Unity Government hanyalah sebuah cadangan Tok Guru Hj.Hadi untuk meletakkkan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan BN,duduk semeja di dalam isu tertentu seperti rasuah,ekonomi,sosial dan isu lain yang mempunyai kepentingan ,manfaat dan kebaikan buat rakyat Malaysia seluruhnya. Ia bukan melibatkan PAS dan UMNO sahaja tetapi PAKATAN dan BN . Namun setelah ditolak mentah-mentah oleh rakan PAKATAN maka tinggal PAS bersendirian untuk meneruskan agenda ini kepada BN. Namun akhirnya UMNO menggunakan peluang ini untuk membina semula imej mereka yang terjejas teruk berikutan MALAPETAKA @ TSUNAMI POLITIK pasca pilihanraya Mac 2008.
Serba sedikit ulasan berkenaan isu tempoyak dan kari kepala ikan sardin,menu pilihan hidangan politik Malaysia yang tak pernah surut dan dijangka takkan surut sampai bila-bila selagi belum tiupan sangkakala Israfil yang pertama bergema.
Kenapa manusia ingin bersatu atau berpadu?
Kenapa mesti ada kesatuan ?
Sebelum itu kita boleh meninjau sejauh mana relevansi atau logik berkenaan peri pentingnya sebuah kesatuan.
Logik 1
1 Suami @ ketua keluarga
Di dalam sebuah perkahwinan, terdapat 1 suami and 1 isteri (mungkin lebih) and anak-anak. Ketua keluarga adalah suami. Sumber pergerakan adalah bersandarkan kepada ketua keluarga. Bermaksud ketaatan,kepercayaan, janji sumpah setia akan disandarkan kepada suami. Dalam erti kata yang lain,suami berfungsi sebagai pusat rujukan,pusat pengarahan, bagi setiap proses-proses yang berlaku di dalam keluarga. Proses-proses merujuk kepada pembentukan nilai-nilai kasih sayang,keharmonian, rumah tangga dan lain-lain
Logik 2
1 Ketua Negara
Negara umumnya mempunyai 1 kepala yang digelar Perdana Menteri,Presiden,atau Sultan. Sumber taat setia rakyat,jabatan,naib presiden,timbalan dan sebagainya akan terarah kepada 1 ketua sahaja iaitu presiden atau perdana menteri. Dengan1 sumber rujukan maka perpindahan maklumat melalui 1 pengarahan atau perintah akan menjadi lebih fokus,terarah , terancang dan lancar. Segala pergerakan akan menjadi sistematik atau terancang melalui 1 rujukan ,kepala atau ketua.
Logik 3
1 Galaksi
9 buah planet yang mengelilingi matahari mempunyai orbit masing-masing. Namun pergerakan palanet di landasan orbit adalah berpandukan kepada 1 pusat rujukan iaitu matahari.
Nota : berkemungkinan besar Pluto akan dikeluarkan daripada senarai 9 buah planet di galaksi Bima sakti kerana tidak memenuhi piawaian sebuah planet . Tetapi jika tidak silap mungkin hal ini telah disahkan melalui persidangan yang diadakan pada awal tahun ini.(minta maaf jika tersalah info)
Pergerakan seluruh planet menjadi seimbang,lancar ,terurus tanpa sebarang gangguan melalui 1 sumber atau titik rujukan iaitu Matahari.
Logik 4
I Struktur Atom
Konsep ini hampir sama dengan binaan satu struktur atom. Berasaskan neutron,elektron dan proton lalu ketiga-tiga unsur ini telah membentuk 1 unit atom. Neutron adalah asas kepada pembentukan kepada struktur atom. Segala daya elektromagnetik,jarak,medan yang terbentuk ,medan di dalam struktur adalah berasaskan kepada 1 titik asalan iaitu unsur neutron.
Logik 5
I Khalifah
Satu empayar khalifah. Turut membawa maksud yang sama iaitu 1 unit pemerintahan dengan sektor pertahanan,pendidikan ,ekonomi,kemasyarakatan,penyelidikan dan lain-lain. Pergerakan seluruh sektor-sektor tersebut seiring dan selaras di bawah satu unit pemerintahan,pengawasan,pemantauan,perundangan ,kawalan dan sebagainya.
