KEPERLUAN DAN KEUTAMAAN ..
SYARAK HANYA MELETAKKAN RUKUN PADA MAS KAHWIN YANG JUGA DISEBUT MAHAR..TIADA NAS UNTUK HANTARAN..
WALIMATUL URUS HANYALAH DISUNATKAN SEMATA-MATA..
HIKMAH WALIMATUL URUS ADALAH UNTUK TUJUAN MERAIKAN PENGANTIN DAN MEMULIAKAN TETAMU. MENYEBARKAN MAKLUMAT TENTANG ADANYA PASANGAN YANG TELAH DIAKADKAN BERDASARKAN PERATURAN SYARAK.
KEMBALI KEPADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W,BUDAYA MAKAN SECARA BERAMAI-RAMAI TIDAK DIJALANKAN SECARA RUTIN. TIDAK SEMUA MAJLIS DISUNATKAN DIADAKAN ACARA MAKAN BAHKAN BUDAYA MAKAN SECARA MEWAH PADA ZAMAN BAGINDA ADALAH SESUATU YANG JARANG DILAKSANAKAN. IA HANYA DIJALANKAN SEMATA-MATA DEMI MERAIKAN SESUATU PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN. SEKADAR SIMBOL BAGI SEBUAH KEBAHAGIAAN.
TIADA KENA-MENGENA DENGAN NIAT MENUNJUK-NUNJUK DAN MENYUSAHKAN PIHAK YANG MENDIRIKAN RUMAH TANGGA..
SEGALA URUSAN ADALAH MUDAH DAN RINGKAS...
SILA FAHAMI REALITI DAN HAKIKAT YANG TERJADI DI DEPAN MATA SEKARANG..
FAKTOR KEWANGAN DAN JUGA BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA YANG KETERLALUAN BERBELANJA BESAR DALAM URUSAN MAKAN DAN MINUM. TABIAT INI PERLU DAN WAJAR DITELITI SEMULA SAMA ADA PIHAK JABATAN AGAMA,KEMENTERIAN HAL EHWAL KELUARGA DAN MASYARAKAT,KEMENTERIAN KESIHATAN..
JANGAN DILUPAKAN BAHAWA KAJIAN MENUNJUKKAN TREND PEMAKANAN DI MALAYSIA ADALAH YANG PALING TERUK DI DUNIA..SAMA ADA DARI SEGI PENYEDIAAN DAN JUGA PASTINYA PERBELANJAAN
NAMUN TERPULANG JIKA MASIH RAMAI YANG BERDEGIL MAHU MENGEKALKAN BUDAYA JAHILIYYAH YANG TIDAK BERSANGKUTAN DENGAN APA YANG DIAJARKAN NABI MUHAMMAD S.A.W INI..
PERKARA INI KAMI KAJI SEKIAN LAMA NAMUN IANYA SANGAT MENDUKACITAKAN KERANA PIHAK JABATAN AGAMA MAHUPUN MUFTI TIDAK MAHU BERSUARA DALAM URUSAN YANG MEMBAWA KEPENTINGAN UMUM INI. MUNGKIN MEREKA TIDAK TERFIKIR BARANGKALI ATAU KAMI YANG TERLEPAS PANDANG..
KAMI HANYA MENYAMPAIKAN SEMATA-MATA..
SEDIKIT PEMBETULAN DALAM KONSEP HUBUNGAN MUAMALAT..
TERAS HUBUNGAN KEMANUSIAAN HANYALAH PADA DASAR..
TAARUF....
TAARUF MEMBAWA KONTEKS YANG CUKUP BESAR..
SALING MENGENALI,MENGETAHUI,MENGHORMATI,MEMAHAMI SATU SAMA LAIN..CONTOH BAGI KONTEKS HUBUNGAN INI..
HUBUNGAN RAKAN SEKERJA..
HUBUNGAN JIRAN TETANGGA..
HUBUNGAN RAKAN JEMAAH..
HUBUNGAN RAKAN SEKOLAH..
HUBUNGAN KABINET KERAJAAN..
HUBUNGAN AHLI PARLIMEN DENGAN MASYARAKAT..
HUBUNGAN RAKAN MASJID...
HUBUNGAN ANGGOTA SEPASUKAN..
KONTEKS ASAS BAGI HUBUNGAN MANUSIA..KONTEKS HUBUNGAN INI AKAN BERUBAH KEPADA HUBUNGAN MUSLIMIN-MUKMININ APABILA KOMUNITI SYAHADAH AKAN TERBIT..
HUBUNGAN BERDASARKAN HUBUNGAN KEPERCAYAAN..
HUBUNGAN PERCAYA INI BERSANDARKAN KEPENTINGAN DAN PENGARUH YANG BERDIRI DI ATAS IKATAN AKIDAH SEPERTI...
HUBUNGAN KELUARGA ...
HUBUGAN AYAH DAN IBU..
HUBUNGAN SUAMI DAN ISTERI..
HUBUNGAN ADIK DAN KAKAK..