Logik 6
1 Imam
Dan yang terbesar………
Logik 7
1 TUHAN
Bercakap tentang Tuhan maka secara tidak lagsung kita kan berbicara tentang agama. Agama akan membawa ke pada 1 tuhan. Dengan 1 tuhan maka datanglah 1 keyakinan,1 kepercayaan,1 sumpah setia,1 janji,1 cinta,1 harapan dan 1 ketaqwaan. Segala-galanya akan kembali kepada 1 tuhan. Apa yang diseru oleh para rasul adalah 1 percaya ,1 yakin,1 janji,1 ikrar di atas 1 tuhan. Hidup atau wujudnya manusia adalah berasaskan 1 harapan,1 percaya dan 1 yakin kepada 1 tuhan. Melalui 1 tuhan ,lahir 1 akidah, I iman ,1 roh,1 semangat,1 jasad ,1 JEMAAH,1 PERSAUDARAAN dan 1 UMMAT. Amalan dan fahaman yang berbeza adalah kerana setiap keupayaan,kebolehan,kepintaran,kecerdikan,kepakaran,kefahaman dan kebijaksanaan setiap manusia adalah berlainan di antara 1 dengan yang lain.
Kesimpulan
Dengan SATU........
-Kekuatan terfokus , terarah dan padu
-pergerakan terancang,tersusun
-sistematik,
-arahan lebih jelas
-gerak kerja lebih mudah dan kemas
-pergerakan seimbang,selaras,serentak dan seragam
SEKARANG ANDA TELAH MENGETAHUI BETAPA BESARNYA HIKMAH SEBUAH KESATUAN. KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN AKAN WUJUD DI DALAM SATU IKATAN PERSAUDARAAN KEIMANAN DAN AKIDAH. PERINTAH ALLAH ADALAH MENYERU KEPADA KESATUAN,KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN.
BERPIJAKLAH PADA REALITI DAN JANGAN BERGANTUNG PADA FANTASI. MANUSIA MENCIPTA HUJAH ,FAHAMAN,IDEOLOGI,UNDANG2 ,PROSEDUR DAN SISTEM HANYA SEKADAR HIASAN DAN UNTUK DILANGGAR.MEREKA BERCAKAP TETAPI TIDAK BERBUAT. SEMUANYA ADALAH RETORIK. SAYA MENYERU SEKALI LAGI AGAR MULAKAN GERAKAN KE ARAH PENSTRUKTURAN GERAKAN ISLAM.JIKA MASIH LAGI ANGAU DAN BERANGAN –ANGAN UNTUK MENANTIKAN KHALIFAH MENYATUKAN ANDA MAKA ANDA HANYA MENUNGGU BUMI JATUH KE MATAHARI. PLEASE BECOME REALISTIC !!! UNTUK CADANGAN DAN MASUKAN SILA KE ARTIKEL SOLUSI KE ARAH KONFLIK JEMAAH DAN SEBUAH BANGUNAN IDAMAN. SEKIAN…….
Nota : Maaf.saya hanya mampu memberikan 8 isi sahaja berkaitan dengan hikmah kesatuan tetapi jika anda bertanyakan kepada syaitan atau iblis maka mereka mungkin boleh memberikan 100 atau 200 hikmah lain berkenaan sebuah kesatuan. Syaitan lebih tahu SUNNATULLAH berbanding manusia. SUNNATULLAH ADALAH PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG ALLAH TERHADAP SEMUA MAKHLUK CIPTAANYA. IANYA TIDAK BOLEH BERUBAH,DIUBAH ATAU MENGUBAH SESUATU SAMA ADA DARI SEGI TEORI ATAU PRAKTIKAL. SYARIATULLAH ADALAH PERATURAN BUAT MAKHLUK YANG TELAH DIKHUSUSKAN IAITU MANUSIA YANG BERIMAN. IANYA TIDAK BOLEH BERUBAH TETAPI BOLEH DIUBAH DAN MENGUBAH SESUATU . (lu fikirlah sendiri- Nabil)
nextcalifah@gmail.com