KONSEP HUBUNGAN INI ADALAH PERKARA ASAS YANG PALING MENDASAR..
KONSEP HUBUNGAN INI JELAS DITERANGKAN BAGINDA..HUBUNGAN SEPERTI SATU ANGGOTA BADAN.SATU BAHAGIAN TERASA SAKIT MAKA SELURUH BAHAGIAN LAIN AKAN TERASA.
FREKUENSI,GETARAN,FAKTOR,MOMENTOM,INDIKATOR,SIKAP DAN KAREKTER HUBUNGAN ITU MENJADI PENENTU BAGI HUBUNGAN YANG TERJALIN.
NAMUN PERKEMBANGAN MUTAKHIR INI,MENYAKSIKAN BAHAWA KONSEP HUBUNGAN INI TELAH HANCUR DAN BERANTAKKAN AKIBAT DARIPADA LEDAKKAN MEDIUM-MEDIUM SOSIAL SEPERTI TWIT,FB,FRIENDSTER,MYSPACE,
DAN JUGA PASTINYA FAKTOR SISTEM KITARAN KEHIDUPAN MANUSIA ALAM MILLENIUM...
DI ANTARA KELUARGA DAN RAKAN..
SIAPAKAH YANG ANDA PERCAYA...
ADAKAH RUANG UNTUK HUBUNGAN INI DIPERBAIKI SEMULA ???
BEGITU JUGA SEDIKIT PENAMBAHAN..DALAM KONTEKS MENTAATI IBU BAPA..TAAT KEPADA IBU BAPA DALAM PERKARA YANG DIPERINTAH DALAM AGAMA NAMUN TIDAK KEPADA PERKARA YANG SELAINNYA..
PERKATAAN TAAT KEPADA IBU BAPA TIDAK DI DASARKAN KEPADA KETAATAN MUTLAK..SEPERTI KETAATAN KEPADA ALLAH DAN RASUL..KETAATAN 100.00000000%.
PERKATAAN TAAT KEPADA IBU BAPA DILETAKKAN PERKATAAN ‘BIRRU WALIDAIN’..
IA MENGUNGKAPKAN KEPADA PECAHAN ASAS HUBUNGAN MANUSIA DAN JUGA HUBUNGAN KELUARGA..
HORMATI,MEMAHAMI,MENGENALI DAN MENGETAHUI SERTA PERCAYA KEPADA IBU BAPA..
SEKADAR PENJELASAN RINGKAS..
KONSEP INI SANGAT LUAS UNTUK DINUKILKAN..KAMI LEBIH CENDERUNG UNTUK MELIHAT KONSEP HUBUNGAN KEKELUARGAAN MASYARAKAT EROPAH.DALAM SKOP LINGKUNGAN KELUARGA SENDIRI,MEREKA CENDERUNG UNTUK BERSIKAP TERBUKA. NAMUN BERBEZA DALAM MASYARAKAT TIMUR. TERLALU BANYAK HIPOKRASI YANG WUJUD. PENILAIAN KAMI SECARA RAWAK DALAM FILEM BARAT YANG DITONTON..SEKADAR MENGAMBIL IBRAH...
DIUCAPKAN SETINGGI –TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS BAGI MEREKA YANG MEMBAWA ISU KONSPIRASI KE TENGAH MASYARAKAT. NAMUN AGAK MENYEDIHKAN APABILA KONPIRASI ITU DISALAHERTIKAN KEPADA SUATU PERKARA YANG MENAKUTKAN.
HUBUNGKAIT KONSPIRASI DENGAN BUKU YANG DITULIS OLEH SAUDARA ADNAN OKTAR,SANGAT RELEVAN DAN OBJEKTIF. NYATA DAN BIJAKSANA.
DALAM BUKU HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA ,BAGAIMANA DITERANGKAN SECARA PADAT DAN BERKESAN TENTANG FAKTA YANG PATUT DIKETAHUI BAGAIMANA KEHIDUPAN DUNIA INI SESUNGGUHNYA ADALAH PERMAINAN DAN SENDA GURAU.
KAMI MENGANALOGIKAN BAGAIMANA FAKTA YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH HARUN YAHYA DI DALAM BUKU TULISAN BELIAU. ..
MENURUT APA YANG DITULIS OLEH BELIAU.SETIAP APA YANG ADA DI DUNIA INI HANYALAH IMEJ YANG TERPAPAR DI DALAM OTAK. FAHAMI SEMULA KONSEP ASAS BAGAIMANA TERBITNYA PROSES PANCAINDERA YANG WUJUD DI DALAM DIRI MANUSIA. SEGALA IMPULS YANG TERJADI MELALUI PANCAINDERA MANUSIA SEPERTI MATA ,TELINGA,HIDUNG,MULUT,TANGAN DAN KAKI.IA HANYALAH IMPULS. KEMUDIAN ISYARAT IMPULS AKAN DITAKRIFKAN OLEH OTAK.
OTAK MENERIMA SEGALA IMPULS DAN MEMBUAT PROSES NYAHKOD BAGI SETIAP IMPULS YANG DITERIMA..
OTAK AKAN MENTAFSIRKAN ISYARAT IMPULS YANG DITERIMA...
MESEJ YANG DITAKFRIKAN MENERUSI IMPULS YANG DIHANTAR ADALAH BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA APA YANG DITAKRIFKAN OLEH OTAK..
OTAK ADALAH PENENTU KEPADA BENTUK MESEJ YANG DITERIMA..
SEBETULNYA KEHIDUPAN YANG TERBENTANG DI DEPAN MATA KITA ADALAH MESEJ YANG WUJUD DI DALAM MATA KITA. SEUMPAMA KEHIDUPAN KITA HANYALAH BAYANGAN DAN IMEJ SEMATA-MATA. IA TIDAK BERNILAI. TIDAK BERNILAI UNTUK DIRATAPI. TIDAK BERNILAI UNTUK DITANGISI. TIDAK BERNILAI UNTUK DIJADIKAN BAHAN PUJAAN. TIDAK BERNILAI UNTUK DIJADIKAN SEBAB KEKUASAAN YANG ADA PADA DIRI KITA.
MESEJ YANG DITAFSIR OLEH ITU DISEBUT SEBAGAI PERSEPSI ATAU TANGGAPAN.
KITA TIDAK TAHU APAKAH PERKARA SEBENAR YANG WUJUD DI SEKELILING SECARA HAKIKAT DAN AZALI. ATAU DALAM ERTI KATA LAIN,KITA SEPERTI SEDANG TIDUR DI DALAM KOTAK UJIAN DAN HANYA OTAK YANG SEDANG BEKERJA.
SEGALA PERKARA,BAHAN,PERISTIWA YANG ADA DI SEKELILING HANYALAH PERSEPSI ATAU TANGGAPAN.
TENTANG MASA DEPAN ATAU SEJARAH..
IA DICIPTA MENERUSI TANGGAPAN...
..
MAAF SEKADAR KESIMPULAN RAWAK YANG MAMPU KAMI BENTANGKAN..
PENGAJARANNYA MENERUSI BUKU ITU ADALAH..
KEHIDUPAN SEUMPAMA PENGEMBARAAN. KITA HANYALAH MANUSIA YANG BERJALAN DI DALAM ALAM ROH...
WE ARE HUMAN BEING INI SPIRITUAL JOURNEY...
BEKERJALAH SEOLAH-OLAH KAMU HIDUP SERIBU TAHUN TETAPI BERIBADATLAH SEUMPAMA KAMU AKAN MATI ESOK HARI...
HADITH INI SEUMPAMA KONTRADIKSI..TIDAK SEBENARNYA. HADITH ITU TIDAK MEMBAWA DUA MAKSUD YANG BERBEZA.IA PERLU DIBACA DALAM SATU MAKNA YANG SAMA.
BERBUATLAH SESUATU DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH. BERAMALLAH DENGAN SEHABIS DAN SEKUAT DAYA YANG KITA ADA . MANFAATKAN SEGALA NIKMAT DAN KELEBIHAN YANG KITA MILIKI DAN PERGUNAKAN IA SEHINGGA KE TAHAP YANG KITA MAMPU CAPAI. BERUSAHALAH SEHINGGA KE TITISAN PELUH TERAKHIR. TENTANG GANJARAN DAN BALASAN LETAKKAN SEPENUHNYA PADA ALLAH. KITA HANYA BERTINDAK.
JANGAN BERFIKIRKAN APA YANG AKAN KITA DAPAT
TETAPI BERFIKIRLAH APA YANG AKU AKAN BUAT..
BAGAIMANA AKU AKAN BUAT...
BANTUAN ALLAH HANYA DATANG SETELAH KITA MEMBERI SEGALA –GALA-GALA –GALA-GALA –GALA KUDRAT DAN NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN ,YANG ADA PADA KITA.
JANJI ALLAH ADALAH PASTI...
YAKIN DAN PERCAYA DENGAN SESUNGGUHNYA...
PERCAYA DAN YAKINLAH SEBAGAIMANA PARA SAHABAT YAKIN DAN PERCAYA DENGAN BANTUAN ALLAH..
BERUNDUR DAN MENYERAH SEKALI-KALI TIDAK DALAM SETIAP PERINTAH ALLAH..
MAHA SUCI ALLAH..
MAHA BENAR BAGI KATA DAN FIRMAN MU
BENARLAH BAGI SETIAP PERATURAN ENGKAU...
SEGALA KEBAIKAN ADALAH DARI ENGKAU DAN KELEMAHAN TETAP JUGA DARI ENGKAU TETAPI DILETAKKAN SEPENUHNYA DI ATAS SIFAT-SIFAT MANUSIA YANG LEMAH DENGAN TUJUAN MEREKA MAMPU MELIHAT DAN MEMPELAJARI KELEMAHAN DAN LANTAS MEREKA MEMPERBAIKI KELEMAHAN ITU.
HANYA ENGKAU YANG DISEMBAH...DAN ENGKAU KAMI MEMINTA PERTOLONGAN..